Perayaandeepavali 130626154726-phpapp02

635 views

Published on

TRT

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
635
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perayaandeepavali 130626154726-phpapp02

  1. 1. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ISI KANDUNGAN TAJUK 1.0 Pendahuluan 2.0 Sejarah Deepavali 3.0 Tujuan perayaan Deepavali disambut MUKA SURAT 3 4-5 6 4.0 Persiapan sambutan Deepavali 4.1 Sebelum Deepavali 7-20 5.0 Pakaian tradisonal 21-30 6.0 Kuih muih dan juadah utama/khas 31 - 35 7.0 Amalan-amalan yang dilakukan 36 - 21 8.0 Pantang larang 42 - 43 9.0 Penutup 10.0 Jurnal reflektif 11.0 Rujukan 44 45 - 47 48 1
  2. 2. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 1.0 PENDAHULUAN Negara Malaysia amat terkenal dengan masyarakat berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini telah lama terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Di Malaysia, pelbagai perayaan disambut dalam setahun. Antara perayaan utamanya ialah perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Hari Raya Cina, Deepavali dan sebagainya. Kepelbagaian perayaan ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian budaya, adat dan agama yang dianuti oleh seluruh rakyat di Malaysia. Kepelbagaian itulah yang menjadikan negara Malaysia istimewa di mata dunia. Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Malaysia ialah perayaan Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk dunia. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan ini biasanya disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November. Menurut kepercayaan penganut Hindu, perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai „aippasi‟. Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu ketika perayaan Deepavali adalah menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan kepada penganut agama ini. Masyarakat Hindu berpendapat juga bahawa Deepavali merupakan satu perayaan penting yang perlu mereka sambut dalam setiap tahun. Perayaan Deepavali menandakan permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Lunar. Perayaan Deepavali diharap dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh dunia. 2
  3. 3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 2.0 SEJARAH DEEPAVALI Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali bermaksud „sebarisan pelita‟. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai „pesta cahaya‟ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara ini. Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang 3
  4. 4. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung. Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Hari Deepavali iaitu: a)Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya Sesetengah orang Hindu percaya bahawa perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke Ayodhya dengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamana selepas membunuh raja syaitan Ravana iaitu seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan Dewa Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, penduduk yang tinggal di situ menyalakan pelita minyak sapi bagi menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Dewa Rama kembali ke tanah jajahannya. b)Pembunuhan Narakasura Menurut lagenda terdahulu, perayaan Deepavali disambut pada hari di mana salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna telah berjaya membunuh seekor syaitan durjana yang telah mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja Narakasura. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan cahaya berwarna-warni. Raja Narakasura meminta semua manusia merayakan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan, kebaikan perlu mengatasi kuasa kejahatan. 4
  5. 5. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 3.0 TUJUAN PERAYAAN DEEPAVALI DISAMBUT Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai kejahatan. Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama dan „Hukum Karma‟ yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi seperti yang diceritakan dalam Ramayana.Deepavali juga disambut dengan rasa penuh kesyukuran. Pesta yang penuh warna-warni itu bagaikan memberi cahaya kegembiraan yang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika. Agama Hindu mempunyai kepercayaan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Perayaan Deepavali adalah sambutan untuk menyambut kelahiran „cahaya dalaman‟ yang memupuk kesedaran dari dalam. Segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran bahawa tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Dengan realisasi Atman, maka datanglah belas kasihan, kasih sayang sejagat dan kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman). Lampu pula menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindarkan manusia daripada berbuat jahat. 5
