Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

3,855 views

Published on

Fonetik dan Fonologi

Published in: Education
  • Be the first to comment

Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

  1. 1. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Bilangan Isi Kandungan Muka surat 1 PENGENALAN 2 2 FONETIK DAN FONOLOGI 3-5 3 ALAT ARTIKULASI 5-6 4 ORGAN PERTUTURAN MANUSIA 6-10 5 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA 10-14 6 DAERAH ARTIKULASI 14-15 7 BUNYI BAHASA 16 8 VOKAL 16-22 9 KONSONAN 23-24 10 DIFTONG 25 11 FONEM 26 12 ALOFON 26 13 SUKU KATA 27-28 14 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA 29-30 MELAYU 15 TEKS BACAAN DAN TRANSKRIPSI TEKS 31-42 16 REFLEKSI 43-44 17 BIBLIOGRAFI 45 1
  2. 2. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 1.0 PENGENALAN Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut sebagai pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu system bunyi yang teratur atau pencantuman bunyi yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuati situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan strukturnya yang teratur itu. Pendengar akan memilih beberapa ciri tertentu daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna dan situasi yang umum bagi bahasa itu. Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk.Pertama melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia.Keduanya merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan saling bertindak balas. Hubungan kedua-duanya amat rumit dan berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Penutur asli sessuatu bahasa dapat menuturkan bahasanya secara natural dan mudah.Sebaliknya, bagi penutur asing, hal ini mungkin sesuatu yang sukar dilakukan kerana struktur bahasa mereka yang berbeza. Terdapat sebilangan orang yang berupaya untuk menginterpretasikan perkara yang dituturkan oleh orang lain dengan membaca pergerakan bibir penutur. Walau bagaimanapun, masalahnya ialah terdapat pula sebilangan yang lain mempunyai pergerakan bibir yang tidak menepati ujaran yang dilafazkan. Kita dapat melihat keadaan ini dengan lebih jelas apabila kita menonton televisyen atau filem, iaitu apabila kita melihat dialog yang dialih suara tidak menepati suara sebenar penutur dan bunyi yang didengar itu tidak selaras dengan apa yang kita tonton. Kita menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan menggunakan kemasukan udara tersebut untuk bertutur. Keadaan ini juga memberikan kesan kepada penghasilan ujaran yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar.Perkara sedemikian ada kaitannya dengan penghasilan bunyi 2
  3. 3. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 bahasa atau bidang fonologi.Fenomena ini lebih difahami oleh pakar terapi pertuturan yang mendalami bidang fisiologi pertuturan manusia.Mereka memanfaatkan ilmu ini dalam latihan dan pemulihan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada kita yang mengalami masalah pertuturan.Pengetahuan ini juga penting kepada pakar yang terlibat dengan penggunaan suara kesan ekstrem seperti guru vocal dan jurulatih suara untuk pelakon teater. 2.0 Fonetik dan Fonologi 2.1 Takrif Fonetik Asal perkataan Fonetik ialah daripada bahasa Greek yang kemudiaanya disebut sebagaiphone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.Kajian fonetik lebih tertumpu kepada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyibunyian itu digunakan dalam sesuatu bahasa.Fonetik menyelidik bagaimana bunyibunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-orang pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Ringkasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan.Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing-lambang yang menunjukkan sebutannya. Rajah yang berikut menunjukkan kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain. Pragmatik Wacana Sintaksis Morfologi Fonologi Fonetik Rajah 2.1 3
  4. 4. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Sebagai tambahan, fonetik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. a) Fonetik Artikulasi–bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia. (Bunyi vokal dan Konsonan) dengan menggunakan alat tutut. Misalnya kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya. b) Fonetik Akustik – Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Misalnya bunyi yang kuat dan jarak bunyi. c) Fonetik Auditori – Bidang ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterpretasikan. Dengan kata lain, bidang ini mengkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut. 2.2 Takrif Fonologi Fonologi ialah kajian tentang system bunyi bahasa.Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa.Bidang ini sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam erti kata lain, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau Me Bidang kajian fonologi termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. Dalam kajian fonologi, misalnya untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan, kitaperlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik agar kajian itu lebih bermakna. Ciri ini berbeza dengan kajian yang berkaitan kesusasteraan kerana kajian kesusasteraan lebih menekankan gaya bahasa, kesan bunyi dalam persembahan dan ciri-ciri bahasa 4
