SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
Pendahuluan 
1 
Cerita jenaka adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang merupakan satu 
ciri zahir dalam satu-satu budaya. Di dalam konteks masyarakat lama, cerita jenaka 
berkembang secara lisan dan cerita jenaka ini masih bertahan hingga sekarang kerana 
ia adalah satu-satunya cerita yang bersifat lucu dan menghiburkan setiap pendengar. 
Hasil kreatif pengarangnya yang bertujuan memberi nasihat dan pendidikan secara 
tidak formal kepada ahli-ahli masyarakatnya di samping menghibur. Nilai moral 
diresapkan ke dalam karya-karya atau cerita-cerita tersebut. 
Ada beberapa jenis cerita jenaka Melayu yang boleh dilihat daripada dua 
bahagian iaitu watak dan kegiatan. Dari segi watak, terdapat lima watak lucu yang 
penting iaitu watak-watak seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Pak 
Belalang dan Si Luncai. Kelima-lima watak tersebut dapat pula dibahagikan kepada 
tiga golongan menurut sifat-sifat atau tabiat-tabiat mereka iaitu watak yang bermotif 
Bodoh Sial, watak yang bermotif Pintar Bodoh dan watak yang bermotif Pintar. 
Cerita-cerita jenis ini biasanya memperlihatkan ciri-ciri seperti kebodohan, 
kepintaran, teladan dan tamak. 
Kajian atau analisis cerita jenaka dapat dilakukan dengan menggunakan 
berbagai-bagai pendekatan dan dalam kertas kerja ini penulis akan menggunakan 
pendekatan sosiologi dan moral untuk melihat cerita-cerita ini sebagai hasil budaya 
yang dapat memberi pengetahuan mengenai budaya dan masyarakatnya di samping 
memberi nasihat dan nilai moral kepada masyarakat dan pembaca. 
Cerita jenaka dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan masyarakatnya. 
Tema dan isi cerita dianalisis dengan rapi kerana di celah-celah cerita yang bersahaja 
itu terdapat ciri-ciri yang boleh digunakan untuk menerangkan lagi tentang budaya 
dan masyarakat. Dengan menggunakan pendekatan sosiologi, sesuatu masyarakat itu 
dapat dikaji daripada karya. Melalui penghasilan cerita jenaka tentu sekali 
memperlihatkan corak pemikiran pengarangnya dan juga masyarakatnya. Ini dapat
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
2 
dianalisis daripada tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar, pandangan dan cita-cita 
watak mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang tergambar 
dalam cerita-cerita tersebut. 
Kajian Cerita Jenaka Melayu dengan menggunakan 
Pendekatan Sosiologi dan Pendekatan Moral 
Apabila kita mengklasifikasikan cerita jenaka, sebenarnya kita mengenal pasti 
bentuknya dan juga fungsinya dalam masyarakat. Kerana sifat-sifatnya yang dongeng 
itu juga cerita-cerita ini seringkali dianggap sebagai cerita untuk kanak-kanak sahaja. 
Tetapi kita harus melihat bahawa di sebalik kisah yang dianggap dongeng itu ada hal-hal 
yang tersembunyi dan ada aspek-aspek kehidupan dan kemasyarakatan yang 
dilahirkan oleh pengarangnya. Cerita jenaka dianggap sebagai dapat mewakili jiwa 
sesuatu bangsa. Ia merupakan pandangan hidup yang dapat diertikan sebagai cara-cara 
sesuatu masyarakat atau budaya melihat dan memberi interpretasi terhadap 
kehidupan dan alam sekelilingnya. Segala ekspresi, aktiviti, institusi, konsep-konsep 
hidup dan sebagainya dalam masyarakat atau budaya adalah ditentukan oleh 
pengarangnya. 
Di dalam karya sastera lama termasuk juga cerita-cerita jenaka, pengarangnya 
banyak menggunakan unsur-unsur perlambangan iaitu menyembunyikan sesuatu yang 
berbentuk nasihat, sindiran, marah, hasad dengki, cemburu, kecewa dan sebagainya. 
Karya sastera lama hingga ke hari ini menjadi kajian untuk mendapatkan apakah 
memang benar ianya mencerminkan masyarakat ketika itu. Jadi tidak hairan 
banyaknya pendapat dari pengkaji-pengkaji sastera itu sendiri mengenai karya-karya 
berkenaan dan yang pasti meskipun banyaknya pendapat ianya tetap menuju ke satu 
arah yang sama. Kesemua hasil karya ini mempunyai motif yang tersendiri. Motif 
yang dimaksudkan ialah pengarang cuba untuk menjelaskan, menggambarkan, 
membuktikan atau mencerminkan masyarakatnya ketika karya itu dihasilkan. 
Pengarangnya cuba menyembunyikan sesuatu yang berharga dan seolah-olah 
meminta generasi sekarang untuk membuat kajian sewajarnya.
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
3 
Di dalam cerita jenaka selalunya adalah mengenai hubungan di antara pihak 
pemerintah dan rakyat dan terdapat konflik antara keduanya. Dengan berhati-hati 
pengarangnya cuba menyindir raja yang dikatakan sebagai orang yang mudah ditipu 
rakyat ataupun raja yang mempunyai imej yang tidak begitu baik. Kelemahan pihak 
pemerintah sengaja ditonjolkan oleh pengarangnya. Ia lebih bersifat kritikan sosial 
kepada masyarakat. Unsur-unsur kritik dan sindiran ini dijalin dalam bentuk 
ketidaksungguhan, secara senda gurau yang dapat menimbulkan senyum tertawa, 
orang yang terkena sindiran dan kritik itu tidak marah atau dendam. Cerita jenaka 
yang berfungsi sebagai sindiran atau kritikan sosial biasanya mengandungi sindiran-sindiran 
yang tajam terhadap sesuatu perkara seperti yang dikatakan sebelumnya. 
Selalunya bahan sindiran ialah tentang sikap pemimpin, ketua dan juga sikap 
sesetengah orang yang melupakan agama, tradisi dan budaya mereka sehingga 
melakukan perbuatan-perbuatan sumbang, perbuatan yang menyalahi undang-undang, 
nilai-nilai moral dan agama dan sebagainya. Dengan mengambil beberapa cerita 
jenaka Melayu, kita akan dapat melihat unsur-unsur kritikan sosial atau sosiologi dan 
nilai-nilai moral di dalamnya. 
Cerita Si Luncai 
Dalam cerita Si Luncai, kita dapat melihat unsur-unsur kritikan sosial dan 
pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarangnya. Di dalam cerita Si Luncai, ia 
menyamakan raja dengan rupa ayahnya yang sudah mati dan mengatakan dirinya 
malaikat. Kononnya ia datang dari negeri akhirat dan telah bertemu dengan ayahanda 
bonda raja dan akhirnya telah membunuh raja dengan tipu helahnya dan berkahwin 
dengan tuan puteri. Nilai dalam masyarakat lama dikekalkan walaupun raja dan 
pembesar telah ditipu oleh si Luncai tetapi akhirnya si Luncai mati juga di tangan tuan 
puteri. 
Nilai moral dalam cerita ini ialah si penipu akan menerima juga balasannya 
dipertahankan dalam bentuk sinis oleh pengarangya. Sindiran ditujukan kepada raja 
