SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
LAKONAN
KemAhirAN AsAs
LAKON
UNsUr-UNsUr TeATer
Disediakan oleh:
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
TEATER DALAM PENDIDIKAN
DEFINISI DRAMA DAN TEATER
DRAMA:
- Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu
(to act), dan untuk menyelesaikan sesuatu (to accomplish).
- Berasal dari bahas Yunani “draomai” atau “dran” yang bermaksud
berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya.
- Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu
bayangan kebenaran.
- Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan juga diistilahkan
sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII
TEATER:
- Berasal dari bahasa Yunani tua “theateron” yang bermaksud tempat
menonton.
- Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan
atau gedung pertunjukan atau auditorium.
- Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di
depan khalayak secara langsung pada masa dan tempat yang terhad.
- Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga
cuba diketengahkan.
- Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari
segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat.
- Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui
proses edit berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali
pementasan.
- Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan
kemahiran asas lakon yang tinggi.
- Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya
berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal.
- Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada
seseorang pelaku teater.
- Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak
semestinya boleh menjadi pelaku teater.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
KEMAHIRAN ASAS LAKON
Meliputi 3 perkara utama iaitu
• Fizikal
• Vokal
• Mental dan emosi
FIZIKAL
- Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama
ada dengan dialog atau tidak.
- Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan
seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai
dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati(sesuai
dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon).
- Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas.
Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut:
a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri
b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang
c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit
e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap
f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi.
- Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan
terkurang atau berlebih-lebihan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah
sebati dalam kehidupan.
- Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat
menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah.
- Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang
berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip),
telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan),
kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan
menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu).
- Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal
lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 :
 Gerak teaterikal
- Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang
sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad
mengikut naskhah sahaja.
 Gerak non teaterikal
- Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan
pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.
 Gerak Halus.
- Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang
berkait rapat dengan ekspresi.
 Gerak Kasar
- Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh
kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu :
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan
akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk
dan sebagainya.
b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang.
Misalnya membaca surat khabar, menulis, mengambil air,
menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan
props.
c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang
satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari,
bergulung-gulung, melompat dan sebagainya.
d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai
orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya.
LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL
Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas,
indah dan artistik.
- Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini
kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian
kepala.
- Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula
daripada bawah hingga kepala.
- Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas.
- Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak
pasangannya secara berganti.
- Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih
berfokus kepada mata atau berpandangan.
- Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan
diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak,
diputar dan kemudian dijatuhkan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut
ketua kelompok atau kumpulan.
- Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan
bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak.
Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua
kelompok. Tangan jangan sampai terlepas.
- Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman:
Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam
imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi.
- Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.
- Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti
benar-benar berlaku.
VOKAL
- Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam
kemahiran fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi.
- Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian.
- Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon.
- Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ;
a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.
b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)
c) Mesej dialog sampai kepada penonton.
d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal
- Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang
berterusan dan berkesan.
- Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah :
a) Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut
“wah….”, mengumam “mmm…mmm…”, mendesis “sss…”,
vocal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan berulang kali.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
b) Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal
c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria.
d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat,
membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan
berbagai variasi lain.
- Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak
sedang terkikis.
- Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga
merosakkan peti suara.
- Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan
luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai, sungai dan bukit.
- Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup.
Artikulasi
- Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog.
- Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap
terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi
(tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya).
- Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan
kecacatan artikulasi.
- Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang
dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau,
kecil, besar dan sebagainya.
Getikulasi
- Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan
pada kata atau kalimat pada sebuah dialog.
- Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan
dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud
yang berbeza. Misalnya, “Tuan kelewatan. Pergi!”
Intonasi
- Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak
mendatar dan membosankan.
- Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :
 Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna
yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan
yang dihitamkan dalam frasa di bawah:
a. Saya tidak bersalah !
b. Saya tidak bersalah !
c. Saya tidak bersalah !
 Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan
bukannya seperti biasa.
 Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan
pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara.
Cross Talk
- Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih
artikulasi dan intonasi vocal.
Warna Suara
- Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza.
- Warna suara juga berbeza mengikut usia.
- Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang
tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan
sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang.
- Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititik
beratkan.
- Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan:
a. Pernafasan dada.
- Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan
mengeluarkan vocal.
- Contohnya dalam latihan humming.
- Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan
untuk melafazkan dialog kerana boleh menjejaskan lakonan.
- Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara
yang diserap masuk ke rongga.
b. Pernafasan perut.
- Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam
perut dan melepaskannya.
- Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi
lakonan. Malah suara yang dikeluarkan daripada perut akan lebih
jelas dan bulat.
c. Pernafasan lengkap.
- Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan
dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap
minimum. Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika
mengeluarkan vocal tanpa banyak pergerakan..
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan
pemanasan vokal.
d. Pernafasan diafragma
- Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang
apabila kita menyedut udara.
- Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam
percakapan seharian.
- Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya
tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut.
LATIHAN PERNAFASAN
- Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan
tahan.
- Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal
sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut tadi.
- Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat
- Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut
dengan mendesis, mengumam atau cara-cara lain tanpa melepaskannya
terus.
MENTAL DAN EMOSI.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan
memerlukan kemahiran untuk digunakan secara maksima agar lakonan
berkesan.
- Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia dan bijak menangani apa
jua situasi.
- Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan dalaman
seseorang. Mental mestilah sentiasa bersedia menerima apa jua situasi
dan emosi memainkan peranan untuk menunjukkan sesuatu situasi
tersebut misalnya marah, sedih, gembira, benci, bingung, gugup, takut
dan sebagainya.
- Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud dengan sepenuhnya.
- Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri
pasti mentalnya tidak dapat berperanan maksimum.
