SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
BML 3092
ANALISIS WACANA
TUGASAN KUMPULAN
ANALISIS TAHAP TUJUAN DALAM KULIAH DR. MAZA “LA TAHZAN”
AWANG FARID ISMAIL BIN AWANG IBRAHIM D20131063253
MOHAMMAD AFZAL HAKIM BIN AZHAR D20131063260
MOHD FADHIL BIN MOHAMED BAKRI D20131063375
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN D20131063382
AT05: ISMP BAHASA MELAYU
KUMPULAN A
PROF. MADYA DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD. IDRIS
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 SESI 2015/2016
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang 2
1.2 Tujuan Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 3
1.5 Batasan Kajian 3
1.6 Metodologi Kajian 4
2.0 DAPATAN KAJIAN
2.1 Analisis Kualitatif 5
2.2 Analisis Kuantitatif 10
3.0 KESIMPULAN 12
BIBLIOGRAFI 13
LAMPIRAN 14
1
1.0 PENGENALAN
Sebelum menyampaikan wacana, seseorang harus menentukan tujuan yang sesuai dengan bentuk
wacana. Dalam wacana setiap unsurnya harus memiliki kesatuan dan kepaduan. Tujuan menjadi acuan
atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang ke mana-mana. Sebelum
menyampaikan wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu baru tujuan.
Tujuan ini berkaitan dengan bentuk isi wacana.
Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur
dengan pendengar. Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya
berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2015), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan satu kesatuan ,
ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan, kesatuan fikiran yang
utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel,
cerpen).
Prinsip wacana tujuan setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana
tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. Tujuan adalah penting untuk memilih
teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau
penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau
tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang
digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.
Wacana ini mempunyai sebuah makna yang berlainan oleh pakar-pakar yang mempunyai latar
belakang bidang yang berbeza-beza. Ahli yang pakar dalam bidang bahasa telah menyatakan bahawa
wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Pengertian yang telah
diberikan oleh ahli bahasa terhadap wacana tersebut telah dirangkumkan dalam tiga kategori besar,
iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan
tentu bahasa. Para pakar bahasa ini telah melihat wacana dan analisis wacana sebagai sebuah binaan
konsep bahasa yang mempunyai asas yang sama.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa wacana merupakan sebuah unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit-unit bahasa tersebut.
2
1.1 Latar Belakang
Pengkaji mengetengahkan 2 model yang akan digunakan untuk mengkaji ceramah “La Tahzan”:
1) Konsep Tautan dalam model Sanad Md. Nasir
Tautan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu idea atau
fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk sesebuah teks. Peristiwa atau
cerita yang disampaikan ini mempunyai maknanya. Hal ini bermakna, sesuatu cerita dan peristiwa
yang ingin disampaikan mempunyai perkaitan yang jelas di antara penutur dengan pendengar. Selain
itu, konsep tautan merujuk kepada perhubungan antara unsur linguistik sama ada secara struktural atau
semantik. Unsur tautan ini perlu ada dalam unit teks yang berlainan. Unsur tautan ini dapat
membincangkan komponen permukaan teks sama ada secara lisan ataupun secara berturutan. Kesemua
elemen akan dirungkaikan dalam video ceramah La Tahzan oleh Dr Asri
2) Konsep Runtutan dalam model Sato Hirobumi
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981 : 4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia
teks, iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama
dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep, iaitu primer(pusat kawalan) dan sekunder (mengakses
dan memproses). Menurut Mohd Rashid (2004 : 11) runtutan merupakan pengantara gagasan idea.
Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dan peristiwa ini merupakan idea–idea
yang memberi makna kepada pendengar/pembaca. Makna ini disampaikan daripada penulis kepada
pembaca. Hal ini bermakna penulis dan pembaca mempunyai perkaitan yang sangat jelas dalam
konsep runtutan. Menurut beliau, runtutan dapat dilihat dalam empat peringkat, iaitu tahap tujuan,
tahap penerimaan, tahap maklumat dan tahap keadaan yang akan dirungkaikan dalam ceramah La
Tahzan oleh Dr Asri.
3
Latar Belakang Penceramah
Dr. Asri Zainul Abidin telah dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang.
Jawatan tetap beliau adalah sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. Jawatan lain bagi
beliau ialah sebagai mufti kerajaan negeri Perlis. Beliau juga Ahli Majlis Agama Islam Perlis.
1.2 Tujuan Kajian
Tujuan ini dilakukan adalah untuk memperlihatkan penggunaan ciri wacana, iaitu tahap tujuan dalam
kuliah Dr. Maza “La Tahzan”. Dengan melakukan analisis, pengkaji dapat mengetahui sejauh mana
tahap tujuan mewujudkan sesuatu wacana itu bermakna dan dapat difahami oleh penerima.
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bagi menganalisis mengenai aspek tujuan dalam penyampaian wacana
yang disunting daripada video “Mencari Sakinah” disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Kaji selidik hanya dilakukan bagi:
1) Mengenal pasti fungsi tujuan penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan”
2) Menganalisis aspek tujuan dalam kuliah Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)“La Tahzan”.
1.4 Soalan Kajian
1) Apakah fungsi tujuan penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan”?.
2) Bagaimanakah penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan” dalam aspek tujuan?.
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini dibataskan terhadap ceramah “ La Tahzan” yang disampaikan oleh Dr. Asri Zainul Abidin.
Pengkaji hanya menganalisis tahap tujuan dalam transkripsi dari ceramah tersebut. Video yang dikaji
dibataskan selama 11 minit sahaja.
4
1.6 Metodologi Kajian
Metodologi kajian menerangkan fungsi tujuan dan aspek tujuan yang dikaji bagi menjawab persoalan
yang dibangkitkan dalam objektif. Kajian ini lebih berbentuk huraian dan penerangan yang berkaitan.
Hal ini bermakna kajian dapat dicerakinkan dalam dua bentuk iaitu keseimbangan dalam aspek
kualitatif dan aspek kuantitatif.
Peringkat Pengumpulan Data
Bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka, pengkaji mendengar dan menulis semula ceramah
dalam video Dr Asri tersebut dan mengenal pasti jenis ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata dan juga
memerikan teks.
Peringkat Analisis Data dan Penemuan
Pada peringkat ini, segala maklumat serta data yang bersesuaian untuk digunakan bagi mencapai
objektif akan dianalisis menggunakan kaedah data kualitatif dan kuantitatif.
Peringkat Membuat Rumusan dan Kesimpulan
Setelah data dan maklumat diproses serta dianalisis, langkah seterusnya ialah membuat rumusan
daripada transkripsi maklumat yang diperoleh daripada video ceramah . Di dalam rumusan yang telah
dikaji oleh pengkaji, diterangkan perkara yang berkaitan dengan fungsi tujuan dan aspek tujuan yang
dikaji dalam transkripsi video yang telah dikaji.
5
2.0 DAPATAN KAJIAN
ANALISIS TAHAP TUJUAN
2.1 Analisis Kualitatif
Suntingan ceramah “La Tahzan” daripada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ini diambil daripada petikan
ceramah yang bertajuk “Mencari Sakinah”. Ceramah ini mengisahkan mengenai perjalanan seseorang
manusia atau hamba di atas muka bumi ini untuk mencari ketenangan. Oleh itu ceramah “La Tahzan”
ini mengingatkan kita, apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini dan merenung
jauh mereka di sana hidup yang hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tak
sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Penceramah memberikan ceramah ini
bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar, bagi mengingatkan pendengar tentang
maksud ketenangan dalam hidup. Oleh itu, sebenarnya tujuan penceramah adalah untuk
menyampaikan mesej kepada pembaca tentang kepentingan memahami maksud ketenangan dalam
diri. Hal ini kerana, pada masa kini, ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam
hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, kekayaan. Walaupun itu boleh
menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya
Ceramah “La Tahzan” ini dianalisis dan dikaji dari segi tujuannya bagi melihat ceramah yang
disampaikan oleh penceramah sama ada memenuhi konsep wacana, iaitu bermakna ataupun tidak.
Tambahan pula, ceramah ini dikaji bagi memperlihatkan tujuan penceramah menyampaikan ceramah
tersebut. Penganalisisan ceramah ini dapat dilihat melalui beberapa kriteria yang digunakan oleh
penceramah dalam ceramah “La Tahzan”, iaitu struktur ayat yang digunakan sama ada bermakna
ataupun tidak, menggunakan ayat tanya untuk mendapatkan sesuatu maklumat, menggunakan ayat
perintah untuk menyatakan sesuatu tindakan berlaku, menggunakan ayat penyata untuk
menyampaikan sesuatu maklumat serta memerikan teks. Selain itu, dalam ceramah “La Tahzan” yang
disunting dan dipetik dalam ceramah “Mencari Sakinah”, analisis data bagi ceramah tersebut hanya
melibatkan 138 ayat yang terdapat dalam transkrip ceramah “La Tahzan”.
6
Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan serta
mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara.
Sememangnya ceramah Dr. Asri ini banyak menggunakan ayat penyata. Hal ini dapat dibuktikan
melalui contoh-contoh yang terdapat dalam transkrip ceramah tersebut seperti yang berikut iaitu A
(ayat).1, A.2, A.3, A.4, A.5, A.6, A.7, A.8, A.9, A.10, A.11, A.12, A.13, A.14, A.15, A.16, A.17, A.18,
