PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pesat berkembang dalam zamanmoden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru
dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai
model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan
gabungan antara disiplin ilmu. Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan kaedah
pembelajaran dan pengajaran yang berfokus ,iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar,
boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan
seharian dan ia juga merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat
pelajar serta memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contohnya seperti melukis pelan
sekolah, projek mural dan lain-lain.
Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai
digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Pembelajaran Berasaskan Projek dianggap
sebagai satu amalan terbaik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam misi
membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti
pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan
(Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek walaupun setelah is diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan
di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya
pendedahan tentang kelebihan kaedah itu.
Dalam abad 19-an dan 20-an, budaya perindustrian telah membentuk organisasi dan
kaedah pengajaran sekolah yang baru. Oleh itu, guru-guru perlu mengadaptasi perubahan abad
ini. Pelajar perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran demi memenuhi permintaan
tenaga kerja yang boleh merancang, bekerjasama, berkomunikasi serta mempunyai
tanggungjawab sivik dan berperanan sebagai warganegara global. Hal demikian telah
menyebabkan Pembelajaran Berasaskan Projek ini sebagai kaedah yang paling popular dalam
sistem pendidikan.
Pengajaran Berasaskan Projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang
menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini
menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003),
projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus
kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid
menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan
keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau
bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.
Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan projek membolehkan murid
meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar kelas melalui soalan bermakna yang
berkaitan dengan komuniti dan keluarga. Pendekatan menggunakan Pembelajaran Berasaskan
Projek yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi
akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Menurut Chin (2007), jenis soalan
dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif
murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek haruslah berkaitan dengan apa
yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya
dengan projek yang dibuat melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan melalui "Handbook- Project Based
Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar
mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai
pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di
lapangan atau dunia sebenar. Contoh-contoh projek yang boleh mencabar minda pelajar adalah
seperti lawatan sambil belajar, penyiasatan ujikaji dalam makmal dan aktiviti-aktiviti yang
merentasi kurikulum yang dapat meluaskan dan mengayakan kurikulum. Menjalankan projek
dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menjadi satu budaya di Malaysia. Contohnya
dalam mata pelajaran sejarah, guru akan membawa murid-murid ke lawatan sambil belajar serta
membuat aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sejarah.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru
menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta
penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid
pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan
sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui
proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau
menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal
dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi
makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam
konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek,
murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran
seperti, Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran
Sejarah itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana
menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.
Selain itu, penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga akan membantu untuk
menarik minat pelajar untuk belajar suatu topic yang khusus dan memberi peluang kepada pelajar
menjana idea mengenai topic tersebut. Di samping itu, melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan
projek ini juga dapat mengajar pelajar untuk menerimadan menghormatiperbezaan individu serta
menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan
masing-masing seterusnya dapat menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
Lazimnya, Pembelajaran Berasaskan Projek ini akan mengambil masa yang panjang kerana
memerlukan perancangan yang rapi agar pelajar mendapat input yang maksima sewaktu projek
atau aktiviti dijalankan.
Pembelajaran Berasaskan Projek boleh dilaksanakan semasa sesi persekolahan atau di
luar waktu persekolahan. Kaedah ini juga membantu guru untuk melibatkan murid secara aktif
dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang dikaji serta dapat
memberi penekanan kepada kemahiran berfikir murid seterusnya memupuk sikap sabar dan
disiplin dalam menjalankan aktiviti. Di samping itu, dengan melaksanakan kaedah ini, pelajar
akan dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa mereka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seterusnya dalam kehidupan seharian mereka. Kebaikan
menggunakan kaedah ini juga adalah dapat menyokong pembelajaran murid dari segi
penyelesaian masalah dan komunikasi. Guru haruslah bijak memilih aktiviti yang hendak
dilaksanakan agar dapat menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap pembelajaran dan dapat
memenuhi keperluan murid melalui pelbagai gaya pembelajaran.
Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan membentuk
persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada
peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat agar murid
tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk memastikan murid
dapat melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik panduan
melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat dua jenis rubrik (analitik dan holistik)
dan terpulanglah kepada guru, rubrik manakah yang hendak digunakan berdasarkan kepada
tujuan penilaian.
Secara keseluruhan, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dilihat mempunyai
kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang
mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian
dengan kebolehan murid. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek memberi peluang
kepada murid untuk terlibat secara aktif di dalam pembelajaran, terdedah kepada senario
pekerjaan sebenar, mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan
tugas walau masih terikat dengan skop dan masa yang ditetapkan. Selain itu, pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek dapat merungkaikan sistem belajar di sekolah yang ' rigid' dan
lebih tertumpu kepada teori sahaja (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2007a; Lopez & Lacueva,
2008). Maka, menjadi kerugian kepada guru dan murid jika kebaikan dan kelebihan PBP tidak
diaplikasikan dan seterusnya dimanfaatkan bersama.
