SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1.0 PENGENALAN

      Mengulas mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh 10 November 2011
bertajuk “Pendidikan perlu penambahbaikan”, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
kerjasama pertubuhan antarabangsa iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan PBB) telah merancang untuk menambahbaik sistem pendidikan
negara agar tidak terkebelakang berbanding dengan negara jiran yang lain. Menurut
YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
suatu pasukan petugas yang akan dibentuk oleh kementerian untuk meneliti
pencapaian system pendidikan dalam negara dari segi aspek kelebihan dan kelemahan
akan dibuat dalam masa yang terdekat. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh pihak
Kementerian Pelajaran dengan UNESCO seperti yang disebutkan di dalam Berita
Harian bertarikh 18 November 2011 menunjukkan keperluan kepada penambahbaikan
sistem pendidikan dari sudut dasar pelajaran agar terus maju atau selaras dengan
negara-negara jiran.




      Terdapat dua kaedah utama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menambahbaik dasar pelajaran negara iaitu menerusi kerjasama dengan
UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), dan melalui Dialog
Nasional Pendidikan Negara 2012 (DNPN). Kedua-dua kaedah ini dilihat dapat
membantu memberi buah fikiran dan idea yang sesuai dengan penambahbaikan yang
diinginkan terhadap pendidikan negara (Utusan Malaysia,2012)




      Menurut Loke Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu memastikan
rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu perlu mendapatkan maklum balas
daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang
berpengalaman dalam sektor pendidikan.(Berita Harian Online, 17 Mac 2012) Di
samping itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa

                                         1
Ishak, yang juga dilihat bersetuju dengan penambahbaikan dalam pendidikan ini
menyatakan bahawa sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau
penilaian berasaskan peperiksaan sebenarnya telah menafikan bakat serta pembinaan
karakter dalam diri pelajar. Beliau berpandangan penilaian berasaskan peperiksaan
menyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasi
itu disifatkan kaku dan tidak membangun.(Berita Harian Online,17 Mac 2012) Oleh yang
demikian rombakan yang berlaku seharusnya lebih bersepadu dan seimbang agar
memberi penekanan terhadap meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan serta
pembinaan karakter yang sempurna.




      Menurut Datuk Dr Rosli Mohamed (Berita Harian,2011) kajian semula terhadap
dasar pelajaran negara daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggi
dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia mengetahui kemampuan mereka, serta
bersedia untuk memenuhi tenaga kerja pada masa depan dengan kemahiran yang
diperlukan selaras dengan pelbagai program transformasi kerajaan untuk mencapai
tahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sementara itu, Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abdullah Md Din berkata
kementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan
menengah     bagi   memastikan    ia   kekal   relevan   mengikut   arus   perubahan
semasa.(Bernama, 14 Disember 2011)




      Turut bersama bersetuju dengan hasrat untuk melihat penambahbaikan dalam
sistem pendidikan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang
menyatakan keperluan untuk melakukan rombakan atau transformasi dalam sistem
pendidikan negara terutama sekali dalam aspek mengajar dan cara belajar oleh guru
dan murid. Corak pendidikan yang bersifat „hafalan‟ dilihat sudah tidak relevan kerana
tiada kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar untuk digunakan bagi
kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (Berita Harian
Online, 14 Mac 2012)Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad


                                          2
Zarkashi juga meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah
pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan
keperluan modal insan. (Bernama, 4 Julai 2012)Melalui perubahan yang diinginkan oleh
pihak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri maka perkara berkaitan dengan
penambahbaikan dalam sistem pendidikan Islam menjadi topik utama kepada
perbincangan.




2.0 PERKEMBANGAN (PUNCA-PUNCA BERLAKU)

      Bagi mengenalpasti bahawa betapa perlunya rombakan atau penambahbaikan di
dalam sistem pendidikan Islam di sekolah, adalah menjadi keperluan kepada semua
pihak untuk membuat rujukan terhadap kemenjadian masalah sosial yang semakin hari
semakin membarah dari sehari ke sehari. Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Statistik Bukit Aman mendapati bahawa walaupun masalah sosial atau jenayah yang
melibatkan penjenayah seawal umur 7 tahun menunjukkan penurunan kepada 1,847
orang pada tahun ini berbanding angka yang lebih besar yang ditunjukkan pada tempoh
yang sama pada tahun 2009. Di samping itu, dengan berita terbaru daripada Sekolah
Harapan di Melaka yang telah ditubuhkan September tahun lalu berjaya melahirkan 83
bayi.Hal ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku adalah menjadi semakin runcing
untuk diselesaikan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah
dan masyarakat umum yang rata-rata menganggap masalah sosial yang berlaku ini ada
perkaitan dengan kurangnya penghayatan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam
di sekolah. (Berita Harian Online, 2 September 2012)




      Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja atau boleh disifatkan sebagai
pelajar sekolah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut Naib
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye,
pembabitan kanak-kanak, pelajar dan remaja dalam kes jenayah merupakan satu trend
yang membimbangkan kerana ada pelajar seawal 15 tahun telah terlibat dalam
penyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain.Melihatkan terhadap

                                          3
kepelbagaian masalah yang berlaku ini sudah pastinya perkara yang sepatutnya diberi
perhatian oleh pelbagai pihak adalah apakah yang menjadi punca kepada berlakunya
permasalahan sosial yang semakin membarah terhadap golongan remaja atau boleh
ditujukan kepada pelajar di negara kita ini?




        Menurut seorang tokoh agama yang dikenali di negara kita, Dato‟ Abu Hassan
Din Al-Hafiz, mantan pegawai agama istana negara, masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh ajaran dan didikan oleh ibu
bapa di rumah.Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah
sosial adalah datangnya daripada keluarga yang berantakan iaitu pelajar yang
mempunyai keluarga yang bermasalah daripada aspek perhatian ibu bapa yang kurang,
kerakusan ibu bapa bekerja tanpa menghiraukan anak-anak dan banyak lagi perkara
yang berlaku hasil daripada didikan dan ajaran oleh ibu bapa. (Berita Semasa,18 Mei
2010)




        Selain daripada itu, jika dilihat daripada sudut kurikulum pendidikan itu sendiri
sebenarnya telah diresapi dengan pemikiran sekularisme dan dualisme dalam
pendidikan yang diajarkan. Menurut Profesor Hasan Langgulung (1988), kursus Asas
Pendidikan atau Teras Pendidikan Profesional tidak diajar menurut perspektif Islam
kerana    dengan    ketiadaan   pemurnian          terhadap   pendidikan   berkenaan   telah
disekularisasikan. Dengan pemisahan Pendidikan Islam yang hanya meliputi 1 subjek
sahaja tanpa diserapkan di dalam teras pendidikan professional seperti di dalam subjek
sains dan matematik maka ini memperlihatkan bahawa pemisahan agama daripada
kehidupan atau disebut sekularisasi dalam pendidikan adalah jelas berlaku dalam
sistem pendidikan di negara kita. Hal ini menyebabkan kekeliruan yang berlaku
terhadap kefahaman pelajar terhadap pendidikan yang dilihat tiada diintegrasi dengan
ilmu pendidikan islam.




