SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
                       PENDIDIKAN DI MALAYSIA



          TAJUK: Arah Aliran Perkembangan Terkini Pendidikan Di Malaysia



                               DISEDIAKAN OLEH:

         Nama                      Matrix No              Tandatangan
ANITHA A/P NOEL                  L20112007404
NADHIRAH BT ABDUL TALIB          L20112007408
NOORFAZILAH BT AZLAN             L20112007393
SITI YUHANI BT AZMAN             L20112007401


          KUMPULAN KULIAH : GROUP E

          PENSYARAH           : DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

          TARIKH              : 28 MAC 2012
ISI KANDUNGAN


    TAJUK 14: Arah Aliran Perkembangan Terkini
                   Pendidikan Di Malaysia


                   Topik                       Halaman
14.1 Transformasi Pendidikan Ke Arah            1-10
     Pendidikan Cemerlang


14.2 Hala Tuju Pendidikan Dalam Rancangan
     Malaysia Ke-10                             11-19


14.3 Pengantarabangsaan Pendidikan Dalam Era
     Globalisasi                                20-24

14.4 Cabaran Pendidikan Dalam Merealisasikan
     Wawasan 2020                               25-33


Senarai Rujukan                                 34-35
14.1 - Transformasi Pendidikan ke Arah Pendidikan Cemerlang

Pendidikan di Malaysia hari ini harus melalui proses transformasi yang terancang untuk
mencapai cita-cita 1Malaysia. Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu
dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai
kelebihan mengadaptasi cabaran di masa akan datang. Orientasi peperiksaan semata-mata
tidak seharusnya menjadi agenda utama dalam pendidikan. Corak pendidikan sebelum ini
yang banyak menekankan kepada „hafalan‟ perlu diubah dengan menekankan kepada
kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu
yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.

Kegiatan kokurikulum dan ekstrakurikular harus diperkasakan supaya pembentukan jati
diri dan pasukan dapat disuburkan di kalangan murid, pelajar, dan mahasiswa. Ia
bermaksud supaya sistem pendidikan kita tidak hanya melahirkan insan robotik semata-
mata, tetapi teknologi tinggi (high-tech) harus diseimbangkan dengan sentuhan keinsanan
(high-touch) supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika yang tinggi (Prof. Dr.
Sidek bin Baba, UIAM, 2010).

Pendidikan yang beretika yang berasaskan nilai-nilai sejagat harus disuburkan dalam
sistem pendidikan kita. Kepimpinan negara hari ini dan masa depan memerlukan
kepimpinan yang berilmu, memiliki daya strategik yang tinggi di samping pekerti teladan
yang baik. Oleh itu, kurikulum yang dibina harus memberikan fokus yang seimbang
terhadap kekuatan kognitif, afektif (spiritual), dan psikomotor. Pendidikan di Malaysia
yang berorientasikan pendekatan transformatif sewajarnya menjadikan nilai dan etika
sebagai landasan.

Aspirasi NKRA Pendidikan (PEMANDU, JPM, 2010) memberi fokus untuk
mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses
kepada pendidikan berkualiti. Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting
dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan
negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Peluasan akses kepada
pendidikan berkualiti akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia
meningkatkan taraf hidup mereka. Pencapaian keberhasilan yang tinggi secara menyeluruh
dalam sistem pendidikan akan hanya berlaku dengan memastikan semua sekolah
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti tinggi kepada setiap
seorang anak.



                                           1
Dasar-dasar negara, sama ada dasar pembangunan ekonomi, dasar kemajuan sosial, atau
dasar ketatanegaraan, semuanya menjurus kepada pembinaan negara dan bangsa Malaysia
yang merdeka, berjati diri, patriotik, maju, makmur, dan berdaya saing dalam segenap
ruang kehidupan dan pada segenap zaman. Ini juga bermakna perencanaan dan
pelaksanaan dasar-dasar negara, termasuk Dasar Pelajaran Kebangsaan dan pelbagai
proses transformasi yang telah dan sedang dialaminya, merupakan kesinambungan
daripada rentetan perjuangan besar membina negara Malaysia yang berdaulat dan
membentuk bangsa Malaysia yang berdarjat.

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan yang mewarisi tinggalan negatif
penjajahan, sekali gus mengamalkan cara hidup demokratik serta tidak memisahkan diri
daripada arus kemajuan kehidupan manusia sejagat, sistem pendidikan kebangsaan akan
terus digerakkan ke arah membina budaya bangsa Malaysia, menyuburkan patriotisme,
memupuk toleransi, dan merangsang inovasi.

Bagi merealisasikan maksud ini, antara transformasi yang dilaksanakan adalah program
KSSR di peringkat sekolah rendah. Selain itu, beberapa jenis sekolah telah dibentuk untuk
memastikan setiap murid dan pelajar di Malaysia mendapat pendidikan yang setimpal
dengan kemampuan dan perncapaian masing-masing, contohnya seperti Sekolah Bestari
dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Seiring dengan pendekatan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik, kedua-dua mata pelajaran ini telah menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya melalui dasar PPSMI. Seterusnya dasar
tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bertujuan untuk memantapkan
penguasaan kedua-dua bahasa tersebut.




Transformasi Dalam Dasar Pendidikan Negara

   1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


       Kurikulun baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
       Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit
       tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut




                                            2
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu
   subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik.


   KSSR telah mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
   kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
   awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu
   memudahkan perjalanan serta pembelajara murid-murid tersebut yang akan
   melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.


   KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
   Modul Asas Tema, dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1
   hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira, dan
   menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),
   perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai.
   Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada
   pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
   kerohanian, fizikal, sikap, dan nilai.


2) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
   (PPSMI)


   Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan
   tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat sekolah
   rendah dan tingkatan 1 serta tingkatan 6 rendah untuk peringkat sekolah menengah.
   Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat sekolah
   menenngah sementara peringkat sekolah rendah ialah pada tahun 2008.


   Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
   Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas
   dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk
   mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk
   bersaing dalam era globalisasi.




                                            3
Umum mengetahui bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas
   dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
   Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku denagn pantas dan
   capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat
   dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, Bahasa Inggeris juga adalah bahasa hubungan
   antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam
   bidang ini.


   Kesimpulannya,    keputusan   dasar   untuk   melaksanakan   PPSMI   bertujuan
   memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Sains dan Matematik di kalangan
   murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam Bahasa Inggeris.
   Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan ajan turut meningkatkan
   penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid.


3) Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
   (MBMMBI)


   Memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) bermaksud meletakkan BM pada tempat
   yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti
   yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan
   bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
   Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (BI) pula membawa maksud memantapkan
   penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan
   bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.


   Tujuan utama memartabatkan BM adalah kerana BM merupakan bahasa
   kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama, dan bahasa
   ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Manakala
   tujuan utama memperkukuhkan BI pula adalah kerana BI merupakan bahasa
   komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
   membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan
   global.




                                         4
Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran
   Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Kerajaan percaya
   bahawa dengan pendekatan baru ini,kita akan dapat memartabatkan Bahasa
   Malaysia, memperkukuh Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid
   untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan
   negara.


4) Sekolah Bestari


   Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan telah menggubal konsep Sekolah
   Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif.
   Teknologi menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila
   Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana
   Koridor Raya Multimedia.


   Sekolah Bestari adalah salah satu „flagship‟ dalam Koridor Raya Multimedia
   (MSC) yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 yang lalu. Menjelang tahun 1999
   sebelum ini, sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh
   dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari
   sebagai satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.


   Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara
   menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk
   membantu murid menghadapi cabaran Zaman IT. Proses pengajaran dan
   pembelajaran, iaitu proses berkaitan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, bahan
   pengajaran dan pembelajaran, telah direka semula untuk membantu murid belajar
   dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari mendorong murid mengamalkan
   pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran
   sendiri.


   Sekolah Bestari membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.
   Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar, tetapi ia merupakan cara
   bestari bagi menjamin setiap pelajar – kuat atau lemah, kaya atau miskin –



                                       5
mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar danm
       gaya pembelajaran yang berlainan.




   5) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
       Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai
       etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
       pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan
       cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan
       berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi
       sekolah pilihan masyarakat.


       Kualiti sekolah berprestasi tinggi ini dilonjakkan dengan memberi lebih autonomi
       dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pencapaian murid. Sekolah berprestasi
       tinggi bertaraf dunia ini akan menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang mampu
       menyaingi tahap pencapaian antarabangsa, melanjutkan pelajaran ke institusi
       pendidikan terkemuka dan berjaya menjadi pemimpin dalam bidang profesion
       masing-masing. Sekolah-sekolah ini juga akan membimbing sekolah-sekolah lain
       dengan mewujudkan rangkaian „mentoring and coaching‟ antara sekolah.


Tujuh Strategi Utama Ke Arah Kecemerlangan: Rangka Dimensi 7-P

Pendidikan di Malaysia memerlukan perubahan secara strategik, dengan tujuan
membangunkan “manusia” berteraskan sifat-sifat kemanusiaan yang unggul berdasarkan
daripada dua dimensi terpenting: pertama, seperti yang dihajatkan oleh falsafah
pendidikan negara; keduanya, yang sensitif kepada keperluan permintaan faktor tekanan
“pasaran” ekonomi tempatan, nasional, dan global akibat kesan gelombang globalisasi
yang sukar ditahan pengaruhnya.

Dari segi ini, peranjakan paradigma sistem pendidikan negara perlu terus dipantau secara
berterusan. Ini bertujuan supaya pelaksanaan program dilaksanakan secara lebih berkesan
dan tersusun. Dasar-dasar induk dan dasar-dasar operasi yang diputuskan bersama dari
semasa ke semasa untuk tiap-tiap peringkat dan sektor perlukan input untuk ubahsuaian
dan perincian mengikut rasional keperluan. Justeru, banyak tindakan untuk meningkatkan
kualiti perlu dilakukan.


                                            6
Dengan berlandaskan hujah demikian, tujuh strategi kritikal seperti yang diringkaskan
berikut hendaklah dilakukan tindakan sewajarnya:

    a) Kandungan kurikulum dan mata pelajaran perlu terus dikaji dan ditingkatkan.
        Penglibatan guru dan pendidik profesional hendaklah sentiasa diberikan
        keutamaan untuk menjayakannya. Ini bertujuan untuk memenuhi kriteria
        kerelevanan kurikulum dengan perubahannya.
    b) Sistem penilaian, pengukuran dan peperiksaan , yang terlalu menekankan deria
        ingatan dan hafalan fakta dalam subjek-subjek yang bukan kritikal, hendaklah
        sentiasa dikurangkan; metologi dan teknik-teknik pengajaran-pembelajaran
        bermutu yang menekankan sifat-sifat kritis, kreatis dan inovatif pelajar dalam
        semua mata pelajaran secara paling interaktif antara guru dan murid perlu
        dipertingkatkan.
    c) Program     pembangunan    prasarana,       kemudahan   dan   peralatan   hendaklah
        dilaksanakan dengan gigih dan berdedikasi.
    d) Jumlah peruntukan belanjawan negara untuk semua sektor dan peringkat
        pendidikan, hendaklah dilipatgandakan, terutamanya untuk pendidikan asas dan
        menengah, teknikal dan vokasional.
    e) Dasar-dasar utama per kapita pelajar daripada peruntukan dan pengagihan
        kewangan bagi peringkat pendidikan asas, menengah dan teknikal hendaklah
        dikaji semula.
    f) Aspek-aspek yang berkaitan dengan keselesaan iklim persekolahan dan
        pembelajaran dan kebajikan pelajar hendaklah dipertingkatkan peruntukannya.
    g) Skim-skim perkhidmatan untuk guru sekolah asas dan menengah, dan untuk
        pensyarah kolej, politeknik, dan universiti awam, yang lebih baik untuk menarik
        dengan kemudahan-kemudahan asas untuk keselesaan dan kemajuan mereka
        dalam menjalankan tugas di tahap profesionalisme dan kepakaran yang tinggi dan
        lebih berkesan hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan.



