SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
1 
ANALISIS SEMANTIK DAN MORFOLOGI LEKSIKAL Al-MUWALLAD 
DALAM KAMUS BAHASA ARAB 
Mashitah Binti Abdullah 
Sarjana Pengajian Bahasa Moden 
Universiti Malaya, Kuala Lumpur 
mashitahabdullah@gmail.com 
Kajian berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan bertujuan untuk menganalisis item leksikal al- 
Muwallad dalam kamus bahasa Arab dari aspek semantik serta kaitannya dari aspek morfologi. 
Kamus yang dipilih adalah Al-Mu’jam Al-Arabiyy Al-Asasi iaitu merupakan salah satu kamus 
bahasa Arab moden dihasilkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan 
Arab. Leksikal al-Muwallad merujuk kepada leksikal yang diberikan makna baru atau dalam 
kata lain yang mengalami perubahan makna selari dengan peredaran masa. Data-data utama 
akan dikumpul daripada kamus Al-Mu’jam Al-Arabiyy Al-Asasi secara manual dan sampel 
dipilih secara rawak daripada sekumpulan data tersebut. Sampel dianalisis menggunakan 
kaedah analisis teks dengan mengklasifikasikan berdasarkan bahagian-bahagian perubahan 
makna. Setelah mengenal pasti bahagian tersebut, data-data tersebut akan dilihat dari sudut 
perkaitan antara semantik (makna) dan morfologi (pola) untuk menjelaskan hubungan perkaitan 
antara dua aspek yang telah ditentukan. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai 
perkaitan perubahan makna serta jenis pola yang wujud bagi setiap leksikal al-Muwallad.
2 
PENGENALAN 
Bahasa Arab adalah salah satu bahasa utama di dunia dan bahasa rasmi agama Islam. 
Sumber-sumber utama agama Islam tercatat dalam bahasa Arab. Bahasa ini digunakan 
dengan meluas di merata tempat sebagai bahasa ilmu, bahasa diplomasi, bahasa ekonomi, 
bahasa pelancongan dan lain-lain (Mohd Zaki, 2010). 
Tidak terdapat dalam kalangan penyelidik yang memutuskan tarikh bermulanya bahasa 
Arab, tetapi kebanyakkan mereka mengatakan bahasa ini bermula lebih kurang dua kurun 
sebelum hijrah (Ibrahim Anis, 1973 dipetik daripada Mohd Zaki, 2010). 
Akan tetapi, berdasarkan kesan yang didapati terhadap bahasa Arab ini ia bersifat 
lengkap dalam memenuhi keperluan semua aspek hidup masyarakat Arab pada zaman 
sebelum Islam. Malah ia berkembang dengan pesat selepas turunnya al-Quran al-Karim 
dan tersebar secara meluas berikutan tersebarnya Islam ke pelusuk dunia. 
Al-Quran al-Karim dan ajaran Islam tersebut telah memberi kesan yang mendalam 
terhadap kehidupan orang Arab khususnya dan orang Islam amnya. Rentetan daripada 
kesan itu, al-Quran menjadi pemacu utama kepada perkembangan kajian semantik bahasa 
Arab. 
Kajian semantik terhadap al-Quran tercetus apabila wujudnya sebilangan orang Arab 
yang tidak mempercayai kebenaran al-Quran terhadap ketinggian bahasanya yang juga 
menggunakan bahasa Arab. Ahli-ahli bahasa Arab dan sasterawan Arab juga dicabar bagi 
menyaingi bahasa al-Quran dan kehebatannya walaupun pada hakikatnya tiada siapa 
yang mampu menandingi kehebatan dan kemuliaan al-Quran. Berdasarkan fenomena
tersebut, hasillah kajian yang mendalam terhadap makna tersurat dan tersirat bagi setiap 
lafaz yang terdapat di dalam al-Quran. Para penyelidik seterusnya menyambung 
penyelidikan terhadap al-Hadith al-Nabawi dari aspek kajian makna bahasa Arab dan 
akhirnya merangkumi kepelbagaian penggunaan bahasa Arab yang tidak terhad kepada 
al-Quran dan al-Hadith al-Nabawi (Muhammad Marwan dan Wan Moharani, 2009: 28- 
29). 
3 
Latar Belakang Kajian 
Nur Hashimah berpandangan melalui petikan beliau: 
Penyelidikan semantik menjadi bertambah menarik dengan aplikasi yang dilakukan pada 
leksikografi. Tidak kira sama ada menggunakan pendekatan teori relevans mahupun semantik 
kognitif, kedua-dua penyelidikan ini mampu memberi nafas baru serta bersifat komtemporari bagi 
mengatasi masalah kemelut penyusunan kamus. 
(Nur Hashimah, 2007: 54) 
Tambah beliau, antara pengkaji-pengkaji yang menerokai semantik dengan aplikasi pada 
perkamusan ialah Salmah Jabar (1999), Nor Hashimah (2001), Hawiyah Baba (2003), 
Lee Yang Suk (2005), Rusmadi Baharuddin (2005), Salina Jaafar (2005), Imran Ho 
Abdullah dan Norsimah Mat Awal (2005), Junaidi Kasdan (2007), Hasnah Mohamad 
(2007). Antara aspek yang dikaji oleh mereka adalah masalah kelingkaran makna, 
pendefinisian semula makna entri, menangani masalah polisemi, peluasan makna dan 
pemilihan serta kekangan makna dalam peristilahan (Nur Hashimah, 2007: 54-55). 
Kamus Al-Mu’jam al-‘Araby al-Asasi ( المعجم العربي الأساسي ) merupakan salah satu kamus 
yang diusahakan oleh pusat-pusat bahasa Arab meskipun ia tidak diterbitkan oleh pusat 
bahasa Arab itu sendiri. Hal ini kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa 
Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan Arab yang bernaung di bawah Liga Arab ini
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pusat-pusat bahasa Arab dan universiti-universiti 
negara-negara Arab. Di samping itu, ilmuwan-ilmuwan yang terlibat secara 
terus atau sebaliknya dalam mempersembahkan kamus ini merupakan ahli atau pakar-pakar 
4 
rujuk pusat bahasa Arab khususnya Pusat Bahasa Arab Mesir, Kaherah. 
Terdapat 25000 entri asas yang disusun dalam Al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi 
menggunakan kaedah alfba’iyy iaitu mengikut abjad. Setiap perkataan asas dipecahkan 
kepada bentuk binaan perkataan dan jenis-jenisnya. Penerangan perkataan dibuat secara 
terperinci berserta contoh yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, kata-kata 
hikmah, contoh-contoh penggunaannya dan juga bahasa yang terkini. Istilah moden dari 
pelbagai bidang turut dimuatkan setelah diubah suai mengikut tatacara perkataan Arab 
serta diiktiraf oleh pusat-pusat bahasa Arab. 
Kamus ini ditujukan khsusus kepada pembaca umum dan pencinta bahasa Arab yang 
ingin mengenali bahasa Arab dengan lebih mendalam. Pelbagai usaha telah giat 
dilaksanakan bermula Oktober 1982 bagi menyempurnakan sebuah kamus moden bahasa 
Arab yang dapat digunakan oleh semua khususnya para pelajar yang berlatarbelakangkan 
dari pelbagai bidang pengajian. Akhirnya, pada tahun 1989 kamus ini berjaya dicetak dan 
dipasarkan hasil daripada kesungguhan para ilmuwan bahasa Arab (Muhammad Marwan 
dan Wan Moharani, 2007: 114-115). 
Pernyataan Masalah 
Struktur bahasa yang berupa kata-kata atau istilah-istilah itu bukan sekadar rangkaian 
bunyi mati dalam susunan morfologi, melainkan di dalamnya mengandungi makna. 
Masalah makna yang ada di balik kata atau disebut dengan semantik telah lama
diperbincangkan oleh kalangan filosof, ahli logika, ahli bahasa, ahli retorika, ahli usul 
fikh, baik dari kalangan bangsa Arab mahupun bukan Arab. Pembahasan semantik dikaji 
dalam linguistik baik secara teoritis mahupun praktis seperti melalui kamus bahasa ( المعجم 
5 
اللغة ) (Tajudin Nur: 2010). 
Kini, lahirnya pelbagai kajian berkaitan bahasa Arab di Malaysia terutamanya dalam 
bidang pengajaran dan pembelajaran dan tidak kurang banyaknya berkenaan peminjaman 
kata bahasa Arab yang wujud di dalam bahasa Melayu. 
Walaupun begitu, amat sedikit kajian mengenai leksikal bahasa Arab itu sendiri yang 
tidak dipinjam atau diganggu oleh bahasa asing mengikut amatan pengkaji. Oleh yang 
demikian, pengkaji merumuskan bahawa kajian ini penting untuk melihat fenomena 
kepelbagaian jenis makna (dari aspek semantik) dan variasi pola morfologi perkataan 
bahasa Arab. Di samping itu, kajian ini juga akan menyingkap pelbagai pengetahuan baru 
tentang leksikal bahasa Arab sekaligus menjadi kesinambungan untuk kajian lanjutan 
pada masa akan datang. 
Objektif Kajian 
Kajian tentang morfologi dan semantik adalah penting terutama dalam bidang 
leksikografi. Ketiadaan ilmu ini, terutamannya semantik akan menyukarkan seseorang 
untuk menyusun atau menyelenggarakan sebuah kamus. Penyusunan kamus juga 
dianggap suatu seni perakaman kata yang perlu ditangani dengan halus dan teliti (Wan 
Mohd Saophy Amizul: 2010). 
Maka objektif kajian yang telah dikenal pasti adalah seperti urutan berikut:
1) Mengenal pasti jenis makna yang terdapat dalam leksikal Al-Muwallad dalam 
2) kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. 
3) Mengenal pasti item leksikal Al-Muwallad yang mengalamai perubahan dari 
6 
aspek makna dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. 
4) Mengenal pasti perkaitan perubahan makna leksikal Al-Muwallad dari aspek 
morfologi. 
Kepentingan Kajian 
Penulisan ini akan mengemukakan hasil kajian dari salah satu disiplin ilmu iaitu dalam 
bidang semantik yang berkaitan dengan leksikal. Kekurangan pengetahuan tentang 
makna akan menghalang daripada menguasai bahasa secara baik. Ini kerana terdapat 
pelbagai jenis perubahan makna yang berlaku dalam leksikal tertentu seperti leksikal al- 
Muwallad akibat daripada perkembangan sesuatu bahasa. 
Justeru itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang jelas yang mana dapat memberi 
sumbangan terhadap proses pembelajaran para pelajar terutamanya dalam memahami dan 
menghayati dengan jelas berkenaan leksikal al-Muwallad tersebut. Ini kerana dengan 
memahami dengan jelas dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab atau bahasa kedua 
di pelbagai peringkat pengajian. Kajian ini juga amat penting kerana menerokai 
fenomena perubahan makna leksikal al-Muwallad dan kaitan perubahan tersebut dengan 
kepelbagaian pola yang memberi kesan terhadap proses perubahan. 
Di samping itu, diharapkan juga penulisan ini dapat membantu mereka yang terlibat 
secara langsung atau tidak secara langsung dalam bidang perkamusan untuk memahami 
dengan terperinci makna leksikal al-Muwallad berdasarkan hasil dapatan kajian. Para
pengkaji juga diharap dapat memanfaatkan hasil kajian yang telah dianalisis bagi kajian-kajian 
mereka sama ada terlibat secara khusus dalam bidang semantik atau bidang yang 
7 
berkaitan. 
Definisi Operasional 
1. Leksikal 
Kamus Dewan 1 edisi keempat mendefinisikan leksikal sebagai berkenaan dengan 
perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contohnya seperti ‘makna leksikal’ 
yang merujuk kepada makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat kepada 
penggunaannya dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Arab, leksikal disebut sebagai kalimat 
كلمات ) ) seperti contoh terjemahan ayat ‘2buku ini mengandungi perkataan-perkataan 
yang susah ( یحتوي ھذا الكتاب كل مفردات صعبة ). Selain perkataan kalimat ( ,( كلمات 
leksikal juga disebut sebagai 3mufradat ( مفردات ) iaitu yang berkait dengan perkataan atau 
yang mempunyai hubungan dengan kamus atau penghasilan kamus. 
2. Al-Muwallad 
