SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
BAB 2


2.1 PENGENALAN ILMU TAFSIR1

1.      Dari sudut Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata



Menurut Ibn Manzur:



“ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.”




2.      Istilah:

”


        ”

“ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw

dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang

dipetik dari al-Quran”




1
http://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/14/bab-1-ilmu-tafsir-satu-pengenalan/
2.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:



1.      al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru

memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama

2.      Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat

3.      Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.

4.      Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau

menyeleweng dari maksud yang sebenar.

2.3 Syarat pentafsir




Mereka yang ingin menafsirkan al-Qur'an harus memenuhi syarat-syarat sebagai

berikut :

1.      Memiliki kepercayaan yang benar dan mematuhi segala ajaran Islam.

2.      Mempunyai tujuan yang benardan mengharap keredhaan Allah.

3.      Berpegang teguh kepada dalil-dalil naqal dari Nabi, para Sahabat, para tabi'in

serta menghindari segala sesuatu yang tergolong sebagai bid'ah.


2.4 Adab pentafsir


1.      Ikhlas

2.      Beramal

3.      Berakhlak mulia.
2.5 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir.2


Berikut adalah ilmu-ilmu yang perlu ada pada seorang pentafsir al-Quran:-


1.     Ilmu bahasa Arab. Hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan itu dapat

diketahui.                               -


2.     Ilmu nahu kerana erti sesuatu kosakata selalu berubah dan berbeza-beza

menurut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimah, maka ilmu nahu ini penting

difahami dan diperhatikan.


3.     Ilmu tasrif atau saraf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat

dapat diketahui.


4.     Ilmu al-isytiqaq (asal usul kosakata) sebab sesuatu nama kata benda itu

mempunyai erti yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar

kata yang berbeza.


5.     Ilmu al-ma'ani kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat

diketahui dari segi indikasi maknanya.


6.     Ilmu bayan kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui

dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya.


7.     Ilmu badi' kerana dengan ilmu ini segi-segi keindahan kalimat dapat

diketahui. Ketiga-tiga ilmu al-ma‟ani, ilmu bayan dan ilmu badi‟ dinamakan ilmu al-

Balaghah.
2
http://www.mindamadani.my/content/view/167/2/
8.      Ilmu al-qiraat kerana melalui ilmu ini dapat diketahui cara-cara mengucap

ayat-ayat al-Qur'an dan dengan ilmu ini bacaan-bacaan yang masih mengandungi

beberapa kemungkinan dapat ditarjihkan.


9.      Ilmu usuluddin kerana di dalam al-Qur'an itu ada ayat-ayat yang ertinya

zahirnya tidak boleh ditujukan kepada Allah. Oleh sebab itu, para ahli usuluddin

mentakwilkan erti ayat tersebut dan mengemukakan hujah atau dalil mengenai hal

yang mustahil, yang wajib dan yang harus.


10.     Ilmu usul fiqh kerana melalui ilmu ini arah istidlal dan istinbat hukum dapat

diketahui.


11.     llmu asbab al-nuzul kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat dapat

diketahui sesuai dengan peristiwa yang melatari turunnya ayat tersebut.


12.     Al-nasikh wa al-mansukh untuk mengetahui dan membezakan antara lafaz

muhkam dari lainnya.


13.     Ilmu Fiqh


14.     Hadith-hadith Nabi yang menjelaskan penafsiran hal-hal yang mujmal dan

mubham


15.     Ilmu al-mauhibah iaitu suatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada

orang         yang          mengamalkan           apa         yang         iaketahui.
2.6 Definisi ilmu tafsir.3




Ilmu yang dengannya diketahui maksud kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi-

Nya, Muhammad Saw. Makna-makna al-Qur‟an dapat dijelaskan Hukum-hukum dan

hikmah-hikmahnya dapat diketahui.



2.7 Kaedah pentafsiran.4

Para ulama membahagikan kaedah tafsir kepada empat jenis iaitu :



1.      Tafsir al-Ijmali (Tafsir Secara Ringkas). Tafsir jenis ini hanya mengupas

makna-makna ayat secara ringkas seperti Tafsir al-Jalalayn oleh al- Sayuti dan

Safwah al-Bayan li Ma‟ani al-Qur‟an oleh Husayn Makhluf.



2.      Tafsir al-Tahlili (Tafsir Secara Analisa). Tafsir jenis ini membuat analisa dari

satu surah ke satu surah atau dari satu ayat ke satu ayat dengan memberi penerangan

yang lebih mendalam dalam pelbagai tajuk seperti akidah, bahasa dan perundangan.

Antara tafsir jenis ini ialah Tafsir al-Zamakhshari, Tafsir al-Baydawi, Tafsir Ibn

Kathir, Tafsir Ibn „Atiyyah, Tafsir al-Qasimi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Razi, Tafsir

al-Biqa‟iyy dan Tafsir Ibn „Ashur.




3
http://ansorimuhammad.wordpress.com/2011/09/25/pengertinan-ilmu-tafsir/
4
Ibid hal no.2
3.         Tafsir al-Muqaran (Tafsir Secara Perbandingan). Tafsir jenis ini membuat

perbandingan antara beberapa tafsir dan manhaj.Melalui tafsir ini dapat diketahui

manhaj setiap tafsir tersebut serta membuat perbandingan di antaranya.Peneliti juga

berusaha membandingkan arah dan kecenderungan masing-masing penafsir dan

menganalisis tentang sebab yang melatari seorang penafsir menuju arah dan memilih

kecenderungan aliran tersebut.



4.         Tafsir al-Mawdu„iyy ialah menghimpun ayat-ayat dalam satu tajuk secara

lafaz atau hukum dan menafsirkannya mengikut tujuan-tujuan al-Qur'an.



