SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
SEMESTER 4
2/2014
MACHINE MAINTENANT CONTROL
LAPORAN AMALI
LITAR POWER SUPPLY
NAMA PENGAJAR
PN.DALILAH BINTI ABDULLAH
NAMA PELAJAR
MOHAMAD HUSNI BIN RAMLI
13114156
2
ISI KANDUNGAN
BIL PEKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE
RECTIFIER
4
3 FUNGSI KOMPONEN DALAM LITAR 5-8
4 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN 9
5 KESAN KEROSAKAN KOMPONEN DAN CARA
MENGATASI
10-12
6 CARA MEMATERI DENGAN BETUL 13
7 SOP 14
8 LANGKAH KESELAMATAN 15-16
9 KESIMPULAN 17
3
PENGENALAN
Kuasa elaktrik yang dibekalkan dalam negara kita adalan dalam bentuk ac 240V RMS
dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan dc amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian
besar alatan elektronik contohnya Radio. Peralatan elektronik lain juga memerlukan voltan dc
samada dalam nilai yang lebih tinggi atau rendah dan memerlukan voltan dc yang stabil.
Bekalan kuasa dc adalah merupakan satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan
utama ac 240V kepada voltan dc yang diperlukan.
Litar bekalan kuasa dc mengandungi 4 komponen atau bahagian utama :
1. Pengubah : Menurun atau menaikan voltan ac masukan 240V kepada nilai yang
dikehendaki.
2. Penerus : Menukarkan voltan ac kepada voltan dc berdenyut.
3. Penapis : Proses untuk menghasilkan voltan dc yang linar tanpa berdenyut.
4. Pengatur : Kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap walaupun
berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.
4
GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER
5
FUNGSI SETIAP KOMPONEN DALAM LITAR BEKALAN KUASA
1)PENGUBAH (TRANSFORMER)
Gambarajah blok bekalan kuasa a.t. mempunyai lima peringkat. Setiap
peringkat mempunyai fungsi masing-masing. Blok yang pertama ialah pengubah (
transformer ). Pengubah yang biasa digunakan ialah pengubah penurun ( step-down
transformer ). Bahagian primer pengubah bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan
kuasa ac 240V 50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder diturunkan mengikut
kesesuaian peralatan elektronik yang digunakan.
Selain daripada itu oleh kerana pengubah terbina dari dua belitan gelung
primer dan sekunder yang tiada langsung hubungan terus antara keduanya melainkan
dengan proses aruhan, maka penggunaannya juga bertujuan untuk mengasingkan
rangkaian litar-litar dipihak sekunder daripada talian bekalan ac yang tinggi di pihak
primer. Pengasingan ini dapat mengelakkan pengguna dipihak sekunder dari terkena
kejutan elektrik voltan AC yang tinggi. Pengasingan itu juga dapat mengelakkan litar
primer menerima kesan dari sebarang kerosakan litar di lilitan sekunder.
Pengubah 'transformer'
Pengubah
langkah turun
Pengubah
langkah naik
Belitan primer Belitan sekunder
6
2)PENERUS (RECTIFIER)
Penerus tetimbang juga adalah merupakan satu lagi jenis penerus gelombang penuh.
Tatarajah penerus tetimbang adalah dimana ia menggunakan empat diod separuh
pengalir dan pengubah yang sama seperti yang digunakan dalam penerus gelombang
separuh iaitu pengubah yang tidak bertap tengah. Dalam penerus jenis ini, dua diod
akan berfungsi dalam satu masa dan dua diod lagi dalam keadaan tidak berfungsi (off).
Merujuk kepada rajah Apabila titik A pada setengah kitar positif maka titik B akan
menjadi negatif, oleh yang demikian diod D3 dan D4 akan dipincang hadapan sebab anod
D3 mendapat voltan positif manakala katod D4 mendapat voltan negatif. Manakala D1
dan D2 dipincang songsang sebab katod D1 menerima voltan positif manakala anod D2
menerima voltan negatif. Arus akan mengalir dari titik A melalui D3, RL yang mana
setengah kitar positif terhasil merentas RL iaitu pada titik keluaran, seterusnya arus akan
mengalir melalui bumi ke titik B dan terus balik ke titik A melalui belitan sekunder.
Sebaliknya apabila titik A menerima setengah kitar negatif manakala titik B adalah
positif, maka D1 dan D2 akan mendapat pincang hadapan sebaliknya D3 dan D4 dipincang
songsang. Dengan yang demikian arus akan mengalir dari titik B melalui D2 ke punca
positif RL terus ke bumi, maka setengah kitar positif akan terhasil merentas RL iaitu pada
titik keluaran, seterusnya arus akan terus mengalir melalui D1 ke titik A dan balik ketitik
B melalui belitan sekunder.
7
3)PENAPIS (KAPASITOR)
Keluaran litarpenerusadalahvoltandcberdenyut.Untukmendapatkanvoltan dckeluaran yang
lebih linar, penapis diperlukan. Rajah menunjukkan bentuk gelombang sebelum dan selepas
litar penapis.
Tugas utama penapisialahuntukmenukarkan voltan dc berdenyut kepada voltan dc yang tulin
