SlideShare a Scribd company logo
Usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Memantapkan Perpaduan
dan Integrasi Nasional
Kementerian Pelajaran (KPM) merasakan aktiviti pendidikan mesti memberi
keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di
kalangan rakyat yang boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem
pendidikan bagi melahirkan warganegara yang bertindak bijak menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan lokal atau tempatan (Abu Bakar, 1994).
KPM yang menyokong hasrat dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional,
bertanggungjawab memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat
kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan
negara. Fokus KPM dalam memantapkan perpaduan dan integrasi murid dalam
kalangan murid di sekolah mencakupi usaha seperti mengetengahkan dasar perpaduan
dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-
2010). Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar
tersebut dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010) yang
bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional
dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti
memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai
rakyat Malaysia, mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan dalam
perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah, meningkatkan toleransi dan
keharmonian antara kaum, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di
Semenanjung dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu
Bangsa Malaysia yang bersatu padu (Abu Bakar,1994).
Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam merangka
program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sistem
pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi interaksi
dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang masih berusia muda dengan
menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat menengah yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu bahasa
kebangsaan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta satu jenis peperiksaan
dan pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama, menyediakan kemudahan
dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini pada peringkat sekolah
rendah dan menengah sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar,
mengambil langkah-langkah tertentu bagi membolehkan sekolah-sekolah yang
pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja seperti sekolah jenis kebangsaan Cina,
sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama atau Sekolah Kebangsaan di kawasan
yang penduduknya satu kaum sahaja, kurikulum sekolah rendah dan sekolah
menengah memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah, budaya dan adat resam
kaum-kaum di Malaysia, dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama
negara ini, pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai
yang mendukung kepada pencapaian perpaduan Negara, pendidikan sepanjang hayat
dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal dalam usaha
memupuk perpaduan menerusi penyerapan unsurunsur perpaduan ke dalam kurikulum
dan kokurikulum dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi disediakan di semua
kawasan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. (PIPP 2006-2010).
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana
Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau
menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP
tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman
terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh
pada peringkat negeri, daerah dan sekolah. KPM telah menggerakkan semula RIMUP
dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk
membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum
sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.
Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan
murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong,
mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman
dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan
peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-
sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat
dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan
kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta
kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati
serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di
samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan
negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa (Noriati A.
Rashid, 2008)
Kerajaan juga telah menunjukkan usaha dalam memantapkan perpaduan da
integrasi kaum dengan mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya
bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti
berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal
bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan
kaum (Ahmad Ali,2015). Pembentukan rakyat yang diharapkan akan dicapai oleh PLKN
adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara yang diperkenalkan paa tahun 1991.
Memandangkan negara Malaysia mempunyai masyarakat yang bebilang kaum, agama,
dan budaya, adalah amat perlu dibina satu ikatan kesatuan, iaitu kecintaan pada ibu
pertiwi terhadap kaum remaja yang akan mewarisi kepemimpinan Negara pada masa
depan.
Rujukan
Abidin, M. (2007, Februari 20). Blogspot. Retrieved Ogos 3, 2015, from Falsafah dan
Etika Guru: http://mazvinaras.blogspot.com/2012/09/isu-integrasi-nasional-
perpaduan-kaum.html
Abidin, Z. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad, H. S. (1995). Penghantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional
Publisher Sdn. Bhd.
Ahmad, R. (2009, Jun 20). Panduan Malaysia. Retrieved August 2, 2015, from Panduan
Malaysia: http://www.panduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-
mantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html#axzz3jeDQEfc0
Aziz, B. A. (1996). Perlembagaan Sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal
Negara. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publisher Sdn. Bhd.
Nordin, A. B. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
Salleh, A. (1986). Traditional Element of Malaysia Constitution. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Salleh, A. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seman, A. A. (2015). Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional

More Related Content

What's hot

Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaNurul Nazirah Zaidin
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Little Butterfly
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
umiefatiya
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
muhammad
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Norliza Ahmad
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
IPGKTI
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
FaFai S.
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
FaFai S.
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Official : Kementerian Pelajaran Malaysia
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum
Star Ng
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
What's hot (20)

Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Viewers also liked

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Chon Seong Hoo
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKANkuangwei94
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...Asyraf Abdul Rahim
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Sherly Jewinly
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Azizi Ahmad
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Nirwanah Snd
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Rizki Lia Ismawati
 
Viewers also liked (20)

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Similar to Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional

Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
MUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
Kalai Shan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
rosmizai
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
zairul adnan
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
jamilah abdul halim
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
MSURATISIDEK
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
yusranpkgpt
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalnormazua
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalnormazua
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
wmaswa80
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
zikril65
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
Mazida Ahmad
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
jamilah abdul halim
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
Jack Ong
 
Integrasi Nasional
Integrasi Nasional Integrasi Nasional
Integrasi Nasional
yusranpkgpt
 
Similar to Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional (20)

EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
Integrasi Nasional
Integrasi Nasional Integrasi Nasional
Integrasi Nasional
 
More from Sherly Jewinly

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Sherly Jewinly
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Sherly Jewinly
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Sherly Jewinly
 
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Sherly Jewinly
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Sherly Jewinly
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
Sherly Jewinly
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Sherly Jewinly
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Sherly Jewinly
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Sherly Jewinly
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Sherly Jewinly
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship Senamrobik
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Sherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii

Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Sherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Sherly Jewinly
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Sherly Jewinly
 
More from Sherly Jewinly (20)

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Recently uploaded (6)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional

  • 1. Usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kementerian Pelajaran (KPM) merasakan aktiviti pendidikan mesti memberi keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan lokal atau tempatan (Abu Bakar, 1994). KPM yang menyokong hasrat dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, bertanggungjawab memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara. Fokus KPM dalam memantapkan perpaduan dan integrasi murid dalam kalangan murid di sekolah mencakupi usaha seperti mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006- 2010). Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar tersebut dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai rakyat Malaysia, mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah, meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenanjung dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu (Abu Bakar,1994). Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam merangka program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sistem
  • 2. pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi interaksi dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang masih berusia muda dengan menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu bahasa kebangsaan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta satu jenis peperiksaan dan pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama, menyediakan kemudahan dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar, mengambil langkah-langkah tertentu bagi membolehkan sekolah-sekolah yang pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja seperti sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama atau Sekolah Kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja, kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah, budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia, dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama negara ini, pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung kepada pencapaian perpaduan Negara, pendidikan sepanjang hayat dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal dalam usaha memupuk perpaduan menerusi penyerapan unsurunsur perpaduan ke dalam kurikulum dan kokurikulum dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi disediakan di semua kawasan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. (PIPP 2006-2010). Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah. KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.
  • 3. Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama- sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa (Noriati A. Rashid, 2008) Kerajaan juga telah menunjukkan usaha dalam memantapkan perpaduan da integrasi kaum dengan mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum (Ahmad Ali,2015). Pembentukan rakyat yang diharapkan akan dicapai oleh PLKN adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara yang diperkenalkan paa tahun 1991. Memandangkan negara Malaysia mempunyai masyarakat yang bebilang kaum, agama, dan budaya, adalah amat perlu dibina satu ikatan kesatuan, iaitu kecintaan pada ibu pertiwi terhadap kaum remaja yang akan mewarisi kepemimpinan Negara pada masa depan.
  • 4. Rujukan Abidin, M. (2007, Februari 20). Blogspot. Retrieved Ogos 3, 2015, from Falsafah dan Etika Guru: http://mazvinaras.blogspot.com/2012/09/isu-integrasi-nasional- perpaduan-kaum.html Abidin, Z. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad, H. S. (1995). Penghantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publisher Sdn. Bhd. Ahmad, R. (2009, Jun 20). Panduan Malaysia. Retrieved August 2, 2015, from Panduan Malaysia: http://www.panduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk- mantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html#axzz3jeDQEfc0 Aziz, B. A. (1996). Perlembagaan Sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal Negara. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publisher Sdn. Bhd. Nordin, A. B. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) Salleh, A. (1986). Traditional Element of Malaysia Constitution. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salleh, A. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Seman, A. A. (2015). Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.