SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
CABARAN PERUBAHAN DASAR PENDIDIKAN




ABAD Ke-21 dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di
negara maju atau negara sedang membangun. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan
tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang
pendidikan.


Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st
century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and
relearn.' Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.


Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan
asas 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada kanak-kanak. Tetapi mestilah boleh
melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi
menghadapi cabaran di abad ini.


Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar
serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat
dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa
maka usaha penambahbaikkan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi
memenuhi keperluan semasa.


Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ketamadunan dunia maka kita dapati ianya bermula
dengan masyarakat pertanian yang memberi menekankan kepada aktiviti bercucuk tanam dengan
kehidupan yang ringkas dan mudah. Bagaimanapun dalam abad ke-19 tamadun dunia telah
berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi
keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi.
Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai
'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan tentang peri pentingnya
maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.


Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif, strategi
penyelesaian masalah dan melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global. Zaman maklumat ini
memberi ruang kepada setiap individu untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka melalui
techology-powered knowledge dan peluang kepada semua pihak untuk mengikuti pendidikan
sepanjang hayat.


Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan
globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itu sering
dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat dan
mempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah-
olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan
ketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini.


Seorang lagi penulis terkenal yang telah mengupas tentang perubahan dan cabaran abad ke-21
ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First
Century. Menurutnya ekonomi dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara
dengan yang lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi.


Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan memberi kesan kepada
negara lain. Sebagai contoh ialah krisis pinjaman perumahan yang baru-baru ini berlaku di
Amerika Syarikat maka tempiasnya turut terkena dan dirasai oleh negara-negara lain.


Keduanya, terdapat kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara
maju dan negara sedang membangun. Perkembangan tidak sihat ini akan membawa pada kepada
berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau dan menjadikan dunia
seolah-olah tidak selamat.
Ketiganya ialah wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada kemarau panjang atau
perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang pertanian. Selain itu pertambahan mendadak
jumlah penduduk dunia yang seolah-olah tidak dapat dikawal terutama di negara-negara sedang
membangun. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya
perbezaan dalam strata masyarakat.


Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar tersebut sebenarnya boleh dikurangkan atau tangani
melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan. Jelasnya pendidikan turut memainkan
peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam
abad ke-21 ini.


Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada keperluan masyarakat serta
persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan
terbentuknya Dasar Razak 1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
1970 adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara pada masa itu.


Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan sudah tentulah dasar pendidikan yang
bentuk pada masa itu adalah bertujuan untuk membina sebuah negara bangsa yang kuat,
bersepadu dan dapat bersaing dengan negara-negara lain. Tambahan pula negera kita terdiri
daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang maka sudah tentulah dasar pendidikan
berpaksikan kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan rakyat terutamanya di kalangan
kanak-kanak.


Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga tidak
terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu baru-baru ini
Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Transformasi
Kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar-pelajar.


Selain itu diperkenalkan dasar 'Satu Pelajar Satu Sukan' yang bertujuan untuk meningkatkan
minat dan keupayaan pelajar dalam bidang permainan dan sukan supaya mereka lebih cergas dan
aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
pula bagi mengembalikan semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di
samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Dasar-dasar baru
ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini.


Sementara itu dasar menghadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan
penambahbaikkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah jelas untuk meningkatkan kualiti
pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan mampu mengembangkan
potensi diri mereka. Dengan kata lain dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak
hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi berupaya melahirkan modal insan
cemerlang yang sangat diperlukan oleh negara.


Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM
mulai 2013. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan menanamkan rasa
cintakan negara seperti kata bidalan 'jika tak kenal maka tak cinta.' Usaha menanam cintakan
tanah air melalui pendidikan turut menjadi amalan di negara-negara lain.


Seperti yang dinyatakan tadi cabaran baru dunia sekarang ini ialah melalui knowledge age atau
k-ekonomi. Dalam hal ini sebenarnya kita telah bersedia dan bertindak lebih awal. Sejak awal
1980-an apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat maka sekolah-sekolah kita telah mula
memperkanal dan menggunakan peralatan komputer.


Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer telah didirikan di semua
sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan dan penggunaan LCD, laptop dan internet
di mana pelajar-pelajar kita telah mendapat manfaat yang besar.


Negara akan bertambah maju jika ramai di kalangan penduduknya dapat menguasai kemahiran
teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan. Sesungguhnya
zaman knowledge age dan k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu
ditangani melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan.
Sumber: Utusan Malaysia Online
Masalah 3M di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem?
                         by Staff Berita Semasa on July 1, 2010
                                   Berita Pendidikan

KUALA LUMPUR – Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih
belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan rakyat negara ini. Ahli-ahli akademik
menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang
serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku
mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan
menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik.

“Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya
menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata,” katanya.

Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih
dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik. Mengulas isu yang sama,
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya
Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap
masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan
runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan. “Ketika
ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru
gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian
Pelajaran,” katanya.

Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar
tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula
berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang
kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.

“Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen
seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak-
kanak. “Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan
berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah,” katanya.

Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan
mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat.

“Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran
secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju. “Saya mencadangkan agar
Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif
dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman
sekarang,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia Online

Saya rasa kita tidak patut menyalahkan guru-guru semata. Tidak semua guru begitu. Segeintir
kecil sahaja. Perkara ini tanggungjawab semua :

          1. Ibubapa janganlah lepaskan tanggungjawab bulat-bulat kepada guru-guru semata
             dan sekolah umpama “pusat jagaan anak percuma dan murah”. Rajin semak buku,
             beg, handphone, jumpa guru tanyakan perkembangan anak dan lain-lain lagi….
          2. Kementerian pun patut kena lebih buat kerja. Banyak kemudahan di kawasan
             pedalaman tidak mencukupi
          3. Pelajar itu sendiri mesti ada kemahuan untuk belajar
          4. Realitinya, ada kawasan di mana tidak wujud pembelajaran permulaan seperti
             tadika, KEMAS ataupun prasekolah. Jadi bagaimana murid yang tidak pernah ke
             tadika atau prasekolah untuk menghadapi pelajaran tahun 1, sedangkan kurikulum
             sekolah rendah hari ini tiada lagi sukatan untuk mengajar huruf ABC tetapi terus
             kepada membaca. Bayangkan? Silap guru?
          5. Umpama diajar berjalan walaupun tak pandai merangkak. Maka ada guru di
             sekolah terpaksa mengajar kembali dari asas dan ini menyebabkan guru terpaksa
             keluar daripada sukatan pelajaran. Andai kata ikut sukatan, maka akan ada yang
             ketinggalan
          6. Kepada rakan guru, usahakanlah dan kerahkan sepenuh tenaga dan daya untuk
             tingkatkan tahap pembelajaran anak murid terutama mereka yang masih lemah
             dalam menguasai 3M. Usaha anda sangat ipuji oleh masyarakat

Jadi rasa tidak silaplah angka 60% masalah 3M di Malaysia yang didedahkan baru-baru ini.
Memang tidak sepatutnya kita menunding jari hanya menyalahkan hnaya satu pihak. Teori yang
kata guru tidak mengajar hanya membantu lulus peperiksaan hanya fitnah yang tidak berasas.
Ramai sebenarnya yang mengatakan tugas guru adalah mudah dan ringan, hakikatnya tugas guru
tidak pernah ada sudahnya…Kadang-kadang apabila tak dapat habiskan silibus, pengurusan akan
menuding jari mengatakan guru tak buat kerja dalam pada yang sama berdepan dengan masalah
3M dikalangan pelajar-pelajar lemah.

Persoalannya sekarang :

   1. Pihak manakah yang susun silibus?
   2. Pihak mana yang mengadakan peperiksaan?
   3. Yang merangka sistem pendidikan negara. Pihak mana?

Ada sistem dahulu yang saya nampak lebih praktikal sebagai contohnya tidak membenarkan
pelajar yang tidak berkelayakan untuk meneruskan ke tahap seterusnya. Maknanya kita tidak
mengejar kuantiti, tetapi kualiti. Biar lambat sikit tetapi sekurang-kurangnya masalah 3M di
Malaysia tidak terus “bernanah”. Murid-muri yang lemah diberikan perhatian bukannya terus
di[pinggirkan. Jadi, guru-guru dapat fokus kepada pelajar yang mempunyai masalah 3M dan
pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pembelajaran dengan silibus yang ada.Ini yang dinamakan
“Masteri Learning”, betul tak guru-guru? Masteri learning merupakan pengajaran berperingkat
mengikut tahap penguasaan yang telah dikuasai.

More Related Content

What's hot

Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Pendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semuaPendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semuaCeLin ZaQuisha
 
Pentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasiPentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasiFega Net
 
Makalah Mahalnya pendidikan
Makalah Mahalnya pendidikanMakalah Mahalnya pendidikan
Makalah Mahalnya pendidikanAli Rohman
 
Education for all
Education for allEducation for all
Education for alliwan Alit
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanSetyo Gonzalez
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaLSP3I
 

What's hot (14)

Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Pendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semuaPendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semua
 
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasionalPeranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
 
Pentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasiPentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasi
 
Makalah Mahalnya pendidikan
Makalah Mahalnya pendidikanMakalah Mahalnya pendidikan
Makalah Mahalnya pendidikan
 
