Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Modul pengurusan sajian tingkatan 5
1. OBJEKTIF:
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:
1. Menyatakan jenis sajian.
2. Merancang menu untuk sajian keraian
dan kumpulan tertentu.
3. Menyedia perancangan kerja amali.
4. Menyedia, memasak dan menyaji mengikut perancangan.
5. Menggunakan alat penjimat masa dalam menyediakan makanan.
6. Menilai hasil masakan.
2. PENGURUSAN SAJIAN
Untuk menghasilkan sesuatu sajian dengan baik, seseorang itu perlu mempunyai
perancangan dalam pengurusan sajian.
Pengurusan sajian memerlukan penglibatan kemahiran seperti :-
Pemilihan menu yang sesuai
Perancangan menu
Penyediaan makanan
PEMILIHAN MENU YANG SESUAI
Sebelum membuat sebarang majlis makan atau jamuan, perancang majlis perlu
membuat pemilihan menu yang sesuai dengan jemputan yang akan hadir. Ini untuk
mengelakkan daripada makanan yang disajikan tidak membazir dan mungkin boleh
menyentuh sensitiviti jemputan.
Menu yang dipilih haruslah bersesuaian dengan jenis majlis yang hendak
dijalankan. Sebagai contoh; jika majlis yang di adakan adalah untuk menyambut
tetamu dari luar Negara, makanan yang paling sesuai dihidangkan adalah makanan
tradisi tempatan. Ini untuk memperkenalkan budaya negara kepada pelancong luar.
Selain dari itu, tujuan majlis diadakan juga memberi kesan terhadap pemilihan
menu. Sebagai contoh, majlis yang dibuat untuk meraikan pasangan pengantin tidak
sesuai dihidangkan dengan makanan ringan sahaja. Kebiasaannya pada majlis
sebegini akan dihidangkan dengan menu lengkap seperti nasi minyak, ayam masak
merah, gulai daging, acar, buah-buahan dan air.
3. PERANCANGAN MENU
Setelah mengetahui menu yang akan dihidangkan dalam majlis, perancang majlis
juga perlu merancang menu yang akan dibuat. Antara perkara yang
dipertimbangkan adalah jumlah hidangan, kuantiti menu, jumlah jemputan, masa
yang perlu diperuntukkan untuk penyediaan dan lain-lain perkara yang dirasakan
perlu. Menu yang dirancang haruslah mengikut kesesuaian belanjawan yang telah
diperuntukkan. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran bahan mentah dan
tenaga. Menu yang telah dirancang perlulah dapat dibuat dalam waktu yang
ditetapkan.
PENYEDIAAN MAKANAN
INFO
Maksud Sajian :-
Makanan yang disajikan
pada masa tertentu
seperti sarapan, minum
pagi, makan tengah
hari, minum petang dan
makan malam.
4. SAJIAN KERAIAN
• Disambut bersama sahabat handai, ahli keluarga dengan jamuan makan yang
istimewa dan menarik.
• Terbahagi kepada 4
• Perayaan
• Hari jadi
• Ulang tahun
• Meraikan tetamu
PERAYAAN ULANG TAHUN
KERAIAN
RAI TETAMU HARI JADI
5. 1. PERAYAAN
Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mempunyai agama, adat dan
budaya masing-masing. Kaum-kaum ini juga menyambut pelbagai perayaan
pada masa tertentu. Itu telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang kaya
dengan pelbagai budaya. Kaum yang terdapat di Malaysia termasuklah kaum
Melayu, India, Cina, Sikh, Kadazan, Bidayuh, Murud, Iban dn lain-lain.
Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah seperti; Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan
lain-lain. Perayaan ini disambut oleh semua masyarakat di Malaysia tidak
mengira bangsa. Ini menyebabkan kesepaduan rakyat Malaysia dan juga
memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat.
INFO
Hari Raya Aidilfitri :
Perayaan ini juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah, dan Hari
Lebaran.
a) HARI RAYA AIDILFITRI / RAYA PUASA
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Hari Raya
Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani
ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah
(melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Hidangan popular
semasa perayaan ii adalah seperti lemang, rendang, ketupat, dodol,
6. rempeyek, laksa, mee kari, lontong, sate, nasi himpit beserta kuih muih
seperti bahulu, putu kacang, kek, biskut dn lain-lain lagi.
AKTIVITI :
Senaraikan sekurang-kurangnya 10 makanan yang dihidangkan
semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
b) HARI RAYA AIDILADHA / RAYA HAJI / HARI RAYA KORBAN
Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalahantara 2 perayaan
terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1
Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari
ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari
untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s.
dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu
yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu
semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum
ziarah dan menziarahi sesama mereka. Antara hidangan pada hari ini
adalah lemang, rendang, ketupat, sate, bihun sup, lodeh, kuih-muih
tradisional seperti bahulu, kuih batang buruk, putu kacang dan lain-lain
lagi.
7. TAHUKAH ANDA?
Asal-Usul Aidiladha
Bermula apabila Nabi Ibrahim Mendapat mimpi yang menyuruhnya menyembelih anaknya yang bernama
Ismail. Baginda berbincang dengan isteri dan anaknya tentang perkara tersebut dan mencapai persetujuan
bahawa mimpi itu adalah wahyu dari Allah. Maka Nabi Ibrahim pun bersedia untuk menyembelih anaknya
pada keesokan harinya. Berita itu sampai kepada pengetahuan orang ramai. Mereka menganggap baginda
sudah gila kerana sanggup menyembelih anak sendiri. Tanpa menghiraukan cemuhan orang ramai, Nabi
Irahim tetap meneruskan dengan pendirian baginda.
Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai
ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan
menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam
dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda
pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka
terperciklah darah BARU CINA Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun
c) TAHUN mengenai badan
menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor
kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada
Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
8. c) TAHUN BARU CINA
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru
bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah,
tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam
nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara
yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh
akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol
eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan
upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan
bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara
9. ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan
dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong
Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘
semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung
membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi
memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum
berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging
itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda
pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang
yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan
tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang.
10. TAHUKAH ANDA?
KEPERCAYAAN & PANTANG LARANG MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun
baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan
puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga
sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun
bagi pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun
baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak
orang yang bergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang ("Tuah buruk")
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan
perkataan "kasar" atau "sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana
perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada
yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam
dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama
bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai
"memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun
perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu
keluar tuah bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
11. bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
d) DEEPAVALI
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria
Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu
akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan
bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat
daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakan upacara
keagamaan bagi penganut Hindu.
Makanan yang biasa dihidangkan semasa perayaan ini adalah seperti
maruku, ladhu, thosai, idhili, athirasam, nei urundai dan pelbagai makanan
lain yang sesuai. Makanan yang disediakan semasa perayaan Deepavali
biasanya tinggi lemak dan gula.
12. MAKANAN TRADISI SEMASA DEEPAVALI
Idhli Athirasam
Ladhu
Thosai Nei Urundai
e) HARI GAWAI
Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan
masyarakat Sarawak dan Kalimantan Barat, tetapi pada kebiasaannya
merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh
masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak dam Kalimantan
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada
akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu,
Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai
Antu.Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung
(perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik),
13. Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu
(perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara
yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar
dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan
bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-
besaran semenjak 1964. Penganan, Hinava Ginapan, Umai, Ayam
Pansuh dan Cakar Ayam adalah merupakan makanan tradisional yang
dihidangkan semasa menyambut perayaan ini.
Penganan Hinava Ginapan Umai
MAKANA TRADISI HARI GAWAI
f) KRISMAS
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan
terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada
tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth,
pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus
dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian
mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan
agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari
susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus
manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah,
sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk
pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula
kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos
14. terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari
Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari
Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara
penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Pada malam sambutan hari Krismas yang juga dikenali sebagai hari
Natal, setiap ahli keluarga akan pulang dan makan malam bersama-sama.
Antara hidangan yang disaji adalah ayam belanda, biskut halia, Puding
Yokshire, Pai Shepherd, Classic Christmas Trifle, Pai Daging Wagyu dan
pelbagai menu sampingan yang lain.
