2. MAKSUDSAJAK
RANGKAP 1
Penyajak menyatakan bahawa usaha
membangunkan sesebuah kota perlu
dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak
dan bertanggungjawab. Mereka merupakan
golongan yang arif dan banyak pengetahuan
tentang selok-belok dan keadaan sesebuah
kota yang ingin dibangunkan.
3. RANGKAP 2
Hal ini demikian kerana golongan perancang
bandar ini merupakan penghuni yang tinggal di
situ dan banyak mengetahui hal-hal berkaitan
dengan masalah yang dihadapi penduduk.
Mereka juga telah banyak membuat kajian
dengan mengambil kira pandangan pelbagai
pihak yang menghuni kota tersebut. Usaha ini
akan memudahkan perancang bandar tersebut
membangunkan kota kerana mereka telah
mengambil kira semua pertimbangan.
4. RANGKAP 3
Seseorang perancang bandar juga harus
mencintai alam sekitar. Usaha membangunkan
sesebuah kota perlu mengambil kira
kepentingan alam sekitar kepada flora dan
fauna. Kehidupan flora dan fauna perlu
dipelihara. Keindahan alam semulajadi perlu
dipertahankan untuk mewujudkan landskap
yang mempesonakan.
5. RANGKAP 4
Perancang kota sebaiknya terdiri daripada
golongan muda yang banyak idea untuk
merencanakan keindahan kota. Idea bernas
yang diilhamkan oleh golongan ini dapat
memberi kegembiraan kepada semua lapisan
dan menjadi tarikan kepada golongan yang
inginkan keindahan.
6. RANGKAP 5
Perancang kota merupakan arkitek yang
mampu memberikan kehidupan yang selesa
dan sempurna kepada warga kota. Mereka
mampu merencanakan perancangan dengan
mengambil kira keseimbangan antara
pembangunan kota dengan penjagaan alam
sekitar. Pembangunan kota dengan
mengambil kira kepentingan alam sekitar
mampu memberikan kehidupan yang
sempurna kepada warga kota.
7. TEMA
Keperluan pengetahuan dan pengalaman
dalam melaksanakan pembangunan di kota.
Menekankan peri pentingnya peranan
perancang bandar dalam melaksanakan pelan
pembangunan di sesebuah bandar, dengan
tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar.
8. PERSOALAN
• Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu
keadaan. Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat
difahami.
• Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada
pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi
pelbagai sudut.
• Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar. Alam sekitar
perlu dijaga.
• Persolan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.
Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.
9. PENGAJARAN
• Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang luas semasa merancang
pembangunan.
• Kita hendaklah mengambil kira kepentingan
rakyat ketika membangunkan negara.
• Kita perlulah membuat pertimbangan yang
bijaksana sebelum membuat keputusan.
10.
11. GAYABAHASA
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar