SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
BAB 2 : GOLONGAN
KATA
2.2.4 KATA TUGAS
Pengertian kata tugas
Kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat dengan
mendukung sesuatu tugas sintaksis
tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat
ayat
fungsi kata tugas
kata tugas mempunyai fungsi, contohnya sebagai pembilang,
pembantu, penghubung, penerang, penguat, pemeri, penegas,
penafi, pembenar, dan lain-lain
CIRI KATA TUGAS
1. Kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa, tidak seperti kata nama,
kata kerja dan kata adjektif
contoh:-Pelajar kelas ini sangat
-Pelajar kelas ini sangat rajin.
2. Hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan hanya
sesetengahnya yang boleh mengalami proses morfologi
 contoh : kata dan tidak dapat berubah kepada bentuk kata lain, sama ada dengan
diberikan imbuhan dan digandakan seperti mendan , kedan, didan-dan
 hanya beberapa perkataan yang boleh mengalami proses tertentu
 sungguh : sungguhpun, sesungguhnya, bersungguh-sungguh
3. Kata tugas merupakan kelas kata yang tertutup
 Jumlah kata tugas sukar bertambah malah ada yang terhad
4.Kata tugas memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau
ayat
 kata tugas tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal
 contoh : perkataan dari memerlukan kehadiran kata nama
selepasnya seperti dari sekolah, dari rumah
 contoh ; perkataan tidak memerlukan kehadiran kata adjektif atau
kata kerja selepasnya seperti tidak cantik, tidak berjalan
KATA TUGAS
Kata penyambung ayat
Kata praklausa
Kata prafrasa dan kata
pascafrasa
Kata pascakata
Kata hubung
Kata seru
Kata tanya
Kata perintah
Kata pembenar
Kata pangkal ayat
Kata bantu
Kata penguat
Kata penegas
Kata nafi
Kata pemeri
Kata sendi nama
Kata arah
Kata bilangan
Kata adverba
Kata penekan
Kata pembenda
a) KATA PENYAMBUNG AYAT
• Berfungsi sebagai kata penyambung ayat ialah kata hubung
Fungsi kata hubung
-menggabungkn
perkataan
dengan
perkataan
CONTOH: Wanita
itu majikan atau
pekerja?
-Menggabungkn
frasa dengan
frasa
CONTOH: Di
kawasan itu
terdapat rumah
banglo dan
rumah teres.
-Menggabungkn
klausa denga
klausa
CONTOH: Saya
akan pergi jika
ayah
mengizinkan
saya.
Bentuk kata hubung
Bentuk
tunggal
CONTOH:
atau, serta,
bagai,
kecuali, jika,
kerana
Bentuk
terbitan
CONTOH:
asalkan,
sedangkan,
malahan,
sekiranya
Bentuk
majmuk
CONTOH:
manakala,
sekalipun,
walaupun,
meskipun
Bentuk
berpasangan
CONTOH:
bukan
(sahaja......tetapi
juga.....)
(sungguhpun......n
amun.....)
(sedangkan......
tambahan pula....)
Bentuk
ganda
CONTOH:
moga-moga
seakan-akan
seolah-olah
1) Kata hubung gabungan
• kata tugas yang menyambungkan 2 atau lebih klausa utama atau
klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat majmuk gabungan
JENIS KATA HUBUNG
Contoh kata hubung
gabung
Bentuk tunggal
dan, tetapi,
sambil, serta,
maka
Bentuk terbitan
asalkan,
malahan,
melainkan,
sedangkan
Bentuk majmuk
walaupun,
manakala
padahal,
meskipun
Bentuk
berpasangan
bukan
sahaja...malahan
bukan
sahaja...tetapi juga
• Kata hubung mempunyai tugas dan makna yang tersendiri
 kata hubung sambil mrnghubungkan 2 kata yang setara yang menunjukkan makna serentak
contoh ayat: Abang mandi sambil menyanyi.
 kata hubung kemudian menghubungkan 2 frasa yang setara yang menunjukkan makna urutan
contoh ayat: Kakak mencuci pinggan mangkuk kemudian mengelapnya
 Kata hubung tetapi menghubungkan 2 klausa yang setara yang menunjukkan makna pertentangan
contoh ayat: Ibu menjahit baju tetapi kakak menggantung langsir
• Terdapat kata yang dapat berfungsi sebagai kata hubung dan kata penegas
cth: kata lagi , selain berfungsi sebagai kata penegas, lagi turut berfungsi sebagai kata hubung
