SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
SEMESTER 2 
KRD 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI 
MALAYSIA : 
FALSAFAH DAN DASAR 
TAJUK 
Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti 
setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di tempat anda 
mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam 
membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di 
kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
INDIVIDU 
B2 (CYBERJAYA) 
DISEDIAKAN OLEH 
NAMA NO. ID NO. TELEFON 
MOHD JAZID BIN IMAN PPG/BM/01/00568/2012/2/KIC 019 3317371 
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH 
1 
TARIKH SERAH: 1 Disember 2012
Isi kandungan 
Perkara Muka surat 
1.0 Pendahuluan 1 
2.0 Peranan Komuniti 2 
3.0 Penutup 8 
Rujukan 10 
2 
Lampiran 
1. Forum
BAHAGIAN B : TUGASAN INDIVIDU 
3 
1.0 Pendahuluan 
Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan 
yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu 
memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Justeru itu, penyediaan individu sebagai 
tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan 
keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan 
sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima oleh seseorang itu. Lemah dalam pendidikan 
akan mendorong individu untuk hidup dalam kemiskinan berbanding dengan individu yang 
mempunyai kemahiran literasi yang tinggi dalam pendidikan. Pelajar dari keluarga yang 
berpendapatan yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal atau bermasalah di sekolah 
berbanding dengan pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi atau baik. Pelajar 
ini juga cenderung untuk terlibat dalam tingkahlaku devian serta mempamerkan kualiti hidup yang 
rendah. Jelasnya, pendidikan berupaya mempengaruhi kualiti hidup. Hal ini terbukti apabila 
diselidiki daripada keputusan peperiksaan pelajar, pengukuran kognitif pelajar, serta pasaran buruh 
selepas tamat persekolahan. 
Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya 
maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia 
sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan 
mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat 
Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. 
Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang 
memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, 
doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua 
golongan ini secara bersepadu menggembeleng fikiran, tenaga dan usaha untuk membangunkan 
Malaysia menjadi sebuah negara maju.
4 
2.0 Peranan Komuniti 
Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan 
positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam 
sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia 
maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah 
tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu 
menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, 
sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang 
perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam 
Matlamat Pendidikan Negara. 
Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk 
kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka, 
di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara 
sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh 
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 
pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai 
kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk 
dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum. 
Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di sekolah. 
Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang 
mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis dan 
sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. Dalam komuniti, masyarakat mempunyai 
kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta 
hormat-menghormati. Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak-kanak. 
Berhubung dengan orang luar dalam komuniti juga boleh menpengaruhi pembelajaran 
kanak–kanak. 
Pembangunan pelajar dan kecemerlangan sesebuah institusi sekolah tidak seharusnya sepenuhnya 
bergantung kepada faktor dalaman itu sendiri, di mana segala perhatian beralih kepada guru dalam
menggalas tanggungjawab ini. Namun, Komuniti turut memainkan peranan yang penting dalam 
menyumbang kepada pembangunan pelajar. Dewasa ini, ramai yang sering menyalahkan pihak 
sekolah seratus peratus jika terdapat sebarang kesulitan atau masalah yang melibatkan 
pembangunan dan kecemerlangan pelajar sekolah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa 
dengan kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada masyarakat luar, ibu-bapa, dan dunia 
korporat, ini secara tidak langsung akan turut memberikan kesan kepada pembangunan pelajar pada 
masa kini. Ada yang mengatakan bahawa komuniti sukar terlibat secara langsung dalam 
pembangunan pelajar di sebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu seperti masa, dan sistem 
pentadbiran sekolah yang tidak aktif dalam melibatkan penyertaan komuniti luar. 
Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam 
aktiviti yang dijalan oleh sekolah kerana anak mereka sendiri merupakan murid sekolah tersebut. 
Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak 
mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan 
meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak – kanak dengan kualiti yang 
baik akan merangsang perkembangan mereka. 
Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti Hari Potensi, Kejohanan Sukan Tahunan dan 
program-program lain dianjurkan, akan memberi ruang untuk kanak-kanak mula untuk belajar 
bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan 
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak-kanak, 
lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak-kanak terus diransang dan didedahkan kepada 
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang banyak. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran 
sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka 
mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang 
sama dan selesa untuk melakukan bersama. 
Selain itu, semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak 
langsung yang juga ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pergaulan kanak-kanak 
dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat 
rangsangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak – kanak dirangsang, maka akan 
bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya 
ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak – kanak diberikan ransangan 
5
positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal. Malah kanak – kanak 
yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi. 
Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara 
tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk 
menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama, 
sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan 
mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Untuk 
melihat kejayaan murid – murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis 
dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan. 
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum prasekolah, komuniti juga secara tidak langsung 
menjadi pembantu kepada guru kanak – kanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas 
akan dipecahkan mengikut bahagian masing – masing. Dalam pada itu, mereka juga akan 
berinteraksi dengan kanak – kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang 
terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor. 
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. 
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA 
untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang 
dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang 
kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat 
dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak 
dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah 
untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau 
pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. 
Begitu juga halnya dengan aktiviti seperti Kejohanan Sukan Tahunan, pastinya wakil-wakil dari 
pihak Pejabat Pelajaran akan dijemput untuk merasmikannya, Badan-badan bukan kerajaan seperti 
Syarikat Nestle, dan sebagainya akan turut serta memeriahkan lagi Kejohanan tersebut. Ini dengan 
jelas akan memberi impak yang besar terhadap pembentukan sahsiah murid dalam perkembangan 
dan pembangunan diri mereka. 
6
Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam 
perkembangan kanak-kanak iaitu dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). 
Melalui TASKA, program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, 
bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa merupakan 
salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil. Oleh itu, dengan 
pelaksanaan program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan 
ibubapa dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini, ia dapat mempengaruhi 
perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik. 
Selain itu, Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak- 
Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk 
menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang 
kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga hingga 
enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini 
bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep 
memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya 
diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). 
Badan bukan kerajaan juga melibatkan diri dalam perkembangan awal kanak-kanak. Badan bukan 
kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel 
yang diadakan dengan bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi, memandikan dan 
menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya 
informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting 
mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi 
mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul. Rangsangan yang betul 
terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi perkembangan intelek mereka berkaitan 
dengan maklumat sentuhan. 
Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud 
di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. 
Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah 
bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan 
adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat 
7
dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walaupun tanpa ibu bapa. Stimulasi 
yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital 
bagi perkembangan bakat kanak-kanak. 
Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk mendepani kehidupan 
sebenar adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka dan 
kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Kanak-kanak memerlukan ibu 
bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. 
Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti 
dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang sesuai mengikut perkembangan 
kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, 
meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan 
penorakaan terhadap alam sekeliling. 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak 
kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan 
mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan 
peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan 
mendidiknya secara pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka. 
Secara keseluruhannya, ingin dikupas mengenai apakah kepentingan perkongsian di antara sekolah 
dan komuniti serta apakah bentuk-bentuk cabaran yang ada dalam mewujudkan perkongsian dalam 
pendidikan pada zaman ini bagi memastikan pembangunan pendidikan sejagat yang melibatkan 
semua pihak. Perkongsian diantara sekolah dan komuniti merupakan satu idaman seluruh warga di 
sesebuah negara. Kita tahu bahawa sekolah merupakan institusi terpenting dalam sesebuah negara 
