Dokumen tersebut membahas tentang proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, termasuk empat bentuk kata dasar (kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda) dan berbagai contoh pola pembentukan kata untuk masing-masing bentuk."
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
tugasan morfologi
1. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1
TUGASAN
BERKUMPULAN
2. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2
1.0 PENGENALAN
Tugasan kerja kursus bagi Morfologi Bahasa Melayu (BMM 3109) ini adalah berkaitan
dengan menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu
termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan pembentukan kata
baharu. Tugasan ini juga perlu menganalisis pembentukan kata bahasa Melayu yang
terdapat dalam artikel sebuah akhbar tempatan.
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem
bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai
proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh
diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat
empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk
kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata
lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya.
Matlamat tugasan ini ialah dapat menjelaskan dan menghuraikan proses
pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Selain itu, matlamat yang kedua ialah dapat
membuat analisis terhadap pembentukan kata dalam bahasa Melayu berdasarkan teks
yang dikaji.Di samping itu juga, melalui tugasan ini dapat mengklasifikasikan pelbagai
golongan kata dalam bahasa Melayu.
3. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3
2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataanya. Ada bentuk
perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, putih, dan tinggal. Terdapat juga
perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Contoh pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang
dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa dan perkataan yang
dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah. Menurut Nik Safiah
Karim (1996), perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kita dapat membentuk perkataan
baharu melalui tiga cara. Kita dapat membentuk perkataan baharu dengan
menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan. Kita juga boleh
membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan perkataan kepada suatu
perkataan lain iaitu kata majmuk. Malah, kita juga boleh membentuk perkataan baharu
dengan menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. Manakala, perkataan yang
diimbuhankan, digabungkan dan digandakan inilah yang dipanggil kata tunggal. Oleh
yang demikian, proses pembentukan kata ini menghasilkan bentuk kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda seperti dalam rajah di bawah.
Rajah 2.1 : Proses Pembentukan Kata
Pembentukan Kata
Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
4. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4
2.1 KATA TUNGGAL
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak mengalami sebarang proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan tergolong di dalam jenis kata tunggal.
Kata tunggal merupakan bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang
mendirikan perkataan itu sendiri. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal,
iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata atau lebih.
Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan,
seperti ini, itu, sana dan sini, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu
mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi
suku kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Sesuatu suku kata itu boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vocal disertai
satu konsonan (K), atau satu vocal dengan beberapa konsonan.Konsonan-konsonan itu
boleh hadir sama ada di hadapanatau di belakang vocal atau serentak di hadapan dan
di belakang. Malah, terdapat juga konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
2.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata
Kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad jumlahnya dan
ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing, terutamanya bahasa
Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi
perkataan dua suku kata atau lebih, contohnya engkau menjadi kau dan aku menjadi
ku. Namun demikian, perkataan tersebut tidak dianggap sebagai kata tunggal satu suku
kata.
Pola gabungan konsonan dan vokal dalam kata tunggal satu suku kata bahasa Melayu
adalah seperti berikut:
5. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV ya yu
VK am
KVK tin lap
KKVK draf krim
KVKK zink bank
KKKV skru
KKKVK straw skrip
2.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata
Sebahagian besar perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata.
Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut:
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
V + KV ibu itu
V + VK aur ais
V + KVK ayah arang
VK + KV erti undi
VK + KVK anjung arkib
KV + V dua bau
KV + VK buih liat
KV + KV mata nasi
KV + KVK kotak surat
KVK + KV tangga pintu
KVK + KVK tunggul songkok
Jadual 2.1.1
Jadual 2.1.2
6. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 6
2.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Jumlah kata tunggal tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil jika dibandingkan
dengan kata tunggal dua suku kata. Tambahan pula, kata tunggal jenis ini merupakan
perkataan yang terdiri daripada kata-kata pinjaman. Walaupun begitu, pola-pola
susunan konsonan dan vokalnya agak banyak dan pelbagai. Antara polanya:
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV + V + KV kuala niaga
KV + V + KVK ziarah siasat
V + KV+ V urea idea
KV + KV + V ceria mulia
KVK + KV + V rahsia rumbia
KV + KV + VK haruan sekian
KVK + KV + VK manfaat lengkuas
V + KV + KV asasi udara
V + KV + KVK ibarat akibat
VK + KV + KV indera almari
KV + KV + KV keliru budaya
KVK + KV + KV gembala misteri
VK + KV + VK ikhtiar ilmiah
V + KV + VK akaun elaun
KV + KV + KVK minimum kabinet
KVK + KV + KVK mahkamah martabat
KV + KVK + KV keranda belanja
KV + KVK + KVK kelompok gelombang
KVK + KVK + KV sempurna
Jadual 2.1.3
7. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 7
2.1.4 Kata Tunggal EmpatSuku Kata danLebih
Kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih juga amat kecil
bilangannya. Sebahagian daripada perkataan ini ialah kata pinjaman seperti contoh
yang berikut:
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV + KV + VK + KV keluarga biduanda
KV + KVK + KV + KV sejahtera sementara
KVK + KV + KV + KV bendahara laksamana
KVK + KV + V + KV sentiasa
KV + KV + KV + KV selesema samudera
KV + KV + KV + KVK muzakarah hulubalang
KVK + KV + KV + KVK sentimeter
KVK + KVK + KV + KV singgahsana
KV + KV + V + KVK nasional mesyuarat
V + KV + KVK + KV + KV universiti
KVK + KV + KV + KV + KVK kosmopolitan cenderawasih
KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela
Jadual 2.1.4
8. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 8
2.1.5 ANALISIS KATA TUNGGAL
Kata Tunggal Satu Suku Kata
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV di ke
VK
KVK dan hal jam
KKVK
KVKK yang
KKKV
KKKVK
Kata Tunggal Dua Suku Kata
SUKU
KATA
CONTOH PERKATAAN
V + KV itu ini ada ibu
V + VK air
V + KVK akan akar atas awal ular alam
VK + KV
VK + KVK untuk
KV + V dua
KV + VK luas naik laut
KV + KV hati lagi jadi bagi kita satu
KV + KVK sikap tidak bahan botol taman wakil
KVK + KV pintu
KVK +
KVK
sampah bahkan jumlah renjer
9. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 9
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV + V + KV
KV + V + KVK
V + KV+ V
KV + KV + V
KVK + KV + V
KV + KV + VK meriah keluar serius
KVK + KV + VK
V + KV + KV usaha
V + KV + KVK
VK + KV + KV
KV + KV + KV negara mereka ketika kerana
KVK + KV + KV tumpuan sendiri
VK + KV + VK
V + KV + VK
KV + KV + KVK kawasan penahan kelibat habitat
KVK + KV + KVK penduduk jambatan kumpulan mendadak
KV + KVK + KV seperti peserta
KV + KVK + KVK setempat melimpah
KVK + KVK + KV
10. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 10
Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
SUKU KATA CONTOH PERKATAAN
KV + KV + VK + KV keluarga
KV + KVK + KV + KV
KVK + KV + KV + KV
KVK + KV + V + KV sentiasa
KV + KV + KV + KV fenomena manakala
KV + KV + KV + KVK kehadiran perubahan
KVK + KV + KV + KVK
KVK + KVK + KV + KV
KV + KV + V + KVK keluasan
V + KV + KVK + KV + KV universiti
KVK + KV + KV + KV + KVK
KV + KV + KV + KV + KV + KV
11. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 11
2.2KATA TERBITAN
Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat
sementara kata dasar ialah morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Imbuhan
ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, tetapi perlu
diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Imbuhan dibahagikan
kepada empat iaitu :
i) Awalan ( hadir sebelum kata dasar )
ii) Akhiran ( hadir sesudah kata dasar )
iii) Apitan ( hadir dengan mengapit kata dasar, iaitu dua imbuhan
hadir serentak diawal dan akhir kata dasar )
iv) Sisipan ( hadir dicelah kata dasar )
2.2.1 KATA TERBITAN AWALAN
Wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan.