  6. 6. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 4.0 PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 4.1 SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALI Sebelum perayaan Deepavali, masyarakat Hindu biasanya akan menghias rumah mereka, menyediakan manisan, menyalakan lampu untuk menerangi rumah, membeli pakaian dan juga perhiasan baru. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah masyarakat di kawasan lain di India, ritual Deepavali bermula dua hari sebelum „Dhanteras‟ iaitu sehari sebelum perayaan Deepavali. Perayaan-perayaan yang disambut ialah „agyaras‟ di mana masyarakat keturunan Patel dan Vaishnavs memulakan sambutan Diwali sebelum „Dhanteras‟ iaitu pada hari ke-11 „Ashwin‟ dan „wagh baras‟ yang menandakan hari kepentingan wanita dalam masyarakat. Wanita-wanita akan dipuja dan dibelikan perhiasan serta pakaian yang baru. Seperti kemeriahan perayaan lain, penganut agama Hindu juga membuat persiapan awal. Biasanya, persiapan dimulakan sebulan sebelum perayaan Deepavali disambut. Ini bagi menjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun. Pengganut agama Hindu ini akan membersihkan rumah dan juga membuat kuih-muih tradisional seperti muruku, neiurundai, atherasam, omapodi, halwa, laddu, palkova, bundhi, achi muruku dan chippi. Tetapi pada masa kini, biskut dan kek juga merupakan juadah hari Deepavali selain daripada kuih-muih tradisional masyarakat India. Ini berlaku seiring dengan kemajuan yang dikecapi pada hari ini.Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang bekerja, mereka boleh membeli pelbagai jenis kuih tradisional, kek dan biskut yang dijual kedai-kedai sempena sambutan perayaan Hari Deepavali. 6
  7. 7. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membeli pakaian baru seperti sari dan sut punjabi untuk perempuan dan kurta untuk lelaki. Mereka jiga turut membeli pelbagai jenis aksesori seperti gelang tangan dan kaki serta peralatan hiasan rumah untuk menyambut hari Deepavali. Bagi sesetengah penganut agama Hindu, mereka akan membersihkan diri dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa iaitu hanya makan sayuran dan bermeditasi pada hari-hari tertentu sebelum perayaan Deepavali disambut. Kad ucapan juga biasanya dihantar sebagai satu cara mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada orang tersayang, ibu bapa, kenalan dan sanak saudara. Apa yang menariknya, kad ucapan ini turut dihantar oleh rakan taulan pelbagai kaum di negara ini dengan semangat muhibah. Pada masa sekarang, kad ucapan dihantar dalam bentuk e-mel, sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan bergambar. Walau apa jua kaedah yang digunakan, ia tetap mempunyai nilai positif iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Seperti sambutan perayaan yang lain, pengganut agama Hindu juga turut melakukan rutin yang sama. Sehari sebelum perayaan Deepavali, rumah akan dihiasi dengan langsir baru, kad ucapan, pelita atau lampu dan kolam yang dihiasi indah di hadapan pintu masuk rumah. Bagi penganut agama Hindu, sambutan Deepavali kurang serinya jika kediaman tidak dihiasi dengan kolam. Biarpun saiznya kecil namun tetapi mesti ada. Kolam adalah lukisan bermotifkan bungabungaan di atas lantai rumah yang diperbuat daripada beras berwarna-warni. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat kolam tersebut. 7
  8. 8. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Pengganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik dan kebanyakan kolam ini bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia Hiasan kolam juga merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, dewi kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka. Kemeriahan perayaan Hari Deepavali juga lebih menyerlah jika barisan pelita yang diperbuat daripada tanah liat disusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah. Perbuatan menyusun pelita amat penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi oleh cahaya yang membawa kebahagiaan dan juga kesejahteraan. Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Upacara ini sebenarnya bersangkut-paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa Tamil. Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan. Mereka akan menjemput sekumpulan orang yang terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan 8
  9. 9. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan remaja yang berusia di antara empat hingga tujuh belas tahun datang ke rumah mereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30 malam di mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput kumpulan itu yang kemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang. Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan menyanyikan lagu keagamaan. Pertama, Mounam (bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan 'Aum' sebanyak tiga kali). Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu selama 30 minit. Sambil memanjatkan kepujian dan kesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup. Sebelum berangkat pulang, semua orang yang terlibat akan disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan minuman jus. Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taat kepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang pelita ini dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi. 9