Sebagai kesimpulan, transformasi pendidikan dalam konteks 1Malaysia harus menemukan
faktor berbanding daripada tamadun Barat dan Timur yang boleh diungkapkan menerusi
olahan bijaksana dan kreatif berasaskan sumber-sumber asli daripada agama dan tamadun
supaya reflketif terhadap Islam sebagai suatu tamadun besar dapat melakukan interaktif



                                               7
dengan etika dan nilai agama, budaya, dan tamadun lain yang sifatnya menyerasikan.
Transformasi pendidikan perlu dilakukan yang mana inti patinya adalah bertujuan untuk
menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai
pemikiran yang kreatif, inovatif, dan kritis, serta mampu menyelesaikan masalah,
mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak pemikiran mereka. Daripadanya akan lahir
proses transformasi menuju masyarakat sejahtera berasaskan acuan kita sendiri.




                                        8
14.2 - Hala Tuju Pendidikan Dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

“Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan
Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti mempertingkat standard pendidikan sedia
ada supaya setanding dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan
memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam
memperkukuh daya saing negara dan membina 1Malaysia.” (Tan Sri Dato‟ Haji
Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia).

Pelajar adalah aset terpenting dalam menaikkan dan memartabatkan nama negara di
persada antarabangsa. Selain itu, pelajar adalah pemimpin masa hadapan, di mana masa
depan negara dan bangsa terletak di bahu mereka. Oleh itu, kerajaan kita perlukan suatu
sistem pendidikan yang seimbang dan jelas demi melahirkan pelajar yang kompeten.
Dengan itu, maka wujudlah Rancangan Malaysia Ke-10.

Pendidikan Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan selepas
kemerdekaan. Kadar literasi golongan dewasa di Malaysia melebihi 92%. Di samping itu,
kita masih perlu meningkatkan pencapaian pendidikan negara, kerana jurang pencapaian
pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluas, misalnya, lebih kurang 20%
pelajar. Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran
Matematik dan Sains pada 2007, berbanding hanya 5-7% pada 2003. Ini secara tidak
langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.
Wawasan 2020 hanya boleh direalisaikan dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja
yang kompetif melalui kecemerlangan pencapaian pelajar. Peluasan akses kepada
pendidikan berkualiti, akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat. Malaysia
meningkatkan tarak hidup mereka.

Sistem pendidikan harus memastikan semua sekolah menyampaikan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang berkualiti kepada setiap satu kanak-kanak untuk mendapatkan
pencapaian keberhasilan yang tinggi. Pendidikan amat penting kepada perkembangan
ekonomi, dan bukan hanya merupakan hak asasi manusia. Prestasi pendidikan yang rendah
memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangka tahap pendidikan yang
tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah
memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang
tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sebanyak 77% daripada tenaga
kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia


                                            9
(SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan
     pekerjaan berkemahiran tinggi.

     Empat perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar adalah memastikan setiap
     kanak-kanak berjaya, menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan
     perubahan ke atas pencapaian pelajar, membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di
     setiap sekolah dan meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik.
     Empat perkara penting adalah berdasarkan sistem persekolahan yang terbaik di seluruh
     dunia.

     Rancangan Malaysia Ke-10, yang akan digunakan dari tahun 2011-2015, akan menjadi
     landasan untuk melahirkan insan modal yang berwibawa, kompeten, berpendidikan dan
     cemerlang. Demi merealisasikan rancangan ini, kerajaan telah mengambil beberapa
     pendekatan, iaitu;

                  i.   Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan
                       signifikan;
                ii.    Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran;
                iii.   Menyusun      semula   pasaran     untuk   menjadikan   Malaysia   negara
                       berpendapatan tinggi



I.            Merombak sistem pendidikan untuk menigkatkan prestasi pelajar dengan
              signifikan

              Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan
              signifikan bukanlah suatu kerja mudah. Usaha ini akan berpandu kepada Falsafah
              Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada
              semua usaha transformasi pendidikan. Penglibatan dalam aktiviti sukan dan
              kokurikulum akan diberi penekanan yang lebih sebagai usaha kearah memupuk
              pembangunan sahsiah pelajar. Teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi
              pemberatan yang lebih untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan
              keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi. Bidang
              Keberhasilan Utama Negara (NKRA), merupakan landasan untuk menambah baik
              prestasi pelajar dalam sistem pendidikan.



                                                10
Langkah pertama ke arah merealisasikan rancangan ini ialah memastikan setiap
kanak-kanak boleh berjaya. Kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan
dalam setiap pendidikan yang unggul. Sasaran pencapaian yang sama tinggi
kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat adalah menjadi
tonggak utama dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang. Prasekolah menjadi
keutamaan negara sekarang yang dapat membantu mengurangkan masalah
pembelanjaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Melentur buluh,
biarlah dari rebungnya, maka pencapaian dan kecemerlangan seseorang kanak-
kanak perlu dipupuk dari kecil lagi, supaya mereka mampu mencapai tahap
pendidikan yang baik demi kesejahteraan Malaysia.

Pelaburan terhadap kanak-kanak adalah pelaburan terhadap masa depan negara.
Oleh itu, program PERMATA telah diwujudkan sebagai agenda penting nasional.
Boleh dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 orang pintar dari kalangan
kanak-kanak di Malaysia. Kerajaan akan mempertingkatkan penyertaan kanak-
kanak yang berumur antara empat hingga lima tahun di peringkat prasekolah
daripada 67% pada tahun 2010 kepada 87% pada tahun 2012. Program ini akan
diletakkan   di   bawah    KPM     dengan    tujuan     untuk    menyelaras     dan
mengintegrasikankan dalam sistem pendidikan formal. Program PERMATA
bertumpu kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1500.
Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap
pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa depan ( High
school Perry Pre-school Study, The Uniteed States of America, 2005).

Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara
meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama
di bawah NKRA pendidikan. Oleh itu, program ini bertujuan meningkatkan kadar
enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Umur bagi
memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini
akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arak memperkasakan
pembangunan awal kanak-kanak. Program ini akan dimulakan di kawasan luar
bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan
pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh
pada peringkat awal. Selain itu, program pensiswazahan guru akan dipergiatkan.
Guru-guru    prasekolah   pula   akan   diperhebatkan   lagi    kualitinya   dengan


                                  11
mempertingkatkan kelayakan perlantikan guru prasekolah kepada diploma dan
sarjana muda. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah
bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan
numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah.

MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran
kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Pada waktu yang sama,
program MBMMBI akan juga memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang
utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa dan
seni bahasa. Masa pengajaran Bahasa Inggeris ditambah untuk tahap 1 dan 2.
Selain itu, beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) menumpukan kepada
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru pelatih.

Langkah kedua pula menetapkan akauntabiliti sekolah terhadap prestasi pelajar.
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah ditubuhkan untuk membolehkan pelajar
mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah-sekolah ini
terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah
berasrama penuh. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa
berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan
antarabangsa yang kukuh. Sebanyak 20 buah sekolah telah diberikan status SBT
berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang kekal. Selain itu, kerajaan akan
membantu sekolah bantuan modal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh
pihak pengurusan sekolah dengan member peruntukan wang dan modal. Ini adalah
disebabkan olek kefahaman bahawa infrastruktur dan kemudahan asas seperti
elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan
prestasi pelajar.

Sekolah Amanah, Trust Schools, adalah sekolah awam yang diurus secara bersama
di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia
Kementerian Pelajaran. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan
dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara. Sekolah sedemikian
memudahkan cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah



                                 12
Kerajaan yang terpilih. Sekolah ini mempunyai lebih autonomi dalam membuat
keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak
inovasi dan menjadi lebih responsif terhadap keperluan komuniti sekolah. Sekolah
Amanah mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu mencapai prestasi yang
ditetapkan dalam tempoh lima tahun, jika gagal, maka pihak kementerian akan
mengambil alih pengurusan.

Kekurangan guru bahasa Mandarin di sekolah Jenis Kebangsaan serta Sekolah
kebangsaan telah menjadi suatu isu yang penting. Oleh itu, guru lulusan Unified
Examination Certificate (UEC) yang telah memiliki sijil SPM akan diberi
pertimbangan untuk mengikuti pengajaran di institusi pendidikan guru bagi
program bahasa cina. Perkara yang sama akan dilakukan terhadap guru-guru
lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama
Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk
menjadi guru kepada program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.




 II.   Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran



Seterusnya, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) pula diberi
perhatian. Karier yang bagus dan berpendapatan tinggi adalah antara faktor penting
yang menentukan masa depan (rujuk jadual 1.1). Pendidikan dan latihan diberikan
pengagihan yang terbesar dalam Rancangan Malaysia ke-10, iaitu sebanyak 23%
berbanding dengan bidang yang lain ( Mohd Izyan, 2012).




                                 13
Jadual 1.1: Peluang pekerjaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.




Oleh itu, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama
pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik. Dianggarkan
sebanyak 100 000 lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa
latihan kemahiran. Oleh itu, Pendidikan Teknikal dan Vokasional akan diberi
pemberatan yang lebih dalam Rancangan Malaysia ke-10. Dalam hal ini, Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan
pengesahan kualiti kurikulum pendidikan tersebut. Demi mendorong lebih ramai
lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal dan
vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia akan dijadikan persijilan kebangsaan yang
diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.
Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga di Malaysia mempunyai
pendidikan tertiary berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Demi meralisasikan Rancangan
Malaysia ke-10, empat stategi telah diperkenalkan untuk mengarusperdanakan dan
memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang
berkualiti;

   i.   Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai
        pelajar
  ii.   tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif



                                    14
iii.   Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT
 iv.    Memperkemas penyampaian TEVT



Kumpulan sasaran utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka.
Pelbagai media massa seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan
digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan
dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk
lebih banyak jawatan dalam sector awam. Di sekolah, kaunselor pula
dipertanggungjawabkan untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi
membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar
berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Banyak sekolah teknik akan ditukar
menjadi sekolah vokasional untuk memberi tumpuan kepada latihan hands-on.
Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan literasi
dan numerasi serta penguasan pelbagai bahasa. Latihan industri penting untuk
melahirkan siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang
sentiasa berubah. Di samping itu, untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar
secara keseluruhannya, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah.

