Dokumen tersebut menyebut enam nilai murni yang diamalkan oleh tokoh-tokoh dalam cerita, yaitu nilai kasih sayang, tanggungjawab, kesabaran, gigih, keinsafan, dan berhemah tinggi. Contoh-contoh perilaku yang menunjukkan nilai-nilai tersebut dijelaskan secara singkat.
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
Tiang cengal dinding sayung
1. TIANG CENGAL
DINDING SAYUNG
NAMA AHLI:
ABDUL MUHAIMIN BIN AHMAD
MUHAMMAD ZAKI HAKIMI BIN AHMAD MAULANA
MUHAMMAD SAYYID HUBAISH BIN MOHD HAMDAN
MUHAMMAD AMIRUL IKMAL BIN MOHAMMAD NOOR
2. NILAI KASIH SAYANG
Contohnya, Jimah dan Pak Jumaat sayang akan
anak-anak mereka. Hal ini dapat dilihat apabila
Jimah menyerahkan buku akaun kepada Sani.
3. NILAI TANGGUNGJAWAB
Contohnya, Sani sangat bertanggungjawab terhadap ibu
bapa angkatnya. Hal ini terbukti apabila Sani pulang
menziarahi ibu bapa angkatnya di kampung pada setiap
hujung minggu
4. NILAI KESABARAN
Contohnya, Jimah mempunyai sikap sabar yang tinggi
dalam diri. Hal ini jelas terlihat apabila Jimah sabar
menunggu kepulangan Pak Jumaat di tepi pantai dengan
harapan suaminya itu akan pulang dalam keadaan yang
selamat.
5. NILAI KEGIGIHAN
Contohnya, Pak Jumaat gigih dalam melakukan sesuatu
perkara. Hal ini dapat dibuktikan apabila Pak Jumaat
gigih bekerja untuk membesarkan anak-anaknya dan
memberikan meraka pendidikan yang sempurna.
6. NILAI KEINSAFAN
Contohnya, anak-anak Pak Jumaat insaf akan kesalahan
yang telah dilakukan. Hal jelas terlihat apabila Sabariah,
Sabri, Salmah dan Shahrul insaf akan sikap mereka yang
lebih mengutamakan kerjaya dan wang ringgit daripada
ibu bapa mereka sendiri.
7. NILAI BERHEMAH TINGGI
Contohnya, Sani mempunyai sikap hemah tinggi ketika
berbicara dengan orang yang lebih tua. Hal ini terbukti
apabila Sani sentiasa bertutur dengan lemah lembut
dengan Jimah kerana tidak mahu menyinggung perasaan
ibu angkatnya yang telah banyak berjasa kepadanya
selama ini.