  10. 10. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, pengganut Hindu akan melakukan upacara sembahyang untuk memanjangkan doa buat insan yang telah pergi buat selama-lamanya. Dalam upacara ini juga, telah disediakan pelbagai barangan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju yang cantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik. Makanan kegemaran individu yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka. Makanan tersebut akan dibiarkan seketika di hadapan gambar si mati dan kemudiannya akan dimakan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri pada malam Deepavali. 10
  11. 11. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan KOLAM DENGAN PELBAGAI HIASAN Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini 11
  12. 12. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 12
  13. 13. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan UPACARA MEMASANG PELITA (VILAKKU) 13
  14. 14. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 14
  15. 15. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan KAD UCAPAN DEEPAVALI 15
  16. 16. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan KEMERIAHAN PERSEDIAAN MENYAMBUT DEEPAVALI 16
  17. 17. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 17
  18. 18. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Pelbagai jenis perhiasan untuk wanita yang dijual bagi menyambut Deepavali. 18
  19. 19. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan MANDI MINYAK BIJAN 19
  20. 20. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan UPACARA SEMBAHYANG DI KUIL 20
  21. 21. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 5.0 PAKAIAN TRADISIONAL Seni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupan seharian dan waktu keramaian. Budaya ini wujud sehingga k e h a r i i n i . W a l a u bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisional yang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya. Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Pakaian dan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggaan rakyat Malaysia di mata dunia Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata Seperti kaum lain di Malaysia, kaum India turut mempunyai pakaian tradisonal yang menjadi kebanggaan mereka.Pakaian ini akan dipakai setiap kali tibanya perayaan seperti Deepavali dan menjadi lambang budaya bagi mereka. Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru.Pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan 21
  22. 22. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan “Dhoti” untuk kaum lelaki. Selain itu, “Kurta” dan Salwar Kameez juga turut dipakai pada sambutan Deepavali. a) Sari Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Subbenua India ialah salah satu tempat di India.Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Lazimnya sari dipakai oleh orang dewasa manakala bagi kanak-kanak dan remaja, mereka lebih senang menggayakan sut punjabi ataupun gaun tanpa lengan beserta seluar.Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuhtumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang 22
  23. 23. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Walau apapun, pemilihan warna sari biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai. Di kalangan kaum India, seorang gadis mula-mula memakai atau lebih tepat lagi, dipakaikan sari apabila dia meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja pada usia sekitar 12 tahun. Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah “dewasa”. Pakaian tradisional ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu kain sari itu sendiri yang panjangnya sekitar enam meter, dan blaus pendek. Tidak kurang penting juga adalah barang perhiasan diri seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya. Wanita India memakai perhiasan diri pada setiap anggota badan yang terdedah pada pandangan umum. Sama ada disedari atau tidak, sari berfungsi sebagai media komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu berupaya disampaikan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak kain, cara pemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai. Secara konvensionalnya, sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu. Si pemakainya secara automatik dianggap sebagai golongan yang sudah merasai segala nikmat serta derita hidup, dan kini menunggu masa untuk kembali menemui Tuhan. Biasanya si pemakai sari putih diberi tempat khas dalam masyarakat, dihormati dan dikasihani. Sari putih yang dijaga dengan baik juga menyerlahkan peribadi si pemakai sebegai seorang yang kemas dan sentiasa menjaga kebersihan. Malah, itulah juga makna simbolik yang disampaikan oleh balu bersari putih iaitu dia suci dan bersih daripada segala noda dan kekotoran sejak kematian suaminya. Sari berwarna kuning pula sering