Ketidakpastian tentang kewibawaan pemimpin masa lalu. Perbezaan pendapat masyarakat mengenai sifat sebenar pemimpin terdahulu seperti Hang Tuah dan Hang Jebat akibat kelemahan sejarah. Penulis menekankan pentingnya memilih pemimpin dengan ketokohan dan kewibawaan untuk memimpin organisasi.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kudup perang
1.
2. RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman
dan dendamnya terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita agar
bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada usaha pemimpin terdahulu.
Kita juga mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang
sebenarnya.
RANGKAP 2
Oleh sebab sejarah kepahlawananTuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada zaman ini tidak
berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan
daripada umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang
pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman
ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan tersebut kerana mereka belum mengetahui perkara yang
sebenar.
RANGKAP 3
HangTuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya
terhadap sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu
menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada HangTuah benar-benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan.
Akhirnya, HangTuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan maruahnya sengsara kerana
perbuatannya yang tidak betul.
3. RANGKAP 4
Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan
pada waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya,
HangTuah.Walau bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih atas
kematian HangTuah. Selepas kematian HangTuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang
sebenar sehingga membelakangkan keadilan.
RANGKAP 5
Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran
pada waktu itu tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan
kewibawaan pemimpin daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk
membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum
mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan berketerampilan.
RANGKAP 6
Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya, penulis sedar bahawa manusia pada zaman
moden ini masih lagi mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara dan menguasai
pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka belum dapat mencari seorang
pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi.
4. TEM
A
kepentingan kewibawaan dan
ketokohan seseorang pemimpin
dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan
demikian kerana pemimpin pada
masa ini semakin berani memutar-
belitkan keadaan yang sebenar
demi menjaga kepentingan diri.
Oleh sebab itu, penulis
berpendapat bahawa manusia pada
zaman moden ini masih memikirkan
calon pemimpin mereka yang
paling berwibawa dan
internet
5. Kewibawaan pemimpin.
Ketokohan pejuang bangsa.
Kebenaran sejarah kepemimpinan.
Masalah peperangan yang masih berlaku.
Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin.
6. • Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kerana membenarkan
sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi dan
darah yang tiba-tiba membuak bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita
menjahit semula.
• Metafora
Buktinya, mengudupkan putik dendam kepada jari-jemari takdir menumbuhkan kelopak rahsia di
istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki
pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Perang pun melecurkan lidah
muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; perca-perca bahagia – seperti perawan.
• Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari untuk sehari lagi; sambil bertanya:
• Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya
7. • Sinkope
Buktinya,Andai namamuTuah, kita masih Andai namamu Jebat, kita masih tidak
• Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing bercabang lalu
bertemu bayu palsu; Sehingga senja tiba,
• Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
• Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah
tua
9. kita mestilah bijak memilih pemimpin.
Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan.
Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan.
Kita mestilah berani meluahkan hujah tentang sesuatu perkara
yang benar.
Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin.
Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi
memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin