SlideShare a Scribd company logo
MODUL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  BAHASA MELAYU BERASASKAN
           PROJEK
     Kemahiran Membaca dan Menulis




               Disunting oleh:
          Dr Fadzilah Abd Rahman

                Dihasilkan oleh:
           Siti Nazurana Bt Konaen
                   GS32349
         Fakulti Pengajian Pendidikan
          Universiti Putra Malaysia




               Cetakan Jun 2012




                                        1
Penghargaan                                   1
Pengenalan Modul                              2
Objektif                                      3
Manual Penggunaan Modul                       3
Latar Belakang Pendidikan                    4-7
Latar Belakang Kajian Pembelajaran            8
Berasaskan Projek
Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek       9-14
Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek   14-15
Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran      15-19
Berasaskan Projek Dalam P&P
Strategi Perlaksanaan                      19-40
Rancangan Pengajaran (RPH)
Pemarkahan Projek Pelajar                   41
Contoh Borang Penilaian                    42-44
Soalan berasaskan Projek                   45-46
Hasil Projek Pelajar                       47- 58
Kesimpulan                                 59-61
Bibliografi                                 62
Lampiran




                                                    2
PENGHARGAAN




 ‘Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta kepada para
                                      sahabat’

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus
Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah Bt
Abd Rahman, yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan
kertas kerja bertajuk ‘Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu’ ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia
berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat
disanjung tinggi.

Terima Kasih




SITI NAZURANA BT KONAEN




                                                                                      3
Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai
objektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut Muhammad
Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari
secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri
kerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat
melakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung.

       Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perlu
dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam
Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untuk
membantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi
Pengajaran Berasaskan Projek.

       Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru-
guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikan
penekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikan
di sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorang
guru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperoleh
pengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek.

       Isi kandungan modul ini merangkumi penjelasan tentang Pembelajaran Berasaskan
Projek yang meliputi objektif pembelajaran berasaskan projek, latar belakang kajian, konsep
dan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek, kelebihan dan kekurangan pengajaran
berasaskan projek, strategi pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan, pemarkahan
terhadap projek yang dilakukan oleh pelajar serta, projek yang berjaya dihasilkan oleh
pelajar. Modul ini memfokuskan kemahiran menulis dan membaca yang dapat diaplikasikan
selepas pelajar menyempurnakan projek yang telah diberikan oleh guru.

                                                                                         4
Objektif Pembinaan Modul
Terdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah:

   1. Mengenal pasti kesesuaian pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa
       Melayu berasaskan projek.
   2. Mengenal pasti keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek
       terhadap para pelajar.
   3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan modul pembelajaran dan
       pengajaran bahasa Melayu berasaskan projek.

Manual penggunaan Modul

Modul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam Pengajaran
Peribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaran
lengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaran
berasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan
Satu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini.

Pada akhir pengajaran pelajar-pelajar akan dapat:

   1. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu
   2. Mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.
   3. Mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.
   4. Mencari 50 jenis peribahasa Melayu beserta maksud dan membina contoh ayat yang
       sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.
   5. Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang
       diberikan
   6. Menjadikan pelajar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu
       tugasan.




                                                                                       5
PENGENALAN

                                Latar Belakang Pendidikan

        Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupan
berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan
pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia
yang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan
politik negara ini.

        Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada
sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis
daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba
disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan
keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan
dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada
awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan
inter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan
kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci.

        Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai „dasar
pendidikan kebangsaan‟. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini
dalam tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalam
pendahuluan akta pelajaran 1961: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang
diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politiknya...”

        Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan
kebangsaan ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu
sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplin
serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan
dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak

                                                                                       6
tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya
dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

       Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara.
Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan
tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai
garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru,
pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan
memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan
kepada kemakmuran negara.

       Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan
berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah
dan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti.
Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah
atau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses
penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran
ini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah
yang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977)
memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah:

       1. Objektif pengajaran.

Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif
pengajaran-pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif
pengajaran ini, guru perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk
mencapai objektif-objektif tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat,
tetapi kaedah tersebut mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yang
menarik tetapi objektif-objektif pengajaran dicapai agak lambat.




                                                                                         7
2. Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar
yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran
mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang
sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru
perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan
teknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih.
Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma
masa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha,
atau akhir pengajaran.

       3. Jangka masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau
60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan
jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam
jangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak
melebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan
dalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang
terlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam
jangka masa yang sepatutnya.

       4. Latar belakang dan jumlah pelajar

Kaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau
keupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang
memerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di
peringkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh
mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar,
biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau
bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halangan
bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar boleh
dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing-
masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal.

                                                                                        8
Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar
atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,
pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi
pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

       Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti
yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam
merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang
baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti
yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

       Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.

       Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh
guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara
berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

                                                                                           9
Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek

       Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara
guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan
projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan
Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan
banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

       Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria
mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

       Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar
bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu
dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan
kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang
sedia ada.

       Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu
dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.
Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang
lebih luas oleh seseorang pelajar.

       Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan
akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga
dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini
membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan
sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus
membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar
berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.



                                                                                         10
Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek

       Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur-
prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai
sesuatu tujuan.

      Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah
yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,
mengingat kembali dan penggunaan maklumat.

        Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang
teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk
menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh
dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan
guru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning”
menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori
ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia
sebenar.

       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak
dicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek
pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja
atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian
terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.

       Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi
menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan
kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama
tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari
sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta
projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan
perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau
jurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi
berasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan
kecenderungannya sendiri.


                                                                                       11
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk „Prinsip dan
Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu
untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah
dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid
dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan
menguasainya secara berkesan.

        Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan
kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai
hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur
yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses
pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri.
Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara
mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid,
merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan
seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran
yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan
seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih
berkesan.

        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem
aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa
perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar,
segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek
yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).

       Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah
laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini
menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan
pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku
yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia
harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan
semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan
pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan
pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran.

       Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan
ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik.


                                                                                             12
Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,
meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,
membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud
penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh
individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian
kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja
yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses
pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang
dikehendakinya pada masa itu.
       Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat
dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses
ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,
pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang
akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,
kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan
mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah
laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.

       Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan
kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai
objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk
kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan
perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan
perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu
pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang
disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.




                                                                                         13
Definisi Pengajaran Berasaskan Projek
        .
        Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk
projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri
serta amalan penerokaan oleh murid.

        Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat
mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.


        Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama
dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran
berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan
pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar
lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan
persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara
(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa
lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003).

        Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar dengan
membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal
(hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan
penemuan.

        Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari
kepentingan kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana
pemupukan kreativiti memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan
kurikulum dan pedagogi yang disarankan.



                                                                                                      14
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara
berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada
diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian
menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada
pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).

       Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi
projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini,
pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema
dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan
cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.

       Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah
memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini,
pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian
dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan
menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan
menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di
samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain
mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.

       Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran
murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan
hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui
aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid
dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu
situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.

       Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan
topik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti
pembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan

                                                                                      15
murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta
menguasai kemahiran dengan berkesan.


      Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan
kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini
pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah
permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru
berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti
dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara
berseorangan ataupun berkumpulan.

       Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-
tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan
cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak
sebagai pembimbing.


     Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan.




                                                                                       16
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka
sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan
Projek yang merangkumi:

             Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai
             Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran
             Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi
             Menggunakan kaedah pengalaman „hands-on‟
             Memberi pemahaman yang tinggi
             Boleh dirujuk oleh semua pelajar
             Melibatkan pelbagai mod komunikasi
             Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
             Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri
             Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan
             yang baru dengan yang lama
             Pembelajaran merentasi kurikulum
             Guru sebagai fasilitator.

             Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
             Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
             Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil
             yang siap.
             Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
              Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap
             tahap proses.
              Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
             Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
             maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
              Sesuai dengan murid dan kurikulum.
              Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.




                                                                                           17
Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek

       Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan
pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar
pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi
sentiasa   berlaku.   Tujuan   utama   strategi   ini   ialah   untuk   menggalakkan   pelajar
mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta
menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan
mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah,
pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan
lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif
pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan
pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.

       Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong
mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.

       Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara
aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk.

       Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan
kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

       Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.
Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis
sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.



                                                                                           18
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka
lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan
para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.

       Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan
kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia
dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang
berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik
yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar
mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk
sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta
menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

       Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah.

       Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan
pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran,
menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar
dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu
komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan
pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

       Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.
Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang
berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan
membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan
mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi.




                                                                                      19
Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan
projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini
memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa
meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana
maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu
untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan
semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

      Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah
mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara
berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia
akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada
pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru
untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya
intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan
sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang
diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar
untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh
menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek
yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam
tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap
pelajar dalam kumpulan.

      Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula
melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus
mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan
untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan
seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan
banyak lagi.

      Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan
menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu
projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang
menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini

                                                                                       20
akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak
diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap
pembelajaran mereka pada masa hadapan.

      Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak
kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan
kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka
suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding
menggunakan cara pengajaran seperti biasa.

Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu.

Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan
projek adalah seperti gambarajah di bawah.

                                              Memberikan
                                                Tugasan           Tugasan Perlu
                                               Mengikut          Mengambil Kira
                      Penyerahan               Kurikulum         Keupayaan Dan
                        Projek                                 Kemampuan Pelajar
                                                                  Yang Terlibat

          Pembentangan, Pen
                                                                         Menentukan Jadual
              ilaian Dan
                                                                              Kerja
           Pemurnian Tugas


      penyediaan jadual                                                       Memastikan
     penentu tugasan dan                                                      Bilangan Ahli
      panduan memberi                                                        Kumpulan Kecil
           markah


                                                                      Penilaian Projek Perlu
            Perlaksanaan dan                                          Mencerminkan Daya
              Perancangan                                              Usaha Setip Pelajar
                 Secara                                                 Dalam Kumpulan
              Berperingkat

                                Penilaian
                              Dilaksanakan           Guru Perlu Memberikan
                           Sepanjang Tempoh              Bimbingan dan
                                  Projek                  Pemantauan




                Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek

                                                                                               21
Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru
perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.
Perkara tersebut ialah:

   1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan
       kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.
       Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul
       dan dapat menilai pencapaian mereka.
   2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap
       kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.
   3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan
       penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.




Strategi Perlaksanaan Berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu

       Projek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akan
menguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek buku
skrab ini bertajuk, “Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu”.

       Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumi
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yang
perlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.         Pemilihan peribahasa hendaklah
dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu
khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakan
lanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasa
hendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa.
Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan
tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam
penulisan.


                                                                                       22
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Tarikh                    : 9 April 2012 (Isnin)
Masa                  : 10.30- 11.30 am
Tempoh                : 60 Minit
Tingkatan                 : 1 Cekap
Sekolah               : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor
Bil.Murid             :20 Orang
Matapelajaran         : Bahasa Melayu
Tajuk                     : Peribahasa Melayu
Tema                  : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa

                          Melayu

Objektif:                 : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

   1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.
   2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.
   3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.
   4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu
        contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.
   5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek
        yang diberikan.
   6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif
        dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Nilai- nilai murni:

 1.     Bekerjasama dalam kumpulan.
 2.     Hormat- menghormati
 3.     Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.

Aktiviti/ Isi Pengajaran :

 1.     Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya.
 2.     Perbincangan maksud beserta contoh ayat.
 3.     Pembentangan kumpulan.

                                                                                      23
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

Kemahiran Berfikir

Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,

penggabungjalinan dan teknik       perbincangan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar           :

Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.

Kemahiran Bahasa

   1. Membaca dan Menulis
   2. Mendengar

Refleksi :

 1.    Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu.
 2.    Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan
       peribahasa yang dinyatakan.
 3.    Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan
       pengetahuan mereka.




                                                                                   24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

                               KAEDAH PENGAJARAN
LANGKAH           ISI                  &                       CATATAN
              PENGAJARAN         PEMBELAJARAN



Set induksi Gambaran           1. Guru menerangkan         1. Teknik mengimbas
(10 minit) mengenai tajuk         maksud peribahasa           kembali .
            pengajaran iaitu      melayu.                  2. Menghubungkaitkan
            projek menguji     2. Guru menyenaraikan       3. Mendengar aktif
            kefahaman             jenis-jenis peribahasa
            pelajar terhadap      melayu.
            peribahasa         3. Guru menerangkan
            Melayu.               tajuk tugasan secara
                                  terperinci.



Langkah 1    Membahagikan      1. Pelajar dibahagikan      1. Mendengar aktif
(10 minit)   pelajar kepada       kepada 4 kumpulan
             beberapa          2. Melantik ketua
             kumpulan             kumpulan
                               3. Setiap kumpulan
                                  diberikan tajuk yang
                                  berbeza.
                                      Kumpulan 1
                                      peribahasa tentang
                                      Ayam
                                      Kumpulan 2
                                      Peribahasa tentang
                                      Hati
                                      Kumpulan 3
                                      Peribahasa tentang
                                      Kaki
                                      Kumpulan 4
                                      Peribahasa tentang
                                      Anak



Langkah 2    Latihan           1. Guru mengedarkan         1. Menguji kefahaman
 (5 minit)   pemahaman            soalan pemahaman            pelajar secara
                                  kepada setiap               berkumpulan.
                                  kumpulan.                2. Ujian kefahaman
                               2. Jawap 20 soalan             dilakukan sebelum

                                                                          25
dalam tempoh masa           memulakan projek.
                                   yang ditetapkan.