Contoh Awalan Kata Nama adalah seperti berikut:
pe- pelari ke- ketua
pem- pembawa juru- juruukur
pen- pendatang maha- mahasiswa
peng- penggali tata- tatabuku
penge- pengebom pra- prasejarah
pel- pelajar sub- subtajuk
per- pertapa supra- suprakelas
pe- pedalaman dwi- dwibahasa
Jadual 2.2.1: (i) Awalan kata nama
12. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 12
Contoh Awalan Kata Kerja:
me- melawan ber- berjalan
mem- membawa be- beraja
men- mendaki bel- belajar
meng- menggali ter- terjebak
menge- mengecat di- diatur
memper- memperisteri diper- diperisteri
Jadual 2.2.1: (ii) Awalan kata kerja
Contoh Awalan Kata Adjektif
ter- terbesar
te- teruncing
se- secantik
Jadual 2.2.1: (ii) Awalan kata Adjektif
13. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 13
2.2.2 ANALISIS KATA TERBITAN BERDASARKAN ARTIKEL
1) Kata Terbitan Awalan
Kata Nama
pe- pesisir, penahan
pen- penduduk
peng- penghujung, pengurusi
eko- ekosistem
Kata Kerja
me- meminta, memancing ber-
bermain, bermula, berlaku,
bertugas, bertambah,
berubah, berpesta
mem- membawa be- bekerjasama
men-
mendadak, menjadi,
menurut ter-
tersangkut, tersebut,
terjejas, terletak
meng-
mengganggu,
mengutip,mangapa,
mengelak, mengalir
di- dibuat, dipandang
14. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 14
Kata Adjektif
se- sesuka, semula, sebanyak, seawal, seluas, sebuah, setinggi
2) Kata Terbitan Akhiran
Wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.
Contoh Akhiran Kata Nama.
-an pakaian -isme nasionalism
-wan sasterawan -in hadirin
-man budiman -at hadirat
-wati seniwati -ah ustazah
Contoh Akhiran Kata Kerja.
-kan besarkan
-i turuti
15. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 15
3) Kata Terbitan Akhiran
Kata Nama
-an buangan, minuman, kumpulan, hakisan
Kata Kerja
-kan galikan
-i duduki
4) Kata Terbitan Berapitan
Hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan
Contoh Apitan Kata Nama
pe-…-an pelaksanaan pe-...-an pesisiran
pem….-an pembuatan per-…-an persalinan
pen…-an pentakrifan Pel-…-an pelajaran
penge-…-an pengesahan Ke-…-an kelebihan
16. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 16
Contoh Apitan Kata Kerja
me-…-kan memainkan me-…-i melalui
mem-…-kan membaharukan men-…-i mencurigai
men-…-kan mendermakan mem-…-i membaharui
meng-…-kan menggunakan meng-…-i menganggotai
menge-…-kan mengepinkan di-…-i dimulai
ber-…kan beralaskan diper-…-kan diperdengarkan
ber-…-an berlanjutan diper-..-i diperingati
di-…-kan dibiarkan memper-…-kan memperdengarkan
Contoh Apitan Kata Adjektif
ke-…-an kearaban, kecinaan
5) Kata Terbitan Apitan
Kata Nama
per-…-an permukaan
pem….-an pembersihan, pembuangan
ke…-an keseimbangan
17. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 17
Kata Kerja
me-…-kan
memudahkan,
memusnahkan ber-…-an
berkenaan,
berterbangan,
berhampiran.
mem-…-kan
membersihkan
di-…-kan
dihanyutkan,
dimaklumkan
men-…-kan
menjejaskan,
menyebabkan di-…-i dikenali, ditemui
meng-…-kan
mengembalikan,
menguruskan,
mengekalkan,
mengharapkan
diper-…-kan diperlakukan
ke-…-an kelihatan, kehadiran
Kata Adjektif
ke-…-an keindahan, ketinggian
6) Kata Terbitan Bersisipan
Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan
tidak dapat hadir dalam perkataan- perkataan yang lain kecuali dalam beberapa
istilah yang baru dicipta. Hadir didalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja.
Contoh Sisipan Kata Nama
-el- telunjuk
-er- seruling
18. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 18
Contoh Sisipan Kata Kerja
-el- jelajah
Contoh Sisipan Kata Adjektif
-el- selerak
-er- gerodak
-em- gemilang
-in- sinambung
7) KATA TERBITAN BERSISIPAN
Kata Kerja
-el- selama
Kata Adjektif
-em- semangat
19. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 19
2.3 KATA MAJMUK
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
Dalam ayat yang mudah, kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar yang
membentuk perkataan yang membawa satu maksud. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
Misalnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur
lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat
diselitkan kata hubung ‘dan’. Oleh yang demikian, dalam bahasa Melayu bentuk kata
majmuk ini dapat dikenalpasti berdasarkan jenisnya iaitu dapat dibahagikan kepada tiga
kelompok, seperti dalam jadual yang berikut:
KATA MAJMUK
RANGKAIAN KATA BEBAS ISTILAH KHUSUS MENDUKUNG MAKSUD KIASAN
air hujan urus setia manis mulut
terima kasih hak milik berat tangan
alat tulis mata pelajaran pilih kasih
kapal terbang atur cara makan angin
Perdana Menteri kemas kini kaki ayam
Jadual 2.3.1: Jenis Kata Majmuk
20. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 20
2.3.1 Bentuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar. Oleh yang demikian, perkataan ini tetap dieja bercantum
sebagai satu perkataan. Contoh-contoh bentuk kata tersebut adalah seperti yang
berikut:
antarabangsa kerjasama suruhanjaya kakitangan warganegara
beritahu olahraga tandatangan sukarela setiausaha
bumiputera matahari tanggungjawab pesuruhjaya jawatankuasa
Jadual 2.3.2: Contoh Bentuk Perkataan yang telah Mantap
Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan
yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu lazimnya dieja
bercantum. Contohnya seperti dalam jadual berikut:
KATA NAMA KATA
ADJEKTIF
KATA SENDI
NAMA
KATA
HUBUNG
KATA TANYA
peribadi
dinihari
peribahasa
perikemanusiaan
sukacita
dukacita
kepada
daripada
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal
bagaimana
kenapa
Jadual 2.3.3: Bukan Kata Majmuk yang tergolong dalam Golongan Kata yang tertentu
21. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 21
2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis Menteri-Menteri besar balai-balai raya
gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang model-model linear
suku-suku kata garis-garis pusat Naib-Naib Canselor
Jadual 2.3.4 : Contoh Penggandaan Unsur Pertama Kata Majmuk
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap iaitu
penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Rajah 2.3.1 : Contoh Penggandaan Keseluruhan Unsur Kata Majmuk
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
jawatankuasa-jawatankuasa
22. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 22
2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau
akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya:
campur aduk bercampur aduk
ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual
Jadual 2.3.5 : Contoh Pengimbuhan Kata Majmuk (ejaan terpisah)
ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya
menjadi bercantum. Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
satu padu menyatupadukan
urus niaga diurusniagakan
Jadual 2.3.6 : Contoh Pengimbuhan Kata Majmuk (ejaan bercantum)
23. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 23
2.3.4 ANALISIS PEMBENTUKAN KATA MAJMUK BERDASARKAN ARTIKEL
Berdasarkan analisis daripada Artikel Air Pasang Besar di Tanjung Piai yang ditulis
oleh Fahami Ahmad, terdapat beberapa bentuk kata majmuk yang telah dapat
dikenalpasti. Setelah diteliti, sememangnya pembentukan kata majmuk ini adalah hasil
daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna yang khusus. Secara tidak langsung, gabungan dua kata dasar ini
akan membentuk perkataan dan membawa satu maksud.
Berikut merupakan hasil analisis pembentukan kata majmuk yang terdapat di dalam
artikel mengikut jenisnya:
BIL RANGKAIAN KATA
BEBAS
ISTILAH KHUSUS MENDUKUNG MAKSUD
KIASAN
1 akar pokok semula jadi sekelip mata
2 pesisir pantai air pasang
3 botol minuman
4 suka hati
5 sampah sarap
6 air laut
7 tanah selut
8 pintu masuk
9 penduduk setempat
10 buku lali
11 ibu bapa
12 anak sungai
13 tengah hari
14 pokok bakau
Jadual 2.3.7 : Analisis Kata Majmuk
24. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 24
Selain itu, berdasarkan analisis yang dibuat terdapat sebilangan kecil bentuk kata
majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang
utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Oleh yang
demikian, perkataan ini tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan.