 Pengetua belum tiba lagi . (kata penegas)
 Pemimpin itu berbudi pekerti mulia lagi dihormati oleh ramai orang. (kata hubung)
2) Kata hubung pancangan :
 digunakan untuk menyambungkan klausa bebas dan klausa tak bebas untuk membentuk
ayat majmuk pancangan
 terbahagi kepada 3 jenis
Kata hubung pancangan
relatif
 menghubungkan klausa
utama dengan klausa
pancangan.
 hubungan ini
menggunakan kata hubung
yang
 contoh:
-buku yang dikarang oleh
Ahmad itu ialah buku sejarah
Kata hubung pancangan
komplemen (pelengkap)
 menghubungkan klausa
sebagai komplemen pada
satu klausa utama.
 hubungan ini menggunakan
kata hubung bahawa dan
untuk
 contoh:
-Mereka mengetahui bahawa
Haji Ahmad adalah ahli
perniagaan besar.
-Kerajaan membuat jambatan
untuk rakyat melintas sungai
Kata hubung pancangan
keterangan
 menghubungkan klausa
keterangan kepada klausa
utama.
 kata hubung itu ialah kerana,
agar, apabila, hingga,
sekiranya
 contoh :
-Persembahan itu akan
dibatalkan sekiranya
sambutannya dingan.
-Apabila hujan turun dengan
lebat, kawasan rendah itu akan
banjir.
b) KATA PRAKLAUSA
 Digunakan pada awal klausa atau ayat untuk menimbulkan seruan,
pertanyaan, perintah, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa
1. KATA SERU
 Pada kebiasaannya, kata seru diletakkan pada awal ayat.
Selepas kata seru, tanda koma digunakan, manakala tanda
seru berada pada akhir ayat
 digunakan untuk menzahirkan sesuatu perasaan, seperti sedih,
terkejut, marah, terkilan, kagum, ejek, dan sebagai.
Perasaan kata seru contoh dalam ayat
Menarik perhatian Eh, wahai, hai Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar!
Kagum dan hairan Amboi, wah, wow Amboi, cantiknya pemandangan alam semula jadi di sini!
Kesakitan Aduh Aduh, sakitnya pinggang saya!
Kesedihan Aduhai Aduhai, sampai hati bayi ini ditinggalkan di dalam kotak
ini!
Sesal dan kecewa Ah Ah, kesalahan yang serupa masih berulang!
Kelegaan Syukur, alhamdulillah Syukur, kamu telah lulus dengan cemerlang!
Kebencian dan
kemarahan
Cih, cis, nah Nah, kamu terimalah padahnya!
Harapan oh, wahai Oh Tuhan, restuilah usaha kami!
Terkejut Alamak, wah, eh Alamak, makanan dah habis!
Tahniah Syabas Syabas, kamu telah menjadi pengurus sekarang!
2) KATA TANYA
 digunakan utk mengemukakan soalan atau pertanyaan
3) KATA PERINTAH
 kata perintah boleh digunakan untuk menyatakan perintah, suruhan,
ajakan, keinganan, harapan, larangan
 kata perintah boleh menerima partikel -lah bagi menimbulkan penegasan
APA
menanyakan
benda,
binatang,
perkara atau
hal
Siapa
menanyakan
orang
Mengapa
menanyakan
sebab
Bila
menanyakan
masa
Bagaimana
menanyakan
cara
Berapa
menanyakan
jumlah
Di mana
menanyakan
tempat atau
lokasi
4) Kata pembenar
 digunakan bagi mengeyakan sesuatu pernyataan atau menyokong kebenaran atau kesahihan tentang sesuatu
 contoh kata pembenar: ya, benar, dan betul
-Ya, dialah yang menjadi dalangnya.
-Benar, sayalah yang membantu pelajar ini.
contoh kata perintah contoh ayat
a) Permintaan:
tolong, minta, mohon,
harap
- Tolong diam.
- Mohon hantar buku itu dengan segera.
b) Silaan:
sila, jemput, sudi
- Sila duduk.
- Jemputlah menjamu selera.
c) Larangan:
usah, jangan, dilarang
-Jangan bising.
- Dilarang merokok.
d) Ajakan:
mari, jom, ayuh
- Mari kita beredar.
- Jom kita memasak.
e) Pembiaran:
biar
- Biar dia di luar.
5) Kata pangkal ayat
i. digunakan pada awal ayat dan berfungsi untuk menghubungkan satu idea dengan
satu idea yang lain.
ii. Kata jenis ini banyak digunakan dalam bahasa klasik
iii. contoh: hatta, maka, arakian
- Hatta raja pun berangkat ke negeri Inderapura.
-Maka sultan pun bersemayam di petarana.
(c) Kata prafrasa dan pascafrasa
-kata prafrasa hadir pada awal frasa, manakala kata pascafrasa hadir selepas frasa