Tenaga kerja yang dimiliki oleh negara kita amat kecil sahaja, iaitu lebih kurang
23%. Komposisi ini perlu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 37%
menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju. Antara program yang
dijalankan adalah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan
kandungan latihan sebanyak 70% secara hands-on dan 30% latihan teori. Selain itu,
penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Recognition of Prior Learning.
Pada waktu yang sama, menggalakkan sektor swasta dalam menyediakan latihan
kemahiran dan vokasional menerusi kaedah PPP. Menyediakan bantuan kewangan
dalam bentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan
kelayakan adalah cara yang dipilih untuk meningkatkan kecekapan pekerja. Selain
itu, satu lagi cara adalah dengan menubuhkan tabung untuk pembiayaan bersama.




                                     15
III.   Menyusun semula pasaran untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan
       tinggi

       Seterusnya, peningkatan kompetensi graduan pula dijadikan isu perbincangan.
       Dalam Rancangan Malaysia ke-10, peratus pelajar yang akan melanjutkan
       pelajaran ke peringkat tertiari telah meningkat dari 27% pada tahun 2005 kepada
       31.4% pada tahun 2009 (10th Malaysia plan, 2010). Pada tahun 2007, mengikut
       kajian yang dijalankan oleh UNESCO, pendidikan tertiari di Malaysia adalah pada
       tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain (rujuk jadual 1.2).

                                               Peratus memasuki pendidikan
                               Negara
                                                         tertiari
                           South Korea                    94.7
                               Taiwan                     89.2
                              Singapore                   59.8
                               Japan                      33.8
                              Malaysia                    30.2
                              Jadual 1.2: UNESCO Institute for Statistics

       Dari perspektif perseorangan, berkelulusan pendidikan tinggi akan menjamin
       pekerjaan yang baik, membolehkan pergerakkan sosial dan pemerolehan status
       politil yang membanggakan (Mohd. Suffian Hashim,1973). Demi melahirkan
       graduan yang mampu berdaya saing, faktor employability atau boleh upaya
       diambil kerja dijadikan satu daripada KPI universiti. Kuasa autonomi diberikan
       kepada Universiti secara berperingkat untuk mengukuhkan peranan dan prestasi
       universiti. Autonomi yang dimaksudkan adalah dalam bidang-bidang seperti
       peruntukan, fakulti, tadbir urus dan pengambilan pelajar. Universiti mempunyai
       kuasa untuk mengagihkan peruntukan mengikut keperluan, menetapkan yuran
       pengajian dan sebagainya. Di samping itu, pihak universiti juga bebas menarik dan
       mengekalkan staf akademik melalui insentif yang menarik. Selain itu, keputusan
       mengenai hala tuju strategic, keutamaan dan pengagihan sumber boleh diambil
       oleh pihak universiti sendiri. Akhir sekali, mereka juga mempunyai kuasa dalam
       pengambilan pelajar.




                                          16
Pada waktu yang sama, kurikulum institusi pendidikan tertiari akan diberi lebih
pemberatan untuk membangunkan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas
yang diterima daripada majikan. . Oleh itu, kualiti staf akademik akan
dipertingkatkan dengan penambahan peratusan staf akademik berkelulusan PhD.
MyBrain15, adalah suatu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah
kedoktoran unuk meningkatkan jumlah pemegang PhD. Selain itu, pensyarah yang
telah bersara dan pensyarah luar negara akan dijemput untuk berkhidmat di
universiti awam secara kontrak. Kenaikkan pangkat dan gaji juga akan diberi
keutamaan. Satu lagi program untuk mengukuhkan budaya berprestasi tinggi di
universiti ialah Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) telah
diperkenalkan. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam
bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan
seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi.

Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dijalankan di
IPTA. Kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, teori atau konsep
yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan
yang canggih. UM, UKM, UPM dan USM telah diiktirafkan sebagai universiti
penyelidikan untuk merealisasikan impian kerajaan, dan sekarang UTM juga telah
dimasukkan dalam kategori universiti penyelidikan.

Kesimpulannya, demi mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara
berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, keutamaan perlu
diberikan kepada pembangunan modal insan. Malaysia perlu merapatkan jurang
untuk mencapai modal insane berkepakaran bertaraf dunia. Oleh itu, kerajaan
mengambil beberapa pendekatan daripada menambah baik pendidikan awal kanak-
kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Sekolah, tidak kira
awam atau swasta diberi pemberatan yang sama untuk melahirkan pelajar yang
kompeten. Selain itu, institusi pengajian tinggi juga memainkan peranan penting
dalam melahirkan para graduan yang seimbang dan berinovasi. Pembukaan lebih
banyak pusat teknik dan vokasional mampu mengembangkan potensi pelajar yang
agak ketinggalan dalam bidang akademik. Kini, mereka mampu mencapai cita-cita
seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.




                               17
14.3 Pengantarabangsaan Pendidikan di Malaysia Dalam Era Globalisasi


Globalisasi merupakan suatu istilah yang mula mendapat tempat perbincangan akademik
pada awal 1990-an di Malaysia. Globalisasi dikatakan sebagai suatu istilah yang merujuk
kepada perubahan dunia tanpa sempadan. Ianya dikatakan membentuk “global village”
atau perkampungan global.


Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami
dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul.
Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi,
pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup
mencabar bagi pendidikan di Malaysia.


Malaysia pada hakikatnya telah berjaya dalam usaha pendemokrasian pengajian tinggi dan
mengeluarkan jumlah graduan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi pertumbuhan
ekonominya sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu. Sebagai contoh, keupayaan pengajian
tinggi di Malaysia telah meningkat sejak wujudnya universiti pertama di Malaysia, iaitu
Universiti Malaya pada tahun 1961. Pada masa ini, terdapat seramai 942,200 pelajar di 20
universiti awam, 32 universiti swasta dan kolej universiti, empat cawangan kampus
universiti antarabangsa, 21 politeknik, 37 kolej komuniti awam dan 485 kolej swasta.

Kurikulum Malaysia kini mencuri perhatian negara tertentu di dunia misalnya, kurikulum
Pendidikan Islam di sini telah mendapat pengiktirafan daripada International Bureau of
Education di Geneva dan telah dijadikan sebagai rujukan bagi menggubal kurikulum
Pendidikan Islam di Afghanistan. ``Selain itu, Thailand memohon Malaysia membantu
mereka menggubal kurikulum Pendidikan Islam dan latihan perguruan di Selatan
Thailand,'' kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya
baru-baru ini. Beliau juga memberitahu, Kementerian Pelajaran telah diminta untuk
memberi taklimat kepada negara lain seperti Vietnam, Filipina dan Indonesia. Bukan itu
sahaja, tambah Datuk Seri Hishammuddin, pada masa yang sama, latihan perguruan di
Malaysia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. ``Setakat ini, negara-negara Asean
telah menghantar guru-guru mereka untuk menjalani latihan praperkhidmatan dan
dalam perkhidmatan di IPG kita,'' ujar beliau.



                                          18
KPM telah mengenal pasti beberapa jurang dan cabaran yang perlu ditangani bagi
memastikan wawasan negara dapat dicapai menjelang tahun 2020. Dalam tempoh 15 tahun
yang akan datang, KPM berhasrat untuk        membangunkan modal insan dengan ciri-ciri
individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju memastikan akses, ekuiti dan kualiti
yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan dan merintis dan menerajui
perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020.


Dalam pendekatan pertama, komitmen KPM adalah untuk memastikan rakyat mendapat
peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum ataupun daripada
kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. KPM akan memastikan semua
pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar
yang tercicir dari sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar atau
pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan
semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

Dalam pendekatan kedua, komitmen KPM adalah untuk memberi perhatian khusus ke atas
sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat
mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertingkatkannya ke tahap yang lebih
tinggi. KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier,
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan
Cyberjaya. Seterusnya, KPM akan memperkenalkan pelbagai program yang dapat membantu
meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah dalam kluster ini.


Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan
untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan.
Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan.
Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang
pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi
penyediaan PIPP, KPM.




                                              19
Terdapat beberapa strategi pelaksanaan dan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh KPM
antaranya ialah menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan dengan meningkatkan
jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara dan mempakejkan sekolah
swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara
luar. Selain itu KPM juga meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan
daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. Antara pelan tindakan yang
dilaksanakan ialah     mengadakan dasar penarafan antarabangsa bagi setiap sekolah
antarabangsa ,menyediakan kurikulum latihan guru dengan kerjasama IPG, dan mendapatkan
kerjasama agensi latihan guru kerajaan dan swasta untuk melatih guru swasta



Seterusnya penglibatan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada
peringkat antarabangsa adalah amat penting untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara
sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara .Penglibatan yang lebih aktif dalam
badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA juga sangat penting
dengan menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. Selain itu pelan tindakan
yang diambil ialah menjalankan promosi ke luar negara dengan mempakejkan dan
memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru.


Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama iaitu akses kepada
pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan dan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta
melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan
yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah memperkembang potensi individu secara
menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI), meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar, membudayakan
sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan yang
lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.


Penglibatan para pelajar mesti diambil kira pada peringkat awal lagi. Pelajar sebagai
penerima limpahan ilmu sesebuah universiti yang memberi penekanan pengantarabangsaan
akan juga mengalami transformasinya. Jelasnya pelajar kita mesti pandai meraih apa sahaja




                                           20
„keuntungan ‟ yang boleh diperoleh daripada program dan usaha pengantarabangsaan dalam
pembangunan sahsiah dan keutuhan akademik mereka.


Satu hakikat dalam usaha pengantarabangsaan itu sendiri membawa implikasi kepelbagaian.
Tidak kurang juga kepelbagaian ilmu dan adat resam yang diwarnakan oleh budaya dan
kelompok masing-masing . Misalnya kini USM          mendaftar pelajar antarabangsa lebih
daripada 20 negara seperti Australia , Finland Jepun , Sepanyol , United Kingdom dan
beberapa negara Asia- Pasifik .


Sebahagian daripada tuntutan pengantarabangsaan juga memerlukan persediaan khas bukan
saja daripada segi pencapaian akademik . Kematangan dengan maksud mampu berfikir secara
kreatif ,memimpin dengan cemerlang dan bergaul di samping ketabahan meneroka dunia baru
berbekal ilmu yang telah dikumpul. Hanya dengan cara ini objektif meningkatkan mobiliti
pelajar , termasuk siswazah akan terhasil apabila pelajar kita selesa denagn peneroka ilmu
antarabangsa.


Antara persiapan ini adalah penguasaan bahasa asing khasnya bahasa antarabangsa ,bahasa
Inggeris terutama para pemimpin pelajar yang bakal menerajui aktiviti pengantarabangsaan
seumpamam ini . Kedua , mereka mesti memupuk set minda universal yang ampuh sementara
jiwanya kekal sebagai anak watan Malaysia. Ketiga mereka mesti faham norma dan etika
antarabangsa yang memebolehkan penjalinan yang lebih mesra dan berkekalan tanpa
kompromi akan nilai dan etikanya sendiri. Kesanggupan membuat persiapan seumpama ini
dan seterusnya memperlengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan, sudah tentu akan
membantu dalam menimba baru dan manyumbang kepada kematangan berinteraksi.


