Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
KONSEP
NASIKH DAN MANSUKH
Disediakan oleh :
Ku Fasehah Bt Ku Zahari
• Mengangkat atau menghilangkan
• Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain
• Memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang ...
PANDANGAN ULAMA :
Al-Zajjaj
• Membatalkan sesuatu dan
menggantikan sesuatu yang
lain pada tempatnya.
• Pertukaran di antar...
Ibn ‘Atiyah
• Satu keterangan yang
menunjukkan bahawa satu-
satu hukum yang telah
sabit, ditamatkan
amalannya dengan
keter...
NASKH : perubahan hukum yang dengan
kedatangan hukum syarak yang terkemudian.
NASIKH : hukum yang datang kemudian
sebagai ...
Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh:
dan apabila Kami tukarkan satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ay...
• Hukum yang mansukh itu hanya dari
sudut amalannya sahaja namun hukum
tersebut masih lagi kekal sebagai satu
hukum.
• Man...
PEMBAHAGIAN DAN JENIS
NASAKH
Disediakan oleh :
Fatihah Ab Rahman
Norfarahin bt Hamdan
PEMBAHAGIAN NASAKH
Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian :
1) Nasakh al-Quran
dengan al-Quran.
2) Nasakh al-Quran
dengan al-S...
1.Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran.
Di dalam al-Quran, terdapat 3
pembahagian nasakh yang berlaku:
1. Nasakh yang di hapusk...
2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah
a. Al-Quran dengan hadis Ahad
*Jumhur berpendapat al-quran tidak
boleh di nasakh dengan...
b.al-Quran dengan hadis Mutawatir
*nasakh ini di akui oleh ulama (Malik, Abu Hanifah dan
Ahmad) dlm satu riwayat, kerana k...
3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran.
Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama. contoh:
kiblat yg pada mulanya di tetapkan m...
Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan
oleh sunnah kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al
...
4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah
•. Sunnah mutawatir dengan mutawatir
•. Ahad dengan ahad
•.Ahad dengan mutawtir
•.Mutawatir...
JENIS-JENIS NASAKH
1) Nasakh tanpa
pengganti
2) Nasakh dengan
pengganti yang
lebih ringan.
3) Nasakh
dengan pengganti
yang...
1) Nasakh tanpa pengganti.
Contoh: penghapusan mengenai kewajipan bersedekah sehelum
menghadap Rasulullah sepertimana firm...
ayat ini kemudian mansukh dengan ayat ke 13 surah yang sama:
"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu
m...
2) Nasakh dengan pengganti yang
lebih ringan
Surah Al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan b...
Berdasarkan ayat ini, puasa ahli kitab
sebelum kedatangan islam ialah
diharamkan makan dan minum, dan
bercampur dengan ist...
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu
itu ada...
3) Nasakh dengan pengganti yang
sebanding
Kiblat asal menghala ke Baitul Maqdis mansukh dengan ayat
144 Surah Al-Baqarah y...
4) Nasakh dengan pengganti yang
lebih berat
Penghapusan hukuman mengurung di rumah bagi para
isteri yang berzina dalam sur...
Mansukh dengan hukuman sebat pada
Surah An-Nur, ayat 2:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu se...
HIKMAH NASAKH DAN
MANSUKH
1. Membuktikan Bahwa Syariat Agama Islam
adalah Syari’at yang sempurna.
2. Memelihara kepentingan hamba.
3. Cubaan dan uji...
7. Hikmah untuk menjaga kemaslahatan
manusia. Sebagaimana yang terdapat dalam
penghapusan bersedekah ketika menghadap
Rasu...
• Nasakh adalah mengikut kehendak Allah dan
ia adalah perbuatan Allah dan dia
menghukum mengikut kemahuan-Nya.
Kadang-kada...
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete

5,363 views

Published on

Konsep nasakh Mansukh

Published in: Education
  • Be the first to comment

2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete

  1. 1. KONSEP NASIKH DAN MANSUKH Disediakan oleh : Ku Fasehah Bt Ku Zahari
  2. 2. • Mengangkat atau menghilangkan • Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain • Memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.
  3. 3. PANDANGAN ULAMA : Al-Zajjaj • Membatalkan sesuatu dan menggantikan sesuatu yang lain pada tempatnya. • Pertukaran di antara dua perkara dengan cara hanya digunakan salah satu sahaja. Ibnu Faris • Mengangkat sesuatu dan mengisbatkan sesuatu yang lain pada tempatnya atau memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. • Perkara tersebut masih wujud tetapi berlainan tempat.
  4. 4. Ibn ‘Atiyah • Satu keterangan yang menunjukkan bahawa satu- satu hukum yang telah sabit, ditamatkan amalannya dengan keterangan yang datang kemudiannya. Al-Alusi • Berakhirnya tempoh hukum bagi sesuatu perkara yang melibatkan pembatalan hukum syarak yang diamalkan.
  5. 5. NASKH : perubahan hukum yang dengan kedatangan hukum syarak yang terkemudian. NASIKH : hukum yang datang kemudian sebagai pembatal hukum yang diamalkan.
  6. 6. Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh: dan apabila Kami tukarkan satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ayat yang lain, (yg di mansukhkan) dan Allah memang mengetahui akan apa yang diturunkan olehNya. Maka berkata (mereka yg kafir): sesungguhnya engkau (whai Muhammad) hanyalah seorang pendusta, sedangkan mereka (yg kafir itu) tidak mengetahui hakikat sebenarnya" (surah An-Nahl: 101) Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 106 dinyatakan: "apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau Kami tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti yang lebih baik darinya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu?"
  7. 7. • Hukum yang mansukh itu hanya dari sudut amalannya sahaja namun hukum tersebut masih lagi kekal sebagai satu hukum. • Mansukh : hukum yang dibatalkan dan tidak lagi diamalkan oleh individu Muslim.
  8. 8. PEMBAHAGIAN DAN JENIS NASAKH Disediakan oleh : Fatihah Ab Rahman Norfarahin bt Hamdan
  9. 9. PEMBAHAGIAN NASAKH Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian : 1) Nasakh al-Quran dengan al-Quran. 2) Nasakh al-Quran dengan al-Sunnah. 3) Nasakh al- Sunnah dengan al- Quran. 4) Nasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah.
  10. 10. 1.Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran. Di dalam al-Quran, terdapat 3 pembahagian nasakh yang berlaku: 1. Nasakh yang di hapuskan tilawah dan hukumnya 2.Hukumnya di hapuskan sedangkan tilawahnya tidak. 3. Tilawahnya di hapuskan, tetapi hukumnya kekal
  11. 11. 2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah a. Al-Quran dengan hadis Ahad *Jumhur berpendapat al-quran tidak boleh di nasakh dengan hadis ahad, kerana al-quran bersifat mutawatir dan pasti sedangkan hadis ahad bersifat zanni (teragak-agak).
  12. 12. b.al-Quran dengan hadis Mutawatir *nasakh ini di akui oleh ulama (Malik, Abu Hanifah dan Ahmad) dlm satu riwayat, kerana keduanya adalah wahyu. firman Allah: "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah"(An-Najm: 4-5) *akan tetapi, nasakh jenis ini ditolak oleh as-syafie, Zahiri dan Ahmad(dlm riwayatnya yg lain) dengan berpegan kepada ayat 106 surah al-Baqarah yang menyatakan apa yang menasakh hukum terdahulu mestilah sama hebat atau lebih baik martabatnya. Sedangkan hadith bermartabat lebih rendah daripada Al-Quran.
  13. 13. 3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran. Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama. contoh: kiblat yg pada mulanya di tetapkan menghadap Baitul Maqdis dengan sunnah, dinasakhkan dengan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 144 : "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al- Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan."
  14. 14. Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan oleh sunnah kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al Baqarah: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
  15. 15. 4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah •. Sunnah mutawatir dengan mutawatir •. Ahad dengan ahad •.Ahad dengan mutawtir •.Mutawatir dengan ahad Tiga daripada jenis nasakh ini tidak di tegah kecuali mutawatir dengan ahad yang di tegah oleh jumhur.
  16. 16. JENIS-JENIS NASAKH 1) Nasakh tanpa pengganti 2) Nasakh dengan pengganti yang lebih ringan. 3) Nasakh dengan pengganti yang sebanding 4) Nasakh dengan pengganti yang lebih berat
  17. 17. 1) Nasakh tanpa pengganti. Contoh: penghapusan mengenai kewajipan bersedekah sehelum menghadap Rasulullah sepertimana firman Allah dalam surah al- Mujadalah ayat 12: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
  18. 18. ayat ini kemudian mansukh dengan ayat ke 13 surah yang sama: "Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan"
  19. 19. 2) Nasakh dengan pengganti yang lebih ringan Surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang- orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
  20. 20. Berdasarkan ayat ini, puasa ahli kitab sebelum kedatangan islam ialah diharamkan makan dan minum, dan bercampur dengan isteri-isteri atau suami mereka sehari semalaman sehingga malam-malam yang berikutnya. Hukum ini mansukh dengan hukum yang lebih ringan pada ayat 187 surah Al- Baqarah:
  21. 21. "Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa"
  22. 22. 3) Nasakh dengan pengganti yang sebanding Kiblat asal menghala ke Baitul Maqdis mansukh dengan ayat 144 Surah Al-Baqarah yang mengarahkan umat islam menghadap ke Kaabah: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan."
  23. 23. 4) Nasakh dengan pengganti yang lebih berat Penghapusan hukuman mengurung di rumah bagi para isteri yang berzina dalam surah an-Nisa' ayat 15. "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu)."
  24. 24. Mansukh dengan hukuman sebat pada Surah An-Nur, ayat 2: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"
  25. 25. HIKMAH NASAKH DAN MANSUKH
  26. 26. 1. Membuktikan Bahwa Syariat Agama Islam adalah Syari’at yang sempurna. 2. Memelihara kepentingan hamba. 3. Cubaan dan ujian bagi mukalaf untuk mentaati ataupun melanggar hukum Allah. 4. Kemudahan dan kebaikan bagi umat. 5. Sebagai bukti relevannya hukum syara’ dalam setiap keadaan.
  27. 27. 7. Hikmah untuk menjaga kemaslahatan manusia. Sebagaimana yang terdapat dalam penghapusan bersedekah ketika menghadap Rasul. 8. Menentukan hukum baru sebagaimana yang terdapat dalam perintah untuk menghadap Baitul Maqdis yang di Nasakh menghadap Ka’bah. 9. Menambah kebaikan dan pahala umat.
  28. 28. • Nasakh adalah mengikut kehendak Allah dan ia adalah perbuatan Allah dan dia menghukum mengikut kemahuan-Nya. Kadang-kadang Allah memerintahkan sesuatu dan melarangnya pada masa yang lain. • Hukum-hukum Allah adalah meraikan kemaslahatan. Ini kerana pensyariatan hukum adalah ditegak atas asas kemaslahatan. Kemaslahatan ini adalah berubah mengikut perubahan individu dan zaman. Selagi kemaslahatan itu berubah, selagi itulah hukum meraikan perubahan tersebut.

×