-kedudukan kata prafrasa dan kata pascafrasa adalah di hadapan atau selepas frasa,
sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
1) Kata bantu
 merupakan kata yang menerangkan kata kerja dan lazimnya berada di depan kata kerja
-contoh: saya akan belajar
 dapat bertugas untuk memberikan maklumat tambahan bagi frasa adjektif dan frasa sendi nama
 contoh:
-Amir harus ke Singapura. (FSN)
-Zariful harus cepat. (FA) Jenis kata bantu
kata bantu aspek
-merujuk pada masa / waktu
Kata bantu ragam
-menunjukkan ragam perasaan
Kata bantu aspek contoh penggunaan ayat
- merujuk masa ini :
sedang, masih, tengah, mula
-Haji Ruslan masih bekerja.
-Azrai mula membaiki mesin itu.
-merujuk masa depan :
akan, belum
-Kakitangan sekolah kami akan ke Langkawi.
-Pelajar Tingkatan 6 Atas Gemilang belum mengulang kaji pelajaran.
-merujuk masa lampau :
sudah, telah, pernah, baru
-Pengawai atasan jabatan ini telah berhenti kerja.
-Datuk Haji Rahim baru membina rumah banglo.
Kata bantu ragam contoh penggunaan ayat
-membawa maksud kehendak:
hendak, mahu, ingin
-Ayah dan ibu hendak ke negara Eropah.
-Samuel ingin makan sate.
-membawa maksud keupayaan :
boleh, dapat
-Orang kelainan upaya(OKU) boleh ke tempat itu.
-Anak kecilnya dapat menolak peti besi itu.
-membawa maksud kemungkinan :
mungkin, barangkali
-Abang mungkin marah kepada adik.
-Ibu mertuanya barangkali menyukai masakan kakak.
-membawa maksud kemestian :
perlu, harus, patut, mesti
-Amirah mesti memandu kereta dengan hati-hati.
-Kita patut memberikan sokongan padu.
-membawa maksud keengganan :
enggan
-Nadira enggan berpindah ke Bintulu.
 kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh digunakan sekali.
(a) Aspek + Ragam = Adiknya itu sudah boleh merangkak.
(b) Aspek + Aspek = Saya belum pernah pergi ke Jepun.
(c) Ragam + Ragam = Kumpulan askar itu mesti dapat tiba pada waktu ditetapkan.
2. Kata penguat
(i) boleh didahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan maksud sesuatu kata atau membawa maksud
bandingan sifat
(ii) kata penguat boleh terbahagi kepada 3 jenis
jenis kata penguat contoh contoh penggunaannya dalam ayat
Kata penguat hadapan
-hadir di hadapan kata adjektif atau
frasa adjektif
agak, begitu, paling, terlalu - Adik-beradik Intan begitu rajin.
-Hujahnya terlalu bernas.
Kata penguat belakang
-Hadir di belakang kata adjektif atau
frasa adjektif
sekali, benar, betul -Rumah hartawan itu besar betul.
-Anak kecil itu jujur benar.
Kata penguat bebas
-Hadir di depan atau di belakang kata
adjektif atau frasa adjektif
amat, sungguh, sangat -Model produk kesihatan itu jelita sungguh.
-Pemain penyerang pasukan Johor amat
lincah.
3. Kata penegas
 kata penegas yang sesetengah juga dikenali sebagai pertikel atau kata penyerta berfungsi untuk
memberikan penegasan atau penekanan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
 kata penegas terbahagi kepada 2
i. Yang menegaskan subjek dan predikat
 contoh kata penegas : juga, hanya, sahaja, lagi
 contoh penggunaannya dalam ayat :
-Saya juga akan pergi (menegaskan subjek)
-Memang dia cakap benar. ( menegaskan predikat)
-Encik Zainal pun pengurus bank juga. (menegaskan subjek dan predikat)
 Ada 13 kata pun yang bukan kata penegas tetapi merupakan sebahagian kata hubung
mahupun ataupun
bagaimanapun biarpun
sekalipun adapun
lagipun andaipun
kendatipun meskipun
ii. Yang menegaskan perkataan yang bercantum dengannya
 merupakan bentuk pracafrasa
 contoh kata pengas jenis ini : partikel -lah, -kah dan -tah
 penggunaan partikel -lah adalah dalam ayat penyata dan ayat perintah
 penggunaan partikel -tah adalah dalam ayat tanya
 contoh :
- Itulah ibu yang saya kasihi.
-Apatah yang harus saya katakan lagi?
-

