SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1
Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Sintaksis Bahasa Melayu
(BMM 3110), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai kepentingan
menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa
Melayu. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan
pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan dan
kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Mengikut Nik Safiah
Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul .
Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui dengan lebih
mendalam, menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi.
Oleh yang demikian, antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi setiap guru
bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman tentang
sintaksis. Hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula
berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang
mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu
bahasa?. Berdasarkan persoalan tersebut, di dalam penulisan ini cuba membincangkan
bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan
guru bahasa Melayu.
1.0 PENGENALAN
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2
Penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis dalam kalangan guru
bahasa Melayu adalah antara keperluan asas yang penting bagi melaksanakan
pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa, jika seseorang guru
menguasai segala kandungan bidang ilmu ini, secara tidak langsung dia akan sedar
akan hala tuju pengajarannya dan sudah tentu dapat menyesuaikan keperluan
pengajaran seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Malah, mengikut
pendapat Nik Safiah Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan
bahasa dengan betul. Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui
dengan lebih mendalam dan menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi,
bentuk, dan fungsi. Jadi, bagi guru bahasa Melayu sama ada berpengalaman mengajar
ataupun guru permulaan, seharusnya perlulah sentiasa bersedia kerana dengan
adanya pengetahuan tentang ilmu ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan peransang
kepada komitmen yang tinggi terhadap tugasnya.
Menurut Abdullah Hassan (1987), Sintaksis ialah bidang bahasa yang
membincangkan pembentukan frasa, klausa, dan ayat . Manakala, Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008) pula mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja
bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Menurut Abdullah Hassan
(2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu pula ada menyatakan unsur-
unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah
Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan
hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat
bagi membina ayat.
2.0 KEPENTINGAN MENGUASAI KANDUNGAN BIDANG KAJIAN ILMU
SINTAKSIS DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3
Penguasaan ilmu ini sememangnya amat berkait rapat dengan tatabahasa yang
juga dianggap sebagai penentu kejayaan dalam perlaksanaan kandungan pengajaran
bahasa Melayu, disamping faktor-faktor lain seperti kebolehan pelajar, iklim bilik darjah,
latihan dan bahan pengajaran. Jadi, secara umumnya, persoalan yang sering
ditimbulkan adalah mengenai pengetahuan dan penguasaan. Tanpa pengetahuan dan
penguasaan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat
mengajarkan sesuatu bahasa?.Persoalan tersebut dianggap penting kerana
pengetahuan dan penguasaan tentang ilmu sintaksis ini melibatkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Malah, sangat mustahak bagi
seorang guru mendapatkan pemahaman yang jelas tentang konsep Sintaksis ini kerana
seterusnya, seseorang guru itu bolehlah membentuk dan mempunyai fahaman yang
tersendiri tetapi haruslah disenangi, sesuai dan yang boleh dijalankan di dalam sesi
pengajarannya di dalam kelas.
Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang
terlibat, berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai
mutu yang diperlukan. Malah, Sintaksis juga merupakan komponen terpenting yang
mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu
khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa
sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa
yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, penguasaan bahasa oleh guru
bahasa Melayu seharusnya dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras
bahasa yang tersendiri apabila mengajar. Namun begitu, bahasa yang digunakan
haruslah tidak bercanggah. Untuk itu, guru bahasa Melayu seharusnya menguasai
tatabahasa yang tepat, lengkap dan mudah difahami untuk mencerminkan kebolehan
guru tersebut dalaman penyampaian pengajaran yang berkesan. Malah, tatabahasa
juga dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat
berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa
itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang
morfologi dan sintaksis.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4
Ekoran daripada "Language Across the Curriculum" pula, lahirlah konsep bahasa
Melayu Merentas Kurikulum di Malaysia. Perakuan ini menegaskan bahawa di
peringkat sekolah, semua guru mata pelajaran perlu sedar akan proses-proses
linguistik, pemerolehan maklumat, dan pemahaman serta implikasi penggunaan bahasa
guru. Selain itu, guru bahasa Melayu terutamanya perlu sedar akan kehendak linguistik
mata pelajaran masing-masing dan cara-cara membantu para pelajar menguasai
bahasa terutamanaya struktur binaan ayat itu sendiri. Oleh itu, secara tidak langsung,
penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang sintaksis yang merangkumi
penguasaan tatabahasa dalam ayat ini haruslah dipertingkat kerana konsep ini penting
bagi penggunaan dan penguasaannya demi menghayati hasrat sebagai bahasa ilmu,
bahasa perhubungan, dan bahasa pencerminan akal budi masyarakat di samping dapat
mengajar dengan baik.
Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid.
Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan
betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang
mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu
ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan
akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang
hendak di ajar. Malah, penguasaan ilmu ini juga membolehkan pembinaan bahan bantu
mengajar dan aktiviti diperkayakan. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, secara
tidak langsung guru mengetahui ruang lingkup aspek binaan sintaksis iaitu berkenaan
binaan ayat dan dapat menyediakan sumber pengajaran yang lebih membantu pelajar
menguasai binaan dan struktur ayat dengan baik. Penguasaan bidang ilmu ini juga
memudahkan pengurusan pengajaran. Pelajar akan lebih jelas dan faham apabila guru
mempunyai hala tuju dalam pengajarannya.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5
Secara tidak langsung, langkah pengajaran juga dapat disesuaikan dengan
kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar. Selain itu, penguasaan yang menyeluruh
juga mampu membuatkan guru menyediakan soalan-soalan yang berkualiti dan
melibatkan aras pemikiran yang tinggi tetapi masih sesuai untuk muridnya. Bagi
mencapai hasrat ini, guru sebagai model harus meningkatkan kecekapan dalam
berbahasa dan tatabahasa serta penguasaan ilmu dalam bidang Sintaksis ini supaya
dapat terus menyampaikan isi pelajaran dalam bahasa yang mudah difahami, tepat,
dan menggunakan gaya dan laras bahasa yang betul. Namun begitu, didapati bahawa
guru-guru sebagai penyampai sebenarnya masih lemah dari segi penyampai
tatabahasa bahasa Melayu. Kelemahan itu menyebabkan berlakunya pelbagai
kesalahan bahasa dalam kalangan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat
mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang
dibuat. Malah, . Abdul Hamid Mahmood (1993), menyatakan bahawa sejak akhir-akhir
ini kerap ditemui kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu, baik
dari segi penggunaan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan frasa, mahupun
penggunaan ayat.
Faktor-faktor kelemahan mungkin berbeza-beza. Kelemahan itu, mungkin
disebabkan oleh masalah pelajar, masalah negara, dan masalah kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Namun, salah satu daripada faktor kelemahan itu adalah
dari segi pencapaian akademik yakni pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu
seseorang guru itu. Guru yang dimaksudkan itu meliputi guru terlatih dan guru pelatih.
Mengikut Koh Boh Boon (1988), sesetengah guru pelatih itu memperlihatkan taraf
penguasaan tatabahasa bahasa Melayu yang kurang memuaskan, mereka melakukan
kesalahan-kesalahan yang memang tidak dijangkakan. Seterusnya, kelemahan dalam
tatabahasa bahasa Melayu ini dibawa oleh guru pelatih ke bilik darjah dan menjejaskan
keberkesanan pengajaran mereka. Justeru, guru-guru harus mempunyai mutu yang
tinggi dalam pengetahuan Sintaksis bahasa Melayu ini dan terus bersikap positif bagi
menjayakan pengajaran bahasa Melayu dengan berkesan.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 6
Kesimpulannya, pada pendapat saya penguasaan kandungan di dalam bidang
kajian ilmu Sintaksis secara menyeluruh dalam kalangan guru ini amatlah penting,
kerana dapat membantu dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Malah, penguasaan bidang ini juga dapat dilihat melalui cara penyampaian
pengajaran guru itu sendiri. Guru yang berjaya menguasai bidang ilmu ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan situasi pengajaran yang menyeronokkan dan dapat
merancang dan menyediakan sesi pengajaran yang berkualiti. Sebaliknya, jika
seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat, berkemungkinan
besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang diperlukan dan
sudah tentu kelemahan ini menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam
kalangan murid dan menyebabkan masih ramai murid yang tidak dapat mebina struktur
ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang dibuat. Selain itu,
guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu
dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu
berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam
kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat
membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat
menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di
ajar.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 7
Penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang kajian ilmu Sintaksis adalah sangat
penting. Hal ini merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan
pengajaran tatabahasa yang berkesan. Untuk memastikan penguasaan tatabahasa kita
menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat rujukan dan membaca
buku yang berkualiti. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang
merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Oleh
yang demikian, berdasarkan penulisan ini maka serba sedikit saya telah lebih
memahami bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis ini.
Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang
guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi
guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin
timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga
sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat
menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di
ajar.
3.0 RUMUSAN
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 8
Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Sintaksis Bahasa Melayu ini,
syukur Alhamdulillah banyak input-input dan pengalaman baru yang saya perolehi.
Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami
dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut
banyak memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut
lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada kepentingan menguasai
kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa melayu bagi
tugasan individu ini, manakala bagi tugasan berkumpulan ialah lebih kepada
