Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PENGENALANSejak drama bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalahsesuatu kegiatan teater yang kemudianny...
nama Wayang Bangsawan kepada persembahan itu. Nama kumpulanbangsawan yang pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang. K...
Pilihan Cerita dalam Bangsawan       Bangsawan mempunyai pilihan cerita yang mempunyai pola kejadian-kejadian atau episod....
watak yang mengkhianatinya, iaitu watak penjahat, akan menerima padah.Pilihan cerita bangsawan ialah:   (a) Kisah kezalima...
Tujuh. Cerita-cerita yang bercorak Islam dan Timur Tengah ialah Abu Nawas danAli Baba dengan Empat Puluh Pencuri. Cerita y...
seluruh daerah di utara yang menggunakan bahasa Hindustan. Orang-orangParsi merupakan pengasas teater moden di Bombay baik...
nineteenth-century Lyceum melodrama and the Drury Lane spectecles in      London”      Di dalam teater Parsi, asides (bisi...
teater Parsi mendapat sambutan hangat daripada penonton berbilang kaum iaituMelayu, Cina, Tamil, Jawi Peranakan dan tenter...
ke bandar-bandar penting ke Tanah Melayu hingga ke Singapura dan Indonesiadan akhirnya kumpulan ini mati di Jakarta. Sebel...
Hindustan, kumpulan teater Mamat Masyur dinamakan Tiruan Teater Parsi.Pada   peringkat   awal   penubuhannya,    kumpulan ...
Teater Bangsawan      Teater bangsawan muncul di tanah Melayu, kini Malaysia. Pada tahun1870an. Kemunculannya bukanlah dis...
Ciri-ciri Tradisional dan Moden Di Dalam Bangsawan      Improvisasi merupakan teras kepada cerita bangsawan dan improvisas...
pelakon, setelah memahami ceritanya dan wataknya akan mencuba lakonkanwatak masing-masing. Selain daripada menghayati wata...
halus dan lembut serta menampakkan ciri-ciri kebangsawanannya. Bahasa Bakudianggap kasar, keras, terlalu kolokial dan tida...
Pergerakan besar mungkin terbatas kerana sistem tatacahaya yang serbakekurangan. Ketika itu, akhir abad ke sembilan belas,...
berlakon malah menyanyi, berpantun, bersilat dan berpedang. Sekiranya ceritayang dipersembahkan itu cerita dari india dan ...
REPERTOIR BANGSAWAN      Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari berbagaisumber termasuklah cerita-c...
menerima dan meminati cerita-cerita dari India. Kebetulan pula, teater Parsiyang dibawa ke alam melayu sebelum munculnya b...
Cerita-cerita dari Cina      Cerita-cerita dari Cina juga terdapat di dalam bangsawan. Kumpulan-kumpulan bangsawan yang me...
datang dan mengadakan persembahan di Tanah Melayu dan begitu kumpulanteater bangsawan yang pergi ke Indonesia mengadakan p...
menghadapi sesuatu bencana; atau lakonan kelihatan ringan dan mempunyaiunsur humor, jika episod itu mengisahkankan tentang...
Olahan Pentas Bangsawan      Tiap-tiap persembahan drama mempunyai aturan teater yang tertentu.Dalam seni drama bangsawan,...
Penggunaan sistem set tirai dalam pentas prosinum bangsawanmemerlukan set „prop‟ yang dipanggil sebing iaitu pemidang pipi...
Dalam sesuatu pementasan, sistem set tirai boleh menghasilkan kesandua demensi-kesan ini kurang menarik, dan kelihatan tid...
Jelaslah bahawa pentas bangsawan menuntut penggunaan set tirai samaada dalam bentuk tirai sepenuhnya, set drop atau sebing...
bermain alat muzik bertali, alat muzik arus angin dan alat muzik jenispalu.Bangsawan menggunakan gabungan alat muzik ini m...
tengah-tengah bahagian hadapan yang menghadap pentas bangsawan itu.Hinggalah persembahan berakhir, mereka masih terus berm...
Pelakon berkenaan, mungkin atas permintaan ramai, akan keluar menyanidengan kostum wataknya.      Extra-turns merupakan el...
Teater menandakan bangunan fizikal, pelakon, set, kostium, tatacahaya,peralatan, solekan dan muzik, drama melambangkan nas...
Berlakon ialah proses yang melibatkan beberapa transformasi; daripadaseseorang ditranform kepada pelakon dan daripada pela...
Watak-watak terpenting di dalam teater bangsawan terdiri daripada watak-watak berikut;                 1.    Wira atau Ora...
Wirawati      Sebelum penapakan kaum wanita di dalam bangsawan,watak wanitadipegang oleh kaum lelaki yang berperawakan wan...
Permaisuri      Kerapkali aksi permaisuri terbatas hanya sebagai pengiring Sultan atauRaja.selaku pengiring dialog-dialogn...
Jin      Merupakan watak antagonis. Pemilihan watak jin selalunya terdiridaripada mereka yng bertubuh besar dan tinggi. Wa...
Penghayatan watak      Penghayatan watak melibatkan proses merangkakan watak yangdibawanya. Walaupun setiap pelakon bangsa...
dirinya selaku pelakon, merasakan dirinya benar-benar dihina, merasakandirinya benar-benar malang, merasakan dirinya benar...
penonton. Mereka juga sedar penonton sedang melihat mereka di sampingmenilai dan    mentafsir   watak dan     peranan   me...
Kebiasaannya sesebuah skrip atau senario itu dapat disiapkan dalamjangka waktu yang pendek antara satu hari hingga dua min...
Sebaliknya kalu permohonan itu datangnya dari pembesar negeri, selalunyaditunaikan.      Cerita-cerita yang akan dipersemb...
Pantun      Cerita-cerita bangsawan yang berunsurkan cerita-cerita tempatan tidakdapat dielakkan daripada penggunaan pantu...
Pihak yang membelinya harus mencari akal pada masa itu juga untukmenjawabnya. Kalau jawapannya baik dan tepat sudah tentu ...
Berpantun ketika berkasih adalah sesuatu yang lumrah di dalam bangsawan.Penggunaan pantun ini menjadikan adengan itu lebih...
Kemerosotan Teater Bangsawan         Menjelang tahun-tahun 1940an, teater bangsawan mengalami zaman-zaman kemerosotannya. ...
yang telah meninggalkan kumpulannya kerana bayaran gaji yang lebih tinggioleh majikan baru. Bukan sahaja dikalangan pelako...
dengan syarikat-syarikat perfileman lebih selesa dan terjamin. Mereka tidak perluberpindah dari satu bandar ke satu bandar...
kalangan   pekerja   merupakan    antara   faktor-faktor   yang   menyebabkankemerosotan sesebuah kumpulan.      Menjelang...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Teater Bangsawan

16,264 views

Published on

Published in: Education
  • alhamdulillah,slide ini sangat membantu adik saya dalam menyiapkan assigmentnya...terima ksh :-)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • alhamdulillah,slide ini sangat membantu adik sy dalam menyipkan assigmentnya...
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Teater Bangsawan

  1. 1. PENGENALANSejak drama bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalahsesuatu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular danmemonopoli kegiatan teater Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawanbermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga keIndonesia. Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah di Malaysia, sebaliknyabangsawan lahir daripada perkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalamtahun 1970-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasanteater bergerak bernama Wayang Parsi atau mendu. Kumpulan ini melakonkancerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakonlelaki dan wanita yang didatangkan dari India. Repertoiri cerita berkenaanpercintaan dan pengembangan golongan raja dan dewa-dewa. Penduduk Pulaudalam tahun-tahun tersebut banyak yang memahami bahasa dari benua Indiakerana penjajah Inggeris telah membawa sebanyak mungkin penduduk Indiauntuk bekerja dan menjadi penduduk pulau itu. Oleh kerana, lelaki lebih ramaidaripada wanita, akhirnya banyak pendatang lelaki berkahwin dengan penduduktempatan. Lama-kelamaan proses ini menimbulkan golongan India-Melayu yangpada peringkat permulaannya dikenali sebagai Jawi Pekan. Golongan inibertambah banyak dan mereka mulai menggunakan lingua francis tempatan.Kemudian Wayang Parsi diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekantempatan bernama Mohamed Pusi dalam tahun 1884. Peralatan wayang itu diperbaiki dan digunakan semula, dengan barisanpelakon baru untuk menggantikan pelakon lama. Tuan baru wayang ini tentumempunyai minat untuk memperdagangkan bangsawan lalu ia memberikan 2
  2. 2. nama Wayang Bangsawan kepada persembahan itu. Nama kumpulanbangsawan yang pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang. Kumpulan inimulai bergiat pada tahun 1885 dengan barisan pelakon yang menggunakanbahasa Melayu.BANGSAWAN SEBAGAI TEATER DRAMATIK Bangsawan merupakan satu corak seni yang dipersembahkan, sebuahteater yang mendramakan kisah seorang wira atau wirawati. Bangsawan amatpopular pada awal abad yang kedua puluh – lebih kurang antara 1900 hingga1945. Pada masa itulah anak-anak bangsawan berjaya mengolah, membentukdan menentukan gaya teater dramatik bangsawan sebagaimana yang dapatdiperhatikan pada hari ini. Persembahan seni bangsawan mempunyai dua gaya pembentasan: gayalakonan dan gaya opera. Perbezaan antara kedua-dua gaya ini tidak begitunyata. Perbezaan yang nyata hanya dari segi penekanan olahan lakonan danpersembahan. Jika sesebuah pementasan bangsawan itu lebih memberipenekanan kepada melagukan dialog, pementasan sedemikian dikatakanmempunyai gaya opera. Jika lagu hanya digunakan dalam adegan yang tertentu,umpamanya dalam adegan sedih, maka pementasan ini dikatakan mempunyaigaya lakonan. 3