2.8 Pembahagian ilmu tafsir.5

Pentafsiran yang mengikut manhaj akidah terbahagi kepada 4 bahagian utama :

1.         Tafsir ahli Sunnah wa al-Jamaah

2.          Tafsir mengikut manhaj Muktazilah

3          .Tafsir mengikut mazhab Syiah

4.         Tafsir mengikut aliran kesufian



Pembahagian mengikut keilmuan dan sumber-sumber terbahagi kepada 4 bahagian

iaitu :

1.         Tafsir al-Ma'thur atau tafsir riwayat.

2.         Tafsir al-Ra'yi

3.         Tafsir al-Fiqhi

4.         Tafsir al-Isyari/Tafsir al-Sufi

5
    Ibid hal no.2
2.9 Pengenalan kitab Tafsir al-Munir.6


Tafsir ini membahas seluruh ayat al-Qur'an dari awal surah al-Fatihah sampai

akhir surah an-Nas. Muhammad Ali Iyazi dalam bukunya, Al-Mufassirun Hayatuhum

wa Manhajuhum, mengatakan bahwa pembahasan kitab tafsir ini menggunakan

gabungan         antara    coraktafsir     bi   al-Ma'tsur dengan tafsir        bi   ar-ra'yi, serta

menggunakan gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, yakni gaya bahasa kontemporari

yang mudah difahami bagi generasi sekarang ini. Oleh sebab itu, beliau

membhagikan ayat-ayat berdasarkan topik untuk memelihara perbahasan dan

penjelasan di dalamnya.


Tentang tafsirnya ini, Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan: "Tafsir al-Munir ini bukan

hanya sekedar kutipan dan kesimpulan dari beberapa tafsir, melainkan sebuah tafsir

yang ditulis dengan dasar pemilihan yang lebih shahih, bermanfaat, dan mendekati

ruh (intisari) kandungan ayat al-Qur'an, baik dari tafsir klasik mahupun moden dan

tafsir bi al-ma‟tsur ataupun tafsir rasional. Di dalamnya juga telah diusahakan untuk

menghindari perbezaan teori atau pandangan teologi yang tidak diperlukan dan tidak

berfaedah.


Tafsir ini ditulis setelah beliau selesai menulis dua buku lainnya, yaitu Ushul Fiqh al-

Islamy (2 jilid) dan al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu(8 Jilid). Sebelum memulai

penafsiran terhadap surah pertama (al-Fatihah),Dr Wahbah az-Zuhaili terlebih dahulu

menjelaskan gambaran yang berhubungan dengan ilmu al-Qur'an.




6
    Persatuan Ulama’ Malaysia,http://bit.ly/ykY87e akses terakhir 13 Feb 2011 3.06a.m.
Dalam Muqaddimah, beliau mengatakan bahwa tujuan dari penulisan tafsir ini adalah

menyarankan kepada umat Islam agar berpegang teguh kepada al-Qu'ran secara

ilmiah.


Dalam hal ini, Ali Iyazi menambahkan bahwa tujuan penulisan Tafsir al-Munir ini

adalah menggabungkankeaslian tafsir klasik dan keindahan tafsir kontemperori,

kerana menurut Dr Wahbah az-Zuhaili ramai orang yang menyudutkan bahawa tafsir

klasik tidak mampu memberikan solusi terhadap masaalah kontemporari, sedangkan

para mufassir kontemporari banyak melakukan penyimpangan perbandingan terhadap

ayat al-Quran dengan alasan pembaharuan. Oleh kerana itu, menurutnya, tafsir klasik

harus dikemaskini dengan gaya bahasa kontemporari dan metod yang konsisten dan

sesuai dengan ilmu pengetahuan moden tanpa adapenyimpangan perbandingan.


Secara metod, sebelum memasuki perbahasan ayat,Dr Wahbah az-Zuhaili pada setiap

awal surah selalu    mendahulukan      penjelasan     tentang    keutamaan      dan

kandungan surah tersebut, dan sejumlah tema yang terkait dengannya secara garis

besar. Setiap tema yang diangkat dan dibahas mencakup tiga aspek, iaitu: Pertama,

aspek bahasa, iaitu menjelaskan beberapa istilah yang termaktub dalam sebuah ayat,

dengan menerangkan bentuk-bentuk balaghah dan seni bahasanya.


Kedua, tafsir dan bayan, iaitu penerangan yang komprehensif terhadap ayat-ayat,

sehingga dapat menjelaskan tentang makna-makna yang terkandung di dalamnya dan

keshahihan hadis-hadis yang terkait dengannya. Dalam bahagian ini, beliau

meringkaskan penjelasannya jika dalam ayat tersebut tidak terdapat masaalah, seperti

terlihat dalam penafsirannya terhadap surat al-Baqarah ayat 97-98. Namun, jika ada
permasalahan, akan diulaskan secara terperinci, seperti permasalahan nasakh dalam

ayat 106 dari surat al-Baqarah.


Ketiga, fiqh al-hayat wa al-ahkam, iaitu perincian tentang beberapa kesimpulan yang

dapat diambil dari beberapa ayat yang berhubungan dengan realiti kehidupan

manusia.


Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri menilai bahwa tafsirnya adalah model tafsir al-Qur‟an

yang didasarkan pada al-Qur‟an sendiri dan hadis-hadis shahih, mengungkapkan

asbab an-nuzul dan takhrij al-hadis, menghindari cerita-cerita Isra‟iliyat, riwayat yang

buruk, dan polemik, serta bersikap kesederhanaan.