More Related Content

What's hot

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonhasila300978
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan katawanarizwan
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerjaAsri Mohad
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)saadiah alidrus
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU Farahin Dania
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektifuchot
 

What's hot (20)

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kata
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 

Similar to Kata Tugas Bab 2

Similar to Kata Tugas Bab 2 (20)

MORFOLOGI.pptx
MORFOLOGI.pptxMORFOLOGI.pptx
MORFOLOGI.pptx
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa Melayu
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
 
D5 m5unit12
D5 m5unit12D5 m5unit12
D5 m5unit12
 
tatabahasa
 tatabahasa  tatabahasa
tatabahasa
 
Wungker
WungkerWungker
Wungker
 
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.pptTEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
 
NOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdfNOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdf
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Kalimat
KalimatKalimat
Kalimat
 
Kalimat
KalimatKalimat
Kalimat
 
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxWEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksi
 
Kb 2
Kb 2Kb 2
Kb 2
 
Asep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangAsep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampang
 
Kalimat efektif makalah
Kalimat efektif makalahKalimat efektif makalah
Kalimat efektif makalah
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 

Recently uploaded

Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptAchmadHasanHafidzi
 
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal KerjaPengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerjamonikabudiman19
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptximamfadilah24062003
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiaMukhamadMuslim
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxTheresiaSimamora1
 
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptPengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptAchmadHasanHafidzi
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxBayuUtaminingtyas
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAAchmadHasanHafidzi
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptAchmadHasanHafidzi
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptxfitriamutia
 
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.pptsantikalakita
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYARirilMardiana
 
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfIde dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfPerkuliahanDaring
 

Recently uploaded (16)

Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
 
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal KerjaPengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
 
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptPengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
 
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptxANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
 
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
 
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
 
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfIde dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
 