  3. 3. Pilihan Cerita dalam Bangsawan Bangsawan mempunyai pilihan cerita yang mempunyai pola kejadian-kejadian atau episod. Dalam cerita bangsawan episod dijalinkan secara longgaruntuk memudahkan urusan teknik lakonan bangsawan. Lazimnya, ceritabangsawan dikembangkan melalui watak utama - sama ada watak wira atauwirawati - dari sesuatu kejadian sebab akibat, umpamanya fitnah atau ramalannasib yang buruk ke atasnya. Wira lazimnya terpaksa mengembara danmenghadapi berbagai-bagai kejadian sebagai pengalaman dirinya hinggalah iaberjumpa wirawati, atau pada akhirnya ia mencapai sesuatu kejayaan. Ceritabangsawan berkisar di sekitar golongan bangsawan - raja dan putera puteri.Pengembangan cerita melalui pengalaman wira atau wirawati itu membolehkancerita dalam bangsawan itu dipendekkan atau dipanjangkan mengikut selera dansambutan penonton, iaitu dengan cara mengurangi atau menambahkan episoddalam kejadian pengalaman watak utama, tanpa merosakkan keseluruhan unsurdramatik jalan cerita. Cerita bangsawan menekankan kepada pilihan kisah yang berkaitandengan raja-raja dan telatah golongan rakyat. Plot cerita adalah tentang kisahgolongan bangsawan tetapi, unsur populariti dalam penceritaannya dipeliharadengan menyelitkan kehidupan rakyat melalui watak jenaka. Jalinan ciri-cirikebangsawanan dengen ciri-ciri rakyat bawahan ini menimbulkan dua gaya lakondan dua gaya dialog, gaya lakonan stylized dan slapstick; serta gaya dialogbahasa istana, pendramaan yang formal dan berirama, disamping gaya dialogharian, pendramaan yang kasar (kerana bahasa pasar) yang disampaikan olehwatak-watak yang berkaitan. Jalan cerita bangsawan mengutamakan unsur poetjustice – wira sebagai watak yang baik, di dalam cerita wira sentiasamemperolehi keadilan dan kemenangan yang wajar pada akhir cerita, sementara 4
  4. 4. watak yang mengkhianatinya, iaitu watak penjahat, akan menerima padah.Pilihan cerita bangsawan ialah: (a) Kisah kezaliman rakyat jelata dan pembalasan terhadap kezaliman, contohnya, Bawang Putih Bawang Merah. (b) Kisah kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri dan terhadap permaisuri tua dan pembalasan terhadap kejahatannya, contohnya, Laksamana Bentan. (c) Kisah putera atau puteri yang mencari jodohnya dan dipertemukan melalui mimpi atau wasiat. Cerita begini merupakan pembinaan beberapa episod pengembaraan yang berakhir dengan pertemuan jodoh, contohnya, Puteri Cahaya Bulan. (d) Kisah cinta antara raja di dunia dengan puteri kayangan. Tema seperti ini mengutamakan hiburan disamping menimbulkan kesedaran terhadap pantang larang sebelum perkahwinan antara makluk yang berlainan dunia itu dilangsungkan. Contoh cerita yang mempunyai tema seperti ini ialah Jula Juli Bintang Tiga. (e) Kisah percintaan antara dua kekasih yang berlainan taraf atau kedudukan - antara anak raja dan rakyat biasa, tetapi akhirnya diketahui rahsia bahawa rakyat biasa itu asalnya seorang anak raja yang hilang atau dibuang oleh ibu bapanya semasa ia kecil dahulu. Ataupun, jika ia benar- benar daripada keturunan rakyat ia diberi keistimewaan seperti mempunyai paras yang cantik, kebijaksanaan dan baik kelakuan seperti anak-anak raja. Contoh cerita seperti ini ialah Beliung Emas. (f) Kisah kepahlawanan untuk menonjolkan kegagahan wira. Cerita begini mempunyai episod yang amat longgar pembinaannya. Contoh cerita seperti ini ialah Badang. Antara contoh cerita daripada kisah sejarah tempatan ialah SultanMahmud Mangkat Dijulang, Hang Tuah, dan Amuk Tuk Nading. Kisah-kisahyang terbentuk epik ialah Gul Bakawali, Hikayat Bistaman, Jula Juli Bintang 5
  5. 5. Tujuh. Cerita-cerita yang bercorak Islam dan Timur Tengah ialah Abu Nawas danAli Baba dengan Empat Puluh Pencuri. Cerita yang berunsurkan Cina sepertiNyai Dasimah dan Raden Mas dari Indonesia, dan Paratca dari Negeri Thai;cerita-cerita Shakespeare seperti Romeo and Juliet dan Saudagar Sailok(Merchant of Venice).Perkembangan Teater Bangsawan Wayang atau Teater Parsi merupakan katalis kepada kemunculanBangsawan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kemunculan inibukanlah secara mendadak tetapi secara beransur-ansur melalui adaptasidaripada teater Parsi, menjadi tiruan Teater Parsi kemudian kepada Bangsawan,Komidi Melayu dan hinggalah kepada Opera. Teater Parsi merupakan teras dan acuan dan melalui prosespengubahsuaian akhirnya menjadi bangsawan. Ciri-ciri teater Parsi, padaperingkat awal penubuhan bangsawan, telah menjadi format untuk kelangsunganteater bangsawan. Walaupun teater Parsi diasaskan oleh orang-orang Parsi tetapi teater initidak bermula di negara Parsi, sebaliknya bermula di Bombay, India. Kejatuhankerajaan Sassanid di abad kelapan di Parsi, menyebabkan ramai orang-orangParsi melarikan diri dan menetap di Bombay. Di India, orang-orang Parsimerupakan golongan minoriti yang pintar dan ramai yang melibatkan diri didalam perniagaan. Sementara itu, di Bombay, masyarakat Parsi yang meminatiperniagaan, ada yang tertarik dengan seni teater lalu menjadikan teater sebagaiusahaniaga. Dalam tahun-tahun 1870-an, bermula di Bombay, kumpulan teaterproffesional yang menggunakan bahasa Hindustan, mula berkembang ke 6
  6. 6. seluruh daerah di utara yang menggunakan bahasa Hindustan. Orang-orangParsi merupakan pengasas teater moden di Bombay baik secara amaturataupun profesional. Kebanyakan mereka berpendidikan Inggeris dan beberapaorang pelakon telah melawat England untuk mempelajari kondisi-kondisi teater disana. Mereka menjadi pengasas kompeni prifesional yang pertama yangmenggunakan Bahasa Hindustan sebagai bahasa untuk drama. Menjelang tahun 1870-an, sudah nampak tanda-tanda ke arah penubuhankumpulan atau syarikat teater yang profesional. Kumpulan pertama ialah TheOriginal Theatre Company oleh Prestoni Framji. Di Delhi pula, KhrushidjiBaliwala telah mengasaskan Victoria Theatrical Company (1877). Malah,Baliwala telah membawa kumpulannya ke London untuk mempersembahkandrama Hamlet tetapi berkerugian besar dan terpaksa menjual peralatan pentasuntuk mencari tambang pulang. Di antara kumpulan teater Parsi yang terkenal diBombay ketika itu ialah New Alfred theatrical Company. Old Parsi TheatricalCompany, Corinthian Company, Alexander Company, Prince TheatricalCompany, Imperial Thearical Company. Kebanyakan cerita-cerita di dalam teater Parsi bertemakan kebenaran,kemuliaan, kestiaan dan kebangsawanan, cerita-cerita metos, sejarah, legendaTimur Tengah serta adaptasi dari cerita-cerita Shakespeare. Teater Parsimenggabungkan teknik-teknik Barat dan penuh dengan unsur-unsur kekaguman.Tentang ciri-ciri kekaguman di dalam teater ini telah dirumuskan oleh Gargi. “ the sets and costumes were the nineteenth-century Western vision of oriental exotica. There was always a back drop curtain painted in crude colours. Mythical titan raged and thundered on the stage. Devils sour in the air, daggers flew, thrones moved, jumped from high palace walls, vampire pits, the painted black-cloth of a generalised scene and machanical devices to operate flying figures were a direct copy of the 7
  7. 7. nineteenth-century Lyceum melodrama and the Drury Lane spectecles in London” Di dalam teater Parsi, asides (bisik kuat), soliloquies ( senandika),monolog dan korus merupakan amalan yang lumrah. Pementasan memakanmasa berjam-jam lamanya yang berkembang dari komidi kepada tragedi, darihiba kepada lucu, dari nyanyian kepada pertaruhan dan semuanya terjuruskepada pengajaran moral. Muzik memainkan peranan penting untuk mengiringi nyanyian pelakonutama atau korus, tarian dan untuk menimbulkan kesan-kesan kekaguman.Pelakon di dalam kumpulan teater Parsi adalah versatile dan serba boleh keranamampu menyanyai, menari, bermain muzik, akrobatik, bela diri, dan memilikitubuh badan yang baik. Di awal penubuhan teater Parsi, tidak ada pelakonwanita, watak-watak wanita didokongi oleh kaum lelaki yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Cuma menjelang tahun-tahun 1920-an artis-artis wanitaterdapat di dalam teater Parsi. Teater Parsi mulai merosot di awal abad kedua puluh kerana sifatkacukannya dan sifat keasliannya yang rapuh. Menjelang tahun-tahun 1930-an,penampilan wayang gambar dan kemunculan teater realistik yang barumerupakan tamparan kepada teater Parsi dan mengakibatkan kejatuhannya.Teater Parsi Kepada Bangsawan Kira-kira dalam tahun 1870-an, sebuah pertunjukan bergerak ataukumpulan teater kembara dari Bombay telah datang ke Pulau Pinang. Kumpulanini telah membawa bersama-sama wayang atau teater Parsi yang sudah punpopular di India. Para pelakonnya terdiri daripada kaum lelaki dan menggunakanbahasa Hindustan. Walaupun persembahannya di dalam bahasa Hindustan, 8
  8. 8. teater Parsi mendapat sambutan hangat daripada penonton berbilang kaum iaituMelayu, Cina, Tamil, Jawi Peranakan dan tentera supai (sepoi) yangberpengkalan di Pulau Pinang. Penonton kagum dengan cerita-cerita metos danromantik dari India dan Timur Tengah di samping peralatan dan set-set yanghebat dan pakaian yang mengkagumkan serta iringan muzik yang dramatis.Kehebatan sambutan penonton disebabkan bentuk teater itu sendiri. Didalamnya terdapat pelbagai elemen hiburan, antaranya lakonan, tarian,nyanyian, kostium serta unsur kekaguman. Kalau dibandingkan dengan teater-teater tempatan, belum terdapat teater sebegini yang menghidangkan segala-galanya kepada penonton. Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinanghinggakan lagu-lagu Hindustannya dinyanyikan oleh orang-orang India,peranakan Arab dan Melayu. Lagu-lagu ini berlirikkan Melayu menggantikan laguHindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Banyak kumpulannyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin oleh Mamat Mashoryang berperanakan Arab. Di dalam persembahannya, mMamat Mashor telahmenyelitkan lakonan-lakonan pendek seperti Indera Saba. Kemashurankumpulan ini menyebabkan Sultan Mahmud al-Rasyid, Sultan deli di Sumatera,menjemputnya mengadakan persembahan di Deli. Mamat Mashor dan kapitanAli, seorang saudagar telah menubuhkan kumpulan professional. Walaupunbertaraf professional, pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini hanyabergiat di Pulau Pinang. Pada tahun 1884, Mamak Pushi, hartawan Parsi di Pulau Pinang, tertarikdengan teater baru ini telah membeli peralatannya seperti tirai, pakaian, alatmuzik kepunyaan kumpulan teater Parsi yang sedang menghadapi masalahkewangan. Mamak Pushi bersama menantunya, Bai Kassim, telah menubuhkanEmpress Victoria atau Jawi Peranakan Theatrical Company dan kemudiannyamenjadi Pushi Indera Bangsawan Of Penang. Kumpulan ini merpakan kumpulanteater Bangsawan yang pertama di Pulau Pinang. Kumpulan ini telah menjelajah 9
