4. JENIS-JENIS KHAWATIR
1) Malaikat: disebut Ilham iaitu diketahui kebenarannya bila bisikan
itu sesuai dengan ilmu pengetahuan
2) Hawa nafsu: iaitu disebut Hawajis
lebih cenderung mengajak pada sikap menurut syahwat, atau rasa
takabur
3) Syaitan: iaitu disebut Was-was, mengundang kepada kemaksiatan
4) Allah swt: iaitu disebut bisikan kebenaran Haq
5. ,
I
Secara keseluruhan, dapat kita fahami, apabila bisikan datang dari
para malaikat, dapat diketahui kebenarannya bila bisikan itu sesuai
dengan ilmu pengetahuan. kerana itu, para ulama sufi berkata:
“setiap bisikan yang tidak dapat disaksikan kebenarannya secara
lahir, adalah bisikan batil” apabila bisikan itu datang dari syaitan,
rata-rata mengandungi kemaksiatan. Manakala yang datang dari
nafsu, lebih cenderung mengajak pada sikap menurut syahwat, atau
rasa takabur.
6. PERBEZAAN AL-KHAWATIR
1- para syeikh sufi bersepakat, bahawa orang yang terlalu banyak
makan makanan haram, tidak dapat membezakan mana bisikan
ilham dan mana yang waswas.
syeikh abu ali ad-daqqaq berkata: “ sesiapa yang makanan utamanya
diketahui keharamannya, ia tidak akan dapat membezakan antara ilham
dan waswas. Sementara orang yang menghindari hasrat nafsunya, dengan
cara mujahadah yang benar, jelaslah ucapan batinnya akan nampak
melalui perlawanan terhadap nafsunya
7. 2- syeikh an-junayd :
membezakan antara bisikan nafsu dan bisikan
Syaitan: bahawa nafsu itu, apabila menyuruh
terhadap suatu perkara, Ia akan bersungguh-sungguh,
dan akan kembali lagi walaupun berlalu dalam jarak
waktu yang lama, sampai bisikan nafsu itu benar-benar
meraih kemahuannya dan mencapai tujuannya.
8. 3- Dikatakan :
” setiap datang dari para malaikat, kadang-
Kadang sesuai dihati si penerima bisikan,
kadang-kadang Tidak sesuai. Namun apabila
bisikan langsung dari Allah S.W.T Sama sekali si
hamba tidak menentang-Nya.”
9. 4- Para syeikh memperbincangkan soal bisikan berikut:
“apabila bisikan dari Allah S.W.T. apakah bisikanya lebih kuat
dibanding bisikan pertama.” Al-Junayd berkata:” bisikan pertama
lebih kuat, sebab, apabila bisikan itu masih ada, orang mendapat
bisikan kembali pada refleksinya iaitu ingatannya, dan dalam kaitan
ini perlu persyaratan ilmu pengetahuan. Meninggalkan bisikan
pertama bermaksud melemahkan bisikan kedua.”
10. Bisikan didalam hati, seperti bisikan
terpuji, yang dikurniakan oleh Allah
tanpa diduga oleh seorang hamba
selepas memgekalkan wirid
AL-WARID
12. Warid hadir dalam beberapa keadaan diantaranya :
1) Cepat
2) Lambat
3) Tidak pernah memperolehinya
Tempoh warid menetap didalam hati
1) Sebentar sahaja, kemudian ia menghilang
2) Sederhana lama
3) Berterusan hingga ke akhir hayatnya, dinamakan wisal
13. GEMBIRA : adalah tajali Allah kepada hambaNya dengan
sifat Jamal yakni keindahan akan merasai kedamaian, kelazatan
dan sangat menbahagiakan membuatnya mengenali Allah
sebagai tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan
sifat-sifat lain yang menyenangkan.
SEDIH: adalah tajalli Allah S.W.T. dengan sifat jalal yakni kebesaran.
Apabila hati rohani mengalami sifat-sifat keagungan dan keperkasaan
Allah S.W.T. Maka hatinya akan kecut pada tubuhnya.
Pengalaman begini membuatnya mengenali Allah sebagai tuhan Yang
Maha Perkasa, Maha Tegas, Maha Hebat seksaan-Nya.