SlideShare a Scribd company logo
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



TAJUK 8              PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

PENGENALAN
Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah/skor pencapaian/konstruk telah
dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian,
soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah
yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian soalan/item sepert indeks kesukaran,
diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan.

Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang
kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk
menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan
dan markah ujian. Kaedah penilaian markah/skor yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan.
Tajuk ini pula mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu
pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu
berkaitan penilaian turut dibincangkan.


OBJEKTIF
Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

      1. menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian;
      2. menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;
      3. menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;
      4. menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta
      5. membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.



PETA MINDA




154                                                                                   OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



8.1     PELAPORAN PENILAIAN

 Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis dan
 didokumentasikan, pada pandangan anda apakah signifikasinya kepada
 generasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak memberi
 laporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk iktibar generasi
 seterusnya?


Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian
terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Mereka
yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan diberikan, bergantung pula
kepada tujuan penilaian dibuat dibuat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tujuan penilaian
antara lain ialah untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah
pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai
dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar.
Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor,
guru besar, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan.


8.1.1    Penerima Laporan Penilaian

Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untuk menerima laporan
penilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat. Bahagian ini akan membincangkan
siapakah yang sepatutnya menerima laporan penilaian dan bahagian seterusnya akan
menjelaskan format-format laporan yang sesuai untuk tujuan-tujuan penilaian tertentu.
Penerima laporan yang akan dibincangkan hanyalah meliputi guru, pelajar, ibu bapa, guru
kaunselor, guru besar sekolah, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan pelajar.

(a) Guru

 Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk
 membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian
 lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran,
 minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar.
 Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas serta
 gaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk membuat
 keputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk
 pelajar-pelajarnya.


      Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan ulang kaji
      tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang
      minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi
      pembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlu
      mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan kaedah
      pengajaran/pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostik
      boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.




OUM                                                                                         155
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8




      Rajah 8.1 : Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan motivasi
                                     setiap pelajarnya


      Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk
      membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan untuk memilih pelajar
      untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian
      lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat,
      motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan
      oleh guru.

(b) Pelajar

 Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk
 membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini termasuklah
 pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta
 kemajuan dan pencapaian akademik mereka.


      Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan untuk mereka
      membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai. Pelajar-pelajar juga perlu
      mengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran yang sesuai serta
      masalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaran
      mereka.

      Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran/pembelajaran, pelajar perlu mengetahui
      kemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran mereka
      kepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang
      menunjukkan kejayaan/kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir
      penggal/tahun persekolahan.

      Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan strategik
      dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuan
      dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif
      perlu diberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi
      dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar.

156                                                                                      OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN




      Rajah 8.2 : Laporan penilian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka

(c) Ibu Bapa


 Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka
 untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat
 meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat
 ini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan akademik,
 pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.


   Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu
   bapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anak-anak mereka, sama ada di
   rumah atau melalui kelas-kelas tusyen. Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang
   pencapaian akhir anak-anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusan
   tentang bentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya
   yang sesuai untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan
   sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mengubah
   perlakuan di rumah atau di kelas tusyen kepada sahsiah yang lebih baik.

   Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan akademik dan
   perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk
   memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai. Justeru, laporan
   berkaitan masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan
   perkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini
   juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.


 Latihan 8.1

 Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalam
 pembelajaran?




OUM                                                                                 157
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



(d) Guru Kaunselor
    Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk
    membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumat
    ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap,
    perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian
    lepas dan gaya pembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajar
    tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.

      Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru
      kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentang
      perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan
      perkembangan sahsiah pelajar. Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh
      digunakan oleh guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunseling
      dan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk
      setiap pelajar seperti dalam rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian
      lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan
      pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan kepada guru kaunselor.




                                                        Rajah 8.3 : Maklumat laporan
                                                            pelajar kepada guru
                                                                 kaunselor




(e) Guru Besar Sekolah


 Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar
 untuk membantunya merancang program yang boleh meningkatkan motivasi
 pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
 Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,
 perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang
 pencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru
 besar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah
 pembelajaran pelajar.

158                                                                                    OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



      Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besar
      merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaian
      akhir pelajar boleh digunakan oleh guru besar untuk menentukan keberkesanan program
      peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta, mungkin juga,
      digunakan untuk menyesuaikan kurikulum dengan keadaan/suasana di sekolah dan
      kawasan di sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat,
      motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan
      kelas perlu disampaikan kepada guru besar.




 Rajah 8.4 : Guru besar memerlukan laporan untuk menentukan keberkesanan porogram yang
                                      telah dirancang


(f)   Pegawai Pendidikan Daerah

  Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat tentang
  pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh
  menyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik
  dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah
  penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi,
  sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

      Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan perkembangan sahsiah
      pelajar boleh membantu PPD merancang program untuk meningkatkan motivasi dan
      kaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya.
      Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukan
      keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran serta
      kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah
      dalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi,
      sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah
      perlu disampaikan kepada PPD.




OUM                                                                                       159
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



(g) Bakal Majikan


 Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk
 membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan
 sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat ini termasuklah pencapaian
 akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar.
 Maklumat tentang pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran tertentu
 oleh pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar
 untuk melaksanakan sesuatu tugas.


      Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu bakal majikan
      menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang pekerja yang baik kepada
      syarikat dan berjaya dalam kerjayanya. Justeru, laporan berkaitan pencapaian akademik,
      penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan
      kepada bakal majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

      Sebagai kesimpulannya keseluruhan pelaporan penilaian ini boleh dilihat dalam rajah
      8.5 di bawah.




                               Rajah 8.5 : Pelaporan penilaian




160                                                                                  OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



8.1.2   Bentuk Laporan Penilaian

Beberapa jenis pengukuran dan penilain telah dikenal pasti, yang perlu dibuat untuk mencapai
pelbagai tujuan penilaian. Penilaian-penilaian ini meliputi penilaian pencapaian lepas,
pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap,
kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar. Penilaian-penilaian
ini perlu disusuli dengan pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan seperti yang
telah dibincangkan. Ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, seperti gred peratus (percentage
grade), gred abjad (letter grade), gred lulus-gagal (pass-fail grade), senarai semak (checklist),
penjelasan bertulis (written description) dan perjumpaan ibu bapa (parent conference).
Bahagian berikut akan menjelaskan bentuk-bentuk laporan ini bersama kebaikan dan
kelemahan masing-masing.

(a) Gred Peratus

 Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara 0
 hingga 100 (iaitu nombor per seratus). Istilah peratus ini menunjukkan berapa
 peratus seseorang pelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu
 (Oosterhof, 2003: 216). Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian yang
 rendah, sementara nombor yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi.
 Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian
 pelajar dalam penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atau
 tugasan.


     Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yang mudah ditafsirkan
     dan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan oleh nilainya masih dalam bentuk nombor.
     Kelemahan gred peratus ialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepat
     peratus kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras
     kesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gred
     peratusnya akan menurun.

(b) Gred Abjad


 Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang biasanya
 terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjad
 A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F
 gagal. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan
 penggredan ini. Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan
 pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir
 tahun persekolahan.

     Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini.
     Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A. Kebaikan gred abjad
     ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut
     kategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih
     bermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak kategori.
     Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak menggambar secara
     tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada
     aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred


OUM                                                                                          161
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



      abjad, kita telah mengkelaskan markah ini kepada kategori tertentu dan mengubah
      kategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah
      asal pelajar.

(c) Gred Lulus-Gagal

 Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori,
 iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan. Penilai perlu
 menetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya markah 50% dan ke
 atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50% diberikan gred gagal. Kita juga
 mengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred
 A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah kepada gred gagal.



      Bagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gred A dan B yang boleh diubah
      kepada gred lulus, sementara gred C, D dan F diubah kepada gred gagal. Gred lulus-
      gagal ini diguna untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan
      yang susah. Biasanya, pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkan
      rasa malu apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini juga biasanya
      digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran, misalnya
      melakukan eksperimen sains dalam makmal.

      Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakan pelajar menjawab soalan yang susah atau
      mengambil kursus yang susah. Kelemahan gred lulus-gagal ialah, sama seperti gred
      peratus/abjad, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai
      pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita
      mengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengkelaskan markah ini
      kepada dua kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah
      asal pelajar.

      Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred
      markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai kebolehpercayaan yang
      rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85,
      sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel,
      1995).


 Latihan 8.2

 Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajar menggunakan ketiga-
 tiga gred peratus, gred abjad dan penjelasan gred (seperti baik, cemerlang).


(d) Senarai Semak
    Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang mengandungi
    objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi
    domain kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci
    dan bermakna, kita boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya,
    gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang
    (A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di sekolah rendah dan
    menengah rendah.

162                                                                                     OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN




 Bagaimanapun, senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu
 menyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkan
 ketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangan sahsiah pelajar.


    Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita
    disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar.
    Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberi
    nasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka
    meningkatkan. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan
    ujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan.




       Rajah 8. 6 : Penyediaan senarai semak dapat memperincikan maklumat pelajar


    Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu bekerja
    keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap. Bagaimanapun, senarai semak
    ini perlu disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain
    dan juga yang akan datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaian yang menggunakan
    bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatu
    mata pelajaran susah diperoleh.

(e) Penjelasan Bertulis
    Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang
    kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif
    serta perkembangan sahsiah pelajar. Seperti juga, senarai semak, penjelasan bertulis
    ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga
    kelemahan pelajar. Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat
    tentang kelemahan pelajar.


 Justeru, penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/
 abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertlis
 tentang kelemahan pelajar sahaja. Bagaimanapun, penjelasan bertulis agak
 sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu mempunyai ramai pelajar yang
 lemah dan bermasalah disiplin.


OUM                                                                                       163
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



      Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkan pelapor boleh
      memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh
      guru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna
      kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Seperti
      juga senarai semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru
      kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaiki
      pencapaian/sahsiah mereka.

      Kelemahan penjelasan bertulis, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu
      bekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Bagaimanapun,
      dengan bantuan komputer, pernyataan-pernyataan yang akan digunakan boleh disimpan
      dan diambil semula daripada komputer apabila kita menyediakan penjelasan bertulis.

(e) Perjumpaan Ibu Bapa

 Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak
 sekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasan
 ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutama
 bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin.
 Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi tahu ibu bapa dan pelajar tentang
 masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapai
 persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah
 pelajar.

      Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat
      contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar. Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapa
      biasanya ingin mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru,
      perjumpaan ini kadang kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapa
      orang guru yang mengajar pelajar tersebut.

      Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalam
      tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri.
      Dengan demikian, pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak
      mereka dan juga memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan
      menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif
      untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat daripada
      perjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat
      atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut.

      Kelemahan perjumpaan ibu bapa, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah perjumpaan
      ini mengambil masa yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semua
      guru yang mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan.
      Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masa
      yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakan
      ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu
      persekolahan.




164                                                                                       OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



Sebagai kesimpulanya bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkan kepada rajah
8.7 di bawah.




                         Rajah 8.7 : Bentuk-bentuk laporan penilaian



8.1.3   Contoh Pelaporan dan Rekod Penilaian

Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh pelaporan penilaian, yang dinamakan Pelaporan Penilaian
Berasaskan Sekolah (PKBS), iaitu pelaporan penilaian berasaskan penaksiran yang dibuat
oleh pihak sekolah. Pelaporan penilaian ini ialah untuk pelajar sekolah rendah yang dimasukkan
dalam sebuah buku rekod penilaian yang bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Gred
yang dimasukkan pada setiap semester ialah gred abjad, iaitu A (Cemerlang, 80 -100%), B
(Baik, 60-79%), C (Memuaskan, 40-59%), D (Perlu Pembaikan, 20-39) dan E (Perlu Perhatian
Khusus, 0-19%). Ada juga guru yang mencatatkan gred peratus (markah) bersebelahan gred
abjad [misalnya, A (88)].

Bagaimanapun, guru hanya mengisi gred bagi pecahan pencapaian utama sahaja (seperti
Pengetahuan, Latihan Amal, Kebolehan), sementara pecahan lain tidak diisi (seperti Teori,
Minat dan Sikap, Sikap). Seterusnya, Guru Mata Pelajaran memberi komen tentang pencapaian
dan tindakan lanjutan bagi mata pelajarannya. Guru Kelas pula memberi komen tentang
pencapaian keseluruhan mata pelajaran dan tindakan lanjutan keseluruhan. Akhirnya, rekod
penilaian pelajar menunjukkan kemajuan akademik dan sahsiah pelajar serta pertumbuhan
fizikal pelajar, iaitu berat dan tinggi pelajar, bermula daripada Tahun 1 hingga tahun semasa.




OUM                                                                                       165
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



                     Jadual 8.1: Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah

        Mata Pelajaran                   Semester 1                    Semester 2
                                  Gred        Komen             Gred        Komen
  Bahasa Melayu
   Lisan
   Bacaan/Pemahaman
   Karangan/Bertulis
   Keseluruhan                             Nama Guru _____                  Nama Guru
                                                                              _____
  Bahasa Inggeris
   Lisan
   Bacaan
   Keterangan
   Kefahaman
   Keseluruhan                             Nama Guru _____                  Nama Guru
                                                                              _____
  Matematik
   Kertas 1 (Objektif)
   Kertas 2 (Subjektif)
   Keseluruhan                             Nama Guru _____                  Nama Guru
                                                                              _____
  Sains
   Pengetahuan
   Kemahiran Belajar
   Kemahiran Sosial dan                    Nama Guru _____                Nama Guru
  Sikap                                                                   _____
  Pendidikan Muzik
   Latihan Amal
   Teori
   Minat dan Sikap                         Nama Guru _____                Nama Guru
                                                                          _____
  Pendidikan Agama Islam
   Pengetahuan
   Bacaan Al-Quran
   Hafalan Al-Quran
   Sikap
   Amalan                                  Nama Guru _____                Nama Guru
                                                                          _____
  Pendidikan Moral
   Pengetahuan
   Sikap
   Amalan                                  Nama Guru _____                Nama Guru
                                                                          _____
  Kajian Tempatan
   Pengetahuan
   Kemahiran Belajar
   Kemahiran Sosial dan                    Nama Guru _____                Nama Guru
  Sikap                                                                   _____
  Pendidikan Seni
   Kebolehan
   Kemahiran Menggunakan
     Media
   Sikap                                   Nama Guru _____                Nama Guru
                                                                          _____




166                                                                                   OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



  Kemahiran Hidup
   Kebolehan
   Sikap                                 Nama Guru _____               Nama Guru
                                                                       _____
  Pend. Jasmani & Kesihatan
   Kebolehan
   Sikap                                 Nama Guru _____               Nama Guru
                                                                       _____
  Jawatan Yang Dipegang
  1.
  2
  3.
  4.
  5.
  Kedatangan
  Kelakuan
  Berat
  Jumlah Markah
  Peratus
  Gred
  Kedudukan
  Komen Guru Kelas



                               Nama Guru Kelas __________   Nama Guru Kelas _________
  Tandatangan Guru Kelas
  Tandatangan Guru Besar
  & Cop
  Tandatangan Penjaga



 Latihan 8.3

 Beri satu kekangan pelaporan penilaian menggunakan kaedah “perjumpaan
 ibu bapa”.


8.2   PENILAIAN KENDIRI, GURU DAN PIAWAI
Penilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru
dan penilaian piawai seperti dalam rajah 8.8. Setiap kelompok penilaian ini mempunyai
tujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuan menentukan sama ada dirinya sendiri
benar-benar memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/
peperiksaan. Penilaian guru pula bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami
apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya.




OUM                                                                                  167
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8




                                 Rajah 8.8 : Kelompok penilaian

Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapain seseorang pelajar berbanding
dengan pencapaian pelajar-pelajar lain di seluruh negara, dan seterusnya menentukan sama
ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian
piawai juga diguna untuk menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorang
pelajar. Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagian berikut.