A.19, A.20, A.21, A.22, A.23, A.24, A.25, A.26, A.27, A.28, A.29, A.30, A.31, A.32, A.33, A.34,
A.35, A.37, A.38, A.39, A.40, A.43, A.44, A.45, A.46, A.47, A.48, A.50, A.51, A.52, A.53, A.54,
A.55, A.56, A.57, A.58, A.60, A.61, A.62, A.63, A.64, A.65, A.66, A.67, A.69, A.70, A.71, A.72,
A.73, A.74, A.75, A.76, A.77, A.78, A.79, A.80, A.82, A.83, A.84, A.85, A.86, A.88, A.89, A.90,
A.92, A.93, A.94, A.95, A.96, A.97, A.98, A.99, A.112 hingga seterusnya.
Antara ayat penyata yang terdapat dalam ceramah ini ialah:
A.1 Ramai orang…
A.8 Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar…
A.106 Bersyukurlah wahai diri ini...
A.107 Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut...
A.108 Syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
A.109 Ramai orang terpaksa sabar...
A.110 Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
Contoh-contoh yang dikemukakan di atas, menunjukkan bahawa ayat penyata banyak
digunakan oleh penceramah untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca. Berdasarkan
A.1 dan A.8, iaitu “ramai orang” dan “betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar”,
penceramah pada A.1 ingin menyatakan tentang keadaan semasa dunia iaitu terdapat ramai orang di
dunia ini, manakala A.8 pula, penceramah ingin menyatakan kepada pendengar tentang keadaan dunia
sekarang di mana ramai orang pada masa kini berada dalam keadaan yang selesa iaitu mempunyai
rumah yang besar. Contoh A.106 hingga A.110 pula menunjukkan berlaku penjalinan penyataan untuk
penceramah menyatakan sesuatu maklumat yang baru kepada pembaca iaitu maklumat tentang
kesyukuran. Walaupun berlaku penjalinan dari A.106 hingga A.110 namun setiap ayat boleh berdiri
sendiri untuk menjadi ayat penyata. Sebagai contoh A.108 “Syukur kadang-kala lebih tinggi
makamnya daripada sabar”, menunjukkan penceramah ingin menyatakan bahawa apabila seseorang
bersyukur martabatnya lebih tinggi daripada orang yang bersabar.
7
Ayat perintah digunakan oleh penutur atau penulis untuk tujuan menjadikan suatu tindakan
berlaku. Hal yang demikian ini disebabkan oleh ayat perintah merupakan ayat yang digunakan dengan
tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah ini terdiri daripada beberapa ciri iaitu
terdiri daripada ayat larangan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat permintaan. Berdasarkan transkrip
data ceramah Dr. Asri yang bertajuk “La Tahzan”, terdapat beberapa ayat dalam transkrip data tersebut
iaitu seperti dalam ayat berikut:
A.36 Tuan – tuan tengoklah dunia ini...
A.42 Cuba ingat!
A.49 “Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah”
A. 68 “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”
A.100 Dia kata, “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik”
Contoh-contoh di atas, menunjukkan Dr. Asri menggunakan ayat perintah dalam
penyampaiannya iaitu pada ayat A.36, A.42, A,49, A.68 dan A.100. Penggunaan ayat perintah ini
walau bagaimanapun tidaklah terlalu banyak sepanjang ceramah “La Tahzan” dijalankan. Penggunaan
ini hanyalah sebanyak 3.62 peratus sahaja daripada keseluruhan ayat yang dikaji iaitu sebanyak 138
ayat. Setelah diteliti, data kami menunjukkan bahawa ayat larangan dan ayat silaan tidak digunakan,
namun begitu terdapat data iaitu kriteria ayat perintah yang menunjukkan ayat suruhan dan ayat
permintaan digunakan. Berdasarkan contoh A.36 dan A.42, penceramah menyuruh pendengar supaya
melihat keadaan dunia pada masa sekarang dan meminta pendengar supaya ingat semula iaitu
penceramah menyuruh pendengar menggunakan kaedah imbas kembali. A.49, A.68 dan A.100 pula
menunjukkan berlaku kriteria ayat permintaan. Hal ini kerana, ketiga-tiga ayat menunjukkan berlaku
dialog antara seorang hamba dengan pencintanya iaitu Allah SWT yang memohon sesuatu daripada
Allah iaitu terdapat perkataan seperti ‘tolonglah’, ‘aku serahkan’ dan ‘bagilah balik’.
8
Ayat tanya juga dianalisis dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana, ayat tanya digunakan oleh
penutur, bagi memudahkan penutur untuk mendapatkan sesuatu maklumat, disebabkan tujuan
penggunaan ayat tanya ini adalah untuk menanyakan sesuatu perkara serta untuk mendapatkan sesuatu
maklumat. Terdapat beberapa contoh ayat tanya yang digunakan sepanjang tempoh ceramah ini
berlangsung.
A.41 Berapa banyak dalam hidup tuan–tuan telah melalui keperitan hidup?
A.59 Bukan kita kata, “Pasal apa lah Allah benci aku? Apa lah dosa aku?
A.81 “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?”
A.87 “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?”
A.91 Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
Seterusnya aspek ayat tanya juga digunakan oleh penceramah dalam penyampaian
ceramahnya. Tujuan penceramah menggunakan ayat tanya dalam ceramah tersebut adalah disebabkan
penulis ingin menerangkan tentang cara sesuatu maklumat itu boleh diperoleh. Hal ini disebabkan ayat
tanya digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun untuk mengenal pasti tentang sesuatu
perkara. Berdasarkan contoh-contoh di atas, A.41 dan A.91 “Berapa banyak dalam hidup tuan–tuan
telah melalui keperitan hidup?” dan “Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama
ini?”, menunjukkan penceramah bertanya kepada pendengar untuk mendapatkan maklumat tentang
pendengar iaitu keperitan hidup yang pernah dilalui oleh pendengar dan adakah pendengar masih
teringat nikmat-nikmat yang pernah mereka rasai. Manakala A.81, A.87 dan A.97 pula menunjukkan
berlaku ayat tanya. Namun demikian ayat tanya tersebut bukan pertanyaan terus daripada penceramah
kepada pendengar,tetapi ayat tanya yang perlu ada dalam diri seorang hamba terhadap sang
penciptanya. Ayat tanya ini digunakan bagi menimbulkan keinsafan, kesedaran dam muhasabah diri
terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
9
Selain itu unsur pronomina juga terdapat dalam ceramah ini. Hal ini disebabkan unsur
pronomina merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam tautan menurut tokoh Halliday dan Hassan
dan tujuan pula berkait rapat dengan tautan. Oleh sebab itulah, unsur pronomina yang terdapat dalam
tautan juga dinyatakan dalam ceramah ini. Unsur pronomina merujuk kepada kata ganti bagi diri,
penunjuk dan lain-lain (Halliday Hassan, 1995). Berdasarkan transkrip data ceramah Dr. Asri, unsur
pronomina dapat dilihat pada ayat A.54, A.55 dan A.56. Contoh ayat dapat dilihat melalui contoh yang
berikut:
A.54 “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”
A.55 “Nun orang nak ambil tindakan kepada hang”
A.56 “Nun orang nak ambil tindakan kepada kau”
Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat iaitu penceramah bercerita tentang diri pendengar,
dan bagi merujuk kepada mereka, penceritaan ini digantikan dengan kata ganti diri ‘hang’ dan ‘kau’.
Kata ganti diri ini menunjukkan bahawa penceramah ingin menunjukkan hubungan yang rapat dengan
pendengar. Oleh itu kata ganti nama ‘hang’ dan ‘kau’ digunakan dalam kuliah ini.
Di samping ayat tanya, ayat penyata, dan pronomina, penceramah juga menggunakan unsur
memerikan teks dalam ucapannya dalam ceramah tersebut. Pemerian teks ini dapat dilihat dalam
transkrip data tersebut:
A.76 Allah ambil dia…
A.77 Allah masukkan dia dalam syurga…
A.78 Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga…
A.79 Kemudian dia dikeluarkan…
Berdasarkan contoh-contoh ayat yang berikut, pemerian teks yang dilakukan oleh penceramah
mempunyai kesinambungan antara satu wacana dengan wacana yang lain. Dari A.76 hingga A.79
menunjukkan berlaku kesinambungan antara suatu wacana dengan wacana yang lain. Ayat A.76
menceritakan tentang Allah SWT mengambil seseorang. Manakala A.77 hingga A.79 merupakan ayat
yang baru tetapi menunjukkan kesinambungan perbuatan yang dilakukan oleh Allah SWT setelah
mengambil seorang hambanya, lalu Dia masukkan hamba itu ke dalam syurga, lalu dimasukkan dan
dicelupkan ke dalam syurga seterusnya hamba tersebut dikeluarkan. Hal ini menunjukkan berlaku
sesuatu proses dalam keempat-empat ayat tersebut yakni berlaku kesinambungan antara satu ayat
dengan ayat yang lain.
10
2.2 Analisis Kuantitatif
Berdasarkan penganalisisan data secara kuantitatif dalam ceramah Dr Asri atau nama komersialnya
MAZA, didapati ayat penyata banyak digunakan, iaitu sebanyak 127 ayat ataupun 92.02 peratus yang
merupakan salah satu kriteria yang terdapat dalam tujuan berbanding dengan ayat tanya dan
memerikan teks. Ayat perintah pula digunakan dalam 5 ayat ataupun 3.62 peratus daripada 100 peratus
dari jumlah keseluruhan. Seterusnya ayat tanya yang menyumbang sebanyak 6 ayat dan 4.34 peratus
sahaja. Seterusnya, penceramah banyak menggunakan ayat penyata dalam ceramah tersebut
disebabkan tujuan penceramah ingin memberikan suatu maklumat tambahan kepada penonton ataupun
pendengar dan sesuatu perkara yang signifikan yang wajar diketahui oleh penonton. Selain itu, ayat
penyata merupakan ayat yang diujarkan dengan takrifan untuk membuat sesuatu penyataan serta
mempunyai tujuan untuk menyatakan ataupun memberikan keterangan berkenaan sesuatu isu yang
ingin diketengahkan.
Perkara Ayat-ayat yang terlibat Bilangan
ayat
Peratus (%)
Ayat Tanya A.41, A.59, A.81, A.87, A.91,A. 111 6 4.34
Ayat Perintah A.36, A.42, A.49, A. 68, A.100 5 3.62
Ayat Penyata A.1, A.2, A.3, A.4, A.5, A.6, A.7, A.8, A.9, A.10,
A.11, A.12, A.13, A.14, A.15, A.16, A.17, A.18,
A.19, A.20, A.21, A.22, A.23, A.24, A.25, A.26,
A.27, A.28, A.29, A.30, A.31, A.32, A.33, A.34,
A.35, A.37, A.38, A.39, A.40, A.43, A.44, A.45,
A.46, A.47, A.48, A.50, A.51, A.52, A.53, A.54,
A.55, A.56, A.57, A.58, A.60, A.61, A.62, A.63,
A.64, A.65, A.66, A.67, A.69, A.70, A.71, A.72,
A.73, A.74, A.75, A.76, A.77, A.78, A.79, A.80,
A.82, A.83, A.84, A.85, A.86, A.88, A.89, A.90,
A.92, A.93, A.94, A.95, A.96, A.97, A.98, A.99,
A.101, A.102, A.103, A.104, A.105, A.106,
A.107, A.108, A.109, A.110, A.112, A.113,
