SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
1
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perayaan-perayaan di Malaysia dengan lebih mendalam.
Tujuan dan objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perayaan-perayaan di Malaysia,
konsep dan latar belakang, mengetahui keunikan dan mengkaji bagaimanakah perayaan ini dapat
mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Bagi memastikan objektif kajian ini terlaksana,
pengkaji telah melakukan beberapa langkah ataupun kaedah melalui proses pengumpulan data
dengan mengumpul sumber-sumber yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder.
Sumber primer ialah melalui temubual dan pemerhatian manakala sumber sekunder ialah buku-
buku rujukan, akhbar dan artikel. Selain itu, sumber dan maklumat ini dianalisis melalui 3
komponen iaitu analisis Induktif, snalisis Deduktif dan analisis Komparatif.
2
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada
pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan
kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat
yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan
tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini.
Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu
tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan-
perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya
dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan
ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina
dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama
berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami
untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut.
Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang
setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan
perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini
juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang
perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat
dikekalkan.
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti perayaan-perayaanyang terdapat di Malaysia.
2. Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.
3. Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.
4.Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum
di Malaysia.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dilakukan melaui proses pengumpulan data. Data-data ini dikumpul
melalui 2 sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder :-
Sumber Primer :
1. Temubual
2. Pemerhatian.
Sumber Sekunder :
1. Buku-buku rujukan
2. Akhbar
3. Artikel
Data-data yang terkumpul akan dianalisis. Data akan dianalisis berdasarkan 3 komponen iaitu
Analisis Induktif, Analisis Deduktif dan Analisis Komparatif.
4
Analisis Induktif dapat diertikan iaitu jalan berfikir dengan mengambil kesimpulan dari
data-data yang bersifat khusus. Pendapat lain menyatakan bahawa berfikir secara induktif adalah
berkait dari fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang konkrit dengan menarik kesimpulan-
kesimpulan umum yang mempunyai sifat umum. Bertolak dari pengertian di atas, penyelidik
menggunakan kaedah ini adalah untuk membuat kesimpulan hasil daripada pemerhatian,
temubual dan data yang terkumpul lain. Kaedah induktif adalah untuk menilai fakta-fakta
empirikal yang ditemui dan kemudian dipadankan dengan landasan yang ada. Kebanyakan
penggunaan analisis induktif adalah pengumpulan data secara kualitatif iaitu melalui
pemerhatian dan sebagainya.
Analisis Deduktif adalah pendekatan secara teori untuk mendapatkan konfirmasi
berdasarkan hipotesis dan observasi yang telah dilakukan sebelumnya. Suatu hipotesis lahir dari
sebuah teori, lalu hipotesis ini diuji dengan melakukan beberapa observasi. Hasil dari observasi
ini akan dapat memberikan konfirmasi tentang sebuah teori yang semula dipakai untuk
menghasilkan hipotesis. Langkah penelitian seperti ini biasa juga disebut pendekatan ‘dari atas
ke bawah’.
Analisis komparatif adalah penelitian yang bersifat membandingkan. Penelitian ini
dilakukan untuk membandingkan persamaan dan perbezaan dua atau lebih fakta-fakta dan sifat-
sifat objek yang diteliti berdasarkan kerangka pemikiran tertentu. Menurut Nazir (2005: 58)
penelitian komparatif adalah sejenis penelitian deskriptif yang ingin mencari jawapan secara
dasar tentang sebab dan akibat, dengan menganalisis faktor-faktor penyebab terjadinya ataupun
munculnya suatu fenomena tertentu. Data-data yang dianalisis melalui proses komparatif dapat
membezakan perkara tersebut baik ataupun buruk.
5
4.0 PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM
- Hari Raya Puasa (AidilFitri)
- Hari Raya Qurban (AidilAdha)
- Maulidur Rasul
- Nuzul Al-Quran
- Awal Muharam
Berikut merupakan perayaan yang disambut oleh orang Islam di Malaysia.Namun, skop
perayaan yang dikaji hanyalah Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.Hal yang demikian
disebabkan oleh perayaan-perayaan ini merupakan perayaan besar bagi kaum muslimin di negara
ini.
4.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG PERAYAAN
Kedua-dua perayaan yang dikaji ini merupakan perayaan yang disambut bukan sahaja oleh
masyarakat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hal ini bersandarkan hadis daripada
Nabi Muhammad S.A.W:
Daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka
sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang
dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah:
Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari
yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.”
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
6
Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat melihat bahawa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban
disambut secara besar-besaran terutamanya di negara yang majoritinya beragama Islam
termasuklah di Malaysia.Menerusi kajian ini, kedua-dua perayaan ini akan dikupas dalam
perspektif sambutan di negara Malaysia.
4.1.1 HARI RAYA PUASA
Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah.Hari Raya ini juga dikenali
sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya
Aidilfiti atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-
benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada satu
Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya1
.
Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan
Ramadhan dan membayar zakat fitrah.Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia bererti
menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit
fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya2
.Puasa dapat melatih jiwa
manusia supaya sabar dan tabah.Ia juga mengingatkan kita tentang penderitaan umat yang
sedang kelaparan dan kehausan serta mengajar umat Islam tentang kesukaran hidup dan
menjadikan mereka manusia yang bersimpati terhadap orang lain. Zakat fitrah pula diwajibkan
1
Musyarawahah (1995 : 55)
2
Musyarawahah (1995 : 2)
7
ke atas semua umat Islam.Zakat fitrah wajib dikeluarkan hanya sekali setahun untuk setiap
individu dalam bulan Ramadhan dan saat terbaiknya adalah sebelum solat hari raya Aidilfiri3
.
Di Malaysia, tarikh Hari Raya Puasa ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agung atas nasihat Majlis Raja-raja Melayu, iaitu dengan melihat
terbitnya anak bulan (1 Syawal). Kemudian, ketetapan tarikh ini diisytiharkan oleh Penyimpan
Mohor Besar Raja-raja Melayu melalui radio, televisyen dan alat-alat sebaran am yang lain4
.
Biasanya, tarikh melihat anak bulan itu ialah pada 29 Ramadhan; di sebelah petang sewaktu
matahari hampir terbenam.Tempat-tempat untuk melihat anak bulan dan orang-orang yang
ditugaskan untuk melaksanakannya ditentukan oleh kerajaan atau Majlis Agama Islam. Jika anak
bulan kelihatan pada petang itu atau tidak kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-
raja Melayu akan menetapkan tarikh dan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa.
4.1.2 HARI RAYA QURBAN
Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah.Ia juga
dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat
kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai
umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Mekah, Arab Saudi.Hari raya ini
digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam
melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing.Daging korban ini pula
disedekahkan kepada orang-orang miskin. Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan
yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih
anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat
3
Musyarawahah (1995 : 42)
4
A. Aziz Deraman (1987 : 8)
8
yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula
dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah.Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan
bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu.Tetapi, di saat penyembelihan hendak
dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas5
.
4.2 KEUNIKAN YANG TERDAPAT DALAM PERAYAAN AGAMA ISLAM DI
MALAYSIA
Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban yang disambut di negara ini dilihat unik berbanding
dengan negara-negara lain. Hal ini didorong oleh faktor tradisi dan juga kepelbagaian budaya
yang terdapat di negara ini.
4.2.1 HARI RAYA PUASA
Pada pagi hari raya, apabila terbitnya fajar subuh, akan kedengaranlah takbir bergema di masjid-
masjid, surau-surau, rangkaian televisyen dan corong-corong radio. Takbir hari raya ini bertujuan
memuji-muji kebesaran Ilahi dan menguatkan keimanan orang Islam supaya menjadi manusia
yang soleh dan bertakwa. Pada hari raya ini, umat Islam akan berpusu-pusu ke masjid-masjid
atau surau bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selalunya, sebelum ke masjid, anak-anak akan
bersalaman dengan kedua ibu bapa dan juga ahli keluarga yang lain bagi memohon ampun dan
maaf antara satu sama lain. Tradisi meminta ampun dan maaf ini merupakan suatu keperluan
kepada setiap umat Islam dan budaya orang Melayu.
Di masjid atau di surau, umat Islam akan berhimpun dengan ramainya, memakai pakaian-
pakaian baru atau bersih yang beraneka warna. Mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri
sebanyak dua rakaat dan kemudiannya mendengar bacaan khutbah yang disampaikan oleh
5
A. Aziz Deraman (1987 : 16)
9
Khatib atau Imam.Di antara isi kandungan khutbah yang disampaikan ialah berbentuk nasihat
dan pesanan terhadap umat Islam dalam aspek peranan dan tanggungjawab mereka terhadap
agama, bangsa dan negara.
Pada hari raya ini juga, dapat dilihat budaya kunjung mengunjung. Rata-rata akan mengunjungi
rumah saudara-mara dan sahabat handai yang jauh atau yang dekat, bermaaf-maafan serta
menikmati pelbagai hidangan kuih-muih yang disediakan. Cara ini akan merapatkan lagi
perhubungan antara saudara-mara dan sahabat handai serta melupakan segala sengketa yang ada.
Pada hari raya ini juga umat Islam di negara ini akan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah
meninggal dunia, membersihkan pusara dan memohon keampunan bagi mereka.
Selain itu, Hari Raya Puasa juga turut sinonim dengan kepelbagaian juadah atau kuih-muih.
Daripada juadah atau kuih-muih tradisional hinggalah juadah atau kuih-muih yang moden.