Langkah 3    Sesi               1. Guru meminta pelajar     1. Menghubungkaitkan
(20minit)    perbincangan          duduk secara             2. Menjana idea
                                   berkumpulan.             3. Berbincang, inkueri
                                2. Setiap kumpulan perlu       penemuan
                                   mencari 50 peribahasa    4. Penggunaan internet,
                                   Melayu beserta makna        notebook, Kamus
                                   dan contoh ayat             peribahasa.
                                   berdasarkan jenis        5. Interpersonal
                                   peribahasa yang          6. Keberanian
                                   mereka pilih.               berhadapan dengan
                                3. Setiap kumpulan             orang ramai.
                                   diberi kebebasan
                                   memilih alat bantu
                                   mengajar.
                                4. Ketua kumpulan
                                   mengagihkan tugasan
                                   kepada ahli-ahli.
                                5. Setiap ahli mencari 10
                                   peribahasa yang
                                   berlainan.
                                6. Ahli kumpulan akan
                                   menggabungkan hasil
                                   dapatan mereka.




Langkah 4    Pembentangan,      1. Setiap kumpulan akan
(15 minit)   penyelarasan dan      membentangkan hasil
             pemurnian             di hadapan kelas.
             projek             2. Guru akan menyemak
                                   jawapan pelajar.
                                3. Guru membetulkan
                                   ayat murid yang salah.
                                4. Guru akan menegur
                                   kesilapan yang
                                   dilakukan agar pelajar
                                   dapat membuat
                                   penambahbaikan
                                   terhadap projek yang
                                   mereka lakukan.
                                5. Guru menyoal murid

                                                                            26
tentang perkara yang
                                            dipelajari.



   Penutup       Penangguhan            1. Projek akan
   (5 minit)     pelaksanaan               bersambung pada
                                           minggu hadapan
                 projek


SET INDUKSI

Guru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu.
Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikan
oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana
objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran
murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai
mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan
mengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas.
Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasa
Melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikh
serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.

LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)

Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri
daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan
masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada
ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.
Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenis
peribahasa melayu    beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap
peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.
Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajuk
projek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentang
Ayam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentang
Hati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kaki
beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak


                                                                                        27
beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan
projek ini.




Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulan

LANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)

Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap
pengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman
yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu
menguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yang
diberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah.

LATIHAN PEMAHAMAN

Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendaki
memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat.

    1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami
       pelajaranyang sedang diajar.

        A.    terang hati
        B.    sampai hati
        C.    cekal hati
        D.    ada hati

    2. Norshahrul merupakan ............... pasukan Kelantan. Tidak hairanlah segala
       kemahuannya dituruti.

        A.    Ayam tambatan
        B.    Buah hati
        C.    ringan tulang
        D.    tulang empat kerat

                                                                                              28
3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
   terbiar.

   A.   ada hati
   B.   cekal hati
   C.   kecil hati
   D.   rendah hati


4. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai
   perlawananbola sepak.

   A.    jauh hati
   B.   kecil hati
   C.   berat hati
   D.   patah hati


5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka
   bolehmengapa kita tak boleh.

   A.   ambil hati
   B.   iri hati
   C.   cekal hati
   D.   besar hati


6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik
   kita akan dapat ..............

   A.   bekas tangan
   B.   tanda mata
   C.   buah hati
   D.   mengadu nasib

7. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

   A.   membuka tembelang
   B.   membuka langkah
   C.   membuka mulut
   D.   membuka kaki


8. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di
   belakang rumah.

   A.   berkaki ayam
   B.   berkaki bangku
   C.   berkaki botol
   D.   berkaki bola

                                                                                            29
9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak
   Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik.

    A.   ibu angkat
    B.   anak emas
    C.   buah hati
    D.   ibu tiri

10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu
    berusahamencari kerja.

    A.   makan angin
    B.   memilih bulu
    C.   makan tidur
    D.   bermain mata

11. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

    A.   rusa masuk kampung
    B.   beruang dalam belukar
    C.   kuda belang
    D.   lipas kudung

12. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............

    A.   rusa masuk kampung
    B.   burung dalam sangkar
    C.   ayam kehilangan anak
    D.   anjing menyalak bukit


13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
    mendakwa pengadil itu ............... .

    A.   berat perut
    B.   berat badan
    C.   berat mata
    D.   berat sebelah

14. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................

            A.   curi hati
            B.   curi tulang
            C.   curi ayam
            D.   curi kerja

15. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.

 A. Dengar telinga
 B. Dengan lihat

                                                                                            30
C. Pasang telinga
 D. Pasang mata


16. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

 A.   rusa masuk kampung
 B.   beruang dalam belukar
 C.   kuda belang
 D.   lipas kudung


17. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............

     A.   rusa masuk kampung
     B.   burung dalam sangkar
     C.   ayam kehilangan anak
     D.   anjing menyalak bukit

18. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ .

A.   curi hati
B.   curi tulang
C.   curi ayam
D.   curi kerja


19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan
    hal oranglain.

A.   buah mulut
B.   murah mulut
C.   mulut besar
D.    bawa mulut


20. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.

A.   hati batu
B.   kepala batu
C.   batu keras
D.   batu api




                                                                                            31
LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan)

       Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkan
kumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tajuk tugasan yang
diperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam sesi perbincangan setiap kumpulan
perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis
peribahasa yang mereka pilih. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantu
mengajar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaan
internet, notebook, dan kamus peribahasa. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasan
kepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 10 peribahasa yang berlainan.
Melalui aktiviti perbincangan ia akan mampu menjana idea yang bernas daripada ahli-ahli
kumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.
Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek iaitu ketika setiap
kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru memantau peranan setiap
ahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri dalam
perbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli kumpulan akan
menggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh. Selepas itu pelajar diarahkan untuk
menyenaraikan contoh peribahasa beserta maksud dan contoh ayat yang sesuai di atas kertas
mahjong.


       Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang
dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan
pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin
dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong
pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh
mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir
tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contoh
hasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut.




                                                                                        32
PERIBAHASA MELAYU.


Cari Maksud Peribahasa dan Bina Ayat Menggunakan Peribahasa Tersebut.



ARAHAN:
1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
3. Ketua kumpulan mencabut undi bagi mendapatkan tugasan kumpulan.
4. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan selama 20 minit.
5. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan
6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya.


TUGASAN KUMPULAN:
Kumpulan 1
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
gunting, kertas A4 dan Pensel warna.


Peribahasa Tentang Ayam

    1. Buta Ayam = Rabun Ayam
       Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
       Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta
       ayam.

    2. Hangat-Hangat Tahi Ayam
       Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
       Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-
       sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.


    3. Ibu Ayam
       Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
       Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

    4. Kaki Ayam = Berkaki Ayam
       Maksud: Tidak memakai kasut.


                                                                                                       33
Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana
   kasutnya telah hilang


5. Ajak-Ajak ayam
   Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
   Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak
   ayam.

6. Ayam Tambatan:
   Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam
   pasukan permainan).
   Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor
   kerana kehandalannya menjaringkan gol.


7. Ayam Jalak
   Maksud: Orang yang berani.
   Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya
   menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

8. Musang berbulu ayam
   Maksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik
   Contoh: Ali umpama musang berbulu ayam, siang dia membantu ibunya di kedai, waktu
   malam pula dia mencuri.

9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling
   Maksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lain
   Contoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak
   tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan
   pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama
   seperti ayat „ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar
   sekeliling.