Makalah anggaran pendidikan
Makalah anggaran pendidikanMakalah anggaran pendidikan
Makalah anggaran pendidikan
 
Education for all
Education for allEducation for all
Education for all
 
Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 

Viewers also liked

Web services
Web servicesWeb services
Web serviceslopjuan
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1lopjuan
 
Chapter 4 1
Chapter 4 1Chapter 4 1
Chapter 4 1lopjuan
 
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshare
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshareDriving traffic-presentation-5-2014 slideshare
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshareDarla Indralingam
 
Chapter 2
Chapter 2Chapter 2
Chapter 2lopjuan
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3lopjuan
 
Chapter 4 2
Chapter 4 2Chapter 4 2
Chapter 4 2lopjuan
 

Viewers also liked (7)

Web services
Web servicesWeb services
Web services
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
Chapter 4 1
Chapter 4 1Chapter 4 1
Chapter 4 1
 
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshare
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshareDriving traffic-presentation-5-2014 slideshare
Driving traffic-presentation-5-2014 slideshare
 
Chapter 2
Chapter 2Chapter 2
Chapter 2
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Chapter 4 2
Chapter 4 2Chapter 4 2
Chapter 4 2
 

Similar to Mengatasi Masalah 3M

Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Farish Farisha
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikanJagan Tangak
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Rahma Mahmudah
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_mamandina
 
Makalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanMakalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanmuhammad anshori
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
Renstra mi sukajaya 2010 2015
Renstra mi sukajaya  2010   2015Renstra mi sukajaya  2010   2015
Renstra mi sukajaya 2010 2015Ajat Sudrajat
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Ismail Abdul Wahid
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypesahronzulkepli
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 

Similar to Mengatasi Masalah 3M (20)

Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
 
8.1 8.1.4 mahani nasir
8.1 8.1.4 mahani nasir8.1 8.1.4 mahani nasir
8.1 8.1.4 mahani nasir
 
Makalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanMakalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikan
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Renstra mi sukajaya 2010 2015
Renstra mi sukajaya  2010   2015Renstra mi sukajaya  2010   2015
Renstra mi sukajaya 2010 2015
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skype
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Hdr3
Hdr3Hdr3
Hdr3
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 