15. JENIS PERAYAAN SAJIAN YANG DIHIDANGKAN
HARI RAYA AIDILFITRI
HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN BARU CINA
DEEPAVALI
KRISMAS
HARI GAWAI
AKTIVITI :
Lengkapkan jadual diatas dengan jawapan yang bersesuaian.
16. 2. MENU SAJIAN UNTUK MENYAMBUT HARI JADI
Sambutan Hari Jadi menjadi satu majlis yang biasa dilakukan pada masa kini.
In akan disambut pada hari ulangtahun kelahiran seseorang individu.
Jemputan yang hadir pada majlis sebegini terdiri daripada ahli keluarga dan
sahabat terdekat sahaja. Majlis ini juga boleh diadakan secara kecil-kecilan
atau secara besar-besaran bergantung kepada belanjawan yang ditetapkan.
Selalunya majlis sebegini dibuat secara tidak formal.
Sajian yang dihidangkan berdasarkan permintaan dan keputusan
daripada individu yang merancang majlis tersebut. Hidangan yang wajib bagi
majlis ini adalah kek harijadi. Tanpa hidangan ini, majlis tidak kelihatan
meriah. Antara hidangan lain seperti spaghetti, mihun, nasi, makanan segera
dan makanan ringan selalunya menjadi pilihan sebagai hidangan sampingan
bersama kek hari jadi. Pilihan hidangan yang hendak disediakan terpulang
kepada individu yang merancang. Perancang majlis berhak memilih samada
menyediakan sendiri atau menempah sahaja hidangan yang telah dipilih dari
luar.
TAHUKAH ANDA?
PENCIPTA LAGU “ SELAMAT HARI JADI”
Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-
beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten,
di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama.
Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty,
bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai
lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the
Kindergarten" pada tahun 1893.
31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan
Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia,
seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut
tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah
membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All",
kepada "Happy Birthday to You."
Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular
dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.
17. SAJIAN KUMPULAN TERTENTU
Sajian yang hanya dikhaskan dan boleh dimakan oleh kumpulan tersebut sahaja
Kumpulan tertentu itu seperti kanak-kanak, ibu mengandung, ibu yang menyusu
anak, vegetarian
Contohnya : bubur nasi dikhaskan untuk orang sakit
• Mempunyai
lebih protein
haiwan.
• Mempunyai
KANAK-KANAK lebih kalsium, zink,
ferum, dan vitamin.
• Mengandungi
susu dan hasil
tenusu dan
galakkan mereka
makan sayur-
sayuran dan buah-
buahan
• Kurangkan
memberi terlalu
banyak makanan
manis.
• Hidangan
makanan perlu
menarik dan dalam
porsi kecil.
18. Contoh sajian :
Nasi putih
Bubur
Roti bakar
Ayam goreng kicap
• Mengandungi
banyak makanan
protein. Contoh sajian:
• Boleh makan Sup ikan & sayur
SI PULIH kebanyakan jenis Bubur ikan
makanan tetapi Ikan masak kukus
dalam kuantiti
yang sedikit.
• Kurangkan
pengambilan
makanan berlemak
kerana susah
dicerna.
19. • Perlu mengikut nasihat doktor.
• Mempunyai lebih protein.
• Mengandungi tambahan bekalan asid
PESAKIT askorbik dan kumpulan vitamin B, ferum,
kalsium, dan selulosa.
• Kurangkan pengambilan lemak.
• Gunakan kaedah merebus dan
mengukus.
• Kurangkan penggunaan rempah.
• Elakkan daripada menggunakan baki
makanan dan makanan berkaleng.
• Hidangkan makanan dalam keadaan
panas dan mengikut masa.
• Hidang makanan dengan menarik dan
porsi sesuai
20. Contoh sajian :
Telur separuh masak, bubur
ikan , puding
• Hidangan perlu seimbang.
IBU MENGANDUNG DAN • Memerlukan lebih protein dalam
MENYUSUKAN ANAK hidangan.