8.2.1    Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukuran tertentu,
menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara sendiri. Contoh alat
pengukuran tersebut ialah soalan latihan, contoh kertas ujian/peperiksaan, soal selidik/ inventori.
Seperti yang dijelaskan lebih awal, terdapat pelbagai penilaian yang boleh membantu pelajar
dalam pembelajaran mereka, termasuk penilaian pengetahuan/ kemahiran asas, diagnostik,
formatif, sumatif, minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan
kerjaya. Soalan latihan, misalnya, boleh diguna oleh pelajar untuk menentukan pengetahuan/
kemahiran asas, masalah pembelajaran, kefahaman formatif atau pencapaian akhir pelajar.
Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan,
sahsiah, bidang pengajian dan kerjaya masa depan pelajar.




        Rajah 8.9 : Penilaian kendiri pelajar boleh membantu bidang kerjaya yang sesuai


168                                                                                        OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajar dengan bantuan
daripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkan pelajar sendiri mungkin tidak
berkeupayaan untuk menyemak jawapan atau menilai ukuan yang diperolehi. Bantuan ini
diperlukan terutama apabila pelajar menggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar
seperti minat, motivasi, sikap, kecerdasan, aptitut dan kecenderungan kerjaya. Kesilapan
semasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuat interpretasi,
yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya, kesilapan menginterpretasi
bidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajar memilih bidang pengajian/kerjaya yang tidak
sesuai dengannya. Justeru, penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alat
yang mengukur pencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/
peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yang diberikan oleh
pelajar.

Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukan panduan tentang
cara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduan tentang cara menginterpretasi
ukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciri dalaman seseorang boleh didapati secara atas
talian. Contohnya, University of Waterloo Career Development Manual boleh membantu
seseorang mengenal pasti kerjayanya berasaskan minat, nilai dan kemahiran seseorang itu.
Manual Waterloo ini memberi gambaran lengkap tentang siapa diri seseorang itu dan
bagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai dengan peluang kerjaya
yang sedia ada.


 Anda boleh mendapat maklumat lanjut berhubung dengan proses Manual
 Waterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/
 index2.asp. Ciri-ciri penilaian yang dilakukan secara atas talian ini banyak
 membantu pelajar untuk mengukur pencapaian dan sahsiah pelajar itu sendiri.



8.2.2   Penilain Guru

Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan mentadbir alat
pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan
penilaian tersebut. Semua proses ini perlu dilakukan dengan betul, iaitu dibuat secara
profesional. Justeru, guru yang melaksanakannya perlu mengetahui prinsip-prinsip pengukuran
dan penilaian, selain pakar bidang mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru yang ingin menilai
pengetahuan/kemahiran asas, kekuatan/kelemahan, kemajuan formatif dan pencapaian akhir
pelajar dalam matematik hendaklah guru matematik yang mempunyai pengetahuan/kemahiran
mengukur dan menilai masalah pembelajaran/ pencapaian matematik. Seterusnya, guru yang
ingin menilai minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjaya
pelajar hendaklah guru yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai ciri-
ciri dalaman pelajar, misalnya, guru kaunselor.




OUM                                                                                        169
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8




      Rajah 8.10 : Guru perlu dibekalkan dengan kemahiran pengukuran dan penilaian secara
                                           menyeluruh


Prinsip-prinsip am pengukuran dan penilain, yang banyak dibincangkan sebelum ini, boleh
digunakan oleh guru untuk menggubal dan mentadbir kertas ujian/peperiksaan serta
menyemak jawapan dan menilai ukuran yang diperoleh. Ujian/peperiksaan ini meliputi ujian/
kuiz untuk peringkat kelas atau peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubal
sendiri oleh seorang guru atau beberapa orang guru. Ciri utama sesuatu ujian/ peperiksaan
ialah kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iatu sejauh mana sesuatu ujian/ peperiksaan dapat
mengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelum seseorang guru itu menyediakan kertas
ujian, dia perlu tahu/menentukan tujuan ujian itu diadakan, misalnya, menentukan pengetahuan/
kemahiran asas pelajar untuk tajuk baru tertentu. Langkah seterusnya ialah menyediakan
Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajuk dan
objektif pengajaran.

Seterusnya, berpandukan kepada JPU ini, guru akan menyediakan soalan-soalan ujian.
Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalam bidang yang sama tentang
kesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkah seterusnya ialah membuat ujian/kajian
rintis terhadap soalan-soalan yang disediakan dan membuat pembetulan yang diperlukan.
Indeks kesukaran dan diskriminasi perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengan
tujuan ujian itu diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikut panduan pengujian
tertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapan yang diberikan pelajar dan akhirnya
membuat laporan penilain.

Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yang diperoleh dapat
digunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai. Sekiranya tujuan ujian ialah untuk
menentukan pengetahuan/kemahiran asas, maka keputusan ujian akan dapat menentukan
sama ada seseorang pelajar itu mempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak.
Sekiranya tidak, guru perlu mengulang/mengajar semula pengetahuan/kemahiran asas
tersebut, sebelum mula mengajar tajuk baru.




170                                                                                     OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



8.2.3   Penilaian Piawai

 Penilaian piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alat
 pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh
 dan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya,
 Lembaga Peperiksaan Malaysia. Seperti yang dijelaskan lebih awal, tujuan
 utama penilaian piawai ialah menyelaraskan pencapain seseorang pelajar
 dengan menggunakan satu peperiksaan sahaja untuk seluruh negara.


Sebagai mana yang kita ketahui, penilaian guru adalah berasaskan kertas peperiksaan yang
digubal oleh guru, yang sememangnya amat berbeza. Ini menyebabkan gred yang diperoleh
seseorang pelajar tidak boleh dibandingkan dengan gred yang diperoleh pelajar lain yang
mengambil kertas peperiksaan lain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawai
untuk membandingkan pencapaian pelajar. Contohnya, gred A yang diperoleh pelajar sebuah
sekolah di negeri Selangor adalah setara dengan gred A yang diperoleh pelajar di sebuah
sekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaian piawai juga boleh digunakan untuk
menilai ciri-ciri dalaman pelajar. Oleh sebab alat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal,
maka kehadiran alat-alat piawai dapat membantu pihak sekolah untuk menilai ciri-ciri tersebut.

Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedur peperiksaan perlu
dibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPU dan soalan peperiksaan perlu dibuat
dengan teliti dan berhati-hati. Ujian/kajian rintis juga perlu dibuat supaya kertas soalan dapat
difahami pelajar dengan jelas, masa menjawab soalan mencukupi dan soalan tidak terkeluar
daripada sukatan pelajaran. Seterusnya, kerahsiaan kertas peperiksaan perlu dikawal dengan
baik supaya kertas peperiksaan tidak bocor.

Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yang sama di semua
pusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan, tindakan untuk menjelaskan
maksud soalan kepada pelajar, pembetulan kepada soalan yang didapati salah, jarak antara
meja, pengawasan peniruan dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian
sewajarnya untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di semua
pusat peperiksaan.


 Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan, kawalan perlu
 dibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM) kepada jawapan pelajar.
 Kawalan ini perlu dibuat memandangkan bilangan pemeriksa yang terlibat
 dalam pemeriksaan skrip jawapan adalah ramai dan cara mereka memberi
 markah akan berbeza. Ini boleh menimbulkan ketidakadilan dalam pemberian
 markah kepada pelajar.


Langkah pertama untuk menyelaras pemberian markah ialah menyediakan skema
permarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang munkin bersama markahnya sekali
bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan berbentuk esei. Selain itu, mesyuarat
penyelarasan pemeriksaan juga perlu diadakan dengan dihadiri oleh semua pemeriksa. Latihan
memeriksa beberapa sampel jawapan peperiksaan perlu dibuat untuk menyelaraskan
pemberian markah bagi jawapan-jawapan yang berbeza. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat
menentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripada jawapan yang


OUM                                                                                            171
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



terdapat dalam skema jawapan. Akhirnya, kemasukkan markah ke dalam komputer perlu
disemak supaya markah yang dimasukkan adalah sama dengan markah yang diperoleh pelajar
seperti yang tercatat dalam kertas jawapan.


 Latihan 8.4

 Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di Malaysia.




8.3     ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian, yang
meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran
tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.