Mengatasi Masalah 3M

  • 1. CABARAN PERUBAHAN DASAR PENDIDIKAN ABAD Ke-21 dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan. Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.' Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada kanak-kanak. Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikkan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ketamadunan dunia maka kita dapati ianya bermula dengan masyarakat pertanian yang memberi menekankan kepada aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Bagaimanapun dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi.
  • 2. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan tentang peri pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat. Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif, strategi penyelesaian masalah dan melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global. Zaman maklumat ini memberi ruang kepada setiap individu untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka melalui techology-powered knowledge dan peluang kepada semua pihak untuk mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itu sering dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah- olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan ketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini. Seorang lagi penulis terkenal yang telah mengupas tentang perubahan dan cabaran abad ke-21 ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century. Menurutnya ekonomi dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara dengan yang lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi. Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan memberi kesan kepada negara lain. Sebagai contoh ialah krisis pinjaman perumahan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat maka tempiasnya turut terkena dan dirasai oleh negara-negara lain. Keduanya, terdapat kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara maju dan negara sedang membangun. Perkembangan tidak sihat ini akan membawa pada kepada berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau dan menjadikan dunia seolah-olah tidak selamat.
  • 3. Ketiganya ialah wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada kemarau panjang atau perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang pertanian. Selain itu pertambahan mendadak jumlah penduduk dunia yang seolah-olah tidak dapat dikawal terutama di negara-negara sedang membangun. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya perbezaan dalam strata masyarakat. Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar tersebut sebenarnya boleh dikurangkan atau tangani melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan. Jelasnya pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada keperluan masyarakat serta persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya Dasar Razak 1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara pada masa itu. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan sudah tentulah dasar pendidikan yang bentuk pada masa itu adalah bertujuan untuk membina sebuah negara bangsa yang kuat, bersepadu dan dapat bersaing dengan negara-negara lain. Tambahan pula negera kita terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang maka sudah tentulah dasar pendidikan berpaksikan kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan rakyat terutamanya di kalangan kanak-kanak. Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu baru-baru ini Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Transformasi Kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar-pelajar. Selain itu diperkenalkan dasar 'Satu Pelajar Satu Sukan' yang bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam bidang permainan dan sukan supaya mereka lebih cergas dan
  • 4. aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula bagi mengembalikan semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Dasar-dasar baru ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini. Sementara itu dasar menghadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan penambahbaikkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan mampu mengembangkan potensi diri mereka. Dengan kata lain dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi berupaya melahirkan modal insan cemerlang yang sangat diperlukan oleh negara. Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai 2013. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan menanamkan rasa cintakan negara seperti kata bidalan 'jika tak kenal maka tak cinta.' Usaha menanam cintakan tanah air melalui pendidikan turut menjadi amalan di negara-negara lain. Seperti yang dinyatakan tadi cabaran baru dunia sekarang ini ialah melalui knowledge age atau k-ekonomi. Dalam hal ini sebenarnya kita telah bersedia dan bertindak lebih awal. Sejak awal 1980-an apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat maka sekolah-sekolah kita telah mula memperkanal dan menggunakan peralatan komputer. Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer telah didirikan di semua sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan dan penggunaan LCD, laptop dan internet di mana pelajar-pelajar kita telah mendapat manfaat yang besar. Negara akan bertambah maju jika ramai di kalangan penduduknya dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan. Sesungguhnya zaman knowledge age dan k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan. Sumber: Utusan Malaysia Online
  • 5. Masalah 3M di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem? by Staff Berita Semasa on July 1, 2010 Berita Pendidikan KUALA LUMPUR – Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan rakyat negara ini. Ahli-ahli akademik menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu. Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik. “Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata,” katanya. Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik. Mengulas isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan. “Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan. “Ketika ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian Pelajaran,” katanya. Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak. “Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak- kanak. “Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah,” katanya. Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat. “Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju. “Saya mencadangkan agar
  • 6. Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman sekarang,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia Online Saya rasa kita tidak patut menyalahkan guru-guru semata. Tidak semua guru begitu. Segeintir kecil sahaja. Perkara ini tanggungjawab semua : 1. Ibubapa janganlah lepaskan tanggungjawab bulat-bulat kepada guru-guru semata dan sekolah umpama “pusat jagaan anak percuma dan murah”. Rajin semak buku, beg, handphone, jumpa guru tanyakan perkembangan anak dan lain-lain lagi…. 2. Kementerian pun patut kena lebih buat kerja. Banyak kemudahan di kawasan pedalaman tidak mencukupi 3. Pelajar itu sendiri mesti ada kemahuan untuk belajar 4. Realitinya, ada kawasan di mana tidak wujud pembelajaran permulaan seperti tadika, KEMAS ataupun prasekolah. Jadi bagaimana murid yang tidak pernah ke tadika atau prasekolah untuk menghadapi pelajaran tahun 1, sedangkan kurikulum sekolah rendah hari ini tiada lagi sukatan untuk mengajar huruf ABC tetapi terus kepada membaca. Bayangkan? Silap guru? 5. Umpama diajar berjalan walaupun tak pandai merangkak. Maka ada guru di sekolah terpaksa mengajar kembali dari asas dan ini menyebabkan guru terpaksa keluar daripada sukatan pelajaran. Andai kata ikut sukatan, maka akan ada yang ketinggalan 6. Kepada rakan guru, usahakanlah dan kerahkan sepenuh tenaga dan daya untuk tingkatkan tahap pembelajaran anak murid terutama mereka yang masih lemah dalam menguasai 3M. Usaha anda sangat ipuji oleh masyarakat Jadi rasa tidak silaplah angka 60% masalah 3M di Malaysia yang didedahkan baru-baru ini. Memang tidak sepatutnya kita menunding jari hanya menyalahkan hnaya satu pihak. Teori yang kata guru tidak mengajar hanya membantu lulus peperiksaan hanya fitnah yang tidak berasas. Ramai sebenarnya yang mengatakan tugas guru adalah mudah dan ringan, hakikatnya tugas guru tidak pernah ada sudahnya…Kadang-kadang apabila tak dapat habiskan silibus, pengurusan akan menuding jari mengatakan guru tak buat kerja dalam pada yang sama berdepan dengan masalah 3M dikalangan pelajar-pelajar lemah. Persoalannya sekarang : 1. Pihak manakah yang susun silibus? 2. Pihak mana yang mengadakan peperiksaan? 3. Yang merangka sistem pendidikan negara. Pihak mana? Ada sistem dahulu yang saya nampak lebih praktikal sebagai contohnya tidak membenarkan pelajar yang tidak berkelayakan untuk meneruskan ke tahap seterusnya. Maknanya kita tidak mengejar kuantiti, tetapi kualiti. Biar lambat sikit tetapi sekurang-kurangnya masalah 3M di
  • 7. Malaysia tidak terus “bernanah”. Murid-muri yang lemah diberikan perhatian bukannya terus di[pinggirkan. Jadi, guru-guru dapat fokus kepada pelajar yang mempunyai masalah 3M dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pembelajaran dengan silibus yang ada.Ini yang dinamakan “Masteri Learning”, betul tak guru-guru? Masteri learning merupakan pengajaran berperingkat mengikut tahap penguasaan yang telah dikuasai.