SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Puisi Melayu Tradisional


Pendahuluan


Kesusasteraan ialah satu hasil karya seni yang menggambarkan keindahan bahasa yang

dilahirkan dalam bentuk lisan dan tulisan. Perkataan kesusasteraan itu sendiri bermaksud

"kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sejak zaman berzaman

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan

juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk

kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita


Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat

daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen

maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya

disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga

dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut.


Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas.

Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar

telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam

perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam,

seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah,

masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan,

perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.
DEFINISI

       Kesusasteraan


Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud

kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah . Sastera huruf

atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.


       Manakala Kamus Dewan ( Edisi keempat) mentakrifkan kesusasteraan sebagai hasil

seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan

yang tertentu.

       Puisi Tradisional

       Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap

atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan

biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan

kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional

masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga

dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi

tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.



CIRI-CIRI

       Pada      umumnya,     puisi   tradisional   mempunyai      ciri-ciri      yang      berikut:

i.     Memperlihatkan       penggunaan   bahasa     yang   lebih   baik,       ekspresif,    kental,

mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman

dan perasaan.

ii.    Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.
iii.    Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, itonasi, kadensa, rentak,

irama dan keharmonian bunyi.

iv.     Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi

jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.


v.      Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau

beberapa baris seuntai.


vii.    Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif

kehidupan masyarakat tradisional.


viii.   Binaanya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.

ix.     Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan,

keramaian, ritual, keagamaan dan sebagainya.


x.      Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan

adat istiadat, misalnya adat perpatih.


xi.     Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan

perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan

hati.


JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL


Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah pantun, syair, gurindam,

talibun, endoi, rejang dan seloka. Ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci seperti di bawah.
Pantun


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu

tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan

oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein

Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen.


Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh

iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat,

pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan

pantun naratif atau cerita.


Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan

berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri

daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat

menyelesaikan keseluruhan idea.


       Jenis-jenis Pantun


       Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya

mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal,

dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-

rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap

rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:


Sapu tangan berkaki merah,

kakinya diletak dalam perahu,     Pembayang

Luka di tangan berdarah merah,    Maksud
Luka di hati tak dapat nak tahu.




       Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-

kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai

jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan

penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini

memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat.

Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya.

Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema,

persoalan dan mesej. Contohnya :


Pantun Budi


Bunga Cina di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang,

Adat dunia memang begitu,

Sebab emas budi terbuang.



Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbuah lagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.



Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,

Asal budi sama dikenang.

Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.


Contoh-contoh lain ialah :


               Teka-teki

                       Kelip-kelip disangka api,
                       Kalau api di mana puntungnya;
                       Hilang ghaib disangka mati,
                       Kalau mati di mana kuburnya?

               Jenaka

                       Orang Rengat menanam betik,
                       Betik disiram air berlinang;
                       Hilang semangat penghulu itik,
                       Melihat ayam lumba berenang

               KasihSayang

                       Burung merbuk membuat sarang,
                       Anak enggang meniti di paya;
                       Tembaga buruk di mata orang,
                       Intan berkarang di hati saya

               Nasihat

                       Air melurut ke tepian mandi,
                       Kembang berseri bunga senduduk;
                       Elok diturut resmi padi,
                       Semakin berisi semakin tunduk

               Nasib

                       Payang retak tali bersimpul,
                       Kendi lokan airnya tumpah;
                       Hidup tidak kerana kaul,
                       Mati bukan kerana sumpah.
Perantauan

        Pungut teritip di tiang batu,
        Batu pecah dilanda karang;
        Beginilah nasib dagang piatu,
        Kain basah kering di pinggang.

Adat.

        Buah berangan di rumpun pinang,
        Limau kasturi berdaun muda;
        Kalau berkenan masuklah meminang,
        Tanda diri beradat budaya.

Kepahlawanan.

        Patah rotan tali bersilang,
        Batang meranti rimbun berjejal;
        Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
        Berpantang mati sebelum ajal.

Peribahasa.

        Punggur rebah puyuh mendengut,
        Dengut melata di tengah padang;
        Sedangkan bah kapal tak hanyut,
        Inikan pula kemarau panjang.

Fungsi Pantun dalam masyarakat.

         Untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat

         Pengajaran untuk hidup harmoni dan kolektif

         Hiburan/keseronokan terutamanya pantun cinta sesama manusia

         Penamat/akhiran percintaan- gembira atau duka

         Pantun   dapat   disulami   dalam   puisi   melayuu   yang   lain   bagi

         mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat,

         gurindam, bahasa berirama dan lain-lain.

         Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.

         Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan

         bahasa yang puitis.
Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.



Gurindam


Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa

Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak

menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja.


Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada

terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir

sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi

bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap,

jumlah perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak.


       Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji.

Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah

perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi

dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan

barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua.

Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya

bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat,

keagamaan, dan pengajaran. Contohnya:


Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan


Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,
Bukannya manusia iaitulah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepala keadaan hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan lelaki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat.
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.

Sumber: dipetik daripada Harun Aminurrashid, (penye.), 1990 dalam Kajian Puisi Melayu.
Singaura: Pustaka Melayu.

Syair


Walaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada tradisi

Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu

(Harun Mat Piah, 1989).


Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam

Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-

Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair

berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di

Pasai.


Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau prasasti Minye

Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama

ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu

selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu

yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan

ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap

dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang

menjadi tiruannya.
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.

Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi-

variasi bentuk yang lain.


Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa variasi

yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:


i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)


ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.


iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.


iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.


v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.


vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya.


vii. Empat baris seirama (monorhyme).


viii. Empat baris berkait.


Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan bahawa syair tidak

terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris serangkap, dengan rima a/a/a/a

lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema

yang berbentuk cerita(bukan naratif) iaitu syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair

keagamaan, dan syair kiasan. Manakala syair bukan cerita ialah syair agama, syair nasihat dan

tema-tema lain yang berasingan. Contohnya:
Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup


Berkata ilmu akulah sultan,
Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru akulah syaitan,
Ikutlah aku merata hutan.
Ilmu itu gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didaati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat ternilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya bersukat digunakan,
Di laut, di darat, di rimba dan pekan.
Jasa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Jasa berhimun ialah pengenalan,
Hiasan penyata polan si polan.