dipakai apabila seseorang membawa kavadi atau membayar nazar di kuil. Maka, si pemakainya tidak mengira usia sentiasa dihormati oleh semua orang. Mereka dihormati kerana mereka mempunyai tujuan khas datang ke kuil iaitu untuk menyempurnakan upacara suci. Sari warna lain, sama ada satu warna atau gabungan pelbagai warna, biasanya menggambarkan peribadi pemakainya. Warna yang terang menggambarkan peribadi ceria si pemakai. Malah ada pula golongan yang suka memakai sari yang warnanya menyilau mata. Si pemakai mungkin bersifat berani dan mahu orang ramai, terutama pemuda, memandang mereka. Sari berwarna pudar pula mencerminkan sikap si pemakai yang pemalu, tidak suka bergaul dan kurang bersosial. Mereka bagai tidak mahu menarik perhatian orang 23
  24. 24. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ramai. Mungkin juga mereka memiliki sikap merendah diri serta menganggap diri mereka kurang menarik. b)Dhoti Di dalam tradisi kaum India, Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut kemudian dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. 24
  25. 25. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan c)Salwar Kameez atau Baju Punjabi Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez. d)Kurta Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi.Ia merupakan kemeja panjang hingga ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. 25
  26. 26. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan PAKAIAN TRADISONAL HARI DEEPAVALI SARI Kaedah memakai sari 26
  27. 27. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 27
  28. 28. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan DHOTI 28
  29. 29. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan SALWAR KAMEEZ ATAU BAJU PUNJABI 29
  30. 30. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan KURTA 30
  31. 31. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 6.0 KUIH MUIH DAN JUADAH UTAMA/KHAS Manisan merupakan identiti penting bagi masyarakat India. Manisan bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya bahawa manisan mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Oleh itu,manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan dalam masyarakat India. Manisan wajib disediakan semasa perayaan hari Deepavali memandangkan ia identiti masakan bagi kaum India. Pada perayaan Deepavali, kita akan dapat melihat di setiap rumah masyarakat Hindu akan disediakan dengan pelbagai juadah manisan. Manisan-manisan yang terkenal semasa musim perayaan Deepavali seperti adalah halwa, burfi iaitu yang diperbuat daripada susu dan laddu yang diperbuat daripada tepung, sirap dan juga gula. Selain dari manisan, terdapat beberapa juadah tradisional istimewa yang dipersembahkan ketika perayaan Deepavali. Juadah yang disediakan ketika sambutan Deepavali juga amat menarik dan menyelerakan. Masyarakat Hindu juga sukakan makanan yang pedas dan bagi mereka yang tidak memakan sayur-sayuran, mereka akan memakan makanan seperti ayam tandoori, sambal udang dan kari kepala ikan. Bagi pengganut agama Hindu yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran atau vegetarian, masakan terkenal seperti thosai, idlis dan roti naan akan disediakan untuk para tetamu Sembilan jenis hidangan sayur-sayuran juga turut disediakan pada pagi Deepavali. Antara hidangan sayuran tersebut ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan juga beberapa kuihmuih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Meruku, neiurundai dan atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India. Meruku tersebut boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada bulat panjang atau bintang panjang. Sungguhpun begitu cara pembuatannya adalah sama. Ramuannya yang terdiri daripada pelbagai jenis rempah menambahkan lagi aroma dan kelazatan meruku tersebut. Dengan campuran pelbagai rempah 31
  32. 32. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ratus, maka tidak hairanlah jika meruku menjadi makanan kegemaran bagi kaum India dan kaum-kaum yang lain di Malaysia. 32
  33. 33. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan KUIH MUIH DAN JUADAH PADA HARI DEEPAVALI Meruku Kuih - muih 33
  34. 34. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Laddu antara manisan wajib dihidangkan pada sambutan Hari Deepavali. Pelbagai jenis kuih muih dan meruku Paneer 34
  35. 35. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Atherasam Payasam 35
  36. 36. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 7.0 AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN Persiapan Di Pagi Hari Deepavali Pada pagi perayaan Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.Seawal pukul 3 pagi, penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara pemujaan diletakkan di atas daun pisang bersama-sama dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik.Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk menyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengah kaum wanita memakai salwar kameez atau dikenali sebagai baju punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga ada yang memakai pavadai thavani iaitu 36
