BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
1
Tajuk 1 Bidang Linguistik
1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan
1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
1.3 Linguistik Kontekstual
Sinopsis
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan
Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik
Kontekstual.
Hasil Pembelajaran
(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan
linguistik kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan
Kerangka Tajuk
Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik
Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa
Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa
Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik
1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan
 Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji
aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
 Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
 Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan
dan psikologi.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
2
 Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku
teks.
 Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa
asing.
 Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan
mengajarkan bahasa.
 Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang
mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
 Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu
terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam buku ini kita hanya menyebut mengenai
penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
 Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang
meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
 Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan
kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.
 Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa
yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
 Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu
usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga
sebagai sains gunaan.
 Linguistik gunaan dikenali juga sebagai apllied linguistic atau linguistik aplikasi
mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa.
 Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu
sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan
mengajarkan bahasa dengan baik.
1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
 Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang
linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya
dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
3
 “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik
perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan
menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang
didokumenkan itu.
 Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan
untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis,
dan leksikon.
 Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat
diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,
umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
 Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat
hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
 Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah,
berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian
200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
 Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh
perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa
bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.
 Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk
menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
 Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa
yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
 Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut
ciri-ciri.
 Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan
antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti
dalam kata-kata pinjaman.
 Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan
sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman
kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu
bahasa.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
4
 Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
 Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa
zaman atau masa dan tempat tertentu.
 Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi
menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
 Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui
masa.
 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau
etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan
perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
 Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan
antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan
dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada
bahasa induk.
 Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek
bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat
dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan
tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.
1.3 Linguistik Kontekstual
• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata
untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana
bahasa berinteraksi dengan dunia.
• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial
yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada
keseluruhannya.
• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan
linguistik.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
5
• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan
linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,
linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.
Aktiviti:
Bandingkan peranan bidang-bidang linguistik yang telah anda bincangkan di atas dan kaitkan
peranannya dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Tajuk 2 Sifat Bahasa
2.1 Definisi bahasa dan linguistik
2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik
2.3 Bahagian bahasa
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky. Menurut
Teori Noam Chomsky, bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri.
Hasil Pembelajaran
(i) Dapat menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
(ii) Dapat menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.
2.1 Definisi bahasa dan linguistik
Bahasa kepada ahli-ahli linguistik adalah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk
bergotong-royong dan bekerjasama (Raja Mukhtaruddin, 1982, hlm. 33).
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
6
2.1.1 Bahasa sebagai suatu sistem
 Bahasa sebagai suatu sistem merujuk bahasa itu mempunyai susunan yang
tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu
atau bentuk sintaksis.
 Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang
sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat dan kata).
 Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan melainkan dengan
mengikut cara-cara tertentu.
 Sistem yang dimaksudkan ialah aturan yang telah ditetapkan oleh susunan
bahasa.
 Setiap bahasa mempunyai susunan bahasa masing-masing.
Contohnya:
BAHASA MELAYU
1. buku itu
2. sebuah buku merah
3. pensel ini
BAHASA INGGERIS
1. that car (kereta itu)
2. three red books (tiga buah buku yang merah)
3. the beautiful book (buku yang cantik itu)
2.1.2 Bahasa bersifat dinamis
 Bahasa berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi
antara satu dengan lain atau masyarakat lain.
 Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain
menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu
bahasa itu.
 Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
7
2.1.3 Bahasa itu bersifat arbitrari
 Arbitrari adalah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan
makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu
masyarakat.
 Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-
benda yang dimaksudkan.
 Oleh sebab sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai
perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama.
Sebagai contoh:
“Pintu” dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris disebut “door”
2.1.4 Bahasa sebagai alat berkomunikasi
 Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang hendak disampaikan
oleh penutur kepada pendengar.
 Faktor yang mengubah bahasanya ialah:
-pendengar: orang yang dilawan bercakap.
-tempat: situasi sekeliling di mana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah
benda-benda yang berada di sekitarnya.
-butiran pertuturan: tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada
terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.
2.1.5 Bahasa mempunyai makna
 Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
 Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.
2.1.6 Bahasa itu linear
 Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat
artikulasi satu demi satu.
 Sebagai contoh untuk menyebut kalam, bunyi-bunyi yang dihasikkan ialah ‘k’, ‘a’,
‘l’, ‘a’, dan ‘m’.
 Hal ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu
untuk melambangkan sesuatu bunyi.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
8
Aktiviti:
Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.

08aisi pelajaran -interaksi-1

  • 1.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 1 Tajuk 1 Bidang Linguistik 1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan 1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan 1.3 Linguistik Kontekstual Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan  Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.  Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.  Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
  • 2.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 2  Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.  Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.  Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.  Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.  Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam buku ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.  Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.  Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.  Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.  Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.  Linguistik gunaan dikenali juga sebagai apllied linguistic atau linguistik aplikasi mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa.  Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. 1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan  Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
  • 3.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 3  “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.  Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.  Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.  Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.  Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.  Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.  Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.  Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:  Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.  Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.  Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.  Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.
  • 4.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 4  Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.  Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.  Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.  Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.  Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.  Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.  Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu. 1.3 Linguistik Kontekstual • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. • Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
  • 5.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 5 • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. Aktiviti: Bandingkan peranan bidang-bidang linguistik yang telah anda bincangkan di atas dan kaitkan peranannya dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Tajuk 2 Sifat Bahasa 2.1 Definisi bahasa dan linguistik 2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik 2.3 Bahagian bahasa Sinopsis Tajuk ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky. Menurut Teori Noam Chomsky, bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Hasil Pembelajaran (i) Dapat menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. (ii) Dapat menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. 2.1 Definisi bahasa dan linguistik Bahasa kepada ahli-ahli linguistik adalah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong dan bekerjasama (Raja Mukhtaruddin, 1982, hlm. 33).
  • 6.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 6 2.1.1 Bahasa sebagai suatu sistem  Bahasa sebagai suatu sistem merujuk bahasa itu mempunyai susunan yang tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau bentuk sintaksis.  Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat dan kata).  Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan melainkan dengan mengikut cara-cara tertentu.  Sistem yang dimaksudkan ialah aturan yang telah ditetapkan oleh susunan bahasa.  Setiap bahasa mempunyai susunan bahasa masing-masing. Contohnya: BAHASA MELAYU 1. buku itu 2. sebuah buku merah 3. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. that car (kereta itu) 2. three red books (tiga buah buku yang merah) 3. the beautiful book (buku yang cantik itu) 2.1.2 Bahasa bersifat dinamis  Bahasa berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi antara satu dengan lain atau masyarakat lain.  Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.  Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.
  • 7.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 7 2.1.3 Bahasa itu bersifat arbitrari  Arbitrari adalah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.  Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda- benda yang dimaksudkan.  Oleh sebab sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama. Sebagai contoh: “Pintu” dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris disebut “door” 2.1.4 Bahasa sebagai alat berkomunikasi  Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur kepada pendengar.  Faktor yang mengubah bahasanya ialah: -pendengar: orang yang dilawan bercakap. -tempat: situasi sekeliling di mana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. -butiran pertuturan: tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. 2.1.5 Bahasa mempunyai makna  Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.  Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. 2.1.6 Bahasa itu linear  Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.  Sebagai contoh untuk menyebut kalam, bunyi-bunyi yang dihasikkan ialah ‘k’, ‘a’, ‘l’, ‘a’, dan ‘m’.  Hal ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
  • 8.
    BMM3107 Pengantar LinguistikBahasaMelayu 8 Aktiviti: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.