Sumber: dituturkan oleh Haji Abd. Rahim Shafie, Langkawi, Kedah keada Wahyunah Haji
Abd. Gani dan Mohamad Shaidan (peny.), 2000 dalam Puisi Melayu Lama Berunsur Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fungsi syair dalam masyarakat

   i.   Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan

        dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau

        dalam upacara-upacara adat.

 ii.    Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang

        menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,

        puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair

        berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.

 iii.   Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat/

 iv.    Ketika sambutan maulud/

  v.    Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam

        dabus dan boria.
vi.    Digunakan dalam adat perkahwinan


Endoi


Endoi berasal daripada kata “endul” yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi

merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam

majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk

puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah

penyampaiannya.


Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan

riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada

anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan

tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran.


Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran

anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari.

Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada

masyarakat khalayaknya. Contohnya:


Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil


Bismillahirrahmaanirrahim
Lailahaillallah, Muhammadar Rasullullah
Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan zatnya bersama-sama,
Zahirnya sifat menyatakan isma,
Kadim dan taat setia lama.
Hai segala nur-ul-khatam,
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.

Sumber: Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 1996 dalam Warna Sari
Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Fajar Bakti.

Rejang


Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan

berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan

nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.


Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi

(Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya , masyarakat di Nusantara

ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal

ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan

dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan

raksi (nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu).


Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk

pantun dan syair, Cuma berbeda pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau

syair memiliki rima yang tetap.


Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama

merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti

lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak

berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian

dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan

pengajaran.
Contohnya:


Rejang Hari Bulan


Tujuh hari bulan rejangnya tikus,
Tikus jantan masuk penjara,
Kalau terkenang sifat yang bagus,
Hilanglah akal lenyap bicara.
Tikus jantan masuk penjara,
Penjara besar besi kursani,
Hilanglah akal lenyap bicara,
Dendam oi apa selaku ini.
Penjara besar besar besi kursani,
Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,
Dendaru oi apa selaku ini,
Tidur berendam airnya mata.

Sumber: dipetik daripada Ampuan Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah, 1999 dalam “Syair
Rejang, Penyelenggaraan dan Analisis Teks” Disertasi Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Nazam


Nazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi yang terikat.

Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan pertimbangan puisi Arab.

Temanya selalu berhubung dengan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Antara ciri-ciri

khasnya ialah terdiri daripada dua baris serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di

dalam sebaris antara 10-12 suku kata. Yang kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima

(monorhyme) dan seterusnya. Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak

sempurna dalam dua baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara berlagu seperti

nasyid dan qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan persoalan

keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan nasihat, akhlak dan

sebagainya.
Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri antaranya

menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar dengan perjalanan hidup atau

riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan

menyampaikan nesihat dan pendidikan.


Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah seluas pantun

dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam yang meliputi

perihal Nabi Muhammad s.a.w., pelajaran tauhid, fikah, dan rukun iman. Bentuk nasyid dan

zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan biasanya disamakan dalam majlis-majlis

keagamaan seperti sambutan awal Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan

sebagainya. Contohnya:


Nazam Ajal


Kalau sungguh kamu yakin,
Jangan kamu lalai pada nafsu hati.
Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu.
Ingat-ingat hai saudara masa itu,
Nyawa sampai batang leher baru tentu.
Kita ini akan matilah sudahnya,
Tidak tahu bila samaikan ajalnya.
Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.
Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.
Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.
Sumber: dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989. himpunan Puisi Klasik. Shah Alam:
Marwilis Publisher.

Dikir/Zikir


Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang bermakna

puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perkembangan
puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga

merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat,

puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya.


Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah

perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin

mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan-

ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang

dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam.


Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi puisi yang

dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian terhadap Allah s.w.t.

dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan puji-pujian (zikir) terhadap

Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (selawat) disusun sehingga

membentuk satu rangkap yang tersendiri. Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya

beberapa rangkap sebelum rangkap isi.


Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan secara

lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau didaktik iaitu

mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta

menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau

nilai masyarakat.


Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan

akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial

dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan

sebagainya.
Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan

kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang diucapkan atau

yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan

isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu

dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar,

majlis perkahwinan dan sebagainya. Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat

terutama dalam aspek kebahasaan dan nilai-nilai estetika. Contohnya:


Dikir Dabus


Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hudal le ma ti habur sere ya Allah.
Allah humma salli Allah,
Allah he salli dona Allah,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.
Pada kasih penghulu kita Muhammad,
Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna,
Hati rindu kepada Nabi Muhammad,
Sentiasalah didapat daripada yang sempurna.
Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Sumber: didokumentasikan oleh Ahmad Ali Salikin, 1996. Lumut, Perak.


Rubai


Rubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa tersebut.

Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada puisi warisan

Islam. Tokoh yang identik dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132). Puisi rubai diterjemah

ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883) dan ini menjadikan rubai Omar
Khayyam begitu terkenal. Rubai dalam bahasa Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari

al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin. Rubai karya Omar Khayyam pula telah diterjemah ke

bahasa Melayu oleh tokoh bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji

sulaiman (1868-1955) berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald.


Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris. Ada sarjana

mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris (a/a/a/a) yang selalunya

bertujuan falsafah atau tasawuf serta membentuk epigram. Daripada segi cirinya, pola rima

a/a/b/a atau a/a/a/a; jumlah barisnya terdiri daripada empat baris serangkap; menakala suku

katanya ialah antara lapan hingga dua belas suku kata. Isinya dalam satu rangkap, dan

temanya membawa persoalan yang bersifat falsafah, agama, nasihat dan sejarah.


Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan falsafah,

persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan untuk panduan

pendidikan. Contohnya:


Kemuliaan Insan


Peri permulaan keadaan insan,
Itulah ingatkan dirimu yang berirfan,
Supaya mengetahui perinya ini,
Dengan takdir lagi dengan ihsan.