menganalisis dan mensintesis ayat berdasarkan cerpen yang dipilih.
Berdasarkan tugasan individu ini, saya dapati penguasaan bidang kajian ilmu
sintaksis ini amatlah penting dan berkait rapat dengan ilmu tatabahasa di sekolah dan
dari segi pembinaan ayat kerana merupakan landasan yang mendasari perancangan
dan penyediaan pengajaran tatabahasa yang berkesan. Oleh sebab itu, kebanyakan
perbincangan tentang penguasaan ilmu Sintaksis ini selalunya mengenai hubungan
Sintaksis dan binaan ayat. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga
sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat
menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di
ajar. Jadi banyak perkara yang saya dapat daripada tugasan penulisan individu ini
Bagi tugasan kumpulan pula, saya telah lebih memahami dan fasih tentang
Sintaksis yang merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya
membuat kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses
pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa
keperluan ini amat penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang
Sintaksis secara tidak langsung dapat menjalankan sesi pengajaran dengan berkesan
dan berupaya mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kejayaan atau
kegagalan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada
kemampuan seorang guru itu sendiri untuk mendedahkan murid kepada pentingnya
pembelajaran yang berkesan.
4.0 REFLEKSI INDIVIDU
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 9
Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran
yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dari aspek kesukaran
pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber, masalah ini adalah kerana sumbernya
adalah terhad. Namun begitu, secara keseluruhannya saya berasa amat gembira
kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat banyak tugasan yang perlu
diselesaikan dengan segera. Semasa menjalankan analisis, saya sempat mendalami
bidang Morfologi terutamanya dalam golongan kata. Melalui pemahaman saya,
golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata sendi nama dan berdasarkan golongan kata ini kami dapat mengenal pasti sesuatu
ayat itu tergolong daripada frasa apa dari dari pemahaman yang asas inilah kami dapat
menganalisis sesuatu ayat itu dengan baik. Di samping itu, tugasan ini juga secara tidak
langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan pelajaran bagi subjek Sintaksis
ini.
Selain itu, tugasan ini juga turut membantu mengeratkan hubungan saya dan
rakan-rakan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini.
Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang
membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan
dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk
memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan
dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat
kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya
melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi
cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain.
Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang
ditetapkan melalui pembahagian tugasan. Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan
sekumpulan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya
mengatasi masalah tersebut.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 10
Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat
mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan
sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu
tugasan yang dihasilkan. Berdasarkan pembahagian tugasan yang dibuat, saya telah
mendapat tajuk untuk menganalisis ayat inti dan mensintesis pengguran ayat.
Sememangnya pada mulanya saya agak keliru dengan jenis ayat inti ini kerana didapati
ayatnya adalah lebih kurang sama dengan ayat dasar dan ayat tunggal. Padahal ayat
dasar dan ayat tunggal ini telah dianalisis oleh rakan saya yang lain. Setelah mencari
pelbagai sumber maklumat, saya dapati ayat ini boleh jadi ayat tunggal dan boleh juga
jadi ayat dasar asalkan ayat ini tidak mempunyai keterangan dan ianya hanya
mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan
terhadap diri saya. Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih
produktif dalam profesion perguruan kelak. Malah, saya juga mula sedar bahawa
bertapa pentingnya bidang Sintaksis. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai
bidang ini secara tidak langsung dapat memudahkan saya kelak dalam sesi
pengajaran. Disamping itu, saya juga dapati, pembelajaran subjek ini juga dapat
membantu saya dalam memahami struktur dan binaan ayat dengan lebih terperinci lagi.
.Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohd Nor bin Hamzah pensyarah
Sintaksis bahasa Melayu saya diatas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberikan dan
tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana binti Basri,
Nor Azrina Mohd Zainol dan Nur Afifah binti Ahmad di atas kerjasama yang diberikan.
InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-
baiknya.
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 11
Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Media Printext (M) Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Penyelidikan, diekses pada 20 Feb 2013 dari laman web :
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2011/wongsh.pdf
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan keenam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Yahya Othman, Roselan Baki, Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa
Melayu dari Teori ke Praktik. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd
APA Format - 6th Edition
RUJUKAN
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 12
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
xiaomei1029
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
fitri norlida
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Atykah Aura
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 