Berikut merupakan hasil analisis bentuk kata majmuk yang telah mantap yang
terdapat di dalam petikan:
BIL ANALISIS
ARTIKEL
KATA DASAR KATA MAJMUK YANG
TELAH MANTAP
IMBUHAN
1 kakitangan kaki tangan kakitangan -
2 sukarelawan suka rela sukarela -wan
3 bertanggungjawab tanggung jawab tanggungjawab ber-
4 bekerjasama kerja sama kerjasama be-
5 memberitahu beri tahu beritahu mem-
Jadual 2.3.8 : Analisis Kata Majmuk yang telah Mantap
Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, di dalam artikel ini juga terdapat
beberapa perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata
tertentu lazimnya dieja bercantum. Contohnya seperti dalam jadual berikut:
KATA SENDI NAMA KATA HUBUNG KATA TANYA
daripada apabila
manakala
bagaimana
Jadual 2.3.9 : Analisis kata majmuk yang bukan tergolong dalam golongan kata
tertentu lazimnya dieja bercantum
+
+
+
+
+
25. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 25
2.4 KATA GANDA
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya.
Dalam proses demikian itu, penggandaan boleh melibatkan seluruh atau sebahagian
kata dasar. Kata dasar ini boleh juga digandakan secara serentak, yakni dengan
perubahan bunyi tertentu, baik pada huruf vokal mahupun huruf konsonan.
Kata Ganda terbahagi kepada empat jenis iaitu:
Rajah 2.4.1 Jenis Kata Ganda
2.4.1 Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Penuh ialah kata dasar yang diulang seluruhnya tanpa sebarang
perubahan bentuk.
Contoh Kata Ganda Penuh
Anak-anak Buku-buku
Baik-baik Bilik-bilik
Kuat-kuat Jelas-jelas
Jadual 2.4.1 Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Penuh bermaksud banyak atau beraneka jenis.
Contoh ayat Kata Ganda Penuh
1.Daun-daun kelapa itu boleh dibuat ketupat.
2.Anak-anak Encik Hashim semuanya belajar sehingga ke menara gading.
Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Berimbuhan
Kata Ganda Berentak
26. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 26
Kata Ganda Penuh bermaksud satu.
Biri-biri Anai-anai
Agar-agar Laying-layang
Jadual 2.4.2 Kata Ganda Penuh
Contoh Ayat :
1. Pak Ali menternak sekandang biri-biri di kampung.
2. Kamal pandai membuat layang-layang daripada buluh.
2.4.2 Kata Ganda Separa
Kata Ganda Separa ialah pengulangan pada sebahagian kata dasar dengan cara
menyingkatkan bahagian pertama kata dasar tersebut.
Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal “e”.
Contoh Kata Ganda Separa
Langit-langit lelangit
Sungut-sungut Sesungut
Kisi-kisi Kekisi
Kabu-kabu Kekabu
Jadual 2.4.3 Kata Ganda Separa
Contoh ayat Kata Ganda Separa
1. Kedengaran bunyi reriang di pinggir hutan.
2. Jejaka berkulit hitam manis itu anak Encik Ahmad.
27. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 27
2.4.3 Kata Ganda Berirama
Kata Ganda Berirama ialah kata ganda yang mengalami persamaan bunyi sama ada di
pangkal,di tengah atau di hujung kata.
Contoh Kata Ganda Berirama:
Persamaan Bunyi di Pangkal i. Lalu-lalang
ii. Beli-belah
iii. Dentam-dentum
Persamaan Bunyi di Hujung i. Karut-marut
ii. Cerai-berai
iii. Calar-balar
Penyesuaian Bunyi Seluruhnya i. Compang-camping
ii. Dolak-dalik
iii. Huyung-hayang
Jadual 2.4.4 Kata Ganda Berirama
2.4.5 Kata Ganda Berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa
awalan, akhiran, sisipan, atau apitan.
Contoh:
Awalan Berangan-angan.mengangguk-
angguk.jahit-menjahit,teresak-esak
Akhiran Bau-bauan,sayur-sayuran,rumah-
rumahan,puji-pujian,wangi-wangian
Sisipan Tali-temali,turun-temurun,tulang-
temulang
Apitan Sehari-harian,bersorak-sorakan,kunjung-
mengunjungi
Jadual 2.4.5 Kata Ganda Berimbuhan
28. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 28
Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas (kata keterangan).
Kata Nama Buah-buahan,daun-daunan,sayur-
sayuran,tumbuh-tumbuhan
Kata Kerja Bantu-membantu,kasih-
mengasihi,meminta-minta
Kata Adjektif Besar-besaran,kecil-kecilan,kenak-
anakan,kegila-gilaan
Kata Tugas Mati-matian,turun-temurun,mudah-
mudahan,setidak-tidaknya
Jadual 2.4.6 Kata Ganda Berimbuhan
29. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 29
2.4.6 ANALISIS PEMBENTUKAN KATA GANDA BERDASARKAN TEKS PETIKAN
Ayat 1
Kata Ganda Riuh-rendah
“Kelihatan beberapa kelibat haiwan seperti ular,ketam,monyet dan sebagainya yang
menjadikan kawasan itu sebagai habitat mula riuh-rendah menyelamatkan diri.”
Kata Ganda riuh-rendah mempunyai maksud yang sama seperti hingar-bingar
dan hiruk pikuk. Kata Ganda riuh-rendah tergolong dalam kumpulan Kata Ganda
Berirama.
Kata Ganda riuh-rendah dibina dengan menambahkan perkataan yang lain
bunyinya kepada perkataan asal.
Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
+ =
Kata Ganda Berirama riuh-rendah termasuk dalam golongan kata adjektif.
riuh rendah riuh-rendah
30. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 30
3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa tugasan projek BMM 3109 Morfologi
Bahasa Melayu ini merangkumi proses pembentukan kata yang terdiri daripada kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, penggolongan kata iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas serta menghasilkan satu refleksi
mengenai pandangan peribadi terhadap proses pembentukan kata bahasa melayu
dalam usaha memperkembang dan memperkayakan kosa kata bahasa melayu.
Tugasan berkumpulan melibatkan penganalisian artikel di dalam akhbar
mengenai penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Perkataan dalam sesuatu bahasa
dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu seperti yang telah dinyatakan. Analisis
artikel melibatkan keempat-empat golongan kata tersebut. Tugasan individu terbahagi
kepada dua iaitu pembinaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan
pembentukan kata bahasa melayu. Terdapat duu atau lebih aktiviti bagi setiap
pembentukan kata yang telah disertakan dengan bahan bantu mengajar di bahagian
lampiran. Soalan yang kedua ialah pembinaan refleksi berdasarkan pandangan peribadi
individu. Refleksi yang dibina mengandungi pandangan yang disertakan dengan hujah-
hujah yang dapat menyokong setiap isi.
Objektif tugasan projek ini tercapai apabila dapat menyediakan satu buku
tugasan yang mengandungi analisis penggolongan kata dalam artikel iaitu sama ada
kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas, pembinaan aktiviti berdasarkan dua
daripada empat penggolongan kata yang disertakan dengan bahan bantu mengajar
serta penulisan refleksi yang melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Akhir sekali
kerjasama antara kumpulan dan nilai-nilai murni dapat dipupuk dengan baik.
31. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 31
TUGASAN INDIVIDU
32. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 32
FARAH FAZRIYANA
BINTI BASRI
33. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 33
SOALAN A - AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
(KATA KERJA)
Tarikh : 14 Mac 2013
Hari : Isnin
Tahun : 4 Bestari
Bilangan Murid : 20 orang
Tema : Nilai-Nilai Murni
Tajuk : Tolong Menolong Amalan Mulia
Aktiviti :
1) Membaca teks petikan dan menyenaraikan kata kerja berdasarkan teks petikan dan
melakonkan perbuatan kata kerja tersebut.
2)Membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang terdapat dalam teks petikan
bergambar.
Langkah 1-
1. Guru menerangkan kepada murid-murid mengenai pengertian kata kerja.
-Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti
menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
34. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 34
Aktiviti 1 -
1. Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan.Setiap kumpulan
mempunyai lima orang murid.
2. Guru mengedarkan teks petikan ‘Gotong Royong Bersama Keluarga’ kepada
setiap kumpulan. (Lampiran 1)
3. Murid-murid diminta membaca teks petikan ‘Gotong Royong Bersama Keluarga’
bersama-sama guru.
4. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks
petikan ‘Gotong Royong Bersama Keluarga’ dan menulis di atas kad manila.
(Lampiran 2)
5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan jawapan kata kerja yang
terdapat dalam teks petikan ‘Gotong Royong Bersama Keluarga’ di hadapan
kelas.
6. Guru meminta setiap kumpulan melakonkan perbuatan kata kerja berdasarkan
pembentangan jawapan.
