SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
AMALAN PERBOMOHAN ATAU JAMPI DALAM
MASYARAKAT
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya,
mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan
pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang
menjadi mangsa seks bomoh.
Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya
Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam
bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya
yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap
sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang
disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim
meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah
berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah,
Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka
lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat
al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendak
pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat
dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya
agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan
jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa
yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi
ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda
Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya
kesyirikan”.
Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan
persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga
disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan
perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika
dilihat kepada syighah (bentuk ungkapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan
moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman Baginda Nabi s.a.w. sendiri perubatan zahir
ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal.
Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab, sekalipun
dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan
keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia
menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan
perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam.
Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang
Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan.
Namun malangnya amalan jampi – yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri
kepada agama Islam – telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda
s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat
petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan
seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat
petunjuk. Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu
mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal,
Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam? Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-
zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat
Baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau
kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan
tidak beriman, Baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-
Qasas ayat 56:“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa
memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk)
mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja
orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum
mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri
dengan izin Allah.
Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang
dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati
orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa
jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata, “Kita usaha, Allah
yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu?
Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini
menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah
berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33:
(maksudnya) “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang
keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh
dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan
Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya)
kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.
Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil,
namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia
percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang
membatalkan iman.
Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh
Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak
mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan
gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun
meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan
membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang
diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya)
Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat
kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku
akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku
tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-
orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.
Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa
kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang
tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur
dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad
yang sahih).
Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya
membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net

More Related Content

What's hot

MACAM - MACAM PUASA
MACAM - MACAM PUASAMACAM - MACAM PUASA
MACAM - MACAM PUASAShafa Fatin
 
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)solehanlovesallah
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...EmaMitaApriani
 
Tematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiTematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiJimatul Arrobi
 
Id series of_ramadan_advices
Id series of_ramadan_advicesId series of_ramadan_advices
Id series of_ramadan_advicesLoveofpeople
 
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesia
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesiaHadits tarbawi terjemah bahasa indonesia
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesiafischaamilael-khattab17
 
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahKhutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahMuchammad Dimyati
 
Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1imamtarmuji
 
Mengungkap keimanan abi thalib
Mengungkap keimanan abi thalibMengungkap keimanan abi thalib
Mengungkap keimanan abi thalibAliem Masykur
 
What's hot (18)

Maksud bid
Maksud bidMaksud bid
Maksud bid
 
MACAM - MACAM PUASA
MACAM - MACAM PUASAMACAM - MACAM PUASA
MACAM - MACAM PUASA
 
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
 
Tematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiTematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar Hati
 
Puasa
PuasaPuasa
Puasa
 
UAS AL HADIS FITRIANA PADANG. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS FITRIANA PADANG. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020UAS AL HADIS FITRIANA PADANG. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS FITRIANA PADANG. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
 
Id series of_ramadan_advices
Id series of_ramadan_advicesId series of_ramadan_advices
Id series of_ramadan_advices
 
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesia
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesiaHadits tarbawi terjemah bahasa indonesia
Hadits tarbawi terjemah bahasa indonesia
 
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahKhutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
 
Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1
 
Konsep karamah
Konsep karamahKonsep karamah
Konsep karamah
 
Mengungkap keimanan abi thalib
Mengungkap keimanan abi thalibMengungkap keimanan abi thalib
Mengungkap keimanan abi thalib
 
6.7.2012
6.7.20126.7.2012
6.7.2012
 
pengertian ihsan dan masalah ihsan
pengertian ihsan dan masalah ihsanpengertian ihsan dan masalah ihsan
pengertian ihsan dan masalah ihsan
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
Presentasi Fiqh 4
Presentasi Fiqh 4Presentasi Fiqh 4
Presentasi Fiqh 4
 
Fiqih puasa
Fiqih puasaFiqih puasa
Fiqih puasa
 
Viewers also liked

Esme_MFA2013
Esme_MFA2013Esme_MFA2013
Esme_MFA2013Esme Choi
 
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)tstakamori
 
produsen tenis meja pingpong
produsen tenis meja pingpongprodusen tenis meja pingpong
produsen tenis meja pingpongEdi Sunarso
 
re-identification
re-identificationre-identification
re-identificationEsme Choi
 
Portfolio-Smaller Size
Portfolio-Smaller SizePortfolio-Smaller Size
Portfolio-Smaller SizeMohd Hafiz
 
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้eaktcfl
 
Mera medicare HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMR
Mera medicare   HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMRMera medicare   HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMR
Mera medicare HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMRsanazynabsana
 
A HOME ON LAP OF NATURE
A HOME ON LAP OF NATUREA HOME ON LAP OF NATURE
A HOME ON LAP OF NATUREReal estate
 
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)自動でお知らせ(トリミングサロン向け)
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)tstakamori
 
売上管理(トリミングサロン向け)
売上管理(トリミングサロン向け)売上管理(トリミングサロン向け)
売上管理(トリミングサロン向け)tstakamori
 
Symbolism and culture
Symbolism and cultureSymbolism and culture
Symbolism and cultureryanelissa
 
Nguyen van thang en 081815
Nguyen van thang  en 081815Nguyen van thang  en 081815
Nguyen van thang en 081815Nguyen Van Thang
 
Viewers also liked (20)

Broschyr Flexovit Mega-Line kapskivor
Broschyr Flexovit Mega-Line kapskivorBroschyr Flexovit Mega-Line kapskivor
Broschyr Flexovit Mega-Line kapskivor
 
Esme_MFA2013
Esme_MFA2013Esme_MFA2013
Esme_MFA2013
 
Time management
Time managementTime management
Time management
 
TIME FOR CRASH ?
TIME FOR CRASH ?TIME FOR CRASH ?
TIME FOR CRASH ?
 
