Project-based learning (PBL) adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pelajar dalam penyelesaian masalah dunia sebenar melalui inkuiri dan kolaborasi yang menghasilkan output pembelajaran. PBL berupaya membangunkan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan untuk menghadapi masyarakat berasaskan teknologi dan maklumat, serta memupuk pemikiran kritikal, komunikasi, dan pengurusan kendiri. Melalui PBL, pelajar tidak hanya belajar pengetahuan asas tetapi juga mengaplikasikan konsep dan memperoleh kemahiran yang berguna dalam konteks dunia sebenar.