Slaid ini saya bentangkan dalam Ceramah Ruqyah Syar'iyyah (Histeria & Santau) di Dewan Kuliah Pusat (DKP) 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 10 Mei 2014.
Maklumat lanjut layari: www.rushdunk.blogspot.com
3. Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa
perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:
Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa)
Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa)
Ketiga: Gabungan kedua-duanya
Seiring dengan perkembangan semasa gabungan Perubatan
Alopati dengan Perubatan Ruqyah perlu diperkasakan.
Perubatan Ruqyah tidak dikenali sebagai Perubatan Alternatif
tetapi dikenali sebagai Perubatan Komplementari
5. Keimanan terhadap perkhabaran-perkhabaran ghaib yang diwahyukan
oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya beriman
terhadap hari Akhirat, alam barzakh, titian sirat, mizan, malaikat, jin
dan sebagainya
Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan
asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan
yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam
kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala
telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya :
Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak
memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu
selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka
sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".
7. 7
Asas perubatan mengandungi dua perkara, iaitu penjagaan diri
dan rawatan. Penjagaan diri adalah lebih baik daripada merawat
penyakit.
Setiap penyakit ada ubatnya. Allah yang menjadikan penyakit.
Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap penyakit yang Allah
berikan adalah ujian untuk kita.
Ujian Allah Sebagai Kaffarah
Kaffarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan
oleh hambanya. Ujian Allah itu boleh berlaku yang mungkin
melibatkan kematian orang yang tersayang, kehilangan harta
benda atau penyakit yang kritikal.
8. 8
Dalam menghadapi ujian Allah kita diminta bersabar, seperti firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa
hisab” (az-Zumar: 10)
Sayyidatina Aisyah RA berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,
ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah akan menggugurkan dengannya
satu dosa”
Dalam hadith, daripada Suhaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang Mukmin, kerana
segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi
orang Mukmin. Apabila memperoleh kesenangan, dia bersyukur, yang demikian
itu baik baginya. Dan apabila tertimpa kesusahan dia juga
bersabar, yang demikian itupun baik baginya” Hadith riwayat Muslim dalam
sahihnya [Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq no.hadith 7500]
9. 9
Ajal Ditentukan Oleh Allah
Allah yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan
memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang,
menepati masa yang telah ditetapkan.
Doa dan Rawatan
Allah menyuruh hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya.
Orang yang berdoa bererti dia mengingati Allah. Setiap amalan
yang dibuat mesti niat kerana Allah supaya amalan tersebut
dikira sebagai ibadat termasuk amalan rawatan
12. Bacaan jampi untuk sembuhkan penyakit
Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun
doa.
Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat-
syarat tertentu.
13. Ruqyah yang dibenarkan (Ruqyah Syar’iyyah) mempunyai
beberapa syarat menurut pandangan ulama.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sesuatu
jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat
berikut :
1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan
Nama-Namanya
2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya
3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan
dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mu'asyirah, 1/189].
Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut
boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya
dan bebas dari unsur-unsur syirik.
14. Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah
s.a.w :
Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril
pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai
Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh
Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “
BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI
NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI
ARQIKA “ ~
Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada
segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada
kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan
menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu.
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.
15. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi
mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan
sabdanya :
Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar
Jabir Bin Abdullah berkata : “Seorang lelaki daripada kalangan
kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami
sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah
seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya
menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa
sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi
manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia
melakukannya ! “.
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya, Kitab As-Salam :
4076 .
16. Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata :
“ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan
jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w :
Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah
ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan
kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak
mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa !“.
Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) &
Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).
17. Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma’ad: 4/167-169):
Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan
mengubati penyakit.
Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam
Sahih Bukhari dan Muslim (amal al-Muawwizat sebelum tidur)
Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah
al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan
Muslim: (Kisah Said al-Khudry)
19. Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru
dan membimbing manusia ke jalan Allah
Menyeru dalam erti kata membina asas Islam dalam diri
manusia dan meruntuh anasir jahiliah di dalam dirinya.