A.114, A.115, A.116, A.117, A.118, A.119,
A.120, A.121, A.122, A.123, A.124, A.125,
A.126, A.127, A.128, A.129, A.130, A.131,
A.132, A.133, A.134, A.135, A.136, A.137,
A.138
127 92.02
Memerikan Teks A.76 hingga A.79 1 1
11
Tambahan lagi, ayat tanya yang hanya menyumbang 6 ayat tersebut disebabkan oleh
penceramah tidak ingin mendapatkan maklumat tambahan sedangkan penceramah yang memberikan
maklumat kepada penonton mahupun pendengar. Kewujudan ayat tanya yang minima dalam ceramah
tersebut hanya bertanyakan isu–isu maklumat kendiri audiens bermaksud maklumat peribadi sebelum
bertanyakan soalan kepada penceramah sahaja. Natijah dengan ceramah yang dilakukan oleh Dr Asri
sememangnya tidak banyak menggunakan ayat tanya. Oleh itu, penceramah hanya akan menggunakan
ayat tanya apabila bertujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Selain itu, ceramah La Tahzan yang diketuai Dr Asri tersebut juga membabitkan pemerian teks.
Hal ini disebabkan pemerian teks digunakan supaya terdapatnya kesinambungan antara suatu lisan
dengan suatu lisan yang lain. Berdasarkan analisis yang dapat dibuat hanya 1 peratus sahaja pemerian
teks yang dapat dilihat. Pemerian teks yang dapat dilihat dalam ceramah La Tahzan tersebut
menampakkan kesinambungan antara suatu lisan dengan suatu lisan yang lain serta saling berkaitan
antara lisan yang diujarkan oleh Dr Asri berikutannya pula.
12
3.0 KESIMPULAN
Ceramah “La Tahzan” Dr. Asri ini yang diambil dan dipetik melalui ceramah yang bertajuk “Mencari
Sakinah” dianalisis untuk mengenal pasti tujuan ceramah itu disampaikan kepada pendengar. Aspek
tujuan dianalisis dalam ceramah ini berdasarkan beberapa cir-ciri yang terdapat dalam tujuan, iaitu
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ciri-ciri tautan kalau ada (pronomina sahaja) dan juga
memerikan teks. Data-data yang dikumpul menunjukkan tahap tujuan penceramah menyampaikan
ceramah ini berada di tahap yang tinggi. Hal ini disebabkan pendengar dapat memahami tujuan dan
penyampaian yang disampaikan juga dekat dengan pendengar kerana terdapat penggunaan kata ganti
nama ‘kita’, ‘kamu’ dan pengaruh dialek negeri iaitu kata ganti nama ‘hang’ serta penyampaiannya
dekat dengan situasi semasa pendengar dan mempunyai hikmah. Tambahan lagi, ceramah “La Tahzan”
merupakan sebuah wacana kerana ceramah tersebut bermakna.
13
Bibliografi
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa
Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Analisis
Wacana Berdasarkan Teks KOMSAS Terpilih. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
14
LAMPIRAN
Transkrip Ceramah “La Tahzan”
A. 1 Ramai orang.
A. 2 Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.
A. 3 Selalu orang mengaitkan ketenangan itu.
A. 4 Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta.
A. 5 Dengan faktor kejayaan.
A. 6 Walaupun itu boleh menjadi penyumbang.
A. 7 Tetapi itu bukan segala – galanya.
A. 8 Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar.
A. 9 Tidur di atas katil yang empuk.
A. 10 Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak.
A. 11 Bahkan ada orang tidur di pondok buruk.
A. 12 Kadang – kadang dia lebih lena berbanding kita.
A. 13 Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat.
A. 14 Lauk pauk yang bagus.
A. 15 Tetapi lidahnya tidak enak.
A. 16 Lebih enak lagi orang yang makan kadang – kadang dengan satu dua mata lauk.
A. 17 Tetapi lebih sedap dan selesa makannya.
A. 18 Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi – bahagikan nikmat.
A. 19 Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar.
A. 20 Belum tentu !
A. 21 Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang.
A. 22 Dia tidak boleh ditahan oleh apa –apa tagan sekalipun.
A. 23 Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang.
A. 24 Dia tidak boleh dihulur oleh apa – apa tangan sekalipun.
A. 25 Jika Allah uruskan urusan kita.
A. 26 Dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita .
A. 27 Walaupun sekelip mata.
A. 28 Dunia boleh berbuat apa – apa.
A. 29 Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
A. 30 Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas.
A. 31 Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
15
A. 32 Apa yang orang rasa rugi.
A. 33 Allah akan memberikan keuntungan yang mana.
A. 34 Jalan-jalan manusia tak sangka.
A. 35 Tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaibkan dalam kehidupan .
A. 36 Tuan – tuan tengoklah dunia ini.
A. 37 Kadang – kadang tuan – tuan.
A. 38 Manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia.
A. 39 Kadang – kadang macam dia hilang segala – galanya.
A. 40 Saya nak sebut tuan – tuan.
A. 41 Berapa banyak dalam hidup tuan – tuan telah melalui keperitan hidup ?.
A. 42 Cuba ingat !
A. 43 Ketika kita kena keperitan, kita rasa tidak dapat keluar daripadanya.
A. 44 Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
A. 45 Ketika kita ditimpa musibah tertentu.
A. 46 Kita kata, “Habislah aku kali ni”.
A. 47 Tapi usia kita telah berjalan.
A. 48 Kita masih lagi hidup dan makan dan munikmati kurnian hidupan ini.
A. 49 “Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah”.
A. 50 Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu.
A. 51 Dan kita pun lupa kadang – kadang untuk bersyukur.
A. 52 Di atas pelbagai ranjang hidup yang Allah keluarkan kita daripadanya.
A. 53 Orang – orang yang diberitahu kepada mereka.
A. 54 “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”.
A. 55 “Nun orang nak ambil tindakan kepada hang”.
A. 56 “Nun orang nak ambil tindakan kepada kau”.
A. 57 “Nun ada orang nak bertindak kepada kau”.
A. 58 Kata Allah iman dia tambah.
A. 59 Bukan kita kata, “Pasal apa lah Allah benci aku ? Apa lah dosa aku ?”
A. 60 Tidak – tidak !
A. 61 Kata Quran iman mereka bertambah.
A. 62 Mereka kata.
A. 63 “cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan” .
A. 64 Pengalaman sering mematangkan kita.
A. 65 Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.
16
A. 66 Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal.
A. 67 Bila hati insan bulat kepada ya rabb.
A. 68 “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”
A. 69 Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat.
A. 70 Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat.
A. 71 Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.
A. 72 Kehidupan ini sangat luas.
A. 73 Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim.
A. 74 Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini.
A. 75 Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini.
A. 76 Allah ambil dia.
A. 77 Allah masukkan dia dalam syurga.
A. 78 Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga.
A. 79 Kemudian dia dikeluarkan.
A. 80 Lalu ditanyanya.
A. 81 “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?”
A. 82 Dia kata, “tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini”
A. 83 Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita.
A. 84 Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.
A. 85 Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka.
A. 86 Lalu dikeluarkan dia.
A. 87 “pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?”
A. 88 Dia kata, “Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini”.
A. 89 Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka.
A. 90 Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.
A. 91 Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
A. 92 Kita selalu nak bersyukur kalua kita diberi benda baru.
A. 93 Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini.
A. 94 Suatu nikmat yang besar.
A. 95 Satu hamba Allah.
A. 96 Yang patah kakinya.
A. 97 Yang dia tidak pernah pun sebut.
A. 98 Dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak.
A. 99 Tapi apabila satu hari dia sakit kaki.
17
A. 100 “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik”
A. 101 Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.
A. 102 Kata Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita”.
A. 103 Yang kita ada ini harapan kita.
A. 104 Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada.
A. 105 Tetapi jangan lupa yang telah ada!
A. 106 Bersyukurlah wahai diri ini.
A. 107 Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut.
A. 108 Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
A. 109 Ramai orang terpaksa sabar.
A. 110 Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
A. 111 Bila dia susah, nak kata apa?
A. 112 “sabar je la, nak buat apa”.
A. 113 Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan.
A. 114 Syukur di atas nikmat.
A. 115 “ Ya Allah apa sahaja yang aku alami.
A. 116 Daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu.
A. 117 Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan.
A. 118 Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran”.
A. 119 Subhanallah.
A. 120 Insan jiika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.
A. 121 Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu.
A. 122 Tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan.
A. 123 Kita akan rasa Masyaallah hidup ini.
A. 124 Apa yang Allah kurnia kepada kita.
A. 125 Lebih dari harapan kita sebenarnya.
A. 126 Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan.
A. 127 Tempat tuan-tuan dilahirkan.
A. 128 Rumah tuan-tuan dilahirkan.
A. 129 Sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini.
A. 130 Masyaallah.
A. 131 Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.
A. 132 Pesanan Nabi buat Umatnya.
A. 133 Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia.
18
A. 134 Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan abu bakar.
A. 135 Yakni Nabi dan Abu Bakar.
A. 136 Ketika mereka berada di dalam gua.
(sewaktu peristiwa hijrah)
A. 137 Ketika dia berkata kepada sahabatnya.
A. 138 “jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!”.