                                               4
Di samping itu, punca terjadinya isu ini adalah disebabkan remaja Islam
terutamanya    pelajar    sekolah   ketandusan      ilmu   kerohanian.(Berita   Harian
Online,2012).Ketiadaan guru atau masyarakat yang berilmu untuk berdamping dengan
pelajar ini menyebabkan pengaruh negatif terutamanya media massa banyak meracuni
pemikiran mereka seterusnya meminggirkan ilmu pendidikan Islam yang pernah
dipelajari di sekolah. Di tambah pula dengan teknologi komunikasi tanpa batasan pada
hari ini memudahkan bagi pelajar ini untuk membuat akses kepada maklumat yang
tidak baik semudah 1 klik sahaja. Kajian yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian
Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 mendapati
bahawa 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di
rumah mahupun di kafe siber. (Kosmo Online,21 Julai 2010)Penglibatan remaja Melayu
yang terus menerus melayari laman web tanpa kawalan ini menyebabkan keperluan
kepada penambahbaikan dalam Pendidikan Islam agar ilmu yang dipelajari oleh
mereka dapat dihayati dengan baik dan sempurna sepanjang kehidupan mereka.

      Seterusnya, proses penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Islam diperlukan
agar proses pendidikan yang dilaksanakan dapat membina akhlak para pelajar secara
berterusan.( Tajul Arffin Nordin,1990) Masalah yang sering berlaku dalam pendidikan
pada masa kini ialah ketiadaan penghasilan manusia yang mempunyai keperibadian
yang mulia. Sekiranya ada sekalipun berjaya melahirkan ramai professional atau
teknokrat yang berkemahiran dan berintelektual kebanyakannya mempunyai masalah
dari segi sahsiah dan akhlaknya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku meliputi
rasuah, kronisme,pecah amanah,jenayah, maksiat dan lain-lain lagi menunjukkan
bahawa pendidikan yang dilaksanakan sehingga hari ini belum mampu untuk membina
manusia yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi.

      Menyedari    akan    hal   yang   demikian,   ketiadaan   menampakkan     unsur
kegemilangan dalam Pendidikan Islam pada masa kini memerlukan perubahan dan
penambahbaikan yang menyeluruh dalam sistem yang ditempuh oleh rakyat Malaysia
bermula pendidikan tahap pra sekolah sehinggalah ke tahap universiti. Keperluan untuk
menyusun dan membina semula sistem pendidikan Islam di negara ini amat diperlukan



                                          5
agar penghayatan amalan Islam dalam kehidupan dapat diaplikasi dengan sempurna
oleh segenap umat Islam dinegara ini.




3.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU

      Bagi menyelesaikan isu berkaitan pendidikan Islam perlukan penambahbaikan
maka beberapa cadangan telah digariskan bagi membantu mengatasi masalah dan
diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terhadap masalah yang
semakin membelenggu masyarakat hari ini.




      Bagi cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah keperluan untuk
menerapkan falsafah pendidikan Islam secara langsung dalam sistem pendidikan.
Pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan pada tahun 2012 di dalam seminar
transformasi pendidikan Islam menggariskan bahawa falsafah pendidikan Islam
sepatutnya diserapkan di dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Menurut
Ghazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah
dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan
melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat.




      Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sains, penerapan tentang kewujudan
alam adalah secara semulajadi adalah tidak benar kerana istilah yang sebenarnya
adalah kewujudan alam adalah diciptakan oleh Allah Taala.Contoh lain penerapan
pendidikan Islam di dalam subjek lain adalah seperti di dalam subjek Matematik dengan
mengintegrasikan ilmu pengiraan dengan kewujudan ahli falsafah Islam yang terkenal
seperti Algebra.Dengan pengetahuan pelajar mengenai ahli falsafah Islam berkenaan
maka penghayatan Islam dalam diri pelajar akan meningkat atas sebab keinginan
mencontohi kepakaran sarjana Islam yang berjaya dalam kehidupan.Keperluan untuk
pihak-pihak penggubal kurikulum membuat penambahbaikan dalam kesemua subjek
yang diajar di dalam sukatan pelajaran dengan penerapan pendidikan Islam secara

                                           6
langsung amat penting agar dapat menunjukkan bahawa pendidikan Islam dapat
difahami dan dihayati sepenuhnya selaras dengan kenyataan Islam itu sendiri yang
bermaksud suatu cara hidup yang menurut al-Quran dan as-Sunnah.

      Seterusnya bagi cadangan yang kedua pula, keperluan untuk menyepadukan
antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kewujudan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan bagi aktiviti pendidikan di Malaysia
menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara terkehadapan berbanding negara lain
yang tidak mempunyai falsafah pendidikan negara yang jelas. Dengan falsafah
pendidikan kebangsaan yang mengandungi prinsip dan nilai asas secara jelas dalam
mendasari ilmu pendidikan yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi
iaitu university menunjukkan bahawa hasrat untuk mewujudkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia serta bertanggungjawab menjadi hasrat utama kewujudan falsafah
berkenaan.




      Penggabungan falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan
sebenarnya amat diperlukan agar dapat menjadi bukti bahawa pendidikan tinggi bukan
sahaja sekadar bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma bahkan mempunyai
tujuan yang lebih utama dari segi pembangunan dan kemenjadian diri pelajar secara
syumul dan menyeluruh supaya seimbang keilmuannya tentang dunia dan akhirat serta
dapat melahirkan insan, ahli keluarga,masyarakat serta warganegara yang didasari
dengan falsafah yang digariskan iaitu warganegara yang berilmu, bertanggunghawab,
berakhlak mulia dan berbakti. ( Rohizan Ya et. al, 2012).




      Keperluan bagi masyarakat Malaysia untuk mempunyai falsafah pendidikan
Islam yang disepadukan dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dilihat mempunyai
kepentingannya tersendiri kerana falsafah pendidikan Islam ternyata baik dan sesuai
untuk sebarang masa, masyarakat dan tempat serta sehingga detik ini tiada satu
falsafah pendidikan buatan manusia yang dapat menandingi falsafah pendidikan Islam


                                            7
yang akhirnya menghasilkan konsep Pendidikan Sepadu sebagai titik mula kepada
perubahan yang diinginkan. (Tajul Ariffin Nordin,1990)




      Cadangan ketiga yang diperlukan bagi penambahbaikan dalam pendidikan Islam
ialah mengaitkan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Sudah menjadi
suatu perkara lumrah kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak mereka
menjadi oran yang baik dan berakhlak mulia ( Rohizan Ya et. al, 2012). Maka, tiada
perkataan lain yang boleh dinisbahkan kepada para ibu bapa yang berkewajipan dan
bertanggungjawab dengan lebih utama untuk mendidik anak-anak berbanding guru-
guru di sekolah. Keperluan bagi ibu bapa untuk berusaha menyediakan persekitaran
pembelajaran yang terbaik bagi anaknya sangat diharapkan terutama sekali di dalam
rumah dengan suasana biah solehah yang secara tidak langsung menjadikan Islam
sebagai cara hidup yang sempurna di dalam kehidupan. Dengan kewujudan suasana
bi‟ah solehah ini maka proses pendidikan sempurna dapat dilaksanakan oleh ibu bapa
meliputi kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang bermanfaat serta membina acuan
sikap yang positif terhadap pembelajaran di rumah mahupun di sekolah.