tanpa denyut atau riak seperti keluaran voltan dc dari sebuah bateri.
Walau bagaimanapun,tidaksemuapenapisdapatmenghasilkanvoltan dctulin.Voltankeluaran
penapisbiasanyavoltan dcyangmasihbelum linar.Voltanini adalahpercampuranvoltan dcdan
sedikitvoltan acyang dipanggil sebagai voltan riak. Rajah 4.8 menunjukkan bentuk gelombang
voltan dc tulin.
V
Litar Penerus
Gelombang
Separuh
Litar Penapis
V
t
t
V
t
Voltan a.t. berdenyut Voltan a.t. beriak
Rajah : Gelombang keluaran sebelum dan selepas penapis
Va.t.
V
tRajah 4.8 : Voltan dc. tulen
8
4)PENGATUR VOLTAN (VOLTAGEREGULATOR)
Bekalan kuasa yang baik mesti mempunyai pengatur voltan, dimana fungsi pengatur
voltan ini adalah untuk menghasilkan voltan dc yang stabil walaupun berlaku perubahan beban
keluaran atau voltan masukan. Tanpa pengatur voltan, voltan keluaran akan berubah apabila
bekalan masukan atau rintangan beban berubah.
Rajah , menunjukkansimulasi pengaturvoltandimanalitarini menerimavoltan dc dari penerus dan
penapis sebanyak 15V dan keluaran pengatur memerlukan voltan sebanyak 12V yang telah susut
merentasRA sebanyak3V.SekiranyaberlakuperubahankepadabebanRL yangmenyebabkan voltan
keluaran berkurang maka nilai RA perlulah juga dikurangkan supaya voltan keluaran akan tetap
kepada 12V, untuk melaras RA secara manual adalah mustahil, oleh yang demikian satu litar
pengatur voltan perlulah diadakan untuk mengatur voltan itu secara automatik.
Terdapat tiga litar pengatur voltan yang biasa digunakan:-
 pengatur voltan diod zener
 pengatur voltan siri bertransistor
 pengatur voltan litar bersepadu (I.C)
9
PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
Mengesan kerosakan
Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah,
penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat.
Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom)
kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan suis
ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan pada
belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga kemungkinan
kerosakan boleh berlaku:
a) Belitan primer atau sekunder terbuka
b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus
c) Fius terbuka / putus.
Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari soket,
meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Jadual 4.23 menunjukkan
simptom dan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa pengatur voltan boleh laras.
Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik :
1. Terbuka
2. Terpintas
3. Bocor
10
KESAN KEROSAKAN
1. Kerosakan pada pengubah
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan
sekunder. Rintangan belitan primer dan
sekunder rendah (normal)
Dawai penyambung bekalan
masukan atau fius terbuka
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada
belitan sekunder. Rintangan belitan primer infiniti
dan rintangan rendah pada belitan sekunder.
Belitan primer terbuka
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada
belitan sekunder.Rintangan belitan sekunder infiniti
dan rintangan rendah pada belian primer.
Belitan sekunder terbuka
2. Kerosakan pada penerus (gelombang penuh dan
tetimbang)
Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak.
Diod penerus terbuka
Fius terbuka disebabkan arus yang berlebihan.
Rintangan pada pengubah normal
Diod penerus pintas.
3. Kerosakan kapasitor penapis
Voltan dc keluaran rendah, paras voltan riak
bertambah. Pengaturan voltan lemah.
Kapasitor penapis terbuka
Fius terbuka, rintangan keluaran penerus rendah bila
diukur pincang depan dan songsang.
Kapasitor penapis pintas.
11
Voltan dc keluaran rendah dengan paras voltan riak
bertambah. Pengaturan voltan lemah (mungkin litar
berfungsi dengan tak stabil)
Kapasitor penapis bocor.
4. Kerosakan litar pengatur
Voltan dc keluaran 0V dan voltan masukan ke
pengatur sedikit tinggi dari normal.
Transistor siri dasar dan
pengeluar terbuka.
Voltan masukan dan keluaran pengatur sama, fius
boleh jadi terputus atau merosakan transistor
disebabkan arus yang berlebihan.
Transistor pemungut dan
pengeluar terpintas.
Voltan dc keluaran rendah, transistor siri menjadi
panas.
Diod zener terpintas
Tiada voltan rujukan, voltan dc keluaran mungkin
akan tinggi atau rendah bergantung kepada corak
sambungan diod zener.
Diod zener terbuka.
Voltan dc keluaran lebih tinggi dari sepatutnya, tiada
pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan.
Penguat ralat terbuka
(transistor atau I.C)
Diod zener menjadi panas disebabkan arus yang
berlebihan. Litar tak boleh dikawal. Voltan dc
keluaran rendah lebih rendah dari voltan zener.
Penguat ralat pintas.
12
Cara mengatasi kerosakan pada komponen:
 Pastikan memahami litar debgan jelas
 Pastikan setiap komponen yang digunakan berada dalam keadaan baik
 Kenali setiap komponen yang digunakan/ rujuk datasheet komponen
 Fahami datasheet setiap komponen yang digunakan
 Pastikan teknik memateri kaki komponen debgab betul dan kemas
 Pasang kaki komponen pada terminal yang betul
 Tentukan polariti setiap komponen aktif dengan betul
 Kenali komponen aktif dan pasif sebelum memasang litar
Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan :
a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang
hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen terbakar.
b) Suntikan dan surihan isyarat.
c) Sukatan voltan dan rintangan.
13
CARA-CARA MEMATERI KAKI KOMPONEN
 LANGKAH 1
Bersihkan mata soldering sebelum digunakan.
 LANGKAH 2
Komponen- komponen perlu di pasang pada tempat yang betul diatas PCB. Terutama
komponen yang mempunyai polarity.
 LANGKAH 3
Pastikan soldering dipanaskan pada suhu 350˚c - 400˚c untuk mendapatkan tahap
kepanasan yang disyorkan.
 LANGKAH 4
Apabila tidak diperlukan letakkan pada soldering stand.
 LANGKAH 5
Pastikan kawasan kerja tiada bahan-bahan yang mudah terbakar berdekatan dengan
solder yang panas.
 LANGKAH 6
Semasa membuat soldering ,pastikan ianya tidak berlaku:
 Litar pintas /short circuit antara komponen yang digunakan
 Litar rosak
 LANGKAH 7
Pastikan keselamatan peralatan dan diri diutamakan. Jangan bergurau semasa
melakukan proses kerja ini.
14
GUNAKAN PANDUAN SOP YANG TELAH DISEDIAKAN
STANDARD OPERATING PROSEDURE (SOP)
JABATAN OLE KLUSTER ELEKTRONIK
MESIN / PERALATAN DC POWER SUPPLY
JENAMA / MODEL TEXIO PR18-3A
 Sebelum Menggunakan Mesin
I. Pastikan power supply dalam keadaan baik tidak mengalami sebarang kerosakan.
II. Sambungkan prob positif dan negatif pada terminal yang betul.
III. Sambungkan power cord pada plug dan ON kan suis pada power supply.
 Semasa Menggunakan Mesin
I. Pastikan pelaras voltan dijulatkan pada ukuran yang sesuai.
II. Pastikan sambungan prob pada litar dalam keadaan yang betul supaya tidak
berlaku short circuit pada litar yang di sambungkan.
III. Elakan tangan dari bersentuh pada bahagian pengalir prob.
 Selepas Menggunakan Mesin
I. Laraskan julat pemilih pada 0volt kembali dan offkan suis pada power supply.
II. Pastikan tiada sambungan lain setelah power supply di offkan.
III. Tanggalkan prob dan power cord kemudian simpan di tempat yang selamat.
Pegawai yang perlu dihubungi jika berlaku kerosakan /kecemasan
Nama Pegawai: Mohd Syafiq Bin Suhaimi
No Tel : 03-51612622 ext: 342
DISEDIAKAN OLEH :
T.TANGAN :
TARIKH :
DISAHKAN OLEH :
T.TANGAN :
TAIKH :
15
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
i. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang
demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah
penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
ii. Keselamatan alat
Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalamkeadaan baik dan dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu
diperhatikan adalah:
16
 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai
penebat yang baik dan sempurna.
 Penggunaan alat pematerian (soldering iron)
- Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan
pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah
panas dengan itu elakkan dari meletakkannya dimerata-
rata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya (holder).
- Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan
hujung alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan
merosakkan elemen pemanasnya. Gunakan span basah
untuk membersihkannya
 Penggunaan meter pelbagai (multimeter)
- Gunakan julat yang betul
- Pastikan kekutuban yang betul
17
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya selepas melakukan kerja kursus amali ini banyak pekara yang
dapat dijadikan panduan dalam membangunkan sesebuah litar bekalan kuasa juga dapat
menerangkan kendalian dan setiap komponen yang digunakan litar bekalan kuasa DC.
Seterusnya ,dapat mengesan kerosakan yang berlaku pada litar dengan melakukan
troubleshooting pada litar bagi mengsan kerosakan yang berlaku. Disamping itu, kaedah dan
teknik memateri kaki komponen juga memerlukan penelitian yang serius dan semasa
melakukan kerja pastikan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Diode
DiodeDiode
Diode
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
UJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBANUJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBAN
 
Alatan elektronik
Alatan elektronikAlatan elektronik
Alatan elektronik
 
PENGENALAN TRANSISTOR
PENGENALAN TRANSISTORPENGENALAN TRANSISTOR
PENGENALAN TRANSISTOR
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateriLangkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
 
Litar elektrik
Litar elektrikLitar elektrik
Litar elektrik
 
FIUS
FIUSFIUS
FIUS
 
Motor dc
Motor dcMotor dc
Motor dc
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintang
 
Relay dan contactor
Relay dan contactorRelay dan contactor
Relay dan contactor
 
Lab 5 star delta
Lab 5 star deltaLab 5 star delta
Lab 5 star delta
 
Laporan Pendawaian
Laporan PendawaianLaporan Pendawaian
Laporan Pendawaian
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
Transformer
TransformerTransformer
Transformer
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
TACHOMETER DAN PENA UJIAN
TACHOMETER DAN PENA UJIANTACHOMETER DAN PENA UJIAN
TACHOMETER DAN PENA UJIAN
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 

Similar to Litar bekalan kuasa

Laporan 4 gelombang filter lc dan c
Laporan 4 gelombang filter lc dan cLaporan 4 gelombang filter lc dan c
Laporan 4 gelombang filter lc dan cRidwan Satria
 
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.ppt
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.pptRANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.ppt
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.pptRizky211141
 
Penyearah Setengah Gelombang
Penyearah Setengah GelombangPenyearah Setengah Gelombang
Penyearah Setengah GelombangWahyu Pratama
 
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuh
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuhlaporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuh
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuhsintaKikiAprilia
 
Bab 10 elektronika daya
Bab 10   elektronika dayaBab 10   elektronika daya
Bab 10 elektronika dayaEko Supriyadi
 
Teknik tegangan tinggi DC
Teknik tegangan tinggi DCTeknik tegangan tinggi DC
Teknik tegangan tinggi DCedofredikaa
 
Analisa sinyal kecil
Analisa sinyal kecilAnalisa sinyal kecil
Analisa sinyal kecilUC Tidar
 
Power supply
Power supplyPower supply
Power supplykemenag
 
Analisis Sinyal Kecil
Analisis Sinyal KecilAnalisis Sinyal Kecil
Analisis Sinyal KecilRyan Aryoko
 
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusuma
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusumaAnalisis sinyal kecil yanuar indra kusuma
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusumayanuarindra
 
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)RedhoNurRidho
 

Similar to Litar bekalan kuasa (20)

Laporan 4 gelombang filter lc dan c
Laporan 4 gelombang filter lc dan cLaporan 4 gelombang filter lc dan c
Laporan 4 gelombang filter lc dan c
 
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.ppt
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.pptRANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.ppt
RANGKAIAN PENYEARAH GELOMBANG (RECTIFIER)_FIX.ppt
 
Catu daya
Catu dayaCatu daya
Catu daya
 
Job 2
Job 2Job 2
Job 2
 
Penyearah Setengah Gelombang
Penyearah Setengah GelombangPenyearah Setengah Gelombang
Penyearah Setengah Gelombang
 
Ppt modul 9
Ppt modul 9Ppt modul 9
Ppt modul 9
 
Bab 10 elda tiwi
Bab 10 elda tiwiBab 10 elda tiwi
Bab 10 elda tiwi
 
Forward Type SMPS
Forward Type SMPSForward Type SMPS
Forward Type SMPS
 
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuh
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuhlaporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuh
laporan praktikum eldas penyearah setengah gelombang dan gelombang penuh
 
Bab 10 elektronika daya
Bab 10   elektronika dayaBab 10   elektronika daya
Bab 10 elektronika daya
 
Teknik tegangan tinggi DC
Teknik tegangan tinggi DCTeknik tegangan tinggi DC
Teknik tegangan tinggi DC
 
Analisa sinyal kecil
Analisa sinyal kecilAnalisa sinyal kecil
Analisa sinyal kecil
 
Gambar less
Gambar lessGambar less
Gambar less
 
Power supply
Power supplyPower supply
Power supply
 
Analisis Sinyal Kecil
Analisis Sinyal KecilAnalisis Sinyal Kecil
Analisis Sinyal Kecil
 
rangkaian listrik
rangkaian listrikrangkaian listrik
rangkaian listrik
 
Ppt modul 12
Ppt modul 12Ppt modul 12
Ppt modul 12
 
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusuma
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusumaAnalisis sinyal kecil yanuar indra kusuma
Analisis sinyal kecil yanuar indra kusuma
 
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)
Materi+elektronika+daya+(komponen+elektronika+daya+2)
 
Dioda
DiodaDioda
Dioda
 

More from Mohamad Husni Ramli (20)

Get logik
Get logik Get logik
Get logik
 
inhouse training
inhouse traininginhouse training
inhouse training
 
laptop auto cooler with security system
laptop auto cooler with security systemlaptop auto cooler with security system
laptop auto cooler with security system
 
Penambah baikan sistem perangkap sampah di sungai
Penambah baikan sistem perangkap sampah di sungaiPenambah baikan sistem perangkap sampah di sungai
Penambah baikan sistem perangkap sampah di sungai
 
ANALYSE CONDITION BASE MONITORING
ANALYSE CONDITION BASE MONITORINGANALYSE CONDITION BASE MONITORING
ANALYSE CONDITION BASE MONITORING
 
machine breakdown analysis
machine breakdown analysismachine breakdown analysis
machine breakdown analysis
 
mttr
mttrmttr
mttr
 
mtbf
mtbfmtbf
mtbf
 
Machine breakdown analysis
Machine breakdown analysisMachine breakdown analysis
Machine breakdown analysis
 
Network
NetworkNetwork
Network
 
Human resource management jon description
Human resource management jon descriptionHuman resource management jon description
Human resource management jon description
 
penyelenggaraan komputer
penyelenggaraan komputerpenyelenggaraan komputer
penyelenggaraan komputer
 
Senggaraan kawalan (preventive maintenance)
Senggaraan kawalan (preventive maintenance)Senggaraan kawalan (preventive maintenance)
Senggaraan kawalan (preventive maintenance)
 
amplifire clas c
amplifire clas camplifire clas c
amplifire clas c
 
Inductive sensor
Inductive sensorInductive sensor
Inductive sensor
 
equipment calibration
equipment calibrationequipment calibration
equipment calibration
 
Hardware computer
Hardware computerHardware computer
Hardware computer
 
Human resouce management
Human resouce managementHuman resouce management
Human resouce management
 
Equipment comissioning proc
Equipment comissioning procEquipment comissioning proc
Equipment comissioning proc
 
Sistem keselamatan penggera di rumah
Sistem keselamatan penggera di rumahSistem keselamatan penggera di rumah
Sistem keselamatan penggera di rumah
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 

Litar bekalan kuasa

  • 1. DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK SEMESTER 4 2/2014 MACHINE MAINTENANT CONTROL LAPORAN AMALI LITAR POWER SUPPLY NAMA PENGAJAR PN.DALILAH BINTI ABDULLAH NAMA PELAJAR MOHAMAD HUSNI BIN RAMLI 13114156
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN BIL PEKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER 4 3 FUNGSI KOMPONEN DALAM LITAR 5-8 4 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN 9 5 KESAN KEROSAKAN KOMPONEN DAN CARA MENGATASI 10-12 6 CARA MEMATERI DENGAN BETUL 13 7 SOP 14 8 LANGKAH KESELAMATAN 15-16 9 KESIMPULAN 17
  • 3. 3 PENGENALAN Kuasa elaktrik yang dibekalkan dalam negara kita adalan dalam bentuk ac 240V RMS dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan dc amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian besar alatan elektronik contohnya Radio. Peralatan elektronik lain juga memerlukan voltan dc samada dalam nilai yang lebih tinggi atau rendah dan memerlukan voltan dc yang stabil. Bekalan kuasa dc adalah merupakan satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan utama ac 240V kepada voltan dc yang diperlukan. Litar bekalan kuasa dc mengandungi 4 komponen atau bahagian utama : 1. Pengubah : Menurun atau menaikan voltan ac masukan 240V kepada nilai yang dikehendaki. 2. Penerus : Menukarkan voltan ac kepada voltan dc berdenyut. 3. Penapis : Proses untuk menghasilkan voltan dc yang linar tanpa berdenyut. 4. Pengatur : Kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap walaupun berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.
  • 4. 4 GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER
  • 5. 5 FUNGSI SETIAP KOMPONEN DALAM LITAR BEKALAN KUASA 1)PENGUBAH (TRANSFORMER) Gambarajah blok bekalan kuasa a.t. mempunyai lima peringkat. Setiap peringkat mempunyai fungsi masing-masing. Blok yang pertama ialah pengubah ( transformer ). Pengubah yang biasa digunakan ialah pengubah penurun ( step-down transformer ). Bahagian primer pengubah bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan kuasa ac 240V 50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder diturunkan mengikut kesesuaian peralatan elektronik yang digunakan. Selain daripada itu oleh kerana pengubah terbina dari dua belitan gelung primer dan sekunder yang tiada langsung hubungan terus antara keduanya melainkan dengan proses aruhan, maka penggunaannya juga bertujuan untuk mengasingkan rangkaian litar-litar dipihak sekunder daripada talian bekalan ac yang tinggi di pihak primer. Pengasingan ini dapat mengelakkan pengguna dipihak sekunder dari terkena kejutan elektrik voltan AC yang tinggi. Pengasingan itu juga dapat mengelakkan litar primer menerima kesan dari sebarang kerosakan litar di lilitan sekunder. Pengubah 'transformer' Pengubah langkah turun Pengubah langkah naik Belitan primer Belitan sekunder
  • 6. 6 2)PENERUS (RECTIFIER) Penerus tetimbang juga adalah merupakan satu lagi jenis penerus gelombang penuh. Tatarajah penerus tetimbang adalah dimana ia menggunakan empat diod separuh pengalir dan pengubah yang sama seperti yang digunakan dalam penerus gelombang separuh iaitu pengubah yang tidak bertap tengah. Dalam penerus jenis ini, dua diod akan berfungsi dalam satu masa dan dua diod lagi dalam keadaan tidak berfungsi (off). Merujuk kepada rajah Apabila titik A pada setengah kitar positif maka titik B akan menjadi negatif, oleh yang demikian diod D3 dan D4 akan dipincang hadapan sebab anod D3 mendapat voltan positif manakala katod D4 mendapat voltan negatif. Manakala D1 dan D2 dipincang songsang sebab katod D1 menerima voltan positif manakala anod D2 menerima voltan negatif. Arus akan mengalir dari titik A melalui D3, RL yang mana setengah kitar positif terhasil merentas RL iaitu pada titik keluaran, seterusnya arus akan mengalir melalui bumi ke titik B dan terus balik ke titik A melalui belitan sekunder. Sebaliknya apabila titik A menerima setengah kitar negatif manakala titik B adalah positif, maka D1 dan D2 akan mendapat pincang hadapan sebaliknya D3 dan D4 dipincang songsang. Dengan yang demikian arus akan mengalir dari titik B melalui D2 ke punca positif RL terus ke bumi, maka setengah kitar positif akan terhasil merentas RL iaitu pada titik keluaran, seterusnya arus akan terus mengalir melalui D1 ke titik A dan balik ketitik B melalui belitan sekunder.