More Related Content

What's hot

Keterampilan menjelaskan kel 2 new
Keterampilan menjelaskan kel 2 newKeterampilan menjelaskan kel 2 new
Keterampilan menjelaskan kel 2 newNurBaiti NurBaiti
 
Resume materi mata kuliah ilmu retorika
Resume materi mata kuliah ilmu retorikaResume materi mata kuliah ilmu retorika
Resume materi mata kuliah ilmu retorikahusnunnadiya
 
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWAPENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWANurulbanjar1996
 
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSIMAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSINurulbanjar1996
 
Kelompok 1 teknik khitobah
Kelompok 1 teknik khitobahKelompok 1 teknik khitobah
Kelompok 1 teknik khitobahLBB. Mr. Q
 

What's hot (7)

Keterampilan menjelaskan kel 2 new
Keterampilan menjelaskan kel 2 newKeterampilan menjelaskan kel 2 new
Keterampilan menjelaskan kel 2 new
 
Resume materi mata kuliah ilmu retorika
Resume materi mata kuliah ilmu retorikaResume materi mata kuliah ilmu retorika
Resume materi mata kuliah ilmu retorika
 
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWAPENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA  PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
PENERAPAN PRINSIP KERJA SAMA PADA PERCAKAPAN LISAN TIDAK RESMI MAHASISWA
 
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Putri Dewi Utami. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Putri Dewi Utami. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Putri Dewi Utami. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Putri Dewi Utami. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
 
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIKHanifah Khairunnisa Lubis. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIKHanifah Khairunnisa Lubis. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 TAFSIR TEMATIKHanifah Khairunnisa Lubis. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIKHanifah Khairunnisa Lubis. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
 
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSIMAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
MAKALAH STRUKTUR PERCAKAPAN DAN PREFERENSI
 
