SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




    Pengenalan


Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab dan qadarnya . Kanak-
kanak yang baru dilahirkan tidak dapat melihat cahaya dunia melainkan setelah
melalui kejadian sebab musabab dan proses pertumbuhannya .1 Justeru itu , ayat-ayat
al-Quran yang diturunkan juga ada latar belakangnya . Namun begitu , ulama
menjelaskan bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan boleh dikategorikan kepada
dua iaitu , ada yang mempunyai sebab dan ada yang tidak mempunyai sebab .


1.0        Penurunan al-Quran tanpa sebab


Ayat-ayat yang diturunkan tanpa sebab sering memperkatakan soal penghidupan
harian atau perkara yang sering berlaku. Selain itu , ia juga menyentuh tentang perkara
yang telah diketahui maklumatnya seperti berakhlak mulia.Ia juga untuk memberi
maklumat tambahan, penjelasan yang kurang dan membetulkan kekeliruan.Wahyu ini
banyak berlaku dan jumlahnya melebihi jumlah ayat yang diturunkan bersebab.
Menurut Ahmad Von Denffer ,

      In some cases scholars have provided us with the background of certain events
      that heve been narrated in the Quran. Obviously , however , such information does
      not belong to the field of asbab al-Nuzul. Although it may help to understand the
      message of the recelation, it is not related in a direct and reliable wa, showing
      immediate reason for or the occasion of the revelation.2

Beliau menegaskan bahawa tidak semua ayat al-Quran yang diturunkan itu mempunyai
sebab.




     1.1     Contoh pertama.
1
    Subhi Saleh, Penterjemah Zainal Abidin Abdul Kadir , (1991), Kajian al-Quran, hal: 175
2
    Ahmad Von Denffer, (1991), Ulum al-Quran, An Introduction To The Science Of The Quran , hal : 92




                                                  -1-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




     Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang benar, tanpa
     menjelaskan peristiwa atau pertanyaan .
     Firman Allah surah al-Rum ayat 30:




Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (kamu dan
pengikut-pengikutmu wahai Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus “Agama Allah” iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan
keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; iaitulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.3
                                                                            (Surah al-Rum ayat 30)


1.2        Contoh kedua.
Penurunannya untuk mencerikatakan tentang umat terdahulu, menenangkan serta
menghiburkan nabi dan sahabat.
Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5.




3
    Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 873




                                                    -2-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




           Terjemahan:
           Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamad) seindah-indah kisah dengan jalan
           wahikan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum
           datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan
           halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya :
           “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan
           matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
           Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu
           kepada saudara-saudaramu kerana aku khuatir mereka akan menjalankan
           sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang
           nyata bagi manusia.”4
                                                                  (Surah Yusuf ayat 3-5.)




4
    Ibid , hal : 436-437




                                              -3-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       1.3 Contoh ketiga iaitu ayat yang menceritakan cerita-cerita ghaib yang akan
           berlaku pada masa hadapan .


       Ayat-ayat yang dimaksudkan ini termasuk gambaran peristiwa hari qiamat ,
       pemandangan pada hari tersebut dan gambaran-gambaran nikmat dan azab pada
       hari akhirat . Ayat-ayat yang memberikan fokus khas tentang gambaran ini boleh
       didapati dengan jumlah yang banyak khususnya semasa al-Quran dibentangkan
       pada zaman Makkiyyah .5 Sebagai contoh iaitu Surah al-Rahman ayat 46 ,
       terjemahannya :


       “Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhan (untuk
       dihisab), disediakan baginya dua syurga.”6


2.0        Penurunan al-Quran Bersebab
       2.1 Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan .




5
    Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff , (1996), Kunci Mengenal al-Quran, hal : 40
6
    opcit , hal : 1191




                                                    -4-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Firman Allah :




Terjemahan:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat
(mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan.


Dan janganlah pula (menghampiri) masjid sedang kamu dalam keadaan junub
kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci.


Dan jika kamu sakit atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air (untuk mandi atau berwudhu’) maka hendaklah kamu bertayamum




                                      -5-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       dengan tanah-debu yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan
       kamu. Sesungguhnya Allah adalah amat pemaaf, lagi amat pengampun.7


                                                               (Surah al-Nisa’ ayat 43)




       Penerangan


       Ayat tersebut diturunkan dengan sebab ada di kalangan sahabat yang mengerjakan
       solat dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau silap ketika membaca surah al-




       Kafirun. Ayat dan wahyu tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan
       bersembahyang dalam keadaan mabuk.


       2.2 Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab pertanyaan yang diajukan
            kepada baginda.


            Sebagaimana firman Allah:




       Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang Zul

7
    Ibid , hal : 158




                                            -6-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Qarnain. Katakanlah . “ Aku akan bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang
       menerangkan) sedikit tentang perihalnya.” 8
                                                                 (Surah al-Kahfi ayat 83)


       Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang bertanya kepada nabi
       kisah Zul Qarnain.


       2.3 Penurunan wahyu apabila nabi ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah
            ayat yang menerangkan hukumnya.


       Contohnya ialah kisah Khaulah binti Tha’labah yang telah diziharkan oleh
       suaminya Aus ibn Sabit. Khalulah kemudian mengadu kepada Rasulullah.
       Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn
       Abi Hatim. Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah yang mana
       pendengaranNya meliputi segalanya. Aku mendengar aduan Khaulah binti
       Tha’labah itu, meskipun tidak semuanya. Ia mengadu tentang suaminya kepada
       Rasulullah , dengan katanya: “Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup
       bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung kerananya, tetapi
       sekarang setelah aku tua, dan tidak beranak lagi, dia telah menziharkan aku. Ya
       Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu”. Aisyah berkata: “Tiba-tiba
       malaikat Jibril turun membawa ayat;




Terjemahannya:
8
    Ibid , hal : 604




                                             -7-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yang
bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) tentang suaminya, sambil ia berdoa dan
merayu kepada Allah (tentang perkara yang menyusahkannya) sedang Allah sedia
mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi
amat melihat. 9
                                                            (Surah al-Mujadalah ayat 1).


2.4         Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa.