10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga
    perginya.
    Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan
    negerinya sendiri
    Contoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia
    umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan
    juga perginya..




                                                                                       34
Kumpulan 2

Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayat

berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,

gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Kaki

    1. Kaki Arak
       Maksud: Orang yang suka minum arak.
       Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk
       membeli arak.

    2. Jalan Kaki
       Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
       Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari
       rumahnya tidak jauh.

    3. Kaki Bangku
       Maksud: Tidak pandai bermain bola.
       Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.


    4. Kaki Buli
       Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
       Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang
       diketuai oleh Hamzah.

    5. Kaki Gaduh
       Maksud: Orang yang suka bergaduh.
       Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di
       kampungnya.


    6. Kaki Gunung
       Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
       Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan
       pendakian ke puncak.

    7. Kaki Judi
       Maksud: Orang yang suka bermain judi.
       Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya
       di meja judi.

                                                                                                       35
8. Kaki Langit
       Maksud: Langit di bahagian bawah.
       Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

    9. Kaki Rambu
       Maksud: Orang yang suka merayau.
       Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika
       sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.


    10. Kaki Umpat
       Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
       Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan
       orang sahaja.



Kumpulan 3

Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayat

berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,

gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Anak

    1. Anak Air
       Maksud: Sungai kecil.
       Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk
       mengairi tanaman.

    2. Anak Baju
       Maksud: Baju dalam.
       Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.


    3. Anak Buah
       Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
       Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa
       kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
       Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

    4. Anak Emas
       Maksud: Orang yang sangat disayangi.

                                                                                                        36
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan
       kesetiaannya



   5. Anak Gahara
      Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
      Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku
      Puteri Halijah.

   6. Anak Haram
      Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
      Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.


   7. Anak Jantan
      Maksud: Lelaki yang berani.
      Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan
      kebenaran demi maruah keluarganya.

   8. Anak Kandung
      Maksud: Anak sendiri.
      Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.


   9. Anak Tunggal
      Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
      Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

   10. Anak Piatu
      Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
      Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.



LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek)

       Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiap
kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru akan menyemak
jawapan setiap kumpulan, jika terdapat kesalah maksud atau ayat, guru akan membetulkan
kesalahan tersebut. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat
penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.Setelah selesai pembentangan, guru
akan mengadakan sesi soal jawap dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari.


                                                                                        37
Melalui Aktiviti pembentangan, guru       boleh memupuk semangat keberanian dan
menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4,
secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu
kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan),
kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiran
menulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkan
nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing,
keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya.

PENUTUP

         Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas
telah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli
kumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap.




                          RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh                  : 16 April 2012 (Isnin)
Masa                   : 10.30- 11.30 am
Tempoh                 : 60 Minit
Tingkatan               : 1 Cekap
Sekolah                : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor
Bil.Murid              :20 Orang
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk                   : Projek Buku Skrap
Tema                   : Peribahasa Melayu

Objektif:               : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

   1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.
   2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.
   3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.
   4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu
         contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.


                                                                                      38
5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek
       yang diberikan.
   6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif
       dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Nilai- nilai murni:

   1. Bekerjasama dalam kumpulan.
   2. Hormat- menghormati
   3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.

Aktiviti/ Isi Pengajaran :

   1. Mengumpulkan data atau maklumat yang diperoleh
   2. Perlaksanaan buku skrap
   3. Penilaian oleh guru

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir

Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali menilai,

penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik       perbincangan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik, soft skill.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar           :

Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.




                                                                                      39
Refleksi :

   1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku
       skrap.
   2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan
       buku skrap.
   3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar.
   4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.




                       RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


                                   KAEDAH PENGAJARAN
LANGKAH             ISI                    &                         CATATAN
                PENGAJARAN           PEMBELAJARAN


Set induksi Gambaran               1. Guru menerangkan          1. Teknik mengimbas
(10 minit) mengenai projek            cara pelaksanaan             kembali .
            yang akan                 projek                    2. Menghubungkaitkan
            dilakukan              2. guru menyediakan          3. Mendengar aktif
                                      (atau menyuruh
                                      murid-murid
                                      menyediakan) bahan-
                                      bahan dan alat-alat
                                      yang diperlukan
                                   3. Guru meminta para
                                      pelajar mengeluarkan
                                      semua bahan-bahan
                                      yang akan digunakan.




                                                                                    40
Langkah 1    Membahagikan       1. Pelajar duduk secara       2. Mendengar aktif
 (5 minit)   pelajar mengikut      berkumpulan.
             kumpulan              Kumpulan 1
             masing-masing         peribahasa tentang
                                   Ayam
                                   Kumpulan 2
                                   Peribahasa tentang
                                   Hati
                                   Kumpulan 3
                                   Peribahasa tentang
                                   Kaki
                                   Kumpulan 4
                                   Peribahasa tentang
                                  Anak
                                                                  1. Pelajar
Langkah 2    Menghasilkan       1. Dapatan kajian yang     mengumpulkan dapatan
(40minit)    buku skrap            diperoleh berdasarkan
                                                           maklumat
                                   pembentangan pada
                                   minggu lepas                   2. Pelajar
                                   dikumpulkan.            menyediakan
                                2. buku skraf dihasilkan
                                                           Buku skrap yang lengkap
                                   mengikut kreativiti
                                   setiap ahli kumpulan.   berasaskan topik
                                3. Setiap ahli kumpulan
                                   perlu bekerjasama
                                   dalam menyiapkan
                                   projek ini.
                                4. Buku skrap yang
                                   telah siap akan
                                   diserahkan kepada
                                   guru.




                                                                                     41
1. Guru akan membuat
Penutup       Guru membuat      1.Guru akan memberikan         penilai terhadap hasil
(5 minit)     penilaian         markah berdasarkan
                                                               pembentangan pelajar dan
              terhadap projek   ketepatan maksud peribahasa
              yang dihasilkan   dan contoh ayat, kekemasan,    hasil projek buku skrap
                                dan daya kreativiti pelajar    yang dihasilkan oleh setiap
                                dalam menghasilkan buku
                                                               kumpulan
                                skrap
                                2. Guru menyimpulkan
                                Pelajaran.
                                3.Guru memberi pujian dan
                                dorongan kepada murid
                                supaya berusaha membaiki
                                kelemahan diri.
                                4.Buku skrap yang cantik dan
                                kreatif akan di pamerkan di
                                dalam kelas.




SET INDUKSI

Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan
projek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid
menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar
mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.

LANGKAH 1

Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secara
berkumpulan.

       -    Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam
       -    Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati
       -    Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki
       -    Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak

LANGKAH 2

       Menghasilkan buku skrap. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan
pada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan. buku skrap akan dihasilkan
mengikut kreativiti setiap kumpulan. buku skrap yang dihasilkan perlulah mengikut terma
dan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri dan bekerjasama
dalam menyiapkan buku skrap ini. Guru berperanan sebagai pemerhati dan member penilaian

                                                                                         42
berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akan
diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.




LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan)

       Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap
kumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan
contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.



       Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan
memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat
membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini
sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan „open-
ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada
itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan
ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah
satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir
sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Guru
menyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepada
murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di
pamerkan di dalam kelas.