Kelompok 1 teknik khitobah
Kelompok 1 teknik khitobahKelompok 1 teknik khitobah
Kelompok 1 teknik khitobah
 

Similar to Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"

Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikRidho Ikhsan
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anRobet Saputra
 
bimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxbimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxIrfanmuhajar1
 
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakat
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakatMetode Pendidikan Kesehatan masyarakat
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakatpjj_kemenkes
 
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa MudaAnalisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Mudaanalisis wacana
 
Kelompok 12 evaluasi khitobah
Kelompok 12 evaluasi khitobahKelompok 12 evaluasi khitobah
Kelompok 12 evaluasi khitobahLBB. Mr. Q
 
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...Firman Nugraha
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTUR
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTURTINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTUR
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTURNurulbanjar1996
 
Mengelola informasi dalam ceramah.pptx
Mengelola informasi dalam ceramah.pptxMengelola informasi dalam ceramah.pptx
Mengelola informasi dalam ceramah.pptxsarah928260
 
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganKonsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganRozaiman Makmun
 
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012Syarifudin Amq
 
ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
 ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012 ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012Syarifudin Amq
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMela Padliyah
 

Similar to Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan" (20)

Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademik
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
 
TUGAS HADIS TEMATIK Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU 2019TUGAS HADIS TEMATIK Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU 2019
 
Tugas Hadis Tematik Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU
Tugas Hadis Tematik Rahayu. SM V MD-D FDK UINSUTugas Hadis Tematik Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU
Tugas Hadis Tematik Rahayu. SM V MD-D FDK UINSU
 
Modul 6 kb 2
Modul 6 kb 2Modul 6 kb 2
Modul 6 kb 2
 
bimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxbimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docx
 
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakat
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakatMetode Pendidikan Kesehatan masyarakat
Metode Pendidikan Kesehatan masyarakat
 
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa MudaAnalisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda
Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda
 
Pbm
PbmPbm
Pbm
 
Kelompok 12 evaluasi khitobah
Kelompok 12 evaluasi khitobahKelompok 12 evaluasi khitobah
Kelompok 12 evaluasi khitobah
 
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...
Teknik penyusunan instrumen pemantauan evaluasi pelaksanaan bimbingan penyulu...
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTUR
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTURTINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTUR
TINDAK TUTUR DAN PERISTIWA TUTUR
 
Mengelola informasi dalam ceramah.pptx
Mengelola informasi dalam ceramah.pptxMengelola informasi dalam ceramah.pptx
Mengelola informasi dalam ceramah.pptx
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Outline seni dakwah
Outline seni dakwahOutline seni dakwah
Outline seni dakwah
 
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganKonsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
 
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
 
ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
 ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012 ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
ambon Syarifudin, outline dakwah dan komunikasi 2012
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 

Recently uploaded

Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakAjiFauzi8
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 

Recently uploaded (20)

Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 

Analisis Tahap Tujuan dalam Kuliah Dr.Maza "La Tahzan"