Pendek kata dalam kalangan para pelajar aspek kepelbagaian budaya yang menemani proses
pengantarabangsaan seperti yang tersirat dalam halatuju “pintar berkhidmat sambil
bermasyarakat” mesti dipupuk sepenuhnya. Dalam hal ini tidak ada yang lebih wajar untuk
kita semua mengalami dengan lebih dekat dan intim lagi masyarakat berbilang kaum,
budaya ,dan agama.



Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk
melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan


                                         21
pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang
tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di
peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan
bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.


Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan „satu saiz untuk semua‟
kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat dan masyarakat sekitar.
Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan dengan menyediakan keperluan asas
(di mana perlu) secara berterusan. Pada waktu yang sama, bagi berdepan dengan cabaran era
globalisasi, KPM juga perlu merancang untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke
tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan
pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini.
Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit
secara menyeluruh dan komprehensif.




                                            22
                                             1

                                            1
14.4 Cabaran Pendidikan Dalam Merealisasikan Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 28hb Februari 1991. Wawasan 2020 bermatlamat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara merdeka yang akan menjadi negara benar-benar maju, bersatu, mampu
berdikari, progresif dan makmur menjelang tahun 2020. Rakyat akan menikmati kehidupan
yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu
bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020
bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan
caranya yang tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang.
Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur
dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu
masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh
negara-negara lain.

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya
golongan pelajar. Objektif Wawasan 2020 hanya dapat dicapai jika rakyat Malaysia dapat
menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran.
Oleh itu pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan bangsa
Malaysia yang perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa
depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada sembilan cabaran utama iaitu:

* Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
* Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
* Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
* Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh
* Pembentukan Masyarakat yang Toleran
* Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
* Pembinaan Masyarakat Penyayang
* Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
* Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur


Objektif Wawasan 2020 hanya akan dapat dicapai melalui perpaduan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum dengan pegangan agama dan latar belakang yang
berbeza. Oleh itu pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses


                                            23
menyatupadukan rakyat Malaysia dan melahirkan modal insan kelas pertama. Tidak dapat
dinafikan bahawa alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan
terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia dalam membina keyakinan para
pelajar dan warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik,
kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang.


Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.
Definisi perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu
terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh
itu institusi pendidikan diharap dapat dijadikan sebagai tempat untuk generasi muda hidup
bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain sekaligus melahirkan rakyat yang
bersatu padu dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. Kita perlu sentiasa ingat
bahawa tidak sampai lapan tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah
untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus
menjadi sebuah negara yang bersatu dengan satu identiti iaitu Bangsa Malaysia.


Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah
polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan
permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing
sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti
merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah
perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan
yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini
perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu
disemaidi dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara



                                             24
bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi
ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan.


Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari
hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang
sama untuk memperkasakan sekolah. Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan
Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Tun Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku
Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara
ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka
pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar
terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu
dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.


Aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang tersendiri dalam menyemai benih-benih
perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Walau bagaimanapun penyertaan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah
menengah dan sekolah rendah yang benar-benar aktif menyertai aktiviti ini. Bagi
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat
kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program
kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti
kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan. Pelbagai aktiviti dan program
telah dirangka oleh pihak sekolah dengan mewajibkan penyertaan pelajar. Antaranya adalah
seperti Program Sekolah Penyayang yang merupakan satu program yang dilaksanakan di
sekolah dengan menekankan konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang
Muda Disayangi" dengan penyertaan bersama ibu bapa pelajar melalui Persatuan Ibu bapa
dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah,
membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi
pekerti mulia serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga
sekolah dan sesama ibu bapa para pelajar.


Sekolah juga mewujudkan program pemuawafakatan dengan masyarakat setempat melalui
program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al
Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi


                                            25
kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama
dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu. Selain daripada itu Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) juga dilaksanakan di sekolah. Biasanya sebagai
sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu,
antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini
terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah lain yang
mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatan kuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok
dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program
ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan
mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan. Penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum juga diberi penekanan. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
persatuan, permainan dan pakaian seragam.


Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan pelajar dalam perkhemahan,
persembahan dan pertandingan dipelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada
situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa
mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara
demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat
berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari
penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan
terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan
sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu. Sambutan Bulan
Patriotisme dan Kemerdekaan juga diadakan pada setiap tahun. Sekolah mengadakan
pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun
Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah
dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-
tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang
dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar
berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran "Jalur Gemilang", hiasan
bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret
tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga

                                            26
terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina
keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan
bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan
kestabilan negara.


Selain daripada itu, lawatan sambil belajar juga diadakan oleh pihak sekolah dengan
menggalakan para pelajar membuat program lawatan ketempat-tempat bersejarah, Parlimen,
Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah
kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak,
asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan
semasa lawatan sambil belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan
kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan
sambil belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya
berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum
dan keturunan.


Selain daripada itu, pengurusan disiplin juga dijalankan secara kolektif, telus dan adil dengan
mewujudkan jawatan kuasa disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah. Pelajar didedahkan
berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau
hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar
dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah
dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan
nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil
perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan
hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi
bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa
depan pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan
tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan
ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pelajar menikmati suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku
Syurgaku" dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang,



                                              27
peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta
menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan mematuhinya.


Hari Keluarga dan Sukaneka juga diadakan sebagai acara tahunan bagi setiap sekolah.
Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua warga sekolah. Selain dapat menghilangkan
perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman,
keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah.
Selain daripada itu, acara kebudayaan dan kesenian juga diadakan yang menglibatkan
penyertaan pelajar dan guru. Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh
diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi
yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur, semua yang
terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai
kaum harus digalakkan.


Perkhemahan Bina Insan pula merupakan sebuah program yang melibatkan semua pelajar
dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari
pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang
dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar
hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan
sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran
baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah
negara yang aman dan damai.


Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh
warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk
perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.


Sistem Rumah juga dilaksanakan di mana pelajar sekolah dari daerah yang berlainan
termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh.
Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari pelbagai kaum.
Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang

                                             28
memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang
terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli
rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu.
Selain itu aktiviti riadah di luar sekolah juga diadakan dengan menggalakkan pelajar
mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis
Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang
disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul
dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta
dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih
mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.


Tabung kebajikan juga diwujudkan di sekolah-sekolah dan merupakan tabung kebajikan
bukan sahaja bagi pelajar, tetapi juga bagi guru dan kakitangan sekolah. Selain dari kutipan
yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi
Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang
perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang
kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat,
pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini
dapat menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan
perpaduan seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.


Amalan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri yang dilaksanakan pada setiap
perhimpunan rasmi sekolah juga mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Semua warga
sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan
menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina
perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan
seluruh rakyat Malaysia. Diharapkan daripada program-program yang dijalankan ini dapat
membentuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan melahirkan modal insan kelas
pertama dan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.


Bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai, sistem pendidikan perlu ditambahbaik supaya
bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit
era globalisasi. Ini kerana Wawasan 2020 meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara maju
menjelang 2020. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengatur strategi memperkasakan


                                          29
sekolah kebangsaan (SK) untuk menggalas cabaran ini. Tumpuan memperkasakan SK
diberikan kepada sekolah rendah kerana sekolah ini mempunyai peranan penting sebagai
tapak untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal
persekolahan. Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah
yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi
sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan
dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini
dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi
yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.
Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana yang kurang memuaskan
terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa
pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina.
Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan
Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya. Adalah menjadi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan
antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan :


* menyediakan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti
* pemimpin dan guru adalah cekap, terlatih dan berkualiti
* membentuk iklim dan budaya sekolah sihat
* memastikan semua pelajar menguasai 3M
* penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
* penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan
* menawarkan bahasa cina dan bahasa tamil
* memastikan pencapaian akademik cemerlang
* memastikan pencapaian sahsiah pelajar cemerlang
* menyediakan sistem sokongan yang kuat dan mencukupi
* beraspirasi nasional


Selain itu jurang pendidikan yang wujud di antara kawasan bandar dengan luar bandar atau
jurang di antara yang miskin dengan yang kaya juga adalah merupakan cabaran besar dalam
merealisasikan Wawasan 2020. Ini adalah penting bagi memastikan tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Pembangunan pendidikan di Malaysia

                                             30
pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan
pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan
kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber
mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan
pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada
segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan
masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada
masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan
berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.


Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan
pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar.
Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara
daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Justeru itu kerajaan
telah menjalankan beberapa program bantuan dan sokongan bagi merapatkan jurang yang
wujud ini. Antaranya ialah Rancangan Makanan Sekolah (RMT), Program Susu Sekolah
(PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Makanan Asrama,
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid, Jaket Keselamatan, Elaun Bulanan Pelajar
Kurang Upaya, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Baucer Tuisyen (SBT), Biasiswa
Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dan Asrama Harian.
Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kesahihan pelajar yang layak
diberikan bantuan serta memastikan tidak berlaku pertindihan dalam pemberian bantuan
dengan pihak luar KPM. KPM juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah
bantuan kepada pelajar miskin dan meneliti kaedah untuk menambah baik sistem pengagihan
bantuan-bantuan ini.


Memartabatkan profesion keguruan juga merupakan satu cabaran yang perlu digalas bukan
sahaja oleh KPM tetapi juga oleh golongan pendidik sendiri. Kerajaan begitu komited untuk
menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Ini kerana peredaran masa telah
membawa     arus   perubahan   dan   cabaran   terhadap   profesion   keguruan    termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan
kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan

                                          31
dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Oleh itu bagi mencapai
matlamat memartabatkan profesion keguruan ini KPM telah memfokuskan kepada beberapa
isu iaitu menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan,
memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta
memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. KPM berhasrat bukan sahaja
melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai
tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM
mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha untuk melahirkan dan
melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion keguruan ini dimantapkan lagi dengan
menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), dan meneruskan
pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Dalam masa yang
sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru.


Kesimpulannya sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah
amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa
rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita
selesaikan kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentukdengan sengaja oleh
British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu,
menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik
untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-
centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural
pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil
perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, pendidikan
adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk
memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi
negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatupadu, dapat
menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta
menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus
meletakkan kepentingan nasional dan Negara pada kedudukan paling utama daripada
kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan
dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang telah dirancang dengan
sistematik.

                                           32
Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang
terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan
2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Seluruh tenaga perlu digembleng
untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasa pendidikan samada
di peringkat sekolah atau pengajian tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan
memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Usaha ini meletakkan asas yang
kukuh bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara dalam mencapai
Wawasan 2020.




                                          33
RUJUKAN

David Kember., Carmel McNaught (2007). Enhancing University Teaching.

Dr. Saedah Hj. Siraj., SHaril Marzuki., Zainun Ishak., Lee Pau Wing (1993). Pendidikan di

       Malaysia. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Hamri Tuah., Devendran Nadaraja., Maryam Wong (2010). Malaysia;s Vision 2020

       Model using the Overlapping-Generation framework.

       Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa, Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Izyan Zainudin., Muhammad Sukri Saud., Mohd Safarin Nordin (2012).Curiculum

       In TVET: Catalyst Towards Nation’s Success. Journal of Technical, Vocational &
       Engineering Education, Volume 5, pages 20-27.