                                                                                        43
PEMARKAHAN PROJEK


Pembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah.
Pembahagian markah adalah seperti berikut:

   (a) BukuSkrap
       1. Isi kandungan buku skrap                                               40%
               - Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan
               - Ketepatan maksud
               - Contoh ayat
       2. Hiasan dan dekorasi buku skrap                                         10%
   (b) Pembentangan                                                              25%
   (c) Latihan pemahaman                                                         10%
   (d) Penglibatan Pelajar                                                       15%
           - Kerjasama dalam kumpulan
           - Keterlibatan dalam perlaksanaan projek



                                      PENILAIAN PROJEK


       Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan
murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-
ciri penilaian projek ialah:


       -   Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
       -   Berbentuk jangka panjang
       -   Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
       -   Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat
           jawapan yang benar.
       -   Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam
           kumpulan secara koperatif.
       -   Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
       -   Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.




                                                                                           44
Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan:
           - Kreativiti
           - kemahiran merancang
           - integrasi pengetahuan
           - kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
           - pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu
           - melaksana dan menghasilkan sesuatu
           - pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
           - aktiviti yang bermakna


Dengan itu, penilaian projek ini dapat:


           - mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar
           - memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik
           - membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik
               mungkin.


Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan
projek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek,
bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.

Penilaian Melalui Portfolio


       Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,
kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan
yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu
jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang
memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992).



         Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yang
dihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh mana
pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan
yang diberikan.

                                                                                          45
Kaedah Pemerhatian

           Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe¬merhatian iaitu kategori
tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku
yang perlu diperhati dan direkodkan. Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatian
merupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalam
bilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran. Semasa membuat
pemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guru
harus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru juga
perlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru boleh
menggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahan
tingkah laku ingin dinilai.



            Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan
murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalam
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatian
ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama ada
murid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawab
secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yang
dibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah.

                                 Penglibatan                        Latihan                                   Penghasilan
      Nama                      pelajar dalam                     pemahaman    Pembentangan                   buku skrap
    kumpulan                        kelas                            10%           20%                           50%
                                     10%
Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4


Markah : ........................................
Nama dan tandatangan guru:                                                    Tarikh:......................................
...............................................................

                                                                                                                              46
................................................................


Rajah 3: Contoh Borang Penilaian secara kumpulan pembelajaran Berasaskan Projek

CONTOH SOALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Kumpulan 4
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

PERIBAHASA TENTANG HATI
Bina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
       1. Peribahasa :__________________________
           Maksud : ___________________________________.
           Contoh Ayat:
           ____________________________________________________________
              ___________________________________________________
           2. Peribahasa :__________________________
              Maksud : ___________________________________.
              Contoh Ayat:
              ____________________________________________________________
                 ___________________________________________________

           3. Peribahasa :__________________________
              Maksud : ___________________________________.
              Contoh Ayat:
              ____________________________________________________________
                 ___________________________________________________

           4. Peribahasa :__________________________
              Maksud : ___________________________________.
              Contoh Ayat:
              ____________________________________________________________
                 ___________________________________________________

           5. Peribahasa :__________________________
              Maksud : ___________________________________.
              Contoh Ayat:
              ____________________________________________________________
                 ___________________________________________________

           6. Peribahasa :__________________________


                                                                                                        47
Maksud : ___________________________________.
   Contoh Ayat:
   ____________________________________________________________
   ___________________________________________________

7. Peribahasa :__________________________
   Maksud : ___________________________________.
   Contoh Ayat:
   ____________________________________________________________
   ___________________________________________________

8. Peribahasa :__________________________
   Maksud : ___________________________________.
   Contoh Ayat:
   ____________________________________________________________
   ___________________________________________________

9. Peribahasa :__________________________
   Maksud : ___________________________________.
   Contoh Ayat:
   ____________________________________________________________
   ___________________________________________________


10. Peribahasa :__________________________
    Maksud : ___________________________________.
    Contoh Ayat:
    ____________________________________________________________
   ___________________________________________________




                                                                   48
HASIL PROJEK PELAJAR




          RA




         RAJ AH:




                       49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
KESIMPULAN


          Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan
pelajar    yang   melibatkan   pelajar    menerbitkan   atau   membangunkan    produk   dan
mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini,
pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah
permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru
berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti
dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara
berseorangan ataupun berkumpulan.

          Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah
berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna
kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan
guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

          Dalam sesuatu proses pengajaran, beberapa strategi pendekatan perlu di
pertimbangkan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjalankan Projek Buku Skrap, dengan
menggunakan tema Peribahasa Melayu. Antara strategi yang terdapat dalam perlaksanaan
pengajaran berasaskan projek ini ialah:

          Memberi tugasan mengikut kurikulum. Guru menggunakan Kurikulum Bahasa
          Melayu dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu.


          Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru
          haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar
          faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar-
          benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik.

          Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru haruslah memastikan
          bilangan ahli kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 5 orang ahli. Setiap kumpulan
          diberikan tajuk projek yang sama iaitu, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap

                                                                                         61
pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu
beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk
menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.


Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guru
harus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek
ini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan ini
akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar
semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.

Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guru
haruslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan
mereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulan
yang terlibat.


Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Guru juga berpeluang
menilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang,
integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Guru
haruslah membuat penilaian kepada setiap kumpulan berdasarkan beberapa aspek,
iaitu semangat berpasukan, hasil dapatan kajian, pembentangan dan kreativiti buku
skrap yang di hasilkan.


Hasil dapatan kajian di kumpulkan. Setiap kumpulan haruslah mengumpulkan hasil
dapatan yang diperoleh oleh setiap ahli dikumpulkan.


Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek. Pada tarikh yang ditetapkan,
kesemua kumpulan perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapan
guru dan rakan-rakan. Markah akan diambil oleh guru melalui pembentangan ini.
Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan hasil dapatan kajian yang
diperoleh. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat
penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.




                                                                               62
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek

More Related Content

What's hot

Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
aminnafek
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Norliza Ahmad
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
Ppg Pathma Nathan
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Official : Kementerian Pelajaran Malaysia
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
noorfarahanahmohdnoo
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
Aeyn Solehah
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
Tien Yu Yu
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 

What's hot (20)

Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 

Viewers also liked

Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningthongsewkim
 
konsep KBAT dan i-THINK
 konsep KBAT dan i-THINK konsep KBAT dan i-THINK
konsep KBAT dan i-THINK
Tajulddin Muhammad
 
Latihan dlm perkhidmatan i think
Latihan dlm perkhidmatan i thinkLatihan dlm perkhidmatan i think
Latihan dlm perkhidmatan i think
zarinazakaria247
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Mokhzani Fadir
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Mokhzani Fadir
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i thinkCikgu Bibi
 
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdpSampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
1. konsep-kbat-dan-i-think
1. konsep-kbat-dan-i-think1. konsep-kbat-dan-i-think
1. konsep-kbat-dan-i-think
Mokhzani Fadir
 
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumElemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Mokhzani Fadir
 
Panduan iTHINK
Panduan iTHINKPanduan iTHINK
Panduan iTHINKALSAFII
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i thinkHazlee Gapal
 