      Sikap ibu bapa yang sering menuding jari terhadap guru-guru di sekolah dalam
soal didikan harus dikikis kerana suasana pembelajaran Islam perlu dimulakan oleh ibu
bapa dahulu di rumah berbanding di sekolah sebagai penerus kecemerlangan anak-
anak mereka dengan iklim Islam yang dibawa daripada rumah. Permulaan
tanggungjawab ibu bapa bagi membina sifat dan akhlak yang baik terhadap anak-anak
di rumah banyak membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Islam
dalam usaha menghasilkan generasi yang mempunyai kemenjadian yang sempurna
bukan sahaja daripada aspek akademik yang cemerlang bahkan aspek sahsiah yang
terpuji dan terbilang juga dapat dihasilkan dengan bantuan yang berterusan daripada
pihak ibu bapa. (Robiah Sidin,1998)




                                           8
Di samping itu, dalam meneliti keperluan ibu bapa bagi mengisi kelompongan
yang      berlaku   terhadap   anak-anak    mereka   dalam   menyediakan    persekitaran
pembelajaran yang positif dan berteraskan kehidupan Islam, peranan guru juga harus
dilihat    menjadi keperluan    utama      bagi memastikan   pendidikan   Islam   melalui
penambahbaikan yang maksimum terhadap murid-murid. Dalam erti kata lain, status
dan kualiti guru Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan daripada semasa ke
semasa.Oleh yang demikian, guru seharusnya berusaha untuk melengkapkan dirinya
dengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Dalam hal ini, suatu perkara yang
perlu dititikberatkan oleh guru Pendidikan Islam adalah dari segi perwatakan guru di
dalam dan di luar sekolah, seharusnya seseorang yang bergelar guru Pendidikan Islam
mempunyai perwatakan yang berlandaskan Islam di mana sahaj mereka berada dalam
usaha memberikan gambaran yang jelas terhadap murid-murid di sekolah mahupun di
luar sekolah akan kepentingan menjadi manusia yang sentiasa mengamalkan adab dan
ajaran Islam yang baik ( Rohizan Ya et. al, 2012).




          Dalam usaha meningkatkan status dan kualiti guru Pendidikan Islam daripada
semasa ke semasa, sikap dan pengamalan guru di mana sahaja guru berada dalam
kehidupan guru sendiri amat penting kerana segala kelakuan dan perbuatan yang
dilakukan oleh guru akan menjadi penanda aras bagi murid untuk menjadikan guru
sebagai „role model‟ kepada mereka. Penghasilan guru yang dapat mengamalkan
sepenuhnya ilmu yang diperoleh dan didapati mereka dalam kehidupan seharian guru
amat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan dalam Pendidikan Islam dapat
diperlihatkan secara jelas kepada murid seterusnya ditiru perihal perbuatan guru yang
baik dalam kehidupan seharian murid.Istilah „guru kencing berdiri, anak murid kencing
berlari‟ seharusnya dihindarkan oleh guru Pendidikan Islam kerana sekiranya guru
Pendidikan Islam tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada dalam diri dalam kehidupan
seharian maka sudah tentu adalah mustahil bagi murid untuk berubah menjadi lebih
baik dalam kehidupan seharian.




                                              9
Selain itu, dalam arus pendidikan moden masa kini seringkali kita melihat
bahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk memperoleh ilmu, menguasai
kemahiran serta membina sikap yang terpuji. Dalam usaha menambahbaik sistem ini,
seharusnya memerlukan suatu mekanisme perubahan yang berada dalam skala yang
besar iaitu menggantikan matlamat akhir kepada membina sikap yang baik digantikan
dengan matlamat membina akhlak Islam serta perubahan yang paling utama ialah
mendekatkan diri kepada Allah swt. Perubahan matlamat pendidikan sebegini
seharusnya dikaji dengan mendalam dan bersifat mendasari akar umbi agar generasi
yang akan dilahirkan kelak adalah generasi yang berteraskan al-Quran dan Hadis serta
sentiasa memiliki akhlak mulia berasaskan penghulu manusia iaitu Nabi Muhammad
SAW serta sahabat-sahabat baginda yang mempunyai pekerti yang amat terpuji. (Tajul
Ariffin Nordin,1990)




      Beberapa cadangan lain yang perlu dilaksanakan bagi menonjolkan perubahan
yang positif terhadap penambahbaikan dalam Pendidikan Islam antaranya ialah
pembentukan sistem penilaian yang bersesuai dengan objektif pendidikan (Noor
Hisham Md Nawi,2012). Dalam arus pendidikan masa kini, kewujudan kurikulum baru
yang disebut KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang baru sahaj
dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan perkembangan positif
dalam arus pendidikan yang tidak menekankan hasil akhir sahaja seperti penilaian di
hujung      semester   bahkan   penilaian    adalah   bersifat   sepanjang   tahun.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topik atau bab dalam pembelajaran
pendidikan Islam yang memerlukan penilaian yang berstruktur seperti ujian bagi
mengetahui setakat mana pencapaian dan pemerolehan ilmu yang didapati oleh murid.
Maka yang demikian,pengintegrasian antara penilaian sepanjang tahun dan penilaian
berterusan berasaskan amali perlu dilaksanakan kedua-duanya dalam sistem
Pendidikan Islam agar dapat meningkatkan penghayatan murid dalam pembelajaran
Pendidikan Islam seterusnya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan
seharian.



                                        10
4.0 RUMUSAN

      Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukan
suatu kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputi
pelajar,guru, ibu bapa, sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkan
terbinanya suatu sistem pendidikan yang dapat mengubah diri individu secara
sempurna sebagai seorang umat Islam yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam
dalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama.




      Sebagaimana perkara yang telah digariskan oleh sarjana Islam, imam AL-
Ghazali suatu ketika dahulu yang mengatakan bahawa:

“Pendidikan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan
bermegah-megah dan janganlah hendaknya seseorang pelajar itu belajar untuk
mencari pangkat,harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan
kawan. Jadi pendidikan itu tidak keluar dari pendidikan akhlak”

Perkara yang digariskan oleh sarjana Islam berkenaan menunjukkan bahawa
pendidikan seharusnya dapat menjadikan manusia itu dekat dengan Allah di samping
mengenepikan pangkat,harta, dan penipuan terhadap manusia lain serta menunjukkan
bahawa pendidikan akhlak menjadi asas kepada hasil pendidikan yang sepatutnya
diperoleh oleh setiap individu yang dilahirkan dalam sesebuah sistem pendidikan.




      Sistem pendidikan yang ada pada masa kini seharusnya digubal dengan lebih
bai, sempurna dan tersusun agar dapat mengembalikan semula penghayatan Islam
dalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pendidikan sepatutnya tidak dipisahkan antara
agama dan dunia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW iaitu bekerjalah untuk duniamu
seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untukakhirat seakan-
akan engkau akan mati esok. Masalah sekularisasi sistem pendidikan dengan
memisahkan Pendidikan Islam dari sudut mata pelajaran seharusnya dikaji semula agar
matlamat pendidikan yang sebenar dapat dibina seterusnya melahirkan lebih ramai

                                           11
sarjana Islam seperti pada zaman kegemilangan Islam suatu masa yang lalu dengan
akhlak yang sempurna dan baik.

        Menurut Prof. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam bukunya Dasar-dasar pokok
Pendidikan Islam (1974), beliau telah merumuskan bahawa pendidikan moden
sekarang ini amat memerlukan pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat
kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan
kelazatan ilmiah dengan demikian kita terlepas dari keruntuhan, kejahatan dan
kemiskinan, keserakahan, penjajajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan
dengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk menikmati suatu kehidupan
yang abadi,hidup bersama bantu-membantu dalam suasana demokrasi dan bahagia.
Kata-kata beliau ini menunjukkan akan peri pentingnya sistem pendidikan Islam
dinegara kita ini menjalani penambahbaikan selaras dengan hasrat YAB Perdana
Menteri kita yang menginginkan kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar
dapat digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi
hari ini.