Antara juadah atau kuih-muih yang popular pada hari raya puasa ialah ketupat, rendang, lemang,
bahulu dan sebagainya.Juadah dan kuih-muih ini menjadi suatu kemestian pada hari raya ini.
Pada hari raya inilah, kanak-kanaklah yang merasa paling gembira sekali. Hal ini kerana
daripada setiap rumah yang dikunjungi, mereka akan memperoleh sedekah yang berupa wang
atau “duit raya”. Mereka akan sedapat-dapatnya menziarahi seberapa banyak rumah yang terdaya
bagi mengukuhkan persaudaraan, hormat-menghormati dan juga dengan harapan untuk
mendapat duit raya6
.
6
A. Aziz Deraman (1987 : 16)
10
4.2.2 HARI RAYA QURBAN
Keunikan Hari Raya Qurban hampir sama dengan Hari Raya Puasa. Hanya, sambutannya
tidaklah semeriah Hari Raya Puasa.Seperti yang telah dijelaskan dalam konsep dan latar
belakang perayaan, Hari Raya Qurban disambut bersempena mengingati pengorbanan Nabi
Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Qurban dimulakan dengan solat sunat Adiladha dan bertakbir di masjid-masjid
ataupun surau. Setelah selesai solat, khutbah akan dibacakan oleh Khatib atau Imam. Di antara
isi kandungan khutbah adalah mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
Begitu juga dengan penderitaan dan cabaran yang dihadapi oleh Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim
yang berlari-lari di tengah-tengah padang pasir mencari air untuk anak kesayangannya, Nabi
Ismail a.s. yang mana akhirnya dengan kuasa Allah SWT, terbit mata air di tengah-tengah
padang pasir iaitu di tempat Telaga air Zamzam yang ada sekarang.
Pada hari raya ini juga, rata-rata umat Islam akan kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara dan
sahabat handai, di samping menikmati juadah atau kuih-muih. Hal ini mengeratkan lagi
silaturrahim di antara mereka.
Penyembelihan korban, sama ada kambing, lembu atau kerbau, akan dilakukan di masjid-masjid
atau surau-surau dan kebiasaannya dilakukan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha atau
pada hari raya yang kedua. Daging-daging korban itu akan dibahagi-bahagikan kepada golongan
miskin yang beragama Islam sahaja.
11
Menyembelih korban merupakan satu sunah Rasul yang amat besar pahalanya. Terdapat hadis
yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah yang diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a7
:
“Tiada suatu amalan anak Adam di hari Nahar (10 Zulhijjah), yang lebih disukai Allah selain
daripada sembelihan korban. Di hari kiamat, korban itu akan datang sebagaimana pada hari ia
disembelih, iaitu lengkap dengan segala tubuh anggotanya, cukup dengan kuku, tanduk dan
bulunya. Darah korban itu sebelum jatuh ke bumi, terlebih dahulu jatuh di suatu tempat yang
telah disediakan oleh Allah.Kerana itu, senanglah dirimu dengan berkorban itu”.
5.0 PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU
Perayaan agama Hindu yang terdapat di Malaysia antaranya iaitu 8
:-
- Deepavali,
- Thaipusam,
- Thai Ponggal,
- Navarattiri,
- Maha Sivarattiri,
- Kaartigai Tiibam,
- Vinayagar Chauturtti,
- Aadippuuram,
- Pangguni Uttiram,
- Cittirai Paruvam,
- Ugadi,
- Onam
7
A. Aziz Deraman (1987 : 18)
8
Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
12
- Sri Rama Navami
- Perayaan Orang Sikh
- Vaikaasi Visaagam
Seperti yang kita lihat, terdapat lebih kurang 15 perayaan agama Hindu di Malaysia. Namun
skop perayaan yang akan dikaji oleh kami ialah Deepavali dan Thaipusam. Hal ini kerana
perayaan-perayaan tersebut merupakan perayaan yang terkenal dan sinonim dengan perayaan
agama lain di Malaysia.
5.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG AGAMA HINDU
Sebelum memperjelaskan perayaan orang India, terlebih dahulu kita perlu mengetahui konsep
dan latar belakang asal-usul kedatangan orang India ke Malaysia yang menyebabkan wujudnya
perayaan-perayaan tersebut. Pada zaman penjajahan British di Malaysia, sistem tanaman seperti
tebu, kopi dan getah telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Pengusahaan pertanian ladang ini
memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Tambahan pula, penduduk tempatan iaitu orang Melayu
terlibat dalam pertanian sara diri dan tidak berminat untuk bekerja dengan penjajah British.
Ekoran daripada faktor tersebut, pihak British terpaksa mencari tenaga buruh di tanah-tanah
jajahan mereka yang lain. Dalam kes ini, tanah jajahan India menjadi pilihan utama kerana
buruh-buruh India mudah diperoleh dan murah. Mereka datang ke Tanah Melayu menerusi
sistem kontrak dan sistem kangani. Ini telah menyaksikan penghijrahan orang India yang cukup
besar sekali.
Lebih kurang 85 peratus orang India yang berhijrah ialah daripada keturunan Tamil. Selainnya
adalah orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India Utara. Lebih kurang 80 peratus orang
India yang berpindah ke Tanah Melayu adalah beragama Hindu. Dari segi taraf ekonomi, mereka
13
boleh dikategorikan sebagai golongan bawahan. Bersama-sama mereka agama dan budaya yang
diwarisi turun-temurun dibawa ke Malaysia.9
Sebagai contohnya perayaan Deepavali dan Thaipusam.
5.1.1 DEEPAVALI
Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil
seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan
segala kejahilan serta kejahatan dan mmenguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan,
pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang
lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula
disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada
manusia.
Deepavali dikenali sebagai Naraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari
penewasan seorang raksasa yang zalim yang bernama Narakasura. Menurut calendar Tamil,
perayaan ini dirayakan pada bulan Aippsi, iaitu akhir bulan Oktober ataupun awal November.
Perayaan ini akan jatuh pada hari bulan genap iaitu sehari sebelum bulan mengambang.
Sebenarnya Deepavali ialah istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan, iaitu Deepam dan
Vali. Deepam bermaksud pelita(lampu) manakala Vali bererti barisan ataupun deretan. Jadi,
Deepavali membawa maksud ‘sebarisan pelita’ ataupun ‘sederetan pelita’. Cahaya pelita
melambangkan penghapusan kegelapan, restu Tuahn akan menghindarkan manusia daripada
segala kejahilan dan kejahatan.
9
Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
14
Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah
menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh
permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang
mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan
tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu.10
Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di
mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut
karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.
Kematian Rawana dianggap sebagai penghapusan kegelapan. Manakala kemenangan Sri Rama
dianggap sebagai terbitnya cahaya yang menerangi manusia.
Menurut pandangan suatu lagi variasi, rakyat negara Kosala yang beribukotakan Ayodhya telah
memasang pelita minyak pada awal pagi untuk merayakan kepulangan Sri Rama bersama
isterinya Sita Dewi dari Sri Langka di mana Sita Dewi dipenjarakan oleh Rawana. Kepulangan
ini amat bererti kerana Sri Rama selaku penjelmaan Dewa Vishnu yang menghapuskan Rawana
dalam sesi peperangan yang hebat serta menyelamatkan isterinya. Maka kepulangan Sri Rama
membawa cahaya kepada rakyat negara Kosala. Ulang tahun kepulangan Sri Rama inilah
dirayakan sebagai hari Deepavali.
Disamping itu, terdapat satu lagi lagenda yang popular dalam cerita Purana tentang perayaan
Deepavali. Menurut lagenda ini, pada zaman dahulu terdapat seorang pemerintah bernama
Naraksuran. Beliau merupakan seorang pemerintah yang zalim. Ramai rakyatnya dianiayainya.
Rakyat ynag menderita memohon bantuan Dewa Krishna. Dewa Krishna mengabulkan doa
10
Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
15
rakyat dengan membunuh Narakasuran. Kematian Naraksuran telah membawa kegembiraan
kepada rakyat kerana mereka bebas daripada kezaliman. Hari kejayaan ini disambut dengan
memasang lampu-lampu minyak. Ini seolah-olah cahaya yang terang timbul setelah kegelapan
berpanjangan dalam kehidupan mereka. Sambutan ulang tahun kemenangan ini dikenali sebagai
Deepavali.11
5.1.2 THAIPUSAM
Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh
penganut agama Hindu di Semanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di
kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu Caves,
Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.
Perayaan Thaipusam bermula di malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan
kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar
terang dipanggil Pusam. Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang
berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk menyempurnakan penyembahan mereka
kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.
Di Batu Caves, berpuluh ribu penganut agama Hindu datang dari jauh dan dekat berkumpul
sehari sebelum perayaan bermula. Ini merupakan sambuatan yang terbesar di seluruh negara.
Bermula di subuh Thaipusam, penganut-penganut agama Hindu yang bernazar menghapuskan
dosa mereka yang telah lalu, akan mandi di sebatang anak sungai tidak jauh dari Batu Caves.
Sungai ini dianggap suci oleh mereka. Kemudian mereka bersiap sedia untuk memikul ‘kavadi’
11
"Perayaan Deepavali." June 26, 2013. http://www.slideshare.net/AzliahMaya/perayaan-deepavali.
16
yang diisikan dengan susu lembu, madu dan buah-buahan untuk dipersembahkan kepada Dewa
Murugan.
Sebagai persediaan, bagi mereka yang bernazar untuk membawa kavadi mestilah berpuasa.
Puasa cara agama Hindu ialah menahan diri dari memakan barang-barang bernyawa. Mereka
berpuasa empat puluh satu hari. Pembawa-pembawa kavadi di beberapa bahagian badan mereka
dengan besi tajam. Mereka akan berjalan memikul kavadi menuju ke tempat patung Dewa
Muruga ditempatkan.
Di Batu Caves, patung itu ditempatkan di dalam gua di atas bukit. Untuk sampai ke situ terpaksa
memanjat dua ratus tujuh puluh dua anak tangga. Sambil mereka berjalan, sanak-saudara dan
sahabat-handai akan mendendangkan mereka lagu keagamaan Kavadi Syinthu. Ia disertai juga
dengan paluan gendang dan menyebut perkataan vel-vel arukhara. Ini bermaksud memohon
kejayaan dalam melakukan penyembahan itu.
Di dalam kavadi yang dipikul itu terdapat patung Dewa Muruga sedang diapit oleh dua orang
isterinya iaitu Villa dan Devanai. Ia dihiasi dengan bulu burung merak melambangkan bintang
yang digunakan oleh Dewa Muruga sebagai kenderaannya. Perayaan Thaipusam disambut
bermula dari satu kepercayaan. Hari tersebut ialah hari kemenangan bagi Dewa Muruga
menentang kaum Asura dan Syaitan Naraga di dalam satu peperangan. Syaitan Naraga ini begitu
zalim sehinggakan rakyatnya hidup dalam kesengsaraan. Perayaan Thaipusam ini disambut
untuk menyambut kemenangan ke atas Dewa Muruga ini.12
12
Hamzah, Salleh. Perayaan Kita. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd, 1980.
17
5.2 KEUNIKAN YANG TERDAPAT DALAM PERAYAAN AGAMA HINDU
Terdapat pelbagai keunikan yang dapat dilihat melalui dua perayaan besar ini iaitu :-
5.2.1 DEEPAVALI
Keunikan yang terdapat dalam perayaan Deepavali ialah kerana terdapat pelbagai adat resam dan
kepercayaan dalam perayaan tersebut. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, orang India