Fokus Penggabungjalinan Aktiviti 1 :
Bagi aktiviti satu, guru menerapkan penggabungjalinan ketiga-tiga jenis kemahiran iaitu
kemahiran membaca,kemahiran lisan dan kemahiran menulis. Guru meminta murid
membaca teks petikan dan menyenaraikan kata kerja serta membentangkan jawapan di
hadapan kelas. Selain itu, guru menerapkan penggabungjalinan bahan bantu mengajar
iaitu teks petikan ‘Gotong-Royong Bersama Keluarga’ berdasarkan tema pengajaran.
Bagi penggabungjalinan aktiviti, guru menggabungkan aktiviti lisan iaitu kemahiran
bertutur dalam membentangkan jawapan kata kerja dan melakonkan perbuatan kata
kerja tersebut.
35. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 35
Aktiviti 2-
1. Guru mengedarkan teks petikan bergambar kepada setiap kumpulan.
(Lampiran 3)
2. Murid-murid diminta membaca teks petikan dengan nada yang kuat.
3. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan.
(Lampiran 4)
4. Guru meminta setiap kumpulan membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja
yang terdapat dalam teks petikan bergambar.
5. Guru memberi panduan kepada murid-murid.
Fokus Penggabungjalinan Aktiviti 2 :
Bagi aktiviti dua, guru menerapkan penggabungjalinan kemahiran membaca ,kemahiran
bertutur dan kemahiran menulis.Murid diberikan teks petikan bergambar dan murid
perlu menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks petikan bergambar dan perlu
membina ayat berdasarkan kata kerja.Selain itu, guru menerapkan penggabungjalinan
bahan iaitu bahan bantu mengajar teks petikan bergambar yang berkait dengan tema
pembelajaran. Guru juga menerapkan penggabungjalinan aktiviti kemahiran membaca
teks petikan bergambar dan aktiviti menulis iaitu membina ayat tunggal berdasarkan
kata kerja.
36. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 36
Lampiran 1
Teks Petikan ‘Gotong Royong Bersama Keluarga’
37. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 37
Lampiran 2
38. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 38
Lampiran 3
Lampiran 4
41. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 41
SOALAN B
REFLEKSI PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU DALAM
USAHA MEMPERKEMBANGKAN DAN MEMPERKAYAKAN KOSA KATA BAHASA
MELAYU
Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan,
iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat
perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, morfologi boleh diertikan
sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit
bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.
Bahasa Melayu diperkembangkan perbendaharaan kata melalui pembentukan
kata.Ia merupakan proses membentuk sesuatu perkataan.Perkataan dalam sesuatu
bahasa mengandungi bentuk.Bentuk perkataan bermaksud rupa pada unsur
tatabahasa. Oleh itu, perkataan dalam Bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada empat
bentuk iaitu kata tunggal,kata terbitan,kata ganda dan kata majmuk. Kata tunggal ialah
perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan
contohnya perkataan seluar. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya
yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Kata terbitan
ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Kata Majmuk pula ialah perkataan yang
dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil
membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah
contohnya biru laut.
42. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 42
Proses pembentukan kata yang pelbagai ini dapat memperkembangkan dan
memperkayakan kosa kata bahasa Melayu melalui penggunaan perkataan yang
mengandungi maksud yang berbeza.Sebagai contoh bagi kata majmuk yang
merupakan kata yang digabungkan dan membawa maksud baharu yang berbeza
dengan maksud asal.Antaranya ialah perkataan rumah sakit tidak menggambarkan
makna bagi binaan untuk tempat tinggal tetapi merujuk kepada rumah untuk merawat
orang sakit iaitu hospital. Selain daripada membezakan maksud, kata majmuk juga
dapat membawa maksud simpulan bahasa dan menjadikan kosa kata bahasa Melayu
lebih indah dan pelbagai dalam penulisan bahasa melayu sebagai contoh simpulan
bahasa anak emas,kaki bangku,ringan tulang dan sebagainya.
Selain itu, penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu membantu
memperkembangkan kosa kata dalam penulisan bahasa Melayu. Tidak ada bahasa di
dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab,
bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Sebagai bahasa yang pesat
berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama
dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Proses penyerapan unsur asing
dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima
meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara
atau kaedah yang berperaturan dan sistematik.Sebagai contoh perkataan bahasa
Inggeris ‘automatic’ diserapkan ke dalam bahasa Melayu menjadi ‘automatik’.
Bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu sehingga kini.Hal ini
dapat meningkatkan keupayaan kosa kata bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.Disamping itu, perkembangan kosa kata perbendaharaan boleh dicapai melalui
istilah bukan pinjaman. Ia terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu kata umum dan
kata terbitan yang dihasilkan daripada kata pengimbuhan.Antara contoh istilah geografi
seperti latitud,hutan paya air tawar,timur laut,bintang,hutan sederhana dan
sebagainya.Bagi kata umum kepada kata terbitan ialah duduk kepada menduduki,besar
kepada pembesar,turun kepada keturunan,saing kepada persaingan dan sebagainya.
43. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 43
Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang
bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui
proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak
perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan “serap” apabila mengalami
proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu
‘menyerap’, ‘menyerapkan’, ‘penyerapan’, ‘terserap’, ‘menyerapi’, ‘serapan’,
‘terserapkan’, ‘daya serap’, dan sebagainya. Penerbitan perkataan-perkataan
baharu secara lansung telah menambahkan kosa kata bahasa Melayu.
Kesimpulannya, proses pembentukkan kata telah memperkembangkan kosa
kata bahasa Melayu dan sesebuah penulisan mahupun dalam komunikasi
seharian.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya
yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur
ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana
setiap perkataan berbeza dari segi makna. Dari segi pembentukan kata pula,
kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu
menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil
daripada perkembangan ilmu tertentu ia telah mengayakan perbendaharaan perkataan
bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
44. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 44
FITRI NORLIDA BINTI
IBRAHIM
45. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 45
PENGGOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif / Sifat
Kata Tugas
Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.
Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama
Golongan Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata TugasKata Adjektif
46. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 46
Kata Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata
nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri
makna perkataannya, iaitu :
Hidup atau tak hidup
Manusia atau bukan manusia
Institusi atau bukan institusi
Konkrit atau abstrak
Berbilang atau tak berbilang
Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan
sebagainya.
Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
Hidup (manusia dan bukan manusia)
Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak
berbilang)
Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas tak hidup
47. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 47
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada :
i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk
pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti
nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk
menunjuk pada yang dekat.
ii) Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu
benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada
dua kumpulan, iaitu:
Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi
menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga
bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk
orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang
merujuk benda dan orang.
Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk
kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang
pertama, orang kedua dan orang ketiga.
48. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 48
KATA KERJA
Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan.
Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.
Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja
transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang
menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja transitif
pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti
oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata
kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
KATA KERJA
kata kerja transitif
kata kerja transitif aktif
kata kerja transitif pasif
kata kerja tak transitif
kata kerja tak transitif
berpelengkap
kata kerja tak transitif tak
berpelengkap
49. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 49
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan
cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat
benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu
dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.
KATAADJEKTIF
Kata
adjektif
sifat/
keadaan Kata
adjektif
warna
Kata
adjektif
ukuran
Kata
adjektif
bentuk
Kata
adjektif
pancainde
ra
Kata
adjektif
waktu
Kata
adjektif
cara
Kata
adjektif
perasaan
Kata
adjektif
arah
50. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 50
KATA TUGAS
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa
endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam
ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada
sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.
Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut :
Kata hubung
Kata seru
Kata tanya
Kata perintah
Kata pangkal ayat
Kata bantu
Kata penguat
Kata penegas
Kata nafi
Kata pemeri
Kata sendi nama
Kata arah
Kata bilangan
Kata adverba
Kata pembenar
Kata penekan
Kata pembenda
KATA TUGAS
51. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 51
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGGOLONGAN KATA
KATA ADJEKTIF
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tatabahasa : Kata Adjektif
Tahun : 5 Utarid
Bilangan Murid : 25 Orang
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1) Penerangan maksud dan contoh kata adjektif.
2) Membaca teks petikan dan menyenaraikan kata adjektif dalam bentuk peta minda
berdasarkan teks petikan “Gerai manakah yang tercantik”.
3) Permainan bahasa mencipta dan menyanyikan lagu mengikut kumpulan
berdasarkan perkataan adjektif yang diberikan.
4) Menjawab soalan lembaran kerja kata adjektif yang disediakan.