  9. 9. ke bandar-bandar penting ke Tanah Melayu hingga ke Singapura dan Indonesiadan akhirnya kumpulan ini mati di Jakarta. Sebelum pulang ke Singapura, MamatPushi telah menjualkan kumpulannya kepada Jaafar Turki. Jaafar Turki telahmenukarkan nama teater itu kepada Stambul kerana banyak cerita yangdipersembahkan berasal dari Asia Barat. Para pelakonnya memakai tarbusmerah dan serban putih orang Turki dan Arab. Selain Indera Bangsawan,Mamak Pushi memiliki dua lagi kumpulan iaitu Sri Inderamawan dan SriMudawan. Di samping istilah bangsawan yang dipelapori oleh Mamak Pushi,kumpulan-kumpulan lain yang muncul selepas itu telah menggunakan berbagaiistilah untuk kumpulan teater mereka seperti tiruan wayang Parsi, komidi Melayuserta bangsawan. Di akhir abad kedua-puluh, istilah opera pula digunakan olehkumpulan Operatta dan Vaudeville Barat yang melawat Tanah Melayu telahmempengaruhi Bangsawan. Memang tidak dapat dinafikan kemunculan kumpulan-kumpulan teaterParsi dan transisi Teater Parsi kepada Tiruan Teater Parsi, Bangsawan danseterusnya Opera adalah atas usaha gigih golongan peranakan Pulau Pinang.Pada peringkat awal perkembangan bangsawan, golongan inilah yangmerupakan individu yang mengambil daya usaha untuk menghidupkan danmengembangkan tiruan teater Parsi dan seterusnya bangsawan. Penubuhankumpulan-kumpulan teater bangsawan di Plau Pinang telah didorongkan olehgolongan ini. Oleh kerana teater Parsi telah mendapat sambutan yang amatmenggalakkan dalam kalangan penduduk tempatan khasnya Pulau Pinang danSingapura, telah mendorongkan tuan Mamat Mashur atau Syed Muhamad binAbdul Rahman al-Masyur, orang kaya dari Parsi Di Pulau Pinang menubuhkankumpulannya sendiri. Mamat Masyur yang peka kepada citarasa penduduktempatan telah menukarkan Bahasa Hindustan yang digunakan oleh teater Parsikepada Bahasa Melayu. Jalan teater dan irama lagu dalam teater Parsi masihdikekalkan. Untuk membezakan teater Parsi yang menggunakan Bahasa 10
  10. 10. Hindustan, kumpulan teater Mamat Masyur dinamakan Tiruan Teater Parsi.Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini tidak menunjukkanpersembahan mereka di panggung-panggung tetap tetapi hanya di majlis-majliskeramaian dan perkahwinan. Setelah mendapat sambutan barulah disediakanpentas-pentas khas. Menjelang tahun 1885-an, Mamak Pushi telah menubuhkan kumpulanbaru yang bertaraf prifessional. Empress Victoria dan Jawi Peranak TheatricalCompany, kemudian bertukar kepada nama Pushi Indera Bangsawan OfPenang. Kumpulan ini merpakan kumpulan pertama yang menggunakanperkataan bangsawan. Namun penggunaan perkataan bangsawan ini bukanmerujuk kepada bentuk teater itu tetapi sekadar kepada nama kumpulan. Bentukteater tersebut masih lagi terikat dengan Tiruan Teater Parsi. Selepaspenubuhan kumpulan Pushi Indera Bangsawan, banyak lagi kumpulan lainditubuhkan dan menghadkan persembahan di merata-rata tempat di kawasan-kawasan bandar. Untuk membezakan dengan teater-teater sebelumnya teatertradisional, penonton menamakan bentuk teater itu sebagai bangsawan. Beberapa andaian telah dikemukakan tentang penggunaan istilahbangsawan sebagai sebuah bentuk teater. Bangsawan adalah golonganmanusia yang berketurunan raja-raja dan golongan atasan dalam masyarakatdan penggunaannya di dalam teater baru ini mencerminkan bentuk teater yangistimewa dan berprestij. Mereka menampilkan cerita dan watak-watak mengenaigolongan orang atasan serta menampilkan etika atau adat istana. Mengikut catatan Noor K.K perkataan bangsawan berasal daripadapengasas-pengasasnya. Kumpulan pertama menubuhkan Tiruan Teater Parsi diPulau Pinang diketuai oleh Wan Thanby Shah, Wan Maidin, Wan Mat kapri, WanPilus, Wan Nyian dan Pak Wan Pak Long. Berasaskan keturunan `wan‟ ini,mereka menamakan kumpulan mereka Bangsa-Wan. Seolah-olah mereka yangberketurunan atau berbangsa `Wan‟ yang mengasaskannya. 11
  11. 11. Teater Bangsawan Teater bangsawan muncul di tanah Melayu, kini Malaysia. Pada tahun1870an. Kemunculannya bukanlah disebabkan oleh cetusan karya asli dari anak-anak tempatan tetapi dipinjam dan diadaptasi daripada teater Parsi yangdidatangkan dari India. Sebelum kemunculan bangsawan, Tanah Melayu,sudahpun mempunyai teaternya yang tersendiri, teater tradisional seperti MakYong, wayang Kulit, Menora dan Mek Mulung. Bentuk, gaya dan strukturproduksinya jauh berbeza daripada bangsawan. Namun, oleh kerana melaluiproses adaptasi, beberapa cirri teater tradisional masih terdapat di dalamnyawalaupun kehadiran elemen-elemen tradisional ini di dalam bangsawan, adayang berpendapat teater bangsawan itu teater tradisional.Teater tradisional Kewujudan teater ini, teater-teater tradisional, bukan baru tetapi sejakberabad-abad lamanya. Teater-teater tradisional ini merupakan media hiburanzaman dahulu yang dipersembahkan untuk mengekspres world-view, di sampingnilai-nilai dan norma-norma kumpulan masyarakat itu. Penyampaiannya melaluikesusasteraan dan genre-genre teatrikal menggunakan criteria artis yangditerima oleh kumpulan masyarakat itu. Oleh kerana teater ini telah berulang kalimelalui latihan dan persembahan, telah diperkembangkan turun temurun dan dipopularkan dari satu generasi kepada generasi lain sejak berabad-abad lamanyasehingga disifatkan sebagai tradisional. Teater-teater tradisional terlalu rapat kaitannya dengan agama, metos,falsafah dan sistem mistik serta corak budayanya. Di samping itu, dari segiartistiknya amat kompleks, mempamerkan adunan luar biasa seni muzik, tari,kekaguman dan drama. Ciri-ciri ini agak bercanggah dengan tradisi teater Baratyang memisahkan komponen-komponen ini kepada seni-seni yang berbeza. 12
  12. 12. Ciri-ciri Tradisional dan Moden Di Dalam Bangsawan Improvisasi merupakan teras kepada cerita bangsawan dan improvisasijuga merupakan unsur dominasi di dalam teater-teater tradisional yang lainseperti Mak Yong, Menora, atau Wayang Kulit. Bangsawan tidak mempunyaisebarang skrip tetapi sesebuah ringkasan cerita atau scenario yang dihasilkanoleh pengarah atau pelakon utama kumpulan dilantik menjadi pengarah. Setiappelakon hanya mengetahui jalan ceritanya dan wataknya, sementara prosesperlaksanaannya iaitu pengisian scenario itu dilaksanakan oleh pelakon-pelakonnya melalui teknik improvisasi.Seni Teater Bangsawan Kalau di bandingkan dengan teater sebelumnya, bangsawan mempunyaibeberapa ciri keunikan dan keunikan ini menjadi penyebab sebagai teaterpopular. Ada beberapa ciri yang terdapat di dalam bangsawan yang tidakterdapat di dalam teater-teater sebelumnya. Kepelbagaian ciri-ciri ini merupakanhidangan resepi yang mampu memenuhi selera penonton samada dari segi dayatontonan, daya pendengaran ataupun daya perasaan. Komponen-komponenseni di dalamnya, seni lakon, seni tampak, seni suara, seni silat, seni gerak, senibahasa, seni suara, seni muzik sudah pasti menjanjikan kepuasan tontonankepada penonton.Seni Lakon Sepertimana teater sebelumnya, bangsawan adalah teater tanpa skrip.Pelakon-pelakon hanya diberikan sinopsis cerita atau senarionya oleh pengarahbeberapa hari sebelum pementasan. Ada ketikanya pemberian senario danlatihan dijalankan serentak pada paginya atau tengahari dan pada sebelahmalamnya dipersembahkan. Terpulang kepada budi bicara dan kecekapanpelakon-pelakon untuk melaksanakan watak dan perwatakannya. Kesemua 13
  13. 13. pelakon, setelah memahami ceritanya dan wataknya akan mencuba lakonkanwatak masing-masing. Selain daripada menghayati watak-watak, pelakonutamanya harus cekap menyanyi, menari, berpantun, bersilat dan melakukanadengan-adengan yang mencemaskan seperti terjun melalui tingkap kaca ataumenepis tikaman keris dan tombak. Kesemuanya harus dilakukan secaraspontan, sesuai dan tepat. Kesilapan atau kesumbangan di dalam aksi-aksi akanmenjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon bangsawan di sampingmemberikan kesan negatif terhadap masa depan kumpulan itu.Seni Suara dan Bahasa Penggunaan suara adalah penting di dalam bangsawan. Oleh keranatidak menggunakan mikrofon, suara harus dilantangkan sekuat mungkin supayadidengari penonton tetapi lantangan itu tidaklah sampai ke tahap jerit. Keadaanbertambah membebankan apabila panggung atau dewan yang separuhberdinding, lebih-lebih lagi kalau panggung atau khemah sementara. Keadaandewan atau khemah yang akuastiknya lemah, memaksa pelakon teaterbangsawan menggunakan suara secara optima. Kebanyakan cerita-cerita bangsawan berkisar di kawasan istana dangolongan atasan atau bangsawan. Keperihalan ini menyebabkan pelakon-pelakon menggunakan bahasa istana yang berbunga dan penuh beradat.Bahasa-bahasa yang sedemikian menyebabkan pengucapan menjadi tidakrealistic, seolah-olah macam diadakan. Malah mencerminkan ciri-cirikonversional. Mengikut pandangan penggiat bangsawan, kalau di ucapkanbahasa harian atau biasa, akan kehilang ciri-ciri bangsawan. Mengenai penggunaan bahasanya, Bahasa Melayu Riau dan bukanBahasa Baku di gunakan. Diandaikan penggunaan bahasa Melayu Riau lebih 14
  14. 14. halus dan lembut serta menampakkan ciri-ciri kebangsawanannya. Bahasa Bakudianggap kasar, keras, terlalu kolokial dan tidak menampakkan ciri-cirikebangasawanan. Ada ketika di dalam adengan-adengan sedih, di dalam cerita-ceritatertentu, wira dan wirawati mengunakan dua cara pengucapan yang berbezatetapi serentak. Adengan ini dinamakan „bernasib‟ di mana mereka menyanyi didalam emosi sedih dan dalam masa yang sama mereka saling berdialog.Bahasa-bahasa puitis merupakan satu kemestian di dalam bangsawan. Syair,gurindam, pantun, seloka merupakan amalan didalam bangsawan, khususnya didalam cerita-cerita istana.Seni Gerak Pergerakan dan suara hamper sama cirinya. Seringkali pergerakanya„stylized’ ,cara bergerak yang menarik,cara lakonan yang ‘highly elevated’ ataudilampaukan dan melebihi sepatutnya. Keperihalan ini mungkin disebabkanpenonton yang ramai dan jauh di belakang. Cara yang ‘stylized’ dan berlebihanakan menguatkan maksud aksi. Walaupun pergerakan-pergerakannya agaklampau tetapi masih natural dan selesa. Kalau diteliti, pergerakan yang dilaksanakan tidak ditentukan oleh motivasisebaliknya lebih tertumpu kepada pattern pergerakan dengan ruang yang ada.Walau di dalam apa pun keadaan, pelakon-pelakon cuba memposisikan tubuhmereka secara depan penuh kepada penonton, pertalian aksi di kalangan wataksukar dicapai. Rata-rata posisi tubuh pelakon ialah depan penuh atau profil.Jarang sangat pelakon membelakangkan penonton. 15