Dakwah juga adalah satu proses perubahan dan
transformasi dari segala rupa kebobrokan kepada
pencerahan jati diri hingga terbentuk satu ummah islamiah.
20. “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi
perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang
salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-
orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.
( Fushshilat, 33)
21. Terdapat 3 pendekatan penting dalam gerak kerja dakwah iaitu:
1)al-Hikmah
2)al-Maw’izah al-Hasanah
3)al-Mujaadalah bi al-Husna
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” (an-Nahl: 125)
22. Hikmah:
Kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhatikan realiti
setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan
Islam dengan cara yang paling sesuai; kepelbagaian cara bercakap
dan isi kandungan yang bersesuaian dengan kadar akal dan
pemikiran sasaran dakwah, tanpa memberatkan mereka dengan
perkara yang belum mampu dipikul mereka. Ia tidak dilakukan di
atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga
terkeluar dari orbit al-Hikmah.
Pertama:
Kenalpasti siapa sasaran dakwah kita
Kedua:
Sampaikan dakwah dengan cara yang paling sesuai dengan
tahap sasaran dakwah
23. Syarat-syarat seorang Perawat (Raaqi) menurut Sheikh
Abdullah Ibn Jibreen :
1) Membaca al-Quran dengan baik dan faham maknanya
2) Beraqidah dengan aqidah sahihah
3) Beramal soleh
4) Tidak semestinya mempunyai ilmu khusus atau ilmu yang
mendalam (Kisah Said al-Khudry)
5) Niat yang ikhlas untuk bantu orang bukan semata-mata untuk
dapatkan upah
[Al-Lu'lu' al-Makeen min Fataawaa Ibn Jibrin, ms. 22].
24.
25. PERTAMA:
Tanya latar belakang diri dan keluarga. Dapatkan maklumat tentang
penyakit; di mana, bila, bagaimana dll.
KEDUA:
Jelaskan konsep rawatan dan penyembuhan dalam Islam. Menyakini
bahawa Allah adalah penyembuh dan ubat / kaedah rawatan adalah asbab
dan wasilah untuk sembuh.
KETIGA:
Memberi kefahaman tentang ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
Sakit adalah salah satu bentuk ujian yang Allah timpakan kepada orang
Mukmin. Setiap ujian perlu ditempuhi dengan sabar.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(al-Ankabut: 2)
26. KEEMPAT:
Memberi nasihat agar menjauhi kaedah rawatan yang menyalahi syariat
dan yang meragukan. Seperti pengamal perubatan yang menggunakan
khidmat jin, menjalankan rawatan dalam keadaan yang boleh
menimbulkan fitnah (perawat lelaki merawat pesakit perempuan berdua-
duaan di tempat yang sunyi) dan sebagainya.
Barang siapa mendatangi ‘arraf (dukun) dan bertanya kepadanya akan
sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam. (Riwayat Muslim)
Barang siapa mendatangi ‘Arraf (dukun) atau Kahin dan dia membenarkan
ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad (al-Quran). (Riwayat Ahmad)
27. Adapun perbuatan mengunjungi dukun atau kahin yang
menyeru makhluk selain Allah dalam perubatannya, ada dua
hukum:
a. Dia telah syirik jika sekadar ingin tahu mengenai
penyakitnya, dalilnya," sesiapa yg mendatangi bomoh/dukun
untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak
diterima solatnya selama 40 hari. (HR Muslim)
b. Dia menjadi kafir jika bertanya dukun dan meyakini berita
dukun tersebut.
(Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti
Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)
28. KELIMA:
Mengajarkan kepada pesakit agar beramal dengan Ruqyah Syar’iyyah dan
juga istiqomah dalam mengamalkan doa dan zikir yang diajarkan oleh Nabi
SAW dan para ulama. Contohnya: al-Mathurat, Zikir Pagi & Petang, Doa
dari Hisnu al-Muslim, Hizib dan lain-lain.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
dzikrullah“. Ketahuilah! Dengan "dzikrullah“ itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-
Ra’du: 28)
29. PERTAMA:
Perhatikan keadaan jin tersebut sama ada
a)Tenang : Perawat boleh berbincang dan gunakan kaedah yang
lembut
b)Agresif : Perawat boleh bertindak kasar (tetapi perlu dahului
dengan amaran)
KEDUA:
Selidik latarbelakang jin
a)Punca mengganggu manusia (dihantar, dizalimi, menzalimi, suka
dll)
b)Berapa bilangan (tidak semestinya betul)
30. KETIGA:
Serulah kepada Islam. Sekiranya jin tersebut tidak mahu masuk Islam, jangan
paksa.
KEEMPAT:
Nasihatilah dengan cara yang baik agar jangan menzalimi manusia dan
makhluk lain. Akan tetapi jangan kita gunakan kaedah merayu, kerana jin akan
bertambah sombong sekiranya manusia merayu kepadanya.
MEMBUNUH JIN
“membunuh jin tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram
sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah
termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana diharamkan untuk membunuh
seorang kafir” - Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab “Idah al-Dalalah fi ‘Umum al-
Risalah”
Menurut Ibnu Abbas, ”membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus
sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang manusia “
31. HUKUM BERDIALOG DENGAN JIN
"Bercakap dengan Jin tanpa sebab untuk mencarinya
tidaklah ditegah, bahkan adalah baik untuk mengajak
mereka (jin) kepada agama Allah dan patut kepada syariah,
sepertimana yang dilakukan berdakwah keatas manusia.
Tidak digalakkan membaca buku atau membaca ayat Al-
Quran bagi tujuan ini, kerana al-Qur'an tidak diturunkan
untuk melakukan perkara ini; ia diturunkan secara nur dan
petunjuk didalam penghidupan seorang Islam, agar orang
Islam dapat mengikutinya, mematuhi arahan dan mengelak
dari apa yang dilarang“
Pandangan Sheikh Abdul al-Kareem al-Khudayr
32. PERTAMA:
Memberi kesedaran tentang haramnya sihir dalam konteks syirik
dan menzalimi manusia.
KEDUA:
Serahkan urusan kepada pihak berkuasa
KETIGA:
Doakan semoga pesalah insaf dan bertaubat
KEEMPAT:
Tidak digalakkan untuk membalas (menghantar semula) sihir yang
dilakukan. Rujuk kisah Nabi disihir dan kisah Abdullah as-Saji.
34. 34
Makhluk halus ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa
berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata
atau dirasa dengan tangan.
Mereka hidup di alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal
kejadiannya daripada:
1)Cahaya, iaitu malaikat,
2)Api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
35. 35
HIKMAH DICIPTAKAN MAKHLUK HALUS
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t.,
menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi.
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh
yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk
menyesatkan manusia.
36. 36
iii. Untuk menguji iman manusia agar tidak terpesona dengan
tipu helah pujukan syaitan.
iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang
itu akan diketahui.
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat,
seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang
adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para
malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk
manusia
37. 37
Kalimah Jin adalah satu nama jenis dan berasal dari perkataan
“Janna” yang bermaksud:
1)Tersembunyi : Jinan
2)Tertutup : Junun
3)Tidak dapat dilihat : Janin
Jinan:
Hati yang tiada siapa dapat meneka isi hati seseorang
Junun:
Gila yang mana akal telah tertutup
Janin:
Anak di dalam kandungan
JIN
38. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah
RA:
.مْ. كُْملَك فلَك صَِف وُْم و المَّا مَِف ملُْمدَكقل آَك لَِفخُْم وَك رلٍ و انَك نلْ. مَِف جلٍ رَِف و امَك نلْ. مَِف نلُّ و اجَك لْ.قل اَك لَِفخُْم وَك رلٍ نروُْم نلْ. مَِف ةلُْم كَك ئَِفالَك مَك لْ.تل اَِف قَكلَِفخُْم
Terjemahannya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan
dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang
telah disebutkan kepada kamu (tanah).”