untuk menghasilkan demografi yang positif. Contohnya masalah sosial pelajar-pelajar pada hari ini. 
Guru mengharapkan komuniti berganding bahu kerana mereka tidak mampu menanganinya. 
Komuniti pula menyalahkan guru-guru kerana pada pendapat mereka hanya guru-guru yang mampu 
mengubah pelajar. Maka dalam perdebatan yang tidak berkesudahan ini, apa yang terjadi ialah 
gejala sosial tersebut terus membesar. 
Sikap komuniti yang menyerah bulat-bulat tugasan mendidik kepada guru-guru menyebabkan 
masalah ini seperti tiada kesudahan. Bila bercakap berhubung soal pendidikan formal, benar, guru- 
8
guru bertanggungjkawab untuk memberi ilmu yang secukupnya kepada pelajar. Tapi perlu diingat, 
Falsafah Pendidikan Negara yang perlu dipikul oleh guru-guru ialah membentuk pelajar yang 
berketrampilan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. 
Membangun intelektual pelajar boleh dilaksanakan oleh guru kerana ia mampu diukur begitu juga 
dengan jasmani mereka. Tetapi amat sukar untuk membentuk emosi dan rohani pelajar secara 
bersendirian oleh para guru. Emosi dan rohani melibatkan latihan sebelum mereka menjejakkan 
kaki ke bangku persekolahan lagi. 
Contohnya, membuang sampah. Hal ini membabitkan emosi dan rohani. Sehingga kini kita dapat 
melihat para pelajar membuang sampah keluar dari tingkap bas sekolah yang berwarna kuning. 
Mengapa amat sukar untuk pelajar-pelajar ini memahami bahawa membuang sampah merata-rata 
adalah satu sifat negatif. Salah siapa? Tetapi jika komuniti semuanya menunjukkan teladan yang 
baik, maka anak-anak kita juga akan mengikut teladan yang baik. 
Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan oleh komuniti untuk membantu pihak sekolah. 
Mereka tidak perlu melibatkan diri dengan pihak sekolah secara langsung tetapi boleh menyumbang 
melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anak-anak dirumah secara tidak langsung. Menunjukkan 
contoh yang sebenar bagaimana tindakan sebagai seorang manusia yang murni dan mulia. 
Komuniti kita bertanggungjawab untuk membantu pihak sekolah mendidik anak-anak kita. Apa 
yang perlu dibantu ialah menunjuk contoh teladan yang baik. Cabaran yang dihadapi kini ialah 
bagaimana hendak membentuk permuafakatan komuniti secara total. Komuniti yang ingin terlibat 
terlalu sedikit berbanding mereka yang mengambil sikap lepas tangan. Keengganan mereka 
mungkin disebabkan oleh sikap yang mengatakan bahawa jangan campur tangan dalam hal anak 
orang lain. Jika begitu sebabnya, maka mengapa tidak mengambil tahu hal anak sendiri. 
Masalahnya, mereka merasakan bahawa anak mereka tidak bermasalah. Mereka mengambil sikap 
mudah bahawa anak mereka adalah anak yang baik. Contohnya mereka yang memakaikan anak 
perempuan mereka dengan tudung. Pada pendapat mereka, apabila anak mereka bertudung, maka 
secara automatik anak mereka menjadi baik. Tetapi, apa yang dilihat, ramai anak gadis yang 
bermasalah pada hari ini terdiri dari gadis bertudung. 
9
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu 
sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedarkan tenaga kerja yang terlatih 
dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan 
ekonomi negara. Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, 
diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. 
Semua ibu bapa yang membentuk komuniti ini perlu mengambil berat soal siapa anak mereka. Jika 
tidak mahu masuk campur dalam membentuk anak orang lain, sekurang-kurangnya bentuk lah anak 
sendiri. Jangan disangka air yang tenang, tiada buaya. 
10 
3.0 Penutup 
Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti 
kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan 
mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan 
membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati 
kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak 
sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber 
ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang 
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan 
fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah 
pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam 
pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian 
awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling 
berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak. 
Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. 
Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat 
bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah 
dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke 
arah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti 
remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu
Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan 
masa hadapan negara. 
Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif. Remaja yang 
berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan menyumbang 
kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ 
Satu Malaysia” remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian 
antara kaum. 
Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan kerjasama sekolah 
itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai 
aur dengan tebing. 
11 
( 2 592 patah perkataan)
RUJUKAN 
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: 
12 
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 
Annick M. Brennen (1999). Philosophy of Education. Extension Center School of Education 
Northern Caribbean University. 
Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 7 September, 2010, from 
http:// .com/ 
Dr. Tajul Ariffin bin Noordin dan Dr. Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala 
Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. 
Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: percetakan 
Seasons Sdn. Bhd 
Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Multimedia Marketing 
Sdn Bhd. 
Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan. 
Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) Pengajaran kemahiran bahasa Melayu Kementerian 
Pelajaran Malaysia 
Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. UTM 
Skudai: Penerbit UTM Press.