Hal ini sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214
surah al-Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahai
kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan nabi. Baginda
berseru lagi: “Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalik
bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah kamu
terhadap kata-kataku ini ?” Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu
mendusta.” Lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkan
kepada kamu tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab bangun
lantas berkata: “Celakalah engkau ! Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya
untuk urusan ini?” Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah;




9
    Ibid , hal : 1216




                                             -8-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Maksudnya:
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala
yang diusahakannya, ia tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api
neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah
kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.10
                                                                    (Surah al-Masad ayat 1-5)


3.          Pembahagian-pembahagian penurunan bersebab


Pembahagian penurunan bersebab.


Boleh dibahagikan kepada 3:-
       a)        Satu ayat satu sebab nuzul;
       b)        Satu ayat beberapa sebab nuzul;
       c)        Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.




       3.1 Satu Ayat Satu Sebab Nuzul
10
     Ibid , hal : 1448




                                               -9-
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayat
sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan
asbab nuzul lain.


Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al -Syu’ara’, yang maksudnya :
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi
telah pergi menaiki Bukit Safa, lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian!
Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi:
“Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di
sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah
kamu terhadap kata-kataku ini? Mereka menjawab: “Kami belum pernah
mendapati kamu berdusta”. Lantaran itu Abu Lahab menyambung kata-kata:
“Celakalah engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan
ini ?” Maka turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah:




Maksudnya:
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan
segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran




                                     - 10 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




     api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya seorang perempuan
     pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. 11
                                                                ( Surah al-Masad ayat 1-5)


     Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab
     yang mencaci dan mencela nabi.




     3.2    Satu ayat beberapa sebab nuzul
     Jika ada dua riwayat mengenai satu ayat yang turun dan menyebutkan sebab yang
     jelas , maka kedua-duanya perlu dikaji lebih lanjut.12Maksudnya terdapat beberapa
     riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.Huraiannya ada 6.


     i)     Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun
     nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka hendaklah
     diterima riwayat yang sahih itu.


     Contohnya:
     Riwayat pertama iaitu , hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan
     Muslim daripada Jundub al-Bajali.Terjemahannya : Nabi mengalami sakit,
     menyebabkan dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam.
     Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata : Wahai
     Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu, sepanjang dua atau tiga
     malam ini ia tidak menghampirimu lagi. Maka Allah menurunkan ayat:



11
  Ibid , hal : 1448
12
  Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq
(2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 245.




                                            - 11 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , Bahawa
       tuhanmu
       ( Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu,
       sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .13
                                                                 (Surah Dhuha ayat 1-3)


       Riwayat kedua pula , hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah
       daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu
       rumah nabi yang meriwayatkan :


             ‫إن جروا دخل بيت النبى صلى ا عليه وسلم فدخل تحت‬
                ‫السرير، فمات فمكث النبى أربع إيام ل ينزل عليه الوحى‬
           ‫فقال : يا خولة، ما حدث فى بيت رسول ا صلى ا عليه‬
             ‫وسلم جبريل ل يأتينى ؟ فقلت فى نفسى : لو هيأت البيت‬
        ْ‫وكنسته، فأهويت بالمكنسة تحت السرير فأخرجت الجرو فجا‬
              ‫النبى صلى ا عليه وسلم ترعد لحيته، وكان إذا نزل عليه‬
                                                ‫.أحذته الرعدة، فأنزل ا الية‬

       Terjemahannya :


13
     Opcit , hal : 1403




                                            - 12 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil
       tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun
       kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di
       rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata
       dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya aku mengemas rumah ini dan
       menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan
       bangkai anak anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar.
       Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah menurunkan
       ayat:




       Maksudnya :
       Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi . Bahawa tuhanmu ( Wahai
       Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana
       yang dituduh oleh kaum musyrik) .14
                                                                   (Surah Dhuha ayat 1-3)


       Menurut Ibn Hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang lewatnya datang wahyu kerana
       ada bangkai anak anjing di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah
       itu untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak sesuai
       dengan martabat nabi.


       Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas
       kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam
       sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui namanya (rawi majhul). Menurut

14
     Ibid , hal : 1448




                                             - 13 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       pendapat Dra . H. St Amanah , pada riwayat yang kedua ini tercium bau
       kepalsuannya15 . Selain itu , riwayat pertama diterima kerana ia diriwayatkan
       daripada imam Bukhari dan Muslim.


       ii)      Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di antara keduanya
       masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripadanya disebabkan salah satunya
       lebih sahih di antara yang lain ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri
       kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini seharusnya
       diterima sebagai sebab nuzul.


       Riwayat pertama : Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud
       berkata :
       Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda
       bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi,
       salah seorang daripada mereka berkata ; ”Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya
       (nabi). Lalu mereka bertanya, ”Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri
       dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun
       kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu. Selepas itu baginda bersabda:
       Sebagaimana firman Allah :




       Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang
                                                                            16
       roh. Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...”
                                                                             ( Surah al Isra’ ayat 85 )



15
     Dra. H. St. Amanah , (1993), Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir , hal : 87.
16
     Opcit , hal : 572




                                                     - 14 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Riwayat kedua hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi
       katanya : Orang-orang Quraisy berkata kepada orang Yahudi. ”Berilah kepada
       kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad).
       Mereka menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya
       kepada nabi. Maka Allah menurunkan ayat :




       Terjemahan : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh.
                                                                      17
       Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...”
                                                                           ( Surah al Isra’ ayat 85 )


       Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih
       berbanding riwayat kedua. Ini adalah kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al-
       Bukhari.
       Selain itu, Ibn Mas’ud ada bersama nabi ketika peristiwa penurunan ayat tersebut
       berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu.
       Justeru itu, riwayat pertama diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut.


       iii)     Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan,
       maka terimalah kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul18. Dalam konteks ini kita
       hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua
       peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.