  5. 5. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 dalam puisi seperti asonansi, rima dan anomatopia. Dengan kata lain, kajian ini memerlukan traskripsi fonetik secara khusus. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Hal ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: “The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “phonology”. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Menurut Chomsky dan Halle (1968), fonologi adalah alat pentafsir yang menghubungkan struktur luar dengan bentuk fonetiknya.Seterusnya kamus dewan mendefinisikan fonologi adalah merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. (1996:354) Di samping itu, fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang ilmu yang mengkaji ilmu bahasa dari segi cara pengeluaran dan sifat fizikalnya. Fonetik ini bertumpu kepada panjang dan pendek, keras dan lembut, tekanan dan, intonasi dan irama dalam satu-satu bahasa.Bagi fonemik pula, merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi penting dalam satu-satu bahasa.Fonemik mempunyai fungsi atau ciri pembeza yang dinamakan fonem. 3.0 Alat Artikulasi Alat artikulasi memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan dan menghasilkan bunyi bahasa.Alat-alat ini terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi sebagai menghasilkan bunyi bahasa iaitu vocal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat.Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. 5
  6. 6. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Selain itu, bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia tetapi belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini.Contoh bunyi bukan bahasa ialah seperti ketawa, batuk, siulan, berdehem, sendawa, mendengkur dan sebagainya. 4.0 Alat Artikulasi Atau Organ Pertuturan Manusia Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa.Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi.Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Lantaran itu, Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu; i. Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut. ii. Daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu. 4.1Paru-paru Paru paru merupakan organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan merupakan proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengembangan dan penguncupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paruparu tidaklah sama seperti kita bernafas. 6
  7. 7. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 4.2 Trakea Trakea merupakan saluran udara antara larinks dan paru-paru.Alat ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk ke paru-paru dan keluar kembali.Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasikan oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi. 4.3 Larinks Organ ini pula merupakan bahagian pipa yang mengandungi tisu yang dinamakan pita suara.Lariks merupakan alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara. 4.4 Pita Suara Organ ini terdiri daripada dua keeping tisu nipis yang dipanggil pita suara.Dua keeping tisu nipis ini dirapatkan menjadi tertutup dan direnggangkan menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Namun, apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara akan menyempit. Hal ini akan menyebabkan udara keluar menghasilkan bunyi seperti kita melafazkan buka awal kata dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, apabila tisu nipis ini dirapatkan hinga tertutup, iaitu sehingga tisu pita suara ini menyentuh antara satu sama lain, maka udara yang melaluinya menyebabkan bergetar. Tinggi rendah kelangsingan bergantung kepada bagaimana pita suara ini diubah suai.Ruang antara pita-pita ini dinamakan sebagai Glotis.Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glotis. 7
  8. 8. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 4.5 Kotak Suara Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara.Hal ini terdiri daripada beberapa keeping tulang rawan pada bahagian luarnya.Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum.Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan fungsi bahasa.Fungsi biologi ialah melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea.Manakala, fungsi bahasa menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubahsuai. 4.6 Epiglotis Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks. Hal ini tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain. 4.7 Farinks Alat ini berbentuk seperti saluran paip yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung. 8
  9. 9. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Rajah 4.0 Organ Pengeluaran Bunyi Bahasa Berdasarkan rajah 4.0, hal ini dapatlah membantu kita memahami organ pertuturan seseorang individu.Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah jika kita memahami organ pertuturan kita sendiri.Pada hari ini, saintis dapat meletakkan kamera yang sangat kecil ke dalam rongga mulut untuk tujuan memeriksa dan meneliti sebahagian daripada pergerakan fizikal yang berkaitan pertuturan.Kebanyakan daripada kita menggerak-gerakkan organ melalui pemantulan atau kebolehan mengenal pasti bunyibunyi yang hendak kita hasilkan. Hal ini tidaklah semudah cara kita memahami dan meneliti pergerakan serta kedudukan huruf-huruf vokal dalam sesuatu perkataan. Di samping itu, rajah ini dapat membantu kita memahami cara sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Tamsilnya, di bahagian mana pengaliran udara disekat apabila 9