  15. 15. Pergerakan besar mungkin terbatas kerana sistem tatacahaya yang serbakekurangan. Ketika itu, akhir abad ke sembilan belas, sumber tatacahaya ialahlampu „gasoline’. Oleh kerana penggunaan lampu sebegitu, ruang lakon jugamenjadi kecil. Keterbatasan ini menyebabkan tumpuan lebih kepadapengucapan dan bahasa. Fokus fizikalnya adalah kepada bahagian atas tubuh,khususnya muka, tangan dan lengan. Umumnya, pergerakan adalah lambat dantidak drastik kerana kebanyakan cerita berkisar di dalam istana, watak-wataknyagolongan bangsawan serta konteks fizikal yang jarang dengan watak-watak lain.Berbeza denagn watak-watak komedi, tempo pergerakannya lebih cepat danlaju.Emosi Penglahiran emosi oleh pelakon jelas difahami penonton walaupun emosiitu berlaku secara dalaman. Tidak sukar untuk mengesan emosi keranakelahirannya akan disokong oleh aksi-aksi luaran yang jelas. Emosi sedih akandiaksikan dengan posisi duduk termenung, berdialog dengan nada sedu sedanatau tunduk terisak-isak. Lakuan sedang berfikir akan dilambangkan watakmenuding di kepala sambil mengangguk-angguk. Perbuatan sebegitu oleh para-pelakon semata-mata untuk makluman dan fahaman penonton. Selain daripadaaksi, muzik juga membantu menjelaskan emosi-emosi. Lagu-lagu sedih akanmengiringi adegan yang menyayat hati, bunyi drum secara tiba-tiba menandakanrasa suspense atau kejutan. Nyanyian dari pelakon juga memaklumkanemosinya. Kesimpulannya, pelakon-pelakon tak perlu penghayatan yang total,kerana aksi-aksi luaran mampu memaklumkannya. Apa yang penting bagipelakon pada detik-detik dramatik ialah sinkronisasi emosi dan aksi fizikalnya. Berlakon di dalam bangsawan merupakan tugas yang berat ,rumit danmencabar. Walaupun mereka terdiri daripada pelakon „stock-type’ tapi stock-typeyang global, yang serba boleh. Hal ini jelas terbukti mereka bukan sekadar 16
  16. 16. berlakon malah menyanyi, berpantun, bersilat dan berpedang. Sekiranya ceritayang dipersembahkan itu cerita dari india dan ada pula adegan nyanyian,mereka terpaksa menyanyi dengan menggunakan bahasa Hindustan. Merekaterpaksa menghafalnya dengan waktu hafalan yang singkat di sampingmengsinkronis dengan kumpulan muzik yang mengiringi mereka. Kalau adaadegan pertarungan di dalam cerita-cerita dari Timur Tengah, mereka terpaksaberpedang dan bukan lagi bersilat. Hanya mereka yang betul-betul berbakat dangigih, mampu melaksanakannya.Seni tampak Segala peralatan,props dan set, yang ditampilkan di atas pentas sewaktupersembahan merupakan elemen yang mampu memukaukan penonton. Hiasantirai dan sebing, kostium, set diberi penelitian rapi samada dari aspekgubahannya, komposisinya dan warnanya terutama daripada kumpulan yangestablished. Penampilanya membawa penonton ke zaman berlakunya ceritatersebut. Memang tidak dinafikan ada kumpulan disebabkan baru ditubuhkandan kecil modalnya, tidak mampu menyediakan peralatan yang detail. MengikutMahmud Jun, bekas pelakon bangsawan, kumpulan itu dikategorikan sebagai„wayang kampung‟ kerana mengadakan persembahan di kawasan-kawasanterpencil dan pendalaman. Persembahan mereka selalunya diadakan di pentas-pentas sementara. 17
  17. 17. REPERTOIR BANGSAWAN Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari berbagaisumber termasuklah cerita-cerita kontemporari, cerita-cerita dari Timur Tengah,India, Cina, Indonesia, Thailand dan Barat. Keanikaragaman cerita inidisebabkan oleh keinginan pihak kumpulan bangsawan memenuhi citarasapenonton yang berbilang kaum. Walaupun cerita yang berbeza dan berlainanbudaya, bahasa perantaraannya tetap Bahasa Melayu.Cerita-cerita sejarah tempatan Merupakan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup tokoh-tokohtempatan serta tokoh-tokoh pahlawan melayu. Cerita-cerita sebegini memberpeluang kepada kumpulan bangsawan menggunakan ciri-ciri kekagumansebebas-bebasnya kerana cerita sedemikian kaya dengan unsur-unsur fantasi.Unsur-unsur ini amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton. Di samping itupengarah kumpulan berkenaan bebas menokok-tambahkan cerita asalnya.Kezaliman, pembalasan, pengembaraan, percintaan, pertarungan, salah tafsir,kepahlawanan, ketidak-adilan adalah antara tema-tema yang dipaparkan didalam cerita sebegini. Olahan cerita-cerita ini membawa unsur-unsur khayal,penuh kesaktian dan kegagahan. Di antara cerita-cerita yang popular yangtergolang di dalam cerita sejarah tempatan ialah Hang Tuah, Si Badang, SultanMahmud Mangkat Di Julang, Dandan Setia, Laksamana Mati Dibunuh,Laksamana Bentan, Jula Juli Bintang Tujuh.Cerita-cerita dari India Sebelum kedatangan islam ke Kepulauan Melayu di awal abad ke 15,masyarakatnya telah lama menganut dan mengamalkan ugama dan kebudayaanHindu. Anutan dan amalan ini masih berterusan walaupun ugama islam telahbertapak. Keperihal sedemikian, maka tidak hairanlah masyarakat melayu 18
  18. 18. menerima dan meminati cerita-cerita dari India. Kebetulan pula, teater Parsiyang dibawa ke alam melayu sebelum munculnya bangsawan, seratus peratusceritanya berteraskan India. Hawa-i-Majlis, Ali Chandran, Gul Bakawali, HikayatBistamam, Sukarji adalah cerita-cerita bangsawan, yang berasal dari India, yangpopular di kalangan penonton. Cerita-cerita yang berunsur romantis amatdiminati penonton. Kalau ditinjau, cerita-cerita dari India ini, yangdipersembahkan di dalam bangsawan, adalah berteraskan dan berinspirasikanIslam. Di antara cerita-cerita yang gemar dipersembahkan oleh bangsawan ialahPhar Ki Putli, Indera Saba, Bawafa Khatil, Cintamani, Roman Diroba, HarisChandra, Izazam Khalbi, Sakuntala, Gulzr E-Neky dan banyak lagi.Cerita-cerita Timur Tengah Di samping cerita-cerita dari India, cerita-cerita dari Timur Tengah jugamenjadi pilihan, khususnya penonton melayu dan peranakan India. Cerita-ceritadari Timur Tengah yang menjadi pilihan di dalam persembahan bangsawan tidaksangat bertitik-tolakan ugama islam tetapi lebih kepada unsur pegembaraan danroman. Aladin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Pencuri, LailaMajnun, Yatim Mustaffa, Jula Juli bintang tiga, Jula Juli bintang Tujuh, TajulMuluk adalah cerita-cerita yang digemari penonton. Cerita-cerita lain yang seringdipersembahkan terdiri daripada Sinbad, Taman Balkis ,Musalmah Pintu ,SheikhArabi, Bayan Budiman, Garden of khamah, Siti Nurul Banun, Gadis Malang,Askia Asidah, Khuri Arab, Nur E-islam, Nur Affendi, Rahsia Kubur Keramat danbanyak lagi. Ceritanya, kostiumnya, irama lagunya dan tariannya adalah faktor-faktor yang mendorongkan peminat meminatinya. 19
  19. 19. Cerita-cerita dari Cina Cerita-cerita dari Cina juga terdapat di dalam bangsawan. Kumpulan-kumpulan bangsawan yang mengadakan persembahan di kawasan-kawasanbandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur, di mana majoriti penduduknyamasyarakat Cina, cerita-cerita seperti Siti Zubaidah, Sampit Ng Tai, atau SamPek Eng Tai, Busiong Sichap Cho, Gu Seong Sat So, Si Jin Kui, Li Moon Kuan,Panglima Ah Chong dan lain-lain lagi yang sering dipersembahkan. Cerita-ceritasebegini selalunya dipersembahkan di kawasan-kawasan yang terdapat ramaipenduduk Cina.Cerita-cerita dari Barat Di bawah penjajahan British, Tanah Melayu telah didatangi teater baratseperti opera dan vaudeville. Bentuk teater ini telah mendapat sambutan dikalangan penonton tempatan. Kesan daripada kedatangan teater inimendorongkan kumpulan bangsawan mengadaptasi cerita-cerita dari Barat yangpopular untuk dihidangkan kepada penonton tempatan. Kumpulan bangsawan diTanah Melayu akan memilih cerita-cerita yang popular untuk dipersembahkankepada penonton tempatan. Antara cerita-ceritanya ialah Othello, Hamlet,Romeo dan Juliet, Jeneral Fipa atau Gino Fipa, Macbeth, Merchant of venice,Cinderlella, Dragon Blood, Naga Berapi, Dr Faus, Black Eagle, Minda Mora, AirMata Spain,Topeng Hitam. Topeng Perak telah dipersembahkan.Cerita-cerita dari Indonesia,Thailand dan Burma Perhubungan yang berabad abad lamanya di antara Malaysia danIndonesia menyebabkan kebudayaan orang-orang Melayu di Tanah Melayu danIndonesia hampir sama. Penggunaan bahasa yang sama membolehkan banyakcerita-cerita dari Indonesia dapat diterima oleh masyarakat tempatan. Malahterdapat kumpulan teater dari Indonesia dengan teater komedi stambulnya 20
  20. 20. datang dan mengadakan persembahan di Tanah Melayu dan begitu kumpulanteater bangsawan yang pergi ke Indonesia mengadakan persembahan.Seringkali cerita-cerita yang dibawa oleh kumpulan bangsawan yang mendapatsambutan penonton terdiri daripada cerita-cerita Panji Jaya Asmara, PanjiSemerang, Songgeng, Gelenggong, Sang Sembah, Ken Tambuhan,Cindromato, Andai Andai Lumut, Gagak Solo serta Siti Bakheram. Cerita-cerita Moden Sebagaimana dimaklumkan cerita-cerita bangsawancuba memenuhi kehendak citarasa penonton. Di awal tahun-tahun 1930-an,sesuai dengan kemajuan masyarakatnya dan zamannya, banyak cerita-ceritayang tidak terikat dengan alam fantasi, telah dipersembahkan. Cerita-cerita inimulai mendekati dunia realisme walaupun becirikan bangsawan. Cerita-ceritapada zaman itu dikategorikan sebagai cerita-cerita moden. Kembang KenangaDari Kota, Dua Puluh Lima Tahun Dalam Rahsia, Nyai Dashima, Nyai Shaminah,Pak Dol Keropok, Melati Fan Agam, Bengawan Solo, Siti Anbhari, Siti Nurbaya,Kacang Lupa Kulit, Selendang Sutera, Jambatan Merah, Nyak Putih, Oh Darjat,Nyak Intan, Air Mata Kasih, Terang Bulan, Celorong Celoreng, Muslamah,Baktum Baktim, Teruna Kampung adalah cerita-ceritanya. Cerita-cerita modentidak berpijak di alam istana tetapi berlegar dengan masyarakat biasa.Lakonan Bangsawan Satu lagi unsur yang mewajahkan seni drama bangsawan sebagai teaterdramatik ialah lakonan bangsawan. Unsur-unsur tersebut mempunyai gayanyayang tersendiri, yang teradi hasil pilihan cerita yang bersifat episodik, danmenekankan unsur poetic justice. Unsur membina cerita melalui watak wira atauwirawati dengan bantuan humor melalui watak lawak sangat penting dalampembentukan satu gaya lakonan yang longgar dan plot yang mudah. Lakonan iniboleh diubah mengikut suasana episod dalam cerita. Oleh itu, lakonan bolehdiubahsuai menjadi serius, jika episod itu mengisahkan tentang watak wira 21