FOKUS AKTIVITI
Bagi aktiviti yang dijalankan ini, penerapan penggabungjalinan ketiga-tiga jenis
kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran lisan dan kemahiran menulis ada
diterapkan iaitu melalui membaca teks petikan dan menyenaraikan kata adjektif serta
membentangkan jawapan di hadapan kelas dalam bentuk peta minda. Selain itu,
penerapan penggabungjalinan bahan bantu mengajar pula melalui teks petikan ‘Gerai
manakah yang cantik” . Bagi aktiviti permainan bahasa pula secara tidak langsung
dapat menarik minat murid dalam aktiviti pembelajaran serta memudahkan murid untuk
mengingat kata adjektif ini dengan mudah dan secara tidak langsung murid tahu
menggunakan perkataan ini.
52. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 52
LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah 1
1) Guru menayangkan slide contoh-contoh kata adjektif serta menerangkan
maksud kata adjektif kepada murid-murid. (Rujuk lampiran 1)
Langkah 2
1) Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2) Guru mengedarkan teks petikan “Gerai manakah yang tercantik ” kepada murid
mengikut kumpulan. (Rujuk lampiran 2 dan 3)
3) Guru meminta semua murid membaca petikan secara kuat.
4) Murid menggariskan kata kerja yang terdapat di dalam petikan “Gerai manakah
yang tercantik ” mengikut kumpulan.
5) Guru meminta murid membuat peta minda berdasarkan kata adjektif yang
terdapat di dalam petikan.
6) Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kearja mereka.
Langkah 3
1) Guru meminta murid mencipta lirik lagu mengikut kumpulan berdasarkan
perkataan adjektif yang diberikan. (Rujuk lampiran 4)
2) Setiap kumpulan menyanyikan lagu yang dicipta dihadapan kelas.
Langkah 4
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kata adjektif yang disediakan kepada murid.
(Rujuk lampiran 5)
2) Setiap murid dikehendaki menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan.
3) Guru dan murid membincangkan jawapan bersama.
53. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 53
LAMPIRAN 1
60. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 60
Teks Petikan: Gerai manakah yang tercantik
Pada hari Ahad yang lepas ,Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri telah mengadakan
satu program iaitu Hari kantin Sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan Sekolah
tersebut. Banyak gerai-gerai yang didirikan untuk menjual bermacam-macam jenis
barang. Gerai-gerai itu juga akan dipertandingkan untuk kategori gerai cantik.
Ada gerai menjual pakaian,gerai buah-buahan ,gerai minuman ,gerai kuih-muih
serta gerai cenderahati.Di gerai menjual pakaian terdapat pakaian yang murah-
murah harganya serta baru-baru belaka.Gerai menjual buah-buah pula ada menjual
bermacam-macam jenis buah yang manis, masam serta lazat. Ada buah
tembikai,oren,mangga,jambu,belimbing,pisang dan lain-lain lagi. Gerai menjual
makanan pula menjual berbagai-bagai jenis kuih-muih yang sedap-sedap belaka
seperti donat,karipap,mee,burger,sosej dan lain-lain lagi.
Gerai minuman tetap menjadi tumpuan pada hari cuaca yang
sangat panas ini.Ada air oren,mangga,jambu dan juga air tebu.Gerai cenderahati juga
menjadi tumpuan kerana ia menjual bermacam-macam jenis cenderahati yang berbagai
bentuk.Ada yang berbentuk panjang, bujur, bulat serta berbentuk ikan dan bunga.
Semua gerai-gerai dihias cantik dan bewarna-warni.Gerai cenderahati
memenangi tempat pertama kerana berlatar belakangkan warna pink dan putih serta
digantung dengan bermacam-macam belon bewarna warni besar dan kecil.
Dihujung sekali terdapat gerai karaoke bagi sesiapa yang mempunyai suara
yang merdu dan berminat digalakkan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan
sepanjang hari kantin tersebut.
Program Hari Kantin berakhir pada jam 7 petang.Semua pelajar pulang dengan
perasaan gembira walaupun terasa amat penat dan letih.
LAMPIRAN 2
61. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 61
Peta minda kata adjektif yang terdapat dalam teks petikan “Gerai manakah yang
tercantik”
KATA
ADJEKTIF
cantik murah-
murah
baru-
baru
masam
manis
lazat
sedap-
sedap
panas
panjang
bujur
bulat
cantik
pink
putih
besar
kecil
merdu
gembira
penat
letih
LAMPIRAN 3
62. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 62
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
LAMPIRAN 4
Cantik besar biru
baru gembira cantik
Cantik besar merah
baru gembira cantik
Cantik besar kuning
63. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 63
1
Gunakan kata adjektif yang sesuai
dalam petikan di bawah ini. Tuliskan
jawapan kamu di ruangan yang
disediakan.
Bom itu meledak dengan __(1)__.
Sekelip mata, rumahnya yang __(2)__
itu musnah. Syamin tidak tahu akan
nasib yang menimpa ayah, ibu dan
adiknya. Adakah kedua-dua orang
tuanya selamat di bawah timbunan batu
yang __(3)__ itu? Adakah adiknya yang
__(4)__ itu masih bernyawa lagi? Tiba-
tiba, kalbunya meledak marah.
Ledakannya lebih __(5)__ daripada
ledakan bom itu. Dia mengutuk tentera
Israel yang __(6)__ dan tidak berperi
kemanusiaan itu. Genggaman
tangannya bertambah __(7)__. Hatinya
bertekad, dia akan membalas dendam,
walaupun nyawanya menjadi taruhan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
LAMPIRAN 5
64. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 64
REFLEKSI
“PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU DALAM USAHA
MEMPERKEMBANGKAN DAN MEMPERKAYAKAN KOSA KATA BAHASA MELAYU”
Pengetahuan dan pemahaman tentang proses pembentukan kata dalam bahasa
melayu adalah amat penting kerana proses ini menerangkan bagaimana sesuatu kata
itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu
bahasa. Malah, melalui proses pembentukan kata inilah yang banyak membantu
memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Melayu ini terdiri
daripada kata-karta umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus.
Jadi, murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap
bidang. Malah istilah-istilah ini juga terdiri daripada perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut
mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus
sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti
kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna
dan mempunyai fungsi yang berbeza.
Malah makna perkataan itu sendiri merupakan faktor untuk menentukan susah
senangnya sesuatu bahan bacaan. Jadi secara tidak langsung proses pembentukan
kata telah memberi masalah kefahaman yang berbeza-beza. Hal ini kerana ada
perkataan yang senang difahami maknanya dan ada yang sukar untuk difahami. Jadi
penguasaan kosa kata amat penting, malahan penguasaan kosa kata yang baik
dengan yang lemah juga terdapat perbezaan yang luas dari segi penguasaan
perbendaharaan dan kosa kata.
65. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 65
Oleh yang demikian, dalam sesi pengajaran seharusnya, pembendaharaan kata
dan kosa kata dititik beratkan kerana dapat membantu murid dalam mengaitkan makna
perkataan baharu dengan makna-makna (pengetahuan dan pengalaman) sedia ada
murid. Jadi, pembelajaran yang bermakna hanya akan wujud jikalau guru dapat
membantu murid dalam mengaitkan makna-makna perkataan baharu dengan perkara
yang telah mereka ketahui. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid sangat
penting bagi mereka menahami makna perkataan yang ditemui dalam pembacaan.
Jadi, kunci kejayaan sesuatu pengajaran kosa kata terletak pada kebolehan guru
menyusun perkara yang telah diketahui oleh murid dan memperlihatkan perkaitan yang
ada. Cara ini akan dapat membantu murid memahami erti atau maksud perkataan
baharu dengan lebih bermakna. Justeru, murid akan dapat mengekalkan kefahaman
maksud perkataan yang dipelajari dengan lebih lama. Teknik pengajaran kosa kata
seperti senarai-kumpul-namakan, petaan semantic dan cirri-ciri matriks dapat
membantu guru memperlihatkan perkaitan yang wujud dalam perkataan dan juga
konsep.
Bagi membolehkan murid benar-benar memahami makna perkataan dan
menggunakannya, murid perlu diberi pengajaran proses perbentukan kata contohnya
kata tunggal bermula dengan satu suku kata hinggalah enam suku kata.dengan
bermulanya suku kata ini akan menerbitkan perkataan, contohnya seperti kata tunggal
satu suku kata KV iaitu yu yang merujuk kepada sejenis ikan. Walaupun perkataan
tersebut terhasil dengan hanya melalui satu kata tunggal tetapi perkataan yang
dihasilkan ada maknanya dan digunakan pakai dalam penulisan.