More Related Content

What's hot

Materi umum 1.2 gerakan pbp
Materi umum 1.2 gerakan pbpMateri umum 1.2 gerakan pbp
Materi umum 1.2 gerakan pbpEko Supriyadi
 
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN imam shofwan
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmBieb Malangnengah
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...sakuramochi
 
Hubungan sekolah dengan masyarakat
Hubungan sekolah dengan masyarakatHubungan sekolah dengan masyarakat
Hubungan sekolah dengan masyarakatfarida nikmah
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
 
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCY
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCYDESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCY
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCYDISEMINASI
 
2. juknis kum fa
2. juknis kum fa2. juknis kum fa
2. juknis kum faRahman Saja
 
Pedoman fiksi-2021-1
Pedoman fiksi-2021-1Pedoman fiksi-2021-1
Pedoman fiksi-2021-1Fajar Baskoro
 
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Nandang Sukmara
 
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT APMasriqa Aslim
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 

What's hot (19)

Materi umum 1.2 gerakan pbp
Materi umum 1.2 gerakan pbpMateri umum 1.2 gerakan pbp
Materi umum 1.2 gerakan pbp
 
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN
PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
 
Makalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakterMakalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakter
 
Standar pengelola pkbm
Standar pengelola pkbmStandar pengelola pkbm
Standar pengelola pkbm
 
Kesetaraan
KesetaraanKesetaraan
Kesetaraan
 
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...
13_Optimalisasi Peran orang Tua dalam Pengembangan Karakter Siswa di Tahun Aj...
 
Laporan desa kebon cau
Laporan desa kebon cauLaporan desa kebon cau
Laporan desa kebon cau
 
Hubungan sekolah dengan masyarakat
Hubungan sekolah dengan masyarakatHubungan sekolah dengan masyarakat
Hubungan sekolah dengan masyarakat
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Inovasi pendidikan smster 4 2012
Inovasi pendidikan smster 4 2012Inovasi pendidikan smster 4 2012
Inovasi pendidikan smster 4 2012
 
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCY
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCYDESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCY
DESIGNING KANTIN KEJUJURAN CORNER AT SMP NEGERI 1 KEMANG, BOGOR REGENCY
 
2. juknis kum fa
2. juknis kum fa2. juknis kum fa
2. juknis kum fa
 
Pedoman fiksi-2021-1
Pedoman fiksi-2021-1Pedoman fiksi-2021-1
Pedoman fiksi-2021-1
 
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
 
1
11
1
 
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP
(Nur Hidayah M PAI 3F/153111186) PPT AP
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 

Viewers also liked

Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikFarid Hasan
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjAzura Aqura
 

Viewers also liked (7)

Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 

Similar to Kpf individu

PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptx
PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptxPENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptx
PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptxJandaPirang
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswa
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswaMateri umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswa
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswaEko Supriyadi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypesahronzulkepli
 
Fungsi dan peran lembaga pendidikan
Fungsi dan peran lembaga pendidikanFungsi dan peran lembaga pendidikan
Fungsi dan peran lembaga pendidikanf' yagami
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANharjunode
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpattiAfif Faith
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 

Similar to Kpf individu (20)

PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptx
PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptxPENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptx
PENGERTIAN ANAK USIA DINI TUGAS MANAJEMEN PENDIDIKAN KEL 1.pptx
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
LPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKNLPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKN
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
4. Pendidikan Karakter
4. Pendidikan Karakter4. Pendidikan Karakter
4. Pendidikan Karakter
 
Materi umum 1.6 kemitraan sekolah dengan keluarga dan masyarakat
Materi umum   1.6 kemitraan sekolah dengan keluarga dan masyarakatMateri umum   1.6 kemitraan sekolah dengan keluarga dan masyarakat
Materi umum 1.6 kemitraan sekolah dengan keluarga dan masyarakat
 
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswa
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswaMateri umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswa
Materi umum 1.7 peran keluarga dalam pembelajaran siswa
 
Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Nona bab 1.docx
Nona bab 1.docxNona bab 1.docx
Nona bab 1.docx
 
Assingment fpm
Assingment fpmAssingment fpm
Assingment fpm
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skype
 
Fungsi dan peran lembaga pendidikan
Fungsi dan peran lembaga pendidikanFungsi dan peran lembaga pendidikan
Fungsi dan peran lembaga pendidikan
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKAN
 
Hhhh
HhhhHhhh
Hhhh
 
Lala
LalaLala
Lala
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpatti
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 

Recently uploaded

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",Kanaidi ken
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxdanangpamungkas11
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 

Recently uploaded (20)