  • 1. BML 3092 ANALISIS WACANA TUGASAN KUMPULAN ANALISIS TAHAP TUJUAN DALAM KULIAH DR. MAZA “LA TAHZAN” AWANG FARID ISMAIL BIN AWANG IBRAHIM D20131063253 MOHAMMAD AFZAL HAKIM BIN AZHAR D20131063260 MOHD FADHIL BIN MOHAMED BAKRI D20131063375 MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN D20131063382 AT05: ISMP BAHASA MELAYU KUMPULAN A PROF. MADYA DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD. IDRIS FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 SESI 2015/2016
  • 2. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang 2 1.2 Tujuan Kajian 3 1.3 Objektif Kajian 3 1.4 Persoalan Kajian 3 1.5 Batasan Kajian 3 1.6 Metodologi Kajian 4 2.0 DAPATAN KAJIAN 2.1 Analisis Kualitatif 5 2.2 Analisis Kuantitatif 10 3.0 KESIMPULAN 12 BIBLIOGRAFI 13 LAMPIRAN 14
  • 3. 1 1.0 PENGENALAN Sebelum menyampaikan wacana, seseorang harus menentukan tujuan yang sesuai dengan bentuk wacana. Dalam wacana setiap unsurnya harus memiliki kesatuan dan kepaduan. Tujuan menjadi acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang ke mana-mana. Sebelum menyampaikan wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu baru tujuan. Tujuan ini berkaitan dengan bentuk isi wacana. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan satu kesatuan , ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan, kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen). Prinsip wacana tujuan setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan. Wacana ini mempunyai sebuah makna yang berlainan oleh pakar-pakar yang mempunyai latar belakang bidang yang berbeza-beza. Ahli yang pakar dalam bidang bahasa telah menyatakan bahawa wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Pengertian yang telah diberikan oleh ahli bahasa terhadap wacana tersebut telah dirangkumkan dalam tiga kategori besar, iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Para pakar bahasa ini telah melihat wacana dan analisis wacana sebagai sebuah binaan konsep bahasa yang mempunyai asas yang sama. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa wacana merupakan sebuah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit-unit bahasa tersebut.
  • 4. 2 1.1 Latar Belakang Pengkaji mengetengahkan 2 model yang akan digunakan untuk mengkaji ceramah “La Tahzan”: 1) Konsep Tautan dalam model Sanad Md. Nasir Tautan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk sesebuah teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan ini mempunyai maknanya. Hal ini bermakna, sesuatu cerita dan peristiwa yang ingin disampaikan mempunyai perkaitan yang jelas di antara penutur dengan pendengar. Selain itu, konsep tautan merujuk kepada perhubungan antara unsur linguistik sama ada secara struktural atau semantik. Unsur tautan ini perlu ada dalam unit teks yang berlainan. Unsur tautan ini dapat membincangkan komponen permukaan teks sama ada secara lisan ataupun secara berturutan. Kesemua elemen akan dirungkaikan dalam video ceramah La Tahzan oleh Dr Asri 2) Konsep Runtutan dalam model Sato Hirobumi Menurut Beaugrande dan Dressler (1981 : 4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks, iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep, iaitu primer(pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses). Menurut Mohd Rashid (2004 : 11) runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dan peristiwa ini merupakan idea–idea yang memberi makna kepada pendengar/pembaca. Makna ini disampaikan daripada penulis kepada pembaca. Hal ini bermakna penulis dan pembaca mempunyai perkaitan yang sangat jelas dalam konsep runtutan. Menurut beliau, runtutan dapat dilihat dalam empat peringkat, iaitu tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat dan tahap keadaan yang akan dirungkaikan dalam ceramah La Tahzan oleh Dr Asri.
  • 5. 3 Latar Belakang Penceramah Dr. Asri Zainul Abidin telah dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang. Jawatan tetap beliau adalah sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. Jawatan lain bagi beliau ialah sebagai mufti kerajaan negeri Perlis. Beliau juga Ahli Majlis Agama Islam Perlis. 1.2 Tujuan Kajian Tujuan ini dilakukan adalah untuk memperlihatkan penggunaan ciri wacana, iaitu tahap tujuan dalam kuliah Dr. Maza “La Tahzan”. Dengan melakukan analisis, pengkaji dapat mengetahui sejauh mana tahap tujuan mewujudkan sesuatu wacana itu bermakna dan dapat difahami oleh penerima. 1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bagi menganalisis mengenai aspek tujuan dalam penyampaian wacana yang disunting daripada video “Mencari Sakinah” disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Kaji selidik hanya dilakukan bagi: 1) Mengenal pasti fungsi tujuan penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan” 2) Menganalisis aspek tujuan dalam kuliah Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)“La Tahzan”. 1.4 Soalan Kajian 1) Apakah fungsi tujuan penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan”?. 2) Bagaimanakah penyampaian wacana dalam ceramah “ La Tahzan” dalam aspek tujuan?. 1.5 Batasan Kajian Kajian ini dibataskan terhadap ceramah “ La Tahzan” yang disampaikan oleh Dr. Asri Zainul Abidin. Pengkaji hanya menganalisis tahap tujuan dalam transkripsi dari ceramah tersebut. Video yang dikaji dibataskan selama 11 minit sahaja.
  • 6. 4 1.6 Metodologi Kajian Metodologi kajian menerangkan fungsi tujuan dan aspek tujuan yang dikaji bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam objektif. Kajian ini lebih berbentuk huraian dan penerangan yang berkaitan. Hal ini bermakna kajian dapat dicerakinkan dalam dua bentuk iaitu keseimbangan dalam aspek kualitatif dan aspek kuantitatif. Peringkat Pengumpulan Data Bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka, pengkaji mendengar dan menulis semula ceramah dalam video Dr Asri tersebut dan mengenal pasti jenis ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata dan juga memerikan teks. Peringkat Analisis Data dan Penemuan Pada peringkat ini, segala maklumat serta data yang bersesuaian untuk digunakan bagi mencapai objektif akan dianalisis menggunakan kaedah data kualitatif dan kuantitatif. Peringkat Membuat Rumusan dan Kesimpulan Setelah data dan maklumat diproses serta dianalisis, langkah seterusnya ialah membuat rumusan daripada transkripsi maklumat yang diperoleh daripada video ceramah . Di dalam rumusan yang telah dikaji oleh pengkaji, diterangkan perkara yang berkaitan dengan fungsi tujuan dan aspek tujuan yang dikaji dalam transkripsi video yang telah dikaji.
  • 7. 5 2.0 DAPATAN KAJIAN ANALISIS TAHAP TUJUAN 2.1 Analisis Kualitatif Suntingan ceramah “La Tahzan” daripada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ini diambil daripada petikan ceramah yang bertajuk “Mencari Sakinah”. Ceramah ini mengisahkan mengenai perjalanan seseorang manusia atau hamba di atas muka bumi ini untuk mencari ketenangan. Oleh itu ceramah “La Tahzan” ini mengingatkan kita, apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini dan merenung jauh mereka di sana hidup yang hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Penceramah memberikan ceramah ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar, bagi mengingatkan pendengar tentang maksud ketenangan dalam hidup. Oleh itu, sebenarnya tujuan penceramah adalah untuk menyampaikan mesej kepada pembaca tentang kepentingan memahami maksud ketenangan dalam diri. Hal ini kerana, pada masa kini, ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya Ceramah “La Tahzan” ini dianalisis dan dikaji dari segi tujuannya bagi melihat ceramah yang disampaikan oleh penceramah sama ada memenuhi konsep wacana, iaitu bermakna ataupun tidak. Tambahan pula, ceramah ini dikaji bagi memperlihatkan tujuan penceramah menyampaikan ceramah tersebut. Penganalisisan ceramah ini dapat dilihat melalui beberapa kriteria yang digunakan oleh penceramah dalam ceramah “La Tahzan”, iaitu struktur ayat yang digunakan sama ada bermakna ataupun tidak, menggunakan ayat tanya untuk mendapatkan sesuatu maklumat, menggunakan ayat perintah untuk menyatakan sesuatu tindakan berlaku, menggunakan ayat penyata untuk menyampaikan sesuatu maklumat serta memerikan teks. Selain itu, dalam ceramah “La Tahzan” yang disunting dan dipetik dalam ceramah “Mencari Sakinah”, analisis data bagi ceramah tersebut hanya melibatkan 138 ayat yang terdapat dalam transkrip ceramah “La Tahzan”.