• Mempunyai lebih garam mineral
seperti kalsium, fosforus, dan ferum.
• Mengandungi tambahan kalsiferol
dan kumpulan vitamin B.
• Kurangkan pengambilan lemak.
• Mengandungi tambahan asid folik.
IBU MENGANDUNG IBU MENYUSUKAN ANAK
Laksa Penang Nasi Kerabu
Puding buah-buahan Paru atau hati goreng
Jus karot Sawi pahit
Jambu Batu Tahu sumbat
21. Tulen
• Mengandungi hanya Contoh sajian Tulen:
sayur-sayuran, buah-
Nasi putih
buahan, bijirin serta
Kari kambing (TVP)
kekacang dan hasilnya.
Lakto Kacang panjang goreng
VEGETARIAN • Mengandungi Buah betik
protein dari pelbagai
Air kacang soya
sumber tumbuhan.
• Menggunakan Textu
red Vegetable Protein
(TVP).
• Mengandungi hasil
protein haiwan.
Menggunakan minyak dan
lemak tumbuhan
Tumbuhan yang diambil
dalam kuantiti yang banyaj
dan pelbagai
Tips makanan sihat bagi ibu hamil:
4 bahagian penting
Contoh Sajian Lakto:
1. Protein
Nasi putih
Dalca Vitamin dan mineral
2.
SambalKarbihidrat dan lemak
3. Telur
Bendi goring dan makanan untuk pertumbuhan otak bayi.
4. Susu
Makanan lain seperti :
Buah tembikai
Sayuran, buah-buahan , daging, ikan , kacang-kacang, telur
Susu panas
& susu dengan formula khusus untuk ibu hamil
22. Tips untuk menggalakkan kanak-kanak
makan sayur dan buah-buahan.
Sediakan hidangan yang menarik dan
pelbagai warna
Bijirin sarapan bersama buah-buahan
“ Milk Shake” buah-buahan
Bekalkan buah-buahan ke sekolah
Babitkan anak ketika membeli sayur
dan buah-buahan.
MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI OLEH IBU HAMIL:
Hindari makanan yang mengandungi bahan pengawet dan zat aditif
dikuatiri membahayakan janin
Makanan yang berkalori tinggi tinggi seperti gula, lemak dan kurang
mengandungi zat.
Contoh: minuman bersoda dan goring-gorengan
Minuman berkafein dan berakohol kerana akan meningkatkan tekanan
darah dan membahayakan kesihatan ibu dan janin
Merokok dan penggunaan ubatan tanpa pengawasan doktor
23. RESEPI BONDA :: Bubur Ayam Bonda
Bahan-bahan Cara memasak
1 ½ cawan beras 1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan
ayam dan yoskan airnya. Air rebusan
1 ½ inci halia diketuk
ayam jangan dibuang
2 sk serbuk pati ayam
2. Basuh beras bersih. Masuukan beras
300gm isi ayam dalam periuk lebihan air rebusan ayam.
Masak beras hingga kembang,
Sedikit garam masukkan air sikit-sikit.
*Hiasan* 3. Bila bubur hamper masak masuukan
halia, pati ayam dan sedikit garam
Lada merah
4. Bubur bolehla dihidang dengan ayam
Daun bawang dan duan sup
rebus tadi (siat), bawang goreng, lada
Sedikit minyak bijan merah dan daun sup. Titiskan sikit
minyak bijan, ikan bilis dan telur masin
Telur masin
5. Sedia untuk dimakan.
24. SAJIAN UNTUK KUMPULAN TERTENTU
KANAK-KANAK
• Perlu mengikut nasihat doktor.
• __________________________
• __________________________
• __________________________
• __________________________
• __________________________
KUMPULAN • Mengandungi banyak makanan
TERTENTU protein.
• __________________________
__________________________
• Kurangkan pengambilan makanan
berlemak kerana susah dicerna.
Mengandungi tambahan asid folik.
• __________________________
• __________________________
• __________________________
• __________________________
• __________________________
• __________________________
VEGETARIAN
25. MENYEDIAKAN PERANCANGAN KERJA
Perancangan kerja disediakan untuk memastikan kerja memasak dapat di jalankan
dengan bersistem, menepati waktu makan, kos yang di tetapkan.