8.3.1   Pentadbiran Ujian Melalui Komputer

Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah, beraneka pilihan, mengisi tempat kosong);
komputer boleh diguna untuk melaksanakan hampir semua proses peperiksaan. Ini termasuk
menjana soalan, memilih soalan daripada bank soalan, meyediakan kertas ujian selepas
soalan dijana/dipilih, mengeluarkan kertas soalan yang disimpan di dalamnya, mengawal
masa ujian, memeriksa jawapan, memberi markah, menjumlah dan menilai markah, menjana
laporan penilaian, menyimpan rekod penilaian dan menjana laporan kemajuan pelajar.

Semua proses ini dapat dilaksanakan oleh komputer dengan cepat dan tepat bagi ujian
berbentuk objektif. Bagi ujian ini, komputer boleh digunakan dengan mudah untuk memeriksa
jawapan, disebabkan jawapan kepada ujian ini adalah tepat atau terdiri daripada dua/tiga
jawapan tertentu. Jawapan-jawapan ini boleh dimasukkan dalam ingatan komputer untuk
menyemak jawapan.

Penggunaan komputer untuk ujian berbentuk objektif tidak menimbulkan apa-apa isu, malah
penggunaannya bertambah pesat disebabkan komputer dapat menjimatkan masa dan
memberi keputusan yang tepat. Sebaliknya, penggunaan komputer untuk memeriksa jawapan
berbentuk esei masih lagi terhad disebabkan ketepatan pemeriksaan jawapan masih
dipersoalkan. Di sini, komputer hanya diberi beberapa kata kunci sebagai panduan untuk
memeriksa jawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatan
ukuran pencapaian.

Bagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujian ejaan, tatabahasa,
kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat menyemak ejaan dan tatabahasa
semasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu, komputer berupaya mengesan ketepatan suara
apabila kita menyebut sesuatu perkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberi
maklum balas tentang peratus ketepatan sebutan.

172                                                                                   OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN




  Penggunaan komputer untuk mentadbir ujian dapat membantu guru, terutama
  jika bilangan pelajar adalah agak ramai. Ia juga membenarkan pelajar mengambil
  ujian secara individu atau berkumpulan dan pelajar boleh mengulangnya
  sebanyak kali yang diperlukan. Selain itu, ujian juga boleh diambil secara jarak
  jauh melalui internet, tanpa perlu menjadualkan masa ujian dan menghadkan
  bilangan calon.


Bagaimanapun, kita berhadapan dengan isu pengesahan identiti calon yang mengambil
peperiksaan. Persoalannya ialah adakah orang yang menjawab soalan peperiksaan itu adalah
calon sebenar atau orang lain yang menjawab untuknya. Isu ini masih belum berjaya ditangani
dengan baik. Sebaliknya, jika para pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakan
penilaian kendiri, isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuan
penilaian kendiri adalah amat penting dalam proses pengajaran-pembelajaran.


8.3.2    Pengukuran dan Penilaian bagi Mata Pelajaran Tertentu

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukuran dan penilaian bagi
mata-mata pelajaran tertentu, seperti seni visual/muzik, kemanusiaan, bahasa, matematik
atau sains. Sebahagian daripada masalah pengukuran dan penilaian boleh diselesaikan
sekiranya objektif pengajaran/hasil pembelajaran dinyatakan secara jelas dan tepat.

Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain kognitif (pengetahuan
tentang seni visual, seperti definisi, contoh, sejarah), psikomotor (proses membina sesuatu
objek visual), affektif (aprisiasi seni visual) dan juga objek visual yang dihasilkan. Isu pengukuran
dan penilaian bidang seni visual ini ialah pengukuran dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/
peribadi sehinggakan pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/penilaian
yang dipersetujui bersama. Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan skema permarkahan
dan memeriksa jawapan/proses/hasil/ aprisiasi.

Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; seperti geografi, sejarah,
pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaian berkaitan fakta, konsep, prinsip,
kemahiran (seperti membaca peta, menganalisis dokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan-
soalan tentang agama akan menjadi sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasa
menggubal soalan. Seterusnya, penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasa
melibatkan pengukuran dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah, ejaan,
kesusasteraan), psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis, komunikasi), afektif
(sikap, nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru, pengukuran dan penilaian bidang ini
perlu dibuat secara menyeluruh dan teliti, yang tentunya akan mengambil masa yang panjang
dan menggunakan tenaga yang banyak.

Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domain kognitif (konsep,
pemahaman, kemahiran berfikir, rumus), psikomotor (pengiraan, melukis graf/rajah,
mengukur), afektif (aprisiasi, sikap, nilai) dan hasil (graf, rajah, model). Isu utama pengukuran
dan penilaian bidang ini ialah penguasaan bahasa dan kemahiran berfikir. Ujian berbentuk
pengiraan/lukisan, sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyak
melibatkan kemahiran berfikir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiran berfikir hanya
boleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahaman soalan akan timbul disebabkan
ia amat bergantung kepada penguasaan bahasa seseorang pelajar.



OUM                                                                                              173
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains menimbulkan isu kefahaman
pelajar. Walaupun pelajar dapat menjawab soalan ujian dengan baik disebabkan jawapan
dalam bidang sains merupakan fakta, pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teori
sains yang ingin disampaikan. Pelajar menjawab soalan secara hafalan/mekanikal sahaja.


8.3.3   Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar Khas

Pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas memerlukan prosedur yang berbeza
daripada pelajar-pelajar biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran,
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, cacat anggota dan sebagainya. Pelajar-
pelajar khas ini, disebabkan kecacatan, menghadapi pelbagai masalah apabila mereka
menduduki ujian/peperiksaan. Bagi mereka yang bermasalah penglihatan, mereka tidak
dapat melihat soalan ujian dan juga menulis jawapan. Satu penyelesaiannya ialah
menggunakan alat Braille untuk membaca dan menulis. Kaedah kedua ialah menggunakan
ujian lisan, iaitu guru membaca soalan dan pelajar menjawab juga secara lisan. Kedua-dua
kaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana jangka masa ujian/peperiksaan perlu
disesuaikan.




                    Rajah 8.11 : Pengukuran pelajar masalah penglihatan


Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran pula, mereka didapati sukar memahami
perkataan dan istilah-istilah abstrak, yang terkandung dalam soalan peperiksaan. Keupayaan
mereka membaca, menulis dan memproses maklumat juga adalah lambat (Mohd. Hanafi,
2005). Selain itu, mereka juga tidak dapat mendengar arahan yang dibuat semasa ujian/
peperiksaan dijalankan, yang turut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambat
membaca, menulis dan memproses maklumat, maka jangka masa ujian/peperiksaan perlu
disesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilah abstrak, maka
mereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut. Kajian Mohd. Hanafi (2005)
menunjukkan pencapaian pelajar bermasalah pendengaran meningkat apabila jangka masa
peperiksaan ditambah dan terus meningkat apabila soalan peperiksaan diterjemahkan kepada
bahasa isyarat.


174                                                                                   OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN




                                     Rajah 8.12 : Pelajar bermasalah anggota




Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran, mereka
memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami, berfikir dan menulis
jawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilah abstrak dalam soalan peperiksaan.
Justeru, untuk mengukur pencapaian sebenar, mereka juga perlu diberi masa tambahan dan
penjelasan kepada istilah-istilah abstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota,
mereka perlu diberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruang
peperiksaan yang selesa untuk mereka.

Begitu juga, sekiranya mereka cacat pada bahagian tangan, yang menyebabkan mereka
lambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Dengan pertambahan masa dan
penterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharap lebih ramai pelajar-pelajar khas akan
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seperti mana dalam peperiksaan UPSR
tahun 2005.


  Latihan 8.5

  Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekak tidak
  berupaya memahami istilah abstrak.




OUM                                                                                        175
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



RUMUSAN
Tajuk ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yang patut menerima
laporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa, guru, guru kaunselor/disiplin,
guru besar sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Seterusnya, tajuk ini menjelaskan bentuk
laporan penilaian yang meliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak,
penjelasan bertulis dan perjumpaan ibu bapa. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan tentang
tiga jenis penilaian, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai. Akhirnya,
beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yang meliputi pentadbiran ujian
melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran
dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.