akan melakukan upacara memasang pelita yang akan dilakukan oleh seluruh ahli keluarga untuk
memperingati Dewa-Dewi mereka. Uniknya pelita yang dipasang ini adalah diperbuat daripada
tanah liat dan ianya merupakan sejenis pelita tradisi yang disebut dengan nama ‘vilakku’.
Perayaan ini bertambah meriah apabila adanya lampu-lampu moden yang menghiasi halaman
rumah-rumah mereka. Antara sebab mereka menghiasi rumah-rumah mereka dengan cahaya
lampu yang terang adalah untuk menyambut kedatangan Dewa kemakmuran dan kekayaan iaitu
Dewa Laksmi.
Selain itu, keunikan seterusnya perayaan Deepavali ini dapat dilihat pada pagi hari raya di mana
penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolams’ atau ‘rangoli’ iaiti hiasan lantai
yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit mataharai. Kebiasaannya,
‘kolams’ ini dibuat di hadapan pintu rumah untuk memberikan kesejahteraan dan kerahmatan
kepada setiap ahli keluarga. Walaupun agak susah hendak melakukan kolams ini, penganut
Hindu boleh melakukannya dengan cantik, menarik dan unik yang kebanyakannya bermotifkan
tumbuhan.
Di samping itu, penganut Hindu akan melakukan upacara mandi minyak bijan pada awal pagi
sebelum matahari terbit. Ini bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini
akan disapukan di atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
18
nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan
memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.
Selepas daripada upacara tersebut, mereka akan saling kunjung-berkunjung ke rumah saudara
mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan makanan tradisional kaum India
yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah Sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut
disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah ‘Aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan
sayur kobis bunga, ‘paneer’ iaitu campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih
tradisional seperti maruku, adivasam, payasam dan banyak lagi.13
5.2.2 THAIPUSAM
Keunikan yang dapat dilihat ketika perayaan Thaipusam ialah ketika perayaan tersebut disambut
terdapat pementasan drama, tarian serta nyanyian agama Hindu setiap. Selain itu, pelbagai gerai
dibuka dan kemudahan permainan kanak-kanak disediakan. Ini menyebabkan perayaan hari
Thaipusam bertukar wajah daripada perayaan agama kepada perayaan bersifat sosial. Hal ini
akan menarik ramai pengunjung yang bukan beragama Hindu turut menumpang kegembiraan.
Khasnya mereka yang suka melihat kavadi yang berwarna-warni.14
Di samping itu, kita dapat lihat betapa beraninya mereka yang bernazar untuk melakukan
upacara penyucian dosa dengan membawa kavadi yang agak berat dengan cara mencucuk
bahagian-bahagian badan seperti leher,belakang badan, pipi dan lengan yang boleh
13
Rao, Hari Prassaad. "Keunikan Deepavali." Telephone interview by author. April 13, 2015.
14
Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
19
mendatangkan kecederaan kepada pembawa. Ini merupakan satu perkara yang luar biasa dan
jarang di lihat yang menjadikan ianya sebagai satu keunikan yang tidak dimiliki oleh agama lain.
Selain daripada itu, kita boleh lihat ketika perayaan Thaipusam berlangsung, penganut agama
Hindu akan mengenakan pakaian tradisional mereka sebagai contoh Kurta. Pakaian ini
kebiasaannya berwarna putih dan krim. Ini melambangkan bahawa warna putih yang dipakai
semasa Thaipusam ialah kesucian daripada segala unsur kejahatan.15
6.0 PERAYAAN AGAMA BUDDHA
6.1 TAHUN BARU CINA
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa
cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi
orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu
bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja,
biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun
Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi
kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina. 16
Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang
lain,termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani
15
"Keunikan Thaipusam Pikat Pelancong Asing." January 18, 2014. http://berita.cari.com.my/news.php?id=71894.
16
www. Google.comhttp://.wikipedia.org/wiki/Tahun Baru Cina.scribd
20
Daur,Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru
Cina
Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas
merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan
Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun.
baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang
dinamakan sempena nama haiwan. 17
6.2 KONSEP , LATAR BELAKANG DAN KEUNIKAN TAHUN BARU CINA
Budaya Tahun Baru Cina merupakan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh
masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina seperti memberi angpau kepada kanak-kanak,
berkumpul untuk hidangan malam pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan sebagainya.
Sebenarnya Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Xin (baru) Nian (tahun). Mengikut
orang Cina, Tahun Baru Cina dirayakan selama 15 hari iaitu dari hari pertama ke hari kelima
belas pada bulan pertama dalam kalendar orang Cina.
Hari kelima belas itu juga disebut sebagai Yuen Shiau atau lebih diketahui sebagai Cap
gome di Malaysia. Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama kalendar masyarakat
Cina. Perayaan Tahun Baru Cina lazimnya akan disambut secara besar-besaran sebagai
kedatangan tahun baru, sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot yang akan
ditukar kepada yang baru.
17
http://kebudayaan.kpkk.gov.my
21
Asal-usul kedatangan Tahun Baru Cina ialah Nian iaitu berasal daripada perkataan Cina
yang bererti makhluk garang. Makhluk ini menyerupai singa yang sering kali keluar menangkap
kanak-kanak pada tahun baru pada zaman dahulu. Pada suatu tahun baru, beberapa orang kanak-
kanak bermain di depan rumah. Tiba-tiba muncul Nian yang cuba membaham seorang kanak-
kanak. Kebetulan ibu kanak-kanak itu berada di depan pintu, pada saat-saat kecemasan ibu
sedang memegang sehelai kain merah. Dengan penuh ketakutan ibu mencampakkan kain itu ke
arah Nian. Nian takut dan melarikan diri. Mulai tahun itu, semua orang mula menggantung kain
merah di depan pintu untuk menghalau Nian. Dari situlah timbul kepercayaan warna merah
membawa tuah dan mampu menghalau unsur buruk yang berbahaya.
Pada masa dahulu, kanak-kanak menghadapi ancaman hidup yang pelbagai seperti
penyakit, malapetaka dan masalah sosial. Oleh itu, kanak-kanak yang berjaya melalui hidupnya
setiap tahun dianggap sebagai kesyukuran. Dengan ini, ibu bapa menyelitkan wang di dalam
bungkusan di bawah bantal setiap kanak-kanak pada akhir tahun agar dia dapat hidup dengan
sihat pada tahun depan. Muncullah konsep angpau yang kini dijadikan sebagai lambang wajib
Tahun Baru Cina.18
Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai-
ramai untuk makan bersama-sama. Jamuan berkumpul diadakan untuk menjalinkan perhubungan
sesama anggota keluarga setelah tidak bertemu agak lama. Menjelangnya waktu tengah malam
kedatangan Tahun Baru Cina pula diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kepada
kedatangan hari yang berbahagia. Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan bergembira
dengan membakar mercun, kadangkala pembakaran mercun terus dilakukan hingga ke pagi.
18
Wyne Loke (2002,Februari 13) Konsep Angpau Dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Utusan Malaysia.
22
Walau bagaimanapun ini merupakan tradisi sahaja, di negara kita sudah dilarangkan bermain
mercun.
Hari pertama Tahun Baru Cina selalunya disambut dengan meriah, setiap orang akan
menggayakan pakaian baru dengan warna yang cerah terutamanya warna merah. Pada hari
semua orang dikehendaki makan makanan vegetarian. Mereka yang sudah berkahwin
dikehendaki memberi angpau kepada saudara-mara dan sahabat yang belum berumah tangga.
Angpau ialah sejenis sampul berwarna merah yang diisi sejumlah wang, sampul merah
membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Seelok-eloknya setiap penghuni rumah tidak
keluar ke mana-mana pada hari pertama tahun baru. Namun pantang larang ini telah tidak begitu
dipatuhi lagi pada masa sekarang.
Kunjung mengunjung yang lebih meriah dilakukan pada hari kedua dan ketiga. Apabila
berziarah ke rumah jiran atau sahabat, biasanya akan membawa sedikit makanan dan buah-
buahan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah. Pemberian itu selalunya akan
dibalas oleh orang yang menerimanya. Proses saling bertukar bungkusan telah menjadi satu
budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina.
Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina dilarang menyapu kerana dikhuatiri
akan menghalau keluar segala tuah. Sekarang pantang larang ini tidak lagi diikuti sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, kepercayaan tentang nasib sial yang dibawa oleh penyapu masih
mendasari pemikiran orang Cina. Selepas hari ketiga barulah rumah akan dibersihkan semula.
Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina. Ungkapan
yang paling popular diucapkan apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam
sejahtera dan murah rezeki.
23
Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang itu tidak boleh berkelahi,
mengeluarkan kata-kata yang kesat, berpergian jauh dari rumah dan menjahit sepanjang
perayaan. Perbuatan-perbuatan ini ditegah kerana dianggap boleh membawa sial. Bagi suku
kaum Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang paling besar sepanjang perayaan Tahun
Baru Cina pada hari tersebut, mereka akan melakukan pemujaan terhadap dewa langit, hari
kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.
Tetapi bagi suku kaum yang lain, mereka berpesta hingga hari kelima belas yang dikenali
sebagai Cap gome.
Pesta Cap go me mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak dua ribu tahun lalu dan
mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini disambut dengan mengadakan upacara sembahyang
secara besar-besaran, colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Selain itu, bunga api dibakar dan taglung dinyalakan. Seterusnya, Pesta ini diiringi
dengan upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya kehidupan ahli
keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung
selama tiga hari tiga malam, sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi dengan cahaya
lampu.
Keramaian pesta ini dimeriahkan dengan tarian singa dan tarian naga. Pesta ini diakhiri
dengan upacara melempar buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang
berhasrat untuk mendapatkan jodoh yang sesuai. Adat ini semakin kurang dilakukan kerana
remaja kini lebih suka mencari pasangan mereka melalui pergaulan seharian. Walaupun begitu,
pasangan muda-mudi suka berkumpul dan bersiar-siar di tepi pantai sewaktu upacara itu
24
berlangsung dengan harapan perhubungan mereka akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin.
Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.
Upacara-upacara yang dijalankan itu dianggap penting kerana ia sebagai sistem simbol
yang digunakan akan memberi suatu gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan dan nilai