  21. 21. menghadapi sesuatu bencana; atau lakonan kelihatan ringan dan mempunyaiunsur humor, jika episod itu mengisahkankan tentang watak-watak hamba ataurakyat dengan kebodohan mereka. Lakonan bangsawan mempunyai teknik memanjangkan lakonan danteknik memendekkan lakonan. Teknik memanjangkan lakonan dalambangsawan digunakan melalui adegan sedih dengan cara “bernasib” atau“berlagu tarik” ataupun dengan memanjangkan unsur luaran cerita, iaitu denganmenyelitkan unsur extra lum satu teknik memasukkan watak tambahan,umpamanya watak dayang istana yang melakonkan sebuah tarian ataunyanyian dalam cerita. Unsur pemanjangan ini kadangkala dimasukkan untukmembolehkan pertukaran set antara adegan atau babak dilakukan-umpamanya,menukar dari set istana kepada set hutan. Apabila pertukaran set beginidiperlukan, maka lakonan bangsawan terpaksa menggunakan selingan.Selingan diisi dengan menyelitkan tarian, nyanyian, atau lawak jenaka. Lakonan bangsawan tidak boleh ditakrifkan secara langsung mengikutapa yang dinyatakan oleh Ronald Peacock. Unsur dramatik bangsawan masihberlandaskan unsur kejutan dan situasi yang meruntun perasaan dan jiwapenontonnya. Sebagai sebuah drama teater,bangsawan lebih bersuasanakanunsur romantik dan predictable, terutama bagi penonton yang sentiasamengulagi menonton persembahan bangsawan-jalan cerita bangsawa sudahdapat diramalkannya. Bahkan bagi penonton yang pertama kali menontonbangsawan dapat membuat telahan tertentu kerana corak cerita yang diepisodikdan dapat dijangkan itu. Daya tarikan bangsawan bukan sahaja mengutamakannilai dramatik, tetapi lebih kepada „star rating‟ dan gaya lakonan itu. 22
  22. 22. Olahan Pentas Bangsawan Tiap-tiap persembahan drama mempunyai aturan teater yang tertentu.Dalam seni drama bangsawan, olahan teater adalah berasakan satu corakpentas yang digelar pentas prosinum, iaitu pentas yang mengizinkan penontonmenonton dari bahagian hadapan sahaja. Ini sama kesannya dengan melihatgambar dalam bingkai. Penggunaan corak pentas prosinum membolehkan pengolahan gambaranset terai yang elaborate. Dalam bangsawan pentas sekurang-kurangnyamempunyai antara tiga hingga enam tirai asas, mengikut tirai cerita.Set tirai yngmenjadi asas pentas bangsawan mengikut adegan cerita ada enampemandangan, iaitu:(a) Set tirai pemandangan dalam ruang istana(b) Set tirai pemandangan jalan raya(c) Set tirai pemandangan dalam hutan(d) Set tirai pemandangan dalam sebuah taman(e) Set tirai pemandangan dalam ruang bilik(f) Set tirai pemandangan alam Enam set tirai yang asas boleh ditambah menjadi beberapa tirai set lagi.Dalam kes set tirai dalam istana misalnya, jika cerita memerlukan pemandangandari dua istana yang berlainan, maka dua set tirai pemandangan dalam istanaperlu dibuat. Begitu juga umpamanya jika set tirai ruang bilik itu memerlukangambaran bilik rumah kampung, ruang bilik dalam istana dan seterusnya ruangdalam gua batu, maka kemungkinan tiga set pemandangan dalam ruang bilikperlu disediakan. 23
  23. 23. Penggunaan sistem set tirai dalam pentas prosinum bangsawanmemerlukan set „prop‟ yang dipanggil sebing iaitu pemidang pipih untukbahagian api di kiri dan kanan pentas. Sebing dibuat daripada kain yangberbingkai kayu dan didirikan untuk mengadang bahagian belakang set tiraidaripada dilihat penonton. Sebing berguna untuk melindungi pekerja „tarik tirai‟atau pelakon yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam sesuatuadegan. Sebing bangsawan lazimnya berukuran (tiga kaki) lebar dan (tujuh kaki)tinggi, sementara set tirai lazimnya seluas hingga 18 hingga 20 kaki lebar danantara (tujuh hingga lapan kaki tinggi). Di antara set-set tirai dalam bangsawansatu set tirai hendaklah lebih luas daripada yang lain, set tirai pertama iaitu tiraiyang diperbuat daripada kain tebal tanpa corak, dengan warna yang terangseperti warna merah atau hijau tua. Tirai pertama akan digunakan hanyasebelum dan sesudah sesebuah pementasan cerita bangsawan. Kadangkalatirai ini digunakan juga pada waktu selingan. Dalam zaman kegemilanganbangsawan, kumpulam-kumpulan lebih suka menggunakan sebuah set tirai lainyang dipanggil tirai „stret‟ (mungkin sebutan inggerisnya „straight‟). Kedudukantirai „stret‟ ke belakang sedikit daripada tirai pertama. Tirai „stret‟ itu mungkin jugadikenali demikian kerana tirai ini satu warna, pilihan warnanya tidak begitugarang jika dibandingkan denganwarna tirai pertama. Kedudukan susunan set tirai dalam pentas bangsawan diatur mengikuturutan dulu kemudian adegan atau mengikut keperluan ruang lakon sesuatuadegan. Set tirai ini disusun berbaris-baris dari hadapan ke belakang awanganpentas. lihat rajah. 24
  24. 24. Dalam sesuatu pementasan, sistem set tirai boleh menghasilkan kesandua demensi-kesan ini kurang menarik, dan kelihatan tidak natural. Untukmengelakkan kesan dua demansi „prop‟ disediakan agar kesan jarak dan ruangkepada set tirai, dapat dihasilkan. „Prop‟ juga didapati dalam bentuk tirai. „Prop‟ini dipanggil set drop digandingkan dengan sesuatu set tirai untuk memberikesan dalaman kepada gambaran keseluruhan set. Oleh itu set drop mempunyaigandingan pandangan yang disesuaikan untuk melengkapi sesuatu set tirai. Settirai dalam hutan misalnya mungkin akan diserikan dengan set drop sebuah guabatu atau sebahagian gua batu, pokok, dan seumpamanya, akan diserikan dankelihatan natural dengan membuat set drop awan atau sebahagian daripadakapal layar. Dengan menyediakan tirai-tirai beginilah bangsawan menghasilkankesan tiga damensi untuk tujuan mengolah unsur dramatik persembahanteaternya. 25
  25. 25. Jelaslah bahawa pentas bangsawan menuntut penggunaan set tirai samaada dalam bentuk tirai sepenuhnya, set drop atau sebing. Keindahan dankerapian gambaran set tercapai melalui lukisan pemandangan dan ini menjadisatu keistimewaan persembahan bangsawan, iaitu daya tarikan melaluipebghasilan lukisan pemandangan yang baik, rapi dan hidup. Selain sistem tirai,persembahan bangsawan juga menggunakan „prop‟ binaan. Satu bentuk „prop‟binaan yang sering dikaitkan dengan bangsawan ialah kasmat ( atau disebut jigatasmat). Kasmat adalah „prop‟ yang dibina diatas pentas dan boleh digerk-gerakkan. Antara contoh kasmat dalam bangsawan ialah kasmat tangga gerak,kasmat kenaikan, seperti seekor angsa; kasmat kurungan seperti kasmat bintangatau bulan dan seumpamanya. Penggunaan kasmat dalam bangsawan memberidaya tarikan kepada penonton di samping menonjolkan kebolehan atau bakatanak bangsawan sesuatu kumpulan itu. Dengan sistem setting yang sedemikiam rapi, tidak hairanlah jika senidrama bangsawan dalam zamam praseni filem dan video menjadi sata-satunyacorak hiburan yang sangat diminati ramai. Dengan adanya kemampuankumpulan untuk mengetengahkan pelakon handalan yang berbakat,dan denganpenggunaan kostum yang menarik memungkinkan persembahan bangsawanyang hebat hidangan visualnya, akan menjadi lebih hebat kerana persembahanyang bersifat live.Muzik dalam Bangsawan Sebagai sebuah seni persembahan secara langsung, persembahanbangsawan juga memerlukan iringan muzik cara langsung untuk menghidupkankesan dramatik. Sejak bangsawan diperkenalkan belum ada suatu persembahanbangsawan yang menggunkan muzik cara rakaman. Setiap persembahanbangsawan memerlukan iringan muzik yang dimainkan oleh kumpulan pemuzik.Paling sedikit ahli muzik itu terdiri daripada empat atau lima orang. Mereka 26
  26. 26. bermain alat muzik bertali, alat muzik arus angin dan alat muzik jenispalu.Bangsawan menggunakan gabungan alat muzik ini melalui alat muzikharmonium, biola dan gendang. Muzik merupakan salah satu elemen terpenting dalam sesuatupersembahan teater bangsawan. Ahli-ahli muzik yang ditempatkan di depanpentas atau di kiri kanan pentas akan mengiringi bangsawan dari awal, sewaktupenonton sedang masuk hingga ke akhir persembahan. Sewaktu penontonsedang keluar panggung juga muzik dimainkan. Bilangan ahli muzik dan jenisalat-alat muzik bergantung kepada besar atau kecil kumpulan itu. Semasa zaman awal bangsawan, muziknya terdiri daripada harmoniumdan table. Apabila bangsawan mula berkembang, alat-alat muzik dan pemuzikmula bertambah. Menjelang tahun-tahun 1930an, orkes bangsawan sudahlengkap dengan alat-alat bertali, tiupan dan gendering seperti biola, gitar, cello,bass, kornet, trumpet, trombone, clarinet, drum, maracas, harmonium, akordian,tabla dan tamborin, rebana serta piano. Pertambahan alat-alt muzik ini keranaformat bangsawan turut berubah. Lagu yang dimainkan oleh kumpulan muzik ini bukan sahaja mengiringilagu dan tarian dalam bangsawan, tetapi juga untuk memberi suasana kepadadramatisan sesebuah cerita. Muzik dimainkan utuk memberi kesan kepadasuasana sedih, gembira atau takut dalam cerita. Muzik juga digunakan sebagaitanda isyarat pelakon keluar atau masuk. Di samping itu, muzik menjadi olahantatabunyi kepada lakonan cerita dan menjadi „kiu‟ untuk permulaan danpengakhiran sesuatu adegan dan babak. Muzik itu amat dikehendaki sebelumpersembahan bangsawan dimulakan. Lazimnya kumpulan pemain muzikbangsawan tidak akan berhenti sejak mula mereka mengisi ruang khas di 27