                                                             (2850 patah perkataan)




                                         12
REFLEKSI

         Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kesempatan
kepada saya untuk menyudahkan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ribuan terima
kasih dan penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Puan Salina Binti Mokhtar
yang banyak memberikan tunjuk ajar dan idea untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak
dilupakan kepada semua rakan-rakan perjuangan dalam kumpulan iaitu Muhammad
Khairul Anwar Ishak, Nur Farhana Ismail serta Soifatulhusna Mohamad Rapeai dan
semua pihak yang membantu.




         Sepanjang penulisan analisis tentang isu pendidikan perlu penambahbaikan
dalam Pendidikan Islam ini serta proses membuat blog pendidikan di alam maya ini
terdapat banyak masalah, kejayaan dan cabaran serta kemahiran baharu yang
diperoleh sepanjang masa proses menyelesaikan tugasan ini. Bermula daripada segi
penyelesaian masalah, tidak dinafikan bahawa isu yang saya pilih ini kurang
dibincangkan secara meluas di media massa mahupun di media baru. Tetapi ia tidak
mematahkan semangat saya selaku bakal guru Pendidikan Islam untuk mengupas isu
ini yang sering dipinggirkan oleh sebilangan besar masyarakat hari ini. Sebenarnya isu
masalah sosial yang teruk melanda masyarakat kita hari ini khususnya murid sekolah
dan sehingga hari ini masih gagal diselesaikan disebabkan oleh akar umbi asas
pendidikan yang diperolehi di sekolah adalah tidak berlandaskan penerapan Islam yang
benar.




         Seterusnya, dalam proses melaksanakan tugasan ini selain daripada cabaran
untuk mendapatkan maklumat yang terbatas mengenai isu ini adalah dari segi kaedah
untuk menganalisis isu yang dibincangkan.Dengan pertemuan dengan pensyarah
pembimbing, Puan Salina Mokhtar beliau banyak memberikan cadangan dan
pandangan yang bernas agar saya terus mengupas isu berkenaan dengan idea yang
sesuai untuk dimasukkan. Pengalaman untuk menganalisis isu yang dipilih banyak
membantu saya tentang bagaimana penulisan sesuatu isu itu dimasukkan di dalam

                                         13
ulasan agar setiap isu yang dibangkitkan mempunyai kesahan daripada para sarjana
yang lain.




       Selain itu, terdapat beberapa kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang
menyelesaikan tugasan ini antaranya ialah kemahiran untuk membina laman ilmu di
alam maya berkonsep pendidikan.Sememangnya sebuah laman ilmu yang baik di alam
maya amat diperlukan dalam usaha menarik golongan sasaran seperti murid agar
berminat untuk membaca dan menelaah isu yang dihasilkan supaya mempunyai fikiran
yang terbuka dan positif. Di samping itu, kemahiran untuk membuat ulasan sesuatu isu
juga banyak memberi ilmu pengetahuan baru kepada saya kerana setiap isu yang
dikupas seharusnya mempunyai bukti dengan sokongan daripada para pengkaji
sebelum ini agar ia menjadi sah dan boleh dipercayai oleh pembaca.Nama bagi blog
yang berjaya dilaksanakan ialah murabbiumat.blogspot.com.Semoga blog yang
dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.

       Akhirnya, pada asasnya tugasan yang dilaksanakan ini sebenarnya mampu
untuk membantu saya serta rakan-rakan dalam menunjukkan peri pentingnya
penggunaan media baru dalam usaha untuk mengikuti arus cabaran globalisasi yang
memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang meluas tentang kaedah pengajaran
moden yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi agar segala
maklumat yang ingin diberikan dapat disampaikan dengan mudah kepada murid-murid.
Pada masa hadapan, penggunaan laman ilmu dan kemahiran menulis isu yang lebih
sukar amat diperlukan oleh saya sebagai bakal pendidik agar dapat secara tidak
langsung membantu pihak kerajaan melalui kementerian Pelajaran menyelesaikan
sesuatu isu dan membantu murid-murid dengan menggunakan teknologi maklumat
selaras dengan hasrat pendidikan pada masa kini yang menggariskan untuk melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berdisiplin sebaris dengan
hasrat FPK dan Falsafah Pendidikan Islam.




                                                              (300 patah perkataan)

                                         14
RUJUKAN

Buku

Al-Ghazali.(1980). Ihya-Ulumiddin (Jiwa Agama). Indonesia: Percetakan Menara Kudus.

Dr Tajul Ariffin Nordin. (1990). Pendidikan suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur:
   Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ghazali Darulsalam,(2000). Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral.Utusan
   Publication & Distributors Sdn. Bhd.Malaysia.

Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam:Satu Analisa Sosio-Psikologikal.Pustaka
   Antara.Kuala Lumpur.

Kurshid Ahmad. (1974). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM.

Mohd Athuyah Al-Abrasyi.(1970). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Jakarta: Bulan
   Bintang.

Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
   Sdn Bhd.




Koleksi Kertas Kerja

Dr. Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi
   pendidikan guru ; tribulasi dan cadangan. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan
   Insaniah, 1-13.

Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim,
   Mohd Hishamuddin Abd Hamid.(2012). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi
   Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang
   Berakhlak.1-17.




                                          15
Laman Web

Rombakan beri faedah kepada semua pelajar.(2012, Mac 13).Diperoleh pada2
   September 2012, daripada Berita Harian Online:
   http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rombakanberifaedahkepadasemuapelaj
   ar/Article




Falsafah Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah, Menengah Perlu Dibezakan - Pakar
   Pendidikan(Disember14 2011).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama
   Online: http://web6.bernama.com/bernama//v3/bm/news_lite.php?id=633913




Guru Sistem Pendidikan Islam diminta seimbangkan keperluan rohaniah pelajar.(4 Julai
   2012).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama Online:




Melayu paling ramai tengok porno.Mazlina Abdul Majid (21 Julai2010).Diperoleh pada2
   September 2012, daripadaKosmo Online:
   http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0721&pub=Kosmo&sec=
   Negara&pg=ne_02.htm




Punca Masalah Sosial Siri 1(18 Mei 2010).Diperoleh pada2 September 2012,
   daripadaBerita Semasa Online: http://beritasemasa.com/punca-masalah-sosial-di-
   malaysia




                                         16

More Related Content

What's hot

DSKP P.ISLAM TAHUN 2
DSKP P.ISLAM TAHUN 2DSKP P.ISLAM TAHUN 2
DSKP P.ISLAM TAHUN 2zerat88
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alAs Nuurien Najma
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quranKas Wati
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidahNurul Fatin
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 

What's hot (20)

DSKP P.ISLAM TAHUN 2
DSKP P.ISLAM TAHUN 2DSKP P.ISLAM TAHUN 2
DSKP P.ISLAM TAHUN 2
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Kssr dalam p islam
Kssr dalam p islamKssr dalam p islam
Kssr dalam p islam
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut al
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quran
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 

Viewers also liked

Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islamguest42e8c4
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakatNilai dan norma dalam kehidupan masyarakat
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakatYusuf Arifin
 
masyarakat islam
masyarakat islammasyarakat islam
masyarakat islamsuziana15
 
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart Building
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart BuildingSeminar Pilihan Smart Kampung & Smart Building
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart BuildingStevanus Andri
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeRidwan Hidayat
 