GLOSARI
Gred Abjad                   menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad, yang
                             biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D
                             dan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang,
                             B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal.

Gred Lulus-Gagal             menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu
                             sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan.

Gred Peratus                 menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara
                             0 hingga 100 yang menunjukkan berapa peratus seseorang
                             pelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu.

Pelaporan Penilaian          bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian
                             terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-
                             orang yang berkepentingan.

Penilaian Kendiri            ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukuran
                             tertentu, menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang
                             diperoleh secara sendiri.

Penilaian Guru               ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan
                             mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan,
                             menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan penilaian
                             tersebut.

Penilaian Piawai             ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alat
                             pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran
                             yang diperoleh dan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-
                             badan tertentu, misalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Penjelasan Bertulis          menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang
                             kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif,
                             psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar.




176                                                                                   OUM
TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN



Perjumpaan Ibu Bapa         menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak
                            sekolahmenghantar laporan penilaian kepada mereka, yang
                            mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-
                            guru, pelajar dan ibu bapa.

Senarai Semak               menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang
                            mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang
                            sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif,
                            psikomotor dan afektif.


UJIAN 1
(1) Jelaskan maksud “pelaporan penilaian”.

(2) Jelaskan pepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibu bapa.

(3) Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa ujian?


UJIAN 2
(a) Jelaskan maksud “penjelasan bertulis” sebagai satu bentuk laporan penilaian.

(b) Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasan bertulis ini?

(c) Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajaran tertentu dan
    perkembangan sahsiah pelajar.


RUJUKAN
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (1992). Perangkaan Pendidikan 1990,
      Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheeseman, H.R. (1948). Education in Malaya, Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Ebel, R.L. (1965). Measuring Educational Achievement. Upper Saddle River, NJ: Prentice
       Hall.

Grondlund,N.E. (1971). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan
      Company.

Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context-
      Adapted Planning. Boston: Pearson-Allan & Allyn and Bacon.

Mohd. Hanafi Mohd. Yasin. (2005). Perbandingan Pencapaian Pelajar Pendidikan Khas (Pekak)
       Menggunakan Tiga Format Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
       Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


OUM                                                                                  177
PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8



Oosterhof, A. (2003). Developing and Using Classroom Assessments. Upper Saddle River,
      New Jersey: Merrill and Printice Hall.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur:
      Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
       Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html

http://www.testpreview.com/modules/verbs.html

http://www.testpreview.com/modules/nouns.html

http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.htm




178                                                                                OUM

More Related Content

What's hot

Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Nik Ibrahim Nik Mat
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
FATINATUL HUSNA
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
MashiraYahaya1
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
amalinajohari94
 

What's hot (20)

Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 

Viewers also liked

Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
Zanari Zainon
 
Format penulisan laporan
Format penulisan laporanFormat penulisan laporan
Format penulisan laporan
Yuliana
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksirantbb7177
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Pemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitikPemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitik120113
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvNoor Maslina
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Tharani Kanappan
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran datahuuriyahbahiirah
 

Viewers also liked (11)

Klasifikasi ujian 2
Klasifikasi ujian 2Klasifikasi ujian 2
Klasifikasi ujian 2
 
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
 
Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
Ciri ciri rujukan norma (1) (3) 2
 
Format penulisan laporan
Format penulisan laporanFormat penulisan laporan
Format penulisan laporan
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Pemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitikPemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitik
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 

Similar to Pelaporan dan isu_penilaian t8

Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiBagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiJulianty Idris
 
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIANTOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
aisyahwahida04
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
Asyikin4996
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
Nur Amalina Salwa
 
Tujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianTujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianSohib AlQuran
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Vijaen Cool
 
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolahmardiha
 
Evaluation models
Evaluation modelsEvaluation models
Evaluation modelsRose Merah
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
syyong4
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
YONGSHIAUYUENMoe
 
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdfK2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
PJ0621MuhammadNaufal
 

Similar to Pelaporan dan isu_penilaian t8 (20)

Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiBagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
 
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIANTOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
 
Etika penaksiran
Etika penaksiranEtika penaksiran
Etika penaksiran
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Tujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianTujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaian
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
 
Evaluation models
Evaluation modelsEvaluation models
Evaluation models
 
Model pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawafModel pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawaf
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
B&k
B&kB&k
B&k
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdfK2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
K2.1 PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID (1).pdf
 

Pelaporan dan isu_penilaian t8

  • 1. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN PENGENALAN Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah/skor pencapaian/konstruk telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian soalan/item sepert indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan. Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah/skor yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Tajuk ini pula mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan. OBJEKTIF Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian; 2. menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya; 3. menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya; 4. menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta 5. membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian. PETA MINDA 154 OUM
  • 2. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN 8.1 PELAPORAN PENILAIAN Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis dan didokumentasikan, pada pandangan anda apakah signifikasinya kepada generasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak memberi laporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk iktibar generasi seterusnya? Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Mereka yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan diberikan, bergantung pula kepada tujuan penilaian dibuat dibuat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tujuan penilaian antara lain ialah untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan. 8.1.1 Penerima Laporan Penilaian Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untuk menerima laporan penilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat. Bahagian ini akan membincangkan siapakah yang sepatutnya menerima laporan penilaian dan bahagian seterusnya akan menjelaskan format-format laporan yang sesuai untuk tujuan-tujuan penilaian tertentu. Penerima laporan yang akan dibincangkan hanyalah meliputi guru, pelajar, ibu bapa, guru kaunselor, guru besar sekolah, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan pelajar. (a) Guru Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk membuat keputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan ulang kaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi pembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlu mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan kaedah pengajaran/pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar. OUM 155
  • 3. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Rajah 8.1 : Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan motivasi setiap pelajarnya Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan untuk memilih pelajar untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan oleh guru. (b) Pelajar Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini termasuklah pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka. Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan untuk mereka membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai. Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran/pembelajaran, pelajar perlu mengetahui kemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaan/kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir penggal/tahun persekolahan. Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar. 156 OUM
  • 4. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Rajah 8.2 : Laporan penilian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka (c) Ibu Bapa Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat ini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tusyen. Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mengubah perlakuan di rumah atau di kelas tusyen kepada sahsiah yang lebih baik. Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan akademik dan perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai. Justeru, laporan berkaitan masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa. Latihan 8.1 Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalam pembelajaran? OUM 157
  • 5. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 (d) Guru Kaunselor Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajar tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar. Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunseling dan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk setiap pelajar seperti dalam rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan kepada guru kaunselor. Rajah 8.3 : Maklumat laporan pelajar kepada guru kaunselor (e) Guru Besar Sekolah Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran pelajar. 158 OUM
  • 6. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru besar untuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta, mungkin juga, digunakan untuk menyesuaikan kurikulum dengan keadaan/suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan kelas perlu disampaikan kepada guru besar. Rajah 8.4 : Guru besar memerlukan laporan untuk menentukan keberkesanan porogram yang telah dirancang (f) Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu PPD merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya. Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah dalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah perlu disampaikan kepada PPD. OUM 159
  • 7. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 (g) Bakal Majikan Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat ini termasuklah pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar. Maklumat tentang pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran tertentu oleh pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas. Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya. Justeru, laporan berkaitan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakal majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka. Sebagai kesimpulannya keseluruhan pelaporan penilaian ini boleh dilihat dalam rajah 8.5 di bawah. Rajah 8.5 : Pelaporan penilaian 160 OUM
  • 8. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN 8.1.2 Bentuk Laporan Penilaian Beberapa jenis pengukuran dan penilain telah dikenal pasti, yang perlu dibuat untuk mencapai pelbagai tujuan penilaian. Penilaian-penilaian ini meliputi penilaian pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar. Penilaian-penilaian ini perlu disusuli dengan pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan seperti yang telah dibincangkan. Ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, seperti gred peratus (percentage grade), gred abjad (letter grade), gred lulus-gagal (pass-fail grade), senarai semak (checklist), penjelasan bertulis (written description) dan perjumpaan ibu bapa (parent conference). Bahagian berikut akan menjelaskan bentuk-bentuk laporan ini bersama kebaikan dan kelemahan masing-masing. (a) Gred Peratus Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara 0 hingga 100 (iaitu nombor per seratus). Istilah peratus ini menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu (Oosterhof, 2003: 216). Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian yang rendah, sementara nombor yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi. Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atau tugasan. Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yang mudah ditafsirkan dan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan oleh nilainya masih dalam bentuk nombor. Kelemahan gred peratus ialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepat peratus kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gred peratusnya akan menurun. (b) Gred Abjad Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan penggredan ini. Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan. Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini. Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A. Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak kategori. Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred OUM 161
  • 9. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 abjad, kita telah mengkelaskan markah ini kepada kategori tertentu dan mengubah kategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar. (c) Gred Lulus-Gagal Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan. Penilai perlu menetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50% diberikan gred gagal. Kita juga mengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah kepada gred gagal. Bagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gred A dan B yang boleh diubah kepada gred lulus, sementara gred C, D dan F diubah kepada gred gagal. Gred lulus- gagal ini diguna untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan yang susah. Biasanya, pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkan rasa malu apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini juga biasanya digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran, misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal. Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakan pelajar menjawab soalan yang susah atau mengambil kursus yang susah. Kelemahan gred lulus-gagal ialah, sama seperti gred peratus/abjad, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengkelaskan markah ini kepada dua kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar. Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel, 1995). Latihan 8.2 Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajar menggunakan ketiga- tiga gred peratus, gred abjad dan penjelasan gred (seperti baik, cemerlang). (d) Senarai Semak Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya, gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang (A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di sekolah rendah dan menengah rendah. 162 OUM
  • 10. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Bagaimanapun, senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu menyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkan ketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar. Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberi nasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka meningkatkan. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan. Rajah 8. 6 : Penyediaan senarai semak dapat memperincikan maklumat pelajar Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap. Bagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain dan juga yang akan datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaian yang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran susah diperoleh. (e) Penjelasan Bertulis Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar. Seperti juga, senarai semak, penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar. Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat tentang kelemahan pelajar. Justeru, penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/ abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertlis tentang kelemahan pelajar sahaja. Bagaimanapun, penjelasan bertulis agak sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu mempunyai ramai pelajar yang lemah dan bermasalah disiplin. OUM 163
  • 11. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkan pelapor boleh memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Seperti juga senarai semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaiki pencapaian/sahsiah mereka. Kelemahan penjelasan bertulis, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Bagaimanapun, dengan bantuan komputer, pernyataan-pernyataan yang akan digunakan boleh disimpan dan diambil semula daripada komputer apabila kita menyediakan penjelasan bertulis. (e) Perjumpaan Ibu Bapa Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak sekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi tahu ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pelajar. Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar. Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapa biasanya ingin mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru, perjumpaan ini kadang kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapa orang guru yang mengajar pelajar tersebut. Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalam tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri. Dengan demikian, pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan juga memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat daripada perjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut. Kelemahan perjumpaan ibu bapa, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah perjumpaan ini mengambil masa yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semua guru yang mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan. Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masa yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu persekolahan. 164 OUM