  27. 27. tengah-tengah bahagian hadapan yang menghadap pentas bangsawan itu.Hinggalah persembahan berakhir, mereka masih terus bermain muzik untukmengiringi penonton keluar dewan atau arena. Sebagai satu kumpulan yangmenjadi tugas tertentu pemain muzik juga terdiri daripada anak bangsawan yangterlatih-mereka bekerjasama dengan pelakon, malah amat memahami jalancerita sesebuah persembahan bangsawan itu.Extra-Turns Pada kebiasaannya setiap babak pementasan bangsawan, tirai akandilabuhkan. Pada ketika ini petugas pentas sibuk menyiapkan dan menyusunatur set-set dan props di belakang tirai untuk babak seterusnya. Ketika inipenonton tidak diabaikan sebaliknya dihidangkan dengan tarian-tarian, lawakjenaka, nyanyi-nyanyian sebagai hiburan sementara menunggu petugasmenyiapkan petas dibelakang tirai. Ada juga kumpulan-kumpulan bangsawanmemanggil extra-turns dari kumpulan lain dengan adengan-adengan yangmenarik dan mengkagumkan untuk acara waktu itu, seperti gerak-geri fizikalcontoh; silap mata, sarkis dan akrobatik. Adengan-adengan yang memuatkanaksi-aksi ini, sementara petugas menyusun-aturkan pentas, di sebut extra-turns. Di dalam setiap persembahan bangsawan, peranan extra-turns amatpenting sebagai daya tarikan kepada penonton. Pelakon-pelakon extra-turnsjuga turut mnenyumbangkan kejayaan sesuatu persembahan pentas bangsawandi samping dengan pelakon-pelakon utama, kumpulan korus, pelakon-pelakonpembantu dan petugas pentas. Penonton boleh membuat permintaan denganmelemparkan wang ke atas pentas atau membawa surat permintaan yang berisiwang. Tarian yang dipersembahkan adalah tarian-tarian melayu, joget, inang,zapin, ronggeng, dan irama moden seperti samba, mambo serta tarian-tarianHawai dan Timur Tengah. Di samping penyanyi-penyanyi khas, penari-penariyang telah di tetapkan pelakon yang belakon pada malam itu juga turut terlibat. 28
  28. 28. Pelakon berkenaan, mungkin atas permintaan ramai, akan keluar menyanidengan kostum wataknya. Extra-turns merupakan elemen terpenting untuk menarik minat penonton.Ada penonton yang datang menonton bangsawan, bukan untuk mengikuticeritanya tetapi ingin menonton tarian-tarian dan mendengar nyanyian-nyanyiandari penyanyi pujaan mereka. Di dalam program, poster, dan melalui corongpembesar suara dihebahkan cerita yang hendak dipersembahkan dan senaraipersembahan terdapat di dalam extra-turns. Malah di dalam akhbar-akhbar, disamping nama cerita yang akan dipersembahkan pada malamnya. Persembahan nyanyian dan tarian yang disertakan di dalam selinganextra-turns bukan diadakan mengikut kehendak pangarah atau taukehbangsawan tetapi tertakluk kepada permintaan dan citarasa penonton. Lagu-lagu, penyanyinya serta jenis tarian yang akan dipersembahkan itu akan disaringterlebih dahulu supaya dapat menghiburkan penontondan selalunya permintaanpenonton jarang dikecewakan.Lakonan didalam teater bangsawan Teater merupakan bentuk-bentuk seni yang lain, teater adalah bahantarakomunikasi di antara artis dan penonton. Di dalam suasana teater , setiapmaksud dan pengertian di pancarkan kepada penonton melalui ekspresi tubuhdan suara gabungan para artis. Kesemua ciri-ciri ekpresi ini adalah kesandaripada kebijaksanaan manganalisa skrip atau senario, pengarah yang cekaptermasuk integrasi tatacahaya, muzik, tatabunyi, kostium dan hiasan latar yangbaik dan paling pentingnya persiapan rapi teknik-teknik belakon. Kehadiranpelakon dengan aksi-aksinya menyebabkan berlakunya persembahan teater. 29
  29. 29. Teater menandakan bangunan fizikal, pelakon, set, kostium, tatacahaya,peralatan, solekan dan muzik, drama melambangkan naskhah atau skrip. Namunkedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Lakon pentas selalunya tentangmanusia dan kehidupan manusia. Oleh itu teater merupakan bentuk seni yangmeniru aksi-aksi kehidupan, seni berlakon menjadi tonggaknya. Setiap bentuk teater mempunyai ciri-ciri tersendiri baik dari segiformatnya, stail produksinya, mahupun gaya lakonannya. Kelainan ciri-ciri inimembolehkan teater tersebut mudah di kategorikan atau dijenamakan untukmembezakan dengan teater-teater lain. Begitu juga bangsawan yangmempunyai ciri-ciri tersendirinya baik dari aspek produksinya mahupun gayalakonannya. Keunikan dan kelainan gaya lakonannya jelas ketara kalaudibandingkan dengan teater-teater sebelum dan selepasnya. Malah adasebahagian daripada ciri-cirinya mempengaruhi gaya lakonan di dalam teater-teater selepas bangsawan.Lakonan dan Watak. Sesebuah lakon drama terdiri daripada aksi manusia dan sesuatu agenatau individu harus melakukan atau mendedahkan aksi tersebut. Individutersebut yang menangani aksi-aksi manusia itu melalui wataknya, perkataan-perkataanya, dan perlakuan-perlakuanya. Individu inilah yang dimaksudkansebagai watak. Oleh itu perwatakan memerlukan penampilan watak-watak didalam aksi dan watak-watak ini pula berbeza dengan manusia lain disebabkanwujudnya pertalian watak-watak manusia dengan aksi manusia. Berbeza darisegi biologinya, fizikalnya, sikapnya, motivasinya, tindak tanduknya danmatlamatnya. 30
  30. 30. Berlakon ialah proses yang melibatkan beberapa transformasi; daripadaseseorang ditranform kepada pelakon dan daripada pelakon ditranform kepadawatak. Fungsi pelakon ialah mencipta semula di atas pentas watak yangdibayangkan oleh pengarah dan yang dinyatakan oleh beliau melalui dialog danaksi cerita.Huraian tentang watak oleh pengarah adalah terlalu umum danadalah menjadi tugas pelakon untuk mengkaji secara terperinci untuk memahamisedalam-dalamnya keadaan watak yang bakal dibawanya nanti. Kajianya secaramendalam hingga dapat menampilkan watak dengan jayanya akan meyakinkanpenonton. Kesimpulanya, pengarah sekadar menyarankan manakala pelakonmenganalisa dan menafsirkannya, walaupun watak yang dibawa nanti secaraimprovisasi. Teater bangsawan tidak terkecuali daripada amalan tersebut, prosestransformasi watak. Setiap pelakon cuba mendekati watak masing-masingsedekat yang mampu. Cuba menampilkan watak-watak yang dapat dikenali dandiyakini penonton, cuba menghasilkan daya tontonan yang maksima kepadapenonton walaupun cara pendekatannya secara spontan atau improvisasi. Hasildaripada sesi latih-pandang yang begitu lama dan pengalaman yang luasmendukungi sesuatu watak melalui persembahan demi persembahan, pelakonbangsawan tidak mengalami sebarang kerumitan sewakti menjiwai ataumenghayati wataknya. Sebagaimana termaklum, watak-watak di dalam bangsawan adalahwatak-watak jenis stok. Ada watak-watak protagonis dan watak-watak antagonis.Di dalam setiap cerita, kerapkali watak watak dominan terdiri daripada orangmuda (hero/wira), seri panggung(heroine /wirawati), sultan, menteri, dayang-dayang, inang, gergasi/jin, penjahat serta pelawak. Setiap pelakon yangmemeganng watak ini akan kekal sepanjang kariernya kecuali kelanjutan usiaatau watak yang dipegang selama ini tidak lagi bersesuaian. 31
  31. 31. Watak-watak terpenting di dalam teater bangsawan terdiri daripada watak-watak berikut; 1. Wira atau Orang Muda 2. Wirawati atau Seri Panggung 3. Ahli Lawak 4. Raja atau Sultan 5. Permaisuri 6. Menteri-menteri 7. Jin 8. Pertapa 9. Hulubalang 10. Dayang-dayang /Inang-inangWira/Orang Muda Wira atau orang muda merupakan watak lelaki utama di dalambangsawan. Untuk menjadi seorang wira,seseorang lelaki haruslah mempunyaisuara yang baik dan boleh menyanyi lagu-lagu yang di untukkan kepadanya.Rupa paras yang baik, tampan dan menarik adalah kriteria terpenting untukwatak wira. Di samping itu, watak wira harus mahir di dalam persilatan dancekap berpantun di samping bakat semula jadinya sebagai pelakon. Wira ditegahbermisai kerana misai akan menjejaskan efek raut mudanya yang dianggapkasar dan bengis. Janggut juga tidak digalakkan. Selalunya wira membawaperanan anak raja yang akan menghadapi berbagai rintangan dan akhirnyamencapai kejayaan. 32
  32. 32. Wirawati Sebelum penapakan kaum wanita di dalam bangsawan,watak wanitadipegang oleh kaum lelaki yang berperawakan wanita. Beransur-ansur dansebagai daya tarikan,watak wanita dipegang oleh kaum wanita. Rupa paras yangcantik, kulit kuning langsat di samping boleh berlakon dan bernyanyi adalahsyarat-syarat terpenting untuk watak wirawati. Wirawati juga bergekar SriPanggung dan sri panggung yang outstanding atau ulung yang digelar PrimaDonna. Mereka selalunya memegang watak tuan puteri, permaisuri atau anakraja yang dipencilkan oleh kerana difitnah. Sepertimana wira, kedudukanwirawati sama penting dengan wira. Kelincahan, kecantikan, pandai menyanyidan berlakon, merupakan aset terpenting untuk sesebuah kumpulan. MinahYem, Normadiah, Raunah, Ejam, Norsiah, Aminah Nani, Kamsinah B, Rohani B,Rohaya B,Ainon, Norsiah, Rokiah adalah di antara pelakon wanita yangmenerajui watak wirawati di zaman bangsawan.Raja dan Sultan Oleh kerana kebanyakan cerita bangsawan berdasarkan cerita-ceritatentang kerajaan Timur Tengah dan tempatan, peranan raja atau sultan takdapat dielakkan. Watak sultan hanya dipegang oleh orang-orang yang dikhaskandan tumpuan perananya hanya kepada sultan atau raja sahaja. Beliaudikecualikan daripada memegang watak-watak lain. Pelakon yang memegangwatak ini haruslah menampakkan ciri-ciri darjat,tenang,terkawal dan bersopan.Sultan atau raja tidak boleh ketawa terbahak-bahak walau lucu sekali pun,tetapisekadar senyum mengulum. Tubuh badannya haruslah sesuai dengan pakaiandiraja yang dipakainya. 33
  33. 33. Permaisuri Kerapkali aksi permaisuri terbatas hanya sebagai pengiring Sultan atauRaja.selaku pengiring dialog-dialognya juga terhad. Namun ada juga cerita-ceritayang menonjolkan peranan permaisuri dan berkembangnya cerita tersebutkerana aksi-aksi permaisuri, contohnya cerita Raden Mas. Ciri-ciri keibuan danketenangan merupakan kriteria untuk watak permaisuri. Untuk menjimatkanperbelanjaan dan mangurangkan bilangan pelakon, permaisuri selalunya diambildaripada isteri-isteri pelakon atau petugas pentas yang menganggotai kumpulan.Pelawak/badut Untuk menjadi seorang pelawak di dalam bangsawan, seseorang ituharus mempunyai bakat semula jadi pelawak. Watak pelawak amat penting dansepenting watak Seri Panggung atau Orang Muda. Pelawak sebagai magnetyang akan mendorong penonton dan peminat datang menonton. Mereka bebasmengimprovisasi dialog dan aksi. Apa yang penting ialah menimbulkan suasanahumour dan sebagai pelega atau comic relief di dalam adegan-adegan yangtegang. Solekan, pakaian dan bahasanya berbeza dari watak-watak lain. Penampilan mereka di atas pentas dengan solekan dan pakaian yangmelucukan sudah mengisyaratkan kepada penonton bahawa itu adalah watak-watak pelawak. Ahli lawak berpakaian berombak-ombak dan beropol-ropol yangberwarna-warni atau berbelang-belang untuk menimbulkan efek bodoh, lucu danrendah kedudukannya. Ada pelawak yang diconteng-contengkan mukanya dangincu digunakan untuk dibesarkan mulutnya untuk menimbulkan efek lucu. Ahlilawak yang mahir dan popular merupakan daset daya tarikan penonton. Diantara pelawak bangsawan yang terkenal ialah Aman Belon, Yahaya Sulong,Badul dan Husin Kerang. 34