Langkah Perancangan Perkara yang Di pertimbangkan
Kerja
1. Memilih menu a) Tentukan pilihan masakan untuk menu yang
sesuai
b) Pastikan ramuan dan menu adalah seimbang
c) Tentukan kaedah memasak yang berlainan bagi
setiap jenis masakan
2. Menyenaraikan a) Pastikan senarai ramuan utama lengkap
ramuan utama b) Senaraikan bilangan peralatan dan alat penjimat
dan peralatan masa yang di perlukan
3. Mengira Kos a) Senaraikan bahan kering dan basah
b) Lengkapkan dengan kuantiti,kos seunit dan
jumlah kos
c) Hitungkan jumlah bagi kos bahan mentah, kos
upah dan kos sampingan
d) Pastikan sajian mengikut anggaran yang di
tetapkan
4. Menyediakan a) Susun kerja mengikut keutamaan dari aspek
Susunan Kerja kaedah memasak
b) Rancangkan masa kerja
c) Merangkumi kerja pembersihan dan mengemas
alatan dan tempat kerja
CONTOH MEMILIH MENU DAN MENYENARAIKAN RAMUAN DAN PERALATAN
26. Soalan : Sedia, masak dan hidangkan beberapa masakan untuk sajian minum
petang bagi empat orang ahli keluarga. Masa diperuntukkan ialah 90 minit.
Bil Pilihan Ramuan Utama Kaedah Memasak Peralatan / Alat
Masakan Penjimat Masa
1 Sandwich 8 keping roti putih • Penyediaan 1 papan pemotong
Telur 20 g planta sejuk 1 mangkuk
1 biji telur • Merebus 2 pinggan
25 g mayonis 2 sudu besar
3 g serbuk lada putih 1 garfu
50 g timun kecil 1 periuk
1 pisau
2 Muffin 250 g tepung gandum • Membakar 1 set acuan muffin
Coklat 5 g soda bikarbonat 9 mangkuk kertas
25 g serbuk koko 1 pinggan bulat
100 g gula halus 1 pengikis plastik
100 g mentega
2 biji telur
125 ml susu cair
3 Air kopi 30 g serbuk kopi Merebus 1 teko kopi
1 liter air panas 1 jag susu
mendidih 1 mangkuk gula
1 jag susu panas 1 cerek
1 mangkuk gula halus 4 biji cawan
beralas
CONTOH PENGIRAAN KOS SAJIAN
27. • Kos Bahan Mentah
Bahan Kering Kuantiti digunakan Kos seunit (RM) Kos (RM)
Roti putih 8 keping 3.40/paket 0.13
Planta 20 g 4.60/250g 0.37
Telur 3 biji 0.30/biji 0.90
Mayonis 25 g 1/100g 0.25
Tepung gandum 250 g 2.80/kg 0.70
Soda bikarbonat 5g 3.80/100g 0.19
Serbuk koko 25 g 7.00/125g 1.40
Gula halus 100 g 2.30/kg 0.58
Mentega 100 g 3.20/250g 1.28
Serbuk kopi 30 g 2.00/100g 0.60
Susu cair 350 ml 1.80/500ml 1.26
JUMLAH 7.66
Bahan Basah Kuantiti digunakan Kos seunit (RM) Kos (RM)
Timun kecil 50 g 3.00/kg 0.15
JUMLAH 0.15
Jumlah kos bahan mentah = RM7.66 + RM0.15= RM7.81
Kos upah = RM2.00 x 2 jam x 1 = RM4.00
Kos sampingan yang di anggarkan = Gas –RM1.50
Elektrik –RM1.30 Kadar upah untuk
Air -RM1.20 menyedia dan memasak
Jumlah=RM4.00 ialah RM2.00 sejam. Kerja
memasak dilakukan
seorang
Kos upah
= Kadar upah x bilangan
jam x bilangan pekerja
Kos Sajian = RM7.81 + RM4.00 + RM4.00 = RM15.81
Kos sampingan
Kos bahan mentah Kos upah
28. CONTOH SUSUNAN KERJA
Tempoh masa 90 minit (9.30 pagi – 11.00 pagi)
Masa Susunan Kerja Catatan
9.30 – 9.40 1) Mengumpul semua alat yang di perlukan • Panaskan
( 10 minit ) 2) Menyukat bahan ketuhar elektrik
pada suhu 180oC
9.40 – 10.05 Muffin Coklat • Rebus telur untuk
( 25 minit ) 1) Sediakan cawan kertas dalam acuan muffin sandwich
2) Buat adunan muffin cara satu langkah dengan • Kupas kulit telur
menggaul rata bahan basah ke dalam bahan
kering
3) Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas dan
bakar selama 30 minit
10.05 – 10.35 Sandwich Telur • Didihkan air
( 30 minit ) 1) Lecek telur, letakkan mayonis dan serbuk untuk kopi
lada • Keluarkan muffin
2) Sapukan planta pada roti dan sejukkan
3) Sapukan inti telur pada roti dan letakkan
hirisan timun di atas inti telur.