Viewers also liked (12)

Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
konsep KBAT dan i-THINK
 konsep KBAT dan i-THINK konsep KBAT dan i-THINK
konsep KBAT dan i-THINK
 
Latihan dlm perkhidmatan i think
Latihan dlm perkhidmatan i thinkLatihan dlm perkhidmatan i think
Latihan dlm perkhidmatan i think
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i think
 
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdpSampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
 
1. konsep-kbat-dan-i-think
1. konsep-kbat-dan-i-think1. konsep-kbat-dan-i-think
1. konsep-kbat-dan-i-think
 
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumElemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam Kurikulum
 
Panduan iTHINK
Panduan iTHINKPanduan iTHINK
Panduan iTHINK
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think
 

Similar to Pembelajaran berasaskan projek

15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
lieytech
 
MoLIB_Numerasi.pdf
MoLIB_Numerasi.pdfMoLIB_Numerasi.pdf
MoLIB_Numerasi.pdf
ssuserc1864f
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
liaw5
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
MOHDZAINUDINJENAL
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaAizat Fikri
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
Saadiah Mohammad
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
Nasran Syahiran
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Vijaen Cool
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
alhakimi007
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
damiaafina
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
HALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Dr. Saprani
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
amirSKKT
 

Similar to Pembelajaran berasaskan projek (20)

15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
 
MoLIB_Numerasi.pdf
MoLIB_Numerasi.pdfMoLIB_Numerasi.pdf
MoLIB_Numerasi.pdf
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Proposal azmy
Proposal azmyProposal azmy
Proposal azmy
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 