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 

Kpf individu

  • 1. SEMESTER 2 KRD 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. INDIVIDU B2 (CYBERJAYA) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD JAZID BIN IMAN PPG/BM/01/00568/2012/2/KIC 019 3317371 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH 1 TARIKH SERAH: 1 Disember 2012
  • 2. Isi kandungan Perkara Muka surat 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Peranan Komuniti 2 3.0 Penutup 8 Rujukan 10 2 Lampiran 1. Forum
  • 3. BAHAGIAN B : TUGASAN INDIVIDU 3 1.0 Pendahuluan Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Justeru itu, penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima oleh seseorang itu. Lemah dalam pendidikan akan mendorong individu untuk hidup dalam kemiskinan berbanding dengan individu yang mempunyai kemahiran literasi yang tinggi dalam pendidikan. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal atau bermasalah di sekolah berbanding dengan pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi atau baik. Pelajar ini juga cenderung untuk terlibat dalam tingkahlaku devian serta mempamerkan kualiti hidup yang rendah. Jelasnya, pendidikan berupaya mempengaruhi kualiti hidup. Hal ini terbukti apabila diselidiki daripada keputusan peperiksaan pelajar, pengukuran kognitif pelajar, serta pasaran buruh selepas tamat persekolahan. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu menggembeleng fikiran, tenaga dan usaha untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.
  • 4. 4 2.0 Peranan Komuniti Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara. Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum. Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di sekolah. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis dan sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta hormat-menghormati. Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak-kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti juga boleh menpengaruhi pembelajaran kanak–kanak. Pembangunan pelajar dan kecemerlangan sesebuah institusi sekolah tidak seharusnya sepenuhnya bergantung kepada faktor dalaman itu sendiri, di mana segala perhatian beralih kepada guru dalam
  • 5. menggalas tanggungjawab ini. Namun, Komuniti turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan pelajar. Dewasa ini, ramai yang sering menyalahkan pihak sekolah seratus peratus jika terdapat sebarang kesulitan atau masalah yang melibatkan pembangunan dan kecemerlangan pelajar sekolah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dengan kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada masyarakat luar, ibu-bapa, dan dunia korporat, ini secara tidak langsung akan turut memberikan kesan kepada pembangunan pelajar pada masa kini. Ada yang mengatakan bahawa komuniti sukar terlibat secara langsung dalam pembangunan pelajar di sebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu seperti masa, dan sistem pentadbiran sekolah yang tidak aktif dalam melibatkan penyertaan komuniti luar. Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh sekolah kerana anak mereka sendiri merupakan murid sekolah tersebut. Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak – kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka. Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti Hari Potensi, Kejohanan Sukan Tahunan dan program-program lain dianjurkan, akan memberi ruang untuk kanak-kanak mula untuk belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak-kanak, lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak-kanak terus diransang dan didedahkan kepada pengalaman-pengalaman pembelajaran yang banyak. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama. Selain itu, semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pergaulan kanak-kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat rangsangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak – kanak dirangsang, maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak – kanak diberikan ransangan 5
  • 6. positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal. Malah kanak – kanak yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi. Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Untuk melihat kejayaan murid – murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan. Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum prasekolah, komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak – kanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing – masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak – kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor. Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. Begitu juga halnya dengan aktiviti seperti Kejohanan Sukan Tahunan, pastinya wakil-wakil dari pihak Pejabat Pelajaran akan dijemput untuk merasmikannya, Badan-badan bukan kerajaan seperti Syarikat Nestle, dan sebagainya akan turut serta memeriahkan lagi Kejohanan tersebut. Ini dengan jelas akan memberi impak yang besar terhadap pembentukan sahsiah murid dalam perkembangan dan pembangunan diri mereka. 6
  • 7. Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Melalui TASKA, program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa merupakan salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil. Oleh itu, dengan pelaksanaan program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan ibubapa dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini, ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik. Selain itu, Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak- Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga hingga enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). Badan bukan kerajaan juga melibatkan diri dalam perkembangan awal kanak-kanak. Badan bukan kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel yang diadakan dengan bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi, memandikan dan menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul. Rangsangan yang betul terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi perkembangan intelek mereka berkaitan dengan maklumat sentuhan. Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat 7
