2. MAKSUD
• Rangkap Pertama:
• Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh orang yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka yang benar-benar arif yang
mempunyai banyak pengetahuan tentang selok-belok dan keadaan alam dan pelbagai perkara serta keperluan, semasa hendak
membangunkan kota.
• Rankap Kedua:
• Seorang arkitek yang hendak membangunkan kota mestilah seorang pencinta alam, seorang yang banyak ilmu, meninjau keadaan
kehidupan dan perlu mengambil kira laar belakang golongan pelbagai masyarakat.
3. • Rankap Ketiga:
• Beliau perlu melindungi hidupan, mengekalkan kehijauan bumi, mengelakkan pencemaran, dan mementingkan keindahan.
• Rangkap Keempat:
• Perancang kota mestilah mencitai alam sekitar yang inginkan alam sekitar terpelihara. Keindahan alam semula jadi ingin
dipertahankan malah ingin menghiasi dengan landskap yang mempersona. Arkitek kota juga mestilah berani membawa
perubahan yang pelbagai, seorang yang sanggup menerima pandangan orang lain, mementingkan perasaan dan keperluan
pihak lain.
• Rankap Kelima:
• Perancang kota bertanggungjawab mewujudkan keindahan kota melalui kreativiti supaya kehidupan menjadi sempurna dan
bersedia menghadapi segala kemungkinan.
4. TEMA
Tema sajak ini ialah pelbagai pertimbangan
dititikberatkan dalam pembangunan sebuah bandar
yang sejahtera, contohnya seorang arkitek perlu
bijak merancang, banyak membaca, dan mengkaji
semua aspek masyarakat agar pembangunan yang
dirancang mencapai matlamat.
5. PERSOALAN
-Persoalan tanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar.
-Persoalan pembangunan kota perlu dilihat dari semua sudut
-Persoalan kepentingan generasi muda memacu
pembangunan Negara
-Persoalan kepentingan flora dan fauna kepada keindahan
alam
-Persoalan keprihatinan untuk mengubah ke arah yang lebih
baik
7. Pengulangan Vokal atau Asonasi.
-Contohnya: Membenarkan penemuan (vocal e)
Pengulangan konsonan atau aliterasi.
-Contohnya: Memungkinkan kemungkinan (konsonan n)
8. NADA
•Sajak arkitek kota bernada melankolik.
BENTUK
Berbentuk bebas/tidak terikat dengan puisi tradisional.
Ada lima rangkap, bilangan baris dan perkataan setiap rangkap
tidak sama.
Rima akhir tidak sama
Bilangan patah perkataan dalam setiap baris antara dua hingga
tujuh patah perkataan.
NADA
Sajak ini benada melankolik.
9. NILAI
1. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan
seharian.terutama di kota.
2. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan
alam sekitar. .
3. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting
apabila membuat keputusan.
4. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam
semua aspek
10. PENGAJARAN
• 1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa
merancang pembangunan agar pembangunan Negara lebih sistematik.
• 2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan
Negara supaya rakyat tidak ditindas ataupun dizalimi.
• 3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat
keputusan supaya lebih berkesan.
• 4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat
pembangunan kota agar tidak menyesal kemudian hari.
PENGAJARAN