Untitled Presentation
Untitled PresentationUntitled Presentation
Untitled Presentation
 
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)
Q&A:簡単予約(トリミングサロン向け)
 
produsen tenis meja pingpong
produsen tenis meja pingpongprodusen tenis meja pingpong
produsen tenis meja pingpong
 
re-identification
re-identificationre-identification
re-identification
 
Portfolio-Smaller Size
Portfolio-Smaller SizePortfolio-Smaller Size
Portfolio-Smaller Size
 
AIM LOSS ADJUSTING DESCRIPTION
AIM LOSS ADJUSTING DESCRIPTIONAIM LOSS ADJUSTING DESCRIPTION
AIM LOSS ADJUSTING DESCRIPTION
 
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้
นวัตกรรมและเทคโนโลยีสารสนเทศเพื่อการเรียนรู้
 
What is-webhost-domain
What is-webhost-domainWhat is-webhost-domain
What is-webhost-domain
 
Mera medicare HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMR
Mera medicare   HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMRMera medicare   HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMR
Mera medicare HR Disruputions- remote working locations,Sana,IIMR
 
DETCON 1600-N4X CONTROLLER
DETCON 1600-N4X CONTROLLERDETCON 1600-N4X CONTROLLER
DETCON 1600-N4X CONTROLLER
 
A HOME ON LAP OF NATURE
A HOME ON LAP OF NATUREA HOME ON LAP OF NATURE
A HOME ON LAP OF NATURE
 
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)自動でお知らせ(トリミングサロン向け)
自動でお知らせ(トリミングサロン向け)
 
売上管理(トリミングサロン向け)
売上管理(トリミングサロン向け)売上管理(トリミングサロン向け)
売上管理(トリミングサロン向け)
 
Symbolism and culture
Symbolism and cultureSymbolism and culture
Symbolism and culture
 
Nguyen van thang en 081815
Nguyen van thang  en 081815Nguyen van thang  en 081815
Nguyen van thang en 081815
 
Mar can-ban-1-vb2
Mar can-ban-1-vb2Mar can-ban-1-vb2
Mar can-ban-1-vb2
 
Similar to Mengapa Percaya Bomoh dan Ramalan Boleh Membawa Kepada Syirik

Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benar
Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benarBagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benar
Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benarErman Hidayat
 
Cara pengobatan dengan_quran
Cara pengobatan dengan_quranCara pengobatan dengan_quran
Cara pengobatan dengan_quranHelmon Chan
 
Id natural blood_of_woman
Id natural blood_of_womanId natural blood_of_woman
Id natural blood_of_womanmuhsinsuaidi
 
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadi
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadiHaid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadi
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadiNasruddin Asnah
 
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)Muhsin Hariyanto
 
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusRasyadan Hussin
 
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liatiPelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liatiOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat munaWarnet Raha
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat munaWarnet Raha
 
Similar to Mengapa Percaya Bomoh dan Ramalan Boleh Membawa Kepada Syirik (20)

Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benar
Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benarBagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benar
Bagaimana membuktikan kita bertauhid dengan benar
 
Cara pengobatan dengan_quran
Cara pengobatan dengan_quranCara pengobatan dengan_quran
Cara pengobatan dengan_quran
 
Id natural blood_of_woman
Id natural blood_of_womanId natural blood_of_woman
Id natural blood_of_woman
 
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadi
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadiHaid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadi
Haid, istihadah, nifas, mani, madzi dan wadi
 
Id cara pengobatan_dengan_quran
Id cara pengobatan_dengan_quranId cara pengobatan_dengan_quran
Id cara pengobatan_dengan_quran
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
Bida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam MasyarakatBida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam Masyarakat
 
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
 
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
 
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liatiPelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
 
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liatiPelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
Pelaksanaan ibadah bagi wanita haid dan nifas menurut ajaran islam wa liati
 
Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah katoba suku muna
Makalah katoba suku munaMakalah katoba suku muna
Makalah katoba suku muna
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Tips menghadapi futur
Tips menghadapi futurTips menghadapi futur
Tips menghadapi futur
 
More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 
More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 
Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Mengapa Percaya Bomoh dan Ramalan Boleh Membawa Kepada Syirik

  • 1. AMALAN PERBOMOHAN ATAU JAMPI DALAM MASYARAKAT Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh. Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendak pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”. Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk ungkapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman Baginda Nabi s.a.w. sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab, sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia
  • 2. menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam. Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi – yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam – telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam? Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam- zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat Baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, Baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al- Qasas ayat 56:“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah. Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata, “Kita usaha, Allah yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33: (maksudnya) “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”. Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil,
  • 3. namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang membatalkan iman. Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang- orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih). Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan. Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net