  • 7. 7 3)PENAPIS (KAPASITOR) Keluaran litarpenerusadalahvoltandcberdenyut.Untukmendapatkanvoltan dckeluaran yang lebih linar, penapis diperlukan. Rajah menunjukkan bentuk gelombang sebelum dan selepas litar penapis. Tugas utama penapisialahuntukmenukarkan voltan dc berdenyut kepada voltan dc yang tulin tanpa denyut atau riak seperti keluaran voltan dc dari sebuah bateri. Walau bagaimanapun,tidaksemuapenapisdapatmenghasilkanvoltan dctulin.Voltankeluaran penapisbiasanyavoltan dcyangmasihbelum linar.Voltanini adalahpercampuranvoltan dcdan sedikitvoltan acyang dipanggil sebagai voltan riak. Rajah 4.8 menunjukkan bentuk gelombang voltan dc tulin. V Litar Penerus Gelombang Separuh Litar Penapis V t t V t Voltan a.t. berdenyut Voltan a.t. beriak Rajah : Gelombang keluaran sebelum dan selepas penapis Va.t. V tRajah 4.8 : Voltan dc. tulen
  • 8. 8 4)PENGATUR VOLTAN (VOLTAGEREGULATOR) Bekalan kuasa yang baik mesti mempunyai pengatur voltan, dimana fungsi pengatur voltan ini adalah untuk menghasilkan voltan dc yang stabil walaupun berlaku perubahan beban keluaran atau voltan masukan. Tanpa pengatur voltan, voltan keluaran akan berubah apabila bekalan masukan atau rintangan beban berubah. Rajah , menunjukkansimulasi pengaturvoltandimanalitarini menerimavoltan dc dari penerus dan penapis sebanyak 15V dan keluaran pengatur memerlukan voltan sebanyak 12V yang telah susut merentasRA sebanyak3V.SekiranyaberlakuperubahankepadabebanRL yangmenyebabkan voltan keluaran berkurang maka nilai RA perlulah juga dikurangkan supaya voltan keluaran akan tetap kepada 12V, untuk melaras RA secara manual adalah mustahil, oleh yang demikian satu litar pengatur voltan perlulah diadakan untuk mengatur voltan itu secara automatik. Terdapat tiga litar pengatur voltan yang biasa digunakan:-  pengatur voltan diod zener  pengatur voltan siri bertransistor  pengatur voltan litar bersepadu (I.C)
  • 9. 9 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN Mengesan kerosakan Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah, penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat. Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom) kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan suis ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan pada belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga kemungkinan kerosakan boleh berlaku: a) Belitan primer atau sekunder terbuka b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus c) Fius terbuka / putus. Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari soket, meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Jadual 4.23 menunjukkan simptom dan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa pengatur voltan boleh laras. Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik : 1. Terbuka 2. Terpintas 3. Bocor
  • 10. 10 KESAN KEROSAKAN 1. Kerosakan pada pengubah Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan sekunder. Rintangan belitan primer dan sekunder rendah (normal) Dawai penyambung bekalan masukan atau fius terbuka Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada belitan sekunder. Rintangan belitan primer infiniti dan rintangan rendah pada belitan sekunder. Belitan primer terbuka Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada belitan sekunder.Rintangan belitan sekunder infiniti dan rintangan rendah pada belian primer. Belitan sekunder terbuka 2. Kerosakan pada penerus (gelombang penuh dan tetimbang) Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak. Diod penerus terbuka Fius terbuka disebabkan arus yang berlebihan. Rintangan pada pengubah normal Diod penerus pintas. 3. Kerosakan kapasitor penapis Voltan dc keluaran rendah, paras voltan riak bertambah. Pengaturan voltan lemah. Kapasitor penapis terbuka Fius terbuka, rintangan keluaran penerus rendah bila diukur pincang depan dan songsang. Kapasitor penapis pintas.
  • 11. 11 Voltan dc keluaran rendah dengan paras voltan riak bertambah. Pengaturan voltan lemah (mungkin litar berfungsi dengan tak stabil) Kapasitor penapis bocor. 4. Kerosakan litar pengatur Voltan dc keluaran 0V dan voltan masukan ke pengatur sedikit tinggi dari normal. Transistor siri dasar dan pengeluar terbuka. Voltan masukan dan keluaran pengatur sama, fius boleh jadi terputus atau merosakan transistor disebabkan arus yang berlebihan. Transistor pemungut dan pengeluar terpintas. Voltan dc keluaran rendah, transistor siri menjadi panas. Diod zener terpintas Tiada voltan rujukan, voltan dc keluaran mungkin akan tinggi atau rendah bergantung kepada corak sambungan diod zener. Diod zener terbuka. Voltan dc keluaran lebih tinggi dari sepatutnya, tiada pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan. Penguat ralat terbuka (transistor atau I.C) Diod zener menjadi panas disebabkan arus yang berlebihan. Litar tak boleh dikawal. Voltan dc keluaran rendah lebih rendah dari voltan zener. Penguat ralat pintas.