What's hot (20)

teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
aktiviti pra menulis
aktiviti pra menulisaktiviti pra menulis
aktiviti pra menulis
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 

Viewers also liked (7)

Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
Sains tingkatan4
Sains tingkatan4Sains tingkatan4
Sains tingkatan4
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 

Similar to tugasan sintaksis (20)

07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacana
 
Aspek tatabahasa tahun 3
Aspek tatabahasa tahun 3Aspek tatabahasa tahun 3
Aspek tatabahasa tahun 3
 
Memprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolahMemprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolah
 
Wacana
WacanaWacana
Wacana
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
2 krb3053
2 krb30532 krb3053
2 krb3053
 
07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 
Assignment kurikulum & pkaedhan dlm peng bm sem sept 2011 1
Assignment kurikulum & pkaedhan dlm peng bm sem sept 2011 1Assignment kurikulum & pkaedhan dlm peng bm sem sept 2011 1
Assignment kurikulum & pkaedhan dlm peng bm sem sept 2011 1
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasa
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingPrinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
 
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayuinterprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
 
Kebahasaan
KebahasaanKebahasaan
Kebahasaan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 

More from fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
fitri norlida
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
fitri norlida
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
fitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
fitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
fitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
fitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
fitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
fitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
fitri norlida
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pj
fitri norlida
 

More from fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pj
 

Recently uploaded

443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
luqmanhakimkhairudin
 

Recently uploaded (20)

Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANGMESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