bukan sahaja kerana kezaliman tetapi juga kebodohan raja yang membawa kepada 
nasib buruk pada dirinya. Pengajaran yang boleh kita perolehi di sini ialah sebagai 
seorang raja yang memerintah seharusnya bersikap adil, saksama dan mempunyai
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
4 
kepintaran dalam menjalankan pemerintahan. Si Luncai berhasil memperdayakan raja 
kerana kebodohan raja, maka semua cerita-cerita yang diberitahu oleh si Luncai itu 
dipercayai oleh raja tanpa usul periksa. Di sini jelas sekali betapa bodohnya seorang 
raja yang sanggup menerima kata-kata seorang rakyat biasa disebabkan melihat 
pakaian Si Luncai sebagai seorang yang alim. Persoalannya di sini ialah mungkinkah 
seseorang itu dapat menemui orang yang terlebih dahulu mati? Inilah merupakan satu 
kritikan sosial kepada masyarakat pada waktu itu. 
Cerita Pak Kadok 
Dalam cerita Pak Kadok pula kita juga akan melihat nilai-nilai moral dan 
pengajaran yang tersirat di dalam cerita ini. Pak Kadok digambarkan sebagai seorang 
rakyat biasa yang terlalu jujur, menaruh sepenuh kepercayaan terhadap rajanya dan 
tidak terlintas di hatinya yang raja hendak menipunya. Sebaliknya raja pula cuba 
menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk menipu Pak Kadok dengan 
mengatakan ayam baginda lebih bertuah daripada ayam Pak Kadok. Kerana 
permintaan raja itu, Pak Kadok telah bertukar ayam dengan raja. Akhirnya Pak Kadok 
telah kalah dan hilang pertaruhan iaitu kampongnya sendiri dan terpaksa balik 
bertelanjang bulat. Jika diperhatikan keseluruhan cerita ini, sebenarnya cerita ini 
menyindir golongan feudal yang telah menggunakan kuasa dan pengaruh untuk 
kepentingan diri, di samping memberi pengajaran supaya khalayak sentiasa berhati-hati 
dan jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata orang walaupun orang yang 
berpengaruh. Perbuatan raja tersebut amat bertentangan dengan etika Islam kerana 
raja telah menipu seorang yang lemah seperti Pak Kadok. 
Pengajarannya yang ingin disampaikan ialah agar kita jangan mengamalkan 
sifat suka berjudi kerana sifat seperti ini akan membawa akibat yang buruk iaitu 
membawa kepada papa kedana. Sifat suka berjudi yang ada pada Pak Kadok 
menyebabkan dia telah kehilangan semua harta bendanya. Pak Kadok bukan sahaja 
kehilangan harta benda tetapi juga mendapat malu kerana bersorak kesukaan apabila 
dia melihat ayam sabungnya menang tetapi ia lupa bahawa ia telah kehilangan 
semuanya. Oleh yang demikian, melalui cerita ini dapat memberi panduan dan 
pengajaran kepada khalayak supaya jangan mengamalkan sifat suka berjudi kerana
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
5 
berjudi tidak membawa keuntungan sebaliknya membawa kepada kemusnahan dan 
akan menjadi papa kedana tambahan lagi ianya adalah salah dari etika Islam. Kita 
tahu perbuatan menyabung ayam adalah pekerjaan yang sia-sia dan kita akan sanggup 
bergadai apabila telah menjadi ketagih. Kemudian, ketika mengalami kekalahan, 
mungkin kita sanggup melakukan perbuatan yang dilarang agama seperti merompak, 
mencuri malah membunuh. 
Cerita Mat Jenin 
Cerita Mat Jenin pula agak berlainan sedikit daripada cerita-cerita jenaka yang 
disebutkan di atas tadi. Mat Jenin digambarkan lambang kepada masyarakat Melayu 
lama yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan untuk mencapai cita-cita perlu ada 
usaha atau azam, halangan, dugaan dan sebagainya. Persoalannya disini, mengapa 
harus Mat Jenin mati apabila dalam angan-angannya memeluk puteri cantik 
menyebabkan Mat Jenin jatuh lalu mati? Jika kita melihat isi dalamnya ternyata 
masyarakat Melayu lama ketika itu mempunyai cita-cita yang tinggi. Mat Jenin hanya 
satu lambang pada masyarakat Melayu yang berjiwa besar untuk mencapai sesuatu 
tapi oleh sebab-sebab tertentu misalnya mungkin penjajah yang tidak mahu 
masyarakat Melayu mempunyai didikan yang baik dan ditakuti akan mengalahkan 
kedudukan penjajah ketika itu. Selain itu berkemungkinan juga Mat Jenin adalah 
lambang pada segelintir masyarakat yang suka ingin maju dan bersaing tetapi 
semangat begini dibunuh oleh masyarakat Melayu itu sendiri. Banyak kemungkinan 
yang boleh diandaikan melalui cerita Mat Jenin tetapi yang pentingnya ialah 
pengajaran yang tersirat di dalamnya yang memerlukan khalayak berfikir. 
Cerita Lebai Malang 
Melalui cerita Lebai Malang, walaupun ia dikemukakan dalam bentuk yang 
lucu, terdapat juga sindiran dan nilai moral khususnya dari sudut etika Islam yang 
disampaikan melalui tindakan Lebai Malang sendiri. Jangkaan peranan oleh 
masyarakat terhadap seorang lebai telah dipenuhi. Walaupun Lebai Malang telah 
dijemput sekaligus menghadiri tiga upacara iaitu pengkebumian, khatam Quran dan 
Maulud Nabi tetapi Lebai Malang telah mengambil keputusan untuk pergi ke majlis
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
6 
pengkebumian lebih dahulu kerana dirasakan itu adalah tanggungjawabnya yang 
utama. Dari segi ugama, tindakannya itu memang dipuji. Kalau Lebai Malang ini 
seorang yang tamak seperti yang sering diperkatakan, sudah tentu dia akan pergi ke 
rumah orang khatam Quran atau Maulud Nabi lebih dahulu di samping menikmati 
jamuan yang sedap. Namun kelemahannya ialah tidak dapat menepati masa, satu 
perkara yang dipandang tidak begitu berat dalam masyarakat Melayu lama. 
Satu pengajaran dan kritikan lain ialah tentang sifat sabar Lebai Malang. 
Walaupun gagal menghadiri ketiga-tiga jemputan tersebut tetapi ia tetap tenang 
apabila diberitahu yang majlis-majlis itu telah selesai. Dalam perjalanan pulang Lebai 
Malang teringat hendak mengambil nira lalu lempeng yang dibawanya diletakkan di 
sigai pokok. Memang nasibnya kurang baik, lempengnya telah dilarikan anjing. 
Kemudian dia melihat anjing tersebut masuk ke dalam sebuah lubang kayu. Lebai 
Malang menanggalkan pakaiannya dan menyumbat lubang kayu itu tetapi anjing 
dapat melepaskan diri mengikut lubang yang lain. Kerana kebodohannya dan sifat 
tamaknya juga dua ekor punai yang hampir ditangkapnya terlepas. Kemudian apabila 
Lebai Malang mencari pakaiannya semula, ternyata telah dicuri orang dan terpaksalah 
pulang bertelanjang bulat. Perbuatan Lebai Malang yang tidak mempunyai sifat sabar 
menyebabkan ia kehilangan kesemua yang diingininya walaupun pada awalnya 
mempunyai sifat sabar. 