  10. 10. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 menghasilkan bunyi frikatif, iaitu sama ada di lelangit, gigi gusi, gigi atau gigi dan bibir secara bersama-sama. Di dalam tengkorok pula, terdapat pita suara yang akan bergetar apabila udara melaluinya, terutama apabila mengeluarkan bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Udara yang bergetar ini seterusnya akan melalui rongga-rongga yang akan mengubah suai bunyi tersebut dan akhirnya akan diartikulasikan. Sebelum itu, bunyi ini akan melibatkan penggunaan organ-organ tertentu sama ada artikulator yang pasif seperti lelangit keras, gigi gusi dan gigi atas ataupun artikulator yang aktif seperti lidah. Tegasnya, penghasilan bunyi-bunyi bahasa akan melibatkan organ pertuturan seperti farinks, lelangit lembut, gusi dan gigi bawah, bibir dan yang paling aktif ialah lidah. 5.0 Alat-alat Artikulasi Dan Fungsinya Alat-alat artikulasi merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi.Alat-alat ini seperti bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.Alat ini dapatlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat aktif dan alat pasif.Alat artikulasi yang aktif ialah alat yang boleh digerakkan manakala pasif pula adalah sebaliknya.Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah. Seperti mana yang diketahui, bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi.Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang menentukan baik secara langsung atau pun tidak langsung dalam hal ini terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyibunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang ditunjukkan seperti gambar rajah yang berikut; 10
  11. 11. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Rajah 5.1 Bahagian Alat Artikulator 1. Bibir atas 15. Pita suara 2. Bibir bawah 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 3. Gigi atas 18. Rongga mulut 4. Gigi bawah 19. Rahang 5. Gusi 20. Tenggorok 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. lidah 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglottis 11
  12. 12. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Lidah Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah, dan belakang lidah. Hujung lidah dapat digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras dan belakang lidah boleh diangkat untuk menyentuh lelangit lembut. Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara.Hal ini terdiri daripada otot –otot yang kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan. Contohnya, apabila membunyikan huruf [ i ] keadaan bibir akan menjadi hampar. Sebaliknya, apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir akan menjadi bundar. Lain daripada itu, bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan udara yang keluar daripada rongga mulut untuk membunyikan [ m ]. Misalnya udara disekat di hujung bibir. Gigi Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah begitu aktif.Bahagian ini tidaklah boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ e ], [ ĵ ] dan [ ð ] gigi turut sama berperanan iaitu sebagai daerah penyebutan. 12
  13. 13. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Lelangit Lelangit dapatlah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut.Lelanngit keras ini juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi.Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak.Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Oleh hal yang demikian, alat ini amatlah penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan jikalau dinaikkan, bunyi yang akan keluar bukanlah bunyi sengau. Gusi Gusi ialah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah alat artikulasi.Iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ i ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Rongga Rongga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rongga hidung, rongga mulut dan rongga tekak.Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru.Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak.Rongga mulut pula bermula dari ruang hadapan belakang lidah membawa kepada ke bahagian bibir sebelah dalam.Sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan. 13
  14. 14. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Rahang Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya lebih penting di dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka antara kedua rahang iaitu rahang atas dan bawah berkeadaan sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i ] dan [ u ] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ ɜ ] 6.0 Daerah Artikulasi Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Daerah artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah, bibir, gigi, gusi, dan lelangit.Daerah artikulasi ini ada yang boleh digerakkan seperti lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan dan ada juga yang kedudukannya tetap seperti lelangit keras, gigi dan gusi. Rajah 6.1 Daerah Artikulasi 14
  15. 15. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Sebagai tambahan, daerah artikulasi juga turut dikenali sebagai kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi.Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasikan. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa berdasarkan kepada cara tertentu bunyi itu dihasilkan. Hal ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tidak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini, pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya. Jikalau pita suara bergetar, maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara.Sebaliknya, kija tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan tidak bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga. Kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka akan yang akan kedengaran nanti ialah bunyi berdesir. Hal ini menunjukkan bahawa pita suara tersebut sedang bergetar. 15