hidup masyarakat Cina.
7.0 PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN
7.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG HARI GAWAI
Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat
Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas
menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak
terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak
Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat,
Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat
Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
Selepas menjalankan aktiviti menuai, berassudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang
banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya
disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi
dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim
perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut
pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada musim sebegini,pelbagai jenis
gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada
25
gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang
bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira
agama dan jenis kaum kerana untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut
kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara keagamaan dengan cara
melaksanakan upacara penyembahan yang kecil seperti bedaramata di dalam biliknya sendiri
atau bedaramansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh
Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan
barang lain pada zaman sekarang.
7.2 KEUNIKAN PANTANG LARANG HARI GAWAI
Menurut akhbar Utusan Borneo, Hari Gawai atau Pesta Menuai ialah sambutan Tahun
Baharu Kaum Dayak iaitu kaum Iban dan kaum Bidayuh dan signifikannya sambutan ini ialah
sentiasa menjadi sebutan ramai.Justeru, Utusan Borneo berperanan untuk mengadakan tinjauan
terhadap persiapan sambutan Hari Gawai mengikut adat lama atau dipanggil animisme disalah
sebuah rumah panjang perkampungan Bidayuh lama yang terletak diKampung Bunuk, Jalan
Puncak Borneo. Ketika ditemui, Ketua Adat Gawai bagi Kampung Bunuk,iaitu Lindia Siges,
yang berusia mencecah 92 tahun sedang memerhatikan anak buahnya Henry Senok, 40 tahun
dibantu Tabut Siyor, Teka Rijodb dan Misan Satung menyediakan tempat pemujaan.
“Sejakberatustahunkewujudankampungini, kami merupakan generasi yang masih
meneruskan adat lama upacara Gawai dan adat ini menjadi kemestian dan kewajipan yang
perlu dilakukan setiap tahun. Hal ini adalah untuk mengekalkan keunikan kaedah lama yang
terkandung seribu satu keunikan yang tersendiri berbanding dengan kaedah baru yang kian jauh
26
dari adat dan resam berlandaskan adat Gawai yang sebenar. “Tujuan bergawai adalah untuk
meluahkan ucapan tanda terima kasih dan syukur kepada ‘TuhanPadi’ kerana bagi orang
Dayak, mereka beranggapan bahawa padi merupakan simbolik kepada sumber kehidupan yang
sebenar.“Bagaimanapun, sebelum padi di tanam sekitar September dan dituai pada bulan
Februari atau Mac terdapat banyak pantang larang yang harus dipatuhi,”ujarnya.Mengikut
kebiasaan, katanya, kaum Dayak mengadakan upacara khas bagi mendapat sesuatu petanda
sebelum membersihkan kawasan sawah padi yang telah dituai.“Selepas itu, antara pantang
larang yang perludi patuhi ialah semua dilarang sama sekali memegang atau memakan pucuk
paku, rebung, ‘tipus’ dan rotan,”katanya.Selepas habis musim menuai, adat pemujaan Gawai
untuk ‘Tuhan Padi’ dilakukan mengikut musim dan asal-usul.“Antara bahan yang perlu
disediakan ketika membuat tempat pemujaan ialah daun ‘sigaan,’ ‘benuak padi,’ ‘sendian,’
‘sadis,’ telur ayam, beras, kuih penganan, pinang, sirih, tembakau, rokok, pekasamikan, nasi
bungkus dan tuak beras.”“Tempat pemujaan perlu siap sebelum menjelang petang kerana
sambutan memanggilroh ‘Tuhan Padi’ini akan bermula seawa lpada jam 8 malam 31 Mei setiap
tahun,”ujarnya lagi. Upacara pemujaan roh akan dilakukan selama satu jam dengan memainkan
alat muzik iaitu gong sambil itu seekor khinzir serta ayam kampong akan dikorbankan sebagai
penjamuan dalam menepati syarat dalam upacara pemujaan.Selepas empat hari, Ketua Adat
bersama pembantu dan orang kampong dilarang keluar rumah dan perlu tinggal di dalam ‘baruk’
(rumah tempat menyimpan kepala) selama dua hari sebelum upacara menutup Gawai dijalankan.
Pada hari keenam, semua penduduk akan ke sungai berdekatan kampong mereka untuk
melepaskan tempat pemujaan.Malahan,“Setiap orang daripada penduduk kampong perlu
menangkap haiwan air seperti ikan danudang serta menyediakan makanan di sana sebelum
27
pulang kekediaman masing-masing, selepas itu, baharulah upacar adan sambutan Gawai
selesai,”jelasnya.
8.0 BAGAIMANAKAH PERAYAAN-PERAYAAN INI DAPAT MENGERATKAN
HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA.
Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan pelbagai bahasa, agama dan kepercayaan, serta budaya yang berlainan. Dengan
adanya pelbagai perayaan yang unik dan pelbagai di Malaysia ini sedikit sebanyak cenderung
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis
di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai
penduduk majmuk seperti di negara kita juga, namun mereka gagal untuk mencapai tahap
perpaduan seperti kita kecapi hari ini. Malah rakyat negara berkenaan saling membangkitkan isu
perkauman yang kuat antara satu sama lain.
Malaysia juga sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang bangsa, agama dan
budaya. Namun, semua itu dilihat bukan penghalang untuk negara ini mengecapi kemakmuran
dan perpaduan seperti yang ia miliki sekarang. Hari perayaan seperti Hari Raya Puasa dan
Qurban juga dilihat sebagai medium dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.
Misalnya, seperti yang telah dijelaskan bahawa apabila tibanya musim perayaan, budaya
kunjung-mengunjungi menjadi amalan masyarakat di negara ini. Pada hari perayaan , masyarakat
tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik meraikannya dalam suasana penuh
harmoni.Dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi ini, ikatan perpaduan dapat dieratkan dan
bahkan dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat yang bukan beragama Islam
tentang perayaan yang disambut oleh umat Islam di negara ini.
28
Di samping itu, apabila tiba musim perayaan, pelbagai pihak atau agensi baik dari jabatan
kerajaan mahupun persendirian akan menganjurkan acara yang dikenali sebagai “Rumah
Terbuka”. Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan salah satu majlis rumah terbuka terbesar yang
diadakan saban tahun.Inisiatif ini dilihat sebagai langkah berkesan dalam usaha mewujudkan
perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat di negara ini. Penganjuran acara atau majlis
seumpama itu juga dapat memberi peluang kepada kaum lain mengenali budaya serta adat resam
kaum yang merayakan perayaan tersebut dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjung ke
rumah-rumah terbuka19
. Oleh yang demikian, penganjuran majlis seperti ini perlu diteruskan
pada masa-masa akan datang agar sambutan perayaan dapat terus dijadikan sebagai salah satu
medium untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.
Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin
sendiri,perayaan hari Gawai juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya
kaum-kaum lain khususnya kaum Iban dan Bidayuh. Walaupun mereka hanya akan merayakan
perayaan itu sesamakaum yang mempunyai persamaan latar belakang, budaya dan juga agama
namun keunikan perayaan ini dapat dipelajari dan diketahui oleh pelajar universiti khususnya
ekoran percampuran pelajar negri sarawak yang berasal daripada negeri Sarawak sendiri.
Sebagai contoh orang-orang India, Cina, dan Melayu dan sebagainya dapat mempelajari budaya
dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya
yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita
Hari Gawai merupakan perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada
kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang
merangkumi pelbagai etnik dan kehangatannya turut dapat dirasai oleh pelbagai masyarakat di
19
http://www.theborneopost.com/2013/08/20/rumah-terbuka-aidilfitri-mengeratkan-perpaduan/
29
Malaysia kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai
nilai adat resam dan tradisi yang tersendiri dan setiap nilai yang ditunjukkan dalam perayaan ini
dapat difahami oleh setiap masyarakat. Misalnya, bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong
Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi
kalendar cina juga boleh mempelajari nilai positif dalam perayaan Hari Gawai. Manakala, kaum
India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali, begitu
juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan
tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai, bagi penganut Kristian perayaan
Krismas atau Hari Natal. Kesemua perayaan yang berlainan boleh dipelajari tanpa
membangkitkan isu-isu perkauman dan keagamaan selagi tidak melanggari ajaran agama yang
dianuti. Dengan mengetahui semua adat dan kepercayaan mereka, maka hubungan kita antara
kaum yang lain akan semakin rapat.
30
9.0 PENUTUP
Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa perayaan merupakan salah satu komponen
penting bagi setiap kaum di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Dengan adanya
kajian ini, diharapkan konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji dapat difahami
dengan jelas agar setiap individu di negara ini dapat memahami perayaan-perayaan ini dan
seterusnya memupuk budaya hormat-menghormati kepercayaan setiap kaum yang ada di negara
ini. Menerusi kajian ini juga, kita dapat menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
menjelang sambutan perayaan-perayaan tersebut yang sememangnya unik dan tidak boleh
didapati di negara-negara lain.
Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang
menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa
kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu
keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan
medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal
ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang
berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan
dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan
berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.
31
SENARAI RUJUKAN
1. Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd, 1994.
2. "Perayaan Deepavali." June 26, 2013. http://www.slideshare.net/AzliahMaya/perayaan-
deepavali.
3. Hamzah, Salleh. Perayaan Kita. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd, 1980.
4. Rao, Hari Prassaad. "Keunikan Deepavali." Telephone interview by author. April 13,
2015.
5. Wyne Loke, Konsep Angpau Dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Utusan Malaysia.
Februari 13, 2002
6. Aziz, D. Malaysia Kita :Perayaan. Kuala Lumpur: Times Book International. 1987.
7. Hamidah, H., &Amran, A. PerayaanGawai. PrismaSdn. Bhd. 1993.
32
LAMPIRAN
Kajian Lapangan
Lokasi di Blok C24, Ilmu Kemanusiaan, USM
Kajian Lapangan
Lokasi di Rumah Hari Prassaad Rao, Kulim, Kedah
33
Gambar : Hari Raya Korban.
Sumber : Internet
Gambar : Hari Gawai
Sumber : Internet