  • 12. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Sebagai kesimpulanya bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkan kepada rajah 8.7 di bawah. Rajah 8.7 : Bentuk-bentuk laporan penilaian 8.1.3 Contoh Pelaporan dan Rekod Penilaian Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh pelaporan penilaian, yang dinamakan Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS), iaitu pelaporan penilaian berasaskan penaksiran yang dibuat oleh pihak sekolah. Pelaporan penilaian ini ialah untuk pelajar sekolah rendah yang dimasukkan dalam sebuah buku rekod penilaian yang bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Gred yang dimasukkan pada setiap semester ialah gred abjad, iaitu A (Cemerlang, 80 -100%), B (Baik, 60-79%), C (Memuaskan, 40-59%), D (Perlu Pembaikan, 20-39) dan E (Perlu Perhatian Khusus, 0-19%). Ada juga guru yang mencatatkan gred peratus (markah) bersebelahan gred abjad [misalnya, A (88)]. Bagaimanapun, guru hanya mengisi gred bagi pecahan pencapaian utama sahaja (seperti Pengetahuan, Latihan Amal, Kebolehan), sementara pecahan lain tidak diisi (seperti Teori, Minat dan Sikap, Sikap). Seterusnya, Guru Mata Pelajaran memberi komen tentang pencapaian dan tindakan lanjutan bagi mata pelajarannya. Guru Kelas pula memberi komen tentang pencapaian keseluruhan mata pelajaran dan tindakan lanjutan keseluruhan. Akhirnya, rekod penilaian pelajar menunjukkan kemajuan akademik dan sahsiah pelajar serta pertumbuhan fizikal pelajar, iaitu berat dan tinggi pelajar, bermula daripada Tahun 1 hingga tahun semasa. OUM 165
  • 13. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Jadual 8.1: Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah Mata Pelajaran Semester 1 Semester 2 Gred Komen Gred Komen Bahasa Melayu Lisan Bacaan/Pemahaman Karangan/Bertulis Keseluruhan Nama Guru _____ Nama Guru _____ Bahasa Inggeris Lisan Bacaan Keterangan Kefahaman Keseluruhan Nama Guru _____ Nama Guru _____ Matematik Kertas 1 (Objektif) Kertas 2 (Subjektif) Keseluruhan Nama Guru _____ Nama Guru _____ Sains Pengetahuan Kemahiran Belajar Kemahiran Sosial dan Nama Guru _____ Nama Guru Sikap _____ Pendidikan Muzik Latihan Amal Teori Minat dan Sikap Nama Guru _____ Nama Guru _____ Pendidikan Agama Islam Pengetahuan Bacaan Al-Quran Hafalan Al-Quran Sikap Amalan Nama Guru _____ Nama Guru _____ Pendidikan Moral Pengetahuan Sikap Amalan Nama Guru _____ Nama Guru _____ Kajian Tempatan Pengetahuan Kemahiran Belajar Kemahiran Sosial dan Nama Guru _____ Nama Guru Sikap _____ Pendidikan Seni Kebolehan Kemahiran Menggunakan Media Sikap Nama Guru _____ Nama Guru _____ 166 OUM
  • 14. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Kemahiran Hidup Kebolehan Sikap Nama Guru _____ Nama Guru _____ Pend. Jasmani & Kesihatan Kebolehan Sikap Nama Guru _____ Nama Guru _____ Jawatan Yang Dipegang 1. 2 3. 4. 5. Kedatangan Kelakuan Berat Jumlah Markah Peratus Gred Kedudukan Komen Guru Kelas Nama Guru Kelas __________ Nama Guru Kelas _________ Tandatangan Guru Kelas Tandatangan Guru Besar & Cop Tandatangan Penjaga Latihan 8.3 Beri satu kekangan pelaporan penilaian menggunakan kaedah “perjumpaan ibu bapa”. 8.2 PENILAIAN KENDIRI, GURU DAN PIAWAI Penilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai seperti dalam rajah 8.8. Setiap kelompok penilaian ini mempunyai tujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuan menentukan sama ada dirinya sendiri benar-benar memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/ peperiksaan. Penilaian guru pula bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya. OUM 167
  • 15. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Rajah 8.8 : Kelompok penilaian Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapain seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar lain di seluruh negara, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorang pelajar. Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagian berikut. 8.2.1 Penilaian Kendiri Penilaian kendiri ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukuran tertentu, menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara sendiri. Contoh alat pengukuran tersebut ialah soalan latihan, contoh kertas ujian/peperiksaan, soal selidik/ inventori. Seperti yang dijelaskan lebih awal, terdapat pelbagai penilaian yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran mereka, termasuk penilaian pengetahuan/ kemahiran asas, diagnostik, formatif, sumatif, minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjaya. Soalan latihan, misalnya, boleh diguna oleh pelajar untuk menentukan pengetahuan/ kemahiran asas, masalah pembelajaran, kefahaman formatif atau pencapaian akhir pelajar. Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah, bidang pengajian dan kerjaya masa depan pelajar. Rajah 8.9 : Penilaian kendiri pelajar boleh membantu bidang kerjaya yang sesuai 168 OUM
  • 16. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajar dengan bantuan daripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkan pelajar sendiri mungkin tidak berkeupayaan untuk menyemak jawapan atau menilai ukuan yang diperolehi. Bantuan ini diperlukan terutama apabila pelajar menggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar seperti minat, motivasi, sikap, kecerdasan, aptitut dan kecenderungan kerjaya. Kesilapan semasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuat interpretasi, yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya, kesilapan menginterpretasi bidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajar memilih bidang pengajian/kerjaya yang tidak sesuai dengannya. Justeru, penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alat yang mengukur pencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/ peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yang diberikan oleh pelajar. Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukan panduan tentang cara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduan tentang cara menginterpretasi ukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciri dalaman seseorang boleh didapati secara atas talian. Contohnya, University of Waterloo Career Development Manual boleh membantu seseorang mengenal pasti kerjayanya berasaskan minat, nilai dan kemahiran seseorang itu. Manual Waterloo ini memberi gambaran lengkap tentang siapa diri seseorang itu dan bagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai dengan peluang kerjaya yang sedia ada. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berhubung dengan proses Manual Waterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/ index2.asp. Ciri-ciri penilaian yang dilakukan secara atas talian ini banyak membantu pelajar untuk mengukur pencapaian dan sahsiah pelajar itu sendiri. 8.2.2 Penilain Guru Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan penilaian tersebut. Semua proses ini perlu dilakukan dengan betul, iaitu dibuat secara profesional. Justeru, guru yang melaksanakannya perlu mengetahui prinsip-prinsip pengukuran dan penilaian, selain pakar bidang mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru yang ingin menilai pengetahuan/kemahiran asas, kekuatan/kelemahan, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar dalam matematik hendaklah guru matematik yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai masalah pembelajaran/ pencapaian matematik. Seterusnya, guru yang ingin menilai minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjaya pelajar hendaklah guru yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai ciri- ciri dalaman pelajar, misalnya, guru kaunselor. OUM 169
  • 17. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Rajah 8.10 : Guru perlu dibekalkan dengan kemahiran pengukuran dan penilaian secara menyeluruh Prinsip-prinsip am pengukuran dan penilain, yang banyak dibincangkan sebelum ini, boleh digunakan oleh guru untuk menggubal dan mentadbir kertas ujian/peperiksaan serta menyemak jawapan dan menilai ukuran yang diperoleh. Ujian/peperiksaan ini meliputi ujian/ kuiz untuk peringkat kelas atau peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubal sendiri oleh seorang guru atau beberapa orang guru. Ciri utama sesuatu ujian/ peperiksaan ialah kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iatu sejauh mana sesuatu ujian/ peperiksaan dapat mengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelum seseorang guru itu menyediakan kertas ujian, dia perlu tahu/menentukan tujuan ujian itu diadakan, misalnya, menentukan pengetahuan/ kemahiran asas pelajar untuk tajuk baru tertentu. Langkah seterusnya ialah menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajuk dan objektif pengajaran. Seterusnya, berpandukan kepada JPU ini, guru akan menyediakan soalan-soalan ujian. Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalam bidang yang sama tentang kesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkah seterusnya ialah membuat ujian/kajian rintis terhadap soalan-soalan yang disediakan dan membuat pembetulan yang diperlukan. Indeks kesukaran dan diskriminasi perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengan tujuan ujian itu diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikut panduan pengujian tertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapan yang diberikan pelajar dan akhirnya membuat laporan penilain. Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yang diperoleh dapat digunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai. Sekiranya tujuan ujian ialah untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas, maka keputusan ujian akan dapat menentukan sama ada seseorang pelajar itu mempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak. Sekiranya tidak, guru perlu mengulang/mengajar semula pengetahuan/kemahiran asas tersebut, sebelum mula mengajar tajuk baru. 170 OUM
  • 18. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN 8.2.3 Penilaian Piawai Penilaian piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Seperti yang dijelaskan lebih awal, tujuan utama penilaian piawai ialah menyelaraskan pencapain seseorang pelajar dengan menggunakan satu peperiksaan sahaja untuk seluruh negara. Sebagai mana yang kita ketahui, penilaian guru adalah berasaskan kertas peperiksaan yang digubal oleh guru, yang sememangnya amat berbeza. Ini menyebabkan gred yang diperoleh seseorang pelajar tidak boleh dibandingkan dengan gred yang diperoleh pelajar lain yang mengambil kertas peperiksaan lain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawai untuk membandingkan pencapaian pelajar. Contohnya, gred A yang diperoleh pelajar sebuah sekolah di negeri Selangor adalah setara dengan gred A yang diperoleh pelajar di sebuah sekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaian piawai juga boleh digunakan untuk menilai ciri-ciri dalaman pelajar. Oleh sebab alat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal, maka kehadiran alat-alat piawai dapat membantu pihak sekolah untuk menilai ciri-ciri tersebut. Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedur peperiksaan perlu dibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPU dan soalan peperiksaan perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Ujian/kajian rintis juga perlu dibuat supaya kertas soalan dapat difahami pelajar dengan jelas, masa menjawab soalan mencukupi dan soalan tidak terkeluar daripada sukatan pelajaran. Seterusnya, kerahsiaan kertas peperiksaan perlu dikawal dengan baik supaya kertas peperiksaan tidak bocor. Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yang sama di semua pusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan, tindakan untuk menjelaskan maksud soalan kepada pelajar, pembetulan kepada soalan yang didapati salah, jarak antara meja, pengawasan peniruan dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di semua pusat peperiksaan. Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan, kawalan perlu dibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM) kepada jawapan pelajar. Kawalan ini perlu dibuat memandangkan bilangan pemeriksa yang terlibat dalam pemeriksaan skrip jawapan adalah ramai dan cara mereka memberi markah akan berbeza. Ini boleh menimbulkan ketidakadilan dalam pemberian markah kepada pelajar. Langkah pertama untuk menyelaras pemberian markah ialah menyediakan skema permarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang munkin bersama markahnya sekali bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan berbentuk esei. Selain itu, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan juga perlu diadakan dengan dihadiri oleh semua pemeriksa. Latihan memeriksa beberapa sampel jawapan peperiksaan perlu dibuat untuk menyelaraskan pemberian markah bagi jawapan-jawapan yang berbeza. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat menentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripada jawapan yang OUM 171