  34. 34. Jin Merupakan watak antagonis. Pemilihan watak jin selalunya terdiridaripada mereka yng bertubuh besar dan tinggi. Watak jin dianggap orang kasardan jahat serta dasyat. Suaranya kuat dan garau, bermisai dan berjanggut.Watak-Watak Sampingan Watak-watak sampingan biasanya dipegang oleh pelakon-pelakon baru,watak-watak tersebut ialah Menteri, Pertapa, Hulubalang dan Dayang-dayang.Sudah menjadi kebiasaan setiap cerita bangsawan akan diselitkan dengantarian-tarian tradisional. Penari-penari akan diajar berbagai tarian bersesuaiandengan ceritanya. Kadang-kadang penari-penari menjadi dayang-dayang yangmengiringi wirawati. Tarian-tarian juga akan ditampilkan di dalam slot extra-turn. Walaupun pelakon-pelakon terdiri daripada watak-watak stok kadang-kadang mereka juga memegang watak-watak sampingan yang kurang pentingperanannya. Pelakon pelakon yang berpeluang memegang watak-watak tersebutselalunya terdiri daripada orang-orang muda dari seri-seri panggung.Sebagaimana termaklum setiap kumpulan mempunyai empat hingga lima orangmuda dan seri panggung dan adalah mustahil kesemuanya memegang watak-watak tersebut untuk sesuatu malam persembahan. Oleh itu mereka yang tidakberpeluang memegang watak utama pada malam tersebut akan diberi peranansebagai watak-watak kurang penting, contohnya orang kampung, dayang,penari, orang-orang kanan sultan atau pengikut antagonis atau protagonis untukmencukupkan pelakon. 35
  35. 35. Penghayatan watak Penghayatan watak melibatkan proses merangkakan watak yangdibawanya. Walaupun setiap pelakon bangsawan mempunyai cara tersendirimerangkakannya tetapi pada dasarnya kepentingan peranan watak menjadikuncinya. Setiap pelakon akan mengetahui siapa dirinya di dalam cerita itu danperanannya di dalam cerita dan setiap babak di dalam cerita itu. Setelahmemahami peranannya, pelakon dapat merangkakan apa yang harus dilakukanuntuk setiap babak, perkara yang akan diucapkan untuk babak tersebut danperalatan yang perlu ditangani pada babak berikut, nyanyian yang akandisampaikan pada babak tersebut atau apa-apa lakuan fizikal untuk babaktersebut. Pengisian peranan tidak menjadi masalah kerana kesemuanyaditangani melalui improvisasi. Setiap pelakon cuba menghasilkan watak setepat yang mungkin. Cubamenampilkan watak yang benar-benar bertepatan dengan cerita. Cubamenonjolkan watak yang boleh diterima dan dipercayai penonton. Untukmendapatkan watak sedemikian, pelakon akan membayangkan bahawa watakyang didukunginya benar-benar watak itu dan dan bukan diri pelakon itu sendiri.Pelakon akan cuba membayangkan bahawa pertuturannya adalah pertuturanwatak itu, pergerakannya, pergerakan watak itu, gerak isyaratnya, gerak watakitu. Malah teman lakonnya, walau mereka adalah rakan kumpulan, akandianggap sebagai watak-watak yang diwujudkan dalam cerita itu. Penghayatan watak melibatkan proses „merasakan‟ atau „membayangkan‟keadaan sebenarnya. Mengikut Badrul Munir (Pak Abang) kalau inginmerasakan kesakitan didalam sesuatu babak atau adengan di ganas, pelakonharus merasakan atau pegang perasaan itu. Sebagai contoh di dalam ceritaSatria Menara Putih, didalam babak arjuna di siksa oleh jin penunggu pulau disebatang pokok. Arjuna akan merasakan dirinya benar-benar arjuna dan bukan 36
  36. 36. dirinya selaku pelakon, merasakan dirinya benar-benar dihina, merasakandirinya benar-benar malang, merasakan dirinya benar-benar pahlawan menaraputih dan anak kepada raja negara menara putih. Apabila berpelukan di dalamadengan itu, rasakan sebagai anak dengan bapa bukan sesama pelakon.Perasaan malu harus di kikiskan. Mengikut beliau perasaan sedih ini akanterangsang lagi apabila pada ketika itu violin atau piano mengiringi adengan itudengan irama yang menyedihkan. Walaupun adengan sudah berakhir, perasaan sedih masih berlanjutanhingga ke belakang pentas. Di kalangan penonton pula yang sensitif denganperkembangan cerita ini akan terus bersedihdan ada pula yang turut menangis.Selain daripada itu untuk mengekalkan konsentrasi dan imaginasi, pelakondinasihatkan supaya jangan melihat penonton. Walaupun melihat kedepan tetapiaras penglihatan itu harus melebihi kepala penonton. Penonton perlu betul-betulmenghayati supaya tidak nampak penonton di depannya. Kostium juga membantu mereka mempercepatkan kewujudan watak.Apabila pelakon mengenakan kostium yang bertepatan dengan watak mereka,secara amnya mereka dapat merasakan mereka adalah watak itu pada masa itu.Mereka merasakan diri mereka adalah watak itu, percakapan mereka adalahpercakapan watak itu, perlakuan mereka, perlakuan watak itu. Apabila ditanyaadakah kostium-kostium itu dijampi serapahkan sebelum mereka memakainya.Ada juga pengarah yang mengiyakannya dan ada juga pengarah yangmenafikannya. Kalau diikuti dari sudut psikologi, kebenarannya memang adasebab pakaian ini disimpan dan dijaga dengan rapi. Pelakon-pelakon bangsawan adalah pelakon-pelakon profesional. Apayang dilakukan mereka semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan 37
  37. 37. penonton. Mereka juga sedar penonton sedang melihat mereka di sampingmenilai dan mentafsir watak dan peranan mereka. Mereka berusahabersungguh-sungguh supaya anggapan penonton tadi tidak meleset malahmenyakinkan. Berbekalkan kesedaran ini dan ditokok-tambah pula dengankostium yang dipakai, kebetulan pula bukan kostium harian, menjadikansemangat mereka terhadap kewujudan watak itu bertambah mampan.Skrip Teater bangsawan tidak mempunyai skrip bertulis tetapi senario atauringkasan cerita. Senario lebih merupakan rangka cerita tanpa kata-bual ataudialog. Kalau adapun dialognya ringkas-ringkas. Catatan-catatan itu hanyamerupakan simbol-simbol dan simbol-simbol ini memerlukan aksi, gerak isyarat,intonasi ekpresi dan keseluruhan konteks situasi untuk menghasilkan sesuatuyang bermakna. Pengarah kumpulan yang menyediakan dan menghasilkan senario.Sebelum memulakan latihan, pengarah akan memaklumkan kepada pelakonnyacerita yang akan dipersembahkan. Setalah menetapkan watak untuk pelakonnyabeliau terus menerangkan jalan ceritanya pula. Kalau sesebuah senario ituberbentuk tulisan yang terkandung di dalamnya ialah rangka cerita bersama-sama dialognya yang serba ringkas. Sekiranya cerita yang akan dipersembahkan itu cerita baru, sewaktu taklimat pertama, pengarah akanmenegaskan jalan ceritanya, penggunaan dialognya, perwatakannya serta aspekteknikalnya. Apa yang dijelaskan oleh pengarah adalah sesuatu yang muktamaddan pelakon tidak berhak mencadangkan sesuatu untuk membubarkan ataumengubahkan sesuatu yang terdapat di dalam senario dan yang ditentukan olehpengarah. 38
  38. 38. Kebiasaannya sesebuah skrip atau senario itu dapat disiapkan dalamjangka waktu yang pendek antara satu hari hingga dua minggu. Malah ada ceritayang akan dipersembahkan pada sebelah malamnya, sementara skripnya brudicipta pada sebelah tangaharinya. Berdasarkan jangkawaktu yang pendek inijelas membuktikan bahawa pengarah merangkap penulis, penulis senario,merupakan artis yang kreatif. Melalui saranan, buah fikirannya dapatmenghasilkan cerita demi cerita yang setiap satunya memakan masa tiga jampersembahan. Kebanyakan cerita atau senario bangsawan baik bertulis mahupun lisantidak mempunyai nama penulisnya. Ketiadaan ini membolehkan penulis lainbebas menciplak, mengubahsuai cerita asalnya di samping menukar tajuksenarionya. Maka tidak hairanlah jalan ceritanya hampir sama tetapi tajuk,lokasinya dan nama wataknya berbeza-beza. Ciri-ciri ini, berkarya tanpa nama,menyamai ciri-ciri teater tradisional seperti cerita-cerita Mak Yong, Menora,Panglipurlara serta Wayang Kulit yang menganggap karya itu hak umum danbukan hak milik individu. Senario yang dihasilkan oleh pengarah atau secara bersama bukanlahdicipta mengikut kehendak citarasa penulis tetapi mengambil kira selerapenonton. Bersesuaian dengan tradisi teater ini, iaitu teater popular, yangmementingkan sambutan dan citarasa penonton, apa yang dihasilkan ituharuslah disesuaikan dengan penonton. Malah penetapan cerita untukdipersembahkan pada sesuatu tempat juga berdasarkan kepada citarasapenonton dan komposisi masyarakat di dalam kawasan itu. Ada juga penontonmembuat permintaan dengan menulis surat dan memohon nama cerita yangingin di tontonnya. Bagi pihak kumpulan pula permintaan ini sering dilayanisekiranya didapati cerita tersebut memang digemari penonton di tempat tersebut. 39
  39. 39. Sebaliknya kalu permohonan itu datangnya dari pembesar negeri, selalunyaditunaikan. Cerita-cerita yang akan dipersembahkan bukan dipilih secara rambangatau sebarangan sebaliknya dikaji terlebih dahulu oleh pengarah dan taukehberdasarkan lokasi dan minat atau citarasa penonton. Tidak kesemua cerita-cerita yang disukai pengarah, digemari atau di minati oleh penontonsesebuahtempatatau lokasi. Cara mengetahui citarasa penonton ialah melalui maklumbalas yang diterima daripada penonton, daripada kumpulan bangsawan lainyang pernah membuat persembahan di tempat tersebut atau mengetahui terlebihdahulu komposisi penduduk yang mendiami kawasan tersebut.Nyanyian Selitan nyanyian di dalam persembahan bangsawan adalah normal danmerupakan salah satu ciri di dalam bangsawan. Nyanyian terdapat di dalamadengan atau babak percintaan, usik-mengusik atau bersuka-ria. Senikata laguditetapkan dan bagi pelakon yang lama berkecimpung di dalam bangsawan,senikata lagu di improvisasikan pada masa itu Cuma lagu yang mengiringinyaditetapkan. Di dalam adengan perpisahan contohnya, dara dan teruna akanmenyanyi dan lagu yang mengiringi mereka mungkin lagu apa saja yangberentak asli. Tumpuan mereka ketika menyanyi samada pada detik-detikgembira ataupun sedih ialah mengsinronisasi nyanyian mereka dengan muzik.Selain keselarian , mereka juga cuba menguatkan suara supaya tidak diatasioleh bunyi muzik. 40