Laporan kem bestari solat sksr
Laporan kem bestari solat sksrLaporan kem bestari solat sksr
Laporan kem bestari solat sksrfahmy354
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendahStar Ng
 
Slaid Persembahan Daripada UPSI
Slaid Persembahan Daripada UPSISlaid Persembahan Daripada UPSI
Slaid Persembahan Daripada UPSIAzman Hj. Ayup
 
Plan strategik panitia agama islam 2013
Plan strategik panitia agama islam 2013Plan strategik panitia agama islam 2013
Plan strategik panitia agama islam 2013cikqil
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
Pelan strategik pendidikan islam
Pelan strategik pendidikan islamPelan strategik pendidikan islam
Pelan strategik pendidikan islamfaizul ashikin
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiSistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiKammi Daerah Serang
 

Viewers also liked (19)

Pai
PaiPai
Pai
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakatNilai dan norma dalam kehidupan masyarakat
Nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat
 
Sistem sosial islam
Sistem sosial islamSistem sosial islam
Sistem sosial islam
 
masyarakat islam
masyarakat islammasyarakat islam
masyarakat islam
 
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart Building
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart BuildingSeminar Pilihan Smart Kampung & Smart Building
Seminar Pilihan Smart Kampung & Smart Building
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of life
 
Laporan kem bestari solat sksr
Laporan kem bestari solat sksrLaporan kem bestari solat sksr
Laporan kem bestari solat sksr
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Slaid Persembahan Daripada UPSI
Slaid Persembahan Daripada UPSISlaid Persembahan Daripada UPSI
Slaid Persembahan Daripada UPSI
 
Plan strategik panitia agama islam 2013
Plan strategik panitia agama islam 2013Plan strategik panitia agama islam 2013
Plan strategik panitia agama islam 2013
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Pelan strategik pendidikan islam
Pelan strategik pendidikan islamPelan strategik pendidikan islam
Pelan strategik pendidikan islam
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiSistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
 

Similar to Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam

LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANharjunode
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Managemen Dinas Pendidikan
Managemen Dinas PendidikanManagemen Dinas Pendidikan
Managemen Dinas PendidikanIlan Surf ﺕ
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanFaz Azlan
 
perjalanan pendidikan indonesia
perjalanan pendidikan indonesiaperjalanan pendidikan indonesia
perjalanan pendidikan indonesiasaifulalmujab
 
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanFaktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanHariyatunnisa Ahmad
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationTai Erh
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikansihah
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalAdilah Yahaya
 
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Paulus Robert Tuerah
 
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Paulus Robert Tuerah
 

Similar to Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam (20)

LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKAN
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Managemen Dinas Pendidikan
Managemen Dinas PendidikanManagemen Dinas Pendidikan
Managemen Dinas Pendidikan
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
ARTIKEL.pdf
ARTIKEL.pdfARTIKEL.pdf
ARTIKEL.pdf
 
Link and Match
Link and Match Link and Match
Link and Match
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulan
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
perjalanan pendidikan indonesia
perjalanan pendidikan indonesiaperjalanan pendidikan indonesia
perjalanan pendidikan indonesia
 
masalah pembelajaran
masalah pembelajaranmasalah pembelajaran
masalah pembelajaran
 
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanFaktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
 
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
Manajemen Sumber Daya Manusia Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Di SD Negeri...
 

More from Muhammad Syahir

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Muhammad Syahir
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanMuhammad Syahir
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRMuhammad Syahir
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Muhammad Syahir
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Muhammad Syahir
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaMuhammad Syahir
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhMuhammad Syahir
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuMuhammad Syahir
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahirMuhammad Syahir
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 

More from Muhammad Syahir (20)

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakan
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
 
Adab berpakaian
Adab berpakaianAdab berpakaian
Adab berpakaian
 
Adab makan dan minum
Adab makan dan minumAdab makan dan minum
Adab makan dan minum
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Adab berwudhu'
Adab berwudhu'Adab berwudhu'
Adab berwudhu'
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah laku
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Format Pront Page ISL
Format Pront Page ISLFormat Pront Page ISL
Format Pront Page ISL
 
Tajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQATajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQA
 