  16. 16. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 7.0 Bunyi Bahasa Asmah Hj. Omar (1986) mengatakan bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain, yakni dengan menggunakan bunyibunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh manusia. Bunyibunyi itu tersusun menurut makna yang ada dalam sesuatu masyarakat pengguna bahasa tertentu sehingga dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran yang sudah dan sedang dilahirkan tetapi juga yang akan dilahirkan. Selain itu, bunyi bahasa merupakan gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua-dua belah paru-paru seterusnya melalui pita suara menuju ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung.Ketika udara itu melalui rongga tekak dan mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadinya udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa melayu dikelaskan kepada tiga golongan iaitu vocal, konsonan dan diftong. Tegasnya, bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan bunyi kepada makna. Kita boleh katakan bahawa sesuatu bahasa itu terdiri daripada semua bunyi perkataan dan ayat yang berhubungan antara satu sama lain. Apabila dikatakan seseorang itu tahu bahasa bermakna dia tahu bunyi-bunyi bagi bahasa tersebut dan gabungan peraturannya. Dengan kata lain, bahasa merupakan sistem berkomunikasi secara bunyi yang diucapkan melalui alat-alat pertuturan dan pendengaran dan melaluinya terbitlah symbol-simbol yang diproses dan diterima umum. 8.0 VOKAL Vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan.Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. 16
  17. 17. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu; Lambang Fonetik Contoh Perkataan [a] ada, nangka, apa [è] elak, ela, semak [i] Pita, syiling, ikan [e] emak,emas ketul, [o] Otak, orang, obor [u] Hujan, ulat, paku Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut apabila tidak mengalami sekatan atau himpitan.Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri. Rajah di atas menunjukkan kedudukan vocal di dalam Bahasa Melayu 17
  18. 18. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Berdasarkan gambar rajah di atas, dapatlah digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya.Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi–bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan seperti daam gambar rajah yang berikut; Rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. 18
  19. 19. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Berdasarkan gambar rajah tersebut, menunjukkan bahawa lidah amat berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal.Selain itu, kedudukan lidah juga mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang dibunyikan.Bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996), keadaan bibir boleh berbentuk seperti hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar yang akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti yang berikut; Rajah di atas menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. 19
  20. 20. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Penghasilan Bunyi Vokal Vokal Hadapan Sempit[ i ] Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sehingga hamper menyentuh lelangit keras.Sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.Bibir berada dalam keadaan terhampar.Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara. Contoh : [ itik ] [ ikan ] [ lari ] [ lihat ] Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ] Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [ i ] tadi, iaitu kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glottis dirapatkan.Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ elak ] [ekor ][ ekar ] [ segak ] [semak ] 20
  21. 21. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Vokal Hadapan Separuh Luas [ɛ ] Untuk menghasilkan vokal separuh luas, [ e ] hujung lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal hadapan sempit dan udara tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Keadaan bibir dihamparkan dan glotis diratakan.Lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Contoh : [ bɛ lot ] [ bɛ lon ] [ gɛ lɛ k ] Vokal Hadapan Luas [ a ] Untuk mengeluarkan bunyi vokal hadapan luas, bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain sama seperti menghasilkan vokal [ i ] dan [ e ]. Contoh : [ apa ] [ pandai ] [ siapa ] Vokal Belakang sempit [ u ] Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin.Tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru.Bibir berkeadaan bundar.Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ ulat ] [ ubat ] [ udang ] [ ular ] Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] 21
  22. 22. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ obor ] [ solo ] [ orang ] [ ombak ] Vokal Belakang Separuh Luas [ Ɔ ] Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.Lidah tidak menyekat arus udara dari paruparu.Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paruparu dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [ o ]. Misalnya [ oleh ]. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa melayu. Vokal Tengah Pendek [ ǝ ] Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. Contoh : [ ǝ mpat ] [ kǝ nduri ] [ pǝ rahu ] [ tǝ mpat ] Vokal Tengah Panjang 22