Masnawi


Masnawi identik dengan penyair terkenal Parsi, Jalaluddin al-Rumi (1207-1273 M), terutama

dalam karya agungnya Mathnawi Ma’nawi. Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab-

Parsi, masnawi tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu, dan Oleh sebab itu, genre

ini tidak berkembang.
Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi karangannya

Tajus Salatin. Puisi ini berbentuk bebas dari aspek baris, perkataan dan suku kata dalam

sebaris. Walaupun begitu, terdapat pengawalan pada rima akhirnya seperti a/a, b/b, c/c, dan

seterusnya. Genre puisi ini bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, kekuatan, kepandaian,

dan kemayhuran seseorang tokoh.


Secara keseluruhannya, masnawi berfungsi sebagai panduan, pengajaran, dan nasihat kepada

khalayaknya. Contohnya:


Budi


Dengarlah olehmu, hai yang budiman,
Budi itulah sungguh pohon ahsan,
Kerana ahsan itu puri budilah,
Jika lain maka lain jadilah,
Orang yang berbudi itu kayalah,
Yang bukan berbudi itu papalah,
Jikalau kau dapat harta alam ini,
Dan budi kurang padamu di sini,
Bahawa ke sini jua namamu,
Dan segala ke sini pun adamu,
Jika kamu mahu menjadi kaya,
Mintalah budi bagimu cahayai,
Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa,
Minta selamat budi sentiasa,
Sudah taju’ssalatin fi’lawhir,
Dan Bukhari dengan taju itu fakir,
Seribu syukur keada Tuhannya.

Sumber: Khalid M. Hussain(penye.), 1996. Karangan Bukhari al-Jauhari, Tajus Salatin,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ghazal


Ghazal bermaksud puisi bersifat cinta. Puisi yang berasal dari Parsi ini merupakan sejenis

nyanyian dalam kalangan orang muda yang dalam percintaan. Sajak puisi ini terdapat pada

kata yang di belakang.


Bagaimanapun, secara umumnya puisi ini berpolarimakan a/a, yang diulang-ulang.

Perulangan juga secara a b, b c, c d dan seterusnya; baris-barisnya terdiri dariada ayat yang

panjang-panjang. Perkataannya tidak disukat banyaknya, dan terdiri dariada 20 hingga 22

suku kata. Panjangnya dalam lingkungan belasan baris. Pada bahagian akhir, pengubahnya

menyelitkan namanya sebagai peleraian (takhallus). Tema ghazal berkaitan dengan persoalan

cinta, sama ada cinta sesama manusia ataupun cinta manusia terhadap Tuhan.


Pada umumnya, puisi ghazal berperanan sebagai alat komunikasi yang menyatakan cinta dan

kasih sayang.


Berzanji


Pada dasarnya, berzanji boleh didapati dalam bentuk iaitu berzanji nathar (bentuk prosa

berirama) dan bentuk puisi. Sebagai puisi tumpang, berzanji menggunakan bentuk nazam dan

syair yang dilagukan. Rima akhir sesuatu rangkap atau rawi dalam bacaan berzanji ini adalah

a/a/a/a, sama ada dalam ejaan asalnya (jawi) mahupun dalam terjemahan bahasa Melayu.

Berzanji bertemakan keagungan Allah dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w.


Berzanji biasanya dilagukan untuk majlis-majlis seperti sambutan mauludur Rasul, majlis

perkahwinan (ucapan untuk pasangan pengantin), majlis bercukur rambut dan majlis khatam

al-Quran.
Qit’ah


Qit’ah mula diperkenalkan dalam bahasa Melayu melalui Tajus Salatin. Qit’ah bererti

potongan, keratan atau sebahagian. Justeru, bentuknya ringkas; minimum dua baris dan tidak

sampai sepuluh baris. Sungguhpun begitu, terdapat juga qit’ah yang ditulis dalam keadaan

terkawal, yakni empat baris dalam satu rangkap.


Puisi qit’ah ini diletakkan dalam kategori sajak yang separuh terikat. Cirinya hampir seperti

syair dari segi pola rimanya, namun kadang-kadang ada kelainan rima pada baris yang

tertentu. Jumlah perkataan dalam satu-satu baris pula tidak ditentukan dan kadang-kadang

tidak seimbang, iaitu ada yang panjang dan ada yang pendek.


Tema qit’ah bersifat pemikiran dan renungan yang selalu membawa mesej yang bersifat luhur

dan berfikiran tinggi (falsafah). Sungguhpun begitu, makna qit’ah sukar ditafsirkan kerana

qit’ah menggunakan banyak perkataan Arab secara langsung, dan tidak menterjemahkannya.

Hal ini menyebabkan banyak orang tidak dapat memahami qit’ah lalu menyebabkan puisi itu

kurang digemari. Fungsi qit’ah ialah untuk memberikan nasihat dan pengajaran, khususnya

tentang pemikiran dalam agama. Contohnya :


Ehwal Insan


Jika kulihat dalam tanah itu pada ehwal segala yang insan,
Tiadalah dapat kubezakan,
Pada antara hamba dan sultan,
Fana juga segala yang ada,
Dengarkan olehmu Kulluman „alaihi fan.

Seloka

Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang

terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya
mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu

tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau

tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu

jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka

biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea

(Harun Mat Piah, 1989).


Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun

atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain.

Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada

jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan yang asyik dan berkhayal.


Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan

mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang

senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa

berirama.


Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya.

Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi

seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan

sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk

menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka

yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir,

cerita Labai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir

masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir

giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan

mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.


Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat

yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan

ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk

mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan

individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau

teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek,

menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi

pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.


Teromba


Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali

juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu

Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat

khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat

yang melahirkan dan mengamalkannya.


Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada

perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap dan ada yang tidak.

Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian juga rima dan

jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga puisi Melayu tradisional

yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa

berangkap).
Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau

sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-

undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma

yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak

turun-temurun. Selain itu teromba berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan

adanya adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan

dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat pada satu-

satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang mengamalkannya,

kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang dalam dan

tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya.


Talibun


Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap

tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara

(cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau.


Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini

menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata

kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang

imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu

gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya

masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.


Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang

didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan

kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan
keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan

dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia.


Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi

lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam

penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinsin menamakan

puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini

ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi

dalam bentuk seperti engulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah

ditambah dengan ungkapan puisi yang lain.


Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan

bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan

masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti

berpidato atau semasa bergurau senda.


Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu

gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan

menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang

mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan

terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.


Peribahasa Berangkap


Peribahasa atau ungkapan tradisional yang mempunyai subgenre seperti bidalan, pepatah,

perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil tidak tergolong dalam genre

puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata yang berangkap. Namun,

dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud dalam
bentuk puisi. Oleh itu, Za’ba (1966), Mohd. Taib Osman (1979) menamakan puisi ini sebagai

peribahasa berangkap atau peribahasa berirama.


Menurut Harun Mat Piah (1989), peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang

terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih.

Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan

yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.


Seperti puisi-puisi Melayu yang lain, peribahasa berangkap juga boleh dikenal pasti

berdasarkan ciri-ciri yang terdapat ada aspek struktur, tema, isi, dan fungsinya.


Asas pembentukan peribahasa berangkap ialah peribahasa. Seperti bahasa lisan yang lain,

peribahasa berangkap berfungsi sebagai alat komunikasi, sama ada secara formal (digunakan

dalam adat istiadat tertentu) atau tidak formal (terutamanya untuk menyindir, menegur atau

mengkritik seseorang) dan sebagai alat pendidikan atau didaktik. Selain itu ia berfungsi

sebagai “pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap suatu kekuasaan” (Alan Dundes,

1989). Maksud daripada kata-kata ini ialah jika mengkritik (terutamanya menunjukkan

kesalahan atau mencela) seseorang dengan menggunakan peribahasa, individu sasaran akan

lebih mudah menerima daripada dikritik atau dicela secara langsung.Oleh: Qamarul Arifin

Abdullah


Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem

sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan

penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya).

Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan

istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat

khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya.
Peribahasa berangkap terhadap dalam teromba. Teromba hanya dimiliki oleh indivividu yang

memegang kunci adat seperti ketua adat atau ketua lembaga. Oleh itu penguasaan uisi ini

sekali gus dapat menunjukkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya.


Mantera


Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre ini

merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu

selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana mentera hanya

dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila

dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk

tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat Piah, 1989).


Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi

rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya. Dari segi

penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan

orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak

dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak

boleh dituturkan sewenang-wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap

keramat dan tabu.


Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada

orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang perpawangan

atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dan

kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat.


Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat bergantung

hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan tamadun sekarang,
mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta

dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi,

namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera

dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam.


Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan

iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.


Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama dan nada

yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk

halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang

dan masyarakat. Mantera juga dijadikan pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga

penggunaan mantera dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.


Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera masih lagi

menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan

norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek

keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi masyarakatnya.


Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera pendinding

berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk

memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal dan khalayaknya, mantera

pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat

menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca-

upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu

sesuai dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan

pantang larang.
Teka-teki


Berbeza dengan puisi-puisi yang lain, teka-teki merupakan puisi lisan yang popular. Teka-teki

dalam sastera tradisional terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. Teka-teki

yang tergolong dalam bentuk puisi mungkin ditemui dalam bentuk syair dan pantun atau

dalam ungkapan-ungkapan puitis yang lebih bebas seperti talibun, sesomba atau gurindam.


Sejenis puisi yang tidak terikat; terdiri daripada sebaris atau beberapa baris yang berturutan,

sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah

perkataan sebaris, mempunyai rima atau tidak. Tiap-tiap baris atau serangkap dapat

menyatakan satu keseluruhan idea.


Secara umumnya, teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bersama

keluarga atau sahabat handai. Kadang-kala teka-teki membawa nada jenaka, ada juga yang

menguji kecerdikan dan akal fikiran, malahan dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-

kanak juga orang dewasa.


Sesuai dengan fungsinya, teka-teki membawa pelbagai tema. Bagaimanapun, penumpuan

lebih kepada benda-benda yang paling hampir dengan kehidupan manusia sehari-hari dan

alam sekeliling. Pencita teka-teki adalah seorang pemerhati yang peka dan seniman yang

aktif.


Dua buah antologi teka-teki yang terkenal ialah Teka-Teki yang diselenggara oleh O.T.

Dessek(1918) dan Kitab Gemala Hikmat oleh Sulaiman bin Muhammad, Nur oleh Munsyi

Sulaiman(1907) dan Teka-Teki Warisan oleh Inon Shaharuddin Abdul Rahman(1988).
Kesimpulan


Puisi adalah karya sastra padat yang sangat hemat menggunakan kata-kata. Kekuatannya

terletak pada kata-kata yang dipilih, dengan prinsip sedikit kata tapi banyak makna. Dengan

kata lain, bisa disimpulkan bahwa puisi adalah karangan yang terikat oleh pemilihan diksi,

rima dan suku kata dengan bentuk yang berangkap. Karakter puisi yang seperti ini

mengharuskan penulis atau pengarangnya memiliki pemikiran yang dalam, dengan sensitifitas

perasaan yang tinggi. Disamping kedalaman makna, dalam puisi juga terkandung keindahan

kata.

Pertumbuhan puisi dimulai dari ungkapan dengan susunan kata dan makna estetis yang

sederhana, seperti: ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Seiring perkembangan, susunan

kata dan makna estetisnya semakin dalam dan rumit. Dalam kehidupan sehari-hari, puisi

tersebut diciptakan dan berkembang bukan sekedar untuk hiburan, tapi juga sebagai alat

pengajaran dan alat berkomunikasi, baik secara umum maupun khusus untuk ritual

keagamaan dan upacara adat. Ada banyak jenis puisi yang berkembang dalam masyarakat

Melayu. Berdasarkan aspek keasliannya, jenis puisi dapat dibagi dua: puisi asli Melayu dan

yang berasal dari tradisi asing.

