2. DALIL NASAKH
Perbuatan Allah swt tidak bergantung
kepada sesuatu alasan dan tujuan. Dia
boleh memerintahkan pada satu masa dan
melarangnya pada masa yang lain.
Nas-nas yang menunjukkan boleh
terjadinya naskh:
- al-Baqarah: 106
- al-Nahl: 101
- al-Ra’d : 39
3. NAS HUKUM NASAKH
َاهْنّم ٍرْيَخِب ِتْأَن َاهِسنُن ْوَأ ٍةَيآ ْنِم ْخ َ
نسَن َام
َ ّ
للا ّنَأ ْمَلْعَت ْمَلَأ َاهِلْثِم ْوَأ
يرِدَق ٍء ْي َ
ش ّلُك َىَلَع
Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami
jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan
yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding
dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
(Al-Baqarah 106)
ُك اَّنِإ َِّقحْالِب ْمُكْيَلَع ُقِطْنَي ناُبتاِك ذا ٰ
ه
َت ْمُتْنُك ما ُخِسْنَت ْ
سَن اَّن
َننَُلَْع
Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan
terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah
menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan. (Al-
Jatsiyah 29)
4. PENGERTIAN
•Pada bahasa: izalah (menghilangkan), istinsakh
(menyalin atau memindahkan).
•Pada istilah: mengangkat (menghapuskan) hukum
syara’ dengan dalil hukum (khitob) syara’ yang lain.
Nasikh: yang menghapus
Mansukh: yang diangkat atau dihapuskan
5. PENGERTIAN AN-NASAKH
An-Nasakh ialah membatalkan pengamalan
dengan sesuatu hukum syara’ dengan dalil yang
datang kemudian dari padanya.
Tidak ada nasakh pada masa setelah Rasulullah
saw wafat.
Nasikh (dalil yang menghapus hukum yang telah
ada)
Mansukh (hukum yang dibatalkan, dihapuskan,
atau dipindahkan)
6. Nasakh hanya terjadi pada perintah dan
larangan (والمنهيات )المأمورات
RUANG LINGKUP NASAKH
7. SYARAT-SYARAT NASAKH
Hukum yang dinasakh harus hukum syara’ (ketentuan Allah & sunnah
Rasulullah)
Hukum dalil yang mansukh sudah berlaku sebelum digantikan dengan
hukum nasikh atau dalil penghapusan hukum tersebut adalah khitab
syar’i yang datang lebih kemudian dari kitab yang hukumnya
mansukh.
Antara dua dalil nasikh dan mansukh atau antara dalil yang I dan dalil
II ada pertentangan, sehingga tidak dapat disangsikan. Contoh :
antara ketentuan dalil I ayat 12 al-Mujadalah yang menghapuskan
orang bersedekah dulu sebelum menghadap Rasul, dengan ketentuan
dalil II dari ayat 13 al-Mujadalah yang membebaskan kewajiban
bersedekah.
Kitab yang mansukh hukumnya tidak terikat (dibatasi) dengan waktu
tertentu. Contoh : maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sampai
Allah mendatangkan perintah-Nya (al-Baqarah 109)
8. 1. Hadith daripada nabi saw atau athar
sahabat ra.
2. Ijma’ ulama’
3. Mengetahui mana yang terlebih
dahulu dan mana yang kemudian
menurut sejarah.
CARA MENGETAHUI
NASIKH MANSUKH
9. AYAT YANG TIDAK DAPAT DINASAKHKAN
Ayat yang mengandungi hukum pokok yang
tidak boleh diubah dengan sebab berubahnya
situasi manusia. seperti : ayat yang berkaitan
dengan ibadah, akidah, keadilan dan amanah.
Ayat yang secara tektual menunjukkan
ketentuan hukumnya berlaku sepanjang
masa.
Ayat yang berisi berita yang tidak
mengandung perintah & larangan seperti
khabar tentang umat-umat terdahulu.
10. JENIS-JENIS NASAKH
1. Nasakh tilawah dan hukum.
Contoh : penghapusan ayat yang mengharamkan kahwin dengan saudara susuan,10 susuan, yang
di-nasakh dan diganti dengan 5 kali susuan.
2. Nasakh hukum, tilawahnya tetap.
Tulisan dan bacaan ayatnya masih tetap ada dan masih boleh dibaca, tetapi isi hukum ajarannya
sudah di-nasakh, sehingga sudah tidak boleh diamalkan lagi.
Contoh: al-baqarah 240
isteri-isteri yang dicerai harus ber idah’ selama 1 thn, kemudian Allah menasakh hukum ayat
tersebut, Sehingga keharusan idah’ 1 th sudah tidak berlaku lagi, sekalipun lafal nas ayatnya
masih tetap ada dan boleh dibaca. Lalu diganti dengan al-baqarah: 234
3. Nasakh tilawah, hukumnya tetap.
Tulisan ayatnya sudah dihapus, tetapi hukum isinya masih tetap berlaku dan harus diamalkan.