More Related Content

Similar to PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA

Ke ipnu –ippnu-an
Ke ipnu –ippnu-anKe ipnu –ippnu-an
Ke ipnu –ippnu-anulw4
 
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfFALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfAldaPira
 
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...Linda Rosita
 
Modul pengurusan sajian tingkatan 5
Modul pengurusan sajian tingkatan 5Modul pengurusan sajian tingkatan 5
Modul pengurusan sajian tingkatan 5ert2uthm
 
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluValentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluardhy nugraha
 
Macam- macam Agama di Indonesia
Macam- macam Agama di IndonesiaMacam- macam Agama di Indonesia
Macam- macam Agama di Indonesiapjj_kemenkes
 
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliRahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliLancenk Keramat
 
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliRahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliLancenk Keramat
 
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAM
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAMISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAM
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAMFair Nurfachrizi
 
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdf
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdfSILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdf
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdfAirnaSaukani
 
Makalah agama islam
Makalah agama islamMakalah agama islam
Makalah agama islamMJM Networks
 
Pendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxPendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxcankngnodi
 
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahIslam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahazzahracaem
 

Similar to PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA (20)

Ke ipnu –ippnu-an
Ke ipnu –ippnu-anKe ipnu –ippnu-an
Ke ipnu –ippnu-an
 
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfFALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
 
Tugas pkn
Tugas pknTugas pkn
Tugas pkn
 
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...
Penyimpangan keimanan umat islam berupa tradisi pemberian sesajen dan solusi ...
 
Modul pengurusan sajian tingkatan 5
Modul pengurusan sajian tingkatan 5Modul pengurusan sajian tingkatan 5
Modul pengurusan sajian tingkatan 5
 
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluValentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
 
Sejarah dan Makna Islam
Sejarah dan Makna IslamSejarah dan Makna Islam
Sejarah dan Makna Islam
 
Macam- macam Agama di Indonesia
Macam- macam Agama di IndonesiaMacam- macam Agama di Indonesia
Macam- macam Agama di Indonesia
 
tugas bk agama islam
tugas bk agama islamtugas bk agama islam
tugas bk agama islam
 
MAKALAH agamaaa.docx
MAKALAH agamaaa.docxMAKALAH agamaaa.docx
MAKALAH agamaaa.docx
 
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliRahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
 
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti aliRahma pemikiran filsafat mukti ali
Rahma pemikiran filsafat mukti ali
 
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAM
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAMISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAM
ISLAM KEJAWEN DALAM SUDUT PANDANG AGAMA ISLAM
 
Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdf
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdfSILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdf
SILABUS_FIKIH_KELAS 5_MI.pdf
 
Makalah agama islam
Makalah agama islamMakalah agama islam
Makalah agama islam
 
Pendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxPendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docx
 
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahIslam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
 