       Contohnya ;



17
     Ibid , hal : 572
18
     Rosmawati binti Ali , (1997), Pengantar Ulum Quran , hal : 147




                                                    - 15 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah
       daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku
       sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda
       bersabda kepada Hilal: Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal
       berkata : Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu
       mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu
       membawa keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda :




       Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka
       tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri
       ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah ,
       sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.19
                                                                      (Surah al-Nur ayat 6)




       Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim ,
       lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad: Bahawa
       ‘Umaymir telah datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan
       sambil berkata : Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya
       bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi
       selepas itu ia dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ?
19
     Opcit , hal : 734




                                              - 16 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu,
       ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (‘Asim bertanya
       tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan
       seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau
       bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah:
       Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda
       tentang hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil
       berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama
       lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu, ia akan
       dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda
       menjawab:Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat tentang kamu dan isteri
       kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri untuk bermula‘anah ,
       sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia melakukan li’an dengan
       isterinya iaitu firman Allah :




       Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka
       tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri
       ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah ,
       sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.20
                                                                         (Surah al-Nur ayat 6)


       Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil
       kedua-dua riwayat itu sebab nuzul ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku
20
     Ibid , hal : 734




                                                - 17 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




dalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh
menyatakan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah ,
kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh ‘Uwaymir sebelum jawapan
diberikan.




iv)    Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak
dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan
serentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara
keduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat tanggapan
bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebab
penurunannya juga lebih daripada satu.


Kita boleh melihat hal ini dengan melihat riwayat pertama iaitu hadis riwayat yang
dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar daripada Abu Hurairah yang
mengatakan bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang
gugur syahid dalam perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu
baginda bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari
kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau. Maka di saat itu, Jibril
menurunkan ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat
jenazah Hamzah.
Firman Allah :




                                      - 18 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       Maksudnya :
       Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas
       dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika
       kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi
       orang yang sabar.21
                                                               (Surah al-Nahl ayat 126)


       Riwayat kedua :
       Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn ka’ab yang berkata :
       Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang
       Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka
       berkatalah golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan
       kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan
       akan mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah
       maka Allah menurunkan ayat:




       Maksudnya :
       Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas
       dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika
       kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi
       orang yang sabar.
                                                                (surah al-Nahl ayat 126)


21
     Ibid , hal : 544




                                            - 19 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




      Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan
      menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Ini adalah kerana jarak waktu
      di antara dua peristiwa itu yang terlalu jauh.Jika dilihat , Peperangan Uhud berlaku
      pada tahun ke-3 Hijrah manakala pembukaan Kota Mekah pula pada tahun-ke 8
      Hijrah. Rumusan yang boleh dibuat ialah ayat tersebut diturunkan sebanyak dua
      kali .


 Dalam hal ini ternyata ada yang menganggap terdapat masalah dam penurunan yang
berulang , bahawa hal itu merupakan sasuatu yang sia-sia. Namun begitu jawapan
untuk kemusykilan itu ialah , bahawa ada hikmah lain yang sangat luhur berkenaan
dengan berulangnya nuzul iu, iaitu peringatan dari Allah kepada para hambanya dan
menarik perhatian mereka kepada apa yang terkandung di dalam ayat-ayat yang
diturunkan secara berulang itu , sama ada pesanan , faedah ataupun lain yang
diperlukan oleh manusia.22


v)        Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas.


Apabila perawi berkata, “Ayat ini diturunkan tentang hal ini.” atau, “Aku mengira
ayat ini diturunkan tentang hal ini.”Dalam hal ini tiada percanggahan di antara riwayat-
riwayat itu . Ia bukan menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah yang membawa
maksud penjelasan tentang sebab nuzul.


vi)       Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas.
Yang menjadi pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab nuzul dengan tegas.
Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-Baqarah:

22
  Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq
(2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 254.




                                             - 20 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu,
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah
amalan-amalan yang baik untuk diri kamu . Dan bertaqwalah kepada Allah , serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari Akhirat kelak) . Dan
berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman .23
                                                                       (Surah al-Baqarah ayat 223)


Menurut riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 :
Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu,
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….Maka Ibn Umar
berkata kepadaku Tahukah engku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab:
Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi
isteri dari arah belakang.


Riwayat kedua pula ialah hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn Majah, Jabir
berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila seorang suami
menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling.
Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah.




23
     Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 544




                                                    - 21 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Dalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas manakala
riwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.


Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat.
Menurut Ibn Hajar :
 Apabila semuanya tidak tegas,dinilai sebagai tafsir dan kandungan ayat.
 Apabila sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang dipegang yang tegas.
 Apabila semuanya tegas,pilih yang lebih sahih.
 Apabila semuanya sahih dilakukan tarjih.jika tidak boleh ditarjih, dikompromikan.
 Jika tidak boleh dikompromikan,ayat itu turun secara berulang.


3.2        Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.
Kadang kala satu kejadian menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih , iaitu
sesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah : Turun beberapa wahyu kerana
sebab yang satu24. Ini menunjukkan permasalahan itu penting.


Contohnya :
Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim
Katanya: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang
orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran
surah Ali Imran ayat 195.Yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa
mereka (dengan FirmanNya): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oran-
orang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki atau perempuan…


4          Pegangan ialah lafaz umum, bukan sebab khusus




24
     Subhi Saleh, Penterjemah, Zainal Abidin Abdul Kadir (1991), Kajian al-Quran, hal: 203




                                                   - 22 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Para ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana mesti diperhatikan untuk
pegangan sama ada umumnya lafaz atau khususnya sebab . Adakah hukum itu hanya
berlaku atas kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu yang di situ ayat diturunkan
atau hukum itu menjadi bersifat umum untuk kesemuanya . Menurut jumhur ulama ,
bahawa yang mesti diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan khususnya sebab.
Ini pendapat ynag sahih.25Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab secara umum atau
sesuai dengan sebab secara khusus. Maka yang umum itu diterapkam kepada
keumumannya dan yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya.




Contohnya firman Allah :




Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah haidh
itu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari
perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu, dan janganlah kamu
menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila
mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh
25
  Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Penterjemah, M.Junaid Hashimi (1996), Sejarah dan Dasar
Pengajian Ilmu Al-Quran , hal : 38




                                             - 23 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak
bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.26
                                                                       (Surah al-Baqarah ayat 222)


Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri
oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberi
makan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan itu
Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan ayat tersebut.
Kemudian nabi bersabda :
Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa sahaja,
kecuali menyetubuhinya. Perkara yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu sebab
itu khusus sedangkan ayat yang diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini pendapat
ulama terbahagi kepada dua.