  37. 37. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan berupa skirt panjang yang dililit dengan separuh daripada kain sari. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu sejenis pakaian berupa kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kemudian, mereka sekeluarga akan bersembahyang di rumah mereka. Anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Pada hari ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan. Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia, masyarakat India tidak akan menjamah sebarang makanan sebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyang di kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.Mengikut ajaran agama Hindu juga, pada pagi Hari Deepavali, masakan yang dimasak hanya makanan yang berasaskan sayursayuran.Daging tidak digalakkan untuk dimasak.Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini. Upacara Sembahyang Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” . Selepas bersembahyang, mereka akan berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, „rangoli‟ iaitu lukisan yang 37
  38. 38. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah Mereka juga turut dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebagainya. 38
  39. 39. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan SELEPAS PERAYAAN Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka.Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besarbesaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku, achi muruku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir yang hadir. Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satu atau dua hari dan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali. Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Di kalangan penganut agama Hindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun sekali sememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk mereka merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sanak saudara dan teman-teman.Selain itu makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepada jiran-jiran terdekat tidak kira bangsa dan agama supaya Deepavali yang disambut menjadi lebih meriah. 39
  40. 40. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan RUMAH TERBUKA DEEPAVALI 40
  41. 41. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 41
  42. 42. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 8.0 PANTANG LARANG Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini. Pengganut agama Hindu juga tidak terkecuali dari pantang larang yang diamalkan semasa menyambut Deepavali.Salah satu pantang larang yang masih diamalkan sehingga hari ini ialah amalan berkabung yang dilakukan bagi menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli keluarga terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat ke rumah rakan-rakan seagama. Selain memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan keluarga. Selain itu, manisan juga mempunyai pantang larang tertentu.Manisan sangat berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti palkova, halwa, laddu dan atherasam dianggap sebagai juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan setiap penganutnya. Kehadiran manisan bukan sahaja dijadikan penyeri di atas meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaan Deepavali. Manisan merupakan acara pembuka bagi perayaan hari Deepavali kerana ia dikatakan membawa kepada kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah dengan tujuan untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan istimewa lain yang disediakan boleh dinikmati. 42
  43. 43. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Pengganut agama Hindu juga perlu memasak sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisional seperti muruku, omapodi atau achi muruku di rumah mereka. Ini disebabkan kepercayaan penganut agama Hindu bahawa jika periuk tidak berisi minyak, bermakna akan ada kematian di rumah tersebut. Pantang larang yang seterusnya adalah berkaitan dengan warna pakaian yang dipakai semasa menyambut Deepavali. Pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana ia bermaksud kesedihan. 43
  44. 44. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 9.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, perayaan Deepavali dikatan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan. Deepavali juga dianggap sebagai simbol kemenangan kuasa baik melawan kuasa jahat.Namun begitu, apa pun tujuan sesuatu perayaan itu disambut, ia tetap mempunyai nilainilai baik yang diterapkan di dalam diri setiap pengganutnya.Maksud perayaan ini bukan hanya sekadar cahaya kegembiraan malah kehadiran perayaan ini juga membuka ruang kepada sanaksaudara merapatkan hubungan. Malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain juga sangat dialu-alukan. Pengganut agama Hindu ini percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan di antara pelbagai kaum.Oleh itu, perayaan Deepavalimemang mampu meningkatkan interaksi kaum seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini. Sambutan Deepavali juga memberi peluang dan pendedahan kepada golongan muda untuk mengetahui dan mengamalkan pantang larang serta amalan yang dilakukan oleh golongan tua.Adalah amat penting amalan ini diteruskan agar ia tidak lapuk ditelan dek zaman. Ini kerana golongan muda merupakan pewaris yang sangat berharga dan penyambung amalan sesuatu kaum. Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 44