Recently uploaded

1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 

Pembelajaran berasaskan projek

  • 1. MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN PROJEK Kemahiran Membaca dan Menulis Disunting oleh: Dr Fadzilah Abd Rahman Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt Konaen GS32349 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Cetakan Jun 2012 1
  • 2. Penghargaan 1 Pengenalan Modul 2 Objektif 3 Manual Penggunaan Modul 3 Latar Belakang Pendidikan 4-7 Latar Belakang Kajian Pembelajaran 8 Berasaskan Projek Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek 9-14 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek 14-15 Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran 15-19 Berasaskan Projek Dalam P&P Strategi Perlaksanaan 19-40 Rancangan Pengajaran (RPH) Pemarkahan Projek Pelajar 41 Contoh Borang Penilaian 42-44 Soalan berasaskan Projek 45-46 Hasil Projek Pelajar 47- 58 Kesimpulan 59-61 Bibliografi 62 Lampiran 2
  • 3. PENGHARGAAN ‘Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta kepada para sahabat’ Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah Bt Abd Rahman, yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk ‘Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu’ ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung tinggi. Terima Kasih SITI NAZURANA BT KONAEN 3
  • 4. Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut Muhammad Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri kerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat melakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung. Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untuk membantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi Pengajaran Berasaskan Projek. Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru- guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikan penekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikan di sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorang guru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperoleh pengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek. Isi kandungan modul ini merangkumi penjelasan tentang Pembelajaran Berasaskan Projek yang meliputi objektif pembelajaran berasaskan projek, latar belakang kajian, konsep dan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek, kelebihan dan kekurangan pengajaran berasaskan projek, strategi pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan, pemarkahan terhadap projek yang dilakukan oleh pelajar serta, projek yang berjaya dihasilkan oleh pelajar. Modul ini memfokuskan kemahiran menulis dan membaca yang dapat diaplikasikan selepas pelajar menyempurnakan projek yang telah diberikan oleh guru. 4
  • 5. Objektif Pembinaan Modul Terdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah: 1. Mengenal pasti kesesuaian pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berasaskan projek. 2. Mengenal pasti keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek terhadap para pelajar. 3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berasaskan projek. Manual penggunaan Modul Modul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam Pengajaran Peribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaran lengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaran berasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan Satu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini. Pada akhir pengajaran pelajar-pelajar akan dapat: 1. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu 2. Mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Mencari 50 jenis peribahasa Melayu beserta maksud dan membina contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 5. Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan 6. Menjadikan pelajar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. 5
  • 6. PENGENALAN Latar Belakang Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupan berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara ini. Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai „dasar pendidikan kebangsaan‟. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalam pendahuluan akta pelajaran 1961: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...” Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak 6
  • 7. tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada kemakmuran negara. Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah dan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah atau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran ini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977) memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah: 1. Objektif pengajaran. Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran-pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini, guru perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat, tetapi kaedah tersebut mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yang menarik tetapi objektif-objektif pengajaran dicapai agak lambat. 7
  • 8. 2. Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan teknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih. Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha, atau akhir pengajaran. 3. Jangka masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan dalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya. 4. Latar belakang dan jumlah pelajar Kaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di peringkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing- masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal. 8
  • 9. Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. 9
  • 10. Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata. Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih luas oleh seseorang pelajar. Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 10
  • 11. Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur- prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai sesuatu tujuan. Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat. Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek. Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri. 11
  • 12. Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk „Prinsip dan Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan menguasainya secara berkesan. Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid, merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya). Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran. Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. 12
  • 13. Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus, membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang dikehendakinya pada masa itu. Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya, pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu, kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar. Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 13
  • 14. Definisi Pengajaran Berasaskan Projek . Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara (Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003). Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar dengan membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal (hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan penemuan. Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari kepentingan kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana pemupukan kreativiti memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan kurikulum dan pedagogi yang disarankan. 14
  • 15. Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999). Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar. Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai. Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan. Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti pembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran- kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan 15
  • 16. murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan. Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing. Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. 16
  • 17. Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi: Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi Menggunakan kaedah pengalaman „hands-on‟ Memberi pemahaman yang tinggi Boleh dirujuk oleh semua pelajar Melibatkan pelbagai mod komunikasi Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 17
  • 18. Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan. Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk. Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa. 18
  • 19. Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar. Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi. 19
  • 20. Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan. Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi. Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini 20
  • 21. akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa. Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek adalah seperti gambarajah di bawah. Memberikan Tugasan Tugasan Perlu Mengikut Mengambil Kira Penyerahan Kurikulum Keupayaan Dan Projek Kemampuan Pelajar Yang Terlibat Pembentangan, Pen Menentukan Jadual ilaian Dan Kerja Pemurnian Tugas penyediaan jadual Memastikan penentu tugasan dan Bilangan Ahli panduan memberi Kumpulan Kecil markah Penilaian Projek Perlu Perlaksanaan dan Mencerminkan Daya Perancangan Usaha Setip Pelajar Secara Dalam Kumpulan Berperingkat Penilaian Dilaksanakan Guru Perlu Memberikan Sepanjang Tempoh Bimbingan dan Projek Pemantauan Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek 21
  • 22. Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan. Perkara tersebut ialah: 1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu. Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul dan dapat menilai pencapaian mereka. 2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya. 3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang. Strategi Perlaksanaan Berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Projek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akan menguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek buku skrab ini bertajuk, “Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu”. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yang perlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakan lanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasa hendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa. Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam penulisan. 22
  • 23. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 9 April 2012 (Isnin) Masa : 10.30- 11.30 am Tempoh : 60 Minit Tingkatan : 1 Cekap Sekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor Bil.Murid :20 Orang Matapelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Peribahasa Melayu Tema : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa Melayu Objektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat : 1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan. 6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan. 2. Hormat- menghormati 3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan. Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya. 2. Perbincangan maksud beserta contoh ayat. 3. Pembentangan kumpulan. 23
  • 24. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincangan Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill. Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas. Bahan Bantu Mengajar : Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks. Kemahiran Bahasa 1. Membaca dan Menulis 2. Mendengar Refleksi : 1. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu. 2. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang dinyatakan. 3. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka. 24
  • 25. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAEDAH PENGAJARAN LANGKAH ISI & CATATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN Set induksi Gambaran 1. Guru menerangkan 1. Teknik mengimbas (10 minit) mengenai tajuk maksud peribahasa kembali . pengajaran iaitu melayu. 2. Menghubungkaitkan projek menguji 2. Guru menyenaraikan 3. Mendengar aktif kefahaman jenis-jenis peribahasa pelajar terhadap melayu. peribahasa 3. Guru menerangkan Melayu. tajuk tugasan secara terperinci. Langkah 1 Membahagikan 1. Pelajar dibahagikan 1. Mendengar aktif (10 minit) pelajar kepada kepada 4 kumpulan beberapa 2. Melantik ketua kumpulan kumpulan 3. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak Langkah 2 Latihan 1. Guru mengedarkan 1. Menguji kefahaman (5 minit) pemahaman soalan pemahaman pelajar secara kepada setiap berkumpulan. kumpulan. 2. Ujian kefahaman 2. Jawap 20 soalan dilakukan sebelum 25
  • 26. dalam tempoh masa memulakan projek. yang ditetapkan. Langkah 3 Sesi 1. Guru meminta pelajar 1. Menghubungkaitkan (20minit) perbincangan duduk secara 2. Menjana idea berkumpulan. 3. Berbincang, inkueri 2. Setiap kumpulan perlu penemuan mencari 50 peribahasa 4. Penggunaan internet, Melayu beserta makna notebook, Kamus dan contoh ayat peribahasa. berdasarkan jenis 5. Interpersonal peribahasa yang 6. Keberanian mereka pilih. berhadapan dengan 3. Setiap kumpulan orang ramai. diberi kebebasan memilih alat bantu mengajar. 4. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli. 5. Setiap ahli mencari 10 peribahasa yang berlainan. 6. Ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan mereka. Langkah 4 Pembentangan, 1. Setiap kumpulan akan (15 minit) penyelarasan dan membentangkan hasil pemurnian di hadapan kelas. projek 2. Guru akan menyemak jawapan pelajar. 3. Guru membetulkan ayat murid yang salah. 4. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 5. Guru menyoal murid 26
  • 27. tentang perkara yang dipelajari. Penutup Penangguhan 1. Projek akan (5 minit) pelaksanaan bersambung pada minggu hadapan projek SET INDUKSI Guru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu. Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikan oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan mengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas. Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasa Melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikh serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula. LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan) Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan. Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenis peribahasa melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya. Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajuk projek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentang Ayam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentang Hati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kaki beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak 27
  • 28. beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulan LANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman) Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap pengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu menguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yang diberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah. LATIHAN PEMAHAMAN Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendaki memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat. 1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaranyang sedang diajar. A. terang hati B. sampai hati C. cekal hati D. ada hati 2. Norshahrul merupakan ............... pasukan Kelantan. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti. A. Ayam tambatan B. Buah hati C. ringan tulang D. tulang empat kerat 28
  • 29. 3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar. A. ada hati B. cekal hati C. kecil hati D. rendah hati 4. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawananbola sepak. A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati 5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka bolehmengapa kita tak boleh. A. ambil hati B. iri hati C. cekal hati D. besar hati 6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat .............. A. bekas tangan B. tanda mata C. buah hati D. mengadu nasib 7. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain. A. membuka tembelang B. membuka langkah C. membuka mulut D. membuka kaki 8. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah. A. berkaki ayam B. berkaki bangku C. berkaki botol D. berkaki bola 29
  • 30. 9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik. A. ibu angkat B. anak emas C. buah hati D. ibu tiri 10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusahamencari kerja. A. makan angin B. memilih bulu C. makan tidur D. bermain mata 11. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . A. rusa masuk kampung B. beruang dalam belukar C. kuda belang D. lipas kudung 12. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............. A. rusa masuk kampung B. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anak D. anjing menyalak bukit 13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... . A. berat perut B. berat badan C. berat mata D. berat sebelah 14. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ A. curi hati B. curi tulang C. curi ayam D. curi kerja 15. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras. A. Dengar telinga B. Dengan lihat 30