Pendapat pertama
Jumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum
bukannya sebab yang khusus.


Pendapat kedua
Segelintir ulama mengatakanyang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang ialah
sebab yang khusus.


Pendapat pertama


Contohnya berkenaan ayat li’an.Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud:
Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina
26
     Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 69




                                                    - 24 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi bersabda “Hendaklah ada bukti atau
saksi, kalau tidak belakang engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah!
Apabila seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama (melakukan
persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah seharusnya ia membawa bukti atau saksi
juga ? Rasululah menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat”.
Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran,
sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang
melepaskan belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan
ayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9.



Lafaz(     ‫والذين يرمون أزواجهم‬            ) dan orang-orang yang menuduh isterinya
berzina adalah dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya
terhenti
kepada peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada
peristiwa Hilal yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialah
dengan meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami)
tanpa perlu kepada dalil atau ayat lain.


Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian dengan hukum-hukum syarak yang
bersifat umum.




Kesimpulan




                                            - 25 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Ilmu asbabun nuzul amat penting . Sebenarnya ayat al-Quran diturunkan melalui
sebab-sebab tertentu . Namun begitu , ada juga ayat yang diturunkan tanpa sebab yang
khusus .Mempelajari ilmu mengenai sebab nuzul ayat amat penting, antaranya ialah :


       •   Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu hukum.
       •   Mengetahuin bahawa syariat Islam memberi perhatian yang serius terhadap
           kepentingan umum, terutamanya dalam menghadapi segala peristiwa, demi
           umat Islam yang terhormat dan mulia.
       •   Mengkhususkan serta membataskan hukum yang diturunkan dengan sebab
           yang berlaku. Iaitu apabila sesuatu hukum itu dinyatakan dalam bentuk
           yang umum.
       •   Dapat membantu seseorang dalam memahami ayat dan maksud al-Quran.


           Ibn Daqiq al-’Id (   ‫ ) دقيق العيد‬berkata : mengetahui sebab nuzul adalah
           jalan yang paling kuat untuk mengetahui makna al-Quran. Ibn Taimiyah
           pula berkata : mengetahui sebab nuzul dapat membantu untuk memahami
           ayat, kerana mengetahui sebab akan dapat mengetahui musabbabnya.
       •   Dapat mentafsir sesuatu ayat berdasarkan kesah dan cerita yang sebenar.
           Al-Wahidi berkata : tidak mungkin dapat memahami pentafsiran ayat tanpa
           mengetahui kesah dan sebab nuzulnya.
       •   Membantu dan memudahkan seseorang yang menghafaz al-Quran.
       •   Membantu ahli Tafsir dan ahli Fiqh dalam mengitimhbat hukum.
       •   Mengetahui pengkhususan hukum.
       •   Mengetahui dengan jelas kepada siapa dan apa sebab sebenar turunnya
           sesebuah ayat. Di mana dengan itu ayat tersebut tidak dapat dinisbahkan
           kepada orang lain akibat dorongan atau permusuhan dan perselisihan.
       •   Memberi maklumat untuk membezakan antara ayat Makki dan Madani.




                                           - 26 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




       •   Untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasikh dan mansukh.
       •   Mengkhususkan hukum dengan sebab serta menolah sangkaan yang tidak
           benartentang sesuatu batasan hukum.
   Semoga kita semua dapat membaca , memahami , menghayati dan mengamalkan
   al-Quran dengan baik. Quran adalah panduan utama umat manusia amnya dan
   umat Islam khususnya . Islam adalah agama Rahmatan lil alamin . Justeru itulah ia
   menjadi kajian bukan hanya oleh ulama Islam tetapi juga para orientalis dan
   pemikir barat kerana mereka juga amat kagum dan mengakui secara senyap-senyap
   akan keagungan Islam . Al-Quran adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat .
   Allah yang telah menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab dan Allah akan
   memeliharanya hingga hari qiamat .Wallahu a’lam




Bibliografi


Ahmad Von Denffer , Ulum al-Quran , An Introduction To The Science Of The Quran
(1991), AS Noordeen, Kuala Lumpur.


Asmawi bin Haji Ehsan, Ulum Al-Quran (2004) , Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala
Lumpur.


Dra.H. St. Amanah , Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir (1993) , Penerbit Assyifa’ ,
Darul Fikir , Kuala Lumpur .




                                        - 27 -
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN




Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran.( 1997), Pustaka Salam Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.


Subhi Saleh , Kajian al-Quran , Penterjemah , Zainal Abidin bin Abdul Kadir (1991),
Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .


Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran,
penterjemah , M. Juanaid Al-Hashimi (1996), Al-Hidayah Publisher , Kuala Lumpur.


Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran (1996), Berita Publishing
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.


Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1994), Bahagian Hal Ehwal
Islam , Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur .




                                        - 28 -

More Related Content

What's hot

8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quranAngah Rahim
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahhafizuddinhussin
 
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambaPerbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambazakwan azhar
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 

What's hot (20)

8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
 
Apakah maksud ilmu Fiqh?
Apakah maksud ilmu Fiqh?Apakah maksud ilmu Fiqh?
Apakah maksud ilmu Fiqh?
 