  • 8. 6 Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan serta mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara. Sememangnya ceramah Dr. Asri ini banyak menggunakan ayat penyata. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh-contoh yang terdapat dalam transkrip ceramah tersebut seperti yang berikut iaitu A (ayat).1, A.2, A.3, A.4, A.5, A.6, A.7, A.8, A.9, A.10, A.11, A.12, A.13, A.14, A.15, A.16, A.17, A.18, A.19, A.20, A.21, A.22, A.23, A.24, A.25, A.26, A.27, A.28, A.29, A.30, A.31, A.32, A.33, A.34, A.35, A.37, A.38, A.39, A.40, A.43, A.44, A.45, A.46, A.47, A.48, A.50, A.51, A.52, A.53, A.54, A.55, A.56, A.57, A.58, A.60, A.61, A.62, A.63, A.64, A.65, A.66, A.67, A.69, A.70, A.71, A.72, A.73, A.74, A.75, A.76, A.77, A.78, A.79, A.80, A.82, A.83, A.84, A.85, A.86, A.88, A.89, A.90, A.92, A.93, A.94, A.95, A.96, A.97, A.98, A.99, A.112 hingga seterusnya. Antara ayat penyata yang terdapat dalam ceramah ini ialah: A.1 Ramai orang… A.8 Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar… A.106 Bersyukurlah wahai diri ini... A.107 Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut... A.108 Syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya daripada sabar A.109 Ramai orang terpaksa sabar... A.110 Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Contoh-contoh yang dikemukakan di atas, menunjukkan bahawa ayat penyata banyak digunakan oleh penceramah untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca. Berdasarkan A.1 dan A.8, iaitu “ramai orang” dan “betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar”, penceramah pada A.1 ingin menyatakan tentang keadaan semasa dunia iaitu terdapat ramai orang di dunia ini, manakala A.8 pula, penceramah ingin menyatakan kepada pendengar tentang keadaan dunia sekarang di mana ramai orang pada masa kini berada dalam keadaan yang selesa iaitu mempunyai rumah yang besar. Contoh A.106 hingga A.110 pula menunjukkan berlaku penjalinan penyataan untuk penceramah menyatakan sesuatu maklumat yang baru kepada pembaca iaitu maklumat tentang kesyukuran. Walaupun berlaku penjalinan dari A.106 hingga A.110 namun setiap ayat boleh berdiri sendiri untuk menjadi ayat penyata. Sebagai contoh A.108 “Syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya daripada sabar”, menunjukkan penceramah ingin menyatakan bahawa apabila seseorang bersyukur martabatnya lebih tinggi daripada orang yang bersabar.
  • 9. 7 Ayat perintah digunakan oleh penutur atau penulis untuk tujuan menjadikan suatu tindakan berlaku. Hal yang demikian ini disebabkan oleh ayat perintah merupakan ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah ini terdiri daripada beberapa ciri iaitu terdiri daripada ayat larangan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat permintaan. Berdasarkan transkrip data ceramah Dr. Asri yang bertajuk “La Tahzan”, terdapat beberapa ayat dalam transkrip data tersebut iaitu seperti dalam ayat berikut: A.36 Tuan – tuan tengoklah dunia ini... A.42 Cuba ingat! A.49 “Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” A. 68 “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah” A.100 Dia kata, “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik” Contoh-contoh di atas, menunjukkan Dr. Asri menggunakan ayat perintah dalam penyampaiannya iaitu pada ayat A.36, A.42, A,49, A.68 dan A.100. Penggunaan ayat perintah ini walau bagaimanapun tidaklah terlalu banyak sepanjang ceramah “La Tahzan” dijalankan. Penggunaan ini hanyalah sebanyak 3.62 peratus sahaja daripada keseluruhan ayat yang dikaji iaitu sebanyak 138 ayat. Setelah diteliti, data kami menunjukkan bahawa ayat larangan dan ayat silaan tidak digunakan, namun begitu terdapat data iaitu kriteria ayat perintah yang menunjukkan ayat suruhan dan ayat permintaan digunakan. Berdasarkan contoh A.36 dan A.42, penceramah menyuruh pendengar supaya melihat keadaan dunia pada masa sekarang dan meminta pendengar supaya ingat semula iaitu penceramah menyuruh pendengar menggunakan kaedah imbas kembali. A.49, A.68 dan A.100 pula menunjukkan berlaku kriteria ayat permintaan. Hal ini kerana, ketiga-tiga ayat menunjukkan berlaku dialog antara seorang hamba dengan pencintanya iaitu Allah SWT yang memohon sesuatu daripada Allah iaitu terdapat perkataan seperti ‘tolonglah’, ‘aku serahkan’ dan ‘bagilah balik’.
  • 10. 8 Ayat tanya juga dianalisis dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana, ayat tanya digunakan oleh penutur, bagi memudahkan penutur untuk mendapatkan sesuatu maklumat, disebabkan tujuan penggunaan ayat tanya ini adalah untuk menanyakan sesuatu perkara serta untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Terdapat beberapa contoh ayat tanya yang digunakan sepanjang tempoh ceramah ini berlangsung. A.41 Berapa banyak dalam hidup tuan–tuan telah melalui keperitan hidup? A.59 Bukan kita kata, “Pasal apa lah Allah benci aku? Apa lah dosa aku? A.81 “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” A.87 “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?” A.91 Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Seterusnya aspek ayat tanya juga digunakan oleh penceramah dalam penyampaian ceramahnya. Tujuan penceramah menggunakan ayat tanya dalam ceramah tersebut adalah disebabkan penulis ingin menerangkan tentang cara sesuatu maklumat itu boleh diperoleh. Hal ini disebabkan ayat tanya digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun untuk mengenal pasti tentang sesuatu perkara. Berdasarkan contoh-contoh di atas, A.41 dan A.91 “Berapa banyak dalam hidup tuan–tuan telah melalui keperitan hidup?” dan “Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?”, menunjukkan penceramah bertanya kepada pendengar untuk mendapatkan maklumat tentang pendengar iaitu keperitan hidup yang pernah dilalui oleh pendengar dan adakah pendengar masih teringat nikmat-nikmat yang pernah mereka rasai. Manakala A.81, A.87 dan A.97 pula menunjukkan berlaku ayat tanya. Namun demikian ayat tanya tersebut bukan pertanyaan terus daripada penceramah kepada pendengar,tetapi ayat tanya yang perlu ada dalam diri seorang hamba terhadap sang penciptanya. Ayat tanya ini digunakan bagi menimbulkan keinsafan, kesedaran dam muhasabah diri terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
  • 11. 9 Selain itu unsur pronomina juga terdapat dalam ceramah ini. Hal ini disebabkan unsur pronomina merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam tautan menurut tokoh Halliday dan Hassan dan tujuan pula berkait rapat dengan tautan. Oleh sebab itulah, unsur pronomina yang terdapat dalam tautan juga dinyatakan dalam ceramah ini. Unsur pronomina merujuk kepada kata ganti bagi diri, penunjuk dan lain-lain (Halliday Hassan, 1995). Berdasarkan transkrip data ceramah Dr. Asri, unsur pronomina dapat dilihat pada ayat A.54, A.55 dan A.56. Contoh ayat dapat dilihat melalui contoh yang berikut: A.54 “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau” A.55 “Nun orang nak ambil tindakan kepada hang” A.56 “Nun orang nak ambil tindakan kepada kau” Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat iaitu penceramah bercerita tentang diri pendengar, dan bagi merujuk kepada mereka, penceritaan ini digantikan dengan kata ganti diri ‘hang’ dan ‘kau’. Kata ganti diri ini menunjukkan bahawa penceramah ingin menunjukkan hubungan yang rapat dengan pendengar. Oleh itu kata ganti nama ‘hang’ dan ‘kau’ digunakan dalam kuliah ini. Di samping ayat tanya, ayat penyata, dan pronomina, penceramah juga menggunakan unsur memerikan teks dalam ucapannya dalam ceramah tersebut. Pemerian teks ini dapat dilihat dalam transkrip data tersebut: A.76 Allah ambil dia… A.77 Allah masukkan dia dalam syurga… A.78 Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga… A.79 Kemudian dia dikeluarkan… Berdasarkan contoh-contoh ayat yang berikut, pemerian teks yang dilakukan oleh penceramah mempunyai kesinambungan antara satu wacana dengan wacana yang lain. Dari A.76 hingga A.79 menunjukkan berlaku kesinambungan antara suatu wacana dengan wacana yang lain. Ayat A.76 menceritakan tentang Allah SWT mengambil seseorang. Manakala A.77 hingga A.79 merupakan ayat yang baru tetapi menunjukkan kesinambungan perbuatan yang dilakukan oleh Allah SWT setelah mengambil seorang hambanya, lalu Dia masukkan hamba itu ke dalam syurga, lalu dimasukkan dan dicelupkan ke dalam syurga seterusnya hamba tersebut dikeluarkan. Hal ini menunjukkan berlaku sesuatu proses dalam keempat-empat ayat tersebut yakni berlaku kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain.
  • 12. 10 2.2 Analisis Kuantitatif Berdasarkan penganalisisan data secara kuantitatif dalam ceramah Dr Asri atau nama komersialnya MAZA, didapati ayat penyata banyak digunakan, iaitu sebanyak 127 ayat ataupun 92.02 peratus yang merupakan salah satu kriteria yang terdapat dalam tujuan berbanding dengan ayat tanya dan memerikan teks. Ayat perintah pula digunakan dalam 5 ayat ataupun 3.62 peratus daripada 100 peratus dari jumlah keseluruhan. Seterusnya ayat tanya yang menyumbang sebanyak 6 ayat dan 4.34 peratus sahaja. Seterusnya, penceramah banyak menggunakan ayat penyata dalam ceramah tersebut disebabkan tujuan penceramah ingin memberikan suatu maklumat tambahan kepada penonton ataupun pendengar dan sesuatu perkara yang signifikan yang wajar diketahui oleh penonton. Selain itu, ayat penyata merupakan ayat yang diujarkan dengan takrifan untuk membuat sesuatu penyataan serta mempunyai tujuan untuk menyatakan ataupun memberikan keterangan berkenaan sesuatu isu yang ingin diketengahkan. Perkara Ayat-ayat yang terlibat Bilangan ayat Peratus (%) Ayat Tanya A.41, A.59, A.81, A.87, A.91,A. 111 6 4.34 Ayat Perintah A.36, A.42, A.49, A. 68, A.100 5 3.62 Ayat Penyata A.1, A.2, A.3, A.4, A.5, A.6, A.7, A.8, A.9, A.10, A.11, A.12, A.13, A.14, A.15, A.16, A.17, A.18, A.19, A.20, A.21, A.22, A.23, A.24, A.25, A.26, A.27, A.28, A.29, A.30, A.31, A.32, A.33, A.34, A.35, A.37, A.38, A.39, A.40, A.43, A.44, A.45, A.46, A.47, A.48, A.50, A.51, A.52, A.53, A.54, A.55, A.56, A.57, A.58, A.60, A.61, A.62, A.63, A.64, A.65, A.66, A.67, A.69, A.70, A.71, A.72, A.73, A.74, A.75, A.76, A.77, A.78, A.79, A.80, A.82, A.83, A.84, A.85, A.86, A.88, A.89, A.90, A.92, A.93, A.94, A.95, A.96, A.97, A.98, A.99, A.101, A.102, A.103, A.104, A.105, A.106, A.107, A.108, A.109, A.110, A.112, A.113, A.114, A.115, A.116, A.117, A.118, A.119, A.120, A.121, A.122, A.123, A.124, A.125, A.126, A.127, A.128, A.129, A.130, A.131, A.132, A.133, A.134, A.135, A.136, A.137, A.138 127 92.02 Memerikan Teks A.76 hingga A.79 1 1