tugasan sintaksis

  • 1. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1 Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Mengikut Nik Safiah Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul . Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui dengan lebih mendalam, menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Oleh yang demikian, antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi setiap guru bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa?. Berdasarkan persoalan tersebut, di dalam penulisan ini cuba membincangkan bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. 1.0 PENGENALAN
  • 2. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2 Penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu adalah antara keperluan asas yang penting bagi melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa, jika seseorang guru menguasai segala kandungan bidang ilmu ini, secara tidak langsung dia akan sedar akan hala tuju pengajarannya dan sudah tentu dapat menyesuaikan keperluan pengajaran seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Malah, mengikut pendapat Nik Safiah Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul. Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui dengan lebih mendalam dan menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Jadi, bagi guru bahasa Melayu sama ada berpengalaman mengajar ataupun guru permulaan, seharusnya perlulah sentiasa bersedia kerana dengan adanya pengetahuan tentang ilmu ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan peransang kepada komitmen yang tinggi terhadap tugasnya. Menurut Abdullah Hassan (1987), Sintaksis ialah bidang bahasa yang membincangkan pembentukan frasa, klausa, dan ayat . Manakala, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) pula mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu pula ada menyatakan unsur- unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. 2.0 KEPENTINGAN MENGUASAI KANDUNGAN BIDANG KAJIAN ILMU SINTAKSIS DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU
  • 3. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3 Penguasaan ilmu ini sememangnya amat berkait rapat dengan tatabahasa yang juga dianggap sebagai penentu kejayaan dalam perlaksanaan kandungan pengajaran bahasa Melayu, disamping faktor-faktor lain seperti kebolehan pelajar, iklim bilik darjah, latihan dan bahan pengajaran. Jadi, secara umumnya, persoalan yang sering ditimbulkan adalah mengenai pengetahuan dan penguasaan. Tanpa pengetahuan dan penguasaan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa?.Persoalan tersebut dianggap penting kerana pengetahuan dan penguasaan tentang ilmu sintaksis ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Malah, sangat mustahak bagi seorang guru mendapatkan pemahaman yang jelas tentang konsep Sintaksis ini kerana seterusnya, seseorang guru itu bolehlah membentuk dan mempunyai fahaman yang tersendiri tetapi haruslah disenangi, sesuai dan yang boleh dijalankan di dalam sesi pengajarannya di dalam kelas. Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat, berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang diperlukan. Malah, Sintaksis juga merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, penguasaan bahasa oleh guru bahasa Melayu seharusnya dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri apabila mengajar. Namun begitu, bahasa yang digunakan haruslah tidak bercanggah. Untuk itu, guru bahasa Melayu seharusnya menguasai tatabahasa yang tepat, lengkap dan mudah difahami untuk mencerminkan kebolehan guru tersebut dalaman penyampaian pengajaran yang berkesan. Malah, tatabahasa juga dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.
  • 4. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4 Ekoran daripada "Language Across the Curriculum" pula, lahirlah konsep bahasa Melayu Merentas Kurikulum di Malaysia. Perakuan ini menegaskan bahawa di peringkat sekolah, semua guru mata pelajaran perlu sedar akan proses-proses linguistik, pemerolehan maklumat, dan pemahaman serta implikasi penggunaan bahasa guru. Selain itu, guru bahasa Melayu terutamanya perlu sedar akan kehendak linguistik mata pelajaran masing-masing dan cara-cara membantu para pelajar menguasai bahasa terutamanaya struktur binaan ayat itu sendiri. Oleh itu, secara tidak langsung, penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang sintaksis yang merangkumi penguasaan tatabahasa dalam ayat ini haruslah dipertingkat kerana konsep ini penting bagi penggunaan dan penguasaannya demi menghayati hasrat sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan, dan bahasa pencerminan akal budi masyarakat di samping dapat mengajar dengan baik. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. Malah, penguasaan ilmu ini juga membolehkan pembinaan bahan bantu mengajar dan aktiviti diperkayakan. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, secara tidak langsung guru mengetahui ruang lingkup aspek binaan sintaksis iaitu berkenaan binaan ayat dan dapat menyediakan sumber pengajaran yang lebih membantu pelajar menguasai binaan dan struktur ayat dengan baik. Penguasaan bidang ilmu ini juga memudahkan pengurusan pengajaran. Pelajar akan lebih jelas dan faham apabila guru mempunyai hala tuju dalam pengajarannya.
  • 5. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5 Secara tidak langsung, langkah pengajaran juga dapat disesuaikan dengan kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar. Selain itu, penguasaan yang menyeluruh juga mampu membuatkan guru menyediakan soalan-soalan yang berkualiti dan melibatkan aras pemikiran yang tinggi tetapi masih sesuai untuk muridnya. Bagi mencapai hasrat ini, guru sebagai model harus meningkatkan kecekapan dalam berbahasa dan tatabahasa serta penguasaan ilmu dalam bidang Sintaksis ini supaya dapat terus menyampaikan isi pelajaran dalam bahasa yang mudah difahami, tepat, dan menggunakan gaya dan laras bahasa yang betul. Namun begitu, didapati bahawa guru-guru sebagai penyampai sebenarnya masih lemah dari segi penyampai tatabahasa bahasa Melayu. Kelemahan itu menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam kalangan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang dibuat. Malah, . Abdul Hamid Mahmood (1993), menyatakan bahawa sejak akhir-akhir ini kerap ditemui kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu, baik dari segi penggunaan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan frasa, mahupun penggunaan ayat. Faktor-faktor kelemahan mungkin berbeza-beza. Kelemahan itu, mungkin disebabkan oleh masalah pelajar, masalah negara, dan masalah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Namun, salah satu daripada faktor kelemahan itu adalah dari segi pencapaian akademik yakni pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu seseorang guru itu. Guru yang dimaksudkan itu meliputi guru terlatih dan guru pelatih. Mengikut Koh Boh Boon (1988), sesetengah guru pelatih itu memperlihatkan taraf penguasaan tatabahasa bahasa Melayu yang kurang memuaskan, mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang memang tidak dijangkakan. Seterusnya, kelemahan dalam tatabahasa bahasa Melayu ini dibawa oleh guru pelatih ke bilik darjah dan menjejaskan keberkesanan pengajaran mereka. Justeru, guru-guru harus mempunyai mutu yang tinggi dalam pengetahuan Sintaksis bahasa Melayu ini dan terus bersikap positif bagi menjayakan pengajaran bahasa Melayu dengan berkesan.