Oleh yang demikian, pengajaran tersebut hendaklah melampaui peringkat
mengingat definisi atau makna perkataan dalam satu konteks. Murid perlu diberikan
peluang untuk mengkaji dan melihat persamaan dan perbezaan yang wujud dan juga
melihat penggunaan perkataan dalam berbagai-bagai konteks. Sebagai contoh,
perkataan “serap” apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan
pelbagai perkataan baharu, iaitu ‘menyerap’, ‘menyerapkan’, ‘penyerapan’, ‘terserap’,
‘menyerapi’, ‘serapan’, ‘terserapkan’, ‘daya serap’, dan sebagainya. Teknik ini secara
tidak langsung dapat menghasilkan pembelajaran kosa kata yang luas.
66. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 66
Oleh yang demikian, walapun melalui satu suku kata, ia dapat diperluaskan
menjadi satu perkataan yang bermakna. Jadi sudah tentu proses pembentukan kata
telah membantu dalam usaha memperkembangkan dan memperkayakan kosa kata
dalam bahasa melayu. Selain perkataan dapat juga diterbitkan daripada proses
penggandaan iaitu daripada kata dasar. Melalui kata dasar sesuatu perkataan boleh
digandakan secara menyeluruh atau sebahagian kata dasar tersebut.
Perkataan yang digandakan itu masih menunjukkan maksud yang sama tetapi
yang berbezanya adalah dari jumlah atau kuantitinya. Perkataan ini diulang tanpa
sebarang perubahan yang disebut penggandaan menyeluruh sebagai contoh seperti
perkataan murid, ia melambangkan seorang murid tetapi jika digandakan perkataan
tersebut akan menjadi murid-murid yang menunjukkan jumlah yang ramai.
Penggandaan pada sebahagian kata dasar ialah seperti perkataan siku akan menjadi
sesiku. Ini kerana hanya sebahagian daripada kata dasar itu sahaja yang akan
digandakan.
Selain itu, kosa kata juga dapat diperkembangkan melalui bentuk kata yang
bergabung iaitu antara dua kata dasar atau lebih, contohnya urusetia, bandar raya,
telefon dail terus dan sebagainya yang dikenali sebagai kata majmuk. Bentuk kata ini
dapat dikembangkan juga melalui melalui proses pinjam terjemah, contohnya bulan
madu ( honey-moon), dan rujuk silang ( cross reference ).
Kesimpulannya, pada pendapat saya pengajaran proses pembentukan kata
adalah perlu kerana banyak kosa kata yang dapat dikembangkan serta secara tidak
langsung dapat memperkaya serta meluaskan kosa kata seseorang itu. Malah, murid
juga turut dapat membina strategi pembelajaran perkataan dan konsep baharu secara
bebas. Oleh yang demikian, kosa kata ini dapat diperluaskan melalui pembacaan yang
banyak dan memahami setiap maksud perkataan tersebut.
67. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 67
NOR AZRINA BINTI
MOHD ZAINOL
68. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 68
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN
PENGGOLONGAN KATA
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 26 mac 2013
Tajuk : Penggolongan kata ( Kata Kerja )
Tahun : 5 Bestari
Bilangan Murid : 20 Orang
AKTIVITI 1 : Petikan Kisah Semut dengan Belalang.
1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas yang mengandungi petikan Kisah
Semut dengan Belalang. ( Rujuk Lampiran 1 )
3. Murid diarahkan membaca petikan serta mencari kata kerja yang terdapat
didalam petikan tersebut.
4. Guru membimbing murid mengenalpasti kata kerja yang terdapat didalam teks
petikan.
5. Setiap kumpulan membentangkan kata kerja yang terdapat di dalam petikan di
hadapan kelas.
6. Guru dan murid bersoal jawab mengenai penggolongan kata iaitu kata kerja.
69. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 69
AKTIVITI 2 : Isi Tempat Kosong
1. Guru mengedarkan lembaran kerja ( Rujuk Lampiran 2 ) kepada setiap seorang
murid.
2. Murid membaca soalan-soalan di dalam lembaran tersebut.
3. Murid menjawab setiap soalan tersebut dengan mengisi tempat kosong di tempat
yang telah disediakan.
4. Murid diberi masa yang secukupnya untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
5. Guru membimbing murid menjawab soalan-soalan tersebut.
6. Guru menyemak jawapan murid.
7. Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan yang telah diisikan.
70. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 70
LAMPIRAN
71. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 71
Arahan : Baca petikan di bawah dan senaraikan kata kerja yang terdapat di dalam
petikan tersebut.
KISAH SEMUT DENGAN BELALANG
Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat.
Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu
bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi
sepanjang musim sejuk nanti” kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan
cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti
musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi semut-semut itu keluar mencari makanan.
Makanan yang ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan
daun. Semut-semut betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka.
semut- semut itu bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari
awal pagi hingga ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat.
Banyak makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. pada suatu
hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka terdengar nyanyian dari
sebuah taman berhampiran.
Kelihatan beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan
gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang bekerja.
“Apakah yang sedang kamu lakukan?”. “kami sedang mengumpul makanan sebagai
bekalan untuk musim sejuk nanti” jawab semut. “Musim sejuk? Sekarang masih musim
panas, kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk
lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk
bergembira. Marilah berhibur bersama kami” kata belalang-belalang itu sambil
mentertawakan semut-semut.
LAMPIRAN 1
72. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 72
Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-
semut itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang
mencukupi. Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal
mencari makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. “Tolong berikan kami
makanan. Kami kelaparan dan kesejukan”rayu belalang. Semut-semut itu menjemput
tetamu mereka masuk. “Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan
ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu” kata semut sambil menunjukkan
bekalan makanan yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.
73. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 73
Arahan : Isi tempat kosong dibawah dengan kata kerja yang sesuai
1. Orang itu ___________ bahawa beg itu kepunyaanya.
2. Sudah dua kali dia __________dalam ujian matematik.
3. Guru-guru perlu ___________ kaedah pengajaran.
4. Jangan sekali-kali ___________ orang yang lemah.
5. Kamal selalu ___________ pada adik bongsunya.
6. Mereka seringkali __________ tentang masalah peribadi.
7. Puan Aini tidak mudah ___________ oleh pujuk rayu jurujual itu.
8. Dia masih tidak ____________ akan kejadian yang sebenarnya.
9. Rumah itu sedang ____________ oleh pekerja – pekerja.
10.Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta ____________ peta yang
diberikan.
LAMPIRAN 2
terpengaruh mendakwa berbincang mengalah
dicat berpandukan mengerti kandas
mempelbagaikan memperalat
74. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 74
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN
PENGGOLONGAN KATA
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 27 mac 2013
Tajuk : Penggolongan kata ( Kata Adjektif )
Tahun : 5 Cerdas
Bilangan Murid : 20 Orang
AKTIVITI 1 : Teka Silang Kata ( Rujuk Lampiran 1 )
1. Guru membahagikan murid secara berpasangan.
2. Setiap pasangan diberi sehelai kertas yang mengandungi teka silang kata
3. Murid membaca soalan-soalan teka silang kata tersebut.
4. Murid berbincang dengan pasangan masing-masing dan mengisi kotak teka
silang kata tersebut.
5. Guru membimbing murid mengisi kotak teka silang kata.
6. Guru berbincang dengan murid mengenai kata adjektif.
75. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 75
AKTIVITI 2 : Mengisi Tempat Kosong dan Membina Ayat ( Rujuk Lampiran 2 )
1. Guru memberi sehelai kertas yang mengandungi beberapa jenis kata adjektif
kepada murid-murid.
2. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
3. Murid menjawab soalan di dalam kertas dengan menyatakan lapan kata adjektif
bagi jenis-jenisnya dan membina tiga ayat daripada kata adjektif tersebut.
4. Guru membimbing murid membina ayat yang betul serta membantu memperbaiki
tulisan murid.
5. Murid menukar kertas jawapan sesama murid dan memeriksa jawapan rakan
sebaya dengan bantuan guru.
6. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kata adjektif.
76. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 76
LAMPIRAN
77. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 77
Arahan : Isi kotak – kotak di bawah dengan huruf – huruf yang betul.
TEKA SILANG KATA
4
7
E
9
R
E
10
6
E H
3
T
2 5
G
S
K
8
1
Z
J
LAMPIRAN 1
78. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 78
SOALAN :
MELINTANG
1. Masakan ibu saya sungguh ___________.
2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .
3. Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya ________.
6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukemia.
7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang.
MENEGAK
4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________.
5. Jangan bergaul dengan budak-budak _______________ itu.
8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________
9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok .
10.Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ .
79. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 79
Arahan : Lengkapkan jadual di bawah dengan lapan jenis kata adjektif dan kemudian
bina tiga ayat daripada kata adjektif tersebut.
JENIS KATA ADJEKTIF AYAT
WARNA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
1.
2.
3.
SIFAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
1.
2.
3.
LAMPIRAN 2
80. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 80
JENIS KATA ADJEKTIF AYAT
PERASAAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
1.
2.
3.
PANCAINDERA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
1.
2.
3.
81. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 81
Nyatakan Pandangan Anda Terhadap Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Dalam Usaha Memperkembang Dan Memperkayakan Kosa Kata Bahasa Melayu
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-
karta umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Murid hendaklah diajar
mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang. Guru hendaklah selalu
mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar perbendaharaan katanya bertambah dan
dapat dipelbagaikan. Selain itu, guru juga perlu galakkan murid menggunakan istilah-
istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti
memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau
menjawab teka silang kata.
Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan
dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada
perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat.
Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya
perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk
hasil daripada pemajmukkan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah,
kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif,
iaitu sejenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses
pengimbuhan ( kata terbitan ), iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak
perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang
terdapat dalam bahasa Melayu.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak
sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti
bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut
adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu
berdasarkan golongan kata.
82. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 82
Proses perkembangan pembentukan kata ini telah berlaku berperingkat-
peringkat. Bermula dari pembentukan kata tunggal hinggalah ke pembentukan kata
ganda. Untuk memperkembangkan kosa kata bahasa Melayu khususnya, ia bermula
dari kata tunggal yang tidak menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian. Kata tunggal bermula dengan satu suku kata
hinggalah enam suku kata.dengan bermulanya suku kata ini akan menerbitkan
perkataan, contohnya seperti kata tunggal satu suku kata KV iaitu yu yang merujuk
kepada sejenis ikan. Walaupun perkataan tersebut terhasil dengan hanya melalui satu
kata tunggal tetapi perkataan yang dihasilkan ada maknanya dan digunakan pakai
dalam penulisan.
Seperti yang dinyatakan kata tunggal ialah bentuk kata yang tidak menerima
sebarang imbuhan contohnya seperti perkataan besar. Jika perkataan besar itu
menerima imbuhan seperti besaran ( besar + an ), terbesar ( ter + besar ), membesar (
mem + besar ), membesarkan ( mem + besar + kan ), memperbesarkan ( mem + per +
besar + kan ), dibesar ( di + besar ) dan kebesaran ( ke + besar + an ) di sebut sebagai
kata terbitan. Sebagai contoh lain, perkataan “serap” apabila mengalami proses
pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu ‘menyerap’,
‘menyerapkan’, ‘penyerapan’, ‘terserap’, ‘menyerapi’, ‘serapan’, ‘terserapkan’,
‘daya serap’, dan sebagainya.
Kata terbitan terhasil apabila kata dasar menerima imbuhan sama ada di awal
atau akhir ayat. Selain itu imbuhan juga boleh hadir secara sisipan atau apitan. Setiap
kata dasar yang diimbuhankan mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya seperti
perkataan besaran dan dibesarkan. Kedua-dua ayat tersebut menggunakan kata
dasar besar tetapi mempunyai maksud yang berbeza.
Merujuk pernyataan diatas, walapun melalui satu suku kata, ia dapat
diperluaskan menjadi satu perkataan yang bermakna yang digunakan dalam
pembinaan ayat. Pembentukan kata telah membantu memperkembangkan kosa kata
dalam bahasa melayu. Selain kata tunggal dan kata terbitan yang disebut diatas,
perkataan dapat juga diterbitkan daripada proses penggandaan. Daripada kata dasar,
sesuatu perkataan akan digandakan secara menyeluruh atau sebahagian kata dasar
83. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 83
tersebut. Perkataan yang digandakan itu masih mempunyai maksud yang sama cuma
kata dasar tersebut diulang tanpa sebarang perubahan yang disebut penggandaan
menyeluruh.contohnya seperti perkataan rumah, ia melambangkan sebuah rumah
tetapi jika digandakan perkataan tersebut akan menjadi rumah-rumah yang bermaksud
beberapa buah rumah. Penggandaan pada sebahagian kata dasar ialah seperti
perkataan pohon akan menjadi pepohon. Ini kerana hanya sebahagian daripada kata
dasar itu sahaja yang akan digandakan.
Satu lagi jenis perkataan yang diperkembang dan diperkayakan lagi kosa
katanya ialah bentuk yang diterbitkan melalui penggabungan dua kata dasar atau lebih,
contohnya kanta tangan, jalan raya, segi tiga sama dan sebagainya yang dikenali
sebagai kata majmuk. Bentuk kata ini dapat dikembangkan lagi apabila salah satu
caranya dengan menggabungkan dua kata dasar melalui proses pinjam terjemah,
contohnya bulan madu ( honey-moon), dan rujuk silang ( cross reference ).
Pada arus globalisasi kini, terdapat banyak kosa kata atau perkataan-perkataan
yang tidak pernah didengar oleh orang ramai tetapi perkataan sebegitu wujud di dalam
kamus- kamus seperti kamus seerti, kamus dewan dan lain-lain lagi, sebagai
contohnya, Skemata yang bermaksud pengalaman sedia ada. Antara contoh lain ialah
Amsal iaitu seperti, Kelarai iaitu corak dan Sembayan iaitu madu. Jika diteliti dengan
lebih mendalam, banyak lagi kosa kata yang terdapat di dalam kamus bahasa Melayu.
Perkataan- perkataan seperti ini boleh digunakan pelajar di dalam penulisan ilmiah dan
juga dapat memperkembangkan dan memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Lebih-
lebih lagi Institut Pengajian Tinggi kini menggalakkan penyebaran kosa kata bahasa
Melayu dengan lebih meluas daripada para siswazah university sendiri.
Justeru, pembentukan kata secara amnya memperkembangkan lagi kosa kata
bahasa Melayu dengan meluas dikalangan para pelajar. Jika kita imbas kembali
bermula dengan suku kata dan di tambah pula dengan imbuhan serta perkataan
tersebut dikembangkan lagi dengan digandakan dan dimajmukkan untuk menjadi
perkataan yang berlainan maksud. Contohnya perkataan makan merupakan kata
tunggal dua suku kata iaitu KV + KVK, apabila ditambah dengan imbuhan maka akan
terbitlah perkatan seperti makanan, dimakan, termakan dan lain-lain serta apabila
84. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 84
digandakan melalui kata ganda maka akan menjadi makan-makan. Seterusnya apabila
perkataan makan dan angin melalui proses pemajmukkan maka akan terbitlah
perkataan makan angin yang bermaksud bercuti di tempat-tempat pelancongan. Melalui
perkataan makan tersebut apabila di perkembangkan akan membawa pelbagai maksud
tetapi kata dasarnya masih menggunakan perkataan yang sama iaitu makan.
Tuntasnya, pada pandangan saya melalui proses perancangan dan pembinaan
bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, proses pembentuka kata
menjadi lebih tersusun dan terarah serta dapat diperkembangkan lagi dikalangan para
pelajar. Justeru, dalam proses penggayaan bahasa Melayu seperti beberapa unsur
tatabahasa asing, khususnya bentuk imbuhan, walaupun telah diserapkan tetapi tidak
semuanya mempertahankan fungsinya sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu.
Keadaan yang demikian berlaku disebabkan aspek tatabahasa merupakan perkara
yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa. Namun, sebagai bahasa asli,
bahasa Melayu seharusnya terus bersifat kreatif supaya dapat berkembang mengikut
perkembangan ilmu dan tamadun masyarakat yang mendukung bahasa tersebut.
85. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 85
NUR AFIFAH BINTI
AHMAD
86. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 86
1.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Cerdik
Tarikh : 12 Mac 2011
Tajuk : Penggolongan kata (kata kerja)
Bilangan murid : 28 orang
Aktiviti 1 ( rujuk lampiran 1)
i) Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan
ii) Guru mengedarkan petikan “Arnab dan Kura-kura” kepada murid mengikut
kumpulan
iii) Guru meminta murid membaca petikan dan menggariskan kata kerja yang
terdapat di dalam petikan tersebut
iv) Guru membimbing murid
v) Guru meminta murid membuat peta minda berdasarkan kata kerja yang
terdapat di dalam petikan
vi) Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka
Aktiviti 2 ( rujuk lampiran 2)
i) Guru meminta murid kembali ke tempat masing-masing
ii) Guru mengedarkan kertas soalan yang telah disediakan kepada setiap murid
iii) Guru meminta murid menjawab semua soalan yang telah diberi
iv) Guru membimbing murid
87. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 87
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Nilam
Tarikh : 30 Januari 2011
Tajuk : Penggolongan kata (kata adjektif)
Bilangan murid : 28 orang
Aktiviti 1 ( rujuk lampiran 3 )
i) Guru mengedarkan lirik lagu “Jalur Gemilang” kepada murid
ii) Guru memperdengarkan lagu “Jalur Gemilang” kepada murid
iii) Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut mengikut muzik
iv) Guru meminta murid mencari kata adjektif yang terdapat di dalam lirik lagu
tersebut
v) Guru membimbing murid
Aktiviti 2 ( rujuk lampiran 4 )
i) Guru bertanya kepada murid mengenai kata adjektif yang mereka ketahui
ii) Guru meminta murid membina ayat berdasarkan kata adjektif yang telah
diberi
iii) Guru membimbing murid
iv) Guru meminta murid membaca ayat yang telah dibina
v) Guru meminta murid menulis ayat yang telah dibina pada ruangan yang
disediakan pada papan tulis.
Aktiviti 3 ( rujuk lampiran 5 )
i) Guru membahagikan murid kepada tujuh kumpulan
ii) Guru mengedarkan lembaran kerja “Mencari Kata” kepada setiap kumpulan
iii) Guru meminta murid mencari kata adjektif yang tersembunyi
iv) Guru membimbing murid
v) Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan jawapan
mereka
88. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 88
LAMPIRAN 1 : ARNAB DAN KURA-KURA
Baca dan gariskan kata kerja yang terdapat di dalam petikan
Pada zaman dahulu, dipercayai semua binatang boleh bercakap sesama
mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya riang
tidak terkira. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab
melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang Arnab terhenti berlari, matanya sedang
memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di
hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-kura
Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-Kura!”
Kura-Kura : “Selamat Pagi Sang Arnab”.
Arnab : “Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau
berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa”.
Kura-Kura : “Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju
pula.Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk
di sini”
Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang”
Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura yang acuh tidak
acuh dengan soalannya.
Kura-Kura : “Hmmm…tak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu”. Kata Sang
Kura-Kura yang tidak juga mahu mengalah
Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari”.
Kura-Kura : “Tidak ada masalah Sang Arnab”.
Arnab : “Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok
besar di hujung jalan itu, dialah yang menang”.
Kura-Kura : “Saya setuju”.
Arnab : “O.k. Satu! Dua! Tiga!”.
89. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 89
Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian
kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya.
Sambil berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-
Kura sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia
berehat sebenar tentu Sang Kura-Kura pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka
Sang Arnab pun berhenti di sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu
ramai kawan-kawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur
dengan nyenyaknya.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura
terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-
Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi.
Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur.
Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun
berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja
di pokok besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil
berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas
kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.
Kura-Kura : “Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai”.
Arnab : “Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi.
Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat
lagi”.
Kura-Kura : “Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali
jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang
terbaik”.
Arnab : “Baiklah Sang Kura-Kura”.
Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.
90. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 90
LAMPIRAN 2
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan
malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong
2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C bertolak
B berangkat D berjalan
3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.
A menangis C ketawa
B menjerit D melompat
4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut
Tahun Baru Cina.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi
5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air
surut.
A berpindah C berlari
B bermain D berdiri
91. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 91
6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak
bongsunya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar
7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang
A berpindah C berehat
B beradu D berlatih
8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para
penumpang.
A membawa C mengangkut
B memandu Dmenunggang
9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju
ke arah mereka.
A duduk C tidur
B turun D lari
10) Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk
kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D memakan
92. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 92
LAMPIRAN 3 : LIRIK LAGU JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
93. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 93
LAMPIRAN 4
Bina ayat berdasarkan kata adjektif di bawah
i) Manis
______________________________________________________________
______________________________________________________________
ii) Cantik
______________________________________________________________
______________________________________________________________
iii) Marah
______________________________________________________________
______________________________________________________________
iv) Biru
______________________________________________________________
______________________________________________________________
v) Besar
______________________________________________________________
______________________________________________________________
94. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 94
LAMPIRAN 5
Cari dan gariskan kata adjektif
Kata adjektif yang telah ditemui
95. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 95
2.0 PANDANGAN TERHADAP PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA
MELAYU
Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana
perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata
menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat
menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif
atau derivative, jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya
melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata
dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti
(akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak
sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa
Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan
perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu
sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya
yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur
ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana
setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang
berbeza.
Bahasa Melayu pada awalnya kekurangan kosa kata untuk meneroka bidang-
bidang ilmu tersebut. Bahasa melayu dikatakan tidak mampu untuk menterjemahkan
ilmu-ilmu dalam bidang-bidang yang asing atau ilmu-ilmu yang dipelopori oleh Barat.
Untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai ilmu moden dan bahasa yang setaraf
dengan bahasa-bahasa moden yang lain, bahasa Melayu harus mampu menjadi
wahana dalam proses penyebaran ilmu-ilmu dalam bidang-bidang tersebut.
96. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 96
Atas desakan tersebut, bahasa Melayu telah mengalami era baru iaitu
kemasukan istilah-istilah baru daripada bahasa asing. Dengan perkataan lain, bahasa
Melayu telah meminjam kosa kata daripada bahasa asing khususnya bahasa Inggeris
bagi memenuhi tuntutan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi.
Peminjaman kosa kata daripada bahasa asing ini melalui proses-proses tertentu dan
bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan
dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata
tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal
yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal
yang tidak pernah menerima sebarangimbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun
begitu, kebanyakan kata tunggal bolehdiperluas untuk menjadi bentuk terbitan. Selain
itu kata tunggal juga banyak meminjam kosa kata daripada bahasa Inggeris. Contohnya
ialah universiti. Perkataan asalnya ialah university. Apabila diterjemahkan dalam
bahasa Melayu, university menjadi universiti. Peminjaman kosa kata daripada bahasa
asing ini dapat membantu dalam membentuk kosa kata baharu bahasa Melayu selain
memperkembangkan kosa kata.
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk
kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu
(i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar,
(iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar,
dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.Imbuhan-imbuhan tersebut
membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif
terbitan.
97. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 97
Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-
awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama
terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan
sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan
meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam
bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang
membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan
mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja. Contoh yang dapat dilihat ialah pelajar.
Kata dasar bagi pelajar ialah ajar, apabila imbuhan awalan pel- ditambah ia menjadi
pelajar. Melalui penambahan imbuhan, maksud perkataan juga berbeza. Hal ini dapat
menambahkan lagi kosa kata di dalam bahasa Melayu di samping memperkayakan
kosa kata.
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur
lain. Contohnya ialah, perkataan alat tulis. Perkataan ini menggabungkan dua kata
dasar iaitu alat dan tulis serta mempunya makna yang berbeza bagi setiap kata dasar
tersebut. Apabila digabungkan, alat tulis telah memberikan satu makna yang difahami
selain dapat menambah kosa kata dalam bahasa Melayu. Selain itu juga Terdapat
sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut
adalah antarabangsa. Kata ini berasal daripada dua kata dasar juga iaitu antara dan
bangsa tetapi apabila digabungkan ia menjadi satu perkataan. Melalui kata majmuk ini,
kosa kata bahasa Melayu dapat diperluaskan lagi di samping membentuk kosa kata
yang baharu.
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang
mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa
atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata
dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna
pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata
98. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 98
tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal
biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada
bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses
pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata
kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di
bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian
kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih,
tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-
manda.
99. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 99
RUJUKAN
Abdullah Hassan. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. (2008).
Kuala Lumpur: PTS professional Publishing Sdn Bhd
Bahasa Melayu Penyelidikan, diekses pada 7 Mac 2013 dari laman web :
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2011/wongsh.pdf
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Selangor: Multimedia Sdn Bhd
Siti Hajar Abdul Aziz.(2008).Siri pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Oxford Fajar
Sdn.Bhd : Selangor Darul Ehsan
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan keenam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
100. BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 100
LAMPIRAN