Secara umum, genre puisi Melayu asli adalah pantun, gurindam, seloka, mantra, teromba

(puisi adat) dan peribahasa. Sedangkan puisi Melayu yang mendapat pengaruh asing adalah

syair, nazam, rubai, ghazal, barzanji dll. Berdasarkan bentuknya, ada puisi yang berbentuk

bebas dan ada pula yang terikat. Puisi bebas adalah puisi yang tidak terikat pada rangkap,

baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima yang tetap. Sedangkan puisi terikat sebaliknya,

terikat pada rangkap, baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima yang tetap.
RUJUKAN.

Ahmad Kamal Abdullah. (2011). Puisi Melayu Puisi Dunia. Kuala Lumpur. Dewan
  Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Esok Yang Cemilang . Sebuah Antologi Peraduan
  Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2004. Kuala Lumpur. DBP.

Dewan bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan ( Edisi Keempat). Kuala Lumpur.
  DBP.

Hashim Awang. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur. Penerbitan
  Fajar Bakti.

Siti Aisah Murad. (2010). Kesusasteraan Melayu Moden 1970-1979. Kuala Lumpur.
   Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindamNZulkifli MH
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Mok Ming yan
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 

What's hot (20)

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Penjagaan air muka
Penjagaan air mukaPenjagaan air muka
Penjagaan air muka
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 

Viewers also liked

Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanZol Joey
 
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAPANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAAmie Gy
 
Pengenalan kepada puisi
Pengenalan kepada puisiPengenalan kepada puisi
Pengenalan kepada puisiem em
 
Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawannazacdo
 
Keterampilan Mengadakan Variasi PPT
Keterampilan Mengadakan Variasi PPTKeterampilan Mengadakan Variasi PPT
Keterampilan Mengadakan Variasi PPTGhian Velina
 
Contoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair modenContoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair modencikgupejei
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekHailmi Othman
 
Puisi matematika-unsri-zulkardi
Puisi matematika-unsri-zulkardiPuisi matematika-unsri-zulkardi
Puisi matematika-unsri-zulkardiSiti Sholekah
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikSalmah Md Amin
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuMohammad Yaqin
 

Viewers also liked (16)

Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
 
Puisi moden
Puisi modenPuisi moden
Puisi moden
 
Koleksi puisi
Koleksi puisiKoleksi puisi
Koleksi puisi
 
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAPANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
 
Pengenalan kepada puisi
Pengenalan kepada puisiPengenalan kepada puisi
Pengenalan kepada puisi
 
Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawan
 
Keterampilan Mengadakan Variasi PPT
Keterampilan Mengadakan Variasi PPTKeterampilan Mengadakan Variasi PPT
Keterampilan Mengadakan Variasi PPT
 
Contoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair modenContoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair moden
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Puisi matematika-unsri-zulkardi
Puisi matematika-unsri-zulkardiPuisi matematika-unsri-zulkardi
Puisi matematika-unsri-zulkardi
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Kesimpulan
KesimpulanKesimpulan
Kesimpulan
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Kumpulan puisi
Kumpulan puisiKumpulan puisi
Kumpulan puisi
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

Similar to PUISI MELAYU TRADISIONAL

PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaPANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaNingrum Handayani
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisaSyaf Anton
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisaSyaf Anton
 
Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat keratsariyatom
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyatpudjotri
 
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUKONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUJaeyolHali
 
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang UtaraKelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang UtaraMila Wati
 
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptx
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptxBahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptx
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptxTheodorusMortaman
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANJoseviraLintang
 

Similar to PUISI MELAYU TRADISIONAL (20)

Assgmnt pantun
Assgmnt pantunAssgmnt pantun
Assgmnt pantun
 
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaPANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
 
Cerita Tentang Pantun 1
Cerita Tentang Pantun 1Cerita Tentang Pantun 1
Cerita Tentang Pantun 1
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Bin7 bab5
Bin7 bab5Bin7 bab5
Bin7 bab5
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyat
 
Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9
 
pantun Kelompok 5
pantun Kelompok  5   pantun Kelompok  5
pantun Kelompok 5
 
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYUKONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang UtaraKelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
 
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptx
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptxBahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptx
Bahasa Indonesia SMP Senin, 10 Januari 2022.pptx
 
Penulisan kreatif
Penulisan kreatifPenulisan kreatif
Penulisan kreatif
 
Puisi kontemporer
Puisi kontemporerPuisi kontemporer
Puisi kontemporer
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Jenis pantun
Jenis pantunJenis pantun
Jenis pantun
 