Kata Tugas Bab 2

  • 1. BAB 2 : GOLONGAN KATA 2.2.4 KATA TUGAS
  • 2. Pengertian kata tugas Kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat dengan mendukung sesuatu tugas sintaksis tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat fungsi kata tugas kata tugas mempunyai fungsi, contohnya sebagai pembilang, pembantu, penghubung, penerang, penguat, pemeri, penegas, penafi, pembenar, dan lain-lain
  • 3. CIRI KATA TUGAS 1. Kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa, tidak seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif contoh:-Pelajar kelas ini sangat -Pelajar kelas ini sangat rajin. 2. Hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan hanya sesetengahnya yang boleh mengalami proses morfologi  contoh : kata dan tidak dapat berubah kepada bentuk kata lain, sama ada dengan diberikan imbuhan dan digandakan seperti mendan , kedan, didan-dan  hanya beberapa perkataan yang boleh mengalami proses tertentu  sungguh : sungguhpun, sesungguhnya, bersungguh-sungguh
  • 4. 3. Kata tugas merupakan kelas kata yang tertutup  Jumlah kata tugas sukar bertambah malah ada yang terhad 4.Kata tugas memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat  kata tugas tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal  contoh : perkataan dari memerlukan kehadiran kata nama selepasnya seperti dari sekolah, dari rumah  contoh ; perkataan tidak memerlukan kehadiran kata adjektif atau kata kerja selepasnya seperti tidak cantik, tidak berjalan
  • 5. KATA TUGAS Kata penyambung ayat Kata praklausa Kata prafrasa dan kata pascafrasa Kata pascakata Kata hubung Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pembenar Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata bilangan Kata adverba Kata penekan Kata pembenda
  • 6. a) KATA PENYAMBUNG AYAT • Berfungsi sebagai kata penyambung ayat ialah kata hubung Fungsi kata hubung -menggabungkn perkataan dengan perkataan CONTOH: Wanita itu majikan atau pekerja? -Menggabungkn frasa dengan frasa CONTOH: Di kawasan itu terdapat rumah banglo dan rumah teres. -Menggabungkn klausa denga klausa CONTOH: Saya akan pergi jika ayah mengizinkan saya.
  • 7. Bentuk kata hubung Bentuk tunggal CONTOH: atau, serta, bagai, kecuali, jika, kerana Bentuk terbitan CONTOH: asalkan, sedangkan, malahan, sekiranya Bentuk majmuk CONTOH: manakala, sekalipun, walaupun, meskipun Bentuk berpasangan CONTOH: bukan (sahaja......tetapi juga.....) (sungguhpun......n amun.....) (sedangkan...... tambahan pula....) Bentuk ganda CONTOH: moga-moga seakan-akan seolah-olah
  • 8. 1) Kata hubung gabungan • kata tugas yang menyambungkan 2 atau lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat majmuk gabungan JENIS KATA HUBUNG Contoh kata hubung gabung Bentuk tunggal dan, tetapi, sambil, serta, maka Bentuk terbitan asalkan, malahan, melainkan, sedangkan Bentuk majmuk walaupun, manakala padahal, meskipun Bentuk berpasangan bukan sahaja...malahan bukan sahaja...tetapi juga
  • 9. • Kata hubung mempunyai tugas dan makna yang tersendiri  kata hubung sambil mrnghubungkan 2 kata yang setara yang menunjukkan makna serentak contoh ayat: Abang mandi sambil menyanyi.  kata hubung kemudian menghubungkan 2 frasa yang setara yang menunjukkan makna urutan contoh ayat: Kakak mencuci pinggan mangkuk kemudian mengelapnya  Kata hubung tetapi menghubungkan 2 klausa yang setara yang menunjukkan makna pertentangan contoh ayat: Ibu menjahit baju tetapi kakak menggantung langsir • Terdapat kata yang dapat berfungsi sebagai kata hubung dan kata penegas cth: kata lagi , selain berfungsi sebagai kata penegas, lagi turut berfungsi sebagai kata hubung  Pengetua belum tiba lagi . (kata penegas)  Pemimpin itu berbudi pekerti mulia lagi dihormati oleh ramai orang. (kata hubung)