  • 19. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 terdapat dalam skema jawapan. Akhirnya, kemasukkan markah ke dalam komputer perlu disemak supaya markah yang dimasukkan adalah sama dengan markah yang diperoleh pelajar seperti yang tercatat dalam kertas jawapan. Latihan 8.4 Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di Malaysia. 8.3 ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas. 8.3.1 Pentadbiran Ujian Melalui Komputer Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah, beraneka pilihan, mengisi tempat kosong); komputer boleh diguna untuk melaksanakan hampir semua proses peperiksaan. Ini termasuk menjana soalan, memilih soalan daripada bank soalan, meyediakan kertas ujian selepas soalan dijana/dipilih, mengeluarkan kertas soalan yang disimpan di dalamnya, mengawal masa ujian, memeriksa jawapan, memberi markah, menjumlah dan menilai markah, menjana laporan penilaian, menyimpan rekod penilaian dan menjana laporan kemajuan pelajar. Semua proses ini dapat dilaksanakan oleh komputer dengan cepat dan tepat bagi ujian berbentuk objektif. Bagi ujian ini, komputer boleh digunakan dengan mudah untuk memeriksa jawapan, disebabkan jawapan kepada ujian ini adalah tepat atau terdiri daripada dua/tiga jawapan tertentu. Jawapan-jawapan ini boleh dimasukkan dalam ingatan komputer untuk menyemak jawapan. Penggunaan komputer untuk ujian berbentuk objektif tidak menimbulkan apa-apa isu, malah penggunaannya bertambah pesat disebabkan komputer dapat menjimatkan masa dan memberi keputusan yang tepat. Sebaliknya, penggunaan komputer untuk memeriksa jawapan berbentuk esei masih lagi terhad disebabkan ketepatan pemeriksaan jawapan masih dipersoalkan. Di sini, komputer hanya diberi beberapa kata kunci sebagai panduan untuk memeriksa jawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatan ukuran pencapaian. Bagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujian ejaan, tatabahasa, kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat menyemak ejaan dan tatabahasa semasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu, komputer berupaya mengesan ketepatan suara apabila kita menyebut sesuatu perkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberi maklum balas tentang peratus ketepatan sebutan. 172 OUM
  • 20. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Penggunaan komputer untuk mentadbir ujian dapat membantu guru, terutama jika bilangan pelajar adalah agak ramai. Ia juga membenarkan pelajar mengambil ujian secara individu atau berkumpulan dan pelajar boleh mengulangnya sebanyak kali yang diperlukan. Selain itu, ujian juga boleh diambil secara jarak jauh melalui internet, tanpa perlu menjadualkan masa ujian dan menghadkan bilangan calon. Bagaimanapun, kita berhadapan dengan isu pengesahan identiti calon yang mengambil peperiksaan. Persoalannya ialah adakah orang yang menjawab soalan peperiksaan itu adalah calon sebenar atau orang lain yang menjawab untuknya. Isu ini masih belum berjaya ditangani dengan baik. Sebaliknya, jika para pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakan penilaian kendiri, isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuan penilaian kendiri adalah amat penting dalam proses pengajaran-pembelajaran. 8.3.2 Pengukuran dan Penilaian bagi Mata Pelajaran Tertentu Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukuran dan penilaian bagi mata-mata pelajaran tertentu, seperti seni visual/muzik, kemanusiaan, bahasa, matematik atau sains. Sebahagian daripada masalah pengukuran dan penilaian boleh diselesaikan sekiranya objektif pengajaran/hasil pembelajaran dinyatakan secara jelas dan tepat. Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain kognitif (pengetahuan tentang seni visual, seperti definisi, contoh, sejarah), psikomotor (proses membina sesuatu objek visual), affektif (aprisiasi seni visual) dan juga objek visual yang dihasilkan. Isu pengukuran dan penilaian bidang seni visual ini ialah pengukuran dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/ peribadi sehinggakan pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/penilaian yang dipersetujui bersama. Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan skema permarkahan dan memeriksa jawapan/proses/hasil/ aprisiasi. Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; seperti geografi, sejarah, pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaian berkaitan fakta, konsep, prinsip, kemahiran (seperti membaca peta, menganalisis dokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan- soalan tentang agama akan menjadi sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasa menggubal soalan. Seterusnya, penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasa melibatkan pengukuran dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah, ejaan, kesusasteraan), psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis, komunikasi), afektif (sikap, nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru, pengukuran dan penilaian bidang ini perlu dibuat secara menyeluruh dan teliti, yang tentunya akan mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenaga yang banyak. Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domain kognitif (konsep, pemahaman, kemahiran berfikir, rumus), psikomotor (pengiraan, melukis graf/rajah, mengukur), afektif (aprisiasi, sikap, nilai) dan hasil (graf, rajah, model). Isu utama pengukuran dan penilaian bidang ini ialah penguasaan bahasa dan kemahiran berfikir. Ujian berbentuk pengiraan/lukisan, sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyak melibatkan kemahiran berfikir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiran berfikir hanya boleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahaman soalan akan timbul disebabkan ia amat bergantung kepada penguasaan bahasa seseorang pelajar. OUM 173
  • 21. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains menimbulkan isu kefahaman pelajar. Walaupun pelajar dapat menjawab soalan ujian dengan baik disebabkan jawapan dalam bidang sains merupakan fakta, pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teori sains yang ingin disampaikan. Pelajar menjawab soalan secara hafalan/mekanikal sahaja. 8.3.3 Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar Khas Pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas memerlukan prosedur yang berbeza daripada pelajar-pelajar biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, cacat anggota dan sebagainya. Pelajar- pelajar khas ini, disebabkan kecacatan, menghadapi pelbagai masalah apabila mereka menduduki ujian/peperiksaan. Bagi mereka yang bermasalah penglihatan, mereka tidak dapat melihat soalan ujian dan juga menulis jawapan. Satu penyelesaiannya ialah menggunakan alat Braille untuk membaca dan menulis. Kaedah kedua ialah menggunakan ujian lisan, iaitu guru membaca soalan dan pelajar menjawab juga secara lisan. Kedua-dua kaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana jangka masa ujian/peperiksaan perlu disesuaikan. Rajah 8.11 : Pengukuran pelajar masalah penglihatan Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran pula, mereka didapati sukar memahami perkataan dan istilah-istilah abstrak, yang terkandung dalam soalan peperiksaan. Keupayaan mereka membaca, menulis dan memproses maklumat juga adalah lambat (Mohd. Hanafi, 2005). Selain itu, mereka juga tidak dapat mendengar arahan yang dibuat semasa ujian/ peperiksaan dijalankan, yang turut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambat membaca, menulis dan memproses maklumat, maka jangka masa ujian/peperiksaan perlu disesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilah abstrak, maka mereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut. Kajian Mohd. Hanafi (2005) menunjukkan pencapaian pelajar bermasalah pendengaran meningkat apabila jangka masa peperiksaan ditambah dan terus meningkat apabila soalan peperiksaan diterjemahkan kepada bahasa isyarat. 174 OUM
  • 22. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Rajah 8.12 : Pelajar bermasalah anggota Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran, mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami, berfikir dan menulis jawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilah abstrak dalam soalan peperiksaan. Justeru, untuk mengukur pencapaian sebenar, mereka juga perlu diberi masa tambahan dan penjelasan kepada istilah-istilah abstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota, mereka perlu diberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruang peperiksaan yang selesa untuk mereka. Begitu juga, sekiranya mereka cacat pada bahagian tangan, yang menyebabkan mereka lambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Dengan pertambahan masa dan penterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharap lebih ramai pelajar-pelajar khas akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seperti mana dalam peperiksaan UPSR tahun 2005. Latihan 8.5 Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekak tidak berupaya memahami istilah abstrak. OUM 175
  • 23. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 RUMUSAN Tajuk ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yang patut menerima laporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa, guru, guru kaunselor/disiplin, guru besar sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Seterusnya, tajuk ini menjelaskan bentuk laporan penilaian yang meliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak, penjelasan bertulis dan perjumpaan ibu bapa. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan tentang tiga jenis penilaian, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai. Akhirnya, beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas. GLOSARI Gred Abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad, yang biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal. Gred Lulus-Gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan. Gred Peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara 0 hingga 100 yang menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu. Pelaporan Penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang- orang yang berkepentingan. Penilaian Kendiri ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukuran tertentu, menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara sendiri. Penilaian Guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan penilaian tersebut. Penilaian Piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya yang diuruskan oleh badan- badan tertentu, misalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Penjelasan Bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar. 176 OUM
  • 24. TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN Perjumpaan Ibu Bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak sekolahmenghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru- guru, pelajar dan ibu bapa. Senarai Semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif. UJIAN 1 (1) Jelaskan maksud “pelaporan penilaian”. (2) Jelaskan pepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibu bapa. (3) Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa ujian? UJIAN 2 (a) Jelaskan maksud “penjelasan bertulis” sebagai satu bentuk laporan penilaian. (b) Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasan bertulis ini? (c) Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajaran tertentu dan perkembangan sahsiah pelajar. RUJUKAN Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (1992). Perangkaan Pendidikan 1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cheeseman, H.R. (1948). Education in Malaya, Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Ebel, R.L. (1965). Measuring Educational Achievement. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Grondlund,N.E. (1971). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan Company. Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context- Adapted Planning. Boston: Pearson-Allan & Allyn and Bacon. Mohd. Hanafi Mohd. Yasin. (2005). Perbandingan Pencapaian Pelajar Pendidikan Khas (Pekak) Menggunakan Tiga Format Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OUM 177
  • 25. PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 Oosterhof, A. (2003). Developing and Using Classroom Assessments. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill and Printice Hall. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html http://www.testpreview.com/modules/verbs.html http://www.testpreview.com/modules/nouns.html http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.htm 178 OUM