Sedangkan dalam masalah teologi, beliau cenderung mengikuti fahaman ahl al-

Sunnah, tetapi tidak terjebak pada sikap fanatik dan menghukum mazhab lain. Ini

terlihat dalam perbahasannya tentang masalah "Melihat Tuhan" di dunia dan akhirat,

yang terdapat padasurat al-An'am ayat 103.


(Keterangan     ini    merujuk     pada      kitab Al-Mufassirun     Hayatuhum       wa

Manhajuhum karya Sayyid Muhammad Ali Iyazi; kitab Tarjamah al-Mufassir fi

Kutaeb Shadr Haul at-Tafsir al-Munir; dan kitab Tafsir al-Munir sendiri).
2.10 Latar belakang pengarang kitab Tafsir al-Munir.


Beliau dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir

„Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota

Damsyiq.Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu

„Ubadah.Ini kerana salah seorang anaknya bernama „Ubadah.Ayahnya bernama al-

Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang

banyak membaca siang dan malam.Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan

memelihara solat jemaah di masjid.Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.

Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa‟adah.Seorang ibu yang dihiasi

dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari‟at dan beramal dengannya.




2.10.1 Pendidikan


Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu

bapanya.Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya

sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya.Kemudian syaikh

menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq.Beliau pernah

menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada

zamannya yang terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.


Seterusnya beliau menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut

merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, beliau telah belajar

hampir 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar‟iyyah pada tahun 1952.
Kemudian beliau menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa

Kuliah dan di beberapa universiti pada waktu yang sama. Namun secara khususnya,

beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari‟ah dan

Lughah Arabiah.Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti

„Ain Syams.7 Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :


1. Sijil Syahada „Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti

al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.

2. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah

Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.

3. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun

1959 beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana (Master) dalam Syariah Islamiah dari

Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-

Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.

4. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun

1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian

Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur.

Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya

dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain.




    Sayyid Muhammad Ali Ayazi, Al-Mufassirun Hayatuhum wa Manahijuhum, (Teheran: Wizanah
7


al-Tsiqafah wa al-Insyaq al-Islam, th. 1993), h. 684-685.
Pada tahun 1963 M, beliau diangkat sebagai pensyarahdi fakulti Syari‟ah Universiti

Damsyiq dan secara berturut-turut menjadi wakil Dekan, kemudian Dekan dan Ketua

Jurusan Fiqh Islami wa Madzahabih di fakulti yang sama. Beliauberkhidmat selama

lebih dari tujuh tahun dan dikenali alim dalam bidang Fiqh, Tafsir dan Dirasah

Islamiyyah.8




Adapun guru-guru beliau adalah Muhammad Hashim al-Khatib al-Syafie, (1958M)

seorang khatib di Masjid Umawi. Beliau belajar darinya fiqh al-Syafie; mempelajari

ilmu Fiqh dari Abdul Razaq al-Hamasi (1969M); ilmu Hadis dari Mahmud Yassin

(1948M); ilmu faraid dan wakaf dari Judat al-Mardini (1957M), Hassan al-Shati

(1962M), ilmu Tafsir dari Hassan Habnakah al-Midani (1978M); ilmu bahasa Arab

dari Muhammad Shaleh Farfur (1986M); ilmu usul fiqh dan Mustalah Hadits dari

Muhammad Lutfi al-Fayumi (1990M); ilmu akidah dan kalam dari Mahmud al-

Rankusi.




Selama di Mesir, beliau berguru dengan Muhammad Abu Zuhrah, (1395H), Mahmud

Shaltut (1963M) Abdul Rahman Taj, Isa Manun (1376H), Ali Muhammad Khafif

(1978M), Jad al-Rabb Ramadhan (1994M), Abdul Ghani Abdul Khaliq (1983M) dan

Muhammad Hafiz Ghanim. Di samping itu, beliau amat terkesan dengan buku-buku




8
http://bit.ly/yOcXca diakses pada 13 Feb 2011.
tulisan Abdul Rahman Azam seperti al-Risalah al-Khalidah dan buku karangan Abu

Hassan al-Nadwi berjudul Ma dza Khasira al-„alam bi Inkhitat al-Muslimin.9




2.10.2 Karya-Karya Dr Wahbah az-Zuhaili


Dr Wahbah al-Zuhaili menulis buku, kertas kerja dan artikel dalam berbagai ilmu

Islam.Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah-

risalah kecil melebihi lebih 500 makalah. Satu usaha yang jarang dapat dilakukan

oleh ulama kini seolah-olah ia merupakan as-Suyuti kedua (as-Sayuti al-Thani) pada

zaman ini, mengambil contoh seorang Imam Shafi‟iyyah iaitu Imam al-Sayuti.

diantara buku-bukunya adalah sebagai berikut :


1.       Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami – Dirasat Muqaranah, Dar al-Fikr, Damsyiq,

1963.


2.     Al-Wasit fi Usul al-Fiqh, Universiti Damsyiq, 1966.


3.     Al-Fiqh al-Islami fi Uslub al-Jadid, Maktabah al-Hadithah, Damsyiq, 1967.


4.     Nazariat al-Darurat al-Syar‟iyyah, Maktabah al-Farabi, Damsiq, 1969.


5.     Nazariat al-Daman, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1970.


6.      Al-Usul al-Ammah li Wahdah al-Din al-Haq, Maktabah al-Abassiyah, Damsyiq,

1972.


7.     Al-Alaqat al-Dawliah fi al-Islam, Muassasah al-Riisalah, Beirut, 1981.

9
    Ibid hal no.8
8.    Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh, (8 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1984.


9.    Usul al-Fiqh al-Islami (dua Jilid), Dar al-Fikr al-Fikr, Damsyiq, 1986.


10.    Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami, (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987.


11.    Fiqh al-Mawaris fi al-Shari‟at al-Islamiah, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.


12.    Al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.


13.     Al-Islam Din al-Jihad La al-Udwan, Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa,

Tripoli, Libya, 1990.