4) Lapiskan sekeping roti yang telah di sapu
dengan planta.
10.35 – 10.45 Kopi
( 10 minit ) 1) Panaskan teko
2) Masukkan serbuk kopi dan tuang air mendidih
3) Sajikan kopi bersama susu panas dan gula
10.45 – 11.00 1) Hias semua makanan dan sajikan
( 15 minit ) 2) Cuci semua alatan, keringkan dan simpan
3) Kemaskan tempat kerja dan buang sampah
PENYEDIAAN MAKANAN
29. Menghidang
Memasak Mengemas
Menyedia
Mencuci
Rajah: Penyediaan Makanan
Penyediaan makanan yang bersistem boleh diamalkan dengan mematuhi
perancangan kerja dan menjalankan kerja menyedia , memasak, menyaji,
mengemas dan mencuci dengan teliti
MENYEDIA
30. Terdapat pelbagai Jenis-jenis Menu iaitu
Terdapat pelbagai Jenis-jenis Menu iaitu
1)Menu Statik – – menu yang sama setiap hari
1)Menu Statik menu yang sama setiap hari
dan tidak bertukar sehingga ke satu tempoh
dan tidak bertukar sehingga ke satu tempoh
TAHUKAH ANDA? yang ditetapkan
yang ditetapkan
2)Menu Pusingan – – Menu yang bertukar setiap
2)Menu Pusingan Menu yang bertukar setiap
hari dalam tempoh yang ditetapkan. Cth : 7 7
hari dalam tempoh yang ditetapkan. Cth :
Days Cycle Menu – – lebih ada pilihan dan
Days Cycle Menu lebih ada pilihan dan
kepelbagaian
kepelbagaian
MEMASAK
3)A lala Carte – Menu berasingan bersama harga
3)A Carte – Menu berasingan bersama harga
untuk dipilih oleh pelanggan
untuk dipilih oleh pelanggan
4)Table d’Hote – – Set menu yang telah
4)Table d’Hote Set menu yang telah
ditetapkan kepada pelanggan untuk dinikmati
ditetapkan kepada pelanggan untuk dinikmati
32. Suhu dan Zon Bahaya Makanan
Suhu dan Zon Bahaya Makanan
Suhu zon bahaya – – 5°C hingga 57°C 41°F – –
Suhu zon bahaya 5°C hingga 57°C / / 41°F
TAHUKAH ANDA?
135°F
135°F
Suhu selamat /bakteria mati – – 77°C 170°F
Suhu selamat /bakteria mati 77°C / / 170°F
keatas
keatas
Tahap pembiakan bakteria (asid dan alkali) – –
Tahap pembiakan bakteria (asid dan alkali)
pH 7 7 bakteria hidup
pH bakteria hidup
Masa pengendalian makanan dari penerimaan
Masa pengendalian makanan dari penerimaan
barang hingga menghidang mestilah kurang
barang hingga menghidang mestilah kurang
dari 4 4 jam.
dari jam.