Recently uploaded

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam

  • 1. 1.0 PENGENALAN Mengulas mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh 10 November 2011 bertajuk “Pendidikan perlu penambahbaikan”, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama pertubuhan antarabangsa iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) telah merancang untuk menambahbaik sistem pendidikan negara agar tidak terkebelakang berbanding dengan negara jiran yang lain. Menurut YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran suatu pasukan petugas yang akan dibentuk oleh kementerian untuk meneliti pencapaian system pendidikan dalam negara dari segi aspek kelebihan dan kelemahan akan dibuat dalam masa yang terdekat. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan UNESCO seperti yang disebutkan di dalam Berita Harian bertarikh 18 November 2011 menunjukkan keperluan kepada penambahbaikan sistem pendidikan dari sudut dasar pelajaran agar terus maju atau selaras dengan negara-negara jiran. Terdapat dua kaedah utama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menambahbaik dasar pelajaran negara iaitu menerusi kerjasama dengan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), dan melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 (DNPN). Kedua-dua kaedah ini dilihat dapat membantu memberi buah fikiran dan idea yang sesuai dengan penambahbaikan yang diinginkan terhadap pendidikan negara (Utusan Malaysia,2012) Menurut Loke Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu memastikan rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu perlu mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang berpengalaman dalam sektor pendidikan.(Berita Harian Online, 17 Mac 2012) Di samping itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa 1
  • 2. Ishak, yang juga dilihat bersetuju dengan penambahbaikan dalam pendidikan ini menyatakan bahawa sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau penilaian berasaskan peperiksaan sebenarnya telah menafikan bakat serta pembinaan karakter dalam diri pelajar. Beliau berpandangan penilaian berasaskan peperiksaan menyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasi itu disifatkan kaku dan tidak membangun.(Berita Harian Online,17 Mac 2012) Oleh yang demikian rombakan yang berlaku seharusnya lebih bersepadu dan seimbang agar memberi penekanan terhadap meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan serta pembinaan karakter yang sempurna. Menurut Datuk Dr Rosli Mohamed (Berita Harian,2011) kajian semula terhadap dasar pelajaran negara daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggi dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia mengetahui kemampuan mereka, serta bersedia untuk memenuhi tenaga kerja pada masa depan dengan kemahiran yang diperlukan selaras dengan pelbagai program transformasi kerajaan untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abdullah Md Din berkata kementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan menengah bagi memastikan ia kekal relevan mengikut arus perubahan semasa.(Bernama, 14 Disember 2011) Turut bersama bersetuju dengan hasrat untuk melihat penambahbaikan dalam sistem pendidikan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan keperluan untuk melakukan rombakan atau transformasi dalam sistem pendidikan negara terutama sekali dalam aspek mengajar dan cara belajar oleh guru dan murid. Corak pendidikan yang bersifat „hafalan‟ dilihat sudah tidak relevan kerana tiada kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar untuk digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (Berita Harian Online, 14 Mac 2012)Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad 2
  • 3. Zarkashi juga meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan keperluan modal insan. (Bernama, 4 Julai 2012)Melalui perubahan yang diinginkan oleh pihak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri maka perkara berkaitan dengan penambahbaikan dalam sistem pendidikan Islam menjadi topik utama kepada perbincangan. 2.0 PERKEMBANGAN (PUNCA-PUNCA BERLAKU) Bagi mengenalpasti bahawa betapa perlunya rombakan atau penambahbaikan di dalam sistem pendidikan Islam di sekolah, adalah menjadi keperluan kepada semua pihak untuk membuat rujukan terhadap kemenjadian masalah sosial yang semakin hari semakin membarah dari sehari ke sehari. Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Statistik Bukit Aman mendapati bahawa walaupun masalah sosial atau jenayah yang melibatkan penjenayah seawal umur 7 tahun menunjukkan penurunan kepada 1,847 orang pada tahun ini berbanding angka yang lebih besar yang ditunjukkan pada tempoh yang sama pada tahun 2009. Di samping itu, dengan berita terbaru daripada Sekolah Harapan di Melaka yang telah ditubuhkan September tahun lalu berjaya melahirkan 83 bayi.Hal ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku adalah menjadi semakin runcing untuk diselesaikan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan masyarakat umum yang rata-rata menganggap masalah sosial yang berlaku ini ada perkaitan dengan kurangnya penghayatan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam di sekolah. (Berita Harian Online, 2 September 2012) Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja atau boleh disifatkan sebagai pelajar sekolah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, pembabitan kanak-kanak, pelajar dan remaja dalam kes jenayah merupakan satu trend yang membimbangkan kerana ada pelajar seawal 15 tahun telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain.Melihatkan terhadap 3
  • 4. kepelbagaian masalah yang berlaku ini sudah pastinya perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh pelbagai pihak adalah apakah yang menjadi punca kepada berlakunya permasalahan sosial yang semakin membarah terhadap golongan remaja atau boleh ditujukan kepada pelajar di negara kita ini? Menurut seorang tokoh agama yang dikenali di negara kita, Dato‟ Abu Hassan Din Al-Hafiz, mantan pegawai agama istana negara, masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh ajaran dan didikan oleh ibu bapa di rumah.Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah sosial adalah datangnya daripada keluarga yang berantakan iaitu pelajar yang mempunyai keluarga yang bermasalah daripada aspek perhatian ibu bapa yang kurang, kerakusan ibu bapa bekerja tanpa menghiraukan anak-anak dan banyak lagi perkara yang berlaku hasil daripada didikan dan ajaran oleh ibu bapa. (Berita Semasa,18 Mei 2010) Selain daripada itu, jika dilihat daripada sudut kurikulum pendidikan itu sendiri sebenarnya telah diresapi dengan pemikiran sekularisme dan dualisme dalam pendidikan yang diajarkan. Menurut Profesor Hasan Langgulung (1988), kursus Asas Pendidikan atau Teras Pendidikan Profesional tidak diajar menurut perspektif Islam kerana dengan ketiadaan pemurnian terhadap pendidikan berkenaan telah disekularisasikan. Dengan pemisahan Pendidikan Islam yang hanya meliputi 1 subjek sahaja tanpa diserapkan di dalam teras pendidikan professional seperti di dalam subjek sains dan matematik maka ini memperlihatkan bahawa pemisahan agama daripada kehidupan atau disebut sekularisasi dalam pendidikan adalah jelas berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini menyebabkan kekeliruan yang berlaku terhadap kefahaman pelajar terhadap pendidikan yang dilihat tiada diintegrasi dengan ilmu pendidikan islam. 4
  • 5. Di samping itu, punca terjadinya isu ini adalah disebabkan remaja Islam terutamanya pelajar sekolah ketandusan ilmu kerohanian.(Berita Harian Online,2012).Ketiadaan guru atau masyarakat yang berilmu untuk berdamping dengan pelajar ini menyebabkan pengaruh negatif terutamanya media massa banyak meracuni pemikiran mereka seterusnya meminggirkan ilmu pendidikan Islam yang pernah dipelajari di sekolah. Di tambah pula dengan teknologi komunikasi tanpa batasan pada hari ini memudahkan bagi pelajar ini untuk membuat akses kepada maklumat yang tidak baik semudah 1 klik sahaja. Kajian yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 mendapati bahawa 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber. (Kosmo Online,21 Julai 2010)Penglibatan remaja Melayu yang terus menerus melayari laman web tanpa kawalan ini menyebabkan keperluan kepada penambahbaikan dalam Pendidikan Islam agar ilmu yang dipelajari oleh mereka dapat dihayati dengan baik dan sempurna sepanjang kehidupan mereka. Seterusnya, proses penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Islam diperlukan agar proses pendidikan yang dilaksanakan dapat membina akhlak para pelajar secara berterusan.( Tajul Arffin Nordin,1990) Masalah yang sering berlaku dalam pendidikan pada masa kini ialah ketiadaan penghasilan manusia yang mempunyai keperibadian yang mulia. Sekiranya ada sekalipun berjaya melahirkan ramai professional atau teknokrat yang berkemahiran dan berintelektual kebanyakannya mempunyai masalah dari segi sahsiah dan akhlaknya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku meliputi rasuah, kronisme,pecah amanah,jenayah, maksiat dan lain-lain lagi menunjukkan bahawa pendidikan yang dilaksanakan sehingga hari ini belum mampu untuk membina manusia yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi. Menyedari akan hal yang demikian, ketiadaan menampakkan unsur kegemilangan dalam Pendidikan Islam pada masa kini memerlukan perubahan dan penambahbaikan yang menyeluruh dalam sistem yang ditempuh oleh rakyat Malaysia bermula pendidikan tahap pra sekolah sehinggalah ke tahap universiti. Keperluan untuk menyusun dan membina semula sistem pendidikan Islam di negara ini amat diperlukan 5