  • 31. C. Pasang telinga D. Pasang mata 16. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . A. rusa masuk kampung B. beruang dalam belukar C. kuda belang D. lipas kudung 17. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............ A. rusa masuk kampung B. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anak D. anjing menyalak bukit 18. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ . A. curi hati B. curi tulang C. curi ayam D. curi kerja 19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal oranglain. A. buah mulut B. murah mulut C. mulut besar D. bawa mulut 20. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya. A. hati batu B. kepala batu C. batu keras D. batu api 31
  • 32. LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan) Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tajuk tugasan yang diperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam sesi perbincangan setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis peribahasa yang mereka pilih. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantu mengajar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaan internet, notebook, dan kamus peribahasa. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 10 peribahasa yang berlainan. Melalui aktiviti perbincangan ia akan mampu menjana idea yang bernas daripada ahli-ahli kumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek iaitu ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru memantau peranan setiap ahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri dalam perbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh. Selepas itu pelajar diarahkan untuk menyenaraikan contoh peribahasa beserta maksud dan contoh ayat yang sesuai di atas kertas mahjong. Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contoh hasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut. 32
  • 33. PERIBAHASA MELAYU. Cari Maksud Peribahasa dan Bina Ayat Menggunakan Peribahasa Tersebut. ARAHAN: 1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan. 2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua. 3. Ketua kumpulan mencabut undi bagi mendapatkan tugasan kumpulan. 4. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan selama 20 minit. 5. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan 6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya. TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 1 Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna. Peribahasa Tentang Ayam 1. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 2. Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan. Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh- sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam. 3. Ibu Ayam Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur. Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. 4. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut. 33
  • 34. Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang 5. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 6. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol. 7. Ayam Jalak Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut. 8. Musang berbulu ayam Maksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik Contoh: Ali umpama musang berbulu ayam, siang dia membantu ibunya di kedai, waktu malam pula dia mencuri. 9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling Maksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lain Contoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama seperti ayat „ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar sekeliling. 10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya. Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri Contoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya.. 34
  • 35. Kumpulan 2 Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna. Peribahasa Tentang Kaki 1. Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak. Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak. 2. Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh. 3. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak. 4. Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah. Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah. 5. Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh. Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya. 6. Kaki Gunung Maksud: Di bahagian permulaan gunung. Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak. 7. Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi. 35
  • 36. 8. Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah. Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja. 9. Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau. Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu. 10. Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang. Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja. Kumpulan 3 Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna. Peribahasa Tentang Anak 1. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 2. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 3. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 4. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. 36
  • 37. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya 5. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 6. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 7. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya. 8. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 9. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 10. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek) Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru akan menyemak jawapan setiap kumpulan, jika terdapat kesalah maksud atau ayat, guru akan membetulkan kesalahan tersebut. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.Setelah selesai pembentangan, guru akan mengadakan sesi soal jawap dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari. 37
  • 38. Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian dan menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4, secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan), kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiran menulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing, keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya. PENUTUP Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas telah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli kumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 16 April 2012 (Isnin) Masa : 10.30- 11.30 am Tempoh : 60 Minit Tingkatan : 1 Cekap Sekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor Bil.Murid :20 Orang Matapelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Projek Buku Skrap Tema : Peribahasa Melayu Objektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat : 1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 38
  • 39. 5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan. 6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan. 2. Hormat- menghormati 3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan. Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mengumpulkan data atau maklumat yang diperoleh 2. Perlaksanaan buku skrap 3. Penilaian oleh guru Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali menilai, penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincangan Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik, soft skill. Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas. Bahan Bantu Mengajar : Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks. 39
  • 40. Refleksi : 1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku skrap. 2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan buku skrap. 3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar. 4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAEDAH PENGAJARAN LANGKAH ISI & CATATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN Set induksi Gambaran 1. Guru menerangkan 1. Teknik mengimbas (10 minit) mengenai projek cara pelaksanaan kembali . yang akan projek 2. Menghubungkaitkan dilakukan 2. guru menyediakan 3. Mendengar aktif (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan- bahan dan alat-alat yang diperlukan 3. Guru meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan. 40
  • 41. Langkah 1 Membahagikan 1. Pelajar duduk secara 2. Mendengar aktif (5 minit) pelajar mengikut berkumpulan. kumpulan Kumpulan 1 masing-masing peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak 1. Pelajar Langkah 2 Menghasilkan 1. Dapatan kajian yang mengumpulkan dapatan (40minit) buku skrap diperoleh berdasarkan maklumat pembentangan pada minggu lepas 2. Pelajar dikumpulkan. menyediakan 2. buku skraf dihasilkan Buku skrap yang lengkap mengikut kreativiti setiap ahli kumpulan. berasaskan topik 3. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. 4. Buku skrap yang telah siap akan diserahkan kepada guru. 41
  • 42. 1. Guru akan membuat Penutup Guru membuat 1.Guru akan memberikan penilai terhadap hasil (5 minit) penilaian markah berdasarkan pembentangan pelajar dan terhadap projek ketepatan maksud peribahasa yang dihasilkan dan contoh ayat, kekemasan, hasil projek buku skrap dan daya kreativiti pelajar yang dihasilkan oleh setiap dalam menghasilkan buku kumpulan skrap 2. Guru menyimpulkan Pelajaran. 3.Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. 4.Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas. SET INDUKSI Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan. LANGKAH 1 Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secara berkumpulan. - Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam - Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati - Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki - Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak LANGKAH 2 Menghasilkan buku skrap. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan pada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan. buku skrap akan dihasilkan mengikut kreativiti setiap kumpulan. buku skrap yang dihasilkan perlulah mengikut terma dan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri dan bekerjasama dalam menyiapkan buku skrap ini. Guru berperanan sebagai pemerhati dan member penilaian 42
  • 43. berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akan diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan) Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap. Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan „open- ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Guru menyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas. 43
  • 44. PEMARKAHAN PROJEK Pembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah. Pembahagian markah adalah seperti berikut: (a) BukuSkrap 1. Isi kandungan buku skrap 40% - Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan - Ketepatan maksud - Contoh ayat 2. Hiasan dan dekorasi buku skrap 10% (b) Pembentangan 25% (c) Latihan pemahaman 10% (d) Penglibatan Pelajar 15% - Kerjasama dalam kumpulan - Keterlibatan dalam perlaksanaan projek PENILAIAN PROJEK Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri- ciri penilaian projek ialah: - Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik) - Berbentuk jangka panjang - Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar - Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar. - Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan secara koperatif. - Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan - Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran. 44
  • 45. Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan: - Kreativiti - kemahiran merancang - integrasi pengetahuan - kebolehan membuat tugasan bersama orang lain - pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu - melaksana dan menghasilkan sesuatu - pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. - aktiviti yang bermakna Dengan itu, penilaian projek ini dapat: - mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar - memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik - membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik mungkin. Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan projek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek, bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio. Penilaian Melalui Portfolio Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992). Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yang dihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh mana pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan. 45
  • 46. Kaedah Pemerhatian Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe¬merhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalam bilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran. Semasa membuat pemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guru harus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru juga perlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru boleh menggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahan tingkah laku ingin dinilai. Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatian ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama ada murid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawab secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah. Penglibatan Latihan Penghasilan Nama pelajar dalam pemahaman Pembentangan buku skrap kumpulan kelas 10% 20% 50% 10% Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Markah : ........................................ Nama dan tandatangan guru: Tarikh:...................................... ............................................................... 46
  • 47. ................................................................ Rajah 3: Contoh Borang Penilaian secara kumpulan pembelajaran Berasaskan Projek CONTOH SOALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Kumpulan 4 Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna. PERIBAHASA TENTANG HATI Bina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 1. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 2. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 3. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 4. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 5. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 6. Peribahasa :__________________________ 47
  • 48. Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 7. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 8. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 9. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 10. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 48
  • 49. HASIL PROJEK PELAJAR RA RAJ AH: 49
  • 50. 50
  • 51. 51
  • 52. 52
  • 53. 53
  • 54. 54
  • 55. 55
  • 56. 56
  • 57. 57
  • 58. 58
  • 59. 59
  • 60. 60
  • 61. KESIMPULAN Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini, pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran, beberapa strategi pendekatan perlu di pertimbangkan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjalankan Projek Buku Skrap, dengan menggunakan tema Peribahasa Melayu. Antara strategi yang terdapat dalam perlaksanaan pengajaran berasaskan projek ini ialah: Memberi tugasan mengikut kurikulum. Guru menggunakan Kurikulum Bahasa Melayu dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar- benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru haruslah memastikan bilangan ahli kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 5 orang ahli. Setiap kumpulan diberikan tajuk projek yang sama iaitu, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap 61
  • 62. pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guru harus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guru haruslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulan yang terlibat. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Guru juga berpeluang menilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Guru haruslah membuat penilaian kepada setiap kumpulan berdasarkan beberapa aspek, iaitu semangat berpasukan, hasil dapatan kajian, pembentangan dan kreativiti buku skrap yang di hasilkan. Hasil dapatan kajian di kumpulkan. Setiap kumpulan haruslah mengumpulkan hasil dapatan yang diperoleh oleh setiap ahli dikumpulkan. Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek. Pada tarikh yang ditetapkan, kesemua kumpulan perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapan guru dan rakan-rakan. Markah akan diambil oleh guru melalui pembentangan ini. Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan hasil dapatan kajian yang diperoleh. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 62