Menurut kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi, perkataan ‘al-Muwallad’ bermaksud 
perkataan Arab yang digunakan pada masa silam tetapi diberikan makna baru selepas 
zaman al-Riwayat. Definisi al-Muwallad kamus tersebut seperti petikan di bawah: 
1 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 912. Dewan Bahasa dan Pustaka. 
2 Kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi,1999: 920. Laroussse. 
3 Kamus al-Mawrid, 1999: 525. Dar El-Ilm Lil-Malayen.
8 
"لفظ عربي استعمل قدیما وأعطي معنى جدیدا بعد عصر الروایة" 
Setiap leksikal al-Muwallad di dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi ditandakan 
dengan simbol ( 4 (مو . Contohnya perkataan “ista’mara” استعمر daripada kata akar 
“a’mara” عمر yang bermaksud menyediakan tenaga pekerja atau menjajah. Secara 
umumnya, al-Muwallad dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang baru5 manakala secara 
khususnya merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna baru. 
3. Al-Riwayat 
Perkataan al-riwayat mempunyai beberapa pengertian seperti yang dijelaskan di dalam 
Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Kamus tersebut mendefinisikan al-riwayat yang 
merujuk kepada: a) cerita, manakala b) salah satu bentuk berita, dan c) dalam aspek 
perundangan Islam didefinisikan kepada pemindahan keterangan atau berita tentang 
perbuatan (perkataan dan lain-lain) daripada nabi Muhammad S.A.W (Kamus Besar 
Arab-Melayu Dewan, 2006: 995). 
Definisi yang telah dinyatakan oleh Kamus Besar Arab-Melayu dilihat menyerupai 
dengan maksud perkataan al-riwayat yang diterangkan oleh kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy 
al-Asasi dalam konteks penerangan yang menggunakan bahasa Arab. Walau 
bagaimanapun, definisi yang diberikan oleh kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi adalah 
lebih khusus iaitu cerita dalam bentuk prosa yang panjang (al-Mu’jam al-‘Arabiy al- 
Asasi, 1999: 564). 
4 Kamus Al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi, 1999: 61. Laroussse. 
5 Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006:2691. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9 
4. Semantik 
Nur Hashimah (2007: 43) mendefinisikan semantik adalah kajian makna. Bahasa tanpa 
makna tidak bermakna. Maksudnya tidak kira fonologi, morfologi atau sintaksis, 
semantik boleh menjadi bidang dampingan yang erat demi menjelaskan lagi tabii bahasa 
yang dikaji. Malah makna tanpa lisan berjaya dicungkil menggunakan semantik. 
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa semantik merupakan cabang kajian 
linguistik yang berkait secara langsung dengan eleman makna. Semantik juga 
menetapkan tatacara kajian makna secara ilmiah dengan menggunakan metod yang jelas 
lagi bersistematik. Semantik tidak hanya memfokuskan kepada kajian secara teori sahaja 
malahan ia juga mengkaji eleman makna terhadap bahasa manusia secara amali dan 
aplikasi. Kajian makna secara amali ini mengaplikasikan hasil-hasil kajian semantik 
secara teori dalam sebuah buku khas yang dikenali sebagai kamus atau mu’jam dalam 
bahasa Arab (Muhammad Marwan dan Wan Moharani, 2009: 34). 
5. Morfologi 
Terdapat pelbagai definisi morfologi yang dinyatakan oleh pakar-pakar bahasa seperti 
Lyons, Bloomfield, Jensen, Nik safiah Karim dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada 
konsep-konsep mereka, morfologi dikaitkan dengan perkataan atau dalam kata lain, 
morfologi adalah bidang ilmu yang mengkaji bentuk kata. Oleh yang demikian, perkataan 
adalah unsur penting dalam pengkajian morfologi (Harison, 2011: 86).
10 
TINJAUAN LITERATUR 
Teori Medan Makna 
Menurut Lehrer (1924) yang dipetik daripada Raksana Bibi (1993), penjelasan tentang 
bagaimana kata-kata boleh mendapat makna baru dalam konteks-konteks tertentu boleh 
dilihat melalui teori medan. Contoh yang diberikan beliau ialah seperti perkataan sendi 
yang pada asalnya merujuk pada bahagian-bahagian sambungan tulang telah mengalami 
ekstensi semantik bagi merujuk golongan kata yang bertugas menghubungkan bahagian-bahagian 
ayat di dalam konteks ilmu bahasa. 
Trier menyebut: 
Teori Medan ialah satu teori yang membicarakan satu set perkataan yang 
berhubungan yang tergolong di bawah satu domain Imedan semantik, bidang 
subjek). Contohnya, “glass, a container” boleh dikaji bersama-sama dengan cup, 
bowl, mug, vase, dan perkataan-perkataan lain yang membawa makna container 
untuk melihat bagaimana item-item ini berbeza. 
(Lehrer, 1974: 7, dipetik daripada Aini, 2005: 85) 
Trier adalah seorang ahli linguistik Jerman yang mempelopori teori medan makna yang 
dikembangkan melalui karyanya. Trier (Darwis, 1994: 3 dipetik daripada S. Nathesan, 
2003: 113-114) telah mengembangkan gagasan de Sausure berasaskan pandangan 
budayawan Jerman, iaitu J.G. von Herder dan ahli falsafah Jerman W. Von Humbolt lalu 
mengemukakan gagasannya yang terkenal iaitu Teori Medan Makna. Melalui pendekatan 
ini, sesuatu medan makna membahagikan medan konsep kepada bahagian seperti sesuatu 
mosaic (Lehrer: 1974). Gagasan ini juga memberi pengertian bahawa perkataan pada 
mulanya mempunyai makna yang saling bertindihan akhirnya memiliki makna masing-masing 
secara khusus.
Toeri Medan yang dikembangkan oleh Trier ini juga mengenal pasti bahawa setiap 
bahasa yang dikembangkan dengan realiti secara unik. Trier juga mengatatakan bahawa 
dalam bidang leksikal, seluruh rangkaian konsep atau lingkungan pemikiran (idea) 
bersambungan dalam jangka waktu yang terhad. Beliau juga telah membezakan bidang 
leksikal dan konseptual. 
Tambah Lehrer, (1974, dipetik daripada Aini, 2005: 87) sesuatu perkataan menghasilkan 
makna dengan cara mempertentangkan dengan polanya. Sebagai contoh dalam bahasa 
Melayu, kasut (satu alat yang digunakan untuk mengalas kaki ketika berjalan). Di 
samping itu, terdapat berbagai-bagai jenis kasut dengan saiz, bentuk, kegunaan serta 
bahan buatannya. Contohnya seperti kasut sukan, kasut kulit, kasut getah dan yang 
seumpamanya. Kasut juga terdiri daripada pelbagai jenama yang mempunyai pelbagai 
jenis, bentuk dan bahagian pengkhususan tertentu. ini bermakna kasut merupakan 
hiponim bagi kasut sukan, kasut getah, kasut kulit dan sebagainya (Aini, 2005: 87). 
Andaian teori medan yang dipegang oleh Trier ini adalah perbendaharaan kata sebagai 
sesuatu yang mempunyai struktur. Oleh itu, perkataan yang mempunyai hubungan secara 
konseptual dalam sesuatu bahasa boleh diklasifikasikan ke dalam set tertentu (W.T. 
Gordon (1982) yang dipetik daripada S. Nathesan, 2003: 114). 
Secara kefahaman, teori Medan Makna ialah satu teori yang melibatkan sekumpulan atau 
satu set perkataan yang saling berkaitan dalam satu medan. Dalam sesuatu medan, 
terdapat satu makna yang dikongsi bersama yang dikenali sebagai makna pusat. Selain 
makna yang dikongsi bersama, terdapat juga beberapa kompenan yang membezakan 
11
antara satu perkataan dengan satu perkataan lain yang dikenali sebagai fitur distingsif 
(Aini, 2005: 89). 
Berdasarkan amatan pengkaji, Teori Medan Makna yang dicetuskan oleh Trier dapat 
dimanfaatkan dalam kajian ini memandangkan ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai 
bahasa utama yang wujud di dunia ini. Kajian ini menjadi lebih penting dengan 
menyesuaikan Teori Medan Makna terhadap leksikal yang khusus iaitu leksikal al- 
Muwallad. 
12 
Morfologi Bahasa Arab 
Kamus mempunyai hubungan yang sangat penting dengan ilmu semantik. Hal ini kerana 
objektif kamus yang utama adalah untuk menetapkan perkataan dan maknanya 
Berpaksikan kepada fenomena tersebut Berasaskan aspek morfologi, bahasa Arab terletak 
di dalam golongan bahasa infleksi (inflectional language) atau dikenali juga sebagai 
bahasa fleksi (flectional language). Bahasa dalam golongan ini memperlihatkan 
gabungan ciri-ciri distingsif dari segi semantik dalam satu bentuk terikat yang tunggal 
atau dalam bentuk terikat yang bersatu dengan padunya. Dengan kata lain ia 
memperlihatkan perubahan dalaman bagi kata dan ciri-ciri yang berkaitan dengan aspek 
masa, aspek jumlah, aspek jenus (jantina), kasus dan lain-lain (Asmah, 1992: 54 dipetik 
daripada Mohd Zaki, 2010). 
Morfologi merupakan asas yang dikira penting bagi ilmu perkamusan. Kepentingan ini 
jelas sekali apabila kamus-kamus menyentuh tentang perkara yang bersangkut paut 
dengan sesuatu item leksikal seperti menjelaskan tentang perkataan ketika ianya 
dimasukkan huruf-huruf imbuhan atau dibuang, di derivasikan dan perubahan yang
terjadi ketika dijalani proses qalb ( القلب ) iaitu penukaran huruf atau al-ibdal ( الإبدال ) iaitu 
gantian huruf. Begitu jugalah apabila dibincang berkenaan I’lal ( إعلال ) iaitu perubahan 
atau penukaran yang berlaku pada huruf-huruf alif ( ا), wau ( و) dan ya’ ( ي) dan juga 
mufrad, muthanna, kata jamak, tashghir, nisbah. Selain itu, pembinaan sesuatu perkataan 
sama ada thulathi, rubaie, khumasi dan ketika menyentuh tentang soal tahap bacaan, 
maskulin dan feminin (Radzuan, 1999). 
13 
Tinjauan Kajian Lepas 
Sepanjang kajian kepustakaan yang dibuat, terdapat beberapa kajian yang ditemui sangat 
menyerupai dengan kajian ini iaitu kajian Marzuqah yang bertajuk Al-Alfaz Al- 
Muwalladah fi Al-Mu’jam Al-Wasit (2008) daripada Universitas Islam Negeri, Malang 
Indonesia. Dapatan kajian beliau merumuskan terdapat 120 leksikal al-Muwalladah di 
dalam Mu’jam Al-Wasit iaitu 6 leksikal pada huruf ب ba, 11 pada huruf ت ‘ta’, 1 pada 
huruf ث ‘tsa’, 9 pada huruf ج ‘jim’, 12 pada huruf ح ‘ha’, 6 pada huruf خ ‘kha’, 8 pada 
huruf د ‘dal’, 24 pada huruf ر ‘ra’, 4 pada huruf ز ‘za’, 15 pada huruf س ‘sin’, 14 pada 
huruf ش ‘syin’, 3 pada huruf ص ‘sa’, dan 2 pada huruf ض ‘dha’. Berlainan dengan kajian 
yang akan dilaksanakan ini, pengkaji menggunakan data daripada kamus yang berlainan 
iaitu al-Mu’jam al-‘Arabiy Al-Asasi dan bukan sahaja menganalisis dari bidang semantik 
seperti kajian Marzuqah (2008) bahkan akan mengaitkan analisis tersebut melalui pola 
morfologi. 
Di samping kajian tersebut, pengkaji juga melihat kajian pengkaji dalam negara seperti 
disertasi bertajuk “Kajian Leksis dalam Teori Medan Makna: Satu Analisis Kompenential” 
yang disempurnakan oleh Roksana Bibi Abdullah (1993). Kajian tinjauan ini memberi
fokus terhadap masalah variasi istilah lingustik yang digunakan untuk merujuk kepada 
satu konsep dan beberapa konsep yang menggunakan istilah yang sama. Dapatan kajian 
beliau dapat disimpulkan bahawa terdapat wujudnya pelbagai bentuk istilah untuk 
merujuk kepada satu konsep dan konsep-konsep yang berlainan untuk merujuk kepada 
satu istilah. Oleh yang demikian, terdapat perubahan-perubahan makna bagi istilah-istilah 