  • 6. agar penghayatan amalan Islam dalam kehidupan dapat diaplikasi dengan sempurna oleh segenap umat Islam dinegara ini. 3.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU Bagi menyelesaikan isu berkaitan pendidikan Islam perlukan penambahbaikan maka beberapa cadangan telah digariskan bagi membantu mengatasi masalah dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terhadap masalah yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Bagi cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah keperluan untuk menerapkan falsafah pendidikan Islam secara langsung dalam sistem pendidikan. Pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan pada tahun 2012 di dalam seminar transformasi pendidikan Islam menggariskan bahawa falsafah pendidikan Islam sepatutnya diserapkan di dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Menurut Ghazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat. Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sains, penerapan tentang kewujudan alam adalah secara semulajadi adalah tidak benar kerana istilah yang sebenarnya adalah kewujudan alam adalah diciptakan oleh Allah Taala.Contoh lain penerapan pendidikan Islam di dalam subjek lain adalah seperti di dalam subjek Matematik dengan mengintegrasikan ilmu pengiraan dengan kewujudan ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Algebra.Dengan pengetahuan pelajar mengenai ahli falsafah Islam berkenaan maka penghayatan Islam dalam diri pelajar akan meningkat atas sebab keinginan mencontohi kepakaran sarjana Islam yang berjaya dalam kehidupan.Keperluan untuk pihak-pihak penggubal kurikulum membuat penambahbaikan dalam kesemua subjek yang diajar di dalam sukatan pelajaran dengan penerapan pendidikan Islam secara 6
  • 7. langsung amat penting agar dapat menunjukkan bahawa pendidikan Islam dapat difahami dan dihayati sepenuhnya selaras dengan kenyataan Islam itu sendiri yang bermaksud suatu cara hidup yang menurut al-Quran dan as-Sunnah. Seterusnya bagi cadangan yang kedua pula, keperluan untuk menyepadukan antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan bagi aktiviti pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara terkehadapan berbanding negara lain yang tidak mempunyai falsafah pendidikan negara yang jelas. Dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang mengandungi prinsip dan nilai asas secara jelas dalam mendasari ilmu pendidikan yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu university menunjukkan bahawa hasrat untuk mewujudkan insan yang berilmu, berakhlak mulia serta bertanggungjawab menjadi hasrat utama kewujudan falsafah berkenaan. Penggabungan falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan sebenarnya amat diperlukan agar dapat menjadi bukti bahawa pendidikan tinggi bukan sahaja sekadar bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma bahkan mempunyai tujuan yang lebih utama dari segi pembangunan dan kemenjadian diri pelajar secara syumul dan menyeluruh supaya seimbang keilmuannya tentang dunia dan akhirat serta dapat melahirkan insan, ahli keluarga,masyarakat serta warganegara yang didasari dengan falsafah yang digariskan iaitu warganegara yang berilmu, bertanggunghawab, berakhlak mulia dan berbakti. ( Rohizan Ya et. al, 2012). Keperluan bagi masyarakat Malaysia untuk mempunyai falsafah pendidikan Islam yang disepadukan dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dilihat mempunyai kepentingannya tersendiri kerana falsafah pendidikan Islam ternyata baik dan sesuai untuk sebarang masa, masyarakat dan tempat serta sehingga detik ini tiada satu falsafah pendidikan buatan manusia yang dapat menandingi falsafah pendidikan Islam 7
  • 8. yang akhirnya menghasilkan konsep Pendidikan Sepadu sebagai titik mula kepada perubahan yang diinginkan. (Tajul Ariffin Nordin,1990) Cadangan ketiga yang diperlukan bagi penambahbaikan dalam pendidikan Islam ialah mengaitkan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Sudah menjadi suatu perkara lumrah kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak mereka menjadi oran yang baik dan berakhlak mulia ( Rohizan Ya et. al, 2012). Maka, tiada perkataan lain yang boleh dinisbahkan kepada para ibu bapa yang berkewajipan dan bertanggungjawab dengan lebih utama untuk mendidik anak-anak berbanding guru- guru di sekolah. Keperluan bagi ibu bapa untuk berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik bagi anaknya sangat diharapkan terutama sekali di dalam rumah dengan suasana biah solehah yang secara tidak langsung menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna di dalam kehidupan. Dengan kewujudan suasana bi‟ah solehah ini maka proses pendidikan sempurna dapat dilaksanakan oleh ibu bapa meliputi kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang bermanfaat serta membina acuan sikap yang positif terhadap pembelajaran di rumah mahupun di sekolah. Sikap ibu bapa yang sering menuding jari terhadap guru-guru di sekolah dalam soal didikan harus dikikis kerana suasana pembelajaran Islam perlu dimulakan oleh ibu bapa dahulu di rumah berbanding di sekolah sebagai penerus kecemerlangan anak- anak mereka dengan iklim Islam yang dibawa daripada rumah. Permulaan tanggungjawab ibu bapa bagi membina sifat dan akhlak yang baik terhadap anak-anak di rumah banyak membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Islam dalam usaha menghasilkan generasi yang mempunyai kemenjadian yang sempurna bukan sahaja daripada aspek akademik yang cemerlang bahkan aspek sahsiah yang terpuji dan terbilang juga dapat dihasilkan dengan bantuan yang berterusan daripada pihak ibu bapa. (Robiah Sidin,1998) 8
  • 9. Di samping itu, dalam meneliti keperluan ibu bapa bagi mengisi kelompongan yang berlaku terhadap anak-anak mereka dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan berteraskan kehidupan Islam, peranan guru juga harus dilihat menjadi keperluan utama bagi memastikan pendidikan Islam melalui penambahbaikan yang maksimum terhadap murid-murid. Dalam erti kata lain, status dan kualiti guru Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.Oleh yang demikian, guru seharusnya berusaha untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Dalam hal ini, suatu perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru Pendidikan Islam adalah dari segi perwatakan guru di dalam dan di luar sekolah, seharusnya seseorang yang bergelar guru Pendidikan Islam mempunyai perwatakan yang berlandaskan Islam di mana sahaj mereka berada dalam usaha memberikan gambaran yang jelas terhadap murid-murid di sekolah mahupun di luar sekolah akan kepentingan menjadi manusia yang sentiasa mengamalkan adab dan ajaran Islam yang baik ( Rohizan Ya et. al, 2012). Dalam usaha meningkatkan status dan kualiti guru Pendidikan Islam daripada semasa ke semasa, sikap dan pengamalan guru di mana sahaja guru berada dalam kehidupan guru sendiri amat penting kerana segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh guru akan menjadi penanda aras bagi murid untuk menjadikan guru sebagai „role model‟ kepada mereka. Penghasilan guru yang dapat mengamalkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh dan didapati mereka dalam kehidupan seharian guru amat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan dalam Pendidikan Islam dapat diperlihatkan secara jelas kepada murid seterusnya ditiru perihal perbuatan guru yang baik dalam kehidupan seharian murid.Istilah „guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari‟ seharusnya dihindarkan oleh guru Pendidikan Islam kerana sekiranya guru Pendidikan Islam tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada dalam diri dalam kehidupan seharian maka sudah tentu adalah mustahil bagi murid untuk berubah menjadi lebih baik dalam kehidupan seharian. 9
  • 10. Selain itu, dalam arus pendidikan moden masa kini seringkali kita melihat bahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk memperoleh ilmu, menguasai kemahiran serta membina sikap yang terpuji. Dalam usaha menambahbaik sistem ini, seharusnya memerlukan suatu mekanisme perubahan yang berada dalam skala yang besar iaitu menggantikan matlamat akhir kepada membina sikap yang baik digantikan dengan matlamat membina akhlak Islam serta perubahan yang paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah swt. Perubahan matlamat pendidikan sebegini seharusnya dikaji dengan mendalam dan bersifat mendasari akar umbi agar generasi yang akan dilahirkan kelak adalah generasi yang berteraskan al-Quran dan Hadis serta sentiasa memiliki akhlak mulia berasaskan penghulu manusia iaitu Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda yang mempunyai pekerti yang amat terpuji. (Tajul Ariffin Nordin,1990) Beberapa cadangan lain yang perlu dilaksanakan bagi menonjolkan perubahan yang positif terhadap penambahbaikan dalam Pendidikan Islam antaranya ialah pembentukan sistem penilaian yang bersesuai dengan objektif pendidikan (Noor Hisham Md Nawi,2012). Dalam arus pendidikan masa kini, kewujudan kurikulum baru yang disebut KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang baru sahaj dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan perkembangan positif dalam arus pendidikan yang tidak menekankan hasil akhir sahaja seperti penilaian di hujung semester bahkan penilaian adalah bersifat sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topik atau bab dalam pembelajaran pendidikan Islam yang memerlukan penilaian yang berstruktur seperti ujian bagi mengetahui setakat mana pencapaian dan pemerolehan ilmu yang didapati oleh murid. Maka yang demikian,pengintegrasian antara penilaian sepanjang tahun dan penilaian berterusan berasaskan amali perlu dilaksanakan kedua-duanya dalam sistem Pendidikan Islam agar dapat meningkatkan penghayatan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam seterusnya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian. 10