14.     al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari‟at wa al-Manhaj, (16 jilid), Dar al-

Fikr, Damsyiq, 1991.


15.     al-Qisah al-Qur‟aniyyah Hidayah wa Bayan,Dar Khair, Damsyiq, 1992.


16.      Al-Qur‟an al-Karim al-bunyatuh al-Tasyri‟iyyah aw Khasa‟isuh al-Hadariah,

Dar al-Fikr, Damsyiq, 1993.


17.      al-Rukhsah al-Syari‟at – Ahkamuha wa Dawabituha, Dar al-Khair, Damsyiq,

1994.


18.      Khasa‟is al-Kubra li Huquq al-Insan fi al-Islam, Dar al-Maktabi, Damsyiq,

1995.


19.     Al-Ulum al-Syari‟at Bayn al-Wahdah wa al-Istiqlal, Dar al-Maktab, Damsyiq,

1996.
20.   Al-Asas wa al-Masadir al-Ijtihad al-Musytarikat bayn al-Sunnah wa al-Syiah,

Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.


21.   Al-Islam wa Tahadiyyat al-„Asr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.


22.     Muwajahat al-Ghazu al-Thaqafi al-Sahyuni wa al-Ajnabi, Dar al-Maktabi,

Damsyiq, 1996.


23.     al-Taqlid fi al-Madhahib al-Islamiah inda al-Sunnah wa al-Syiah, Dar al-

Maktabi, Damsyiq, 1996


24.   Al-Ijtihad al-Fiqhi al-Hadith, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.


25.   Al-Uruf wa al-Adat, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.


26.   Bay al-Asham, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.


27.   Al-Sunnah al-Nabawiyyah, Dar al-Maktabi Damsyiq, 1997.


28.   Idarat al-Waqaf al-Khairi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.


29.   al-Mujadid Jamaluddin al-Afghani, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.


30.   Taghyir al-Ijtihad, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.


31.   Tatbiq al-Syari‟at al-Islamiah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.


32.     Al-Zira‟i fi al-Siyasah al-Syar‟iyyah wa al-Fiqh al-Islami, Dar al-Maktabi,

Damsyiq, 1999.


33.   Tajdid al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.
34.       Al-Thaqafah wa al-Fikr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.


35.       Manhaj al-Da‟wah fi al-Sirah al-Nabawiyah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.


36.       Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Qur‟an al-Karim, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.


37.       Haq al-Hurriah fi al-„Alam, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.


38.       Al-Insan fi al-Qur‟an, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.


39.       Al-Islam wa Usul al-Hadarah al-Insaniah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001


40.       Usul al-Fiqh al-Hanafi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.10




10
     Ibid hal no.8

More Related Content

What's hot

Penafsiran al qur'an
Penafsiran al qur'anPenafsiran al qur'an
Penafsiran al qur'anNur Rohman
 
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssTafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssarfian kurniawan
 
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)Khusnul Kotimah
 
Tafsir, ta’wil & tarjamah
Tafsir, ta’wil & tarjamahTafsir, ta’wil & tarjamah
Tafsir, ta’wil & tarjamahEndang Suhendar
 
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARI
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARITAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARI
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARIarfian kurniawan
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihwidya adhy
 
Makalah ulumul quran terjemah
Makalah ulumul quran  terjemahMakalah ulumul quran  terjemah
Makalah ulumul quran terjemahjuniska efendi
 
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YITAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YIMuhammad Rizaki
 
Makalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam MutasyabihMakalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam Mutasyabihazzaazza50746
 
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'an
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'anKB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'an
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'anIstna Zakia Iriana
 
Muhkam mutasyabih
Muhkam mutasyabihMuhkam mutasyabih
Muhkam mutasyabihYS YS
 

What's hot (20)

Makalah tafsir
Makalah tafsirMakalah tafsir
Makalah tafsir
 
Penafsiran al qur'an
Penafsiran al qur'anPenafsiran al qur'an
Penafsiran al qur'an
 
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssTafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
 
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)
PPT Tafsir, Ta’wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)
 
Tafsir maudhui pengantar
Tafsir maudhui pengantarTafsir maudhui pengantar
Tafsir maudhui pengantar
 
Tafsir, ta’wil & tarjamah
Tafsir, ta’wil & tarjamahTafsir, ta’wil & tarjamah
Tafsir, ta’wil & tarjamah
 
Metodologi tafsir
Metodologi tafsirMetodologi tafsir
Metodologi tafsir
 
Mpth
MpthMpth
Mpth
 
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARI
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARITAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARI
TAFSIR BIL MA’TSUR, TAFSIR BIR RA’YI DAN TAFSIR ISYARI
 
Jenis tafsir
Jenis tafsirJenis tafsir
Jenis tafsir
 
makalah-Ta'wil dan nasakh
makalah-Ta'wil dan nasakhmakalah-Ta'wil dan nasakh
makalah-Ta'wil dan nasakh
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabih
 
TUGAS-2 PENGENALAN TAFSIR TEMATIK OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM IV-C MD. ...
TUGAS-2 PENGENALAN TAFSIR TEMATIK OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM IV-C MD. ...TUGAS-2 PENGENALAN TAFSIR TEMATIK OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM IV-C MD. ...
TUGAS-2 PENGENALAN TAFSIR TEMATIK OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM IV-C MD. ...
 