pinjaman dalam kalangan linguis. Karya-karya mereka juga mendapat kesan yang mana 
berlaku ketidakseragaman dalam penggunaan istilah linguistik khusus kepada istilah 
sintaksis. 
Antara kajian lain yang dianggap hampir menyerupai dengan kajian ini adalah seperti 
disertasi yang dihasilkan oleh Wan Zahari (1999) yang berjudul “Kajian Leksikal dan 
Semantik dalam Sajak-sajak J.M. Aziz. Objektif kajian beliau adalah untuk melihat 
kepelbagaian bentuk serta penggunaan leksikal dan semantik terhadap karya-karya J.M. 
Aziz. Hasil dapatan kajian ini mendapati sajak-sajak J.M. Aziz terdapat memilki pelbagai 
bentuk leksikal dan padat dengan unsur semantik dalam setiap baris sajak ciptaannya. 
Kerana itu, dapatan penulisan Wan Zahari juga menunjukkan hasil bahawa keupayaan 
memahami secara verbal lebih sukar jika dibandingkan dengan penulisan. 
Walaupun bidang kajian Wan Zahari adalah sama dengan bidang kajian yang ingin 
diterokai oleh pengkaji, pengkaji akan menyempurnakan kajian beliau dengan memilih 
data daripada kamus bahasa Arab. Ini bermaksud data pengkaji bukan daripada teks 
sajak atau puisi tetapi ia adalah berkenaan dengan leksikografi. 
Sedikit berlainan dengan penyelidikan Wan Mohd Saophy Amizul (2010) bertajuk “Entri 
Agama Berlabel ‘Ar’ dalam Kamus Dewan: Satu Analisis Semantik” yang memberi 
14
fokus terhadap kata serapan bahasa Arab di dalam bahasa Melayu yang diperolehi 
daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Berbeza dengan kajian ini, 
yang ingin melihat dari aspek perubahan pola morfologi bagi leksikal al-Muwallad dalam 
al-Mu’jam al-‘Arabiy Al-Asasi. 
Selain itu, kajian yang bertajuk “Pemindahan Leksis bahasa Inggeris ke dalam Bahasa 
Cina” yang dijalankan oleh Chen (2006) dilihat hampir menyamai dengan kajian Wan 
Mohd Saophy Amizul tetapi Chen mengkaji kata peminjaman bahasa Inggeris ke dalam 
bahasa Cina yang memberi fokus terhadap leksis berhuruf. Dapatan kajian beliau 
menunjukkan pelajar-pelajar kerap menggunakan leksis berhuruf kerana mudah dan 
ringkas. Bagi pegawai pendidikan pula, mereka mempunyai pandangan yang berbeza 
mengenai penerimaan leksis berhuruf sebagai leksikon bahasa Cina. Di samping itu, 
kesan leksis berhuruf telah mencemari keistimewaan bahasa Cina. Oleh yang demikian, 
kajian ini sekali lagi menunjukkan perbezaan dengan memberi fokus terhadap leksikal al- 
Muwallad dari aspek semantik dan kaitannya dengan pola morfologi. 
15 
METODOLOGI 
Data Kajian 
Data yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah daripada sumber kamus al-Mu’jam 
al-‘Arabiy al-Asasi. Data-data tersebut akan dipilih secara rawak daripada populasi 
leksikal al-Muwallad. Hanya data mempunyai kaitan perubahan makna dan pola akan 
dianalisis mengikut bahagian dan klasifikasi tertentu. Pemilihan al-Mu’jam al-‘Arabiyy 
Al-Asasi adalah berasaskan kepada statusnya yang merupakan salah satu di antara kamus
moden bahasa Arab yang menjadi rujukan penting pada masa kini. Kamus ini dihasilkan 
khusus untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk mendalami bahasa Arab dalam 
membantu menguasainya dengan lebih baik. Entri-entri yang terkandung dalam kamus 
ini juga adalah entri moden yang telah mendapat kesepakatan badan yang 
bertanggungjawab mengendalikan penghasilan kamus untuk dimuatkan dalam al-Mu’jam 
al-‘Arabiyy Al-Asasi. 
16 
Kaedah Pengumpulan Data 
Data yang berasaskan teks seperti transkrip temu bual, nota lapangan daripada 
pemerhatian, dokumen-dokumen berkaitan (dokumen rasmi dan dokumen peribadi), dan 
nota penyelidik perlu diuruskan dengan sistematik supaya dapat dianalisis mengikut 
kompenan tertentu seperti kompenan pengumpulan, penguncupan, pengolahann dan 
kesimpulan (Noraini, 2010: 492). 
Apabila sumber data utama kajian telah dikenal pasti, maka pengkaji memulakan proses 
penelitian terhadap leksikal yang dikehendaki. Di dalam proses ini, semua leksikal al- 
Muwallad yang terdapat dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi akan disenaraikan 
beserta maksud dan dimasukkan dalam satu kumpulan. Kesemua leksikal tersebut diteliti 
dan dipilih untuk melihat jenis-jenis makna yang terdapat dalam leksikal tersebut. 
Seterusnya data-data tersebut diteliti untuk kali kedua untuk melihat kewujudan perkaitan 
perubahan makna dengan perubahan setiap leksikal daripada kata akarnya dan 
dimasukkan pada kumpulan lain. Langkah seterusnya adalah menyediakan satu senarai 
leksikal yang dikenal pasti jenis-jenis makna serta mempunyai perubahan bagi setiap
item leksikal dan diamati sekali lagi supaya dapat memenuhi kriteria yang telah 
dinyatakan dalam bahagian satu sebelum ini. 
Untuk langkah yang terakhir, setelah kesemua leksikal yang diperlukan disenaraikan, 
leksikal-leksikal tersebut dihayati untuk kali terakhir beserta terjemahannya yang 
dipandukan daripada al-Mu’jam al-Wasit6 untuk ketepatan makna dan kesahan leksikal 
yang dipilih. 
17 
Kaedah Pemilihan Sampel 
Selepas keseluruhan data-data dikumpul, proses ini diteruskan dengan pemilihan sampel 
daripada populasi leksikal al-Muwallad yang telah dikenal pasti. Pemilihan sampel dibuat 
secara rawak dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. 
Dalam prosuder kaedah ini, setiap unit atau subjek dalam populasi mendapat peluang 
untuk dipilih sebagai sampel. Ini bermakna setiap unit atau subjek ke-n akan dipilih yang 
mana jarak ke-n adalah setiap 20 muka surat kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. Ini 
bermaksud data yang dipilih sebagai sampel hanya pada gandaan tertentu sahaja (Chua, 
2011: 217). 
Kaedah persampelan sistematik ini dipilih kerana ia lebih mudah dilaksanakan 
memandangkan data kajian dalam kajian ini mempunyai jumlah yang banyak. Oleh yang 
demikian, Chua (2011: 217) telah membahagikan tiga langkah prosuder persampelan 
sistematik ini boleh dilaksanakan seperti urutan berikut: 
i. Menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan angka dan 
disusun secara rawak tanpa melihat kepada kategori tertentu. 
6 Al-Mu’jam al-Wasit juga dianggap antara salah satu kamus moden bahasa Arab yang dihasilkan 
sepenuhnya oleh Pusat Bahasa Arab Mesir, Kaherah pada tahun 1960.
18 
ii. Menentukan bilangan sampel yang diperlukan dalam kajian. 
iii. Menjumlahkan nilai gandaan ke-n. 
jumlah perkataan dalam populasi 
Nilai gandaan n = 
Jumlah sampel yang diperlukan 
Kaedah Analisis Data 
Data-data leksikal al-Muwallad yang diperolehi secara lengkap dianalisis bersandarkan 
kepada analisis jenis kerangka (template) seperti yang dikemukakan oleh Crabtree dan 
Miller (1992) yang dipetik daripada Noraini (2010: 493). Mengikut analisis jenis ini, 
pertamanya penyelidik menyediakan kerangka atau kod sebelum analisis terperinci dibuat 
terhadap teks. Kerangka ini bersifat terbuka, yakni boleh disemak semula selepas 
dipadankan dengan teks. Analisis jenis ini dibina berlandaskan teori, pengetahuan atau 
rumusan daripada teks yang dibaca. Proses menganalisis jenis template ini dapat 
digambarkan seperti rajah 3.1 berikut: 
Kerangka 
Laporan TEKS 
Kenal pasti unit 
Semak kategori 
Kenal pasti perkaitan 
Sahkan
19 
Rajah 1 : Analisis jenis template (Sumber: Noraini, 2010) 
Berpandukan kepada rajah 1 di atas, proses menganalisis teks data kajian melibatkan 
kenal pasti unit iaitu selepas kesemua leksikal al-Muwallad disenaraikan dalam satu 
kumpulan. Apabila selesai proses tersebut, data-data yang dipilih akan disemak melalui 
kategori yang terdapat pada setiap leksikal al-Muwallad dalam kamus al-Mu’jam al- 
‘Arabiy al-Asasi. Proses penyemakan ini dapat dilakukan berulang kali supaya dapat 
mempersembhakan laporan yang tepat. Menentukan perkaitan di antara makna dan 
pembentukan kata data kajian diamati selepas penyemakan dan seterusnya membuat 
pengesahan terhadap data yang dianalisis. 
Secara umumnya, analisis data kajian ini melibatkan dua aspek iaitu analisis semantik 
dan diikuti oleh analisis morfologi berdasarkan pengumpulan data yang telah dilakukan. 
KESIMPULAN 
Berdasarkan kepada bahagian pengenalan sehingga kepada metodologi kajian, penulisan 
ini berusaha merungkai persoalan tentang kepelbagaian makna (semantik) dan pola 
(morfologi) leksikal al-Muwallad dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. Hal ini 
kerana kamus mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ilmu semantik. 
Diharapkan agar kajian ini dapat direalisasikan untuk masa akan datang.
20 
RUJUKAN 
Aini Haji Karim. (2005). Teori Medan Makna Pendeskripsian Leksikal Kata Kerja dalam 
Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 5(3), 78-104. 
Chua, Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Malaysia: McGraw Hill. 
Harison Radzi. (2011). Proses Gramatikalasi dalam Morfologi Bahasa Melayu. Dlm. Nor 
Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi (Eds.), 
Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ’07) (pp. 84-92). Serdang: 
Universiti Kebangsaan Malaysia Press. 
Mohd Zaki Abd. Rahman dan Che Radiah Mezah. (2010). Ciri-ciri bahasa Arab fonetik, 
Morfologi dan sintaksis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 
Muhammad Marwan Ismail dan Wan Moharani Mohammad. (2009). Kajian Semantik 
dan Mu’jam ‘Arabiy. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. 
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill. 
Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Perkembangan Semantik Malaysia: Sorotan Ilmiah. 
Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi 
(Eds.), Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ’07) (pp. 43-65). Serdang: 
Universiti Kebangsaan Malaysia Press. 
Radzuan Ahmad. (1999). Kajian Medan Maklumat di dalam Al-Mu’jam Al-Wasit. Tesis 
master yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 
Raksana Bibi Abdullah. (1993). Kajian Leksis dalam Teori Medan Makna: satu Analisis 
Komponential. Tesis master yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala 
Lumpur. 
S, Nathesan. (2003). Teori Semantik dan kajian Kepustakaan Terhadap Semantik 
Leksikal. Jurnal Bahasa, 1(1), 108-135. 
Tajuddin Nur, M.Hum. (2010). Semantik Bahasa Arab: Pengantar Studi Ilmu Makna: 
Fakultas Sastra Universitas Padjadjaran. 
Wan Mohd Soaphy Amizul Wan Mansor. (2010). Entri Agama Berlabel ‘Ar’ dalam 
Kamus Dewan: Satu Analisis Semantik. Tesis master yang tidak diterbitkan. 
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIK
Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIKTransformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIK
Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIKSUFINA SHUKRI
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anRobet Saputra
 