  • 6. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 6 Kesimpulannya, pada pendapat saya penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis secara menyeluruh dalam kalangan guru ini amatlah penting, kerana dapat membantu dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Malah, penguasaan bidang ini juga dapat dilihat melalui cara penyampaian pengajaran guru itu sendiri. Guru yang berjaya menguasai bidang ilmu ini secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi pengajaran yang menyeronokkan dan dapat merancang dan menyediakan sesi pengajaran yang berkualiti. Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat, berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang diperlukan dan sudah tentu kelemahan ini menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam kalangan murid dan menyebabkan masih ramai murid yang tidak dapat mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang dibuat. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar.
  • 7. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 7 Penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang kajian ilmu Sintaksis adalah sangat penting. Hal ini merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran tatabahasa yang berkesan. Untuk memastikan penguasaan tatabahasa kita menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat rujukan dan membaca buku yang berkualiti. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Oleh yang demikian, berdasarkan penulisan ini maka serba sedikit saya telah lebih memahami bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis ini. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. 3.0 RUMUSAN
  • 8. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 8 Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Sintaksis Bahasa Melayu ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa melayu bagi tugasan individu ini, manakala bagi tugasan berkumpulan ialah lebih kepada menganalisis dan mensintesis ayat berdasarkan cerpen yang dipilih. Berdasarkan tugasan individu ini, saya dapati penguasaan bidang kajian ilmu sintaksis ini amatlah penting dan berkait rapat dengan ilmu tatabahasa di sekolah dan dari segi pembinaan ayat kerana merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran tatabahasa yang berkesan. Oleh sebab itu, kebanyakan perbincangan tentang penguasaan ilmu Sintaksis ini selalunya mengenai hubungan Sintaksis dan binaan ayat. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. Jadi banyak perkara yang saya dapat daripada tugasan penulisan individu ini Bagi tugasan kumpulan pula, saya telah lebih memahami dan fasih tentang Sintaksis yang merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa keperluan ini amat penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang Sintaksis secara tidak langsung dapat menjalankan sesi pengajaran dengan berkesan dan berupaya mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kejayaan atau kegagalan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan seorang guru itu sendiri untuk mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran yang berkesan. 4.0 REFLEKSI INDIVIDU
  • 9. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 9 Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dari aspek kesukaran pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber, masalah ini adalah kerana sumbernya adalah terhad. Namun begitu, secara keseluruhannya saya berasa amat gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera. Semasa menjalankan analisis, saya sempat mendalami bidang Morfologi terutamanya dalam golongan kata. Melalui pemahaman saya, golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama dan berdasarkan golongan kata ini kami dapat mengenal pasti sesuatu ayat itu tergolong daripada frasa apa dari dari pemahaman yang asas inilah kami dapat menganalisis sesuatu ayat itu dengan baik. Di samping itu, tugasan ini juga secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan pelajaran bagi subjek Sintaksis ini. Selain itu, tugasan ini juga turut membantu mengeratkan hubungan saya dan rakan-rakan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang ditetapkan melalui pembahagian tugasan. Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya mengatasi masalah tersebut.
  • 10. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 10 Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan yang dihasilkan. Berdasarkan pembahagian tugasan yang dibuat, saya telah mendapat tajuk untuk menganalisis ayat inti dan mensintesis pengguran ayat. Sememangnya pada mulanya saya agak keliru dengan jenis ayat inti ini kerana didapati ayatnya adalah lebih kurang sama dengan ayat dasar dan ayat tunggal. Padahal ayat dasar dan ayat tunggal ini telah dianalisis oleh rakan saya yang lain. Setelah mencari pelbagai sumber maklumat, saya dapati ayat ini boleh jadi ayat tunggal dan boleh juga jadi ayat dasar asalkan ayat ini tidak mempunyai keterangan dan ianya hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri saya. Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan kelak. Malah, saya juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya bidang Sintaksis. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai bidang ini secara tidak langsung dapat memudahkan saya kelak dalam sesi pengajaran. Disamping itu, saya juga dapati, pembelajaran subjek ini juga dapat membantu saya dalam memahami struktur dan binaan ayat dengan lebih terperinci lagi. .Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohd Nor bin Hamzah pensyarah Sintaksis bahasa Melayu saya diatas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberikan dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana binti Basri, Nor Azrina Mohd Zainol dan Nur Afifah binti Ahmad di atas kerjasama yang diberikan. InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik- baiknya.
  • 11. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 11 Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Penyelidikan, diekses pada 20 Feb 2013 dari laman web : http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2011/wongsh.pdf Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan keenam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Yahya Othman, Roselan Baki, Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd APA Format - 6th Edition RUJUKAN
  • 12. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 12 LAMPIRAN