Makalah ulumul quran terjemah
Makalah ulumul quran  terjemahMakalah ulumul quran  terjemah
Makalah ulumul quran terjemah
 
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YITAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
 
Makalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam MutasyabihMakalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam Mutasyabih
 
TUGAS-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Efrilia Dewi. SM IV KPI-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 HADIS TEMATIK DAKWAH  OLEH Efrilia Dewi. SM IV KPI-C FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 HADIS TEMATIK DAKWAH  OLEH Efrilia Dewi. SM IV KPI-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Efrilia Dewi. SM IV KPI-C FDK UINSU 2019/2020
 
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'an
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'anKB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'an
KB 2 Pendekatan dan Metode Penafsiran Al-Qur'an
 
Muhkam mutasyabih
Muhkam mutasyabihMuhkam mutasyabih
Muhkam mutasyabih
 
Al muhkam wa al mutasyabih
Al muhkam wa al mutasyabihAl muhkam wa al mutasyabih
Al muhkam wa al mutasyabih
 

Similar to TAFSIR AL-MUNIR

20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)Sukor Bakar
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of TafsirHakim Ahma
 
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptxmiduwidang
 
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxmetode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxAbdulKhalidWahab
 
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxmetode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxAlMawardi5
 
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptx
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptxKEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptx
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptxAbdurahmanDjibu
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anRobet Saputra
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMela Padliyah
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMela Padliyah
 

Similar to TAFSIR AL-MUNIR (20)

TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
 
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
 
kelompok 6.pptx
kelompok 6.pptxkelompok 6.pptx
kelompok 6.pptx
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
 
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx
13. MEMAHAMI METODE MEMPELAJARI SUMBER AJARAN ISLAM.pptx
 
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxmetode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
 
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptxmetode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
metode_penafsiran_AL_QURAN.pptx
 
PP Skripsi Albaqir.pptx
PP Skripsi Albaqir.pptxPP Skripsi Albaqir.pptx
PP Skripsi Albaqir.pptx
 
Ilmu Tafsir.pdf
Ilmu Tafsir.pdfIlmu Tafsir.pdf
Ilmu Tafsir.pdf
 
Ilmu Tafsir.docx
Ilmu Tafsir.docxIlmu Tafsir.docx
Ilmu Tafsir.docx
 
Makalah al quran hadist
Makalah al quran hadistMakalah al quran hadist
Makalah al quran hadist
 
Fungsi tafsir tarbawi
Fungsi tafsir tarbawiFungsi tafsir tarbawi
Fungsi tafsir tarbawi
 
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptx
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptxKEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptx
KEL.2 TAFSIR TAHLILI.pptx
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
 
Ma'ani al-quran
Ma'ani al-quranMa'ani al-quran
Ma'ani al-quran
 
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Aulia. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Aulia. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Aulia. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Aulia. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
 
Makalah metodologi
Makalah metodologiMakalah metodologi
Makalah metodologi
 
Luqman - Al-musytarak Al-lafdzi Mendekonstruksi Argumen Tafsir Tekstual
Luqman - Al-musytarak Al-lafdzi Mendekonstruksi Argumen Tafsir TekstualLuqman - Al-musytarak Al-lafdzi Mendekonstruksi Argumen Tafsir Tekstual
Luqman - Al-musytarak Al-lafdzi Mendekonstruksi Argumen Tafsir Tekstual
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 

More from abdullahtamlikha (9)

Sejarah kelahiran ilmu kalam
Sejarah kelahiran ilmu kalamSejarah kelahiran ilmu kalam
Sejarah kelahiran ilmu kalam
 
Bab tiga
Bab tigaBab tiga
Bab tiga
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Bab empat
Bab empatBab empat
Bab empat
 
Borang kaji selidik
Borang kaji selidikBorang kaji selidik
Borang kaji selidik
 
Bab tiga
Bab tigaBab tiga
Bab tiga
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Promosi nombor upax
Promosi nombor upaxPromosi nombor upax
Promosi nombor upax
 
Promosi nombor upax
Promosi nombor upaxPromosi nombor upax
Promosi nombor upax
 

Recently uploaded

AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKUR
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKURTernyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKUR
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKURSmpPGRI6AminJaya
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 

Recently uploaded (14)

AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKUR
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKURTernyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKUR
Ternyata Ada KUASA Dibalik UCAPAN SYUKUR
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 