Hadis dari Umar bin Khaththab dan Ubayi bin Ka’ab
هللا من نكاال البتة فارجَنهَا زنيا اذا الشيخة و الشيخ القران من انزل فيَا كان
…Orang tua laki-laki dan orang tua perempuan kalau keduanya berzina, maka rejamlah (dihukum
lempar batu sampai mati) sekaligus sebagai balasan dari Allah
11. PEMBAHAGIAN NASAKH
1. Nasakh al Qur’an dengan al Qur’an.
2. Nasakh al Qur’an dengan Hadith
Mutawatir.
3. Nasakh sunnah dengan al Qur’an.
4. Nasakh sunnah dengan sunnah
– nasakh mutawatir dgn mutawatir
– nasakh ahad dengan ahad
– nasakh ahad dengan mutawatir
– nasakh mutawatir dengan ahad
12. CONTOH-CONTOH NASAKH
a. Al-qur’an menasakhkan Al-qur’an.
Contoh: QS al-anfal: 65 yang dinasakhkan oleh ayat berikutnya
66.
b. Al-qur’an menasakhkan As-sunah.
Contoh: Perbuatan nabi dan para sahabat menghadap Baitul
Maqdis dalam solat dinasakhkan oleh ayat QS: al-baqarah: 144
c. As-sunnah menasakhkan As-sunnah.
Contoh: “aku telah melarangmu menziarahi kubur, maka
(sekarang) ziarahilah.
d. As-sunnah menasakhkan Al-qur’an (imam Syafi’i menolak).
Contoh: QS al-baqarah: 180 dinasakhkan dengan hadits
mutawatir “ketahuilah, tidak ada wasiat untuk ahli waris”
13. PEMBAHAGIAN NASAKH
Naskh Sarih, iaitu ayat yang secara tegas menghapuskan hukum yang terdapat
pada ayat terdahulu. Misal : Surat al-Anfal : 65-66.
Naskh Dimni, iaitu apabila ada ketentuan hukum ayat-ayat terdahulu tidak boleh
dikompromikan dengan ketentuan hukum ayat yang datang kemudian dan ia
menasakh ayat terdahulu. Misal, ayat tentang kewajiban wasiat kepada ahli waris
yang dianggap mansukh oleh ayat waris.
Naskh Kull, iaitu menasakh hukum yang datang sebelumnya secara keseluruhan.
Misal, ketentuan edah 4 bulan 10 hari (al-Baqarah : 234).
Naskh Juz’i, iaitu menasakh hukum yang berkaitan seluruh individu dengan
hukum sebahagian individu, atau menasakh hukum yang bersifat mutlak dengan
hukum yang bersifat muqayyad (terbatas), misal, an-Nuur : 4 dengan ayat 6.
14. HIKMAH NASAKH
Hukum Tuhan @ hukum manusia pada asalnya mewajibkan
kemaslahatan manusia. Kemaslahatan kadang2 berubah dengan
berubahnya keadaan. Diantara hikmahnya:
a. Menjaga kemaslahatan manusia agar sentiasa terpelihara di sepanjang
zaman.
b. Untuk menjaga agar perkembangan hukum Islam relevan dgn semua
situasi dan keadaan.
c. Untuk menguji orang mukallaf, apakah dengan adanya perubahan
dan penggantian dari nasakh itu mereka tetap taat atau ingkar?
15. 1. Memelihara kepentingan hamba
2. Perkembangan tasyri’ menuju
kesempurnaan
3. Ujian kepada umat Islam
4. Untuk kebaikan dan kemudahan umat
Islam
HIKMAH NASAKH
16. • Berguna kepada ahli ilmu terutama
fuqaha’, mufassirun dan usuliyyun, agar
pengetahuan tentang hukum tidak
menjadi keliru.
FAEDAH MENGETAHUI
17. KESIMPULAN
Nasakh ialah mengangkat atau menghapuskan hukum
syara dengan dalil syara’. Nasikh ialah dalil syara yang
menghapus atau mengangkat suatu hukum, dan
mansukh ialah hukum syara’ yang telah di hapus atau di
ganti. Nasakh terjadi pada perintah dan larangan baik
yang di ungkapkan dengan tegas dan jelas maupun yang
di ungkapkan dengan kalimat berita (khabar) yang
bermakna ‘amar’(perintah) atau nahyi (larangan),tidak
ada nasakh ayat tentang persoalan akidah,zat Allah, sifat
sifat Allah, kitab kitabNya, para rasulNya dan hari
kemudian, etika dan akhlak atau dengan pokok pokok
ibadah dan muamalah.