  • 8. dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walaupun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak. Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk mendepani kehidupan sebenar adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Kanak-kanak memerlukan ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan penorakaan terhadap alam sekeliling. Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka. Secara keseluruhannya, ingin dikupas mengenai apakah kepentingan perkongsian di antara sekolah dan komuniti serta apakah bentuk-bentuk cabaran yang ada dalam mewujudkan perkongsian dalam pendidikan pada zaman ini bagi memastikan pembangunan pendidikan sejagat yang melibatkan semua pihak. Perkongsian diantara sekolah dan komuniti merupakan satu idaman seluruh warga di sesebuah negara. Kita tahu bahawa sekolah merupakan institusi terpenting dalam sesebuah negara untuk menghasilkan demografi yang positif. Contohnya masalah sosial pelajar-pelajar pada hari ini. Guru mengharapkan komuniti berganding bahu kerana mereka tidak mampu menanganinya. Komuniti pula menyalahkan guru-guru kerana pada pendapat mereka hanya guru-guru yang mampu mengubah pelajar. Maka dalam perdebatan yang tidak berkesudahan ini, apa yang terjadi ialah gejala sosial tersebut terus membesar. Sikap komuniti yang menyerah bulat-bulat tugasan mendidik kepada guru-guru menyebabkan masalah ini seperti tiada kesudahan. Bila bercakap berhubung soal pendidikan formal, benar, guru- 8
  • 9. guru bertanggungjkawab untuk memberi ilmu yang secukupnya kepada pelajar. Tapi perlu diingat, Falsafah Pendidikan Negara yang perlu dipikul oleh guru-guru ialah membentuk pelajar yang berketrampilan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Membangun intelektual pelajar boleh dilaksanakan oleh guru kerana ia mampu diukur begitu juga dengan jasmani mereka. Tetapi amat sukar untuk membentuk emosi dan rohani pelajar secara bersendirian oleh para guru. Emosi dan rohani melibatkan latihan sebelum mereka menjejakkan kaki ke bangku persekolahan lagi. Contohnya, membuang sampah. Hal ini membabitkan emosi dan rohani. Sehingga kini kita dapat melihat para pelajar membuang sampah keluar dari tingkap bas sekolah yang berwarna kuning. Mengapa amat sukar untuk pelajar-pelajar ini memahami bahawa membuang sampah merata-rata adalah satu sifat negatif. Salah siapa? Tetapi jika komuniti semuanya menunjukkan teladan yang baik, maka anak-anak kita juga akan mengikut teladan yang baik. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan oleh komuniti untuk membantu pihak sekolah. Mereka tidak perlu melibatkan diri dengan pihak sekolah secara langsung tetapi boleh menyumbang melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anak-anak dirumah secara tidak langsung. Menunjukkan contoh yang sebenar bagaimana tindakan sebagai seorang manusia yang murni dan mulia. Komuniti kita bertanggungjawab untuk membantu pihak sekolah mendidik anak-anak kita. Apa yang perlu dibantu ialah menunjuk contoh teladan yang baik. Cabaran yang dihadapi kini ialah bagaimana hendak membentuk permuafakatan komuniti secara total. Komuniti yang ingin terlibat terlalu sedikit berbanding mereka yang mengambil sikap lepas tangan. Keengganan mereka mungkin disebabkan oleh sikap yang mengatakan bahawa jangan campur tangan dalam hal anak orang lain. Jika begitu sebabnya, maka mengapa tidak mengambil tahu hal anak sendiri. Masalahnya, mereka merasakan bahawa anak mereka tidak bermasalah. Mereka mengambil sikap mudah bahawa anak mereka adalah anak yang baik. Contohnya mereka yang memakaikan anak perempuan mereka dengan tudung. Pada pendapat mereka, apabila anak mereka bertudung, maka secara automatik anak mereka menjadi baik. Tetapi, apa yang dilihat, ramai anak gadis yang bermasalah pada hari ini terdiri dari gadis bertudung. 9
  • 10. Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedarkan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Semua ibu bapa yang membentuk komuniti ini perlu mengambil berat soal siapa anak mereka. Jika tidak mahu masuk campur dalam membentuk anak orang lain, sekurang-kurangnya bentuk lah anak sendiri. Jangan disangka air yang tenang, tiada buaya. 10 3.0 Penutup Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak. Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu
  • 11. Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara. Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif. Remaja yang berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ Satu Malaysia” remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum. Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing. 11 ( 2 592 patah perkataan)
  • 12. RUJUKAN Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: 12 Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Annick M. Brennen (1999). Philosophy of Education. Extension Center School of Education Northern Caribbean University. Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 7 September, 2010, from http:// .com/ Dr. Tajul Ariffin bin Noordin dan Dr. Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: percetakan Seasons Sdn. Bhd Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Multimedia Marketing Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) Pengajaran kemahiran bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. UTM Skudai: Penerbit UTM Press.