Wawancara iv
Wawancara ivWawancara iv
Wawancara iv
 

Recently uploaded

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 

PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA

  • 1. 1 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perayaan-perayaan di Malaysia dengan lebih mendalam. Tujuan dan objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perayaan-perayaan di Malaysia, konsep dan latar belakang, mengetahui keunikan dan mengkaji bagaimanakah perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Bagi memastikan objektif kajian ini terlaksana, pengkaji telah melakukan beberapa langkah ataupun kaedah melalui proses pengumpulan data dengan mengumpul sumber-sumber yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah melalui temubual dan pemerhatian manakala sumber sekunder ialah buku- buku rujukan, akhbar dan artikel. Selain itu, sumber dan maklumat ini dianalisis melalui 3 komponen iaitu analisis Induktif, snalisis Deduktif dan analisis Komparatif.
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan- perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut. Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat dikekalkan.
  • 3. 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti perayaan-perayaanyang terdapat di Malaysia. 2. Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia. 3. Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia. 4.Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian dilakukan melaui proses pengumpulan data. Data-data ini dikumpul melalui 2 sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder :- Sumber Primer : 1. Temubual 2. Pemerhatian. Sumber Sekunder : 1. Buku-buku rujukan 2. Akhbar 3. Artikel Data-data yang terkumpul akan dianalisis. Data akan dianalisis berdasarkan 3 komponen iaitu Analisis Induktif, Analisis Deduktif dan Analisis Komparatif.
  • 4. 4 Analisis Induktif dapat diertikan iaitu jalan berfikir dengan mengambil kesimpulan dari data-data yang bersifat khusus. Pendapat lain menyatakan bahawa berfikir secara induktif adalah berkait dari fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang konkrit dengan menarik kesimpulan- kesimpulan umum yang mempunyai sifat umum. Bertolak dari pengertian di atas, penyelidik menggunakan kaedah ini adalah untuk membuat kesimpulan hasil daripada pemerhatian, temubual dan data yang terkumpul lain. Kaedah induktif adalah untuk menilai fakta-fakta empirikal yang ditemui dan kemudian dipadankan dengan landasan yang ada. Kebanyakan penggunaan analisis induktif adalah pengumpulan data secara kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan sebagainya. Analisis Deduktif adalah pendekatan secara teori untuk mendapatkan konfirmasi berdasarkan hipotesis dan observasi yang telah dilakukan sebelumnya. Suatu hipotesis lahir dari sebuah teori, lalu hipotesis ini diuji dengan melakukan beberapa observasi. Hasil dari observasi ini akan dapat memberikan konfirmasi tentang sebuah teori yang semula dipakai untuk menghasilkan hipotesis. Langkah penelitian seperti ini biasa juga disebut pendekatan ‘dari atas ke bawah’. Analisis komparatif adalah penelitian yang bersifat membandingkan. Penelitian ini dilakukan untuk membandingkan persamaan dan perbezaan dua atau lebih fakta-fakta dan sifat- sifat objek yang diteliti berdasarkan kerangka pemikiran tertentu. Menurut Nazir (2005: 58) penelitian komparatif adalah sejenis penelitian deskriptif yang ingin mencari jawapan secara dasar tentang sebab dan akibat, dengan menganalisis faktor-faktor penyebab terjadinya ataupun munculnya suatu fenomena tertentu. Data-data yang dianalisis melalui proses komparatif dapat membezakan perkara tersebut baik ataupun buruk.
  • 5. 5 4.0 PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM - Hari Raya Puasa (AidilFitri) - Hari Raya Qurban (AidilAdha) - Maulidur Rasul - Nuzul Al-Quran - Awal Muharam Berikut merupakan perayaan yang disambut oleh orang Islam di Malaysia.Namun, skop perayaan yang dikaji hanyalah Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.Hal yang demikian disebabkan oleh perayaan-perayaan ini merupakan perayaan besar bagi kaum muslimin di negara ini. 4.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG PERAYAAN Kedua-dua perayaan yang dikaji ini merupakan perayaan yang disambut bukan sahaja oleh masyarakat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hal ini bersandarkan hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W: Daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • 6. 6 Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat melihat bahawa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban disambut secara besar-besaran terutamanya di negara yang majoritinya beragama Islam termasuklah di Malaysia.Menerusi kajian ini, kedua-dua perayaan ini akan dikupas dalam perspektif sambutan di negara Malaysia. 4.1.1 HARI RAYA PUASA Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah.Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfiti atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar- benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya1 . Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah.Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya2 .Puasa dapat melatih jiwa manusia supaya sabar dan tabah.Ia juga mengingatkan kita tentang penderitaan umat yang sedang kelaparan dan kehausan serta mengajar umat Islam tentang kesukaran hidup dan menjadikan mereka manusia yang bersimpati terhadap orang lain. Zakat fitrah pula diwajibkan 1 Musyarawahah (1995 : 55) 2 Musyarawahah (1995 : 2)
  • 7. 7 ke atas semua umat Islam.Zakat fitrah wajib dikeluarkan hanya sekali setahun untuk setiap individu dalam bulan Ramadhan dan saat terbaiknya adalah sebelum solat hari raya Aidilfiri3 . Di Malaysia, tarikh Hari Raya Puasa ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atas nasihat Majlis Raja-raja Melayu, iaitu dengan melihat terbitnya anak bulan (1 Syawal). Kemudian, ketetapan tarikh ini diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu melalui radio, televisyen dan alat-alat sebaran am yang lain4 . Biasanya, tarikh melihat anak bulan itu ialah pada 29 Ramadhan; di sebelah petang sewaktu matahari hampir terbenam.Tempat-tempat untuk melihat anak bulan dan orang-orang yang ditugaskan untuk melaksanakannya ditentukan oleh kerajaan atau Majlis Agama Islam. Jika anak bulan kelihatan pada petang itu atau tidak kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja- raja Melayu akan menetapkan tarikh dan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa. 4.1.2 HARI RAYA QURBAN Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah.Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Mekah, Arab Saudi.Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing.Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin. Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat 3 Musyarawahah (1995 : 42) 4 A. Aziz Deraman (1987 : 8)
  • 8. 8 yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah.Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu.Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas5 . 4.2 KEUNIKAN YANG TERDAPAT DALAM PERAYAAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban yang disambut di negara ini dilihat unik berbanding dengan negara-negara lain. Hal ini didorong oleh faktor tradisi dan juga kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini. 4.2.1 HARI RAYA PUASA Pada pagi hari raya, apabila terbitnya fajar subuh, akan kedengaranlah takbir bergema di masjid- masjid, surau-surau, rangkaian televisyen dan corong-corong radio. Takbir hari raya ini bertujuan memuji-muji kebesaran Ilahi dan menguatkan keimanan orang Islam supaya menjadi manusia yang soleh dan bertakwa. Pada hari raya ini, umat Islam akan berpusu-pusu ke masjid-masjid atau surau bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selalunya, sebelum ke masjid, anak-anak akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan juga ahli keluarga yang lain bagi memohon ampun dan maaf antara satu sama lain. Tradisi meminta ampun dan maaf ini merupakan suatu keperluan kepada setiap umat Islam dan budaya orang Melayu. Di masjid atau di surau, umat Islam akan berhimpun dengan ramainya, memakai pakaian- pakaian baru atau bersih yang beraneka warna. Mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri sebanyak dua rakaat dan kemudiannya mendengar bacaan khutbah yang disampaikan oleh 5 A. Aziz Deraman (1987 : 16)
  • 9. 9 Khatib atau Imam.Di antara isi kandungan khutbah yang disampaikan ialah berbentuk nasihat dan pesanan terhadap umat Islam dalam aspek peranan dan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Pada hari raya ini juga, dapat dilihat budaya kunjung mengunjung. Rata-rata akan mengunjungi rumah saudara-mara dan sahabat handai yang jauh atau yang dekat, bermaaf-maafan serta menikmati pelbagai hidangan kuih-muih yang disediakan. Cara ini akan merapatkan lagi perhubungan antara saudara-mara dan sahabat handai serta melupakan segala sengketa yang ada. Pada hari raya ini juga umat Islam di negara ini akan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia, membersihkan pusara dan memohon keampunan bagi mereka. Selain itu, Hari Raya Puasa juga turut sinonim dengan kepelbagaian juadah atau kuih-muih. Daripada juadah atau kuih-muih tradisional hinggalah juadah atau kuih-muih yang moden. Antara juadah atau kuih-muih yang popular pada hari raya puasa ialah ketupat, rendang, lemang, bahulu dan sebagainya.Juadah dan kuih-muih ini menjadi suatu kemestian pada hari raya ini. Pada hari raya inilah, kanak-kanaklah yang merasa paling gembira sekali. Hal ini kerana daripada setiap rumah yang dikunjungi, mereka akan memperoleh sedekah yang berupa wang atau “duit raya”. Mereka akan sedapat-dapatnya menziarahi seberapa banyak rumah yang terdaya bagi mengukuhkan persaudaraan, hormat-menghormati dan juga dengan harapan untuk mendapat duit raya6 . 6 A. Aziz Deraman (1987 : 16)
  • 10. 10 4.2.2 HARI RAYA QURBAN Keunikan Hari Raya Qurban hampir sama dengan Hari Raya Puasa. Hanya, sambutannya tidaklah semeriah Hari Raya Puasa.Seperti yang telah dijelaskan dalam konsep dan latar belakang perayaan, Hari Raya Qurban disambut bersempena mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Hari Raya Qurban dimulakan dengan solat sunat Adiladha dan bertakbir di masjid-masjid ataupun surau. Setelah selesai solat, khutbah akan dibacakan oleh Khatib atau Imam. Di antara isi kandungan khutbah adalah mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Begitu juga dengan penderitaan dan cabaran yang dihadapi oleh Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang berlari-lari di tengah-tengah padang pasir mencari air untuk anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s. yang mana akhirnya dengan kuasa Allah SWT, terbit mata air di tengah-tengah padang pasir iaitu di tempat Telaga air Zamzam yang ada sekarang. Pada hari raya ini juga, rata-rata umat Islam akan kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara dan sahabat handai, di samping menikmati juadah atau kuih-muih. Hal ini mengeratkan lagi silaturrahim di antara mereka. Penyembelihan korban, sama ada kambing, lembu atau kerbau, akan dilakukan di masjid-masjid atau surau-surau dan kebiasaannya dilakukan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha atau pada hari raya yang kedua. Daging-daging korban itu akan dibahagi-bahagikan kepada golongan miskin yang beragama Islam sahaja.
  • 11. 11 Menyembelih korban merupakan satu sunah Rasul yang amat besar pahalanya. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah yang diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a7 : “Tiada suatu amalan anak Adam di hari Nahar (10 Zulhijjah), yang lebih disukai Allah selain daripada sembelihan korban. Di hari kiamat, korban itu akan datang sebagaimana pada hari ia disembelih, iaitu lengkap dengan segala tubuh anggotanya, cukup dengan kuku, tanduk dan bulunya. Darah korban itu sebelum jatuh ke bumi, terlebih dahulu jatuh di suatu tempat yang telah disediakan oleh Allah.Kerana itu, senanglah dirimu dengan berkorban itu”. 5.0 PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU Perayaan agama Hindu yang terdapat di Malaysia antaranya iaitu 8 :- - Deepavali, - Thaipusam, - Thai Ponggal, - Navarattiri, - Maha Sivarattiri, - Kaartigai Tiibam, - Vinayagar Chauturtti, - Aadippuuram, - Pangguni Uttiram, - Cittirai Paruvam, - Ugadi, - Onam 7 A. Aziz Deraman (1987 : 18) 8 Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