TAFSIR AL-MUNIR

  • 1. BAB 2 2.1 PENGENALAN ILMU TAFSIR1 1. Dari sudut Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata Menurut Ibn Manzur: “ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.” 2. Istilah: ” ” “ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran” 1 http://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/14/bab-1-ilmu-tafsir-satu-pengenalan/
  • 2. 2.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir: 1. al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama 2. Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat 3. Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya. 4. Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar. 2.3 Syarat pentafsir Mereka yang ingin menafsirkan al-Qur'an harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut : 1. Memiliki kepercayaan yang benar dan mematuhi segala ajaran Islam. 2. Mempunyai tujuan yang benardan mengharap keredhaan Allah. 3. Berpegang teguh kepada dalil-dalil naqal dari Nabi, para Sahabat, para tabi'in serta menghindari segala sesuatu yang tergolong sebagai bid'ah. 2.4 Adab pentafsir 1. Ikhlas 2. Beramal 3. Berakhlak mulia.
  • 3. 2.5 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir.2 Berikut adalah ilmu-ilmu yang perlu ada pada seorang pentafsir al-Quran:- 1. Ilmu bahasa Arab. Hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan itu dapat diketahui. - 2. Ilmu nahu kerana erti sesuatu kosakata selalu berubah dan berbeza-beza menurut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimah, maka ilmu nahu ini penting difahami dan diperhatikan. 3. Ilmu tasrif atau saraf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat dapat diketahui. 4. Ilmu al-isytiqaq (asal usul kosakata) sebab sesuatu nama kata benda itu mempunyai erti yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar kata yang berbeza. 5. Ilmu al-ma'ani kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi indikasi maknanya. 6. Ilmu bayan kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya. 7. Ilmu badi' kerana dengan ilmu ini segi-segi keindahan kalimat dapat diketahui. Ketiga-tiga ilmu al-ma‟ani, ilmu bayan dan ilmu badi‟ dinamakan ilmu al- Balaghah. 2 http://www.mindamadani.my/content/view/167/2/
  • 4. 8. Ilmu al-qiraat kerana melalui ilmu ini dapat diketahui cara-cara mengucap ayat-ayat al-Qur'an dan dengan ilmu ini bacaan-bacaan yang masih mengandungi beberapa kemungkinan dapat ditarjihkan. 9. Ilmu usuluddin kerana di dalam al-Qur'an itu ada ayat-ayat yang ertinya zahirnya tidak boleh ditujukan kepada Allah. Oleh sebab itu, para ahli usuluddin mentakwilkan erti ayat tersebut dan mengemukakan hujah atau dalil mengenai hal yang mustahil, yang wajib dan yang harus. 10. Ilmu usul fiqh kerana melalui ilmu ini arah istidlal dan istinbat hukum dapat diketahui. 11. llmu asbab al-nuzul kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat dapat diketahui sesuai dengan peristiwa yang melatari turunnya ayat tersebut. 12. Al-nasikh wa al-mansukh untuk mengetahui dan membezakan antara lafaz muhkam dari lainnya. 13. Ilmu Fiqh 14. Hadith-hadith Nabi yang menjelaskan penafsiran hal-hal yang mujmal dan mubham 15. Ilmu al-mauhibah iaitu suatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang mengamalkan apa yang iaketahui.
  • 5. 2.6 Definisi ilmu tafsir.3 Ilmu yang dengannya diketahui maksud kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi- Nya, Muhammad Saw. Makna-makna al-Qur‟an dapat dijelaskan Hukum-hukum dan hikmah-hikmahnya dapat diketahui. 2.7 Kaedah pentafsiran.4 Para ulama membahagikan kaedah tafsir kepada empat jenis iaitu : 1. Tafsir al-Ijmali (Tafsir Secara Ringkas). Tafsir jenis ini hanya mengupas makna-makna ayat secara ringkas seperti Tafsir al-Jalalayn oleh al- Sayuti dan Safwah al-Bayan li Ma‟ani al-Qur‟an oleh Husayn Makhluf. 2. Tafsir al-Tahlili (Tafsir Secara Analisa). Tafsir jenis ini membuat analisa dari satu surah ke satu surah atau dari satu ayat ke satu ayat dengan memberi penerangan yang lebih mendalam dalam pelbagai tajuk seperti akidah, bahasa dan perundangan. Antara tafsir jenis ini ialah Tafsir al-Zamakhshari, Tafsir al-Baydawi, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Ibn „Atiyyah, Tafsir al-Qasimi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Biqa‟iyy dan Tafsir Ibn „Ashur. 3 http://ansorimuhammad.wordpress.com/2011/09/25/pengertinan-ilmu-tafsir/ 4 Ibid hal no.2
  • 6. 3. Tafsir al-Muqaran (Tafsir Secara Perbandingan). Tafsir jenis ini membuat perbandingan antara beberapa tafsir dan manhaj.Melalui tafsir ini dapat diketahui manhaj setiap tafsir tersebut serta membuat perbandingan di antaranya.Peneliti juga berusaha membandingkan arah dan kecenderungan masing-masing penafsir dan menganalisis tentang sebab yang melatari seorang penafsir menuju arah dan memilih kecenderungan aliran tersebut. 4. Tafsir al-Mawdu„iyy ialah menghimpun ayat-ayat dalam satu tajuk secara lafaz atau hukum dan menafsirkannya mengikut tujuan-tujuan al-Qur'an. 2.8 Pembahagian ilmu tafsir.5 Pentafsiran yang mengikut manhaj akidah terbahagi kepada 4 bahagian utama : 1. Tafsir ahli Sunnah wa al-Jamaah 2. Tafsir mengikut manhaj Muktazilah 3 .Tafsir mengikut mazhab Syiah 4. Tafsir mengikut aliran kesufian Pembahagian mengikut keilmuan dan sumber-sumber terbahagi kepada 4 bahagian iaitu : 1. Tafsir al-Ma'thur atau tafsir riwayat. 2. Tafsir al-Ra'yi 3. Tafsir al-Fiqhi 4. Tafsir al-Isyari/Tafsir al-Sufi 5 Ibid hal no.2
