Eksperimen ini bertujuan menentukan sama ada tempoh ayunan bandul bergantung kepada panjang bandul. Panjang bandul dimanipulasikan pada 30 cm, 50 cm, dan 70 cm, manakala frekuensi ayunan diukur. Hasilnya menunjukkan frekuensi ayunan tidak berubah dengan perubahan panjang bandul.
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
Amali 6
1. AMALI 6
EKSPERIMEN BANDUL
Menyatakan masalah:
Adakah tempoh ayunan bergantung kepada panjang bandul.
Inferens:
Tempoh ayunan bergantung kepada panjang bandul.
Hipotesis:
Semakin panjang bandul, semakin lama tempoh ayunan.
Merancang eksperimen :
Pemboleh ubah yang
a) Dimanipulasikan : panjang bandul iaitu panjang tali yang mengikat bandul
b) Bergerak balas : frekuensi ayunan,disukat dengan jam randik
c) Dimalarkan : jisim, amplitud ayunan dan jenis bandul
Definisi secara operasi :
a) Frekuensi ialah masa yang digunakan untuk membuat satu ayunan.
b) Panjang bandul merujuk kepada panjang tali yang mengikat bandul.
Radas dan bahan :
Tali, kaki retort, pemberat ( berbeza jisim ), pembaris meter, pemegang kaki retort
lembaran kerja, model laporan eksperimen model, laporan eksperimen
2. Prosedur :
Menyatakan kaedah menetukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan :
1. Gantungkan bandul dengan panjang tali, l = 30 cm seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di sebelah.
Menyatakan kaedah mengukur pemboleh ubah yang bergerak balas:
2. Sesarkan bandul pada sudut yang kecil kira-kira 10̊ dan kemudian lepaskan.
3. Masa untuk 20 ayunan diukur dengan jam randik
4. Tempoh ayunan boleh ditentukan dengan
Masa untuk 20 ayunan
20
Ulangan :
5. Ulangi langkah 2-4 untuk mendapatkan 3 set bacaan
6. Eksperimen kemudian diulangi bagi nilai panjang bandul, l=30.0 cm, 50.0 cm,
70.0 cm
Menetapkan pemboleh ubah yang dimalarkan :
7. Gunakan bandul yang sama dan sesarkan bandul pada sudut (amplitud
ayunan) yang sama untuk semua eksperimen
Keputusan
Jisim (g)
Frekuensi ayunan
Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3
10 8 8 8
30 8 8 8
50 8 8 8
70 8 8 8
3. AMALI 4
MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
AKTIVITI MENCAMPUR AIR
Masalah :
Apakah nilai suhu campuran air apabila suhu air sejuk dicampurkan dengan
suhu air panas.
Inferens :
Suhu campuran air bergantung kepada nilai suhu air sejuk dengan nilai suhu
air panas.
Hipotesis :
Semakin tinggi suhu air panas, semakin tinggi suhu campuran air.
Radas dan bahan :
Termometer, air sejuk, air panas,air suam,silinder bersenggat, bekas
campuran, lembaran kerja.
Prosedur :
1. Sukat 40ml air sejuk dan 40ml air panas menggunakan silinder bersenggat
secara berasingan.
2. Catat suhu setiap bahan di jadual yang disediakan.
3. Campurkan air sejuk dan air panas tersebut. Catat suhu campuran tersebut.
4. Ulang langkah –langkah di atas mengikut kombinasi di dalam jadual di
bawah.
4.
5. Keputusan :
Kandungan air Suhu air sejuk Suhu air panas Suhu campuran
air
40ml air sejuk
dan
40ml air panas
27̊c 60̊c 44̊c
30ml air sejuk
Dan
50ml air panas
28̊c 62̊c 48̊c
20ml air sejuk
Dan
60ml air panas
29̊c 68̊c 58̊c
10ml air sejuk
Dan
70ml air panas
30̊c 67̊c 63̊c