  • 11. 4.0 RUMUSAN Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukan suatu kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputi pelajar,guru, ibu bapa, sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkan terbinanya suatu sistem pendidikan yang dapat mengubah diri individu secara sempurna sebagai seorang umat Islam yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama. Sebagaimana perkara yang telah digariskan oleh sarjana Islam, imam AL- Ghazali suatu ketika dahulu yang mengatakan bahawa: “Pendidikan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan bermegah-megah dan janganlah hendaknya seseorang pelajar itu belajar untuk mencari pangkat,harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan kawan. Jadi pendidikan itu tidak keluar dari pendidikan akhlak” Perkara yang digariskan oleh sarjana Islam berkenaan menunjukkan bahawa pendidikan seharusnya dapat menjadikan manusia itu dekat dengan Allah di samping mengenepikan pangkat,harta, dan penipuan terhadap manusia lain serta menunjukkan bahawa pendidikan akhlak menjadi asas kepada hasil pendidikan yang sepatutnya diperoleh oleh setiap individu yang dilahirkan dalam sesebuah sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang ada pada masa kini seharusnya digubal dengan lebih bai, sempurna dan tersusun agar dapat mengembalikan semula penghayatan Islam dalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pendidikan sepatutnya tidak dipisahkan antara agama dan dunia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW iaitu bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untukakhirat seakan- akan engkau akan mati esok. Masalah sekularisasi sistem pendidikan dengan memisahkan Pendidikan Islam dari sudut mata pelajaran seharusnya dikaji semula agar matlamat pendidikan yang sebenar dapat dibina seterusnya melahirkan lebih ramai 11
  • 12. sarjana Islam seperti pada zaman kegemilangan Islam suatu masa yang lalu dengan akhlak yang sempurna dan baik. Menurut Prof. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam bukunya Dasar-dasar pokok Pendidikan Islam (1974), beliau telah merumuskan bahawa pendidikan moden sekarang ini amat memerlukan pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan kelazatan ilmiah dengan demikian kita terlepas dari keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, keserakahan, penjajajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk menikmati suatu kehidupan yang abadi,hidup bersama bantu-membantu dalam suasana demokrasi dan bahagia. Kata-kata beliau ini menunjukkan akan peri pentingnya sistem pendidikan Islam dinegara kita ini menjalani penambahbaikan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita yang menginginkan kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar dapat digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (2850 patah perkataan) 12
  • 13. REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk menyudahkan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Puan Salina Binti Mokhtar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan idea untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan perjuangan dalam kumpulan iaitu Muhammad Khairul Anwar Ishak, Nur Farhana Ismail serta Soifatulhusna Mohamad Rapeai dan semua pihak yang membantu. Sepanjang penulisan analisis tentang isu pendidikan perlu penambahbaikan dalam Pendidikan Islam ini serta proses membuat blog pendidikan di alam maya ini terdapat banyak masalah, kejayaan dan cabaran serta kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang masa proses menyelesaikan tugasan ini. Bermula daripada segi penyelesaian masalah, tidak dinafikan bahawa isu yang saya pilih ini kurang dibincangkan secara meluas di media massa mahupun di media baru. Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya selaku bakal guru Pendidikan Islam untuk mengupas isu ini yang sering dipinggirkan oleh sebilangan besar masyarakat hari ini. Sebenarnya isu masalah sosial yang teruk melanda masyarakat kita hari ini khususnya murid sekolah dan sehingga hari ini masih gagal diselesaikan disebabkan oleh akar umbi asas pendidikan yang diperolehi di sekolah adalah tidak berlandaskan penerapan Islam yang benar. Seterusnya, dalam proses melaksanakan tugasan ini selain daripada cabaran untuk mendapatkan maklumat yang terbatas mengenai isu ini adalah dari segi kaedah untuk menganalisis isu yang dibincangkan.Dengan pertemuan dengan pensyarah pembimbing, Puan Salina Mokhtar beliau banyak memberikan cadangan dan pandangan yang bernas agar saya terus mengupas isu berkenaan dengan idea yang sesuai untuk dimasukkan. Pengalaman untuk menganalisis isu yang dipilih banyak membantu saya tentang bagaimana penulisan sesuatu isu itu dimasukkan di dalam 13
  • 14. ulasan agar setiap isu yang dibangkitkan mempunyai kesahan daripada para sarjana yang lain. Selain itu, terdapat beberapa kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyelesaikan tugasan ini antaranya ialah kemahiran untuk membina laman ilmu di alam maya berkonsep pendidikan.Sememangnya sebuah laman ilmu yang baik di alam maya amat diperlukan dalam usaha menarik golongan sasaran seperti murid agar berminat untuk membaca dan menelaah isu yang dihasilkan supaya mempunyai fikiran yang terbuka dan positif. Di samping itu, kemahiran untuk membuat ulasan sesuatu isu juga banyak memberi ilmu pengetahuan baru kepada saya kerana setiap isu yang dikupas seharusnya mempunyai bukti dengan sokongan daripada para pengkaji sebelum ini agar ia menjadi sah dan boleh dipercayai oleh pembaca.Nama bagi blog yang berjaya dilaksanakan ialah murabbiumat.blogspot.com.Semoga blog yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, pada asasnya tugasan yang dilaksanakan ini sebenarnya mampu untuk membantu saya serta rakan-rakan dalam menunjukkan peri pentingnya penggunaan media baru dalam usaha untuk mengikuti arus cabaran globalisasi yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang meluas tentang kaedah pengajaran moden yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi agar segala maklumat yang ingin diberikan dapat disampaikan dengan mudah kepada murid-murid. Pada masa hadapan, penggunaan laman ilmu dan kemahiran menulis isu yang lebih sukar amat diperlukan oleh saya sebagai bakal pendidik agar dapat secara tidak langsung membantu pihak kerajaan melalui kementerian Pelajaran menyelesaikan sesuatu isu dan membantu murid-murid dengan menggunakan teknologi maklumat selaras dengan hasrat pendidikan pada masa kini yang menggariskan untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berdisiplin sebaris dengan hasrat FPK dan Falsafah Pendidikan Islam. (300 patah perkataan) 14
  • 15. RUJUKAN Buku Al-Ghazali.(1980). Ihya-Ulumiddin (Jiwa Agama). Indonesia: Percetakan Menara Kudus. Dr Tajul Ariffin Nordin. (1990). Pendidikan suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Ghazali Darulsalam,(2000). Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Malaysia. Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam:Satu Analisa Sosio-Psikologikal.Pustaka Antara.Kuala Lumpur. Kurshid Ahmad. (1974). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM. Mohd Athuyah Al-Abrasyi.(1970). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang. Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Koleksi Kertas Kerja Dr. Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru ; tribulasi dan cadangan. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah, 1-13. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, Mohd Hishamuddin Abd Hamid.(2012). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak.1-17. 15
  • 16. Laman Web Rombakan beri faedah kepada semua pelajar.(2012, Mac 13).Diperoleh pada2 September 2012, daripada Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rombakanberifaedahkepadasemuapelaj ar/Article Falsafah Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah, Menengah Perlu Dibezakan - Pakar Pendidikan(Disember14 2011).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama Online: http://web6.bernama.com/bernama//v3/bm/news_lite.php?id=633913 Guru Sistem Pendidikan Islam diminta seimbangkan keperluan rohaniah pelajar.(4 Julai 2012).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama Online: Melayu paling ramai tengok porno.Mazlina Abdul Majid (21 Julai2010).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaKosmo Online: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0721&pub=Kosmo&sec= Negara&pg=ne_02.htm Punca Masalah Sosial Siri 1(18 Mei 2010).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBerita Semasa Online: http://beritasemasa.com/punca-masalah-sosial-di- malaysia 16