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hambaPerbuatan allah dan perbuatan hamba
Perbuatan allah dan perbuatan hamba
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
ASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAMASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAM
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Konsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukhKonsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukh
 

Viewers also liked

Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf pendahuluan
Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf   pendahuluanTafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf   pendahuluan
Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf pendahuluanalimudi
 
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...Audun Farbrot
 
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing ArtMrs Rizwana A Mundewadi
 
1администраторы соц. сетей 01.2013
1администраторы соц. сетей 01.20131администраторы соц. сетей 01.2013
1администраторы соц. сетей 01.2013Natalia Odegova
 
Randy V MILLER-RESUME 2015
Randy V MILLER-RESUME 2015Randy V MILLER-RESUME 2015
Randy V MILLER-RESUME 2015Randy V. Miller
 
Present สนวท. Rev.01
Present สนวท. Rev.01Present สนวท. Rev.01
Present สนวท. Rev.01Bhanuwat Panman
 
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de Memoria
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de MemoriaSexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de Memoria
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de MemoriaClaraLopezObregon1
 
Taller iglekids 1
Taller iglekids 1Taller iglekids 1
Taller iglekids 1adelisj
 
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)anabg16
 
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5Marcio Amaral
 
Responsabilidad Patronal
Responsabilidad PatronalResponsabilidad Patronal
Responsabilidad PatronalJhonUr
 
Kghmi default slide
Kghmi default slideKghmi default slide
Kghmi default slideKGHM
 
Wikiconference 2016 talk Burgstaller
Wikiconference 2016 talk BurgstallerWikiconference 2016 talk Burgstaller
Wikiconference 2016 talk Burgstallersebotic
 
2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス
 2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス 2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス
2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックスThe Natsu Style
 
A Mayoral Manifesto for the Digital Economy
A Mayoral Manifesto for the Digital EconomyA Mayoral Manifesto for the Digital Economy
A Mayoral Manifesto for the Digital EconomyLondon Assembly
 

Viewers also liked (20)

Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf pendahuluan
Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf   pendahuluanTafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf   pendahuluan
Tafsir, terjemah, dan asbab an-Nuzul A al araf pendahuluan
 
Asbabun Nuzul
Asbabun NuzulAsbabun Nuzul
Asbabun Nuzul
 
Nuzul al qur’an ppt
Nuzul al qur’an pptNuzul al qur’an ppt
Nuzul al qur’an ppt
 
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...
Forskningskommunikasjon i tradisjonelle og sosiale medier universitetet i sta...
 
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art
14 Latest Modern décor ideas with my Heaing Art
 
Webinar2003
Webinar2003Webinar2003
Webinar2003
 
1администраторы соц. сетей 01.2013
1администраторы соц. сетей 01.20131администраторы соц. сетей 01.2013
1администраторы соц. сетей 01.2013
 
Randy V MILLER-RESUME 2015
Randy V MILLER-RESUME 2015Randy V MILLER-RESUME 2015
Randy V MILLER-RESUME 2015
 
Present สนวท. Rev.01
Present สนวท. Rev.01Present สนวท. Rev.01
Present สนวท. Rev.01
 
Android SQLite
Android SQLiteAndroid SQLite
Android SQLite
 
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de Memoria
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de MemoriaSexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de Memoria
Sexta Reunión de Empalme en Transmilenio SDM | Ayuda de Memoria
 
Taller iglekids 1
Taller iglekids 1Taller iglekids 1
Taller iglekids 1
 
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)
Diapositivas prevención violencia de género (definitivo)(2)
 
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5
VSP 5.5 | VMware Sales Professional 5.5
 
Responsabilidad Patronal
Responsabilidad PatronalResponsabilidad Patronal
Responsabilidad Patronal
 
Kghmi default slide
Kghmi default slideKghmi default slide
Kghmi default slide
 
Wikiconference 2016 talk Burgstaller
Wikiconference 2016 talk BurgstallerWikiconference 2016 talk Burgstaller
Wikiconference 2016 talk Burgstaller
 
2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス
 2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス 2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス
2015/09/21付 オリジナルiTunes週間トップソングトピックス
 
Moodboards
MoodboardsMoodboards
Moodboards
 
A Mayoral Manifesto for the Digital Economy
A Mayoral Manifesto for the Digital EconomyA Mayoral Manifesto for the Digital Economy
A Mayoral Manifesto for the Digital Economy
 

Similar to Asbabun nuzul

P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u Roeslandy Ahmad Andy
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANSri Wiji Lestari
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzulReza Rizki
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufPAUSIL ABU
 
Keistimewaan al-Qur'an
Keistimewaan al-Qur'anKeistimewaan al-Qur'an
Keistimewaan al-Qur'anIdrus Abidin
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ibnu Ahmad
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quranmasdalul
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranKhudrey Hamid
 
Beberapa bukti keotentikan al-quran
Beberapa bukti keotentikan al-quranBeberapa bukti keotentikan al-quran
Beberapa bukti keotentikan al-quranVimz SpecialOps
 
Kitab kitab allah
Kitab kitab allahKitab kitab allah
Kitab kitab allahTia Jo
 

Similar to Asbabun nuzul (20)

Makalah nuzulul quran
Makalah nuzulul quranMakalah nuzulul quran
Makalah nuzulul quran
 
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzul
 
Asbabbun nuzul
Asbabbun nuzulAsbabbun nuzul
Asbabbun nuzul
 
Makalah ulumul
Makalah ulumulMakalah ulumul
Makalah ulumul
 
Makalah Ulumul Qur'an
Makalah Ulumul Qur'anMakalah Ulumul Qur'an
Makalah Ulumul Qur'an
 
Makalah Nuzulul Qur'an
Makalah Nuzulul Qur'anMakalah Nuzulul Qur'an
Makalah Nuzulul Qur'an
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
 
Keistimewaan al-Qur'an
Keistimewaan al-Qur'anKeistimewaan al-Qur'an
Keistimewaan al-Qur'an
 
ASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANAASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANA
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 
Kepribadian ulul albab dalam Al-Quran
Kepribadian ulul albab dalam Al-QuranKepribadian ulul albab dalam Al-Quran
Kepribadian ulul albab dalam Al-Quran
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quran
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quran
 
Ppt agama
Ppt agamaPpt agama
Ppt agama
 
Beberapa bukti keotentikan al-quran
Beberapa bukti keotentikan al-quranBeberapa bukti keotentikan al-quran
Beberapa bukti keotentikan al-quran
 