Melalui cerita Lebai Malang, pengarang cuba mengkritik golongan lebai yang 
menduduki status yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati masyarakat. Namun 
demikian dari kalangan ini juga tidak kurang yang memiliki sifat-sifat yang buruk 
seperti sifat tamak. Lebai Malang melakukan kerja-kerja kerana mengharapkan 
balasan yang lumayan. Ini menunjukkan suatu unsur kritikan terhadap golongan ini. 
Cerita Pak Belalang 
Dalam cerita Pak Belalang pula selalu terdapat unsur-unsur kebetulan yang 
membawa nasib baik kepadanya semasa membuat ramalan. Umpamanya dalam kisah 
Pak Belalang, ia cuba mencari peti raja yang dicuri orang. Kebetulan semasa Pak 
Belalang mengira roti yang digoreng isterinya, pencuri-pencuri itu berada di halaman
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
7 
rumahnya dan mereka kemudiannya menyerah diri kepada Pak Belalang. Kepintaran 
Pak Belalang ialah ketika ia menghadapi ketujuh-tujuh orang pencuri dan dapat 
meyakinkan mereka kononnya beliau memang telah mengetahui tentang kegiatan 
mereka. Dalam peristiwa yang lainnya pula, Pak Belalang hendak mengetahui 
bagaimana caranya untuk mengenali anak itik, iaitu yang mana jantan dan betina. 
Walaupun masih ada unsur kebetulannya tetapi diperlihatkan usaha Pak Belalang. 
Beliau telah pergi pada waktu malamnya ke kapal wakil raja untuk mencari 
jawapannya. 
Pengajaran yang boleh dilihat dalam cerita ini ialah ia menunjukkan bahawa 
kepintaran patut juga disertakan dengan usaha. Selain itu juga menasihati supaya 
jangan percaya kepada ramalan dan nujum kerana kebanyakan nujum itu tidak benar 
malah banyak mengandungi unsur tipu helah dan muslihat yang akan membawa 
padah buruk. Ini menunjukkan sindiran kepada golongan pemerintah yang mudah 
sekali ditipu oleh rakyatnya. 
Cerita-cerita jenaka Melayu ini sebenarnya merupakan gambaran hidup 
masyarakat Melayu ketika dulu, khasnya di perkampungan Melayu. Gambaran 
telatah, perbuatan, perangai seperti ini biasanya terdapat dalam masyarakatnya dalam 
kehidupan sehari-hari. Bukan hanya masyarakat zaman dahulu kala tetapi zaman 
sekarang pun terdapat juga. Bahkan tidak hanya dalam masyarakat Melayu tetapi juga 
di seluruh dunia. Jika dilihat pada dasarnya kesemua cerita-cerita di atas tadi 
menggambarkan pada kita seolah-olah masyarakat ketika itu berkelakuan bodoh. 
Apa yang jelas masyarakat Melayu lama tidaklah sebodoh yang digambarkan 
oleh pengarangnya. Cerita jenaka sebegini mempunyai sindiran yang sinis dan tajam 
kepada pihak-pihak tertentu sehingga cuba untuk mengambil tindakan terhadap 
penulis cerita tersebut tetapi tidak berjaya sebab kebanyakan cerita seperti ini tidak 
ada siapa pun yang akan mengaku siapa penulisnya. Sebab itulah lagi satu bukti 
mencerminkan masyarakat dari segi tabiat, kelakuan dan sikap yang kadangkala 
bukan hanya sukar tetapi langsung tidak ada pihak yang mengesan dari mana asal usul 
cerita sastera lama ini.
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
8 
Di antara sebab besar kenapa perkara tersebut berlaku, masyarakat Melayu 
lama dan penulisnya begitu berhati-hati. Jika hendak mencurahkan atau 
menyampaikan sesuatu supaya tidak ada pihak yang akan tersinggung, ketinggian 
daya berfikir penulis dan masyarakatnya dahulu bolehlah dikatakan unik sekali. Sikap 
tidak mahu berterus terang dan menyembunyikan hasrat hati dengan berlambangkan 
alam, binatang dan kadangkala menyerupai manusia itu sendiri sudah cukup untuk 
kita memahami bahawa karya-karya sastera lama itu jelas mengandungi nilai sastera 
yang tinggi di samping melihat sendiri cerminan masyarakat ketika itu sebagai 
landasan kita mengkaji dan menganalisis lebih mendalam isi pengajaran dan kritikan 
di dalamnya. Bukti karya-karya sastera lama itu mencerminkan masyarakat ketika itu 
ialah hingga ke hari ini karya-karya tersebut terus dikaji dan dianalisis hingga ia terus 
menjadi segar dan mendatangkan kesan yang mendalam pada masa moden hari ini. 
Persoalannya sekarang apakah masyarakat Melayu sekarang boleh menerima bahawa 
karya-karya sastera lama itu sememangnya menggambarkan atau mencerminkan 
masyarakat ketika itu? 
Seperti yang telah diketahui, hampir semua karya sastera lama itu mempunyai 
maksud tersirat yang seharusnya dikupas untuk melihat kebenaran dan kesegaran hati 
nurani penulis itu. Walaupun identiti penulis tidak begitu dipentingkan, yang lebih 
penting ialah isi di dalamnya harus disampaikan kepada semua masyarakat. Maksud 
tersirat ini memerlukan fahaman tentang disiplin-disiplin sastera terutama yang ada 
hubungkait dengan seni. Memahami seni bermakna berkemampuan menilai sesebuah 
karya sastera lama dari berbagai sudut, di antaranya tema, bahasa, watak, lokasi di 
samping melihat keindahan sesebuah karya dapat sesuatu keunikan yang sukar 
didapati kecuali memahami seni itu sendiri. 
Cerita-cerita jenaka merupakan sesuatu yang berguna dan berfungsi sebagai 
bacaan pelajar, untuk dijadikan teladan atau untuk membentuk susila atau etika. 
Cerita jenaka bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan dalam pengajaran malahan 
di dalamnya juga berfungsi sebagai pengajaran yang secara tidak langsung melalui 
telatah-telatah pelakon utamanya. Timbulnya pendapat yang mengatakan bahawa 
kesusasteraan adalah cara yang paling universal dan mudah untuk mengajar manusia 
khususnya para pelajar. Cerita jenaka yang berfungsi sebagai pengajaran ini biasanya
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
9 
mengandungi sesuatu ajaran atau petua yang boleh dijadikan peringatan dan 
pandangan hidup. 
Seperti yang kita ketahui, bercerita itu adalah salah satu cara yang paling 
berkesan di dalam menyampaikan cerita-cerita untuk tujuan mendidik terutama hal-hal 
yang berhubung dengan moral. Walaupun cerita jenaka ini kebanyakannya 
berfungsi sebagai hiburan, namun perlu diingat adanya pengajaran yang boleh 
didapati di dalamnya dan sesuai sekali diserapkan dalam pengajaran. Cerita jenaka 
memberi pengajaran kepada masyarakat umum tidak kira sama ada golongan atasan 
ataupun golongan bawahan kerana itu cerita jenaka selalunya menceritakan kisah 
kedua-dua golongan ini. Di dalam fungsi pengajaran boleh dikatakan semua cerita 
jenaka itu mengandungi pengajaran atau terselit di dalamnya nilai-nilai moral cuma 
tidak begitu ketara. 