  45. 45. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 10.0 JURNAL REFLEKTIF Secara peribadinya saya merasakan tugasan yang dibarikan pada kali ini amat menarik.Ini kerana saya berpeluang untuk mengetahui banyak perkara tentang perayaan Deepavali yang selama ini tidak pernah saya ketahui.Pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang penyelidikan ini menjadikan saya lebih memahami perayaan dan aktiviti keagamaan kaum lain. Sebelum ini saya memang tidak mengetahui mengenai maksud perayaan Deepavali apatah lagi tujuan ia disambut.Malah tidak mustahil jika saya jiga kurang arif tentang sambutan perayaan agama sendiri memandangkan kemajuan pada hari ini telah membuatkan kita lupa tentang amalan dan juga pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang kita.Tidak hairanlah jika sambutan sesuatu perayaan pada hari ini telah hilang serinya dan telah mengalami banyak kemodenan sama ada dari segi pakaian, makanan dan sebagainya. Di samping mencari maklumat mengenai perayaan Deepavali, saya juga turut berkesempatan melayari banyak maklumat mengenai pelbagai sambutan perayaan di Malaysia. Sambutan ini tidak terhad kepada perayaan sendiri malah saya juga turut terdorong untuk mengetahui maklumat perayaan kaum yang lain. Adalah amat merugikan jika maklumat yang menarik ini diabaikan begitu sahaja.Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan bersyukur kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang turut sama memeriahkan setiap perayaan yang disambut. Ini membuktikan bahawa masyarakat kita berhati dan berjiwa Malaysia walaupun berbeza kaum, bangsa dan agama. Tugasan mengenai perayaan ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnya bekerjasama untuk mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh masyarakat di Malaysia dengan mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan supaya perpaduan kaum dapat dipupuk. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikap bertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah pasti tidak akan menimbulkan 45
  46. 46. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik di mata masyarakat dunia.Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum, berbeza agama dan budaya jika tidak ada persefahaman yang kukuh. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah seterusnya mengukuhkan semangat setia negara Tugasan dan kajian ini juga menjadikan saya seorang insan yang bersyukur dan menghargai perayaan yang disambut oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Ini menandakan bahawa tidak terdapat jurang yang besar semasa sesuatu perayaan ini disambut dalam negara Malaysia yang berbilang kaum ini.Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang perayaan yang ada di Malaysia.Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan ini melahirkan perpaduan, hormat-menghormati antara kaum dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan. Sebagai rakyat Malysia, saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Ia menjadikan Malaysia menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik dari segi agama , budaya , bahasa dan kepercayaan. Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia yang akan tersisih tetapi sebaliknya merasa kegembiraan berada di bumi negara ini. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi dan menyanjungi negara Malaysia.Dalam kepelbagaian masyarakat negara ini, ia mencerminkan satu jiwa bangsa yang bersatu di bawah satu bendera bernama Malaysia. Semoga negara Malaysia sentiasa aman dan makmur bersama perpaduan masyarakatnya yang unik. 46
  47. 47. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 47
  48. 48. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan 11.0 RUJUKAN http://bmk12010.blogspot.com/ http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/sejarah-perayaan- deepavali.html http://farhanaupsi.blogspot.com/2011/11/pakaian-tradisional-masyarakat-india.html http://juniornsenior.blogspot.com/2010/09/pemakaian-kaum-india.html http://pemakaianbm.blogspot.com/2010/08/pakaian-kaum-india.html http://plkang.blogspot.com/p/adab-berhari-raya-pelbagai-kaum-di.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/186-pakaiankebangsaan/1407-pakaian-kebangsaan.html http://teveswary.tripod.com/pakaian.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Re ncana_Utama&pg=ru_01.htm http://www.scribd.com/doc/50368949/Folio-Sejarah-Tingkatan-2 48

×