  • 7. 2.9 Pengenalan kitab Tafsir al-Munir.6 Tafsir ini membahas seluruh ayat al-Qur'an dari awal surah al-Fatihah sampai akhir surah an-Nas. Muhammad Ali Iyazi dalam bukunya, Al-Mufassirun Hayatuhum wa Manhajuhum, mengatakan bahwa pembahasan kitab tafsir ini menggunakan gabungan antara coraktafsir bi al-Ma'tsur dengan tafsir bi ar-ra'yi, serta menggunakan gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, yakni gaya bahasa kontemporari yang mudah difahami bagi generasi sekarang ini. Oleh sebab itu, beliau membhagikan ayat-ayat berdasarkan topik untuk memelihara perbahasan dan penjelasan di dalamnya. Tentang tafsirnya ini, Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan: "Tafsir al-Munir ini bukan hanya sekedar kutipan dan kesimpulan dari beberapa tafsir, melainkan sebuah tafsir yang ditulis dengan dasar pemilihan yang lebih shahih, bermanfaat, dan mendekati ruh (intisari) kandungan ayat al-Qur'an, baik dari tafsir klasik mahupun moden dan tafsir bi al-ma‟tsur ataupun tafsir rasional. Di dalamnya juga telah diusahakan untuk menghindari perbezaan teori atau pandangan teologi yang tidak diperlukan dan tidak berfaedah. Tafsir ini ditulis setelah beliau selesai menulis dua buku lainnya, yaitu Ushul Fiqh al- Islamy (2 jilid) dan al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu(8 Jilid). Sebelum memulai penafsiran terhadap surah pertama (al-Fatihah),Dr Wahbah az-Zuhaili terlebih dahulu menjelaskan gambaran yang berhubungan dengan ilmu al-Qur'an. 6 Persatuan Ulama’ Malaysia,http://bit.ly/ykY87e akses terakhir 13 Feb 2011 3.06a.m.
  • 8. Dalam Muqaddimah, beliau mengatakan bahwa tujuan dari penulisan tafsir ini adalah menyarankan kepada umat Islam agar berpegang teguh kepada al-Qu'ran secara ilmiah. Dalam hal ini, Ali Iyazi menambahkan bahwa tujuan penulisan Tafsir al-Munir ini adalah menggabungkankeaslian tafsir klasik dan keindahan tafsir kontemperori, kerana menurut Dr Wahbah az-Zuhaili ramai orang yang menyudutkan bahawa tafsir klasik tidak mampu memberikan solusi terhadap masaalah kontemporari, sedangkan para mufassir kontemporari banyak melakukan penyimpangan perbandingan terhadap ayat al-Quran dengan alasan pembaharuan. Oleh kerana itu, menurutnya, tafsir klasik harus dikemaskini dengan gaya bahasa kontemporari dan metod yang konsisten dan sesuai dengan ilmu pengetahuan moden tanpa adapenyimpangan perbandingan. Secara metod, sebelum memasuki perbahasan ayat,Dr Wahbah az-Zuhaili pada setiap awal surah selalu mendahulukan penjelasan tentang keutamaan dan kandungan surah tersebut, dan sejumlah tema yang terkait dengannya secara garis besar. Setiap tema yang diangkat dan dibahas mencakup tiga aspek, iaitu: Pertama, aspek bahasa, iaitu menjelaskan beberapa istilah yang termaktub dalam sebuah ayat, dengan menerangkan bentuk-bentuk balaghah dan seni bahasanya. Kedua, tafsir dan bayan, iaitu penerangan yang komprehensif terhadap ayat-ayat, sehingga dapat menjelaskan tentang makna-makna yang terkandung di dalamnya dan keshahihan hadis-hadis yang terkait dengannya. Dalam bahagian ini, beliau meringkaskan penjelasannya jika dalam ayat tersebut tidak terdapat masaalah, seperti terlihat dalam penafsirannya terhadap surat al-Baqarah ayat 97-98. Namun, jika ada
  • 9. permasalahan, akan diulaskan secara terperinci, seperti permasalahan nasakh dalam ayat 106 dari surat al-Baqarah. Ketiga, fiqh al-hayat wa al-ahkam, iaitu perincian tentang beberapa kesimpulan yang dapat diambil dari beberapa ayat yang berhubungan dengan realiti kehidupan manusia. Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri menilai bahwa tafsirnya adalah model tafsir al-Qur‟an yang didasarkan pada al-Qur‟an sendiri dan hadis-hadis shahih, mengungkapkan asbab an-nuzul dan takhrij al-hadis, menghindari cerita-cerita Isra‟iliyat, riwayat yang buruk, dan polemik, serta bersikap kesederhanaan. Sedangkan dalam masalah teologi, beliau cenderung mengikuti fahaman ahl al- Sunnah, tetapi tidak terjebak pada sikap fanatik dan menghukum mazhab lain. Ini terlihat dalam perbahasannya tentang masalah "Melihat Tuhan" di dunia dan akhirat, yang terdapat padasurat al-An'am ayat 103. (Keterangan ini merujuk pada kitab Al-Mufassirun Hayatuhum wa Manhajuhum karya Sayyid Muhammad Ali Iyazi; kitab Tarjamah al-Mufassir fi Kutaeb Shadr Haul at-Tafsir al-Munir; dan kitab Tafsir al-Munir sendiri).
  • 10. 2.10 Latar belakang pengarang kitab Tafsir al-Munir. Beliau dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir „Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq.Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu „Ubadah.Ini kerana salah seorang anaknya bernama „Ubadah.Ayahnya bernama al- Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak membaca siang dan malam.Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid.Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga. Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa‟adah.Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari‟at dan beramal dengannya. 2.10.1 Pendidikan Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya.Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya.Kemudian syaikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq.Beliau pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, beliau telah belajar hampir 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar‟iyyah pada tahun 1952.
  • 11. Kemudian beliau menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa universiti pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari‟ah dan Lughah Arabiah.Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti „Ain Syams.7 Beliau telah mendapat sijil seperti berikut : 1. Sijil Syahada „Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar. 2. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957. 3. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana (Master) dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al- Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami. 4. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain. Sayyid Muhammad Ali Ayazi, Al-Mufassirun Hayatuhum wa Manahijuhum, (Teheran: Wizanah 7 al-Tsiqafah wa al-Insyaq al-Islam, th. 1993), h. 684-685.
  • 12. Pada tahun 1963 M, beliau diangkat sebagai pensyarahdi fakulti Syari‟ah Universiti Damsyiq dan secara berturut-turut menjadi wakil Dekan, kemudian Dekan dan Ketua Jurusan Fiqh Islami wa Madzahabih di fakulti yang sama. Beliauberkhidmat selama lebih dari tujuh tahun dan dikenali alim dalam bidang Fiqh, Tafsir dan Dirasah Islamiyyah.8 Adapun guru-guru beliau adalah Muhammad Hashim al-Khatib al-Syafie, (1958M) seorang khatib di Masjid Umawi. Beliau belajar darinya fiqh al-Syafie; mempelajari ilmu Fiqh dari Abdul Razaq al-Hamasi (1969M); ilmu Hadis dari Mahmud Yassin (1948M); ilmu faraid dan wakaf dari Judat al-Mardini (1957M), Hassan al-Shati (1962M), ilmu Tafsir dari Hassan Habnakah al-Midani (1978M); ilmu bahasa Arab dari Muhammad Shaleh Farfur (1986M); ilmu usul fiqh dan Mustalah Hadits dari Muhammad Lutfi al-Fayumi (1990M); ilmu akidah dan kalam dari Mahmud al- Rankusi. Selama di Mesir, beliau berguru dengan Muhammad Abu Zuhrah, (1395H), Mahmud Shaltut (1963M) Abdul Rahman Taj, Isa Manun (1376H), Ali Muhammad Khafif (1978M), Jad al-Rabb Ramadhan (1994M), Abdul Ghani Abdul Khaliq (1983M) dan Muhammad Hafiz Ghanim. Di samping itu, beliau amat terkesan dengan buku-buku 8 http://bit.ly/yOcXca diakses pada 13 Feb 2011.
  • 13. tulisan Abdul Rahman Azam seperti al-Risalah al-Khalidah dan buku karangan Abu Hassan al-Nadwi berjudul Ma dza Khasira al-„alam bi Inkhitat al-Muslimin.9 2.10.2 Karya-Karya Dr Wahbah az-Zuhaili Dr Wahbah al-Zuhaili menulis buku, kertas kerja dan artikel dalam berbagai ilmu Islam.Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah- risalah kecil melebihi lebih 500 makalah. Satu usaha yang jarang dapat dilakukan oleh ulama kini seolah-olah ia merupakan as-Suyuti kedua (as-Sayuti al-Thani) pada zaman ini, mengambil contoh seorang Imam Shafi‟iyyah iaitu Imam al-Sayuti. diantara buku-bukunya adalah sebagai berikut : 1. Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami – Dirasat Muqaranah, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1963. 2. Al-Wasit fi Usul al-Fiqh, Universiti Damsyiq, 1966. 3. Al-Fiqh al-Islami fi Uslub al-Jadid, Maktabah al-Hadithah, Damsyiq, 1967. 4. Nazariat al-Darurat al-Syar‟iyyah, Maktabah al-Farabi, Damsiq, 1969. 5. Nazariat al-Daman, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1970. 6. Al-Usul al-Ammah li Wahdah al-Din al-Haq, Maktabah al-Abassiyah, Damsyiq, 1972. 7. Al-Alaqat al-Dawliah fi al-Islam, Muassasah al-Riisalah, Beirut, 1981. 9 Ibid hal no.8
  • 14. 8. Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh, (8 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1984. 9. Usul al-Fiqh al-Islami (dua Jilid), Dar al-Fikr al-Fikr, Damsyiq, 1986. 10. Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami, (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987. 11. Fiqh al-Mawaris fi al-Shari‟at al-Islamiah, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987. 12. Al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987. 13. Al-Islam Din al-Jihad La al-Udwan, Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa, Tripoli, Libya, 1990. 14. al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari‟at wa al-Manhaj, (16 jilid), Dar al- Fikr, Damsyiq, 1991. 15. al-Qisah al-Qur‟aniyyah Hidayah wa Bayan,Dar Khair, Damsyiq, 1992. 16. Al-Qur‟an al-Karim al-bunyatuh al-Tasyri‟iyyah aw Khasa‟isuh al-Hadariah, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1993. 17. al-Rukhsah al-Syari‟at – Ahkamuha wa Dawabituha, Dar al-Khair, Damsyiq, 1994. 18. Khasa‟is al-Kubra li Huquq al-Insan fi al-Islam, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1995. 19. Al-Ulum al-Syari‟at Bayn al-Wahdah wa al-Istiqlal, Dar al-Maktab, Damsyiq, 1996.
  • 15. 20. Al-Asas wa al-Masadir al-Ijtihad al-Musytarikat bayn al-Sunnah wa al-Syiah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996. 21. Al-Islam wa Tahadiyyat al-„Asr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996. 22. Muwajahat al-Ghazu al-Thaqafi al-Sahyuni wa al-Ajnabi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996. 23. al-Taqlid fi al-Madhahib al-Islamiah inda al-Sunnah wa al-Syiah, Dar al- Maktabi, Damsyiq, 1996 24. Al-Ijtihad al-Fiqhi al-Hadith, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997. 25. Al-Uruf wa al-Adat, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997. 26. Bay al-Asham, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997. 27. Al-Sunnah al-Nabawiyyah, Dar al-Maktabi Damsyiq, 1997. 28. Idarat al-Waqaf al-Khairi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998. 29. al-Mujadid Jamaluddin al-Afghani, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998. 30. Taghyir al-Ijtihad, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000. 31. Tatbiq al-Syari‟at al-Islamiah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000. 32. Al-Zira‟i fi al-Siyasah al-Syar‟iyyah wa al-Fiqh al-Islami, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1999. 33. Tajdid al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.
  • 16. 34. Al-Thaqafah wa al-Fikr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000. 35. Manhaj al-Da‟wah fi al-Sirah al-Nabawiyah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000. 36. Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Qur‟an al-Karim, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000. 37. Haq al-Hurriah fi al-„Alam, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000. 38. Al-Insan fi al-Qur‟an, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001. 39. Al-Islam wa Usul al-Hadarah al-Insaniah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001 40. Usul al-Fiqh al-Hanafi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.10 10 Ibid hal no.8