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...Thanushah Soniyasee
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"Muhammad Zahiruddin
 
Penterjemahan al quran secara harfiyyat
Penterjemahan al quran secara harfiyyatPenterjemahan al quran secara harfiyyat
Penterjemahan al quran secara harfiyyatNorazima Zima
 
Model analisis wacana
Model analisis wacanaModel analisis wacana
Model analisis wacanasyifa atiqah
 
multiakronim dalam bahasa arab
multiakronim dalam bahasa arabmultiakronim dalam bahasa arab
multiakronim dalam bahasa arabErfan Gazali
 
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
Transformasi   makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6Transformasi   makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6fandy_kusuma
 
An-Naht (Akronim)
An-Naht (Akronim)An-Naht (Akronim)
An-Naht (Akronim)Fakhri Cool
 
Masalah penerjemahan kolokasi
Masalah penerjemahan kolokasiMasalah penerjemahan kolokasi
Masalah penerjemahan kolokasiAndri Purwanto
 
Sejarah perkembangan wacana di Malaysia
Sejarah perkembangan wacana di MalaysiaSejarah perkembangan wacana di Malaysia
Sejarah perkembangan wacana di Malaysiasyifa atiqah
 

What's hot (19)

Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIK
Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIKTransformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIK
Transformasi Generatif BML 3022 LINGUISTIK
 
Pandangan tokoh
Pandangan tokohPandangan tokoh
Pandangan tokoh
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
 
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...
Pertukaran dan Pencampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Univers...
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"
Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"
 
makalah Transformasi generatif
makalah Transformasi generatif makalah Transformasi generatif
makalah Transformasi generatif
 
Bab dua
Bab duaBab dua
Bab dua
 
Penterjemahan al quran secara harfiyyat
Penterjemahan al quran secara harfiyyatPenterjemahan al quran secara harfiyyat
Penterjemahan al quran secara harfiyyat
 
Terjemahan hadis
Terjemahan hadisTerjemahan hadis
Terjemahan hadis
 
2013 1 1_jurnal_bahasa_dan_sastra
2013 1 1_jurnal_bahasa_dan_sastra2013 1 1_jurnal_bahasa_dan_sastra
2013 1 1_jurnal_bahasa_dan_sastra
 
Model analisis wacana
Model analisis wacanaModel analisis wacana
Model analisis wacana
 
multiakronim dalam bahasa arab
multiakronim dalam bahasa arabmultiakronim dalam bahasa arab
multiakronim dalam bahasa arab
 
Hbml3303 810901126140
Hbml3303 810901126140Hbml3303 810901126140
Hbml3303 810901126140
 
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
Transformasi   makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6Transformasi   makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
 
Transformasi
TransformasiTransformasi
Transformasi
 
An-Naht (Akronim)
An-Naht (Akronim)An-Naht (Akronim)
An-Naht (Akronim)
 
Masalah penerjemahan kolokasi
Masalah penerjemahan kolokasiMasalah penerjemahan kolokasi
Masalah penerjemahan kolokasi
 
Sejarah perkembangan wacana di Malaysia
Sejarah perkembangan wacana di MalaysiaSejarah perkembangan wacana di Malaysia
Sejarah perkembangan wacana di Malaysia
 

Similar to Analisis semantik dan_morfologi_leksikal_al-muwallad_dalam_kamus_bahasa_arab

Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek Tongo
Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek TongoMorfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek Tongo
Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek TongoRakatajasa
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Semantik bahasa arab
Semantik bahasa arabSemantik bahasa arab
Semantik bahasa arabhal helhol
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Muhammad Idris
 
Penelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPenelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPradicta Nurhuda
 
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'an
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'anFAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'an
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'andevauliansyhhh
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1Oh Jenny
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMela Padliyah
 
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rina Fadhali
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjjshamrina85
 
Perbedaan makna kata-kata_bahasa
Perbedaan makna kata-kata_bahasaPerbedaan makna kata-kata_bahasa
Perbedaan makna kata-kata_bahasadingin
 
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda jatmika nurhadi
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda   jatmika nurhadiDiamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda   jatmika nurhadi
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda jatmika nurhadijatmikanurhadi
 
Variasi stilistik linguistik
Variasi stilistik linguistikVariasi stilistik linguistik
Variasi stilistik linguistikWatak Bulat
 

Similar to Analisis semantik dan_morfologi_leksikal_al-muwallad_dalam_kamus_bahasa_arab (20)

fiqh lughah.pdf
fiqh lughah.pdffiqh lughah.pdf
fiqh lughah.pdf
 
Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek Tongo
Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek TongoMorfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek Tongo
Morfologi Dan Morfofonemik Bahasa Sumbawa Dialek Tongo
 
Bab1 (1)
Bab1 (1)Bab1 (1)
Bab1 (1)
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Semantik bahasa arab
Semantik bahasa arabSemantik bahasa arab
Semantik bahasa arab
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
 
Penelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPenelitian Sosiolinguistik
Penelitian Sosiolinguistik
 
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'an
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'anFAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'an
FAWATIH-AS-SUWAR.pptx tugas untuk memenuhi mata kuliah ulumul Qur'an
 
linguistik historis komparatif
linguistik historis komparatiflinguistik historis komparatif
linguistik historis komparatif
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 
BMM3107
BMM3107BMM3107
BMM3107
 
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 
Linguistik
LinguistikLinguistik
Linguistik
 
Perbedaan makna kata-kata_bahasa
Perbedaan makna kata-kata_bahasaPerbedaan makna kata-kata_bahasa
Perbedaan makna kata-kata_bahasa
 
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda jatmika nurhadi
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda   jatmika nurhadiDiamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda   jatmika nurhadi
Diamorf dalam bahasa indonesia dan bahasa sunda jatmika nurhadi
 
MBKM - FADIB(1).pptx
MBKM - FADIB(1).pptxMBKM - FADIB(1).pptx
MBKM - FADIB(1).pptx
 
Variasi stilistik linguistik
Variasi stilistik linguistikVariasi stilistik linguistik
Variasi stilistik linguistik
 
Terjemahan alquran
Terjemahan alquranTerjemahan alquran
Terjemahan alquran
 

More from Muhammad Idris

العلم والعقل
العلم والعقلالعلم والعقل
العلم والعقلMuhammad Idris
 
الثمار 101 نبت
الثمار 101 نبتالثمار 101 نبت
الثمار 101 نبتMuhammad Idris
 
الجرب القذرة
الجرب القذرةالجرب القذرة
الجرب القذرةMuhammad Idris
 
Tolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimTolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimMuhammad Idris
 
Tahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamTahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamMuhammad Idris
 
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islam
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islamProspek dan-tantangan-ekonomi-islam
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islamMuhammad Idris
 
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMuhammad Idris
 
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunan
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunanMakalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunan
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunanMuhammad Idris
 
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunan
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunanMakalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunan
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunanMuhammad Idris
 
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-edited
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-editedMakalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-edited
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-editedMuhammad Idris
 
أطعمة مفيدة لصحة_العظام
أطعمة مفيدة لصحة_العظامأطعمة مفيدة لصحة_العظام
أطعمة مفيدة لصحة_العظامMuhammad Idris
 
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)Muhammad Idris
 
Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Muhammad Idris
 
Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Muhammad Idris
 
Pedoman penulisan karya ilmiah
Pedoman penulisan karya ilmiahPedoman penulisan karya ilmiah
Pedoman penulisan karya ilmiahMuhammad Idris
 
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiah
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiahBahan pelatihan karya_tulis_ilmiah
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiahMuhammad Idris
 
Biografi imam athba` tabi`in
Biografi imam athba` tabi`inBiografi imam athba` tabi`in
Biografi imam athba` tabi`inMuhammad Idris
 

More from Muhammad Idris (20)

العلم والعقل
العلم والعقلالعلم والعقل
العلم والعقل
 
الثمار 101 نبت
الثمار 101 نبتالثمار 101 نبت
الثمار 101 نبت
 
الجرب القذرة
الجرب القذرةالجرب القذرة
الجرب القذرة
 
Tolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimTolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslim
 
Tajassus
TajassusTajassus
Tajassus
 
Tahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamTahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islam
 
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islam
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islamProspek dan-tantangan-ekonomi-islam
Prospek dan-tantangan-ekonomi-islam
 
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantanganMewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
Mewujudkan kesiapan-menghadapi-tantangan
 
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunan
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunanMakalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunan
Makalah hs-akar-permasalahan-solusi-tegaknya-bendera-syaithan-perdukunan
 
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunan
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunanMakalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunan
Makalah akar permasalahan solusi tegaknyan bendera syaithan dan perdukunan
 
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-edited
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-editedMakalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-edited
Makalah pelatihan-brc-ruqyah-syariyyah-edited
 
أطعمة مفيدة لصحة_العظام
أطعمة مفيدة لصحة_العظامأطعمة مفيدة لصحة_العظام
أطعمة مفيدة لصحة_العظام
 
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)
Pengaruh kemampuan berbahasa asing terhadap prestasi siswa (arab-inggris)
 
Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2
 
Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1
 
Pedoman penulisan karya ilmiah
Pedoman penulisan karya ilmiahPedoman penulisan karya ilmiah
Pedoman penulisan karya ilmiah
 
Gawda
GawdaGawda
Gawda
 
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiah
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiahBahan pelatihan karya_tulis_ilmiah
Bahan pelatihan karya_tulis_ilmiah
 
Biografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`iBiografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`i
 
Biografi imam athba` tabi`in
Biografi imam athba` tabi`inBiografi imam athba` tabi`in
Biografi imam athba` tabi`in
 