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based
Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur :
Bahagian Teknologi Pendidikan.
Marsan Osman. (1999). Strategi pengajaran kemahiran berfikir secara penyebatian penuh
dalam mata pelajaran Sejarah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: UKM.
Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Nik Azida
Abd Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Prject Based Learning (PjBL) via e-SOLMS
Technology.
Bahagian Teknologi Pendidikan. 2006. Project Based Learning Handbook. Kuala
Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.
Bahagian Teknologi Pendidikan. 2007a. Laporan Pelaksanaan Projek Rintis Project
Based Learning. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.

Project based learning

  • 1.
    PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK ProjectBased Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zamanmoden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus ,iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar, boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian dan ia juga merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat pelajar serta memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contohnya seperti melukis pelan sekolah, projek mural dan lain-lain. Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Pembelajaran Berasaskan Projek dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek walaupun setelah is diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu. Dalam abad 19-an dan 20-an, budaya perindustrian telah membentuk organisasi dan kaedah pengajaran sekolah yang baru. Oleh itu, guru-guru perlu mengadaptasi perubahan abad ini. Pelajar perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran demi memenuhi permintaan tenaga kerja yang boleh merancang, bekerjasama, berkomunikasi serta mempunyai tanggungjawab sivik dan berperanan sebagai warganegara global. Hal demikian telah menyebabkan Pembelajaran Berasaskan Projek ini sebagai kaedah yang paling popular dalam sistem pendidikan. Pengajaran Berasaskan Projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus
  • 2.
    kepada matlamat yangspesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan keluarga. Pendekatan menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Menurut Chin (2007), jenis soalan dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek haruslah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar. Contoh-contoh projek yang boleh mencabar minda pelajar adalah seperti lawatan sambil belajar, penyiasatan ujikaji dalam makmal dan aktiviti-aktiviti yang merentasi kurikulum yang dapat meluaskan dan mengayakan kurikulum. Menjalankan projek dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menjadi satu budaya di Malaysia. Contohnya dalam mata pelajaran sejarah, guru akan membawa murid-murid ke lawatan sambil belajar serta membuat aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sejarah. Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi
  • 3.
    makna kepada mereka.Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti, Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik. Selain itu, penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga akan membantu untuk menarik minat pelajar untuk belajar suatu topic yang khusus dan memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topic tersebut. Di samping itu, melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan projek ini juga dapat mengajar pelajar untuk menerimadan menghormatiperbezaan individu serta menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing seterusnya dapat menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Lazimnya, Pembelajaran Berasaskan Projek ini akan mengambil masa yang panjang kerana memerlukan perancangan yang rapi agar pelajar mendapat input yang maksima sewaktu projek atau aktiviti dijalankan. Pembelajaran Berasaskan Projek boleh dilaksanakan semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Kaedah ini juga membantu guru untuk melibatkan murid secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang dikaji serta dapat memberi penekanan kepada kemahiran berfikir murid seterusnya memupuk sikap sabar dan disiplin dalam menjalankan aktiviti. Di samping itu, dengan melaksanakan kaedah ini, pelajar akan dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya dalam kehidupan seharian mereka. Kebaikan menggunakan kaedah ini juga adalah dapat menyokong pembelajaran murid dari segi penyelesaian masalah dan komunikasi. Guru haruslah bijak memilih aktiviti yang hendak dilaksanakan agar dapat menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap pembelajaran dan dapat memenuhi keperluan murid melalui pelbagai gaya pembelajaran. Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat dua jenis rubrik (analitik dan holistik)
  • 4.
    dan terpulanglah kepadaguru, rubrik manakah yang hendak digunakan berdasarkan kepada tujuan penilaian. Secara keseluruhan, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan kebolehan murid. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif di dalam pembelajaran, terdedah kepada senario pekerjaan sebenar, mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan tugas walau masih terikat dengan skop dan masa yang ditetapkan. Selain itu, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek dapat merungkaikan sistem belajar di sekolah yang ' rigid' dan lebih tertumpu kepada teori sahaja (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2007a; Lopez & Lacueva, 2008). Maka, menjadi kerugian kepada guru dan murid jika kebaikan dan kelebihan PBP tidak diaplikasikan dan seterusnya dimanfaatkan bersama.
  • 5.
    RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia.(2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan. Marsan Osman. (1999). Strategi pengajaran kemahiran berfikir secara penyebatian penuh dalam mata pelajaran Sejarah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: UKM. Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Nik Azida Abd Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Prject Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. Bahagian Teknologi Pendidikan. 2006. Project Based Learning Handbook. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan. 2007a. Laporan Pelaksanaan Projek Rintis Project Based Learning. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.