Suhu peti beku – – 0°F -18°C
Suhu peti beku 0°F / / -18°C
Suhu peti sejuk – – 38°F – 40°F 3°C – – 4°C
Suhu peti sejuk 38°F – 40°F / / 3°C 4°C
Suhu minimum panas – – 135°F 57°C
Suhu minimum panas 135°F / / 57°C
Suhu simpanan Daging dan Ayam – – 32°F –
Suhu simpanan Daging dan Ayam 32°F –
36°F / 0°C– 2° CC
36°F / 0°C– 2°
Suhu simpanan Ikan dan Makanan Laut – – 30°
Suhu simpanan Ikan dan Makanan Laut 30°
F F – 34° F -1°C–1°C
– 34° F / / -1°C–1°C
Suhu simpanan telur – – 38°F – 40°F 3°C – – 4°C
Suhu simpanan telur 38°F – 40°F / / 3°C 4°C
Suhu simpanan produk tenusu – – 36°F – 40°F /
Suhu simpanan produk tenusu 36°F – 40°F /
2°C – – 4°C
2°C 4°C
MENGEMAS
33.
34. MENCUCI
TIPS KEBERSIHAN
Pencucian dan Kebersihan
Pencucian dan Kebersihan
Sisa makanan perlu disediakan bekas dan tempatnya
Sisa makanan perlu disediakan bekas dan tempatnya
Asingkan peralatan makan mengikut jenis peralatan
Asingkan peralatan makan mengikut jenis peralatan
Pastikan sampah dibuang ditempat yang telah ditetapkan.
Pastikan sampah dibuang ditempat yang telah ditetapkan.
Hindarkan pencemaran bau sampah dan air kotoran
Hindarkan pencemaran bau sampah dan air kotoran
Basuh peralatan makan dan keringkan
Basuh peralatan makan dan keringkan
Klasifikasikan tong sampah
Klasifikasikan tong sampah
Bersihkan kawasan dapur dan kawasan makan setelah selesai aktiviti makan
Bersihkan kawasan dapur dan kawasan makan setelah selesai aktiviti makan
Sediakan kad kebersihan agar sistem yang dibina akan berterusan.
Sediakan kad kebersihan agar sistem yang dibina akan berterusan.
Elakkan keracunan makanan
Elakkan keracunan makanan
35. PENILAIAN HASIL MASAKAN
Penilaian hasil masakan dinilai dari segi kualiti makanan
dan juga persembahan
KUALITI
36. RUPA
Saiz, bentuk dan warna
TIPS KESIHATAN
Mengelakkan sakit perut : :
Mengelakkan sakit perut
Jangan makan SUSU + + DAGING
Jangan makan SUSU DAGING
Jangan makan DAGING + + IKAN
Jangan makan DAGING IKAN
Jangan makan IKAN + + SUSU
Jangan makan IKAN SUSU
Jangan makan AYAM + + SUSU
Jangan makan AYAM SUSU
Jangan makan IKAN + + TELUR
Jangan makan IKAN TELUR
Jangan makan IKAN + + DAUN SALAD
Jangan makan IKAN DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + + CUKA
Jangan makan SUSU CUKA
Jangan makan BUAH + + SUSU CTH :-
Jangan makan BUAH SUSU CTH :-
KOKTEL
KOKTEL
37. TEKSTUR
Resepi bayi untuk 8 8 bulan ke atas
Resepi bayi untuk bulan ke atas
Bubur Lobak Merah Kacang Buncis Mama Mia
Bubur Lobak Merah Kacang Buncis Mama Mia
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
150ml air
150ml air
1 1 sudu besar lobak merah yang dicincang halus
sudu besar lobak merah yang dicincang halus
1 1 sudu besar kacang buncis dicincang halus
sudu besar kacang buncis dicincang halus
50 gram bubur nasi siap dikisar
50 gram bubur nasi siap dikisar
1 1 kiub kecil isi ayam
kiub kecil isi ayam
Saiz:
Saiz:
2x makan
2x makan
Cara-cara:
Cara-cara:
1.1. Rebuskan isi ayam, lobak merah dan kacang buncis
Rebuskan isi ayam, lobak merah dan kacang buncis
sehingga ayam betul2 masak manakala lobak merah dan
sehingga ayam betul2 masak manakala lobak merah dan
kacang buncis empuk.
kacang buncis empuk.