  • 12. 12 Cara mengatasi kerosakan pada komponen:  Pastikan memahami litar debgan jelas  Pastikan setiap komponen yang digunakan berada dalam keadaan baik  Kenali setiap komponen yang digunakan/ rujuk datasheet komponen  Fahami datasheet setiap komponen yang digunakan  Pastikan teknik memateri kaki komponen debgab betul dan kemas  Pasang kaki komponen pada terminal yang betul  Tentukan polariti setiap komponen aktif dengan betul  Kenali komponen aktif dan pasif sebelum memasang litar Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan : a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen terbakar. b) Suntikan dan surihan isyarat. c) Sukatan voltan dan rintangan.
  • 13. 13 CARA-CARA MEMATERI KAKI KOMPONEN  LANGKAH 1 Bersihkan mata soldering sebelum digunakan.  LANGKAH 2 Komponen- komponen perlu di pasang pada tempat yang betul diatas PCB. Terutama komponen yang mempunyai polarity.  LANGKAH 3 Pastikan soldering dipanaskan pada suhu 350˚c - 400˚c untuk mendapatkan tahap kepanasan yang disyorkan.  LANGKAH 4 Apabila tidak diperlukan letakkan pada soldering stand.  LANGKAH 5 Pastikan kawasan kerja tiada bahan-bahan yang mudah terbakar berdekatan dengan solder yang panas.  LANGKAH 6 Semasa membuat soldering ,pastikan ianya tidak berlaku:  Litar pintas /short circuit antara komponen yang digunakan  Litar rosak  LANGKAH 7 Pastikan keselamatan peralatan dan diri diutamakan. Jangan bergurau semasa melakukan proses kerja ini.
  • 14. 14 GUNAKAN PANDUAN SOP YANG TELAH DISEDIAKAN STANDARD OPERATING PROSEDURE (SOP) JABATAN OLE KLUSTER ELEKTRONIK MESIN / PERALATAN DC POWER SUPPLY JENAMA / MODEL TEXIO PR18-3A  Sebelum Menggunakan Mesin I. Pastikan power supply dalam keadaan baik tidak mengalami sebarang kerosakan. II. Sambungkan prob positif dan negatif pada terminal yang betul. III. Sambungkan power cord pada plug dan ON kan suis pada power supply.  Semasa Menggunakan Mesin I. Pastikan pelaras voltan dijulatkan pada ukuran yang sesuai. II. Pastikan sambungan prob pada litar dalam keadaan yang betul supaya tidak berlaku short circuit pada litar yang di sambungkan. III. Elakan tangan dari bersentuh pada bahagian pengalir prob.  Selepas Menggunakan Mesin I. Laraskan julat pemilih pada 0volt kembali dan offkan suis pada power supply. II. Pastikan tiada sambungan lain setelah power supply di offkan. III. Tanggalkan prob dan power cord kemudian simpan di tempat yang selamat. Pegawai yang perlu dihubungi jika berlaku kerosakan /kecemasan Nama Pegawai: Mohd Syafiq Bin Suhaimi No Tel : 03-51612622 ext: 342 DISEDIAKAN OLEH : T.TANGAN : TARIKH : DISAHKAN OLEH : T.TANGAN : TAIKH :
  • 15. 15 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN i. Keselamatan diri Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :  Cara berpakaian - Memakai pakaian bengkel - Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah - Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher  Sikap - Sentiasa mematuhi arahan - Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja - Melaporkan sebarang kerosakan - Menggunakan alat yang betul - Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan  Fizikal - Sihat - Tidak rabun warna - Jelas penglihatan ii. Keselamatan alat Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalamkeadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu diperhatikan adalah:
  • 16. 16  Penebatan - Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat yang baik dan sempurna.  Penggunaan alat pematerian (soldering iron) - Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah panas dengan itu elakkan dari meletakkannya dimerata- rata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya (holder). - Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan hujung alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan merosakkan elemen pemanasnya. Gunakan span basah untuk membersihkannya  Penggunaan meter pelbagai (multimeter) - Gunakan julat yang betul - Pastikan kekutuban yang betul
  • 17. 17 KESIMPULAN Secara keseluruhannya selepas melakukan kerja kursus amali ini banyak pekara yang dapat dijadikan panduan dalam membangunkan sesebuah litar bekalan kuasa juga dapat menerangkan kendalian dan setiap komponen yang digunakan litar bekalan kuasa DC. Seterusnya ,dapat mengesan kerosakan yang berlaku pada litar dengan melakukan troubleshooting pada litar bagi mengsan kerosakan yang berlaku. Disamping itu, kaedah dan teknik memateri kaki komponen juga memerlukan penelitian yang serius dan semasa melakukan kerja pastikan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.