Secara ringkasnya nilai-nilai moral dan kritik sosial dapat dilihat melalui cerita 
jenaka Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Belalang, Mat Jenin dan Si Luncai. Melaluinya 
cerita-cerita jenaka yang dibincangkan di atas tadi sudah cukup untuk memperlihatkan 
kepada pelajar nilai-nilai moral atau pengajaran yang tersirat di dalamnya yang perlu 
dikupas. Apa pun pendekatan yang digunakan dalam menganalisis cerita jenaka, 
biarlah ianya sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan faedah kepada pelajar-pelajar. 
Kesimpulan 
Sebenarnya cerita jenaka Melayu hanyalah merupakan sebahagian daripada 
tajuk kecil yang terkandung di dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan tidaklah begitu 
diambil perhatian. Dalam hal ini, pelajar tidak berkesempatan mengenali dan 
memahami cerita jenaka dengan lebih mendalam lagi. Hanya sesetengah guru sahaja 
yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam memastikan pelajarnya 
mengetahui dengan lebih mendalam dan kritis mengenai cerita jenaka Melayu. 
Walaupun cerita jenaka hanya merupakan sebahagian tajuk kecil sahaja tetapi 
ada banyak hal atau aspek atau perkara yang boleh diperlihatkan kepada pelajar
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
10 
seperti unsur-unsur sosiologi dan moral. Pelajar tidak akan tahu bahawa banyak hal 
atau perkara atau aspek yang terkandung di dalam cerita jenaka ini jika tidak dikupas. 
Guru seharusnya dapat ‘membuka mata’ pelajar khususnya pelajar Tingkatan Enam 
untuk melatih mereka berfikir secara kritis dan kreatif mengenai unsur-unsur yang 
terkandung di dalam cerita tersebut. 
Cerita-cerita jenaka Melayu bukanlah semata-mata bahan hiburan dan penuh 
dengan kisah dongeng dan khayal. Ditinjau dari segi kebudayaan dan 
kemasyarakatan, jelas bahawa cerita-cerita ini dapat digunakan untuk mencari 
beberapa jawapan yang dapat menjelaskan budaya sesuatu masyarakat itu di samping 
memberi unsur-unsur atau nilai-nilai moral dan pengajaran. 
Unsur-unsur didaktif yang terkandung di sebalik kelucuan cerita itu dapat 
menuntun dan menyedarkan yang lalai serta memberikan pengajaran secara spontan 
kepada yang membacanya khususnya para pelajar. Disebalik kelucuan yang 
disampaikan atau diceritakan itu terselit unsur-unsur moral dan nasihat untuk 
dijadikan sebagai panduan hidup dan membawa mesej kritikan sosial yang ditujukan 
kepada golongan tertentu. Daripada sifat watak-wataknya kita dapati bahawa ianya 
memberikan satu bentuk pengajaran dan tauladan kepada para pelajar, dengan 
meneliti sifat-sifat bodoh wataknya, seorang guru dapat membuat kesimpulan bahawa 
sikap kebodohan yang ditonjolkan itu boleh dijadikan contoh tauladan agar para 
pelajar tidak mengikutinya. 
Analisis cerita jenaka Melayu dengan menggunakan pendekatan sosiologi 
dapat membantu para pelajar melihat cerita-cerita ini sebagai hasil budaya yang dapat 
memberi pengetahuan mengenai budaya dan masyarakatnya. Selain itu juga dapat 
memperlihatkan corak pemikiran pengarangnya dan juga masyarakatnya melalui 
tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar, pandangan dan cita-cita watak 
mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang tergambar dalam 
cerita-cerita tersebut. Manakala pendekatan moral atau pengajaran berguna dalam 
mendidik para pelajar secara tidak langsung di sebalik kelucuan cerita-cerita tersebut 
kerana tanpa disedari, cerita jenaka dapat memberi nasihat dan moral kepada para 
pelajar dan memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk berfikir secara kritis.
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
11 
Dalam hal ini guru perlulah bijak memilih pendekatan, teknik dan kaedah 
yang boleh merangsang para pelajar agar berminat untuk mempelajari dan mengenali 
cerita jenaka kerana sebagai seorang pelajar sudah setentunya menginginkan sesuatu 
yang boleh menarik perhatian mereka. 
Pada keseluruhannya, cerita-cerita jenaka adalah bertujuan untuk menasihat 
dan mengajar melalui watak-watak pelaku utamanya yang lucu itu. Pendek kata, 
biarpun cerita-cerita itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang menggelikan hati 
namun di dalamnya terselit unsur-unsur didaktif secara tidak langsung yang sesuai 
untuk dijadikan bahan pengajaran di sekolah. Cerita jenaka boleh dikatakan satu mata 
pelajaran yang boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan teknik yang sesuai 
seperti teknik bercerita dengan penggunaan intonasi dan nada yang boleh merangsang 
pelajar, teknik perbincangan, soal jawab dan sebagainya di samping alat bantu 
mengajar yang berkesan dan dapat menarik minat pelajar.
Kajian Cerita Jenaka Melayu 
RUJUKAN 
Ab. Rahman Ab. Rashid dkk, 2000, Kamus Sastera Melayu Terkini, Pearson 
Education Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. 
Ali Ahmad & Siti Hajar Che’Man, 1996, Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan 
Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
Awang bin Ahmad, 1989, Pengantar Sastera Lama Brunei, Dewan Bahasa dan 
Pustaka, Brunei. 
Hashim Awang dkk, 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu, Penerbit Fajar Bakti 
Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. 
Hashim Awang, 1996, Etika dalam Kritikan Sastera, dlm Dewan Sastera, hal.32, 
Februari, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1999, Pengajian Melayu 4: 
Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala 
Lumpur. 
Mat Jani Hassan, 1998, Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Longman 
Malaysia Sdn. Bhd., Selangor. 
Muhammad Abdul Latiff, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu 
Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. 
Munir Ali, 1990, Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik, FLO Enterprise Sdn. Bhd., 
Petaling Jaya. 
Muslim Burmat, 1992, Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei Jilid IB, Dewan 
Bahasa dan Pustaka, Brunei. 
Rozaiman Makmun, 2000, Kesusasteraan Klasik Brunei Gambaran Masyarakat 
Brunei Masa Lalu, dlm Pangsura, Jilid 6, Bil. 11, hal 43 Julai-Disember. 
Zainon Bt. Sheikh Ahmad, 1997, Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, 
Penerbit Elman, Kuala Lumpur. 
Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993, Kesusasteraan Melayu Tradisional, 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
12