  • 10. 2) Kata hubung pancangan :  digunakan untuk menyambungkan klausa bebas dan klausa tak bebas untuk membentuk ayat majmuk pancangan  terbahagi kepada 3 jenis Kata hubung pancangan relatif  menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan.  hubungan ini menggunakan kata hubung yang  contoh: -buku yang dikarang oleh Ahmad itu ialah buku sejarah Kata hubung pancangan komplemen (pelengkap)  menghubungkan klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.  hubungan ini menggunakan kata hubung bahawa dan untuk  contoh: -Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. -Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai Kata hubung pancangan keterangan  menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.  kata hubung itu ialah kerana, agar, apabila, hingga, sekiranya  contoh : -Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingan. -Apabila hujan turun dengan lebat, kawasan rendah itu akan banjir.
  • 11. b) KATA PRAKLAUSA  Digunakan pada awal klausa atau ayat untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, perintah, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa 1. KATA SERU  Pada kebiasaannya, kata seru diletakkan pada awal ayat. Selepas kata seru, tanda koma digunakan, manakala tanda seru berada pada akhir ayat  digunakan untuk menzahirkan sesuatu perasaan, seperti sedih, terkejut, marah, terkilan, kagum, ejek, dan sebagai.
  • 12. Perasaan kata seru contoh dalam ayat Menarik perhatian Eh, wahai, hai Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar! Kagum dan hairan Amboi, wah, wow Amboi, cantiknya pemandangan alam semula jadi di sini! Kesakitan Aduh Aduh, sakitnya pinggang saya! Kesedihan Aduhai Aduhai, sampai hati bayi ini ditinggalkan di dalam kotak ini! Sesal dan kecewa Ah Ah, kesalahan yang serupa masih berulang! Kelegaan Syukur, alhamdulillah Syukur, kamu telah lulus dengan cemerlang! Kebencian dan kemarahan Cih, cis, nah Nah, kamu terimalah padahnya! Harapan oh, wahai Oh Tuhan, restuilah usaha kami! Terkejut Alamak, wah, eh Alamak, makanan dah habis! Tahniah Syabas Syabas, kamu telah menjadi pengurus sekarang!
  • 13. 2) KATA TANYA  digunakan utk mengemukakan soalan atau pertanyaan 3) KATA PERINTAH  kata perintah boleh digunakan untuk menyatakan perintah, suruhan, ajakan, keinganan, harapan, larangan  kata perintah boleh menerima partikel -lah bagi menimbulkan penegasan APA menanyakan benda, binatang, perkara atau hal Siapa menanyakan orang Mengapa menanyakan sebab Bila menanyakan masa Bagaimana menanyakan cara Berapa menanyakan jumlah Di mana menanyakan tempat atau lokasi
  • 14. 4) Kata pembenar  digunakan bagi mengeyakan sesuatu pernyataan atau menyokong kebenaran atau kesahihan tentang sesuatu  contoh kata pembenar: ya, benar, dan betul -Ya, dialah yang menjadi dalangnya. -Benar, sayalah yang membantu pelajar ini. contoh kata perintah contoh ayat a) Permintaan: tolong, minta, mohon, harap - Tolong diam. - Mohon hantar buku itu dengan segera. b) Silaan: sila, jemput, sudi - Sila duduk. - Jemputlah menjamu selera. c) Larangan: usah, jangan, dilarang -Jangan bising. - Dilarang merokok. d) Ajakan: mari, jom, ayuh - Mari kita beredar. - Jom kita memasak. e) Pembiaran: biar - Biar dia di luar.
  • 15. 5) Kata pangkal ayat i. digunakan pada awal ayat dan berfungsi untuk menghubungkan satu idea dengan satu idea yang lain. ii. Kata jenis ini banyak digunakan dalam bahasa klasik iii. contoh: hatta, maka, arakian - Hatta raja pun berangkat ke negeri Inderapura. -Maka sultan pun bersemayam di petarana. (c) Kata prafrasa dan pascafrasa -kata prafrasa hadir pada awal frasa, manakala kata pascafrasa hadir selepas frasa -kedudukan kata prafrasa dan kata pascafrasa adalah di hadapan atau selepas frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