Kitab kitab allah
Kitab kitab allahKitab kitab allah
Kitab kitab allah
 
Ilmu asbabun nuzul
Ilmu asbabun nuzulIlmu asbabun nuzul
Ilmu asbabun nuzul
 

More from Kamarudin Jaafar

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 

Asbabun nuzul

  • 1. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Pengenalan Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab dan qadarnya . Kanak- kanak yang baru dilahirkan tidak dapat melihat cahaya dunia melainkan setelah melalui kejadian sebab musabab dan proses pertumbuhannya .1 Justeru itu , ayat-ayat al-Quran yang diturunkan juga ada latar belakangnya . Namun begitu , ulama menjelaskan bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan boleh dikategorikan kepada dua iaitu , ada yang mempunyai sebab dan ada yang tidak mempunyai sebab . 1.0 Penurunan al-Quran tanpa sebab Ayat-ayat yang diturunkan tanpa sebab sering memperkatakan soal penghidupan harian atau perkara yang sering berlaku. Selain itu , ia juga menyentuh tentang perkara yang telah diketahui maklumatnya seperti berakhlak mulia.Ia juga untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan yang kurang dan membetulkan kekeliruan.Wahyu ini banyak berlaku dan jumlahnya melebihi jumlah ayat yang diturunkan bersebab. Menurut Ahmad Von Denffer , In some cases scholars have provided us with the background of certain events that heve been narrated in the Quran. Obviously , however , such information does not belong to the field of asbab al-Nuzul. Although it may help to understand the message of the recelation, it is not related in a direct and reliable wa, showing immediate reason for or the occasion of the revelation.2 Beliau menegaskan bahawa tidak semua ayat al-Quran yang diturunkan itu mempunyai sebab. 1.1 Contoh pertama. 1 Subhi Saleh, Penterjemah Zainal Abidin Abdul Kadir , (1991), Kajian al-Quran, hal: 175 2 Ahmad Von Denffer, (1991), Ulum al-Quran, An Introduction To The Science Of The Quran , hal : 92 -1-
  • 2. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang benar, tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan . Firman Allah surah al-Rum ayat 30: Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (kamu dan pengikut-pengikutmu wahai Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus “Agama Allah” iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; iaitulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.3 (Surah al-Rum ayat 30) 1.2 Contoh kedua. Penurunannya untuk mencerikatakan tentang umat terdahulu, menenangkan serta menghiburkan nabi dan sahabat. Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5. 3 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 873 -2-
  • 3. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Terjemahan: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamad) seindah-indah kisah dengan jalan wahikan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”4 (Surah Yusuf ayat 3-5.) 4 Ibid , hal : 436-437 -3-
  • 4. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN 1.3 Contoh ketiga iaitu ayat yang menceritakan cerita-cerita ghaib yang akan berlaku pada masa hadapan . Ayat-ayat yang dimaksudkan ini termasuk gambaran peristiwa hari qiamat , pemandangan pada hari tersebut dan gambaran-gambaran nikmat dan azab pada hari akhirat . Ayat-ayat yang memberikan fokus khas tentang gambaran ini boleh didapati dengan jumlah yang banyak khususnya semasa al-Quran dibentangkan pada zaman Makkiyyah .5 Sebagai contoh iaitu Surah al-Rahman ayat 46 , terjemahannya : “Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhan (untuk dihisab), disediakan baginya dua syurga.”6 2.0 Penurunan al-Quran Bersebab 2.1 Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan . 5 Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff , (1996), Kunci Mengenal al-Quran, hal : 40 6 opcit , hal : 1191 -4-
  • 5. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Firman Allah : Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (menghampiri) masjid sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwudhu’) maka hendaklah kamu bertayamum -5-
  • 6. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN dengan tanah-debu yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah adalah amat pemaaf, lagi amat pengampun.7 (Surah al-Nisa’ ayat 43) Penerangan Ayat tersebut diturunkan dengan sebab ada di kalangan sahabat yang mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau silap ketika membaca surah al- Kafirun. Ayat dan wahyu tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan bersembahyang dalam keadaan mabuk. 2.2 Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda. Sebagaimana firman Allah: Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang Zul 7 Ibid , hal : 158 -6-
  • 7. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Qarnain. Katakanlah . “ Aku akan bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.” 8 (Surah al-Kahfi ayat 83) Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang bertanya kepada nabi kisah Zul Qarnain. 2.3 Penurunan wahyu apabila nabi ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang menerangkan hukumnya. Contohnya ialah kisah Khaulah binti Tha’labah yang telah diziharkan oleh suaminya Aus ibn Sabit. Khalulah kemudian mengadu kepada Rasulullah. Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Abi Hatim. Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah yang mana pendengaranNya meliputi segalanya. Aku mendengar aduan Khaulah binti Tha’labah itu, meskipun tidak semuanya. Ia mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah , dengan katanya: “Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung kerananya, tetapi sekarang setelah aku tua, dan tidak beranak lagi, dia telah menziharkan aku. Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu”. Aisyah berkata: “Tiba-tiba malaikat Jibril turun membawa ayat; Terjemahannya: 8 Ibid , hal : 604 -7-
  • 8. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) tentang suaminya, sambil ia berdoa dan merayu kepada Allah (tentang perkara yang menyusahkannya) sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat melihat. 9 (Surah al-Mujadalah ayat 1). 2.4 Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa. Hal ini sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214 surah al-Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan nabi. Baginda berseru lagi: “Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalik bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah kamu terhadap kata-kataku ini ?” Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu mendusta.” Lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkan kepada kamu tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab bangun lantas berkata: “Celakalah engkau ! Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini?” Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah; 9 Ibid , hal : 1216 -8-
  • 9. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Maksudnya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, ia tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.10 (Surah al-Masad ayat 1-5) 3. Pembahagian-pembahagian penurunan bersebab Pembahagian penurunan bersebab. Boleh dibahagikan kepada 3:- a) Satu ayat satu sebab nuzul; b) Satu ayat beberapa sebab nuzul; c) Satu sebab nuzul untuk banyak ayat. 3.1 Satu Ayat Satu Sebab Nuzul 10 Ibid , hal : 1448 -9-
  • 10. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan asbab nuzul lain. Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al -Syu’ara’, yang maksudnya : Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi telah pergi menaiki Bukit Safa, lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi: “Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu terhadap kata-kataku ini? Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu berdusta”. Lantaran itu Abu Lahab menyambung kata-kata: “Celakalah engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini ?” Maka turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah: Maksudnya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran - 10 -
  • 11. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. 11 ( Surah al-Masad ayat 1-5) Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi. 3.2 Satu ayat beberapa sebab nuzul Jika ada dua riwayat mengenai satu ayat yang turun dan menyebutkan sebab yang jelas , maka kedua-duanya perlu dikaji lebih lanjut.12Maksudnya terdapat beberapa riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.Huraiannya ada 6. i) Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu. Contohnya: Riwayat pertama iaitu , hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jundub al-Bajali.Terjemahannya : Nabi mengalami sakit, menyebabkan dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata : Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu, sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi. Maka Allah menurunkan ayat: 11 Ibid , hal : 1448 12 Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq (2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 245. - 11 -
  • 12. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .13 (Surah Dhuha ayat 1-3) Riwayat kedua pula , hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu rumah nabi yang meriwayatkan : ‫إن جروا دخل بيت النبى صلى ا عليه وسلم فدخل تحت‬ ‫السرير، فمات فمكث النبى أربع إيام ل ينزل عليه الوحى‬ ‫فقال : يا خولة، ما حدث فى بيت رسول ا صلى ا عليه‬ ‫وسلم جبريل ل يأتينى ؟ فقلت فى نفسى : لو هيأت البيت‬ ْ‫وكنسته، فأهويت بالمكنسة تحت السرير فأخرجت الجرو فجا‬ ‫النبى صلى ا عليه وسلم ترعد لحيته، وكان إذا نزل عليه‬ ‫.أحذته الرعدة، فأنزل ا الية‬ Terjemahannya : 13 Opcit , hal : 1403 - 12 -
  • 13. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya aku mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah menurunkan ayat: Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi . Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .14 (Surah Dhuha ayat 1-3) Menurut Ibn Hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang lewatnya datang wahyu kerana ada bangkai anak anjing di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah itu untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak sesuai dengan martabat nabi. Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui namanya (rawi majhul). Menurut 14 Ibid , hal : 1448 - 13 -
  • 14. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN pendapat Dra . H. St Amanah , pada riwayat yang kedua ini tercium bau kepalsuannya15 . Selain itu , riwayat pertama diterima kerana ia diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim. ii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di antara keduanya masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripadanya disebabkan salah satunya lebih sahih di antara yang lain ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini seharusnya diterima sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama : Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud berkata : Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata ; ”Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (nabi). Lalu mereka bertanya, ”Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu. Selepas itu baginda bersabda: Sebagaimana firman Allah : Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang 16 roh. Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...” ( Surah al Isra’ ayat 85 ) 15 Dra. H. St. Amanah , (1993), Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir , hal : 87. 16 Opcit , hal : 572 - 14 -
  • 15. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Riwayat kedua hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi katanya : Orang-orang Quraisy berkata kepada orang Yahudi. ”Berilah kepada kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad). Mereka menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya kepada nabi. Maka Allah menurunkan ayat : Terjemahan : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh. 17 Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...” ( Surah al Isra’ ayat 85 ) Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding riwayat kedua. Ini adalah kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al- Bukhari. Selain itu, Ibn Mas’ud ada bersama nabi ketika peristiwa penurunan ayat tersebut berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu. Justeru itu, riwayat pertama diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut. iii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul18. Dalam konteks ini kita hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran. Contohnya ; 17 Ibid , hal : 572 18 Rosmawati binti Ali , (1997), Pengantar Ulum Quran , hal : 147 - 15 -
  • 16. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepada Hilal: Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal berkata : Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda : Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.19 (Surah al-Nur ayat 6) Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad: Bahawa ‘Umaymir telah datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan sambil berkata : Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ? 19 Opcit , hal : 734 - 16 -
  • 17. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu, ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (‘Asim bertanya tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri untuk bermula‘anah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia melakukan li’an dengan isterinya iaitu firman Allah : Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.20 (Surah al-Nur ayat 6) Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil kedua-dua riwayat itu sebab nuzul ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku 20 Ibid , hal : 734 - 17 -
  • 18. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN dalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh menyatakan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah , kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh ‘Uwaymir sebelum jawapan diberikan. iv) Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara keduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih daripada satu. Kita boleh melihat hal ini dengan melihat riwayat pertama iaitu hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid dalam perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu baginda bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau. Maka di saat itu, Jibril menurunkan ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat jenazah Hamzah. Firman Allah : - 18 -
  • 19. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.21 (Surah al-Nahl ayat 126) Riwayat kedua : Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn ka’ab yang berkata : Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka Allah menurunkan ayat: Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. (surah al-Nahl ayat 126) 21 Ibid , hal : 544 - 19 -
  • 20. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Ini adalah kerana jarak waktu di antara dua peristiwa itu yang terlalu jauh.Jika dilihat , Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah manakala pembukaan Kota Mekah pula pada tahun-ke 8 Hijrah. Rumusan yang boleh dibuat ialah ayat tersebut diturunkan sebanyak dua kali . Dalam hal ini ternyata ada yang menganggap terdapat masalah dam penurunan yang berulang , bahawa hal itu merupakan sasuatu yang sia-sia. Namun begitu jawapan untuk kemusykilan itu ialah , bahawa ada hikmah lain yang sangat luhur berkenaan dengan berulangnya nuzul iu, iaitu peringatan dari Allah kepada para hambanya dan menarik perhatian mereka kepada apa yang terkandung di dalam ayat-ayat yang diturunkan secara berulang itu , sama ada pesanan , faedah ataupun lain yang diperlukan oleh manusia.22 v) Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas. Apabila perawi berkata, “Ayat ini diturunkan tentang hal ini.” atau, “Aku mengira ayat ini diturunkan tentang hal ini.”Dalam hal ini tiada percanggahan di antara riwayat- riwayat itu . Ia bukan menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul. vi) Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas. Yang menjadi pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab nuzul dengan tegas. Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-Baqarah: 22 Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq (2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 254. - 20 -
  • 21. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah amalan-amalan yang baik untuk diri kamu . Dan bertaqwalah kepada Allah , serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari Akhirat kelak) . Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman .23 (Surah al-Baqarah ayat 223) Menurut riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 : Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….Maka Ibn Umar berkata kepadaku Tahukah engku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi isteri dari arah belakang. Riwayat kedua pula ialah hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn Majah, Jabir berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling. Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah. 23 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 544 - 21 -
  • 22. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Dalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas manakala riwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul. Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat. Menurut Ibn Hajar :  Apabila semuanya tidak tegas,dinilai sebagai tafsir dan kandungan ayat.  Apabila sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang dipegang yang tegas.  Apabila semuanya tegas,pilih yang lebih sahih.  Apabila semuanya sahih dilakukan tarjih.jika tidak boleh ditarjih, dikompromikan.  Jika tidak boleh dikompromikan,ayat itu turun secara berulang. 3.2 Satu sebab nuzul untuk banyak ayat. Kadang kala satu kejadian menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih , iaitu sesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah : Turun beberapa wahyu kerana sebab yang satu24. Ini menunjukkan permasalahan itu penting. Contohnya : Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim Katanya: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 195.Yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan FirmanNya): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oran- orang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki atau perempuan… 4 Pegangan ialah lafaz umum, bukan sebab khusus 24 Subhi Saleh, Penterjemah, Zainal Abidin Abdul Kadir (1991), Kajian al-Quran, hal: 203 - 22 -
  • 23. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Para ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana mesti diperhatikan untuk pegangan sama ada umumnya lafaz atau khususnya sebab . Adakah hukum itu hanya berlaku atas kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu yang di situ ayat diturunkan atau hukum itu menjadi bersifat umum untuk kesemuanya . Menurut jumhur ulama , bahawa yang mesti diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan khususnya sebab. Ini pendapat ynag sahih.25Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab secara umum atau sesuai dengan sebab secara khusus. Maka yang umum itu diterapkam kepada keumumannya dan yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya. Contohnya firman Allah : Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah haidh itu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu, dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh 25 Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Penterjemah, M.Junaid Hashimi (1996), Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran , hal : 38 - 23 -
  • 24. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.26 (Surah al-Baqarah ayat 222) Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberi makan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan itu Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan ayat tersebut. Kemudian nabi bersabda : Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa sahaja, kecuali menyetubuhinya. Perkara yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu sebab itu khusus sedangkan ayat yang diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini pendapat ulama terbahagi kepada dua. Pendapat pertama Jumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum bukannya sebab yang khusus. Pendapat kedua Segelintir ulama mengatakanyang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang ialah sebab yang khusus. Pendapat pertama Contohnya berkenaan ayat li’an.Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al- Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina 26 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 69 - 24 -
  • 25. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi bersabda “Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah! Apabila seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama (melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat”. Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan ayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9. Lafaz( ‫والذين يرمون أزواجهم‬ ) dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina adalah dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya terhenti kepada peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada peristiwa Hilal yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialah dengan meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami) tanpa perlu kepada dalil atau ayat lain. Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian dengan hukum-hukum syarak yang bersifat umum. Kesimpulan - 25 -
  • 26. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Ilmu asbabun nuzul amat penting . Sebenarnya ayat al-Quran diturunkan melalui sebab-sebab tertentu . Namun begitu , ada juga ayat yang diturunkan tanpa sebab yang khusus .Mempelajari ilmu mengenai sebab nuzul ayat amat penting, antaranya ialah : • Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu hukum. • Mengetahuin bahawa syariat Islam memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan umum, terutamanya dalam menghadapi segala peristiwa, demi umat Islam yang terhormat dan mulia. • Mengkhususkan serta membataskan hukum yang diturunkan dengan sebab yang berlaku. Iaitu apabila sesuatu hukum itu dinyatakan dalam bentuk yang umum. • Dapat membantu seseorang dalam memahami ayat dan maksud al-Quran. Ibn Daqiq al-’Id ( ‫ ) دقيق العيد‬berkata : mengetahui sebab nuzul adalah jalan yang paling kuat untuk mengetahui makna al-Quran. Ibn Taimiyah pula berkata : mengetahui sebab nuzul dapat membantu untuk memahami ayat, kerana mengetahui sebab akan dapat mengetahui musabbabnya. • Dapat mentafsir sesuatu ayat berdasarkan kesah dan cerita yang sebenar. Al-Wahidi berkata : tidak mungkin dapat memahami pentafsiran ayat tanpa mengetahui kesah dan sebab nuzulnya. • Membantu dan memudahkan seseorang yang menghafaz al-Quran. • Membantu ahli Tafsir dan ahli Fiqh dalam mengitimhbat hukum. • Mengetahui pengkhususan hukum. • Mengetahui dengan jelas kepada siapa dan apa sebab sebenar turunnya sesebuah ayat. Di mana dengan itu ayat tersebut tidak dapat dinisbahkan kepada orang lain akibat dorongan atau permusuhan dan perselisihan. • Memberi maklumat untuk membezakan antara ayat Makki dan Madani. - 26 -
  • 27. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN • Untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasikh dan mansukh. • Mengkhususkan hukum dengan sebab serta menolah sangkaan yang tidak benartentang sesuatu batasan hukum. Semoga kita semua dapat membaca , memahami , menghayati dan mengamalkan al-Quran dengan baik. Quran adalah panduan utama umat manusia amnya dan umat Islam khususnya . Islam adalah agama Rahmatan lil alamin . Justeru itulah ia menjadi kajian bukan hanya oleh ulama Islam tetapi juga para orientalis dan pemikir barat kerana mereka juga amat kagum dan mengakui secara senyap-senyap akan keagungan Islam . Al-Quran adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat . Allah yang telah menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab dan Allah akan memeliharanya hingga hari qiamat .Wallahu a’lam Bibliografi Ahmad Von Denffer , Ulum al-Quran , An Introduction To The Science Of The Quran (1991), AS Noordeen, Kuala Lumpur. Asmawi bin Haji Ehsan, Ulum Al-Quran (2004) , Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur. Dra.H. St. Amanah , Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir (1993) , Penerbit Assyifa’ , Darul Fikir , Kuala Lumpur . - 27 -
  • 28. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran.( 1997), Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Subhi Saleh , Kajian al-Quran , Penterjemah , Zainal Abidin bin Abdul Kadir (1991), Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur . Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran, penterjemah , M. Juanaid Al-Hashimi (1996), Al-Hidayah Publisher , Kuala Lumpur. Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran (1996), Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1994), Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur . - 28 -