More Related Content

What's hot

Plot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaPlot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaNeddy nadia
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiAdia Nidurasan
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) cg.Teha Amran
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanAin Ainnia
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuQHAIRUL AZIEZIE
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasadatinayu
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)zaidatol zulkiflly
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 

What's hot (20)

Plot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaPlot dalam karya : nota
Plot dalam karya : nota
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
Isu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guruIsu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guru
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Nota wacana
Nota wacanaNota wacana
Nota wacana
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 

Viewers also liked

Ksj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantungKsj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantungjoe zulkefli
 
Ksj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempangKsj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempangjoe zulkefli
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buayaRosmalizam Awang
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERIsmail Noh
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya ubkktk
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenakaasihwiniy viniy
 

Viewers also liked (6)

Ksj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantungKsj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantung
 
Ksj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempangKsj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempang
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATER
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenaka
 

Similar to Analisis Cerita Jenaka Melayu

Kudup perang
Kudup perangKudup perang
Kudup perangakimakimi
 
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat LisanFungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat Lisancg.Teha Amran
 
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik HikayatB. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik HikayatRamadhani Sardiman
 
Bab 2 cerita fantasi
Bab 2 cerita fantasiBab 2 cerita fantasi
Bab 2 cerita fantasisigit mitak
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinRozaiman Makmun
 
Karya sastra klasik
Karya sastra klasikKarya sastra klasik
Karya sastra klasikaadhe11
 
Cerita Rakyat (Hikayat).pptx
Cerita Rakyat (Hikayat).pptxCerita Rakyat (Hikayat).pptx
Cerita Rakyat (Hikayat).pptxsalsatsabita
 
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera Selatan
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera SelatanTugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera Selatan
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera SelatanMuthiara Azzahra
 
Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Umi Nurfarahin
 
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Mitha Ye Es
 
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Mitha Ye Es
 

Similar to Analisis Cerita Jenaka Melayu (20)

Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Atunz
AtunzAtunz
Atunz
 
Kudup perang
Kudup perangKudup perang
Kudup perang
 
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat LisanFungsi Sastera Rakyat Lisan
Fungsi Sastera Rakyat Lisan
 
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik HikayatB. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
 
Radiatul fadillah putri (powerpoint)
Radiatul fadillah putri (powerpoint)Radiatul fadillah putri (powerpoint)
Radiatul fadillah putri (powerpoint)
 
Bab 2 cerita fantasi
Bab 2 cerita fantasiBab 2 cerita fantasi
Bab 2 cerita fantasi
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
Kump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullahKump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullah
 
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
 
Karya sastra klasik
Karya sastra klasikKarya sastra klasik
Karya sastra klasik
 
KAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPENKAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPEN
 
Kostum
KostumKostum
Kostum
 
Komsas pt3
Komsas pt3Komsas pt3
Komsas pt3
 
Cerita Rakyat (Hikayat).pptx
Cerita Rakyat (Hikayat).pptxCerita Rakyat (Hikayat).pptx
Cerita Rakyat (Hikayat).pptx
 
Tanda si gila
Tanda si gilaTanda si gila
Tanda si gila
 
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera Selatan
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera SelatanTugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera Selatan
Tugas Bahasa Indonesia kelas XI: Cerita Rakyat Sumatera Selatan
 
Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-
 
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
 
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
Kelompok 3 apresiasi sastra menyimak
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 