Mohd. Suffian Hashim (1973). Problems and Issues of Higher Education Development in

       Malaysia.

PEMANDU (2010). Economic Transformation Programme, a roadmap for Malaysia.

       Putrajaya: Perfomance Management and Delivery Unit (PEMANDU), Prime

       Minister‟s Department.

Prof. Dato‟ Dr. Sidek Bin Baba, (2010). 1Malaysia: Pendidikan Asas Transformasi Negara

       Sejahtera, Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020, m/s 155 – 163,

       Universiti Islam Antarabangsa.

Profesor Dato‟ Dzulkifli Abdul Razak (2002). Meneroka ke Arena Antarabangsa,

       Penerbit USM.

Rancangan Malaysia Ke-10., Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf

       Dunia, pg 1-60.

Rancangan Malaysia Ke-10., Ucapan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Dewan Rakyat



                                            34
(2010).

http://www.pmr.penerangan.gov.my

www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf




                                       35
SOALAN OBJEKTIF BERDASARKAN ARAS

1.Aras Analisis

Pada pendapat anda yang manakah bukan punca perubahan corak dalam pendidikan di
Malaysia dalam masa terdekat ini?
A . Globalisasi
B. Pengantarabangsaan
C. Perubahan bilangan penduduk
D. Perubahan teknologi maklumat

2. Aras Kefahaman

 Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan.
Apakah tujuan utama PIPP?

A . Untuk menjadikah jurang dalam pendidikan sifar
B. Untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan.
C. Meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah
D. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan berdasarkan lokasi dan kaum masing –
    masing

3.Aras Analisis

KPM juga meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing
Negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia .

Antara berikut yang manakah bukan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh KPM ?
A . Mengadakan dasar penarafan antarabangsa bagi setiap sekolah antarabangsa
B. Menyediakan kurikulum latihan guru dengan kerjasama IPG
C. Mendapatkan kerjasama agensi latihan guru kerajaan dan swasta untuk melatih guru
swasta
D. Merengggangkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara

4. Aras Penilaian

Antara yang berikut pilih perkara-perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar
berdasarkan sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia.
I.     Memastikan setiap kanak-kanak berjaya
II.    Menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke atas
       pencapaian pelajar
III.   Keputusan peperiksaan bergantung kepada kelas teori sahaja.
IV.    Membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di setiap sekolah
A.     I dan II sahaja
B.     II dan III sahaja
C.     I, II dan IV sahaja
D.     III dan IV sahaja

5. Aras Pengetahuan

Tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 adalah dari
A. 2009-2013
B. 2011-2015
C. 2012-2015
D. 2010-2015

6. Aras Sintesis

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum . Apakah
cara terbaik untuk menghasilkan perpaduan di antara rakyat Malaysia?

A.   Ekonomi
B.   Pendidikan
C.   Pembangunan
D.   Penempatan

7.Aras Aplikasi

Berdasarkan Wawasan 2020, apakah tanggungjawab anda sebagai guru dalam merealisasikan
Wawasan 2020 bagi mewujudkan permuafakatan antara masyarakat?
A. Bimbingan kaunseling
B. Melalui kelas tambahan berbayar
C. Melalui program-program ilmiah
D. Sambutan hari kanak-kanak

8.Aras Sintesis

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk
mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan cara beikut kecuali
A. menyediakan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti
B. pemimpin dan guru adalah cekap, terlatih dan berkualiti
C. membentuk iklim dan budaya sekolah sihat
D. mengimport tenaga kerja yang lebih berbanding dalam Negara


9. Aras Analisis
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dua dasar dalam pendidikan negara, iaitu
PPSMI dan MBMMBI. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
                  PPSMI                                 MBMMBI
A    Bahasa Malaysia sebagai bahasa       Bahasa    Inggeris   sebagai   bahasa
     pengantar P&P sains dan matematik,   pengantar P&P sains dan matematik
     di SK dan SMK, bahasa Cina di
     SJKC, dan bahasa Tamil di SJKT
B    Bahasa Inggeris sebagai bahasa     Bahasa Malaysia sebagai bahasa
     pengantar P&P sains dan matematik  pengantar P&P sains dan matematik, di
                                        SK dan SMK, bahasa Cina di SJKC, dan
                                        bahasa Tamil di SJKT
C    Bahasa Inggeris sebagai bahasa Penggunaan dwibahasa sebagai bahasa
     pengantar P&P sains dan matematik pengantar P&P sains dan matematik
D    Bahasa Malaysia sebagai bahasa Penggunaan dwibahasa sebagai bahasa
     pengantar P&P sains dan matematik, pengantar P&P sains dan matematik
     di SK dan SMK, bahasa Cina di
     SJKC, dan bahasa Tamil di SJKT

10.Aras Pengetahuan

Apakah konsep Sekolah Bestari?
A. Menempatkan dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang
   sama dan berkongsi kemudahan fizikal di sekolah tersebut.
B. Sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya daripada aspek pengurusan dan
   kemenjadian murid.
C. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
D. Sekolah yang menitikberatkan kecemerlangan akademik yang baik, memberi suasana
   yang selesa dan teratur serta mempunyai tanggungjawab antara guru dan pelajar.

More Related Content

What's hot

3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANharjunode
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNurul Asha'ari
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Norwaliza Abdul Wahab
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996hasnu
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Rainne Lee
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikanRiezza Farhan
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4Eli Za
 
Makalah mahalnya pendidikan di indonesia
Makalah mahalnya pendidikan di indonesiaMakalah mahalnya pendidikan di indonesia
Makalah mahalnya pendidikan di indonesiasuyono fis
 
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123AZRUL ASWAD ABU BAKAR
 
Problematika pendidikan
Problematika pendidikanProblematika pendidikan
Problematika pendidikanDwi Halimasari
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaripto atmaja
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Makalah (permasalahan pendidikan)
Makalah (permasalahan pendidikan)Makalah (permasalahan pendidikan)
Makalah (permasalahan pendidikan)e pai
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5Eli Za
 

What's hot (20)

3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKAN
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah mahalnya pendidikan di indonesia
Makalah mahalnya pendidikan di indonesiaMakalah mahalnya pendidikan di indonesia
Makalah mahalnya pendidikan di indonesia
 
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
 
Problematika pendidikan
Problematika pendidikanProblematika pendidikan
Problematika pendidikan
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Sejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikanSejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikan
 
Makalah (permasalahan pendidikan)
Makalah (permasalahan pendidikan)Makalah (permasalahan pendidikan)
Makalah (permasalahan pendidikan)
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 

Similar to Kpf4013 ament kumpulan

Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssrAswa Nina
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizalyunging84
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalAdilah Yahaya
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsispilody111
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmAzwina_AAK
 
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BMSpesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BMAdura Azlin Ishak
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikansihah
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Normarini Norzan
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 

Similar to Kpf4013 ament kumpulan (20)

Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssr
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizal
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsi
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bm
 
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BMSpesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 5 BM
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Ppt perpen kelompok 6
Ppt perpen kelompok 6Ppt perpen kelompok 6
Ppt perpen kelompok 6
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 