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tsa’labah al-
Khusyna RA:
بلٌ و رَِف و اقَكعَك وَك تلٌ و و ايَّاحَك فلٌ و نْ.صَِف وَك ءلَِف رواَك هَك ف يل الَِف نلَك روُْم طيَِف يُْم ةلٌ و حَك نَِفجْ. أَك ملْ. هُْم لَك فلٌ و نْ.صَِف و افلنَكصْ. أَك ةلُْم ثَكثالَك نلُّ جَِف لْ.ا
.نَك روْ. نُْمعَك ظْ. يَك ولَك نلَك روْ. لُّحَِف يَك فلٌ و نْ.صَِف وَك
Terjemahannya: “Jin itu ada 3 (tiga) macam jenis: (1) Jenis yang
mempunyai sayap dan terbang di udara, (2) jenis ular dan kala
jengking, serta (3) jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”
39. Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dari Mujahid, beliau berkata: “Ketika
aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah makhluk
seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk
menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding hingga aku
mendengar bunyi jatuhnya. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu”.
Aakam al-Marjan, hal. 137.
Mujahid berkata: “Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian
sebagaimana kalian pun takut kepada mereka”. Dan diriwayatkan juga
dari Mujahid, beliau berkata: “Syaitan itu lebih takut daripada salah
seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian,
maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan
tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”.
Aakam al-Marjan, hal. 137.
40. 40
Jenis-jenis Jin
1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan
2. Al-Syaitan iaitu syaitan
3. Al-Maraddah iaitu peragu-ragu, was-was
4. Al-Afrit iaitu penipu
5. Al-A’waan iaitu pelayan-pelayan
6. Al-Tayaarun iaitu penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor
9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan (kawan)
10. Al-Ummaar iaitu pemakmur
41. 41
Gelaran Jin dalam Istilah Melayu
1. Pontianak
2. Orang Bunian
3. Jembalang Tanah
4. Pelesit
5. Polong
6. Hantu Raya
7. Langsuir
8. Penanggalan
9. Harimau Jadian
49. SENTIASA BERDOA DAN BERWIRID
1) Sentiasa berdoa dan berwirid
2) Jadikan Taqwa sebagai benteng
3) Rajin beribadat wajib / sunat
4) Jangan melakukan dosa / maksiat
5) Selalu bertaubat
6) Pelihara amalan wajib / menutup aurat dengan
sempurna
50. 1) Ruqyah adalah salah satu ruang dakwah yang besar untuk kita
jelaskan aqidah yang benar khususnya kepada masyarakat
yang masih percaya kepada Bomoh.
2) Ruang untuk menasihati pesakit supaya melakukan ketaatan
kepada Allah dari sudut ibadat
3) Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap tidak boleh
ialah ghulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti,
hendaklah kita berdo'a dan berikhtiar dengan mencari Doktor
yang pakar di dalam rawatan penyakit tersebut.
4) Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah
dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah
melakukan ruqyah keatas orang yang sakit.
51. 1) Realiti Dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith-hadith Tentang Pendekatan Dan
Kaedah Rawatan Nabi Saw Merawat Penyakit Sihir. Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj.
Suliaman. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). 2013
2) Rawatan Islam Di Nusantara: Analisis Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan.
Khadher Ahmad, Sedek Ariffin, Thuraya Ahmad, Norhasnira binti Ibrahim.
3) http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/02/buang-perangai-takut-hantu.html
4) ahkam.net
5) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, al-Soorimu al-Battar fi at-Tasoddi LilSihrati al-Asyraar (terj)
6) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, Wiqayatu al-Insani Min al-Jinni wa asy-Syaitani (terj)
7) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir
8) Dato’ Dr Haron Din, Pengenalan Makhluk Halus
9) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Rohani
10) Dato’ Dr Haron Din, Konsep Perubatan Islam
11) Dato’ Dr Haron Din, Makhluk Halus Mengikut al-Quran as-Sunnah