Analisis Cerita Jenaka Melayu

  • 1. Kajian Cerita Jenaka Melayu Pendahuluan 1 Cerita jenaka adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang merupakan satu ciri zahir dalam satu-satu budaya. Di dalam konteks masyarakat lama, cerita jenaka berkembang secara lisan dan cerita jenaka ini masih bertahan hingga sekarang kerana ia adalah satu-satunya cerita yang bersifat lucu dan menghiburkan setiap pendengar. Hasil kreatif pengarangnya yang bertujuan memberi nasihat dan pendidikan secara tidak formal kepada ahli-ahli masyarakatnya di samping menghibur. Nilai moral diresapkan ke dalam karya-karya atau cerita-cerita tersebut. Ada beberapa jenis cerita jenaka Melayu yang boleh dilihat daripada dua bahagian iaitu watak dan kegiatan. Dari segi watak, terdapat lima watak lucu yang penting iaitu watak-watak seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Pak Belalang dan Si Luncai. Kelima-lima watak tersebut dapat pula dibahagikan kepada tiga golongan menurut sifat-sifat atau tabiat-tabiat mereka iaitu watak yang bermotif Bodoh Sial, watak yang bermotif Pintar Bodoh dan watak yang bermotif Pintar. Cerita-cerita jenis ini biasanya memperlihatkan ciri-ciri seperti kebodohan, kepintaran, teladan dan tamak. Kajian atau analisis cerita jenaka dapat dilakukan dengan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dan dalam kertas kerja ini penulis akan menggunakan pendekatan sosiologi dan moral untuk melihat cerita-cerita ini sebagai hasil budaya yang dapat memberi pengetahuan mengenai budaya dan masyarakatnya di samping memberi nasihat dan nilai moral kepada masyarakat dan pembaca. Cerita jenaka dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan masyarakatnya. Tema dan isi cerita dianalisis dengan rapi kerana di celah-celah cerita yang bersahaja itu terdapat ciri-ciri yang boleh digunakan untuk menerangkan lagi tentang budaya dan masyarakat. Dengan menggunakan pendekatan sosiologi, sesuatu masyarakat itu dapat dikaji daripada karya. Melalui penghasilan cerita jenaka tentu sekali memperlihatkan corak pemikiran pengarangnya dan juga masyarakatnya. Ini dapat
  • 2. Kajian Cerita Jenaka Melayu 2 dianalisis daripada tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar, pandangan dan cita-cita watak mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang tergambar dalam cerita-cerita tersebut. Kajian Cerita Jenaka Melayu dengan menggunakan Pendekatan Sosiologi dan Pendekatan Moral Apabila kita mengklasifikasikan cerita jenaka, sebenarnya kita mengenal pasti bentuknya dan juga fungsinya dalam masyarakat. Kerana sifat-sifatnya yang dongeng itu juga cerita-cerita ini seringkali dianggap sebagai cerita untuk kanak-kanak sahaja. Tetapi kita harus melihat bahawa di sebalik kisah yang dianggap dongeng itu ada hal-hal yang tersembunyi dan ada aspek-aspek kehidupan dan kemasyarakatan yang dilahirkan oleh pengarangnya. Cerita jenaka dianggap sebagai dapat mewakili jiwa sesuatu bangsa. Ia merupakan pandangan hidup yang dapat diertikan sebagai cara-cara sesuatu masyarakat atau budaya melihat dan memberi interpretasi terhadap kehidupan dan alam sekelilingnya. Segala ekspresi, aktiviti, institusi, konsep-konsep hidup dan sebagainya dalam masyarakat atau budaya adalah ditentukan oleh pengarangnya. Di dalam karya sastera lama termasuk juga cerita-cerita jenaka, pengarangnya banyak menggunakan unsur-unsur perlambangan iaitu menyembunyikan sesuatu yang berbentuk nasihat, sindiran, marah, hasad dengki, cemburu, kecewa dan sebagainya. Karya sastera lama hingga ke hari ini menjadi kajian untuk mendapatkan apakah memang benar ianya mencerminkan masyarakat ketika itu. Jadi tidak hairan banyaknya pendapat dari pengkaji-pengkaji sastera itu sendiri mengenai karya-karya berkenaan dan yang pasti meskipun banyaknya pendapat ianya tetap menuju ke satu arah yang sama. Kesemua hasil karya ini mempunyai motif yang tersendiri. Motif yang dimaksudkan ialah pengarang cuba untuk menjelaskan, menggambarkan, membuktikan atau mencerminkan masyarakatnya ketika karya itu dihasilkan. Pengarangnya cuba menyembunyikan sesuatu yang berharga dan seolah-olah meminta generasi sekarang untuk membuat kajian sewajarnya.
  • 3. Kajian Cerita Jenaka Melayu 3 Di dalam cerita jenaka selalunya adalah mengenai hubungan di antara pihak pemerintah dan rakyat dan terdapat konflik antara keduanya. Dengan berhati-hati pengarangnya cuba menyindir raja yang dikatakan sebagai orang yang mudah ditipu rakyat ataupun raja yang mempunyai imej yang tidak begitu baik. Kelemahan pihak pemerintah sengaja ditonjolkan oleh pengarangnya. Ia lebih bersifat kritikan sosial kepada masyarakat. Unsur-unsur kritik dan sindiran ini dijalin dalam bentuk ketidaksungguhan, secara senda gurau yang dapat menimbulkan senyum tertawa, orang yang terkena sindiran dan kritik itu tidak marah atau dendam. Cerita jenaka yang berfungsi sebagai sindiran atau kritikan sosial biasanya mengandungi sindiran-sindiran yang tajam terhadap sesuatu perkara seperti yang dikatakan sebelumnya. Selalunya bahan sindiran ialah tentang sikap pemimpin, ketua dan juga sikap sesetengah orang yang melupakan agama, tradisi dan budaya mereka sehingga melakukan perbuatan-perbuatan sumbang, perbuatan yang menyalahi undang-undang, nilai-nilai moral dan agama dan sebagainya. Dengan mengambil beberapa cerita jenaka Melayu, kita akan dapat melihat unsur-unsur kritikan sosial atau sosiologi dan nilai-nilai moral di dalamnya. Cerita Si Luncai Dalam cerita Si Luncai, kita dapat melihat unsur-unsur kritikan sosial dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarangnya. Di dalam cerita Si Luncai, ia menyamakan raja dengan rupa ayahnya yang sudah mati dan mengatakan dirinya malaikat. Kononnya ia datang dari negeri akhirat dan telah bertemu dengan ayahanda bonda raja dan akhirnya telah membunuh raja dengan tipu helahnya dan berkahwin dengan tuan puteri. Nilai dalam masyarakat lama dikekalkan walaupun raja dan pembesar telah ditipu oleh si Luncai tetapi akhirnya si Luncai mati juga di tangan tuan puteri. Nilai moral dalam cerita ini ialah si penipu akan menerima juga balasannya dipertahankan dalam bentuk sinis oleh pengarangya. Sindiran ditujukan kepada raja bukan sahaja kerana kezaliman tetapi juga kebodohan raja yang membawa kepada nasib buruk pada dirinya. Pengajaran yang boleh kita perolehi di sini ialah sebagai seorang raja yang memerintah seharusnya bersikap adil, saksama dan mempunyai
  • 4. Kajian Cerita Jenaka Melayu 4 kepintaran dalam menjalankan pemerintahan. Si Luncai berhasil memperdayakan raja kerana kebodohan raja, maka semua cerita-cerita yang diberitahu oleh si Luncai itu dipercayai oleh raja tanpa usul periksa. Di sini jelas sekali betapa bodohnya seorang raja yang sanggup menerima kata-kata seorang rakyat biasa disebabkan melihat pakaian Si Luncai sebagai seorang yang alim. Persoalannya di sini ialah mungkinkah seseorang itu dapat menemui orang yang terlebih dahulu mati? Inilah merupakan satu kritikan sosial kepada masyarakat pada waktu itu. Cerita Pak Kadok Dalam cerita Pak Kadok pula kita juga akan melihat nilai-nilai moral dan pengajaran yang tersirat di dalam cerita ini. Pak Kadok digambarkan sebagai seorang rakyat biasa yang terlalu jujur, menaruh sepenuh kepercayaan terhadap rajanya dan tidak terlintas di hatinya yang raja hendak menipunya. Sebaliknya raja pula cuba menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk menipu Pak Kadok dengan mengatakan ayam baginda lebih bertuah daripada ayam Pak Kadok. Kerana permintaan raja itu, Pak Kadok telah bertukar ayam dengan raja. Akhirnya Pak Kadok telah kalah dan hilang pertaruhan iaitu kampongnya sendiri dan terpaksa balik bertelanjang bulat. Jika diperhatikan keseluruhan cerita ini, sebenarnya cerita ini menyindir golongan feudal yang telah menggunakan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri, di samping memberi pengajaran supaya khalayak sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata orang walaupun orang yang berpengaruh. Perbuatan raja tersebut amat bertentangan dengan etika Islam kerana raja telah menipu seorang yang lemah seperti Pak Kadok. Pengajarannya yang ingin disampaikan ialah agar kita jangan mengamalkan sifat suka berjudi kerana sifat seperti ini akan membawa akibat yang buruk iaitu membawa kepada papa kedana. Sifat suka berjudi yang ada pada Pak Kadok menyebabkan dia telah kehilangan semua harta bendanya. Pak Kadok bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi juga mendapat malu kerana bersorak kesukaan apabila dia melihat ayam sabungnya menang tetapi ia lupa bahawa ia telah kehilangan semuanya. Oleh yang demikian, melalui cerita ini dapat memberi panduan dan pengajaran kepada khalayak supaya jangan mengamalkan sifat suka berjudi kerana