Kpf4013 ament kumpulan

  • 1. KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK: Arah Aliran Perkembangan Terkini Pendidikan Di Malaysia DISEDIAKAN OLEH: Nama Matrix No Tandatangan ANITHA A/P NOEL L20112007404 NADHIRAH BT ABDUL TALIB L20112007408 NOORFAZILAH BT AZLAN L20112007393 SITI YUHANI BT AZMAN L20112007401 KUMPULAN KULIAH : GROUP E PENSYARAH : DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM TARIKH : 28 MAC 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN TAJUK 14: Arah Aliran Perkembangan Terkini Pendidikan Di Malaysia Topik Halaman 14.1 Transformasi Pendidikan Ke Arah 1-10 Pendidikan Cemerlang 14.2 Hala Tuju Pendidikan Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 11-19 14.3 Pengantarabangsaan Pendidikan Dalam Era Globalisasi 20-24 14.4 Cabaran Pendidikan Dalam Merealisasikan Wawasan 2020 25-33 Senarai Rujukan 34-35
  • 3. 14.1 - Transformasi Pendidikan ke Arah Pendidikan Cemerlang Pendidikan di Malaysia hari ini harus melalui proses transformasi yang terancang untuk mencapai cita-cita 1Malaysia. Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi cabaran di masa akan datang. Orientasi peperiksaan semata-mata tidak seharusnya menjadi agenda utama dalam pendidikan. Corak pendidikan sebelum ini yang banyak menekankan kepada „hafalan‟ perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka. Kegiatan kokurikulum dan ekstrakurikular harus diperkasakan supaya pembentukan jati diri dan pasukan dapat disuburkan di kalangan murid, pelajar, dan mahasiswa. Ia bermaksud supaya sistem pendidikan kita tidak hanya melahirkan insan robotik semata- mata, tetapi teknologi tinggi (high-tech) harus diseimbangkan dengan sentuhan keinsanan (high-touch) supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika yang tinggi (Prof. Dr. Sidek bin Baba, UIAM, 2010). Pendidikan yang beretika yang berasaskan nilai-nilai sejagat harus disuburkan dalam sistem pendidikan kita. Kepimpinan negara hari ini dan masa depan memerlukan kepimpinan yang berilmu, memiliki daya strategik yang tinggi di samping pekerti teladan yang baik. Oleh itu, kurikulum yang dibina harus memberikan fokus yang seimbang terhadap kekuatan kognitif, afektif (spiritual), dan psikomotor. Pendidikan di Malaysia yang berorientasikan pendekatan transformatif sewajarnya menjadikan nilai dan etika sebagai landasan. Aspirasi NKRA Pendidikan (PEMANDU, JPM, 2010) memberi fokus untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan taraf hidup mereka. Pencapaian keberhasilan yang tinggi secara menyeluruh dalam sistem pendidikan akan hanya berlaku dengan memastikan semua sekolah menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti tinggi kepada setiap seorang anak. 1
  • 4. Dasar-dasar negara, sama ada dasar pembangunan ekonomi, dasar kemajuan sosial, atau dasar ketatanegaraan, semuanya menjurus kepada pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka, berjati diri, patriotik, maju, makmur, dan berdaya saing dalam segenap ruang kehidupan dan pada segenap zaman. Ini juga bermakna perencanaan dan pelaksanaan dasar-dasar negara, termasuk Dasar Pelajaran Kebangsaan dan pelbagai proses transformasi yang telah dan sedang dialaminya, merupakan kesinambungan daripada rentetan perjuangan besar membina negara Malaysia yang berdaulat dan membentuk bangsa Malaysia yang berdarjat. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan yang mewarisi tinggalan negatif penjajahan, sekali gus mengamalkan cara hidup demokratik serta tidak memisahkan diri daripada arus kemajuan kehidupan manusia sejagat, sistem pendidikan kebangsaan akan terus digerakkan ke arah membina budaya bangsa Malaysia, menyuburkan patriotisme, memupuk toleransi, dan merangsang inovasi. Bagi merealisasikan maksud ini, antara transformasi yang dilaksanakan adalah program KSSR di peringkat sekolah rendah. Selain itu, beberapa jenis sekolah telah dibentuk untuk memastikan setiap murid dan pelajar di Malaysia mendapat pendidikan yang setimpal dengan kemampuan dan perncapaian masing-masing, contohnya seperti Sekolah Bestari dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Seiring dengan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kedua-dua mata pelajaran ini telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya melalui dasar PPSMI. Seterusnya dasar tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bertujuan untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa tersebut. Transformasi Dalam Dasar Pendidikan Negara 1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulun baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut 2
  • 5. menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR telah mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajara murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema, dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira, dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap, dan nilai. 2) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah dan tingkatan 1 serta tingkatan 6 rendah untuk peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat sekolah menenngah sementara peringkat sekolah rendah ialah pada tahun 2008. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. 3
  • 6. Umum mengetahui bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku denagn pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, Bahasa Inggeris juga adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Sains dan Matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan ajan turut meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid. 3) Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) Memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (BI) pula membawa maksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Tujuan utama memartabatkan BM adalah kerana BM merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama, dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Manakala tujuan utama memperkukuhkan BI pula adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. 4
  • 7. Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini,kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkukuh Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara. 4) Sekolah Bestari Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari adalah salah satu „flagship‟ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 yang lalu. Menjelang tahun 1999 sebelum ini, sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari sebagai satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman IT. Proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu proses berkaitan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, bahan pengajaran dan pembelajaran, telah direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Sekolah Bestari membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar, tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar – kuat atau lemah, kaya atau miskin – 5
  • 8. mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar danm gaya pembelajaran yang berlainan. 5) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat. Kualiti sekolah berprestasi tinggi ini dilonjakkan dengan memberi lebih autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pencapaian murid. Sekolah berprestasi tinggi bertaraf dunia ini akan menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang mampu menyaingi tahap pencapaian antarabangsa, melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terkemuka dan berjaya menjadi pemimpin dalam bidang profesion masing-masing. Sekolah-sekolah ini juga akan membimbing sekolah-sekolah lain dengan mewujudkan rangkaian „mentoring and coaching‟ antara sekolah. Tujuh Strategi Utama Ke Arah Kecemerlangan: Rangka Dimensi 7-P Pendidikan di Malaysia memerlukan perubahan secara strategik, dengan tujuan membangunkan “manusia” berteraskan sifat-sifat kemanusiaan yang unggul berdasarkan daripada dua dimensi terpenting: pertama, seperti yang dihajatkan oleh falsafah pendidikan negara; keduanya, yang sensitif kepada keperluan permintaan faktor tekanan “pasaran” ekonomi tempatan, nasional, dan global akibat kesan gelombang globalisasi yang sukar ditahan pengaruhnya. Dari segi ini, peranjakan paradigma sistem pendidikan negara perlu terus dipantau secara berterusan. Ini bertujuan supaya pelaksanaan program dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun. Dasar-dasar induk dan dasar-dasar operasi yang diputuskan bersama dari semasa ke semasa untuk tiap-tiap peringkat dan sektor perlukan input untuk ubahsuaian dan perincian mengikut rasional keperluan. Justeru, banyak tindakan untuk meningkatkan kualiti perlu dilakukan. 6
  • 9. Dengan berlandaskan hujah demikian, tujuh strategi kritikal seperti yang diringkaskan berikut hendaklah dilakukan tindakan sewajarnya: a) Kandungan kurikulum dan mata pelajaran perlu terus dikaji dan ditingkatkan. Penglibatan guru dan pendidik profesional hendaklah sentiasa diberikan keutamaan untuk menjayakannya. Ini bertujuan untuk memenuhi kriteria kerelevanan kurikulum dengan perubahannya. b) Sistem penilaian, pengukuran dan peperiksaan , yang terlalu menekankan deria ingatan dan hafalan fakta dalam subjek-subjek yang bukan kritikal, hendaklah sentiasa dikurangkan; metologi dan teknik-teknik pengajaran-pembelajaran bermutu yang menekankan sifat-sifat kritis, kreatis dan inovatif pelajar dalam semua mata pelajaran secara paling interaktif antara guru dan murid perlu dipertingkatkan. c) Program pembangunan prasarana, kemudahan dan peralatan hendaklah dilaksanakan dengan gigih dan berdedikasi. d) Jumlah peruntukan belanjawan negara untuk semua sektor dan peringkat pendidikan, hendaklah dilipatgandakan, terutamanya untuk pendidikan asas dan menengah, teknikal dan vokasional. e) Dasar-dasar utama per kapita pelajar daripada peruntukan dan pengagihan kewangan bagi peringkat pendidikan asas, menengah dan teknikal hendaklah dikaji semula. f) Aspek-aspek yang berkaitan dengan keselesaan iklim persekolahan dan pembelajaran dan kebajikan pelajar hendaklah dipertingkatkan peruntukannya. g) Skim-skim perkhidmatan untuk guru sekolah asas dan menengah, dan untuk pensyarah kolej, politeknik, dan universiti awam, yang lebih baik untuk menarik dengan kemudahan-kemudahan asas untuk keselesaan dan kemajuan mereka dalam menjalankan tugas di tahap profesionalisme dan kepakaran yang tinggi dan lebih berkesan hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai kesimpulan, transformasi pendidikan dalam konteks 1Malaysia harus menemukan faktor berbanding daripada tamadun Barat dan Timur yang boleh diungkapkan menerusi olahan bijaksana dan kreatif berasaskan sumber-sumber asli daripada agama dan tamadun supaya reflketif terhadap Islam sebagai suatu tamadun besar dapat melakukan interaktif 7
  • 10. dengan etika dan nilai agama, budaya, dan tamadun lain yang sifatnya menyerasikan. Transformasi pendidikan perlu dilakukan yang mana inti patinya adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif, dan kritis, serta mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak pemikiran mereka. Daripadanya akan lahir proses transformasi menuju masyarakat sejahtera berasaskan acuan kita sendiri. 8
  • 11. 14.2 - Hala Tuju Pendidikan Dalam Rancangan Malaysia Ke-10. “Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya saing negara dan membina 1Malaysia.” (Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia). Pelajar adalah aset terpenting dalam menaikkan dan memartabatkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, pelajar adalah pemimpin masa hadapan, di mana masa depan negara dan bangsa terletak di bahu mereka. Oleh itu, kerajaan kita perlukan suatu sistem pendidikan yang seimbang dan jelas demi melahirkan pelajar yang kompeten. Dengan itu, maka wujudlah Rancangan Malaysia Ke-10. Pendidikan Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan selepas kemerdekaan. Kadar literasi golongan dewasa di Malaysia melebihi 92%. Di samping itu, kita masih perlu meningkatkan pencapaian pendidikan negara, kerana jurang pencapaian pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluas, misalnya, lebih kurang 20% pelajar. Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran Matematik dan Sains pada 2007, berbanding hanya 5-7% pada 2003. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Wawasan 2020 hanya boleh direalisaikan dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetif melalui kecemerlangan pencapaian pelajar. Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti, akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat. Malaysia meningkatkan tarak hidup mereka. Sistem pendidikan harus memastikan semua sekolah menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti kepada setiap satu kanak-kanak untuk mendapatkan pencapaian keberhasilan yang tinggi. Pendidikan amat penting kepada perkembangan ekonomi, dan bukan hanya merupakan hak asasi manusia. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangka tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia 9
  • 12. (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Empat perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar adalah memastikan setiap kanak-kanak berjaya, menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke atas pencapaian pelajar, membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di setiap sekolah dan meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Empat perkara penting adalah berdasarkan sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia. Rancangan Malaysia Ke-10, yang akan digunakan dari tahun 2011-2015, akan menjadi landasan untuk melahirkan insan modal yang berwibawa, kompeten, berpendidikan dan cemerlang. Demi merealisasikan rancangan ini, kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan, iaitu; i. Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan; ii. Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; iii. Menyusun semula pasaran untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi I. Merombak sistem pendidikan untuk menigkatkan prestasi pelajar dengan signifikan Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan bukanlah suatu kerja mudah. Usaha ini akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Penglibatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum akan diberi penekanan yang lebih sebagai usaha kearah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pemberatan yang lebih untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), merupakan landasan untuk menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan. 10
  • 13. Langkah pertama ke arah merealisasikan rancangan ini ialah memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pendidikan yang unggul. Sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat adalah menjadi tonggak utama dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang. Prasekolah menjadi keutamaan negara sekarang yang dapat membantu mengurangkan masalah pembelanjaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya, maka pencapaian dan kecemerlangan seseorang kanak- kanak perlu dipupuk dari kecil lagi, supaya mereka mampu mencapai tahap pendidikan yang baik demi kesejahteraan Malaysia. Pelaburan terhadap kanak-kanak adalah pelaburan terhadap masa depan negara. Oleh itu, program PERMATA telah diwujudkan sebagai agenda penting nasional. Boleh dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 orang pintar dari kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kerajaan akan mempertingkatkan penyertaan kanak- kanak yang berumur antara empat hingga lima tahun di peringkat prasekolah daripada 67% pada tahun 2010 kepada 87% pada tahun 2012. Program ini akan diletakkan di bawah KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikankan dalam sistem pendidikan formal. Program PERMATA bertumpu kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1500. Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa depan ( High school Perry Pre-school Study, The Uniteed States of America, 2005). Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA pendidikan. Oleh itu, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arak memperkasakan pembangunan awal kanak-kanak. Program ini akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat awal. Selain itu, program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Guru-guru prasekolah pula akan diperhebatkan lagi kualitinya dengan 11