Recently uploaded

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 

Analisis semantik dan_morfologi_leksikal_al-muwallad_dalam_kamus_bahasa_arab

  • 1. 1 ANALISIS SEMANTIK DAN MORFOLOGI LEKSIKAL Al-MUWALLAD DALAM KAMUS BAHASA ARAB Mashitah Binti Abdullah Sarjana Pengajian Bahasa Moden Universiti Malaya, Kuala Lumpur mashitahabdullah@gmail.com Kajian berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan bertujuan untuk menganalisis item leksikal al- Muwallad dalam kamus bahasa Arab dari aspek semantik serta kaitannya dari aspek morfologi. Kamus yang dipilih adalah Al-Mu’jam Al-Arabiyy Al-Asasi iaitu merupakan salah satu kamus bahasa Arab moden dihasilkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan Arab. Leksikal al-Muwallad merujuk kepada leksikal yang diberikan makna baru atau dalam kata lain yang mengalami perubahan makna selari dengan peredaran masa. Data-data utama akan dikumpul daripada kamus Al-Mu’jam Al-Arabiyy Al-Asasi secara manual dan sampel dipilih secara rawak daripada sekumpulan data tersebut. Sampel dianalisis menggunakan kaedah analisis teks dengan mengklasifikasikan berdasarkan bahagian-bahagian perubahan makna. Setelah mengenal pasti bahagian tersebut, data-data tersebut akan dilihat dari sudut perkaitan antara semantik (makna) dan morfologi (pola) untuk menjelaskan hubungan perkaitan antara dua aspek yang telah ditentukan. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai perkaitan perubahan makna serta jenis pola yang wujud bagi setiap leksikal al-Muwallad.
  • 2. 2 PENGENALAN Bahasa Arab adalah salah satu bahasa utama di dunia dan bahasa rasmi agama Islam. Sumber-sumber utama agama Islam tercatat dalam bahasa Arab. Bahasa ini digunakan dengan meluas di merata tempat sebagai bahasa ilmu, bahasa diplomasi, bahasa ekonomi, bahasa pelancongan dan lain-lain (Mohd Zaki, 2010). Tidak terdapat dalam kalangan penyelidik yang memutuskan tarikh bermulanya bahasa Arab, tetapi kebanyakkan mereka mengatakan bahasa ini bermula lebih kurang dua kurun sebelum hijrah (Ibrahim Anis, 1973 dipetik daripada Mohd Zaki, 2010). Akan tetapi, berdasarkan kesan yang didapati terhadap bahasa Arab ini ia bersifat lengkap dalam memenuhi keperluan semua aspek hidup masyarakat Arab pada zaman sebelum Islam. Malah ia berkembang dengan pesat selepas turunnya al-Quran al-Karim dan tersebar secara meluas berikutan tersebarnya Islam ke pelusuk dunia. Al-Quran al-Karim dan ajaran Islam tersebut telah memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan orang Arab khususnya dan orang Islam amnya. Rentetan daripada kesan itu, al-Quran menjadi pemacu utama kepada perkembangan kajian semantik bahasa Arab. Kajian semantik terhadap al-Quran tercetus apabila wujudnya sebilangan orang Arab yang tidak mempercayai kebenaran al-Quran terhadap ketinggian bahasanya yang juga menggunakan bahasa Arab. Ahli-ahli bahasa Arab dan sasterawan Arab juga dicabar bagi menyaingi bahasa al-Quran dan kehebatannya walaupun pada hakikatnya tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan dan kemuliaan al-Quran. Berdasarkan fenomena
  • 3. tersebut, hasillah kajian yang mendalam terhadap makna tersurat dan tersirat bagi setiap lafaz yang terdapat di dalam al-Quran. Para penyelidik seterusnya menyambung penyelidikan terhadap al-Hadith al-Nabawi dari aspek kajian makna bahasa Arab dan akhirnya merangkumi kepelbagaian penggunaan bahasa Arab yang tidak terhad kepada al-Quran dan al-Hadith al-Nabawi (Muhammad Marwan dan Wan Moharani, 2009: 28- 29). 3 Latar Belakang Kajian Nur Hashimah berpandangan melalui petikan beliau: Penyelidikan semantik menjadi bertambah menarik dengan aplikasi yang dilakukan pada leksikografi. Tidak kira sama ada menggunakan pendekatan teori relevans mahupun semantik kognitif, kedua-dua penyelidikan ini mampu memberi nafas baru serta bersifat komtemporari bagi mengatasi masalah kemelut penyusunan kamus. (Nur Hashimah, 2007: 54) Tambah beliau, antara pengkaji-pengkaji yang menerokai semantik dengan aplikasi pada perkamusan ialah Salmah Jabar (1999), Nor Hashimah (2001), Hawiyah Baba (2003), Lee Yang Suk (2005), Rusmadi Baharuddin (2005), Salina Jaafar (2005), Imran Ho Abdullah dan Norsimah Mat Awal (2005), Junaidi Kasdan (2007), Hasnah Mohamad (2007). Antara aspek yang dikaji oleh mereka adalah masalah kelingkaran makna, pendefinisian semula makna entri, menangani masalah polisemi, peluasan makna dan pemilihan serta kekangan makna dalam peristilahan (Nur Hashimah, 2007: 54-55). Kamus Al-Mu’jam al-‘Araby al-Asasi ( المعجم العربي الأساسي ) merupakan salah satu kamus yang diusahakan oleh pusat-pusat bahasa Arab meskipun ia tidak diterbitkan oleh pusat bahasa Arab itu sendiri. Hal ini kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan Arab yang bernaung di bawah Liga Arab ini
  • 4. mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pusat-pusat bahasa Arab dan universiti-universiti negara-negara Arab. Di samping itu, ilmuwan-ilmuwan yang terlibat secara terus atau sebaliknya dalam mempersembahkan kamus ini merupakan ahli atau pakar-pakar 4 rujuk pusat bahasa Arab khususnya Pusat Bahasa Arab Mesir, Kaherah. Terdapat 25000 entri asas yang disusun dalam Al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi menggunakan kaedah alfba’iyy iaitu mengikut abjad. Setiap perkataan asas dipecahkan kepada bentuk binaan perkataan dan jenis-jenisnya. Penerangan perkataan dibuat secara terperinci berserta contoh yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, kata-kata hikmah, contoh-contoh penggunaannya dan juga bahasa yang terkini. Istilah moden dari pelbagai bidang turut dimuatkan setelah diubah suai mengikut tatacara perkataan Arab serta diiktiraf oleh pusat-pusat bahasa Arab. Kamus ini ditujukan khsusus kepada pembaca umum dan pencinta bahasa Arab yang ingin mengenali bahasa Arab dengan lebih mendalam. Pelbagai usaha telah giat dilaksanakan bermula Oktober 1982 bagi menyempurnakan sebuah kamus moden bahasa Arab yang dapat digunakan oleh semua khususnya para pelajar yang berlatarbelakangkan dari pelbagai bidang pengajian. Akhirnya, pada tahun 1989 kamus ini berjaya dicetak dan dipasarkan hasil daripada kesungguhan para ilmuwan bahasa Arab (Muhammad Marwan dan Wan Moharani, 2007: 114-115). Pernyataan Masalah Struktur bahasa yang berupa kata-kata atau istilah-istilah itu bukan sekadar rangkaian bunyi mati dalam susunan morfologi, melainkan di dalamnya mengandungi makna. Masalah makna yang ada di balik kata atau disebut dengan semantik telah lama
  • 5. diperbincangkan oleh kalangan filosof, ahli logika, ahli bahasa, ahli retorika, ahli usul fikh, baik dari kalangan bangsa Arab mahupun bukan Arab. Pembahasan semantik dikaji dalam linguistik baik secara teoritis mahupun praktis seperti melalui kamus bahasa ( المعجم 5 اللغة ) (Tajudin Nur: 2010). Kini, lahirnya pelbagai kajian berkaitan bahasa Arab di Malaysia terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dan tidak kurang banyaknya berkenaan peminjaman kata bahasa Arab yang wujud di dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu, amat sedikit kajian mengenai leksikal bahasa Arab itu sendiri yang tidak dipinjam atau diganggu oleh bahasa asing mengikut amatan pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa kajian ini penting untuk melihat fenomena kepelbagaian jenis makna (dari aspek semantik) dan variasi pola morfologi perkataan bahasa Arab. Di samping itu, kajian ini juga akan menyingkap pelbagai pengetahuan baru tentang leksikal bahasa Arab sekaligus menjadi kesinambungan untuk kajian lanjutan pada masa akan datang. Objektif Kajian Kajian tentang morfologi dan semantik adalah penting terutama dalam bidang leksikografi. Ketiadaan ilmu ini, terutamannya semantik akan menyukarkan seseorang untuk menyusun atau menyelenggarakan sebuah kamus. Penyusunan kamus juga dianggap suatu seni perakaman kata yang perlu ditangani dengan halus dan teliti (Wan Mohd Saophy Amizul: 2010). Maka objektif kajian yang telah dikenal pasti adalah seperti urutan berikut:
  • 6. 1) Mengenal pasti jenis makna yang terdapat dalam leksikal Al-Muwallad dalam 2) kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. 3) Mengenal pasti item leksikal Al-Muwallad yang mengalamai perubahan dari 6 aspek makna dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. 4) Mengenal pasti perkaitan perubahan makna leksikal Al-Muwallad dari aspek morfologi. Kepentingan Kajian Penulisan ini akan mengemukakan hasil kajian dari salah satu disiplin ilmu iaitu dalam bidang semantik yang berkaitan dengan leksikal. Kekurangan pengetahuan tentang makna akan menghalang daripada menguasai bahasa secara baik. Ini kerana terdapat pelbagai jenis perubahan makna yang berlaku dalam leksikal tertentu seperti leksikal al- Muwallad akibat daripada perkembangan sesuatu bahasa. Justeru itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang jelas yang mana dapat memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran para pelajar terutamanya dalam memahami dan menghayati dengan jelas berkenaan leksikal al-Muwallad tersebut. Ini kerana dengan memahami dengan jelas dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab atau bahasa kedua di pelbagai peringkat pengajian. Kajian ini juga amat penting kerana menerokai fenomena perubahan makna leksikal al-Muwallad dan kaitan perubahan tersebut dengan kepelbagaian pola yang memberi kesan terhadap proses perubahan. Di samping itu, diharapkan juga penulisan ini dapat membantu mereka yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam bidang perkamusan untuk memahami dengan terperinci makna leksikal al-Muwallad berdasarkan hasil dapatan kajian. Para
  • 7. pengkaji juga diharap dapat memanfaatkan hasil kajian yang telah dianalisis bagi kajian-kajian mereka sama ada terlibat secara khusus dalam bidang semantik atau bidang yang 7 berkaitan. Definisi Operasional 1. Leksikal Kamus Dewan 1 edisi keempat mendefinisikan leksikal sebagai berkenaan dengan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contohnya seperti ‘makna leksikal’ yang merujuk kepada makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat kepada penggunaannya dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Arab, leksikal disebut sebagai kalimat كلمات ) ) seperti contoh terjemahan ayat ‘2buku ini mengandungi perkataan-perkataan yang susah ( یحتوي ھذا الكتاب كل مفردات صعبة ). Selain perkataan kalimat ( ,( كلمات leksikal juga disebut sebagai 3mufradat ( مفردات ) iaitu yang berkait dengan perkataan atau yang mempunyai hubungan dengan kamus atau penghasilan kamus. 2. Al-Muwallad Menurut kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi, perkataan ‘al-Muwallad’ bermaksud perkataan Arab yang digunakan pada masa silam tetapi diberikan makna baru selepas zaman al-Riwayat. Definisi al-Muwallad kamus tersebut seperti petikan di bawah: 1 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 912. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2 Kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi,1999: 920. Laroussse. 3 Kamus al-Mawrid, 1999: 525. Dar El-Ilm Lil-Malayen.