  • 12. 12 - Sri Rama Navami - Perayaan Orang Sikh - Vaikaasi Visaagam Seperti yang kita lihat, terdapat lebih kurang 15 perayaan agama Hindu di Malaysia. Namun skop perayaan yang akan dikaji oleh kami ialah Deepavali dan Thaipusam. Hal ini kerana perayaan-perayaan tersebut merupakan perayaan yang terkenal dan sinonim dengan perayaan agama lain di Malaysia. 5.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG AGAMA HINDU Sebelum memperjelaskan perayaan orang India, terlebih dahulu kita perlu mengetahui konsep dan latar belakang asal-usul kedatangan orang India ke Malaysia yang menyebabkan wujudnya perayaan-perayaan tersebut. Pada zaman penjajahan British di Malaysia, sistem tanaman seperti tebu, kopi dan getah telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Pengusahaan pertanian ladang ini memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Tambahan pula, penduduk tempatan iaitu orang Melayu terlibat dalam pertanian sara diri dan tidak berminat untuk bekerja dengan penjajah British. Ekoran daripada faktor tersebut, pihak British terpaksa mencari tenaga buruh di tanah-tanah jajahan mereka yang lain. Dalam kes ini, tanah jajahan India menjadi pilihan utama kerana buruh-buruh India mudah diperoleh dan murah. Mereka datang ke Tanah Melayu menerusi sistem kontrak dan sistem kangani. Ini telah menyaksikan penghijrahan orang India yang cukup besar sekali. Lebih kurang 85 peratus orang India yang berhijrah ialah daripada keturunan Tamil. Selainnya adalah orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India Utara. Lebih kurang 80 peratus orang India yang berpindah ke Tanah Melayu adalah beragama Hindu. Dari segi taraf ekonomi, mereka
  • 13. 13 boleh dikategorikan sebagai golongan bawahan. Bersama-sama mereka agama dan budaya yang diwarisi turun-temurun dibawa ke Malaysia.9 Sebagai contohnya perayaan Deepavali dan Thaipusam. 5.1.1 DEEPAVALI Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan mmenguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia. Deepavali dikenali sebagai Naraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim yang bernama Narakasura. Menurut calendar Tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippsi, iaitu akhir bulan Oktober ataupun awal November. Perayaan ini akan jatuh pada hari bulan genap iaitu sehari sebelum bulan mengambang. Sebenarnya Deepavali ialah istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan, iaitu Deepam dan Vali. Deepam bermaksud pelita(lampu) manakala Vali bererti barisan ataupun deretan. Jadi, Deepavali membawa maksud ‘sebarisan pelita’ ataupun ‘sederetan pelita’. Cahaya pelita melambangkan penghapusan kegelapan, restu Tuahn akan menghindarkan manusia daripada segala kejahilan dan kejahatan. 9 Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
  • 14. 14 Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu.10 Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan. Kematian Rawana dianggap sebagai penghapusan kegelapan. Manakala kemenangan Sri Rama dianggap sebagai terbitnya cahaya yang menerangi manusia. Menurut pandangan suatu lagi variasi, rakyat negara Kosala yang beribukotakan Ayodhya telah memasang pelita minyak pada awal pagi untuk merayakan kepulangan Sri Rama bersama isterinya Sita Dewi dari Sri Langka di mana Sita Dewi dipenjarakan oleh Rawana. Kepulangan ini amat bererti kerana Sri Rama selaku penjelmaan Dewa Vishnu yang menghapuskan Rawana dalam sesi peperangan yang hebat serta menyelamatkan isterinya. Maka kepulangan Sri Rama membawa cahaya kepada rakyat negara Kosala. Ulang tahun kepulangan Sri Rama inilah dirayakan sebagai hari Deepavali. Disamping itu, terdapat satu lagi lagenda yang popular dalam cerita Purana tentang perayaan Deepavali. Menurut lagenda ini, pada zaman dahulu terdapat seorang pemerintah bernama Naraksuran. Beliau merupakan seorang pemerintah yang zalim. Ramai rakyatnya dianiayainya. Rakyat ynag menderita memohon bantuan Dewa Krishna. Dewa Krishna mengabulkan doa 10 Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
  • 15. 15 rakyat dengan membunuh Narakasuran. Kematian Naraksuran telah membawa kegembiraan kepada rakyat kerana mereka bebas daripada kezaliman. Hari kejayaan ini disambut dengan memasang lampu-lampu minyak. Ini seolah-olah cahaya yang terang timbul setelah kegelapan berpanjangan dalam kehidupan mereka. Sambutan ulang tahun kemenangan ini dikenali sebagai Deepavali.11 5.1.2 THAIPUSAM Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh penganut agama Hindu di Semanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah. Perayaan Thaipusam bermula di malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam. Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk menyempurnakan penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam. Di Batu Caves, berpuluh ribu penganut agama Hindu datang dari jauh dan dekat berkumpul sehari sebelum perayaan bermula. Ini merupakan sambuatan yang terbesar di seluruh negara. Bermula di subuh Thaipusam, penganut-penganut agama Hindu yang bernazar menghapuskan dosa mereka yang telah lalu, akan mandi di sebatang anak sungai tidak jauh dari Batu Caves. Sungai ini dianggap suci oleh mereka. Kemudian mereka bersiap sedia untuk memikul ‘kavadi’ 11 "Perayaan Deepavali." June 26, 2013. http://www.slideshare.net/AzliahMaya/perayaan-deepavali.
  • 16. 16 yang diisikan dengan susu lembu, madu dan buah-buahan untuk dipersembahkan kepada Dewa Murugan. Sebagai persediaan, bagi mereka yang bernazar untuk membawa kavadi mestilah berpuasa. Puasa cara agama Hindu ialah menahan diri dari memakan barang-barang bernyawa. Mereka berpuasa empat puluh satu hari. Pembawa-pembawa kavadi di beberapa bahagian badan mereka dengan besi tajam. Mereka akan berjalan memikul kavadi menuju ke tempat patung Dewa Muruga ditempatkan. Di Batu Caves, patung itu ditempatkan di dalam gua di atas bukit. Untuk sampai ke situ terpaksa memanjat dua ratus tujuh puluh dua anak tangga. Sambil mereka berjalan, sanak-saudara dan sahabat-handai akan mendendangkan mereka lagu keagamaan Kavadi Syinthu. Ia disertai juga dengan paluan gendang dan menyebut perkataan vel-vel arukhara. Ini bermaksud memohon kejayaan dalam melakukan penyembahan itu. Di dalam kavadi yang dipikul itu terdapat patung Dewa Muruga sedang diapit oleh dua orang isterinya iaitu Villa dan Devanai. Ia dihiasi dengan bulu burung merak melambangkan bintang yang digunakan oleh Dewa Muruga sebagai kenderaannya. Perayaan Thaipusam disambut bermula dari satu kepercayaan. Hari tersebut ialah hari kemenangan bagi Dewa Muruga menentang kaum Asura dan Syaitan Naraga di dalam satu peperangan. Syaitan Naraga ini begitu zalim sehinggakan rakyatnya hidup dalam kesengsaraan. Perayaan Thaipusam ini disambut untuk menyambut kemenangan ke atas Dewa Muruga ini.12 12 Hamzah, Salleh. Perayaan Kita. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd, 1980.
  • 17. 17 5.2 KEUNIKAN YANG TERDAPAT DALAM PERAYAAN AGAMA HINDU Terdapat pelbagai keunikan yang dapat dilihat melalui dua perayaan besar ini iaitu :- 5.2.1 DEEPAVALI Keunikan yang terdapat dalam perayaan Deepavali ialah kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam perayaan tersebut. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, orang India akan melakukan upacara memasang pelita yang akan dilakukan oleh seluruh ahli keluarga untuk memperingati Dewa-Dewi mereka. Uniknya pelita yang dipasang ini adalah diperbuat daripada tanah liat dan ianya merupakan sejenis pelita tradisi yang disebut dengan nama ‘vilakku’. Perayaan ini bertambah meriah apabila adanya lampu-lampu moden yang menghiasi halaman rumah-rumah mereka. Antara sebab mereka menghiasi rumah-rumah mereka dengan cahaya lampu yang terang adalah untuk menyambut kedatangan Dewa kemakmuran dan kekayaan iaitu Dewa Laksmi. Selain itu, keunikan seterusnya perayaan Deepavali ini dapat dilihat pada pagi hari raya di mana penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolams’ atau ‘rangoli’ iaiti hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit mataharai. Kebiasaannya, ‘kolams’ ini dibuat di hadapan pintu rumah untuk memberikan kesejahteraan dan kerahmatan kepada setiap ahli keluarga. Walaupun agak susah hendak melakukan kolams ini, penganut Hindu boleh melakukannya dengan cantik, menarik dan unik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Di samping itu, penganut Hindu akan melakukan upacara mandi minyak bijan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Ini bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan di atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
  • 18. 18 nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Selepas daripada upacara tersebut, mereka akan saling kunjung-berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan makanan tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah Sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah ‘Aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan sayur kobis bunga, ‘paneer’ iaitu campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional seperti maruku, adivasam, payasam dan banyak lagi.13 5.2.2 THAIPUSAM Keunikan yang dapat dilihat ketika perayaan Thaipusam ialah ketika perayaan tersebut disambut terdapat pementasan drama, tarian serta nyanyian agama Hindu setiap. Selain itu, pelbagai gerai dibuka dan kemudahan permainan kanak-kanak disediakan. Ini menyebabkan perayaan hari Thaipusam bertukar wajah daripada perayaan agama kepada perayaan bersifat sosial. Hal ini akan menarik ramai pengunjung yang bukan beragama Hindu turut menumpang kegembiraan. Khasnya mereka yang suka melihat kavadi yang berwarna-warni.14 Di samping itu, kita dapat lihat betapa beraninya mereka yang bernazar untuk melakukan upacara penyucian dosa dengan membawa kavadi yang agak berat dengan cara mencucuk bahagian-bahagian badan seperti leher,belakang badan, pipi dan lengan yang boleh 13 Rao, Hari Prassaad. "Keunikan Deepavali." Telephone interview by author. April 13, 2015. 14 Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
  • 19. 19 mendatangkan kecederaan kepada pembawa. Ini merupakan satu perkara yang luar biasa dan jarang di lihat yang menjadikan ianya sebagai satu keunikan yang tidak dimiliki oleh agama lain. Selain daripada itu, kita boleh lihat ketika perayaan Thaipusam berlangsung, penganut agama Hindu akan mengenakan pakaian tradisional mereka sebagai contoh Kurta. Pakaian ini kebiasaannya berwarna putih dan krim. Ini melambangkan bahawa warna putih yang dipakai semasa Thaipusam ialah kesucian daripada segala unsur kejahatan.15 6.0 PERAYAAN AGAMA BUDDHA 6.1 TAHUN BARU CINA Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina. 16 Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain,termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani 15 "Keunikan Thaipusam Pikat Pelancong Asing." January 18, 2014. http://berita.cari.com.my/news.php?id=71894. 16 www. Google.comhttp://.wikipedia.org/wiki/Tahun Baru Cina.scribd
  • 20. 20 Daur,Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. 17 6.2 KONSEP , LATAR BELAKANG DAN KEUNIKAN TAHUN BARU CINA Budaya Tahun Baru Cina merupakan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina seperti memberi angpau kepada kanak-kanak, berkumpul untuk hidangan malam pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan sebagainya. Sebenarnya Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Xin (baru) Nian (tahun). Mengikut orang Cina, Tahun Baru Cina dirayakan selama 15 hari iaitu dari hari pertama ke hari kelima belas pada bulan pertama dalam kalendar orang Cina. Hari kelima belas itu juga disebut sebagai Yuen Shiau atau lebih diketahui sebagai Cap gome di Malaysia. Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama kalendar masyarakat Cina. Perayaan Tahun Baru Cina lazimnya akan disambut secara besar-besaran sebagai kedatangan tahun baru, sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot yang akan ditukar kepada yang baru. 17 http://kebudayaan.kpkk.gov.my
  • 21. 21 Asal-usul kedatangan Tahun Baru Cina ialah Nian iaitu berasal daripada perkataan Cina yang bererti makhluk garang. Makhluk ini menyerupai singa yang sering kali keluar menangkap kanak-kanak pada tahun baru pada zaman dahulu. Pada suatu tahun baru, beberapa orang kanak- kanak bermain di depan rumah. Tiba-tiba muncul Nian yang cuba membaham seorang kanak- kanak. Kebetulan ibu kanak-kanak itu berada di depan pintu, pada saat-saat kecemasan ibu sedang memegang sehelai kain merah. Dengan penuh ketakutan ibu mencampakkan kain itu ke arah Nian. Nian takut dan melarikan diri. Mulai tahun itu, semua orang mula menggantung kain merah di depan pintu untuk menghalau Nian. Dari situlah timbul kepercayaan warna merah membawa tuah dan mampu menghalau unsur buruk yang berbahaya. Pada masa dahulu, kanak-kanak menghadapi ancaman hidup yang pelbagai seperti penyakit, malapetaka dan masalah sosial. Oleh itu, kanak-kanak yang berjaya melalui hidupnya setiap tahun dianggap sebagai kesyukuran. Dengan ini, ibu bapa menyelitkan wang di dalam bungkusan di bawah bantal setiap kanak-kanak pada akhir tahun agar dia dapat hidup dengan sihat pada tahun depan. Muncullah konsep angpau yang kini dijadikan sebagai lambang wajib Tahun Baru Cina.18 Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai- ramai untuk makan bersama-sama. Jamuan berkumpul diadakan untuk menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga setelah tidak bertemu agak lama. Menjelangnya waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina pula diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kepada kedatangan hari yang berbahagia. Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan bergembira dengan membakar mercun, kadangkala pembakaran mercun terus dilakukan hingga ke pagi. 18 Wyne Loke (2002,Februari 13) Konsep Angpau Dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Utusan Malaysia.