  • 14. mempertingkatkan kelayakan perlantikan guru prasekolah kepada diploma dan sarjana muda. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Pada waktu yang sama, program MBMMBI akan juga memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa dan seni bahasa. Masa pengajaran Bahasa Inggeris ditambah untuk tahap 1 dan 2. Selain itu, beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru pelatih. Langkah kedua pula menetapkan akauntabiliti sekolah terhadap prestasi pelajar. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah ditubuhkan untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah-sekolah ini terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. Sebanyak 20 buah sekolah telah diberikan status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang kekal. Selain itu, kerajaan akan membantu sekolah bantuan modal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak pengurusan sekolah dengan member peruntukan wang dan modal. Ini adalah disebabkan olek kefahaman bahawa infrastruktur dan kemudahan asas seperti elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Sekolah Amanah, Trust Schools, adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia Kementerian Pelajaran. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara. Sekolah sedemikian memudahkan cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah 12
  • 15. Kerajaan yang terpilih. Sekolah ini mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsif terhadap keperluan komuniti sekolah. Sekolah Amanah mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu mencapai prestasi yang ditetapkan dalam tempoh lima tahun, jika gagal, maka pihak kementerian akan mengambil alih pengurusan. Kekurangan guru bahasa Mandarin di sekolah Jenis Kebangsaan serta Sekolah kebangsaan telah menjadi suatu isu yang penting. Oleh itu, guru lulusan Unified Examination Certificate (UEC) yang telah memiliki sijil SPM akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajaran di institusi pendidikan guru bagi program bahasa cina. Perkara yang sama akan dilakukan terhadap guru-guru lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru kepada program pendidikan agama Islam dan J-Qaf. II. Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran Seterusnya, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) pula diberi perhatian. Karier yang bagus dan berpendapatan tinggi adalah antara faktor penting yang menentukan masa depan (rujuk jadual 1.1). Pendidikan dan latihan diberikan pengagihan yang terbesar dalam Rancangan Malaysia ke-10, iaitu sebanyak 23% berbanding dengan bidang yang lain ( Mohd Izyan, 2012). 13
  • 16. Jadual 1.1: Peluang pekerjaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Oleh itu, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik. Dianggarkan sebanyak 100 000 lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran. Oleh itu, Pendidikan Teknikal dan Vokasional akan diberi pemberatan yang lebih dalam Rancangan Malaysia ke-10. Dalam hal ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum pendidikan tersebut. Demi mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia akan dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga di Malaysia mempunyai pendidikan tertiary berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Demi meralisasikan Rancangan Malaysia ke-10, empat stategi telah diperkenalkan untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; i. Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar ii. tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif 14
  • 17. iii. Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT iv. Memperkemas penyampaian TEVT Kumpulan sasaran utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Pelbagai media massa seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sector awam. Di sekolah, kaunselor pula dipertanggungjawabkan untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Banyak sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah vokasional untuk memberi tumpuan kepada latihan hands-on. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan literasi dan numerasi serta penguasan pelbagai bahasa. Latihan industri penting untuk melahirkan siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah. Di samping itu, untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah. Tenaga kerja yang dimiliki oleh negara kita amat kecil sahaja, iaitu lebih kurang 23%. Komposisi ini perlu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 37% menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju. Antara program yang dijalankan adalah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan kandungan latihan sebanyak 70% secara hands-on dan 30% latihan teori. Selain itu, penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Recognition of Prior Learning. Pada waktu yang sama, menggalakkan sektor swasta dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional menerusi kaedah PPP. Menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan adalah cara yang dipilih untuk meningkatkan kecekapan pekerja. Selain itu, satu lagi cara adalah dengan menubuhkan tabung untuk pembiayaan bersama. 15
  • 18. III. Menyusun semula pasaran untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi Seterusnya, peningkatan kompetensi graduan pula dijadikan isu perbincangan. Dalam Rancangan Malaysia ke-10, peratus pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari telah meningkat dari 27% pada tahun 2005 kepada 31.4% pada tahun 2009 (10th Malaysia plan, 2010). Pada tahun 2007, mengikut kajian yang dijalankan oleh UNESCO, pendidikan tertiari di Malaysia adalah pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain (rujuk jadual 1.2). Peratus memasuki pendidikan Negara tertiari South Korea 94.7 Taiwan 89.2 Singapore 59.8 Japan 33.8 Malaysia 30.2 Jadual 1.2: UNESCO Institute for Statistics Dari perspektif perseorangan, berkelulusan pendidikan tinggi akan menjamin pekerjaan yang baik, membolehkan pergerakkan sosial dan pemerolehan status politil yang membanggakan (Mohd. Suffian Hashim,1973). Demi melahirkan graduan yang mampu berdaya saing, faktor employability atau boleh upaya diambil kerja dijadikan satu daripada KPI universiti. Kuasa autonomi diberikan kepada Universiti secara berperingkat untuk mengukuhkan peranan dan prestasi universiti. Autonomi yang dimaksudkan adalah dalam bidang-bidang seperti peruntukan, fakulti, tadbir urus dan pengambilan pelajar. Universiti mempunyai kuasa untuk mengagihkan peruntukan mengikut keperluan, menetapkan yuran pengajian dan sebagainya. Di samping itu, pihak universiti juga bebas menarik dan mengekalkan staf akademik melalui insentif yang menarik. Selain itu, keputusan mengenai hala tuju strategic, keutamaan dan pengagihan sumber boleh diambil oleh pihak universiti sendiri. Akhir sekali, mereka juga mempunyai kuasa dalam pengambilan pelajar. 16
  • 19. Pada waktu yang sama, kurikulum institusi pendidikan tertiari akan diberi lebih pemberatan untuk membangunkan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. . Oleh itu, kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan penambahan peratusan staf akademik berkelulusan PhD. MyBrain15, adalah suatu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran unuk meningkatkan jumlah pemegang PhD. Selain itu, pensyarah yang telah bersara dan pensyarah luar negara akan dijemput untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Kenaikkan pangkat dan gaji juga akan diberi keutamaan. Satu lagi program untuk mengukuhkan budaya berprestasi tinggi di universiti ialah Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) telah diperkenalkan. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dijalankan di IPTA. Kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, teori atau konsep yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih. UM, UKM, UPM dan USM telah diiktirafkan sebagai universiti penyelidikan untuk merealisasikan impian kerajaan, dan sekarang UTM juga telah dimasukkan dalam kategori universiti penyelidikan. Kesimpulannya, demi mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan modal insan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insane berkepakaran bertaraf dunia. Oleh itu, kerajaan mengambil beberapa pendekatan daripada menambah baik pendidikan awal kanak- kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Sekolah, tidak kira awam atau swasta diberi pemberatan yang sama untuk melahirkan pelajar yang kompeten. Selain itu, institusi pengajian tinggi juga memainkan peranan penting dalam melahirkan para graduan yang seimbang dan berinovasi. Pembukaan lebih banyak pusat teknik dan vokasional mampu mengembangkan potensi pelajar yang agak ketinggalan dalam bidang akademik. Kini, mereka mampu mencapai cita-cita seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 17
  • 20. 14.3 Pengantarabangsaan Pendidikan di Malaysia Dalam Era Globalisasi Globalisasi merupakan suatu istilah yang mula mendapat tempat perbincangan akademik pada awal 1990-an di Malaysia. Globalisasi dikatakan sebagai suatu istilah yang merujuk kepada perubahan dunia tanpa sempadan. Ianya dikatakan membentuk “global village” atau perkampungan global. Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Malaysia pada hakikatnya telah berjaya dalam usaha pendemokrasian pengajian tinggi dan mengeluarkan jumlah graduan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi pertumbuhan ekonominya sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu. Sebagai contoh, keupayaan pengajian tinggi di Malaysia telah meningkat sejak wujudnya universiti pertama di Malaysia, iaitu Universiti Malaya pada tahun 1961. Pada masa ini, terdapat seramai 942,200 pelajar di 20 universiti awam, 32 universiti swasta dan kolej universiti, empat cawangan kampus universiti antarabangsa, 21 politeknik, 37 kolej komuniti awam dan 485 kolej swasta. Kurikulum Malaysia kini mencuri perhatian negara tertentu di dunia misalnya, kurikulum Pendidikan Islam di sini telah mendapat pengiktirafan daripada International Bureau of Education di Geneva dan telah dijadikan sebagai rujukan bagi menggubal kurikulum Pendidikan Islam di Afghanistan. ``Selain itu, Thailand memohon Malaysia membantu mereka menggubal kurikulum Pendidikan Islam dan latihan perguruan di Selatan Thailand,'' kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya baru-baru ini. Beliau juga memberitahu, Kementerian Pelajaran telah diminta untuk memberi taklimat kepada negara lain seperti Vietnam, Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, tambah Datuk Seri Hishammuddin, pada masa yang sama, latihan perguruan di Malaysia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. ``Setakat ini, negara-negara Asean telah menghantar guru-guru mereka untuk menjalani latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan di IPG kita,'' ujar beliau. 18
  • 21. KPM telah mengenal pasti beberapa jurang dan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan wawasan negara dapat dicapai menjelang tahun 2020. Dalam tempoh 15 tahun yang akan datang, KPM berhasrat untuk membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan dan merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020. Dalam pendekatan pertama, komitmen KPM adalah untuk memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum ataupun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. KPM akan memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir dari sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar atau pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Dalam pendekatan kedua, komitmen KPM adalah untuk memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertingkatkannya ke tahap yang lebih tinggi. KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya. Seterusnya, KPM akan memperkenalkan pelbagai program yang dapat membantu meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah dalam kluster ini. Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi penyediaan PIPP, KPM. 19
  • 22. Terdapat beberapa strategi pelaksanaan dan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh KPM antaranya ialah menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan dengan meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara dan mempakejkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar. Selain itu KPM juga meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. Antara pelan tindakan yang dilaksanakan ialah mengadakan dasar penarafan antarabangsa bagi setiap sekolah antarabangsa ,menyediakan kurikulum latihan guru dengan kerjasama IPG, dan mendapatkan kerjasama agensi latihan guru kerajaan dan swasta untuk melatih guru swasta Seterusnya penglibatan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa adalah amat penting untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara .Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA juga sangat penting dengan menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. Selain itu pelan tindakan yang diambil ialah menjalankan promosi ke luar negara dengan mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar, membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Penglibatan para pelajar mesti diambil kira pada peringkat awal lagi. Pelajar sebagai penerima limpahan ilmu sesebuah universiti yang memberi penekanan pengantarabangsaan akan juga mengalami transformasinya. Jelasnya pelajar kita mesti pandai meraih apa sahaja 20
  • 23. „keuntungan ‟ yang boleh diperoleh daripada program dan usaha pengantarabangsaan dalam pembangunan sahsiah dan keutuhan akademik mereka. Satu hakikat dalam usaha pengantarabangsaan itu sendiri membawa implikasi kepelbagaian. Tidak kurang juga kepelbagaian ilmu dan adat resam yang diwarnakan oleh budaya dan kelompok masing-masing . Misalnya kini USM mendaftar pelajar antarabangsa lebih daripada 20 negara seperti Australia , Finland Jepun , Sepanyol , United Kingdom dan beberapa negara Asia- Pasifik . Sebahagian daripada tuntutan pengantarabangsaan juga memerlukan persediaan khas bukan saja daripada segi pencapaian akademik . Kematangan dengan maksud mampu berfikir secara kreatif ,memimpin dengan cemerlang dan bergaul di samping ketabahan meneroka dunia baru berbekal ilmu yang telah dikumpul. Hanya dengan cara ini objektif meningkatkan mobiliti pelajar , termasuk siswazah akan terhasil apabila pelajar kita selesa denagn peneroka ilmu antarabangsa. Antara persiapan ini adalah penguasaan bahasa asing khasnya bahasa antarabangsa ,bahasa Inggeris terutama para pemimpin pelajar yang bakal menerajui aktiviti pengantarabangsaan seumpamam ini . Kedua , mereka mesti memupuk set minda universal yang ampuh sementara jiwanya kekal sebagai anak watan Malaysia. Ketiga mereka mesti faham norma dan etika antarabangsa yang memebolehkan penjalinan yang lebih mesra dan berkekalan tanpa kompromi akan nilai dan etikanya sendiri. Kesanggupan membuat persiapan seumpama ini dan seterusnya memperlengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan, sudah tentu akan membantu dalam menimba baru dan manyumbang kepada kematangan berinteraksi. Pendek kata dalam kalangan para pelajar aspek kepelbagaian budaya yang menemani proses pengantarabangsaan seperti yang tersirat dalam halatuju “pintar berkhidmat sambil bermasyarakat” mesti dipupuk sepenuhnya. Dalam hal ini tidak ada yang lebih wajar untuk kita semua mengalami dengan lebih dekat dan intim lagi masyarakat berbilang kaum, budaya ,dan agama. Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan 21