  • 8. 8 "لفظ عربي استعمل قدیما وأعطي معنى جدیدا بعد عصر الروایة" Setiap leksikal al-Muwallad di dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi ditandakan dengan simbol ( 4 (مو . Contohnya perkataan “ista’mara” استعمر daripada kata akar “a’mara” عمر yang bermaksud menyediakan tenaga pekerja atau menjajah. Secara umumnya, al-Muwallad dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang baru5 manakala secara khususnya merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna baru. 3. Al-Riwayat Perkataan al-riwayat mempunyai beberapa pengertian seperti yang dijelaskan di dalam Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Kamus tersebut mendefinisikan al-riwayat yang merujuk kepada: a) cerita, manakala b) salah satu bentuk berita, dan c) dalam aspek perundangan Islam didefinisikan kepada pemindahan keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dan lain-lain) daripada nabi Muhammad S.A.W (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006: 995). Definisi yang telah dinyatakan oleh Kamus Besar Arab-Melayu dilihat menyerupai dengan maksud perkataan al-riwayat yang diterangkan oleh kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi dalam konteks penerangan yang menggunakan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, definisi yang diberikan oleh kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi adalah lebih khusus iaitu cerita dalam bentuk prosa yang panjang (al-Mu’jam al-‘Arabiy al- Asasi, 1999: 564). 4 Kamus Al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi, 1999: 61. Laroussse. 5 Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006:2691. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 9. 9 4. Semantik Nur Hashimah (2007: 43) mendefinisikan semantik adalah kajian makna. Bahasa tanpa makna tidak bermakna. Maksudnya tidak kira fonologi, morfologi atau sintaksis, semantik boleh menjadi bidang dampingan yang erat demi menjelaskan lagi tabii bahasa yang dikaji. Malah makna tanpa lisan berjaya dicungkil menggunakan semantik. Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa semantik merupakan cabang kajian linguistik yang berkait secara langsung dengan eleman makna. Semantik juga menetapkan tatacara kajian makna secara ilmiah dengan menggunakan metod yang jelas lagi bersistematik. Semantik tidak hanya memfokuskan kepada kajian secara teori sahaja malahan ia juga mengkaji eleman makna terhadap bahasa manusia secara amali dan aplikasi. Kajian makna secara amali ini mengaplikasikan hasil-hasil kajian semantik secara teori dalam sebuah buku khas yang dikenali sebagai kamus atau mu’jam dalam bahasa Arab (Muhammad Marwan dan Wan Moharani, 2009: 34). 5. Morfologi Terdapat pelbagai definisi morfologi yang dinyatakan oleh pakar-pakar bahasa seperti Lyons, Bloomfield, Jensen, Nik safiah Karim dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada konsep-konsep mereka, morfologi dikaitkan dengan perkataan atau dalam kata lain, morfologi adalah bidang ilmu yang mengkaji bentuk kata. Oleh yang demikian, perkataan adalah unsur penting dalam pengkajian morfologi (Harison, 2011: 86).
  • 10. 10 TINJAUAN LITERATUR Teori Medan Makna Menurut Lehrer (1924) yang dipetik daripada Raksana Bibi (1993), penjelasan tentang bagaimana kata-kata boleh mendapat makna baru dalam konteks-konteks tertentu boleh dilihat melalui teori medan. Contoh yang diberikan beliau ialah seperti perkataan sendi yang pada asalnya merujuk pada bahagian-bahagian sambungan tulang telah mengalami ekstensi semantik bagi merujuk golongan kata yang bertugas menghubungkan bahagian-bahagian ayat di dalam konteks ilmu bahasa. Trier menyebut: Teori Medan ialah satu teori yang membicarakan satu set perkataan yang berhubungan yang tergolong di bawah satu domain Imedan semantik, bidang subjek). Contohnya, “glass, a container” boleh dikaji bersama-sama dengan cup, bowl, mug, vase, dan perkataan-perkataan lain yang membawa makna container untuk melihat bagaimana item-item ini berbeza. (Lehrer, 1974: 7, dipetik daripada Aini, 2005: 85) Trier adalah seorang ahli linguistik Jerman yang mempelopori teori medan makna yang dikembangkan melalui karyanya. Trier (Darwis, 1994: 3 dipetik daripada S. Nathesan, 2003: 113-114) telah mengembangkan gagasan de Sausure berasaskan pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von Herder dan ahli falsafah Jerman W. Von Humbolt lalu mengemukakan gagasannya yang terkenal iaitu Teori Medan Makna. Melalui pendekatan ini, sesuatu medan makna membahagikan medan konsep kepada bahagian seperti sesuatu mosaic (Lehrer: 1974). Gagasan ini juga memberi pengertian bahawa perkataan pada mulanya mempunyai makna yang saling bertindihan akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.
  • 11. Toeri Medan yang dikembangkan oleh Trier ini juga mengenal pasti bahawa setiap bahasa yang dikembangkan dengan realiti secara unik. Trier juga mengatatakan bahawa dalam bidang leksikal, seluruh rangkaian konsep atau lingkungan pemikiran (idea) bersambungan dalam jangka waktu yang terhad. Beliau juga telah membezakan bidang leksikal dan konseptual. Tambah Lehrer, (1974, dipetik daripada Aini, 2005: 87) sesuatu perkataan menghasilkan makna dengan cara mempertentangkan dengan polanya. Sebagai contoh dalam bahasa Melayu, kasut (satu alat yang digunakan untuk mengalas kaki ketika berjalan). Di samping itu, terdapat berbagai-bagai jenis kasut dengan saiz, bentuk, kegunaan serta bahan buatannya. Contohnya seperti kasut sukan, kasut kulit, kasut getah dan yang seumpamanya. Kasut juga terdiri daripada pelbagai jenama yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan bahagian pengkhususan tertentu. ini bermakna kasut merupakan hiponim bagi kasut sukan, kasut getah, kasut kulit dan sebagainya (Aini, 2005: 87). Andaian teori medan yang dipegang oleh Trier ini adalah perbendaharaan kata sebagai sesuatu yang mempunyai struktur. Oleh itu, perkataan yang mempunyai hubungan secara konseptual dalam sesuatu bahasa boleh diklasifikasikan ke dalam set tertentu (W.T. Gordon (1982) yang dipetik daripada S. Nathesan, 2003: 114). Secara kefahaman, teori Medan Makna ialah satu teori yang melibatkan sekumpulan atau satu set perkataan yang saling berkaitan dalam satu medan. Dalam sesuatu medan, terdapat satu makna yang dikongsi bersama yang dikenali sebagai makna pusat. Selain makna yang dikongsi bersama, terdapat juga beberapa kompenan yang membezakan 11
  • 12. antara satu perkataan dengan satu perkataan lain yang dikenali sebagai fitur distingsif (Aini, 2005: 89). Berdasarkan amatan pengkaji, Teori Medan Makna yang dicetuskan oleh Trier dapat dimanfaatkan dalam kajian ini memandangkan ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai bahasa utama yang wujud di dunia ini. Kajian ini menjadi lebih penting dengan menyesuaikan Teori Medan Makna terhadap leksikal yang khusus iaitu leksikal al- Muwallad. 12 Morfologi Bahasa Arab Kamus mempunyai hubungan yang sangat penting dengan ilmu semantik. Hal ini kerana objektif kamus yang utama adalah untuk menetapkan perkataan dan maknanya Berpaksikan kepada fenomena tersebut Berasaskan aspek morfologi, bahasa Arab terletak di dalam golongan bahasa infleksi (inflectional language) atau dikenali juga sebagai bahasa fleksi (flectional language). Bahasa dalam golongan ini memperlihatkan gabungan ciri-ciri distingsif dari segi semantik dalam satu bentuk terikat yang tunggal atau dalam bentuk terikat yang bersatu dengan padunya. Dengan kata lain ia memperlihatkan perubahan dalaman bagi kata dan ciri-ciri yang berkaitan dengan aspek masa, aspek jumlah, aspek jenus (jantina), kasus dan lain-lain (Asmah, 1992: 54 dipetik daripada Mohd Zaki, 2010). Morfologi merupakan asas yang dikira penting bagi ilmu perkamusan. Kepentingan ini jelas sekali apabila kamus-kamus menyentuh tentang perkara yang bersangkut paut dengan sesuatu item leksikal seperti menjelaskan tentang perkataan ketika ianya dimasukkan huruf-huruf imbuhan atau dibuang, di derivasikan dan perubahan yang
  • 13. terjadi ketika dijalani proses qalb ( القلب ) iaitu penukaran huruf atau al-ibdal ( الإبدال ) iaitu gantian huruf. Begitu jugalah apabila dibincang berkenaan I’lal ( إعلال ) iaitu perubahan atau penukaran yang berlaku pada huruf-huruf alif ( ا), wau ( و) dan ya’ ( ي) dan juga mufrad, muthanna, kata jamak, tashghir, nisbah. Selain itu, pembinaan sesuatu perkataan sama ada thulathi, rubaie, khumasi dan ketika menyentuh tentang soal tahap bacaan, maskulin dan feminin (Radzuan, 1999). 13 Tinjauan Kajian Lepas Sepanjang kajian kepustakaan yang dibuat, terdapat beberapa kajian yang ditemui sangat menyerupai dengan kajian ini iaitu kajian Marzuqah yang bertajuk Al-Alfaz Al- Muwalladah fi Al-Mu’jam Al-Wasit (2008) daripada Universitas Islam Negeri, Malang Indonesia. Dapatan kajian beliau merumuskan terdapat 120 leksikal al-Muwalladah di dalam Mu’jam Al-Wasit iaitu 6 leksikal pada huruf ب ba, 11 pada huruf ت ‘ta’, 1 pada huruf ث ‘tsa’, 9 pada huruf ج ‘jim’, 12 pada huruf ح ‘ha’, 6 pada huruf خ ‘kha’, 8 pada huruf د ‘dal’, 24 pada huruf ر ‘ra’, 4 pada huruf ز ‘za’, 15 pada huruf س ‘sin’, 14 pada huruf ش ‘syin’, 3 pada huruf ص ‘sa’, dan 2 pada huruf ض ‘dha’. Berlainan dengan kajian yang akan dilaksanakan ini, pengkaji menggunakan data daripada kamus yang berlainan iaitu al-Mu’jam al-‘Arabiy Al-Asasi dan bukan sahaja menganalisis dari bidang semantik seperti kajian Marzuqah (2008) bahkan akan mengaitkan analisis tersebut melalui pola morfologi. Di samping kajian tersebut, pengkaji juga melihat kajian pengkaji dalam negara seperti disertasi bertajuk “Kajian Leksis dalam Teori Medan Makna: Satu Analisis Kompenential” yang disempurnakan oleh Roksana Bibi Abdullah (1993). Kajian tinjauan ini memberi