  23. 23. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Vokal ini hamper-hampir sama dengan vokal tengah pendek tetapi vokal ini lebih rendah dan dari segi bunyinya lebih tegas dan panjang. Cara membunyikannya ialah, tengah lidah dinaikkan, lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh sempit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkkan supaya bunyi yang keluar itu bersuara.Umumnya vokal ini hanya terdapat pada akhir pekataan. Contohnya : [ dia ] [ kereta ] [ manja ] 9.0 KONSONAN Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain vokal.Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak.Konsonan ialah bunyi selain vokal.Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada: a) Konsonan bersuara– Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru dan menggetarkan pita suara. b) Konsonan tidak bersuara – merupakan konsonan yang terhasil apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara. Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua, iaitu; konsonan aslidan konsonan pinjaman.Konsonan asli Bahasa Melayumerupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.Manakala, konsonan pinjaman adalah sebaliknya.Penghasilan bunyi konsonan tersebut melibatkan alat artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Oleh itu,yang berikut merupakan beberapa jenis konsonan melayu asli dan konsonan melayu pinjaman; 23
  24. 24. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 I. KONSONAN MELAYU ASLI [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [b] Konsonan letupan dua bibir bersuara [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara [d] Konsonan letupan gusi bersuara [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [?] [w] Separuh vokal dua bibir bersuara [m] Konsonan sengau dua bibir bersuara [s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara [r] Konsonan getaran gusi bersuara [n] Konsonan sengau gusi bersuara [i] II. Hentian glotis Separuh vokal lelangit keras bersuara KONSONAN MELAYU PINJAMAN [f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara [z] Konsonan geseran gusi bersuara [v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara [x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara [Š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara 10.0 DIFTONG 24
  25. 25. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Diftong berasal daripada perkataan phtongyang terdapat dalam Bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan.Daripada makna tersebut, terhasillah dipthtong yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. Dalam Bahasa Melayu, dipthtongdisebut sebagai diftong. Menurut Arbak Othman (1986), diftong bermaksud rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkannya tidak ada hentian sebentar atau ‘hiatus’ yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya. Oleh sebab sifatnya yang dicirikan oleh satu puncak kelantangan, maka diftong adalah silabis. Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.Bunyi diftong adalah terhasil apabia bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur kea rah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan semasa ketiadaan puncak kelantangan tatkala proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suka kata sahaja semata-mata. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata daulat.Vokal a dan u pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, iaitu dau dan lat. Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Bunyi /u/ akan mengeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /u/tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan /i/ iaitu pada diftong /oi/ dan juga /u/ pada diftong /au/. Lambing [ ˆ ] dapatlah digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong. 25
  26. 26. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Rajah 10.0 di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu 11.0 FONEM Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini bersesuaian dengan sifat fonem yang memang boleh diasing-asingkan antara satu sama lain. Di samping itu, fonem juga merupakan satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu m, a, l, u. unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika m diganti dengan p, maka malu akan bertukar menjadi palu.Lantaran itu, p dan m merupakan unit terkecil yang berfungsi, kerana unit itu membezakan maksud ujaran. 12.0 ALOFON Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya, fonem m dalam palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna.Tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. 26
  27. 27. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 13.0 SUKU KATA Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal.Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.Dalam Bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata.Suku kata yang berakhir dengan vokal dikenali sebagai suku kata terbuka. Suku kata lain selain vokal dikenali sebagai suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Kata tunggal satu suku kata Suku Kata Contoh KV Su VK Am KKVK Draf Kata tunggal dua suku kata Suku Kata Contoh V + KV Ibu V + VK Air V + KVK Emas VK + KV Anda VK + KVK Untuk KV +KVK Dekat 27
  28. 28. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata Contoh KV +V + KV Biasa KV + V + KV Kaedah V + KV + V Usia KV + KV +VK Maruah KV + KVK + KVK Kumandang Kata tunggal empat suku kata Suku Kata Contoh KV + KV + KV + KV Panaroma KV + KV + KV + KVK Masyarakat KVK + KV + V + KV Sentiasa Kata tunggal lima suku kata Suku Kata Contoh V +KV + KVK + KV + KV Universiti 28
  29. 29. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 14.0 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU Huruf vokal Dalam Bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal yang standard.Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti yang tedapat dalam rajah di bawah. Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran a [a] [ api ] [ badi ] [ rupa ] e [e] [ enak ] [ petah ] [ tauge ] [ǝ ] [ ǝ mak ] [ sǝ mat ] [ patriotismǝ ] i [i] [ ikan ] [ simpan ] [ kuli ] o [o] [ obor ] [ kuota ] [ tomato ] u [u] [ ulat ] [ tunas ] [ paku ] Huruf Konsonan Dalam Bahasa Melayu ada Sembilan belas fonem atau bunyi konsonan standard. Fonem-fonem tersebut ialah; b, c, d, g, gh, h, j, k, l, m, n, ng, p, r, s, t, w, dan y. Hal ini seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran b [b] [ batuk ] [ lambat ] [ kelab ] c [c] [ campak ] [ benci ] [ mac ] d [d] [ dayang ] [ baldi ] [ abad ] g [g] [ gagal ] [ ligat ] [ monolog ] h [h] [ hapus ] [ saham ] [ sahih ] j [ǰ ] [ ǰ alan ] [ manǰ a ] [ koleǰ ] k [?] [ ?ami ] [ pa?sa ] [ kata? ] l [l] [ lekas ] [ alas ] [ kesal ] 29
  30. 30. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 m [m] [ maka ] [ kami ] [ diam ] n [n] [ nangka ] [ anak ] [ daun ] ng [ŋ] [ ŋilu ] [ aŋin ] [ pulaŋ ] ny [ɲ ] [ ɲ aɲ i ] [ haɲ a ] [ ɲ aɲ uk ] p [p] [ perang ] [ apa ] [ siap ] r [r] [ rumah ] [ bara ] [ tegar ] s [s] [ siap ] [ susah ] [ panas ] t [t] [ tiang ] [ atap ] [ sakit ] w [w] [ wanita ] [ hawa ] [ straw ] y [j] [jang] [pajung] - Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran f [f] [ feri ] [ safari ] [ tawaf ] v [v] [ van ] [ universiti ] - th [θ] [ θelasa ] [ peθan ] [ wariθ ] kh [x] [ xamis ] [ axir ] [ tarix ] z [z] [ zaman ] [ azimat ] [ lafaz ] dh [ð] [ ðif ] - - sy [ʃ ] [ ʃ arikat ] [ maʃ arakat ] - Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran ai [ ai ] [ aising ] [ ghairah ] [ pandai ] au [ au ] [ aurat ] [ saudara ] [ harimau ] oi [ oi ] [ oidium ] [ boikot ] [ amboi ] Konsonan Pinjaman Huruf Diftong 30
  31. 31. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 15.0 TEKS BACAAN LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia.Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia.Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia.Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat? Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urus rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda.Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka.Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka.Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan apakah itu 'melayu'?. 31
  32. 32. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalangan masyarakat.Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini.Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik. Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat rencamangolongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa. Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak.Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak.Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuahwadah mainan komersial.Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporariyang berpegang teguh dengan bahasa ibunda. 32
  33. 33. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan.Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia.Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'.Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Analisis Fonem Segmental Ejaan Sebutan Langkah [ laŋ.kah ] langkah [ laŋ.kah ] memartabatkan [ mǝ .mar.ta.bat.kan ] bahasa [ ba.ha.sa] melayu [ me.la.ju ] bahasa [ ba.ha.sa] jiwa [ ǰ i. wa. ] bangsa [ baŋ.sa ] itulah [ itu. lah ] frasa [ frasa ] yang [jaŋ] paling [ pa. liŋ ] sesuai [ sǝ .su.ai ] untuk [ un.tu? ] melambangkan [ mǝ .lam.baŋkan ] signifikan [ sig.ni.fi.kan ] sesuatu [ sǝ .su.wa.tu ] bahasa [ ba.ha.sa] 33
  34. 34. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 kepada [ kǝ .pa.da ] bangsa [ baŋ.sa ] bangsa [ baŋ.sa ] di [ di ] Malaysia [ ma.laj.sia ] pelbagai [ pǝ l.ba.gai ] polemik [ po.le.mi? ] telah [ tǝ .lah ] di [ di ] bangkitkan [ baŋ.kit.kan ] sejak [ sǝ .jak ] akhir [ axir ] akhir [ axir ] ini [ ini ] bagi [ ba.gi ] membicarakan [ mǝ m.bi.ca.ra.kan ] identiti [ i.dǝ n.ti.ti ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] sebagai [ sǝ .ba.gai ] bahasa [ ba.ha.sa] kebangsaan [ kǝ .baŋ.sa.an ] bagi [ ba.gi ] sebuah [ sǝ .bu.ah ] rumpun [ rum. pun ] bernama [ bǝ r.na.ma ] Malaysia [ ma.laj.sia ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] telah [ tǝ .lah ] 34
  35. 35. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 diadaptasikan [ di.a.dap.ta.si.kan ] daripada [ da.ri.pa.da ] frasa [ frasa ] asal [ a.sal ] bahasa [ ba.ha.sa] melayu [ mǝ .la.ju ] yang [ jaŋ ] disifatkan [ di.si.fat.kan ] berjiwa [ ber.ǰ i.wa ] perkauman [ pǝ r.kau.man ] sekaligus [ sǝ .ka.li.gus ] tidak [ ti.da? ] relevan [ re.le.van ] dengan [ dǝ ŋan ] gagasan [ ga.ga.san ] 1 malaysia [ 1 ma.laj.sia ] namun [ na.mun ] begitu [ bǝ .gi.tu ] apakah [ a.pa.kah ] inisiatif [ i.ni.si.a.tif ] yang [jaŋ] perlu [ per.lu ] dilaksanakan [ di.la?.sa.na.kan ] demi [ dǝ .mi ] memartabatkan [ mǝ .mar.ta.bat.kan ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] dalam [ da.lam ] kalangan [ka.laŋ.an ] masyarakat [ ma.ʃ a.ra.kat ] 35