  • 16. 1) Kata bantu  merupakan kata yang menerangkan kata kerja dan lazimnya berada di depan kata kerja -contoh: saya akan belajar  dapat bertugas untuk memberikan maklumat tambahan bagi frasa adjektif dan frasa sendi nama  contoh: -Amir harus ke Singapura. (FSN) -Zariful harus cepat. (FA) Jenis kata bantu kata bantu aspek -merujuk pada masa / waktu Kata bantu ragam -menunjukkan ragam perasaan Kata bantu aspek contoh penggunaan ayat - merujuk masa ini : sedang, masih, tengah, mula -Haji Ruslan masih bekerja. -Azrai mula membaiki mesin itu. -merujuk masa depan : akan, belum -Kakitangan sekolah kami akan ke Langkawi. -Pelajar Tingkatan 6 Atas Gemilang belum mengulang kaji pelajaran. -merujuk masa lampau : sudah, telah, pernah, baru -Pengawai atasan jabatan ini telah berhenti kerja. -Datuk Haji Rahim baru membina rumah banglo.
  • 17. Kata bantu ragam contoh penggunaan ayat -membawa maksud kehendak: hendak, mahu, ingin -Ayah dan ibu hendak ke negara Eropah. -Samuel ingin makan sate. -membawa maksud keupayaan : boleh, dapat -Orang kelainan upaya(OKU) boleh ke tempat itu. -Anak kecilnya dapat menolak peti besi itu. -membawa maksud kemungkinan : mungkin, barangkali -Abang mungkin marah kepada adik. -Ibu mertuanya barangkali menyukai masakan kakak. -membawa maksud kemestian : perlu, harus, patut, mesti -Amirah mesti memandu kereta dengan hati-hati. -Kita patut memberikan sokongan padu. -membawa maksud keengganan : enggan -Nadira enggan berpindah ke Bintulu.
  • 18.  kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh digunakan sekali. (a) Aspek + Ragam = Adiknya itu sudah boleh merangkak. (b) Aspek + Aspek = Saya belum pernah pergi ke Jepun. (c) Ragam + Ragam = Kumpulan askar itu mesti dapat tiba pada waktu ditetapkan. 2. Kata penguat (i) boleh didahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan maksud sesuatu kata atau membawa maksud bandingan sifat (ii) kata penguat boleh terbahagi kepada 3 jenis jenis kata penguat contoh contoh penggunaannya dalam ayat Kata penguat hadapan -hadir di hadapan kata adjektif atau frasa adjektif agak, begitu, paling, terlalu - Adik-beradik Intan begitu rajin. -Hujahnya terlalu bernas. Kata penguat belakang -Hadir di belakang kata adjektif atau frasa adjektif sekali, benar, betul -Rumah hartawan itu besar betul. -Anak kecil itu jujur benar. Kata penguat bebas -Hadir di depan atau di belakang kata adjektif atau frasa adjektif amat, sungguh, sangat -Model produk kesihatan itu jelita sungguh. -Pemain penyerang pasukan Johor amat lincah.
  • 19. 3. Kata penegas  kata penegas yang sesetengah juga dikenali sebagai pertikel atau kata penyerta berfungsi untuk memberikan penegasan atau penekanan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.  kata penegas terbahagi kepada 2 i. Yang menegaskan subjek dan predikat  contoh kata penegas : juga, hanya, sahaja, lagi  contoh penggunaannya dalam ayat : -Saya juga akan pergi (menegaskan subjek) -Memang dia cakap benar. ( menegaskan predikat) -Encik Zainal pun pengurus bank juga. (menegaskan subjek dan predikat)  Ada 13 kata pun yang bukan kata penegas tetapi merupakan sebahagian kata hubung mahupun ataupun bagaimanapun biarpun sekalipun adapun lagipun andaipun kendatipun meskipun
  • 20. ii. Yang menegaskan perkataan yang bercantum dengannya  merupakan bentuk pracafrasa  contoh kata pengas jenis ini : partikel -lah, -kah dan -tah  penggunaan partikel -lah adalah dalam ayat penyata dan ayat perintah  penggunaan partikel -tah adalah dalam ayat tanya  contoh : - Itulah ibu yang saya kasihi. -Apatah yang harus saya katakan lagi? -