Puisi Rakyat.pdf
Puisi Rakyat.pdfPuisi Rakyat.pdf
Puisi Rakyat.pdf
 

PUISI MELAYU TRADISIONAL

  • 1. Puisi Melayu Tradisional Pendahuluan Kesusasteraan ialah satu hasil karya seni yang menggambarkan keindahan bahasa yang dilahirkan dalam bentuk lisan dan tulisan. Perkataan kesusasteraan itu sendiri bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sejak zaman berzaman Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut. Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas. Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.
  • 2. DEFINISI Kesusasteraan Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah . Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Manakala Kamus Dewan ( Edisi keempat) mentakrifkan kesusasteraan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Puisi Tradisional Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis. CIRI-CIRI Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan. ii. Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.
  • 3. iii. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, itonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. iv. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan. v. Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai. vii. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional. viii. Binaanya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya. ix. Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual, keagamaan dan sebagainya. x. Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan adat istiadat, misalnya adat perpatih. xi. Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati. JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah pantun, syair, gurindam, talibun, endoi, rejang dan seloka. Ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci seperti di bawah.
  • 4. Pantun Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen. Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita. Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea. Jenis-jenis Pantun Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap- rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya: Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu, Pembayang Luka di tangan berdarah merah, Maksud
  • 5. Luka di hati tak dapat nak tahu. Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak- kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya : Pantun Budi Bunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Baik bergalas baik tidak, Buli-buli bertali benang,
  • 6. Baik berbalas baik tidak, Asal budi sama dikenang. Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh-contoh lain ialah : Teka-teki Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? Jenaka Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang KasihSayang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya Nasihat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk Nasib Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.
  • 7. Perantauan Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Adat. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Kepahlawanan. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Peribahasa. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Fungsi Pantun dalam masyarakat. Untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat Pengajaran untuk hidup harmoni dan kolektif Hiburan/keseronokan terutamanya pantun cinta sesama manusia Penamat/akhiran percintaan- gembira atau duka Pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat, gurindam, bahasa berirama dan lain-lain. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
  • 8. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera. Gurindam Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja. Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak. Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji. Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran. Contohnya: Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan, Bukannya manusia iaitulah syaitan. Kejahatan seorang perempuan tua, Itulah iblis punya penggawa. Kepala keadaan hamba-hamba raja,
  • 9. Di situlah syaitan tempatnya manja. Kebanyakan orang yang muda-muda, Di situlah syaitan tempat berkuda. Perkumpulan lelaki dengan perempuan, Di situlah syaitan punya jamuan. Adapun orang tua yang hemat, Syaitan tak suka membuat sahabat. Jika orang muda kuat berguru, Dengan syaitan jadi berseteru. Sumber: dipetik daripada Harun Aminurrashid, (penye.), 1990 dalam Kajian Puisi Melayu. Singaura: Pustaka Melayu. Syair Walaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al- Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.
  • 10. Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi- variasi bentuk yang lain. Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu: i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap) ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b. iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b. v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b. vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya. vii. Empat baris seirama (monorhyme). viii. Empat baris berkait. Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan bahawa syair tidak terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris serangkap, dengan rima a/a/a/a lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan naratif) iaitu syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair keagamaan, dan syair kiasan. Manakala syair bukan cerita ialah syair agama, syair nasihat dan tema-tema lain yang berasingan. Contohnya:
  • 11. Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup Berkata ilmu akulah sultan, Kerajaan aku darat dan lautan, Jahil berseru akulah syaitan, Ikutlah aku merata hutan. Ilmu itu gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didaati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya bersukat digunakan, Di laut, di darat, di rimba dan pekan. Jasa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Jasa berhimun ialah pengenalan, Hiasan penyata polan si polan. Sumber: dituturkan oleh Haji Abd. Rahim Shafie, Langkawi, Kedah keada Wahyunah Haji Abd. Gani dan Mohamad Shaidan (peny.), 2000 dalam Puisi Melayu Lama Berunsur Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fungsi syair dalam masyarakat i. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. ii. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. iii. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat/ iv. Ketika sambutan maulud/ v. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • 12. vi. Digunakan dalam adat perkahwinan Endoi Endoi berasal daripada kata “endul” yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya. Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran. Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contohnya: Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil Bismillahirrahmaanirrahim Lailahaillallah, Muhammadar Rasullullah Bismillah itu permulaan nama, Keadaan zatnya bersama-sama, Zahirnya sifat menyatakan isma, Kadim dan taat setia lama. Hai segala nur-ul-khatam, Dipecahnya empat nazirnya Adam, Dipecahnya pula sekian alam. Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu,
  • 13. Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. Sumber: Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 1996 dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Fajar Bakti. Rejang Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya , masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan raksi (nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu). Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk pantun dan syair, Cuma berbeda pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap. Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran.
  • 14. Contohnya: Rejang Hari Bulan Tujuh hari bulan rejangnya tikus, Tikus jantan masuk penjara, Kalau terkenang sifat yang bagus, Hilanglah akal lenyap bicara. Tikus jantan masuk penjara, Penjara besar besi kursani, Hilanglah akal lenyap bicara, Dendam oi apa selaku ini. Penjara besar besar besi kursani, Perbuatan Maharaja Jaya Dewata, Dendaru oi apa selaku ini, Tidur berendam airnya mata. Sumber: dipetik daripada Ampuan Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah, 1999 dalam “Syair Rejang, Penyelenggaraan dan Analisis Teks” Disertasi Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nazam Nazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi yang terikat. Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan pertimbangan puisi Arab. Temanya selalu berhubung dengan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12 suku kata. Yang kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima (monorhyme) dan seterusnya. Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak sempurna dalam dua baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara berlagu seperti nasyid dan qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan persoalan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan nasihat, akhlak dan sebagainya.
  • 15. Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar dengan perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nesihat dan pendidikan. Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah seluas pantun dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad s.a.w., pelajaran tauhid, fikah, dan rukun iman. Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti sambutan awal Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan sebagainya. Contohnya: Nazam Ajal Kalau sungguh kamu yakin, Jangan kamu lalai pada nafsu hati. Benar tidak bila ada amal kamu, Puas hati tidak sesalkan dirimu. Ingat-ingat hai saudara masa itu, Nyawa sampai batang leher baru tentu. Kita ini akan matilah sudahnya, Tidak tahu bila samaikan ajalnya. Pahit mati itu bukan macam jadam, Bukan pula macam api boleh padam. Oleh itu mari kita sama-sama, Buat amal jangan leka jangan lena. Pada Tuhan kita datanglah asalnya, Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya. Sumber: dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989. himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publisher. Dikir/Zikir Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perkembangan
  • 16. puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya. Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan- ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam. Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi puisi yang dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan puji-pujian (zikir) terhadap Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (selawat) disusun sehingga membentuk satu rangkap yang tersendiri. Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya beberapa rangkap sebelum rangkap isi. Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau didaktik iaitu mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat. Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya.
  • 17. Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya. Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat terutama dalam aspek kebahasaan dan nilai-nilai estetika. Contohnya: Dikir Dabus Allah hee Allah huu ya Allah, Baddal hee ya maula, Allah hee Allah huu ya Allah, Hudal le ma ti habur sere ya Allah. Allah humma salli Allah, Allah he salli dona Allah, Allah Muhammadun sahu ya Allah, Hee Allah Allah wabiza aalihi. Pada kasih penghulu kita Muhammad, Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna, Hati rindu kepada Nabi Muhammad, Sentiasalah didapat daripada yang sempurna. Allah hee Allah huu ya Allah, Baddal hee ya maula, Allah hee Allah huu ya Allah, Hudal le ma ti habur sere ya Allah. Sumber: didokumentasikan oleh Ahmad Ali Salikin, 1996. Lumut, Perak. Rubai Rubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa tersebut. Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada puisi warisan Islam. Tokoh yang identik dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132). Puisi rubai diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883) dan ini menjadikan rubai Omar
  • 18. Khayyam begitu terkenal. Rubai dalam bahasa Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin. Rubai karya Omar Khayyam pula telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh tokoh bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji sulaiman (1868-1955) berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald. Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris. Ada sarjana mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris (a/a/a/a) yang selalunya bertujuan falsafah atau tasawuf serta membentuk epigram. Daripada segi cirinya, pola rima a/a/b/a atau a/a/a/a; jumlah barisnya terdiri daripada empat baris serangkap; menakala suku katanya ialah antara lapan hingga dua belas suku kata. Isinya dalam satu rangkap, dan temanya membawa persoalan yang bersifat falsafah, agama, nasihat dan sejarah. Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan falsafah, persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan untuk panduan pendidikan. Contohnya: Kemuliaan Insan Peri permulaan keadaan insan, Itulah ingatkan dirimu yang berirfan, Supaya mengetahui perinya ini, Dengan takdir lagi dengan ihsan. Masnawi Masnawi identik dengan penyair terkenal Parsi, Jalaluddin al-Rumi (1207-1273 M), terutama dalam karya agungnya Mathnawi Ma’nawi. Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab- Parsi, masnawi tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu, dan Oleh sebab itu, genre ini tidak berkembang.
  • 19. Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi karangannya Tajus Salatin. Puisi ini berbentuk bebas dari aspek baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris. Walaupun begitu, terdapat pengawalan pada rima akhirnya seperti a/a, b/b, c/c, dan seterusnya. Genre puisi ini bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, kekuatan, kepandaian, dan kemayhuran seseorang tokoh. Secara keseluruhannya, masnawi berfungsi sebagai panduan, pengajaran, dan nasihat kepada khalayaknya. Contohnya: Budi Dengarlah olehmu, hai yang budiman, Budi itulah sungguh pohon ahsan, Kerana ahsan itu puri budilah, Jika lain maka lain jadilah, Orang yang berbudi itu kayalah, Yang bukan berbudi itu papalah, Jikalau kau dapat harta alam ini, Dan budi kurang padamu di sini, Bahawa ke sini jua namamu, Dan segala ke sini pun adamu, Jika kamu mahu menjadi kaya, Mintalah budi bagimu cahayai, Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa, Minta selamat budi sentiasa, Sudah taju’ssalatin fi’lawhir, Dan Bukhari dengan taju itu fakir, Seribu syukur keada Tuhannya. Sumber: Khalid M. Hussain(penye.), 1996. Karangan Bukhari al-Jauhari, Tajus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 20. Ghazal Ghazal bermaksud puisi bersifat cinta. Puisi yang berasal dari Parsi ini merupakan sejenis nyanyian dalam kalangan orang muda yang dalam percintaan. Sajak puisi ini terdapat pada kata yang di belakang. Bagaimanapun, secara umumnya puisi ini berpolarimakan a/a, yang diulang-ulang. Perulangan juga secara a b, b c, c d dan seterusnya; baris-barisnya terdiri dariada ayat yang panjang-panjang. Perkataannya tidak disukat banyaknya, dan terdiri dariada 20 hingga 22 suku kata. Panjangnya dalam lingkungan belasan baris. Pada bahagian akhir, pengubahnya menyelitkan namanya sebagai peleraian (takhallus). Tema ghazal berkaitan dengan persoalan cinta, sama ada cinta sesama manusia ataupun cinta manusia terhadap Tuhan. Pada umumnya, puisi ghazal berperanan sebagai alat komunikasi yang menyatakan cinta dan kasih sayang. Berzanji Pada dasarnya, berzanji boleh didapati dalam bentuk iaitu berzanji nathar (bentuk prosa berirama) dan bentuk puisi. Sebagai puisi tumpang, berzanji menggunakan bentuk nazam dan syair yang dilagukan. Rima akhir sesuatu rangkap atau rawi dalam bacaan berzanji ini adalah a/a/a/a, sama ada dalam ejaan asalnya (jawi) mahupun dalam terjemahan bahasa Melayu. Berzanji bertemakan keagungan Allah dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Berzanji biasanya dilagukan untuk majlis-majlis seperti sambutan mauludur Rasul, majlis perkahwinan (ucapan untuk pasangan pengantin), majlis bercukur rambut dan majlis khatam al-Quran.