  36. 36. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Langkah [ laŋ.kah ] langkah [ laŋ.kah ] yang [jaŋ] patut [ pa.tut ] diambil [ di.am.bil ] termasuklah [ tǝ r.ma.suk.lah ] menggesa [ mǝ ŋ.ge.sa ] semua [ sǝ .mu.a ] urus [ u.rus ] rasmi [ ras.mi ] dan [ dan ] surat [ su.rat ] menyurat [ mǝ .ɲ u.rat ] di [ di ] semua [ sǝ .mu.a ] jabatan [ ja.ba.tan ] kerajaan [ kǝ .ra.ja?.an ] diimplimentasikan [ di.im.pli.mǝ n.ta.si.kan ] dalam [ da.lam ] bahasa [ ba.ha.sa] ibunda [ i.bun.da ] Mutakhir [ mu.ta?.hir ] ini [i.ni] jabatan [ ja.ba.tan ] jabatan [ ja.ba.tan ] kerajaan [ kǝ .ra.ja?.an ] lebih [ lǝ .bih ] gemar [ gǝ .mar ] memilih [ mǝ .mi.lih ] bahasa [ ba.ha.sa] 36
  37. 37. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 inggeris [ iŋ.gǝ .ris ] yang [jaŋ] dianggap [ di.aŋ.gap ] berdarjat [ bǝ r.dar.jat ] tinggi [ tiŋgi ] berbanding [ ber.ban.diŋ ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] untuk [ un.tu? ] digunakan [ di.gu.na.kan ] dalam [ da.lam ] urusan [ u.ru.san ] syarikat [ ʃ a.ri.kat ] mereka [ mǝ .re.ka ] sifat [ si.fat ] nafsi [ naf.si ] yang [jaŋ] menggunung [ mǝ ŋ.gu.nuŋ ] dalam [ da.lam ] jiwa [ ĵi.wa ] mereka [ mǝ .re.ka ] wajar [ wa.jar ] diibaratkan [ di.i.ba.rat.kan ] seperti [ sǝ .pǝ r.ti ] kacang [ ka.caŋ ] lupakan [ lu.pa.kan ] kulit [ ku.lit ] kerana [ kǝ .ra.na ] mereka [ mǝ .re.ka ] persis [ pǝ r.sis ] 37
  38. 38. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 mengenepikan [ mǝ .ŋǝ .nǝ .pi.kan ] sebuah [ sǝ .bu.ah ] bahasa [ ba.ha.sa] yang [jaŋ] telah [ tǝ .lah ] mendewasakan [ mǝ n.de.wa.sa.kan ] pemikiran [ pǝ .mi.ki.ran ] mereka [ mǝ .re.ka ] oleh [ o.leh ] itu [ i.tu ] pihak [ pi.ha? ] pihak [pi.ha? ] ini [ i.ni ] haruslah [ ha.rus.lah ] menjaga [ mǝ n.ja.ga ] martabat [ mar.ta.bat ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] supaya [ su.pa.ja ] tidak [ ti.da? ] hilang [ hi.laŋ ] ditelan [ di.tǝ .lan ] zaman [ za.man ] selain [ sǝ .la.in ] itu [ i.tu ] idea [ i.de.a ] pengajaran [ pǝ .ŋa.ja.ran ] dan [ dan ] pembelajaran [ pǝ m.bǝ .la.ja.ran ] sains [ sa.ins ] 38
  39. 39. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 dan [ dan ] matematik [ ma.tǝ .ma.tik ] dalam [ da.lam ] bahasa [ ba.ha.sa] inggeris [ iŋ.ge.ris ] juga [ ju.ga ] harus [ ha.rus ] dilupuskan [ di.lu.pus.kan ] sifat [ si.fat ] dominan [ do.mi.nan ] bahasa [ ba.ha.sa] inggeris [ iŋ.gǝ .ris ] dalam [ da.lam ] kehidupan [ kǝ .hi.du.pan ] kita [ ki.ta ] tidak [ ti.da? ] harus [ ha.rus ] dinafikan [ di.na.fi.kan ] tetapi [ tǝ .ta.pi ] langkah [ laŋ.kah ] ini [ i.ni ] berpotensi [ bǝ r.po.ten.si ] memadamkan [ mǝ .ma.dam.kan ] kegemilangan [ kǝ .gǝ .mi.lan.gan ] bahasa [ ba.ha.sa] Malaysia [ ma.laj.sia ] di [ di ] peringkat [ pǝ .riŋ.kat ] lokal [ lo.kal ] jika [ ji.ka ] 39
  40. 40. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 teras [ tǝ .ras ] pentarbiahan [ pǝ n.tar.bia.han ] turut [ tu.rut ] dilaksanakan [ di.la?.sa.na.kan ] dalam [ da.lam ] bahasa [ ba.ha.sa] asing [ a.siŋ ] tidak [ ti.da? ] mustahil [ mus.ta.hil ] pada [ pa.da ] satu [ sa.tu ] era [ e.ra ] nanti [ nan.ti ] generasi [ gǝ .nǝ .ra.si ] akan [ a.kan ] datang [ da.taŋ ] tidak [ ti.da? ] mengenali [ mǝ .ŋe.na.li ] lagi [ la.gi ] perkataan [ pǝ r.ka.ta.an ] apakah [ a.pa.kah ] itu [ i.tu ] melayu [ me.la.ju ] 40
  41. 41. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Transkripsi Teks [ Laŋkah-laŋkah mǝ martabatkan Bahasa Melaju ] [ ‘Bahasa ǰ iwa baŋsa’/ itulah frasa jaŋ paliŋ sǝ suai untu? Mǝ lambaŋkan signifikan sǝ suwatu bahasa kǝ pada baŋsa-baŋsa di malajsia// Pǝ lbagai polemi? tǝ lah di baŋkitkan sǝ jak axir-axir ini bagi mǝ mbicarakan idǝ ntiti bahasa malajsia sǝ bagai bahasa kǝ baŋsaan bagi sǝ buah rumpun bǝ rnama malajsia bahasa Malajsia tǝ lah diadaptasikan daripada frasa asal bahasa mǝ laju jaŋ disifatkan berǰ iwa pǝ rkauman sǝ kaligus tida? relevan dǝ ŋan gagasan 1 malajsia// Namun bǝ gitu/ apakah inisiatif jaŋ perlu dila?sanakan dǝ mi mǝ martabatkan bahasa Malajsia dalam kalaŋan maʃ arakat ? ] [Laŋkah-laŋkah jaŋ patut diambil tǝ rmasuklah mǝ ŋgesa sǝ mua urus rasmi dan surat mǝ ɲ urat di sǝ mua jabatan keraja?an diimplimǝ ntasikan dalam bahasa ibunda// Muta?hir ini/ jabatan-jabatan keraja?an/ lǝ bih gǝ mar mǝ milih bahasa Iŋgǝ ris jaŋ diaŋgap bǝ rdarjat tiŋgi berbandiŋ bahasa Malajsia untu? digunakan dalam urusan ʃ arikat mǝ reka// Sifat nafsi jaŋ mǝ ŋgunuŋ dalam ǰ iwa mǝ reka wajar diibaratkan sǝ pǝ rti kacaŋ lupakan kulit kǝ rana mǝ reka pǝ rsis mǝ ŋǝ nǝ pikan sǝ buah bahasa jaŋ tǝ lah mǝ ndewasakan pǝ mikiran mǝ reka// Oleh itu/ piha?-piha? ini haruslah mǝ njaga martabat bahasa Malajsia supaja tida? hilaŋ ditǝ lan zaman//] [ Sǝ lain itu/ idea pǝ ŋajaran dan pǝ mbǝ lajaran sains dan matǝ matik dalam bahasa Iŋgǝ ris juga harus dilupuskan sifat dominan bahasa Iŋgǝ ris dalam kǝ hidupan kita tida? harus dinafikan/tǝ tapi laŋkah ini bǝ rpotensi mǝ madamkan kǝ gǝ milangan bahasa Malajsia di pǝ riŋkat lokal jika tǝ ras pǝ ntarbiahan turut dila?sanakan dalam bahasa asiŋ tida? mustahil pada satu era nanti gǝ nǝ rasi akan dataŋ tida? mǝ ŋenali lagi pǝ rkataan apakah itu ‘melaju’ ? ] [ Sǝ mǝ ntǝ lahan pula/ kǝ wujudan Sǝ kolah Jǝ nis Kǝ baŋsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tida? harus dikerliŋ enteŋ berikutan pǝ rkara tersebut bǝ rkǝ mampuan mǝ mpǝ rkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas mǝ njatuhkan darjat bahasa ibunda di sǝ kolah-sǝ kolah bǝ rkena?an// Jika dilihat dari pǝ rspektif bǝ rbeza/ hal ini dapat mǝ nimbulkan nafsi pǝ rkauman bahkan tida? sǝ jajar dǝ ngan pǝ nǝ rapan 1 41
