SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda
dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat
menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,
tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,
memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan
perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah
memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara
hidup.
UUM
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman
Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya
mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,
kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang
pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang
dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan ; akses kepada pendidikan; ekuiti;
kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur;
Pelaksanaan Program PPSMI ; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan
pendapat Sufean ( 2004 ) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan
yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi
pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan.
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah
struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan,
misalnya:
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan
kebanyakan negara lain di dunia;
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication
Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian
dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar
bandar;
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan;
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah
akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan
guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan.
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan
pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged
school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati
kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang
dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak
mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat
diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus,
terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu,
kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan
buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar.
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam
pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri
daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan
sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman
atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka
berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah
menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata
pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi
keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang
subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI.
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan
bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat
respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing
bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu,
tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka
belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan
dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi.
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan
penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah
memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet
atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu
Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi
begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan
bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar.
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi
isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang
naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke
Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada
kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat
merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan
sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan.
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership)
yang berkesan;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya
sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan
yang berbeza;
Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah
di negara maju adalah terhad;
Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan
berkesan;
Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada
aspek pemberian bantuan; dan
Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
Baca isu-isu lain berkenaan pendidikan di SINI
* Entri dari blog KulanzSalleh

More Related Content

What's hot

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiyatt87
 
Permasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinyaPermasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinyaSiti Sya'anah
 
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaPermasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaVissta L'Kim D'vhirly
 
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 20252. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025thanusha27
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Masalah pendidikan dan solusinya
Masalah pendidikan dan solusinyaMasalah pendidikan dan solusinya
Masalah pendidikan dan solusinyaMastudiar Daryus
 
Permasalahan Pendidikan di Indonesia
Permasalahan Pendidikan di IndonesiaPermasalahan Pendidikan di Indonesia
Permasalahan Pendidikan di Indonesiaeryeryey
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaNegeri Pelangi
 
Kondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaKondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaGlorya Sidabutar
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikLilis Holisah
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanSetyo Gonzalez
 
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIA
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIAMASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIA
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIARudy Ubaidur-Rahman
 
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaWandi Supandi
 
Problematika pendidikan di indonesia
Problematika pendidikan di indonesiaProblematika pendidikan di indonesia
Problematika pendidikan di indonesiaFujifauziah14
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Nurrahmah Fitria
 
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docxTantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docxAde Rifai Kolot
 
What's hot (20)

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Permasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinyaPermasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinya
 
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaPermasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
 
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 20252. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025
2. ringkasan eksekutif pppm 2015 2025
 
Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Masalah pendidikan dan solusinya
Masalah pendidikan dan solusinyaMasalah pendidikan dan solusinya
Masalah pendidikan dan solusinya
 
Permasalahan Pendidikan di Indonesia
Permasalahan Pendidikan di IndonesiaPermasalahan Pendidikan di Indonesia
Permasalahan Pendidikan di Indonesia
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
 
Kondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaKondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di Indonesia
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
 
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIA
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIAMASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIA
MASALAH PENDIDIKAN 
DI INDONESIA
 
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
 
Problematika pendidikan di indonesia
Problematika pendidikan di indonesiaProblematika pendidikan di indonesia
Problematika pendidikan di indonesia
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
 
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docxTantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
 
Similar to Isu pendidikan

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Tan Hooi
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendahStar Ng
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanFaz Azlan
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tiksman 2 mataram
 
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptxPPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptxNeirsySumule1
 
Problematika pendidikan
Problematika pendidikanProblematika pendidikan
Problematika pendidikanDwi Halimasari
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestariFreejump Pink
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdfHamjahFauzi
 
Similar to Isu pendidikan (20)

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Dewinta etika pdf
Dewinta etika pdfDewinta etika pdf
Dewinta etika pdf
 
Pedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upiPedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upi
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulan
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
 
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptxPPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
 
Problematika pendidikan
Problematika pendidikanProblematika pendidikan
Problematika pendidikan
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Kurikulum c
Kurikulum cKurikulum c
Kurikulum c
 
Isu pendidikan

  • 1. Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. UUM Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan ; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI ; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean ( 2004 ) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
  • 2. Struktur Pendidikan. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya: Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
  • 3. mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Tenaga pengajar. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI. Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing
  • 4. bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi. Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar. Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan. Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya: Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • 5. Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu. Baca isu-isu lain berkenaan pendidikan di SINI * Entri dari blog KulanzSalleh