2.2. Tutup api dan angkat isi ayam kemudian dikisar halus.
Tutup api dan angkat isi ayam kemudian dikisar halus.
3.3. Gaulkan semua bersama dengan bubur nasi yang sudah
Gaulkan semua bersama dengan bubur nasi yang sudah
siap dikisar.
siap dikisar.
4.4. Hidangkan serta merta
Hidangkan serta merta
38. RASA
Rasa makanan yang sesuai akan menyebabkan masakan bertambah
Rasa makanan yang sesuai akan menyebabkan masakan bertambah
menyelerakan untuk dimakan
menyelerakan untuk dimakan
Deria Rasa
Deria Rasa
39. Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat
mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia
mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia
berperisa (flavoured chemicals).
berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap
rangsangan kimia / bahan berperisa.
rangsangan kimia / bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga
TAHUKAH merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga
Lidah ANDA?
mulut.
mulut.
Deria rasa (sense ofof taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang
Deria rasa (sense taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang
dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / /
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia
bahan berperisa.
bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak didi dalam rongga mulut.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak dalam rongga mulut.
45. PERANGGU MEJA
Peranggu meja ialah persiapan meja yang lengkap dengan menggunakan alatan
Peranggu meja ialah persiapan meja yang lengkap dengan menggunakan alatan
menghidang seperti mangkuk, gelas, alas meja, kutleri, dan servit yang disusun
menghidang seperti mangkuk, gelas, alas meja, kutleri, dan servit yang disusun
dengan betul.
dengan betul.
46. SUSUNAN PERANGGU MEJA
1. Garfu di sebelah kiri pinggan
2. Sudu di sebelah kanan pinggan
3. Pisau diletakkan di sebelah kanan pinggan dengan mata pisau mengadap ke
pinggan.
4. Gelas minuman diletakkan berderet di sebelah kanan atas.
5. Piring mentega atau roti di letakkan di sebelah kiri atas.
G G N I R I P A B A
P A Y X B N K U G P
I Z R J J G T D T E
J E Y P I S A U R N
N D T I U W R S W Y
N G R N A P K I N E
N A E G F F H K O P
K U W G N A M M G I
T H A A H F F F G T
S H S N C G G T H J
47. Jawapan:
Jawapan:
Sudu, garpu, pinggan, mangkuk, piring, penyepit, pisau, cawan
Sudu, garpu, pinggan, mangkuk, piring, penyepit, pisau, cawan
KUANTITI
Kuantiti makanan
harus dititik
beratkan kerana
melibatkan tetamu
yang hadir serta
tidak akan
mencacatkan
majlis
48. TIPS ELAK PEMBAZIRAN
Senaraikan menu yang hendak
disajikan
Pastikan tetamu yang dijemput
itu dikemaskinikan kehadiran
Mengubahsuaikan resipi
Memilih bahan mentah yang
betul-betul berkualiti
Memasak secara berperingkat
49. Tampilkan gaya elegan pada meja makan dengan
meletakkan beberapa hiasan yang mempunyai
MENCUCI
ketinggian berlainan. Sebagai contoh letakkan kaki lilin
berlainan ketinggian.
Gunakan pengaruh lampu untuk menyerlahkan hiasan
meja. Lampu yang agak kuning dan malap mampu
membangkitkan suasana romantik
Gunakan warna yang bersesuaian sebagai alas meja
dan pinggan mangkuk. Elakkan daripada
menggunakan alas meja berwarna gelap atau yang
sewaktu dengannya. Pilih warna yang agak lembut.
TIPS MENGHIAS MEJA MAKAN
Laman web yang boleh dikunjungi :
51. Laman web yang boleh dikunjungi :
http://salwanisadlina.blogspot.com/p/nota.html
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=65hdsGxECBw
52. Laman web yang boleh dikunjungi :
http://salwanisadlina.blogspot.com/p/nota.html
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=65hdsGxECBw