  • 24. pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan „satu saiz untuk semua‟ kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat dan masyarakat sekitar. Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan dengan menyediakan keperluan asas (di mana perlu) secara berterusan. Pada waktu yang sama, bagi berdepan dengan cabaran era globalisasi, KPM juga perlu merancang untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. 22 1 1
  • 25. 14.4 Cabaran Pendidikan Dalam Merealisasikan Wawasan 2020 Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28hb Februari 1991. Wawasan 2020 bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang akan menjadi negara benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur menjelang tahun 2020. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya yang tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Objektif Wawasan 2020 hanya dapat dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Oleh itu pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan bangsa Malaysia yang perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada sembilan cabaran utama iaitu: * Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu * Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang * Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang * Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh * Pembentukan Masyarakat yang Toleran * Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju * Pembinaan Masyarakat Penyayang * Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial * Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur Objektif Wawasan 2020 hanya akan dapat dicapai melalui perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum dengan pegangan agama dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses 23
  • 26. menyatupadukan rakyat Malaysia dan melahirkan modal insan kelas pertama. Tidak dapat dinafikan bahawa alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia dalam membina keyakinan para pelajar dan warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Definisi perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu institusi pendidikan diharap dapat dijadikan sebagai tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain sekaligus melahirkan rakyat yang bersatu padu dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. Kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai lapan tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan satu identiti iaitu Bangsa Malaysia. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemaidi dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara 24
  • 27. bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah. Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Tun Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang tersendiri dalam menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Walau bagaimanapun penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang benar-benar aktif menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan. Pelbagai aktiviti dan program telah dirangka oleh pihak sekolah dengan mewajibkan penyertaan pelajar. Antaranya adalah seperti Program Sekolah Penyayang yang merupakan satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi" dengan penyertaan bersama ibu bapa pelajar melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibu bapa para pelajar. Sekolah juga mewujudkan program pemuawafakatan dengan masyarakat setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi 25
  • 28. kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu. Selain daripada itu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) juga dilaksanakan di sekolah. Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatan kuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga diberi penekanan. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan pelajar dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan dipelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan juga diadakan pada setiap tahun. Sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh- tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran "Jalur Gemilang", hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga 26
  • 29. terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Selain daripada itu, lawatan sambil belajar juga diadakan oleh pihak sekolah dengan menggalakan para pelajar membuat program lawatan ketempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan sambil belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan sambil belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Selain daripada itu, pengurusan disiplin juga dijalankan secara kolektif, telus dan adil dengan mewujudkan jawatan kuasa disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah. Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku" dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang, 27
  • 30. peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan mematuhinya. Hari Keluarga dan Sukaneka juga diadakan sebagai acara tahunan bagi setiap sekolah. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua warga sekolah. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah. Selain daripada itu, acara kebudayaan dan kesenian juga diadakan yang menglibatkan penyertaan pelajar dan guru. Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan. Perkhemahan Bina Insan pula merupakan sebuah program yang melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil. Sistem Rumah juga dilaksanakan di mana pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang 28
  • 31. memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu. Selain itu aktiviti riadah di luar sekolah juga diadakan dengan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. Tabung kebajikan juga diwujudkan di sekolah-sekolah dan merupakan tabung kebajikan bukan sahaja bagi pelajar, tetapi juga bagi guru dan kakitangan sekolah. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Amalan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri yang dilaksanakan pada setiap perhimpunan rasmi sekolah juga mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Diharapkan daripada program-program yang dijalankan ini dapat membentuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan melahirkan modal insan kelas pertama dan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020. Bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai, sistem pendidikan perlu ditambahbaik supaya bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ini kerana Wawasan 2020 meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengatur strategi memperkasakan 29
  • 32. sekolah kebangsaan (SK) untuk menggalas cabaran ini. Tumpuan memperkasakan SK diberikan kepada sekolah rendah kerana sekolah ini mempunyai peranan penting sebagai tapak untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal persekolahan. Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana yang kurang memuaskan terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan : * menyediakan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti * pemimpin dan guru adalah cekap, terlatih dan berkualiti * membentuk iklim dan budaya sekolah sihat * memastikan semua pelajar menguasai 3M * penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan * penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan * menawarkan bahasa cina dan bahasa tamil * memastikan pencapaian akademik cemerlang * memastikan pencapaian sahsiah pelajar cemerlang * menyediakan sistem sokongan yang kuat dan mencukupi * beraspirasi nasional Selain itu jurang pendidikan yang wujud di antara kawasan bandar dengan luar bandar atau jurang di antara yang miskin dengan yang kaya juga adalah merupakan cabaran besar dalam merealisasikan Wawasan 2020. Ini adalah penting bagi memastikan tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Pembangunan pendidikan di Malaysia 30
  • 33. pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Justeru itu kerajaan telah menjalankan beberapa program bantuan dan sokongan bagi merapatkan jurang yang wujud ini. Antaranya ialah Rancangan Makanan Sekolah (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Makanan Asrama, Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid, Jaket Keselamatan, Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Baucer Tuisyen (SBT), Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dan Asrama Harian. Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kesahihan pelajar yang layak diberikan bantuan serta memastikan tidak berlaku pertindihan dalam pemberian bantuan dengan pihak luar KPM. KPM juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah bantuan kepada pelajar miskin dan meneliti kaedah untuk menambah baik sistem pengagihan bantuan-bantuan ini. Memartabatkan profesion keguruan juga merupakan satu cabaran yang perlu digalas bukan sahaja oleh KPM tetapi juga oleh golongan pendidik sendiri. Kerajaan begitu komited untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Ini kerana peredaran masa telah membawa arus perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan 31
  • 34. dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Oleh itu bagi mencapai matlamat memartabatkan profesion keguruan ini KPM telah memfokuskan kepada beberapa isu iaitu menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion keguruan ini dimantapkan lagi dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Kesimpulannya sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentukdengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno- centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatupadu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan Negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang telah dirancang dengan sistematik. 32
  • 35. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Seluruh tenaga perlu digembleng untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasa pendidikan samada di peringkat sekolah atau pengajian tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara dalam mencapai Wawasan 2020. 33
  • 36. RUJUKAN David Kember., Carmel McNaught (2007). Enhancing University Teaching. Dr. Saedah Hj. Siraj., SHaril Marzuki., Zainun Ishak., Lee Pau Wing (1993). Pendidikan di Malaysia. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Hamri Tuah., Devendran Nadaraja., Maryam Wong (2010). Malaysia;s Vision 2020 Model using the Overlapping-Generation framework. Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa, Karisma Publications Sdn. Bhd. Mohd Izyan Zainudin., Muhammad Sukri Saud., Mohd Safarin Nordin (2012).Curiculum In TVET: Catalyst Towards Nation’s Success. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 5, pages 20-27. Mohd. Suffian Hashim (1973). Problems and Issues of Higher Education Development in Malaysia. PEMANDU (2010). Economic Transformation Programme, a roadmap for Malaysia. Putrajaya: Perfomance Management and Delivery Unit (PEMANDU), Prime Minister‟s Department. Prof. Dato‟ Dr. Sidek Bin Baba, (2010). 1Malaysia: Pendidikan Asas Transformasi Negara Sejahtera, Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020, m/s 155 – 163, Universiti Islam Antarabangsa. Profesor Dato‟ Dzulkifli Abdul Razak (2002). Meneroka ke Arena Antarabangsa, Penerbit USM. Rancangan Malaysia Ke-10., Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, pg 1-60. Rancangan Malaysia Ke-10., Ucapan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Dewan Rakyat 34
  • 38. SOALAN OBJEKTIF BERDASARKAN ARAS 1.Aras Analisis Pada pendapat anda yang manakah bukan punca perubahan corak dalam pendidikan di Malaysia dalam masa terdekat ini? A . Globalisasi B. Pengantarabangsaan C. Perubahan bilangan penduduk D. Perubahan teknologi maklumat 2. Aras Kefahaman Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan. Apakah tujuan utama PIPP? A . Untuk menjadikah jurang dalam pendidikan sifar B. Untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. C. Meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah D. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan berdasarkan lokasi dan kaum masing – masing 3.Aras Analisis KPM juga meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing Negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia . Antara berikut yang manakah bukan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh KPM ? A . Mengadakan dasar penarafan antarabangsa bagi setiap sekolah antarabangsa B. Menyediakan kurikulum latihan guru dengan kerjasama IPG C. Mendapatkan kerjasama agensi latihan guru kerajaan dan swasta untuk melatih guru swasta D. Merengggangkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara 4. Aras Penilaian Antara yang berikut pilih perkara-perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia. I. Memastikan setiap kanak-kanak berjaya II. Menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke atas pencapaian pelajar III. Keputusan peperiksaan bergantung kepada kelas teori sahaja. IV. Membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di setiap sekolah
  • 39. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 5. Aras Pengetahuan Tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 adalah dari A. 2009-2013 B. 2011-2015 C. 2012-2015 D. 2010-2015 6. Aras Sintesis Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum . Apakah cara terbaik untuk menghasilkan perpaduan di antara rakyat Malaysia? A. Ekonomi B. Pendidikan C. Pembangunan D. Penempatan 7.Aras Aplikasi Berdasarkan Wawasan 2020, apakah tanggungjawab anda sebagai guru dalam merealisasikan Wawasan 2020 bagi mewujudkan permuafakatan antara masyarakat? A. Bimbingan kaunseling B. Melalui kelas tambahan berbayar C. Melalui program-program ilmiah D. Sambutan hari kanak-kanak 8.Aras Sintesis Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan cara beikut kecuali A. menyediakan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti B. pemimpin dan guru adalah cekap, terlatih dan berkualiti C. membentuk iklim dan budaya sekolah sihat D. mengimport tenaga kerja yang lebih berbanding dalam Negara 9. Aras Analisis
  • 40. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dua dasar dalam pendidikan negara, iaitu PPSMI dan MBMMBI. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? PPSMI MBMMBI A Bahasa Malaysia sebagai bahasa Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar P&P sains dan matematik, pengantar P&P sains dan matematik di SK dan SMK, bahasa Cina di SJKC, dan bahasa Tamil di SJKT B Bahasa Inggeris sebagai bahasa Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar P&P sains dan matematik pengantar P&P sains dan matematik, di SK dan SMK, bahasa Cina di SJKC, dan bahasa Tamil di SJKT C Bahasa Inggeris sebagai bahasa Penggunaan dwibahasa sebagai bahasa pengantar P&P sains dan matematik pengantar P&P sains dan matematik D Bahasa Malaysia sebagai bahasa Penggunaan dwibahasa sebagai bahasa pengantar P&P sains dan matematik, pengantar P&P sains dan matematik di SK dan SMK, bahasa Cina di SJKC, dan bahasa Tamil di SJKT 10.Aras Pengetahuan Apakah konsep Sekolah Bestari? A. Menempatkan dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan fizikal di sekolah tersebut. B. Sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya daripada aspek pengurusan dan kemenjadian murid. C. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. D. Sekolah yang menitikberatkan kecemerlangan akademik yang baik, memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai tanggungjawab antara guru dan pelajar.