  • 5. Kajian Cerita Jenaka Melayu 5 berjudi tidak membawa keuntungan sebaliknya membawa kepada kemusnahan dan akan menjadi papa kedana tambahan lagi ianya adalah salah dari etika Islam. Kita tahu perbuatan menyabung ayam adalah pekerjaan yang sia-sia dan kita akan sanggup bergadai apabila telah menjadi ketagih. Kemudian, ketika mengalami kekalahan, mungkin kita sanggup melakukan perbuatan yang dilarang agama seperti merompak, mencuri malah membunuh. Cerita Mat Jenin Cerita Mat Jenin pula agak berlainan sedikit daripada cerita-cerita jenaka yang disebutkan di atas tadi. Mat Jenin digambarkan lambang kepada masyarakat Melayu lama yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan untuk mencapai cita-cita perlu ada usaha atau azam, halangan, dugaan dan sebagainya. Persoalannya disini, mengapa harus Mat Jenin mati apabila dalam angan-angannya memeluk puteri cantik menyebabkan Mat Jenin jatuh lalu mati? Jika kita melihat isi dalamnya ternyata masyarakat Melayu lama ketika itu mempunyai cita-cita yang tinggi. Mat Jenin hanya satu lambang pada masyarakat Melayu yang berjiwa besar untuk mencapai sesuatu tapi oleh sebab-sebab tertentu misalnya mungkin penjajah yang tidak mahu masyarakat Melayu mempunyai didikan yang baik dan ditakuti akan mengalahkan kedudukan penjajah ketika itu. Selain itu berkemungkinan juga Mat Jenin adalah lambang pada segelintir masyarakat yang suka ingin maju dan bersaing tetapi semangat begini dibunuh oleh masyarakat Melayu itu sendiri. Banyak kemungkinan yang boleh diandaikan melalui cerita Mat Jenin tetapi yang pentingnya ialah pengajaran yang tersirat di dalamnya yang memerlukan khalayak berfikir. Cerita Lebai Malang Melalui cerita Lebai Malang, walaupun ia dikemukakan dalam bentuk yang lucu, terdapat juga sindiran dan nilai moral khususnya dari sudut etika Islam yang disampaikan melalui tindakan Lebai Malang sendiri. Jangkaan peranan oleh masyarakat terhadap seorang lebai telah dipenuhi. Walaupun Lebai Malang telah dijemput sekaligus menghadiri tiga upacara iaitu pengkebumian, khatam Quran dan Maulud Nabi tetapi Lebai Malang telah mengambil keputusan untuk pergi ke majlis
  • 6. Kajian Cerita Jenaka Melayu 6 pengkebumian lebih dahulu kerana dirasakan itu adalah tanggungjawabnya yang utama. Dari segi ugama, tindakannya itu memang dipuji. Kalau Lebai Malang ini seorang yang tamak seperti yang sering diperkatakan, sudah tentu dia akan pergi ke rumah orang khatam Quran atau Maulud Nabi lebih dahulu di samping menikmati jamuan yang sedap. Namun kelemahannya ialah tidak dapat menepati masa, satu perkara yang dipandang tidak begitu berat dalam masyarakat Melayu lama. Satu pengajaran dan kritikan lain ialah tentang sifat sabar Lebai Malang. Walaupun gagal menghadiri ketiga-tiga jemputan tersebut tetapi ia tetap tenang apabila diberitahu yang majlis-majlis itu telah selesai. Dalam perjalanan pulang Lebai Malang teringat hendak mengambil nira lalu lempeng yang dibawanya diletakkan di sigai pokok. Memang nasibnya kurang baik, lempengnya telah dilarikan anjing. Kemudian dia melihat anjing tersebut masuk ke dalam sebuah lubang kayu. Lebai Malang menanggalkan pakaiannya dan menyumbat lubang kayu itu tetapi anjing dapat melepaskan diri mengikut lubang yang lain. Kerana kebodohannya dan sifat tamaknya juga dua ekor punai yang hampir ditangkapnya terlepas. Kemudian apabila Lebai Malang mencari pakaiannya semula, ternyata telah dicuri orang dan terpaksalah pulang bertelanjang bulat. Perbuatan Lebai Malang yang tidak mempunyai sifat sabar menyebabkan ia kehilangan kesemua yang diingininya walaupun pada awalnya mempunyai sifat sabar. Melalui cerita Lebai Malang, pengarang cuba mengkritik golongan lebai yang menduduki status yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati masyarakat. Namun demikian dari kalangan ini juga tidak kurang yang memiliki sifat-sifat yang buruk seperti sifat tamak. Lebai Malang melakukan kerja-kerja kerana mengharapkan balasan yang lumayan. Ini menunjukkan suatu unsur kritikan terhadap golongan ini. Cerita Pak Belalang Dalam cerita Pak Belalang pula selalu terdapat unsur-unsur kebetulan yang membawa nasib baik kepadanya semasa membuat ramalan. Umpamanya dalam kisah Pak Belalang, ia cuba mencari peti raja yang dicuri orang. Kebetulan semasa Pak Belalang mengira roti yang digoreng isterinya, pencuri-pencuri itu berada di halaman
  • 7. Kajian Cerita Jenaka Melayu 7 rumahnya dan mereka kemudiannya menyerah diri kepada Pak Belalang. Kepintaran Pak Belalang ialah ketika ia menghadapi ketujuh-tujuh orang pencuri dan dapat meyakinkan mereka kononnya beliau memang telah mengetahui tentang kegiatan mereka. Dalam peristiwa yang lainnya pula, Pak Belalang hendak mengetahui bagaimana caranya untuk mengenali anak itik, iaitu yang mana jantan dan betina. Walaupun masih ada unsur kebetulannya tetapi diperlihatkan usaha Pak Belalang. Beliau telah pergi pada waktu malamnya ke kapal wakil raja untuk mencari jawapannya. Pengajaran yang boleh dilihat dalam cerita ini ialah ia menunjukkan bahawa kepintaran patut juga disertakan dengan usaha. Selain itu juga menasihati supaya jangan percaya kepada ramalan dan nujum kerana kebanyakan nujum itu tidak benar malah banyak mengandungi unsur tipu helah dan muslihat yang akan membawa padah buruk. Ini menunjukkan sindiran kepada golongan pemerintah yang mudah sekali ditipu oleh rakyatnya. Cerita-cerita jenaka Melayu ini sebenarnya merupakan gambaran hidup masyarakat Melayu ketika dulu, khasnya di perkampungan Melayu. Gambaran telatah, perbuatan, perangai seperti ini biasanya terdapat dalam masyarakatnya dalam kehidupan sehari-hari. Bukan hanya masyarakat zaman dahulu kala tetapi zaman sekarang pun terdapat juga. Bahkan tidak hanya dalam masyarakat Melayu tetapi juga di seluruh dunia. Jika dilihat pada dasarnya kesemua cerita-cerita di atas tadi menggambarkan pada kita seolah-olah masyarakat ketika itu berkelakuan bodoh. Apa yang jelas masyarakat Melayu lama tidaklah sebodoh yang digambarkan oleh pengarangnya. Cerita jenaka sebegini mempunyai sindiran yang sinis dan tajam kepada pihak-pihak tertentu sehingga cuba untuk mengambil tindakan terhadap penulis cerita tersebut tetapi tidak berjaya sebab kebanyakan cerita seperti ini tidak ada siapa pun yang akan mengaku siapa penulisnya. Sebab itulah lagi satu bukti mencerminkan masyarakat dari segi tabiat, kelakuan dan sikap yang kadangkala bukan hanya sukar tetapi langsung tidak ada pihak yang mengesan dari mana asal usul cerita sastera lama ini.