  • 21. Qit’ah Qit’ah mula diperkenalkan dalam bahasa Melayu melalui Tajus Salatin. Qit’ah bererti potongan, keratan atau sebahagian. Justeru, bentuknya ringkas; minimum dua baris dan tidak sampai sepuluh baris. Sungguhpun begitu, terdapat juga qit’ah yang ditulis dalam keadaan terkawal, yakni empat baris dalam satu rangkap. Puisi qit’ah ini diletakkan dalam kategori sajak yang separuh terikat. Cirinya hampir seperti syair dari segi pola rimanya, namun kadang-kadang ada kelainan rima pada baris yang tertentu. Jumlah perkataan dalam satu-satu baris pula tidak ditentukan dan kadang-kadang tidak seimbang, iaitu ada yang panjang dan ada yang pendek. Tema qit’ah bersifat pemikiran dan renungan yang selalu membawa mesej yang bersifat luhur dan berfikiran tinggi (falsafah). Sungguhpun begitu, makna qit’ah sukar ditafsirkan kerana qit’ah menggunakan banyak perkataan Arab secara langsung, dan tidak menterjemahkannya. Hal ini menyebabkan banyak orang tidak dapat memahami qit’ah lalu menyebabkan puisi itu kurang digemari. Fungsi qit’ah ialah untuk memberikan nasihat dan pengajaran, khususnya tentang pemikiran dalam agama. Contohnya : Ehwal Insan Jika kulihat dalam tanah itu pada ehwal segala yang insan, Tiadalah dapat kubezakan, Pada antara hamba dan sultan, Fana juga segala yang ada, Dengarkan olehmu Kulluman „alaihi fan. Seloka Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya
  • 22. mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989). Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan yang asyik dan berkhayal. Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama. Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
  • 23. Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan. Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial. Teromba Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya. Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa berangkap).
  • 24. Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang- undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun. Selain itu teromba berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan adanya adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat pada satu- satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya. Talibun Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu. Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan
  • 25. keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia. Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinsin menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti engulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi yang lain. Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda. Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Peribahasa Berangkap Peribahasa atau ungkapan tradisional yang mempunyai subgenre seperti bidalan, pepatah, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil tidak tergolong dalam genre puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata yang berangkap. Namun, dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud dalam
  • 26. bentuk puisi. Oleh itu, Za’ba (1966), Mohd. Taib Osman (1979) menamakan puisi ini sebagai peribahasa berangkap atau peribahasa berirama. Menurut Harun Mat Piah (1989), peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain. Seperti puisi-puisi Melayu yang lain, peribahasa berangkap juga boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang terdapat ada aspek struktur, tema, isi, dan fungsinya. Asas pembentukan peribahasa berangkap ialah peribahasa. Seperti bahasa lisan yang lain, peribahasa berangkap berfungsi sebagai alat komunikasi, sama ada secara formal (digunakan dalam adat istiadat tertentu) atau tidak formal (terutamanya untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang) dan sebagai alat pendidikan atau didaktik. Selain itu ia berfungsi sebagai “pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap suatu kekuasaan” (Alan Dundes, 1989). Maksud daripada kata-kata ini ialah jika mengkritik (terutamanya menunjukkan kesalahan atau mencela) seseorang dengan menggunakan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima daripada dikritik atau dicela secara langsung.Oleh: Qamarul Arifin Abdullah Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya.
  • 27. Peribahasa berangkap terhadap dalam teromba. Teromba hanya dimiliki oleh indivividu yang memegang kunci adat seperti ketua adat atau ketua lembaga. Oleh itu penguasaan uisi ini sekali gus dapat menunjukkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. Mantera Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat Piah, 1989). Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya. Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu. Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat. Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan tamadun sekarang,
  • 28. mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam. Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat. Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat. Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi masyarakatnya. Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca- upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang.
  • 29. Teka-teki Berbeza dengan puisi-puisi yang lain, teka-teki merupakan puisi lisan yang popular. Teka-teki dalam sastera tradisional terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. Teka-teki yang tergolong dalam bentuk puisi mungkin ditemui dalam bentuk syair dan pantun atau dalam ungkapan-ungkapan puitis yang lebih bebas seperti talibun, sesomba atau gurindam. Sejenis puisi yang tidak terikat; terdiri daripada sebaris atau beberapa baris yang berturutan, sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, mempunyai rima atau tidak. Tiap-tiap baris atau serangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Secara umumnya, teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bersama keluarga atau sahabat handai. Kadang-kala teka-teki membawa nada jenaka, ada juga yang menguji kecerdikan dan akal fikiran, malahan dapat meningkatkan daya kreativiti kanak- kanak juga orang dewasa. Sesuai dengan fungsinya, teka-teki membawa pelbagai tema. Bagaimanapun, penumpuan lebih kepada benda-benda yang paling hampir dengan kehidupan manusia sehari-hari dan alam sekeliling. Pencita teka-teki adalah seorang pemerhati yang peka dan seniman yang aktif. Dua buah antologi teka-teki yang terkenal ialah Teka-Teki yang diselenggara oleh O.T. Dessek(1918) dan Kitab Gemala Hikmat oleh Sulaiman bin Muhammad, Nur oleh Munsyi Sulaiman(1907) dan Teka-Teki Warisan oleh Inon Shaharuddin Abdul Rahman(1988).
  • 30. Kesimpulan Puisi adalah karya sastra padat yang sangat hemat menggunakan kata-kata. Kekuatannya terletak pada kata-kata yang dipilih, dengan prinsip sedikit kata tapi banyak makna. Dengan kata lain, bisa disimpulkan bahwa puisi adalah karangan yang terikat oleh pemilihan diksi, rima dan suku kata dengan bentuk yang berangkap. Karakter puisi yang seperti ini mengharuskan penulis atau pengarangnya memiliki pemikiran yang dalam, dengan sensitifitas perasaan yang tinggi. Disamping kedalaman makna, dalam puisi juga terkandung keindahan kata. Pertumbuhan puisi dimulai dari ungkapan dengan susunan kata dan makna estetis yang sederhana, seperti: ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Seiring perkembangan, susunan kata dan makna estetisnya semakin dalam dan rumit. Dalam kehidupan sehari-hari, puisi tersebut diciptakan dan berkembang bukan sekedar untuk hiburan, tapi juga sebagai alat pengajaran dan alat berkomunikasi, baik secara umum maupun khusus untuk ritual keagamaan dan upacara adat. Ada banyak jenis puisi yang berkembang dalam masyarakat Melayu. Berdasarkan aspek keasliannya, jenis puisi dapat dibagi dua: puisi asli Melayu dan yang berasal dari tradisi asing. Secara umum, genre puisi Melayu asli adalah pantun, gurindam, seloka, mantra, teromba (puisi adat) dan peribahasa. Sedangkan puisi Melayu yang mendapat pengaruh asing adalah syair, nazam, rubai, ghazal, barzanji dll. Berdasarkan bentuknya, ada puisi yang berbentuk bebas dan ada pula yang terikat. Puisi bebas adalah puisi yang tidak terikat pada rangkap, baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima yang tetap. Sedangkan puisi terikat sebaliknya, terikat pada rangkap, baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima yang tetap.
  • 31. RUJUKAN. Ahmad Kamal Abdullah. (2011). Puisi Melayu Puisi Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Esok Yang Cemilang . Sebuah Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2004. Kuala Lumpur. DBP. Dewan bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan ( Edisi Keempat). Kuala Lumpur. DBP. Hashim Awang. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti. Siti Aisah Murad. (2010). Kesusasteraan Melayu Moden 1970-1979. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.