  40. 40. Pantun Cerita-cerita bangsawan yang berunsurkan cerita-cerita tempatan tidakdapat dielakkan daripada penggunaan pantun. Pantun digunakan ketikaberkasih-kasihan, senda gurau atau cabar-mencabar. Disini menampakkankemahiran pelakon menjual dan membeli pantun secara improvisasi. Kecekapanmereka membeli dan menjual pantun untuk mematah cakap lawan, ataumenjawab pertanyaan lawan secara spontan dapat menimbulkan daya tarikankepada penonton. Ini jelas terbukti apabila setiap pantun yang dijual atau dibelimendapat tepukan gemuruh dari penonton. Yang mengkagumkan pelakon-pelakon utama ini dapat berpantun dengan lancar walaupun pada malam-malamberikutnya beliau belakon di dalam cerita yang berbeza. Babak-babak percintaan atau pertarungan sering diselitkan denganpantun. Selalunya digunakan dua atau tiga rangkap pantun, untuk setiap watakyang terlibat digunakan. Pantun-pantun ini ada kalanya disediakan terlebihdahulu atau dicipta pada masa itu. Pelakon harus cepat dan tepat membeli danmenjual pantun dan pantun-pantun ini haruslah disesuaikan denganperkembangan cerita. Sekiranya mereka gagal membeli pantun yang dijual,maksunya lain yang diminta lain pula dijawabnya atau lambat menjawab merekaakan di ejek oleh penonton. Ejekan penonton menandakan pelakon itu tewas didalam pantunnya. Pelakon harus peka dan tajam pemikirannya sebelummenjualatau membelinya. Sebagai contoh di dalam cerita Megat Terawis dimana pertarungan di antara Megat Terawis dengan Megat Sari, beberapapantun diucapkan sebelum bertarung, Megat Terawis : Anak Cina Bermain Gasing Mari bermain di bawah tangga Lautan berpusar awan berpusing Inikan cacing nak jadi naga 41
  41. 41. Pihak yang membelinya harus mencari akal pada masa itu juga untukmenjawabnya. Kalau jawapannya baik dan tepat sudah tentu mendapatsambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Megat Sari: Anak Cina masih masygul Mari mandi dengan adiknya Di lautan cina naga timbul Di sini kukira berapa sisiknyaDisebabkan sorakan penonton yang memberangsangkan Megat Terawis tidakmahu mengalah dengan jawapan pantun itu, lalu menjual pantun yang lain, Megat Terawis: Pukul nobat tiup nafiri Nak menabal raja seberang Musuh lain boleh dicari Jangan mencari maut di tangan abangMegat Sari mungkin terasa dirinya tercabar dan untuk menyahut cabaran itu,beliau mungkin berpantun begini, Megat Sari: Air mengalir jangan di tahan Kalau di tahan ramai dahaga Ajal maut Di tangan tuhan Tiada siapa dapat menduga (sumber Rahman B) 42
  42. 42. Berpantun ketika berkasih adalah sesuatu yang lumrah di dalam bangsawan.Penggunaan pantun ini menjadikan adengan itu lebih romantik. Berikut adalahpantun yang menunjukkan perpisahan di antara kekasih. Teruna: Penggal puan penggak cendana Sayang senduduk kait berkait Tinggallah tuan tinggalh nyawa Tinggallah duduk sebaik-baik Dara: Meredah paya Mencari kiambang Kiambang terapung dicelah duri Adinda di sini usahlah bimbang Kekanda di rantau jagalah diri Di dalam bangsawan untuk mendapatkan pantun yang paling sempurnadari segi ciri-ciri pantun yang indah adalah sesuatu yang sukar, kecuali yangdisediakan dan dilatih dahulu. Kesempurnaan dari segi bilangan sukukata yangpadat dan seimbang, pembayang maksud halusdan bertepatan dengan lokasicerita, penggunaan bahasa yang indah memang jarang ditemui. Pertama, pantunitu dilahirkan tanpa persediaan tetapi secara spontan. Di dalam keadaan spontanapa sahaja yang terlintas itulah hasilnya tetapi masih berupa pantun. Adaketikanya adengan berpantun ini dilatih terlebih dahulu tetapi semasa sesi latihanitu hanyadi sediakan dua rangkap pantun. Semasa persembahan, oleh keranarespon daripada penonton begitu baik, pengarah yang berada di sudut pentasmengarahkan pelakonnya memanjangkan adengan. Pelakon di dalam keadaanitu terpaksa mencari jalan membalasatau menjual secara spontan. 43
  43. 43. Kemerosotan Teater Bangsawan Menjelang tahun-tahun 1940an, teater bangsawan mengalami zaman-zaman kemerosotannya. Kemerosotannya bukanlah secara mendadak tetapiberansur-ansur yang berpuncakan beberapa faktor. Soasa sosial, ekonomi danpolitik serta saingan daripada media hiburan baru merupakan faktor-faktor yangmenyebabkan kemerosotan teater bangsawan.Sosial Para pelakon wanita di dalam kumpulan teater bangsawan, khasnya seripanggung, sentiasa di minati ramai peminat. Bakat dan kemahiran merekaberjaya memukau dan memikat para penonton malah ramai penonton yangtergila-gilakan mereka. Para peminat yang berkedudukan dan berada seringkaliberjaya memikat seri-seri panggung ini. Ramai pula seri panggung yang inginkanjaminan hidup dan kemewahan, telah berkahwin dengan peminat-peminatnyadan terus meninggalkan kumpulan teater bangsawan. Miss Erah pernahberkahwin dengan Sultan Perak. Ketiadaan mereka di dalam kumpulan sedikitsebanyaknya telah menjejaskan kehadiran penonton kerana salah satu faktormereka datang menonton bangsawan kerana meminati dan ingin melihat wajahseri panggung. Untuk mendapatkan seri panggung yang baru memerlukanbanyak masa, baik dari segi latihan dan pengalaman, sebelum pelakon itu dapatmenyaingi seri panggung yang lain.Ekonomi Orang muda dan Seri Panggung merupakan penentu kepada popularitisesebuah kumpulan. Oleh kerana banyk kumpulan yang wujud pada masa itu,1920-an dan 1930-an, setiap kumpulan sentiasa mencari jalan untukmempopularkan kumpulannya. Salah satu cara ialah „melamar‟ Pelakon OrangMuda dan Seri Panggung yang sedia popular di dalam kumpulan lain. Ramai 44
  44. 44. yang telah meninggalkan kumpulannya kerana bayaran gaji yang lebih tinggioleh majikan baru. Bukan sahaja dikalangan pelakon malah pemuzik dan penaripopular turut dilamar. Perbuatan „lamar melamar‟ ini menyebabkan sesuatukumpulan yang popular akan kehilangan artis-artis popularnya. Melatih pelakonbaru bukanlah satu perkara yang mudah. Pelakon baru ini pula masih belumboleh menjaminkan kumpulan tersebut akan popular. Daripada menanggungrisiko yang tinggi, taukeh-taukeh kumpulan yang kehilangan pelakon popularnyaterpaksa gulung tikar. Keadaan ekonomi yang meleset selepas Perang Dunia Kedua danpendudukan Jepun serta darurat merupakan era-era yang telah membataskankegiatan bangsawan. Pendapatan yang diperolehi oleh kumpulan-kumpulanbangsawan terus merosot dan banyak taukeh bangsawan terpaksa gulung tikar.Kemunculan Media Elektronik Kemunculan seni filem dan televisyen merupakan katalis kepadakemerosotan bangsawan. Media Hiburan ini lebih canggih dan menarikdaripadabangsawan. Ramai pelakon bangsawan melibatkan diri dengan filem keranapendapatan seorang bintang filem lebih lumayan dan penuh „glamour‟. Padatahun 1934, Syarikat Motilal Chemical merupakan pengeluar filem melayu yangulung di Tanah Melayu yang berpusat di singapura telah menerbitkan filemBistamam dan Laila Majnun. Pada tahun 1947, Shaw Brothers telah menerbitkanfilem Noor asmara dan Nasib manakala Cathy Keris pula menghasilkan filempertama mereka iaitu Buluh Perindu. Ramai daripada pelakon filem ini adalah bekas pelakon bangsawan. Disamping pelakon-pelakon, penari-penari dan pemuzik-pemuzik dari kumpulanbangsawan telah diambil kerja dengan syrikat-syarikat perfileman. Bekerja 45
  45. 45. dengan syarikat-syarikat perfileman lebih selesa dan terjamin. Mereka tidak perluberpindah dari satu bandar ke satu bandar lain. Pengambilan bekas-bekaspelakon bangsawan, yang sememangnya sudah popular di pentas bangsawanmenjadi pelakon filem merupakan usaha penerbit filem untuk melariskanfilemnya di samping itu penerbit filem tidak perlu lagi melatih atau mengajarpelakon-pelakon tersebut.Politik Keadaan sosial dan politik selepas Perang Dunia Kedua telahmempengaruhi minat penonton. Cerita-cerita fantasi sudah tidak sesuai lagi.Penonton lebih suka menonton sesuatu yang benar, berunsur sejarah, tepat,realistik, nasionalistik dan munasabah. Ciri-ciri ini tidak terdapat dalambangsawan. Helah atau tasmat yang mengkagumkan dan watak-watakkayangan yang terdapat di dalam bangswan sukar untuk menandingi filem-filemdan bentuk teater baru, sandiwara. Sandiwara menampilkan watak-watak sebenar dan menyamai kehidupanmalah menghapuskan extra-turn kerana adengan ini mengganggu-gugatperkembangan plot cerita. Kumpulan-kumpulan teater sandiwara baik profesionalatau amatur yang di tubuhkan oleh badan-badan belia, organisasi polis dan lain-lain persatuan merupakan teater popular di Tanah Melayu yang telahmenjejaskan populariti bangsawan.Pengurusan Tidak semua taukeh-taukeh bangsawan yang cekap menguruskumpulannya. Pembahagian keuntungan yang tidak adil, sikap taukeh yangterlalu mementingkan diri sendiri dan keuntungan. Kegiatan berjudi dan arak di 46
  46. 46. kalangan pekerja merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkankemerosotan sesebuah kumpulan. Menjelang Perang Dunia Kedua, kedudukan teater bangsawan bertambahgawat. Keadaan ekonomi yang kian merosot mengakibatkan jumlah penontonberkurangan. Kesannya pulangan atau ganjaran yang diterima oleh pekerjabangswan turut terjejas. Ramai yang meninggalkan kumpulan kerana jaminanhidup mulai tergugat. Masing-masing menceburi bidang pekerjaan yang lainsebagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.Rumusan Teater bangsawan adalah teater pelbagai atau ragaman keranaterkandung berbagai resepi. Ada ciri-ciri tradisional dan moden, terdapatlakonan, nyanyian, tarian, lawak jenaka, pantun, syair, bernasib serta adengan-adengan fizikal yang mengkagumkan. Penonton tidak akan kecewa kerana adadi antara ciri-ciri tadi dapat memenuhi slot yang di minatinya. Untukmenghidangkan segala elemen ini, setiap kumpulan bangsawan memerlukanramai artis dengan pengkhususan masing-masing. Adalah tidak menghairankandi dalam setiap kumpulan bangsawan mengandungi berpuluh orang anggota danberbelas lori untuk membawa peralatannya. Sebab itulah setiap kumpulan yangmengadakan persembahan mereka di sesebuah tempat, memakan masaberbulan-bulan lamanya. 47

×