  • 8. Kajian Cerita Jenaka Melayu 8 Di antara sebab besar kenapa perkara tersebut berlaku, masyarakat Melayu lama dan penulisnya begitu berhati-hati. Jika hendak mencurahkan atau menyampaikan sesuatu supaya tidak ada pihak yang akan tersinggung, ketinggian daya berfikir penulis dan masyarakatnya dahulu bolehlah dikatakan unik sekali. Sikap tidak mahu berterus terang dan menyembunyikan hasrat hati dengan berlambangkan alam, binatang dan kadangkala menyerupai manusia itu sendiri sudah cukup untuk kita memahami bahawa karya-karya sastera lama itu jelas mengandungi nilai sastera yang tinggi di samping melihat sendiri cerminan masyarakat ketika itu sebagai landasan kita mengkaji dan menganalisis lebih mendalam isi pengajaran dan kritikan di dalamnya. Bukti karya-karya sastera lama itu mencerminkan masyarakat ketika itu ialah hingga ke hari ini karya-karya tersebut terus dikaji dan dianalisis hingga ia terus menjadi segar dan mendatangkan kesan yang mendalam pada masa moden hari ini. Persoalannya sekarang apakah masyarakat Melayu sekarang boleh menerima bahawa karya-karya sastera lama itu sememangnya menggambarkan atau mencerminkan masyarakat ketika itu? Seperti yang telah diketahui, hampir semua karya sastera lama itu mempunyai maksud tersirat yang seharusnya dikupas untuk melihat kebenaran dan kesegaran hati nurani penulis itu. Walaupun identiti penulis tidak begitu dipentingkan, yang lebih penting ialah isi di dalamnya harus disampaikan kepada semua masyarakat. Maksud tersirat ini memerlukan fahaman tentang disiplin-disiplin sastera terutama yang ada hubungkait dengan seni. Memahami seni bermakna berkemampuan menilai sesebuah karya sastera lama dari berbagai sudut, di antaranya tema, bahasa, watak, lokasi di samping melihat keindahan sesebuah karya dapat sesuatu keunikan yang sukar didapati kecuali memahami seni itu sendiri. Cerita-cerita jenaka merupakan sesuatu yang berguna dan berfungsi sebagai bacaan pelajar, untuk dijadikan teladan atau untuk membentuk susila atau etika. Cerita jenaka bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan dalam pengajaran malahan di dalamnya juga berfungsi sebagai pengajaran yang secara tidak langsung melalui telatah-telatah pelakon utamanya. Timbulnya pendapat yang mengatakan bahawa kesusasteraan adalah cara yang paling universal dan mudah untuk mengajar manusia khususnya para pelajar. Cerita jenaka yang berfungsi sebagai pengajaran ini biasanya
  • 9. Kajian Cerita Jenaka Melayu 9 mengandungi sesuatu ajaran atau petua yang boleh dijadikan peringatan dan pandangan hidup. Seperti yang kita ketahui, bercerita itu adalah salah satu cara yang paling berkesan di dalam menyampaikan cerita-cerita untuk tujuan mendidik terutama hal-hal yang berhubung dengan moral. Walaupun cerita jenaka ini kebanyakannya berfungsi sebagai hiburan, namun perlu diingat adanya pengajaran yang boleh didapati di dalamnya dan sesuai sekali diserapkan dalam pengajaran. Cerita jenaka memberi pengajaran kepada masyarakat umum tidak kira sama ada golongan atasan ataupun golongan bawahan kerana itu cerita jenaka selalunya menceritakan kisah kedua-dua golongan ini. Di dalam fungsi pengajaran boleh dikatakan semua cerita jenaka itu mengandungi pengajaran atau terselit di dalamnya nilai-nilai moral cuma tidak begitu ketara. Secara ringkasnya nilai-nilai moral dan kritik sosial dapat dilihat melalui cerita jenaka Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Belalang, Mat Jenin dan Si Luncai. Melaluinya cerita-cerita jenaka yang dibincangkan di atas tadi sudah cukup untuk memperlihatkan kepada pelajar nilai-nilai moral atau pengajaran yang tersirat di dalamnya yang perlu dikupas. Apa pun pendekatan yang digunakan dalam menganalisis cerita jenaka, biarlah ianya sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan faedah kepada pelajar-pelajar. Kesimpulan Sebenarnya cerita jenaka Melayu hanyalah merupakan sebahagian daripada tajuk kecil yang terkandung di dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan tidaklah begitu diambil perhatian. Dalam hal ini, pelajar tidak berkesempatan mengenali dan memahami cerita jenaka dengan lebih mendalam lagi. Hanya sesetengah guru sahaja yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam memastikan pelajarnya mengetahui dengan lebih mendalam dan kritis mengenai cerita jenaka Melayu. Walaupun cerita jenaka hanya merupakan sebahagian tajuk kecil sahaja tetapi ada banyak hal atau aspek atau perkara yang boleh diperlihatkan kepada pelajar
  • 10. Kajian Cerita Jenaka Melayu 10 seperti unsur-unsur sosiologi dan moral. Pelajar tidak akan tahu bahawa banyak hal atau perkara atau aspek yang terkandung di dalam cerita jenaka ini jika tidak dikupas. Guru seharusnya dapat ‘membuka mata’ pelajar khususnya pelajar Tingkatan Enam untuk melatih mereka berfikir secara kritis dan kreatif mengenai unsur-unsur yang terkandung di dalam cerita tersebut. Cerita-cerita jenaka Melayu bukanlah semata-mata bahan hiburan dan penuh dengan kisah dongeng dan khayal. Ditinjau dari segi kebudayaan dan kemasyarakatan, jelas bahawa cerita-cerita ini dapat digunakan untuk mencari beberapa jawapan yang dapat menjelaskan budaya sesuatu masyarakat itu di samping memberi unsur-unsur atau nilai-nilai moral dan pengajaran. Unsur-unsur didaktif yang terkandung di sebalik kelucuan cerita itu dapat menuntun dan menyedarkan yang lalai serta memberikan pengajaran secara spontan kepada yang membacanya khususnya para pelajar. Disebalik kelucuan yang disampaikan atau diceritakan itu terselit unsur-unsur moral dan nasihat untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan membawa mesej kritikan sosial yang ditujukan kepada golongan tertentu. Daripada sifat watak-wataknya kita dapati bahawa ianya memberikan satu bentuk pengajaran dan tauladan kepada para pelajar, dengan meneliti sifat-sifat bodoh wataknya, seorang guru dapat membuat kesimpulan bahawa sikap kebodohan yang ditonjolkan itu boleh dijadikan contoh tauladan agar para pelajar tidak mengikutinya. Analisis cerita jenaka Melayu dengan menggunakan pendekatan sosiologi dapat membantu para pelajar melihat cerita-cerita ini sebagai hasil budaya yang dapat memberi pengetahuan mengenai budaya dan masyarakatnya. Selain itu juga dapat memperlihatkan corak pemikiran pengarangnya dan juga masyarakatnya melalui tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar, pandangan dan cita-cita watak mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang tergambar dalam cerita-cerita tersebut. Manakala pendekatan moral atau pengajaran berguna dalam mendidik para pelajar secara tidak langsung di sebalik kelucuan cerita-cerita tersebut kerana tanpa disedari, cerita jenaka dapat memberi nasihat dan moral kepada para pelajar dan memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk berfikir secara kritis.
  • 11. Kajian Cerita Jenaka Melayu 11 Dalam hal ini guru perlulah bijak memilih pendekatan, teknik dan kaedah yang boleh merangsang para pelajar agar berminat untuk mempelajari dan mengenali cerita jenaka kerana sebagai seorang pelajar sudah setentunya menginginkan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka. Pada keseluruhannya, cerita-cerita jenaka adalah bertujuan untuk menasihat dan mengajar melalui watak-watak pelaku utamanya yang lucu itu. Pendek kata, biarpun cerita-cerita itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang menggelikan hati namun di dalamnya terselit unsur-unsur didaktif secara tidak langsung yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran di sekolah. Cerita jenaka boleh dikatakan satu mata pelajaran yang boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan teknik yang sesuai seperti teknik bercerita dengan penggunaan intonasi dan nada yang boleh merangsang pelajar, teknik perbincangan, soal jawab dan sebagainya di samping alat bantu mengajar yang berkesan dan dapat menarik minat pelajar.
  • 12. Kajian Cerita Jenaka Melayu RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid dkk, 2000, Kamus Sastera Melayu Terkini, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Ali Ahmad & Siti Hajar Che’Man, 1996, Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Awang bin Ahmad, 1989, Pengantar Sastera Lama Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Hashim Awang dkk, 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. Hashim Awang, 1996, Etika dalam Kritikan Sastera, dlm Dewan Sastera, hal.32, Februari, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1999, Pengajian Melayu 4: Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Mat Jani Hassan, 1998, Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor. Muhammad Abdul Latiff, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Munir Ali, 1990, Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik, FLO Enterprise Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Muslim Burmat, 1992, Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei Jilid IB, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Rozaiman Makmun, 2000, Kesusasteraan Klasik Brunei Gambaran Masyarakat Brunei Masa Lalu, dlm Pangsura, Jilid 6, Bil. 11, hal 43 Julai-Disember. Zainon Bt. Sheikh Ahmad, 1997, Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Penerbit Elman, Kuala Lumpur. Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993, Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 12