  • 22. 22 Walau bagaimanapun ini merupakan tradisi sahaja, di negara kita sudah dilarangkan bermain mercun. Hari pertama Tahun Baru Cina selalunya disambut dengan meriah, setiap orang akan menggayakan pakaian baru dengan warna yang cerah terutamanya warna merah. Pada hari semua orang dikehendaki makan makanan vegetarian. Mereka yang sudah berkahwin dikehendaki memberi angpau kepada saudara-mara dan sahabat yang belum berumah tangga. Angpau ialah sejenis sampul berwarna merah yang diisi sejumlah wang, sampul merah membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Seelok-eloknya setiap penghuni rumah tidak keluar ke mana-mana pada hari pertama tahun baru. Namun pantang larang ini telah tidak begitu dipatuhi lagi pada masa sekarang. Kunjung mengunjung yang lebih meriah dilakukan pada hari kedua dan ketiga. Apabila berziarah ke rumah jiran atau sahabat, biasanya akan membawa sedikit makanan dan buah- buahan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah. Pemberian itu selalunya akan dibalas oleh orang yang menerimanya. Proses saling bertukar bungkusan telah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina. Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala tuah. Sekarang pantang larang ini tidak lagi diikuti sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kepercayaan tentang nasib sial yang dibawa oleh penyapu masih mendasari pemikiran orang Cina. Selepas hari ketiga barulah rumah akan dibersihkan semula. Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina. Ungkapan yang paling popular diucapkan apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam sejahtera dan murah rezeki.
  • 23. 23 Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berpergian jauh dari rumah dan menjahit sepanjang perayaan. Perbuatan-perbuatan ini ditegah kerana dianggap boleh membawa sial. Bagi suku kaum Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina pada hari tersebut, mereka akan melakukan pemujaan terhadap dewa langit, hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi bagi suku kaum yang lain, mereka berpesta hingga hari kelima belas yang dikenali sebagai Cap gome. Pesta Cap go me mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Selain itu, bunga api dibakar dan taglung dinyalakan. Seterusnya, Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam, sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Keramaian pesta ini dimeriahkan dengan tarian singa dan tarian naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat untuk mendapatkan jodoh yang sesuai. Adat ini semakin kurang dilakukan kerana remaja kini lebih suka mencari pasangan mereka melalui pergaulan seharian. Walaupun begitu, pasangan muda-mudi suka berkumpul dan bersiar-siar di tepi pantai sewaktu upacara itu
  • 24. 24 berlangsung dengan harapan perhubungan mereka akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina. Upacara-upacara yang dijalankan itu dianggap penting kerana ia sebagai sistem simbol yang digunakan akan memberi suatu gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan dan nilai hidup masyarakat Cina. 7.0 PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN 7.1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG HARI GAWAI Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu. Selepas menjalankan aktiviti menuai, berassudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada musim sebegini,pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada
  • 25. 25 gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama dan jenis kaum kerana untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru. Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara keagamaan dengan cara melaksanakan upacara penyembahan yang kecil seperti bedaramata di dalam biliknya sendiri atau bedaramansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang. 7.2 KEUNIKAN PANTANG LARANG HARI GAWAI Menurut akhbar Utusan Borneo, Hari Gawai atau Pesta Menuai ialah sambutan Tahun Baharu Kaum Dayak iaitu kaum Iban dan kaum Bidayuh dan signifikannya sambutan ini ialah sentiasa menjadi sebutan ramai.Justeru, Utusan Borneo berperanan untuk mengadakan tinjauan terhadap persiapan sambutan Hari Gawai mengikut adat lama atau dipanggil animisme disalah sebuah rumah panjang perkampungan Bidayuh lama yang terletak diKampung Bunuk, Jalan Puncak Borneo. Ketika ditemui, Ketua Adat Gawai bagi Kampung Bunuk,iaitu Lindia Siges, yang berusia mencecah 92 tahun sedang memerhatikan anak buahnya Henry Senok, 40 tahun dibantu Tabut Siyor, Teka Rijodb dan Misan Satung menyediakan tempat pemujaan. “Sejakberatustahunkewujudankampungini, kami merupakan generasi yang masih meneruskan adat lama upacara Gawai dan adat ini menjadi kemestian dan kewajipan yang perlu dilakukan setiap tahun. Hal ini adalah untuk mengekalkan keunikan kaedah lama yang terkandung seribu satu keunikan yang tersendiri berbanding dengan kaedah baru yang kian jauh
  • 26. 26 dari adat dan resam berlandaskan adat Gawai yang sebenar. “Tujuan bergawai adalah untuk meluahkan ucapan tanda terima kasih dan syukur kepada ‘TuhanPadi’ kerana bagi orang Dayak, mereka beranggapan bahawa padi merupakan simbolik kepada sumber kehidupan yang sebenar.“Bagaimanapun, sebelum padi di tanam sekitar September dan dituai pada bulan Februari atau Mac terdapat banyak pantang larang yang harus dipatuhi,”ujarnya.Mengikut kebiasaan, katanya, kaum Dayak mengadakan upacara khas bagi mendapat sesuatu petanda sebelum membersihkan kawasan sawah padi yang telah dituai.“Selepas itu, antara pantang larang yang perludi patuhi ialah semua dilarang sama sekali memegang atau memakan pucuk paku, rebung, ‘tipus’ dan rotan,”katanya.Selepas habis musim menuai, adat pemujaan Gawai untuk ‘Tuhan Padi’ dilakukan mengikut musim dan asal-usul.“Antara bahan yang perlu disediakan ketika membuat tempat pemujaan ialah daun ‘sigaan,’ ‘benuak padi,’ ‘sendian,’ ‘sadis,’ telur ayam, beras, kuih penganan, pinang, sirih, tembakau, rokok, pekasamikan, nasi bungkus dan tuak beras.”“Tempat pemujaan perlu siap sebelum menjelang petang kerana sambutan memanggilroh ‘Tuhan Padi’ini akan bermula seawa lpada jam 8 malam 31 Mei setiap tahun,”ujarnya lagi. Upacara pemujaan roh akan dilakukan selama satu jam dengan memainkan alat muzik iaitu gong sambil itu seekor khinzir serta ayam kampong akan dikorbankan sebagai penjamuan dalam menepati syarat dalam upacara pemujaan.Selepas empat hari, Ketua Adat bersama pembantu dan orang kampong dilarang keluar rumah dan perlu tinggal di dalam ‘baruk’ (rumah tempat menyimpan kepala) selama dua hari sebelum upacara menutup Gawai dijalankan. Pada hari keenam, semua penduduk akan ke sungai berdekatan kampong mereka untuk melepaskan tempat pemujaan.Malahan,“Setiap orang daripada penduduk kampong perlu menangkap haiwan air seperti ikan danudang serta menyediakan makanan di sana sebelum
  • 27. 27 pulang kekediaman masing-masing, selepas itu, baharulah upacar adan sambutan Gawai selesai,”jelasnya. 8.0 BAGAIMANAKAH PERAYAAN-PERAYAAN INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA. Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai bahasa, agama dan kepercayaan, serta budaya yang berlainan. Dengan adanya pelbagai perayaan yang unik dan pelbagai di Malaysia ini sedikit sebanyak cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, namun mereka gagal untuk mencapai tahap perpaduan seperti kita kecapi hari ini. Malah rakyat negara berkenaan saling membangkitkan isu perkauman yang kuat antara satu sama lain. Malaysia juga sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Namun, semua itu dilihat bukan penghalang untuk negara ini mengecapi kemakmuran dan perpaduan seperti yang ia miliki sekarang. Hari perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Qurban juga dilihat sebagai medium dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia. Misalnya, seperti yang telah dijelaskan bahawa apabila tibanya musim perayaan, budaya kunjung-mengunjungi menjadi amalan masyarakat di negara ini. Pada hari perayaan , masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik meraikannya dalam suasana penuh harmoni.Dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi ini, ikatan perpaduan dapat dieratkan dan bahkan dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat yang bukan beragama Islam tentang perayaan yang disambut oleh umat Islam di negara ini.
  • 28. 28 Di samping itu, apabila tiba musim perayaan, pelbagai pihak atau agensi baik dari jabatan kerajaan mahupun persendirian akan menganjurkan acara yang dikenali sebagai “Rumah Terbuka”. Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan salah satu majlis rumah terbuka terbesar yang diadakan saban tahun.Inisiatif ini dilihat sebagai langkah berkesan dalam usaha mewujudkan perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat di negara ini. Penganjuran acara atau majlis seumpama itu juga dapat memberi peluang kepada kaum lain mengenali budaya serta adat resam kaum yang merayakan perayaan tersebut dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjung ke rumah-rumah terbuka19 . Oleh yang demikian, penganjuran majlis seperti ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang agar sambutan perayaan dapat terus dijadikan sebagai salah satu medium untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri,perayaan hari Gawai juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain khususnya kaum Iban dan Bidayuh. Walaupun mereka hanya akan merayakan perayaan itu sesamakaum yang mempunyai persamaan latar belakang, budaya dan juga agama namun keunikan perayaan ini dapat dipelajari dan diketahui oleh pelajar universiti khususnya ekoran percampuran pelajar negri sarawak yang berasal daripada negeri Sarawak sendiri. Sebagai contoh orang-orang India, Cina, dan Melayu dan sebagainya dapat mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita Hari Gawai merupakan perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik dan kehangatannya turut dapat dirasai oleh pelbagai masyarakat di 19 http://www.theborneopost.com/2013/08/20/rumah-terbuka-aidilfitri-mengeratkan-perpaduan/
  • 29. 29 Malaysia kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai adat resam dan tradisi yang tersendiri dan setiap nilai yang ditunjukkan dalam perayaan ini dapat difahami oleh setiap masyarakat. Misalnya, bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina juga boleh mempelajari nilai positif dalam perayaan Hari Gawai. Manakala, kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali, begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai, bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal. Kesemua perayaan yang berlainan boleh dipelajari tanpa membangkitkan isu-isu perkauman dan keagamaan selagi tidak melanggari ajaran agama yang dianuti. Dengan mengetahui semua adat dan kepercayaan mereka, maka hubungan kita antara kaum yang lain akan semakin rapat.
  • 30. 30 9.0 PENUTUP Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa perayaan merupakan salah satu komponen penting bagi setiap kaum di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Dengan adanya kajian ini, diharapkan konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji dapat difahami dengan jelas agar setiap individu di negara ini dapat memahami perayaan-perayaan ini dan seterusnya memupuk budaya hormat-menghormati kepercayaan setiap kaum yang ada di negara ini. Menerusi kajian ini juga, kita dapat menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjelang sambutan perayaan-perayaan tersebut yang sememangnya unik dan tidak boleh didapati di negara-negara lain. Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.
  • 31. 31 SENARAI RUJUKAN 1. Rajantheran, M., and S. Manimaran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994. 2. "Perayaan Deepavali." June 26, 2013. http://www.slideshare.net/AzliahMaya/perayaan- deepavali. 3. Hamzah, Salleh. Perayaan Kita. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd, 1980. 4. Rao, Hari Prassaad. "Keunikan Deepavali." Telephone interview by author. April 13, 2015. 5. Wyne Loke, Konsep Angpau Dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Utusan Malaysia. Februari 13, 2002 6. Aziz, D. Malaysia Kita :Perayaan. Kuala Lumpur: Times Book International. 1987. 7. Hamidah, H., &Amran, A. PerayaanGawai. PrismaSdn. Bhd. 1993.
  • 32. 32 LAMPIRAN Kajian Lapangan Lokasi di Blok C24, Ilmu Kemanusiaan, USM Kajian Lapangan Lokasi di Rumah Hari Prassaad Rao, Kulim, Kedah
  • 33. 33 Gambar : Hari Raya Korban. Sumber : Internet Gambar : Hari Gawai Sumber : Internet