  42. 42. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Malajsia dalam kalaŋan maʃ arakat// Maka/ polemik ini muŋkin tida? dapat mǝ ncapai objektif kǝ mǝ njadian bahasa sǝ bagai agen pǝ rpaduan jaŋ utuh bagi sǝ mua rakyat di nǝ gara ini// Tuntasɲ a/ piha?-piha?jaŋbǝ rwajib sǝ pǝ rti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus bǝ rfikir secara kreatif dan kritis dǝ mi mǝ naikkan imej bahasa ibunda secara holisti?//] [ Di sampiŋ itu/ bagi meɲ ukuhkan kedudukan Bahasa Malajsia dalam sanubari ra?jat/ DBP harus mǝ laksanakan pelbagai aktiviti jaŋ meŋgapai minat umum terhadap kǝ indahan Bahasa Malajsia// Aktiviti sǝ pǝ rti Sajǝ mbara Pidato Antarabaŋsa anjuran Kǝ mǝ ntǝ rian Kǝ budayaan/ Kǝ sǝ nian/ Warisan dan Pǝ lancongan deŋan usahasama Radio Televiʃ en Malajsia (RTM) baru-baru ini dilihat sǝ bagai anjakan paradigma jaŋbǝ rpotensi mǝ mpǝ rkenalkan bahasa kebaŋsaan di pǝ ringkat antarabaŋsa// ] [ Mǝ ndǝ pani arus globalisasi kini/ pǝ lbagai pǝ rubahan sǝ rta modifikasi jaŋsudah dilaksanakan tǝ rhadap Bahasa Malajsia asal sǝ hiŋga tǝ rbentuk bahasa rojak// Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya sǝ rta di baŋunan-baŋunan pǝ ncakar laŋit/ baɲ ak papan tanda mǝ maparkan peŋgunaan bahasa rojak// Perkara ini tidak patut dibiarkan bǝ rlarutan kerana keupayaanɲ a untuk mencemarkan bahasa adalah tiŋgi//Pihak Bǝ rkuasa Tǝ mpatan (PBT) tidak harus berpǝ luk tubuh dan mendiamkan diri/ sǝ balikɲ a perlu meŋambil tindakan undaŋ-undaŋ bagi mǝ nyǝ darkan pihak bǝ rkǝ naan bahawa Bahasa Malajsia bukanlah sǝ buahwadah mainan komǝ rsial// Oleh itu/ 'Pidana Bahasa' ini pǝ rlu dibejat bagi mǝ wujudkan rakyat kontemporarijaŋ bǝ rpǝ gaŋ tguh dengan bahasa ibunda//] [ Konklusiɲ a/ sǝ mua piha? haruslah mǝ ŋgembleŋ tǝ naga untu? mǝ lǝ da?kan darjat Bahasa Malajsia sǝ bagai bahasa rasmi dalam sǝ mua urusan harian/ sǝ lain status utamaɲ a sǝ bagai bahasa kebaŋsaan// Jaŋanlah kita mǝ njadi manusia jaŋ xusyuk mǝ ɲ ǝ lami sungai pǝ modenan deŋan mǝ mǝ ntiŋkan bahasa asiŋ/ sǝ balikɲ a mǝ nida?kan kǝ bolehan Bahasa Malajsia untu? mǝ mbawa kita kǝ mata dunia// Pǝ patah Melaju ada disǝ but/ ' jaŋkurik itu kendi/jaŋ merah itu saga/jaŋbaik itu budi/jaŋ indah itu bahasa'// Oleh hal jaŋ dǝ mikian/ marilah kita berpijak di bumi jaŋɲ ata deŋan menjaga bahasa kebaŋsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan/ tak lekaŋ dek panas'// ] 42
  43. 43. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 16.0 REFLEKSI Melalui kerja kursus ini dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat banyak maklumat yang baharu saya pelajari.Hal ini demikian kerana.Dalam Bahasa Melayu terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia.Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza.Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata serta lambing-lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala fonologi pula mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Pada waktu yang sama, fonologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonemik dan fonetik. Di samping itu, saya juga telah mempelajari bahawa kajian fonetik dan fonologi ini melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.Organ tutur manusia ini disebut sebagai alat artikulasi atau pun artikulator.Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan serta pelbagai fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Pada waktu yang sama juga, saya telah mengetahui bagaimana penghasilan sebuah vokal, konsonan dan diftong. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak ada halangan semasa udara keluar daripada peparu.Lidah dan bibir turut memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal.Manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana, bunyi konsonan terhasil daripada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari paru-paru dan dua bibir , gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu, saya turut juga mempelajari apakah itu sebenarnya diftong?Diftong merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Misalnya ai, oi, dan au.Bunyi vokal, konsonan dan diftong merupakan bunyi-bunyi bahasa.Manakala batuk dan siulan 43
  44. 44. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 bukanlah bunyi bahasa walaupun dihasilkan oleh alat artikulasi kerana bunyi tersebut tiadalah jua maknanya. Lantaran itu, jelaslah bahawa kajian fonetik dan fonolgi ini amatlah menarik untuk dikaji, kerana dengan kajian yang dilakukan lebih mendalam, kita akan lebih mengenali bahagian-bahagian alat artikulasi yang mana memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi bahasa terutama bunyi bahasa yang dapat diterima maknanya. 44
  45. 45. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 17.0 BIBLIOGRAFI Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd Arbak Othman, 1985. Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, 1993.Susur-Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gumperz, 1971. Language in Social Groups, Stanford: Stanford University Press. Penalosa, 1981.Introduction to the sociology of Language, Rowley, Massachusetts: Newburry House Publishers Inc. Raminah Haji Sabran, 1986.Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1 Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 45
  46. 46. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 46

×