  • 14. fokus terhadap masalah variasi istilah lingustik yang digunakan untuk merujuk kepada satu konsep dan beberapa konsep yang menggunakan istilah yang sama. Dapatan kajian beliau dapat disimpulkan bahawa terdapat wujudnya pelbagai bentuk istilah untuk merujuk kepada satu konsep dan konsep-konsep yang berlainan untuk merujuk kepada satu istilah. Oleh yang demikian, terdapat perubahan-perubahan makna bagi istilah-istilah pinjaman dalam kalangan linguis. Karya-karya mereka juga mendapat kesan yang mana berlaku ketidakseragaman dalam penggunaan istilah linguistik khusus kepada istilah sintaksis. Antara kajian lain yang dianggap hampir menyerupai dengan kajian ini adalah seperti disertasi yang dihasilkan oleh Wan Zahari (1999) yang berjudul “Kajian Leksikal dan Semantik dalam Sajak-sajak J.M. Aziz. Objektif kajian beliau adalah untuk melihat kepelbagaian bentuk serta penggunaan leksikal dan semantik terhadap karya-karya J.M. Aziz. Hasil dapatan kajian ini mendapati sajak-sajak J.M. Aziz terdapat memilki pelbagai bentuk leksikal dan padat dengan unsur semantik dalam setiap baris sajak ciptaannya. Kerana itu, dapatan penulisan Wan Zahari juga menunjukkan hasil bahawa keupayaan memahami secara verbal lebih sukar jika dibandingkan dengan penulisan. Walaupun bidang kajian Wan Zahari adalah sama dengan bidang kajian yang ingin diterokai oleh pengkaji, pengkaji akan menyempurnakan kajian beliau dengan memilih data daripada kamus bahasa Arab. Ini bermaksud data pengkaji bukan daripada teks sajak atau puisi tetapi ia adalah berkenaan dengan leksikografi. Sedikit berlainan dengan penyelidikan Wan Mohd Saophy Amizul (2010) bertajuk “Entri Agama Berlabel ‘Ar’ dalam Kamus Dewan: Satu Analisis Semantik” yang memberi 14
  • 15. fokus terhadap kata serapan bahasa Arab di dalam bahasa Melayu yang diperolehi daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Berbeza dengan kajian ini, yang ingin melihat dari aspek perubahan pola morfologi bagi leksikal al-Muwallad dalam al-Mu’jam al-‘Arabiy Al-Asasi. Selain itu, kajian yang bertajuk “Pemindahan Leksis bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Cina” yang dijalankan oleh Chen (2006) dilihat hampir menyamai dengan kajian Wan Mohd Saophy Amizul tetapi Chen mengkaji kata peminjaman bahasa Inggeris ke dalam bahasa Cina yang memberi fokus terhadap leksis berhuruf. Dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar-pelajar kerap menggunakan leksis berhuruf kerana mudah dan ringkas. Bagi pegawai pendidikan pula, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penerimaan leksis berhuruf sebagai leksikon bahasa Cina. Di samping itu, kesan leksis berhuruf telah mencemari keistimewaan bahasa Cina. Oleh yang demikian, kajian ini sekali lagi menunjukkan perbezaan dengan memberi fokus terhadap leksikal al- Muwallad dari aspek semantik dan kaitannya dengan pola morfologi. 15 METODOLOGI Data Kajian Data yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah daripada sumber kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. Data-data tersebut akan dipilih secara rawak daripada populasi leksikal al-Muwallad. Hanya data mempunyai kaitan perubahan makna dan pola akan dianalisis mengikut bahagian dan klasifikasi tertentu. Pemilihan al-Mu’jam al-‘Arabiyy Al-Asasi adalah berasaskan kepada statusnya yang merupakan salah satu di antara kamus
  • 16. moden bahasa Arab yang menjadi rujukan penting pada masa kini. Kamus ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk mendalami bahasa Arab dalam membantu menguasainya dengan lebih baik. Entri-entri yang terkandung dalam kamus ini juga adalah entri moden yang telah mendapat kesepakatan badan yang bertanggungjawab mengendalikan penghasilan kamus untuk dimuatkan dalam al-Mu’jam al-‘Arabiyy Al-Asasi. 16 Kaedah Pengumpulan Data Data yang berasaskan teks seperti transkrip temu bual, nota lapangan daripada pemerhatian, dokumen-dokumen berkaitan (dokumen rasmi dan dokumen peribadi), dan nota penyelidik perlu diuruskan dengan sistematik supaya dapat dianalisis mengikut kompenan tertentu seperti kompenan pengumpulan, penguncupan, pengolahann dan kesimpulan (Noraini, 2010: 492). Apabila sumber data utama kajian telah dikenal pasti, maka pengkaji memulakan proses penelitian terhadap leksikal yang dikehendaki. Di dalam proses ini, semua leksikal al- Muwallad yang terdapat dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi akan disenaraikan beserta maksud dan dimasukkan dalam satu kumpulan. Kesemua leksikal tersebut diteliti dan dipilih untuk melihat jenis-jenis makna yang terdapat dalam leksikal tersebut. Seterusnya data-data tersebut diteliti untuk kali kedua untuk melihat kewujudan perkaitan perubahan makna dengan perubahan setiap leksikal daripada kata akarnya dan dimasukkan pada kumpulan lain. Langkah seterusnya adalah menyediakan satu senarai leksikal yang dikenal pasti jenis-jenis makna serta mempunyai perubahan bagi setiap
  • 17. item leksikal dan diamati sekali lagi supaya dapat memenuhi kriteria yang telah dinyatakan dalam bahagian satu sebelum ini. Untuk langkah yang terakhir, setelah kesemua leksikal yang diperlukan disenaraikan, leksikal-leksikal tersebut dihayati untuk kali terakhir beserta terjemahannya yang dipandukan daripada al-Mu’jam al-Wasit6 untuk ketepatan makna dan kesahan leksikal yang dipilih. 17 Kaedah Pemilihan Sampel Selepas keseluruhan data-data dikumpul, proses ini diteruskan dengan pemilihan sampel daripada populasi leksikal al-Muwallad yang telah dikenal pasti. Pemilihan sampel dibuat secara rawak dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. Dalam prosuder kaedah ini, setiap unit atau subjek dalam populasi mendapat peluang untuk dipilih sebagai sampel. Ini bermakna setiap unit atau subjek ke-n akan dipilih yang mana jarak ke-n adalah setiap 20 muka surat kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. Ini bermaksud data yang dipilih sebagai sampel hanya pada gandaan tertentu sahaja (Chua, 2011: 217). Kaedah persampelan sistematik ini dipilih kerana ia lebih mudah dilaksanakan memandangkan data kajian dalam kajian ini mempunyai jumlah yang banyak. Oleh yang demikian, Chua (2011: 217) telah membahagikan tiga langkah prosuder persampelan sistematik ini boleh dilaksanakan seperti urutan berikut: i. Menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan angka dan disusun secara rawak tanpa melihat kepada kategori tertentu. 6 Al-Mu’jam al-Wasit juga dianggap antara salah satu kamus moden bahasa Arab yang dihasilkan sepenuhnya oleh Pusat Bahasa Arab Mesir, Kaherah pada tahun 1960.
  • 18. 18 ii. Menentukan bilangan sampel yang diperlukan dalam kajian. iii. Menjumlahkan nilai gandaan ke-n. jumlah perkataan dalam populasi Nilai gandaan n = Jumlah sampel yang diperlukan Kaedah Analisis Data Data-data leksikal al-Muwallad yang diperolehi secara lengkap dianalisis bersandarkan kepada analisis jenis kerangka (template) seperti yang dikemukakan oleh Crabtree dan Miller (1992) yang dipetik daripada Noraini (2010: 493). Mengikut analisis jenis ini, pertamanya penyelidik menyediakan kerangka atau kod sebelum analisis terperinci dibuat terhadap teks. Kerangka ini bersifat terbuka, yakni boleh disemak semula selepas dipadankan dengan teks. Analisis jenis ini dibina berlandaskan teori, pengetahuan atau rumusan daripada teks yang dibaca. Proses menganalisis jenis template ini dapat digambarkan seperti rajah 3.1 berikut: Kerangka Laporan TEKS Kenal pasti unit Semak kategori Kenal pasti perkaitan Sahkan
  • 19. 19 Rajah 1 : Analisis jenis template (Sumber: Noraini, 2010) Berpandukan kepada rajah 1 di atas, proses menganalisis teks data kajian melibatkan kenal pasti unit iaitu selepas kesemua leksikal al-Muwallad disenaraikan dalam satu kumpulan. Apabila selesai proses tersebut, data-data yang dipilih akan disemak melalui kategori yang terdapat pada setiap leksikal al-Muwallad dalam kamus al-Mu’jam al- ‘Arabiy al-Asasi. Proses penyemakan ini dapat dilakukan berulang kali supaya dapat mempersembhakan laporan yang tepat. Menentukan perkaitan di antara makna dan pembentukan kata data kajian diamati selepas penyemakan dan seterusnya membuat pengesahan terhadap data yang dianalisis. Secara umumnya, analisis data kajian ini melibatkan dua aspek iaitu analisis semantik dan diikuti oleh analisis morfologi berdasarkan pengumpulan data yang telah dilakukan. KESIMPULAN Berdasarkan kepada bahagian pengenalan sehingga kepada metodologi kajian, penulisan ini berusaha merungkai persoalan tentang kepelbagaian makna (semantik) dan pola (morfologi) leksikal al-Muwallad dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi. Hal ini kerana kamus mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ilmu semantik. Diharapkan agar kajian ini dapat direalisasikan untuk masa akan datang.
  • 20. 20 RUJUKAN Aini Haji Karim. (2005). Teori Medan Makna Pendeskripsian Leksikal Kata Kerja dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 5(3), 78-104. Chua, Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Malaysia: McGraw Hill. Harison Radzi. (2011). Proses Gramatikalasi dalam Morfologi Bahasa Melayu. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi (Eds.), Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ’07) (pp. 84-92). Serdang: Universiti Kebangsaan Malaysia Press. Mohd Zaki Abd. Rahman dan Che Radiah Mezah. (2010). Ciri-ciri bahasa Arab fonetik, Morfologi dan sintaksis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Muhammad Marwan Ismail dan Wan Moharani Mohammad. (2009). Kajian Semantik dan Mu’jam ‘Arabiy. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill. Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Perkembangan Semantik Malaysia: Sorotan Ilmiah. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi (Eds.), Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ’07) (pp. 43-65). Serdang: Universiti Kebangsaan Malaysia Press. Radzuan Ahmad. (1999). Kajian Medan Maklumat di dalam Al-Mu’jam Al-Wasit. Tesis master yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Raksana Bibi Abdullah. (1993). Kajian Leksis dalam Teori Medan Makna: satu Analisis Komponential. Tesis master yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. S, Nathesan. (2003). Teori Semantik dan kajian Kepustakaan Terhadap Semantik Leksikal. Jurnal Bahasa, 1(1), 108-135. Tajuddin Nur, M.Hum. (2010). Semantik Bahasa Arab: Pengantar Studi Ilmu Makna: Fakultas Sastra Universitas Padjadjaran. Wan Mohd Soaphy Amizul Wan Mansor. (2010). Entri Agama Berlabel ‘Ar’ dalam Kamus Dewan: Satu Analisis Semantik. Tesis master yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.