  • 13. 11 Tambahan lagi, ayat tanya yang hanya menyumbang 6 ayat tersebut disebabkan oleh penceramah tidak ingin mendapatkan maklumat tambahan sedangkan penceramah yang memberikan maklumat kepada penonton mahupun pendengar. Kewujudan ayat tanya yang minima dalam ceramah tersebut hanya bertanyakan isu–isu maklumat kendiri audiens bermaksud maklumat peribadi sebelum bertanyakan soalan kepada penceramah sahaja. Natijah dengan ceramah yang dilakukan oleh Dr Asri sememangnya tidak banyak menggunakan ayat tanya. Oleh itu, penceramah hanya akan menggunakan ayat tanya apabila bertujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Selain itu, ceramah La Tahzan yang diketuai Dr Asri tersebut juga membabitkan pemerian teks. Hal ini disebabkan pemerian teks digunakan supaya terdapatnya kesinambungan antara suatu lisan dengan suatu lisan yang lain. Berdasarkan analisis yang dapat dibuat hanya 1 peratus sahaja pemerian teks yang dapat dilihat. Pemerian teks yang dapat dilihat dalam ceramah La Tahzan tersebut menampakkan kesinambungan antara suatu lisan dengan suatu lisan yang lain serta saling berkaitan antara lisan yang diujarkan oleh Dr Asri berikutannya pula.
  • 14. 12 3.0 KESIMPULAN Ceramah “La Tahzan” Dr. Asri ini yang diambil dan dipetik melalui ceramah yang bertajuk “Mencari Sakinah” dianalisis untuk mengenal pasti tujuan ceramah itu disampaikan kepada pendengar. Aspek tujuan dianalisis dalam ceramah ini berdasarkan beberapa cir-ciri yang terdapat dalam tujuan, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ciri-ciri tautan kalau ada (pronomina sahaja) dan juga memerikan teks. Data-data yang dikumpul menunjukkan tahap tujuan penceramah menyampaikan ceramah ini berada di tahap yang tinggi. Hal ini disebabkan pendengar dapat memahami tujuan dan penyampaian yang disampaikan juga dekat dengan pendengar kerana terdapat penggunaan kata ganti nama ‘kita’, ‘kamu’ dan pengaruh dialek negeri iaitu kata ganti nama ‘hang’ serta penyampaiannya dekat dengan situasi semasa pendengar dan mempunyai hikmah. Tambahan lagi, ceramah “La Tahzan” merupakan sebuah wacana kerana ceramah tersebut bermakna.
  • 15. 13 Bibliografi Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications. Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Analisis Wacana Berdasarkan Teks KOMSAS Terpilih. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
  • 16. 14 LAMPIRAN Transkrip Ceramah “La Tahzan” A. 1 Ramai orang. A. 2 Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. A. 3 Selalu orang mengaitkan ketenangan itu. A. 4 Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta. A. 5 Dengan faktor kejayaan. A. 6 Walaupun itu boleh menjadi penyumbang. A. 7 Tetapi itu bukan segala – galanya. A. 8 Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar. A. 9 Tidur di atas katil yang empuk. A. 10 Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak. A. 11 Bahkan ada orang tidur di pondok buruk. A. 12 Kadang – kadang dia lebih lena berbanding kita. A. 13 Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat. A. 14 Lauk pauk yang bagus. A. 15 Tetapi lidahnya tidak enak. A. 16 Lebih enak lagi orang yang makan kadang – kadang dengan satu dua mata lauk. A. 17 Tetapi lebih sedap dan selesa makannya. A. 18 Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi – bahagikan nikmat. A. 19 Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar. A. 20 Belum tentu ! A. 21 Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang. A. 22 Dia tidak boleh ditahan oleh apa –apa tagan sekalipun. A. 23 Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang. A. 24 Dia tidak boleh dihulur oleh apa – apa tangan sekalipun. A. 25 Jika Allah uruskan urusan kita. A. 26 Dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita . A. 27 Walaupun sekelip mata. A. 28 Dunia boleh berbuat apa – apa. A. 29 Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah. A. 30 Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas. A. 31 Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
  • 17. 15 A. 32 Apa yang orang rasa rugi. A. 33 Allah akan memberikan keuntungan yang mana. A. 34 Jalan-jalan manusia tak sangka. A. 35 Tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaibkan dalam kehidupan . A. 36 Tuan – tuan tengoklah dunia ini. A. 37 Kadang – kadang tuan – tuan. A. 38 Manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia. A. 39 Kadang – kadang macam dia hilang segala – galanya. A. 40 Saya nak sebut tuan – tuan. A. 41 Berapa banyak dalam hidup tuan – tuan telah melalui keperitan hidup ?. A. 42 Cuba ingat ! A. 43 Ketika kita kena keperitan, kita rasa tidak dapat keluar daripadanya. A. 44 Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. A. 45 Ketika kita ditimpa musibah tertentu. A. 46 Kita kata, “Habislah aku kali ni”. A. 47 Tapi usia kita telah berjalan. A. 48 Kita masih lagi hidup dan makan dan munikmati kurnian hidupan ini. A. 49 “Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah”. A. 50 Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu. A. 51 Dan kita pun lupa kadang – kadang untuk bersyukur. A. 52 Di atas pelbagai ranjang hidup yang Allah keluarkan kita daripadanya. A. 53 Orang – orang yang diberitahu kepada mereka. A. 54 “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”. A. 55 “Nun orang nak ambil tindakan kepada hang”. A. 56 “Nun orang nak ambil tindakan kepada kau”. A. 57 “Nun ada orang nak bertindak kepada kau”. A. 58 Kata Allah iman dia tambah. A. 59 Bukan kita kata, “Pasal apa lah Allah benci aku ? Apa lah dosa aku ?” A. 60 Tidak – tidak ! A. 61 Kata Quran iman mereka bertambah. A. 62 Mereka kata. A. 63 “cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan” . A. 64 Pengalaman sering mematangkan kita. A. 65 Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.
  • 18. 16 A. 66 Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal. A. 67 Bila hati insan bulat kepada ya rabb. A. 68 “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah” A. 69 Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat. A. 70 Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat. A. 71 Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. A. 72 Kehidupan ini sangat luas. A. 73 Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim. A. 74 Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. A. 75 Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini. A. 76 Allah ambil dia. A. 77 Allah masukkan dia dalam syurga. A. 78 Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga. A. 79 Kemudian dia dikeluarkan. A. 80 Lalu ditanyanya. A. 81 “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” A. 82 Dia kata, “tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” A. 83 Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita. A. 84 Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. A. 85 Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka. A. 86 Lalu dikeluarkan dia. A. 87 “pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?” A. 88 Dia kata, “Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini”. A. 89 Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka. A. 90 Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya. A. 91 Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? A. 92 Kita selalu nak bersyukur kalua kita diberi benda baru. A. 93 Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini. A. 94 Suatu nikmat yang besar. A. 95 Satu hamba Allah. A. 96 Yang patah kakinya. A. 97 Yang dia tidak pernah pun sebut. A. 98 Dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. A. 99 Tapi apabila satu hari dia sakit kaki.
  • 19. 17 A. 100 “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik” A. 101 Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat. A. 102 Kata Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita”. A. 103 Yang kita ada ini harapan kita. A. 104 Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada. A. 105 Tetapi jangan lupa yang telah ada! A. 106 Bersyukurlah wahai diri ini. A. 107 Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut. A. 108 Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar. A. 109 Ramai orang terpaksa sabar. A. 110 Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. A. 111 Bila dia susah, nak kata apa? A. 112 “sabar je la, nak buat apa”. A. 113 Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan. A. 114 Syukur di atas nikmat. A. 115 “ Ya Allah apa sahaja yang aku alami. A. 116 Daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu. A. 117 Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan. A. 118 Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran”. A. 119 Subhanallah. A. 120 Insan jiika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya. A. 121 Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu. A. 122 Tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan. A. 123 Kita akan rasa Masyaallah hidup ini. A. 124 Apa yang Allah kurnia kepada kita. A. 125 Lebih dari harapan kita sebenarnya. A. 126 Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan. A. 127 Tempat tuan-tuan dilahirkan. A. 128 Rumah tuan-tuan dilahirkan. A. 129 Sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini. A. 130 Masyaallah. A. 131 Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu. A. 132 Pesanan Nabi buat Umatnya. A. 133 Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia.
  • 20. 18 A. 134 Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan abu bakar. A. 135 Yakni Nabi dan Abu Bakar. A. 136 Ketika mereka berada di dalam gua. (sewaktu peristiwa hijrah) A. 137 Ketika dia berkata kepada sahabatnya. A. 138 “jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!”.