- Mental dan emosi juga sentiasa beriringan dengan ekspresi,
penghayatan, imaginasi, ilusi dan dalaman seseorang. Imaginasi (khayal
cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam membayangkan sesuatu.
- Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan
mental dan emosi.
- Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif.
- Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi dari naskhah untuk
diterjemahkan kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan
mental dan emosi.
- Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang
perlu:
a) Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah
b) Melakukan gerak serta dialog
c) Menghayati muzik yang bersesuaian untuk mengiringi
penghayatan naskhah.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Oleh itu jelas kemahiran asas lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga
tidak terkecuali dijana oleh kemahiran mental dan emosi.
Persediaan Dan Persiapan Pelakon
- Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan
watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu
yang dipanggil green room.
- Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu
gilirannya masuk ke pentas.
- Pelakon professional selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga
ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat.
- Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon
hanya akan kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon
yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon :
a. Memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat
responsive terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang
keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya).
b. Mempunyai kemampuan imaginasi (hayal cipta)
namun tidak terlepas dari kawalan realiti.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
Asas Utama Seorang Pelakon:
 Bakat (Semulajadi)
 Latihan (Pembelajaran)
 Amalan (Praktis)
Etika Seorang Pelakon
- Jangan menganggap diri sebagai star, primadona.
- Menghormati semua ahli yang terlibat di dalam produksi
- Menepati masa
- Mengikuti setiap rehearsal
- Datang rehearsal dalam keadaan bersedia(warm up,vocal dan prop
personal sentiasa bersama)
- Memastikan berjalan ke setiap landasan latihan tiada benda-benda yang
tajam yang boleh mencederakan.
- Jangan makan, minum, merokok apabila di dalam kostum, kecuali
mendapat kebenaran dari designer atau pengarah.
- Jangan memasang tv atau radio sesuka hati dibelakang pentas.
- Jangan menganggu pelakon lain 20minit sebelum bermula persembahan
- Jangan bertelagah dengan pengarah atau stage manager secara terbuka
- Mempastikan setiap props, kostum dibawah tanggungjawab anda
sebelum dan selepas persembahan. Tempatkan mengikut arahan.
- Jangan bertindak sebagai pengarah atau memberikan cadangan kepada
pelakon lain. Berbincang dengan pengarah terlebih dahulu
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Sentiasa ada kertas dan pen sewaktu rehearsal.
Membentuk Pelakon
- Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah
- Berkerjasama dengan pengarah
- Bekerja secara berkumpulan
- Menyatakan matlamat pengarang
- Menggerakkan plot drama
- Menentukan tema dan persoalan
Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski (1863-
1938). Beliau adalah:
- Pelopor lakonan realistic
- Pengasas bersama Moscow Art Theatre
- Pernah berkerja bersama Anton Chekov
- Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai satu proses
mencipta sesuatu yang diisi dengan psikologikal dan mental
- Untuk mencapai proses tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah
yang dikenali sebagai The System.
- Kaedah ini diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem
Membentuk Aksi
Aksi dapat dibentuk daripada tiga proses seperti berikut:
- fizikal
- Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social, ekonomi,
politik.
- Spiritual (dapat membentuk transformasi)
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
Lakonan yang baik adalah:
- Keupayaan mempamir gaya tersendiri seperti imaginasi, kejujuran
perasaan dan empati ketika memberi khidmat proses kreatif
- Keupayaan memberi fokus dan mendengar
- Latihan vokal untuk lebih bertenaga, melahirkan emosi dan kejelasan
- Memberi tekanan latihan fizikal mengikut kesesuaian, keseimbangan dan
lentur tubuh.
- Mempunyai wawasan terhadap psikologi manusia
- Bersedia memahami dan mencintai bahasa
- Banyak membaca, membuat kajian dan membuat analisis teks.
- Kemahiran lain seperti menyanyi, menari dan bermain alat muzik atau
pertahanan diri dan gerak fizikal lain seperti pelawak sarkis, acrobatik dan
menjugel (juggling), commedia dell’ arte dan mengaplikasi teknik topeng,
serta improvisasi juga membantu kualiti lakonan.
Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski
Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya
membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah
Stanilavski seperti berikut:
 The “magic if”
- Keajaiban kalausatu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan
membuat soalah demi soalan seperti “bagaimana kalau saya dalam
situasi yang begitu?” Contohnya:
a. Anda sedang bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke Majlis
Khidmat Cemerlang, tiba-tiba lampu padam.
b. Tiket penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan
semua telah sedia untuk anda bercuti, tiba-tiba anda mendapat
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan
yang belum diselesaikan.
c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting,
tiba-tiba di pertengahan perjalanan anda menyedari telah
tersilap naik keretapi.
 Given Circumstances
- Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak
diperjelaskan oleh penulis seperti plot, latar sejarah, latar watak
dan perwatakan dan latar masyarakat yang diwakili.
- Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut:
a. Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi
b. Interpretasi pengarah dan pelakon
c. Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk
menghasilkan perwatakan
d. Pengaruh persekitaran akan memberikan kesan kepada
psikologi dan fizikal watak
e. Pelakon perlu dibiasakan dengan persekitaran tersebut
f. Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada
persekitaran yang dihadapi
g. Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di
dalam drama akan membolehkan pelakon memilih aksi
meletakkan pengalaman dalaman dan emosi
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
 Subtext - Makna disebalik perkataan
- Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan dialog yang
dilontar yang ada kena mengena dengan sebalik kehidupan watak.
- Manusia amat sukar untuk mencari perkataan yang sesuai dengan
ekspresinya
- Subtext akan membentuk perkataan dengan menjadi unik
- Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang
berlainan bergantung kepada individu yang mengucapnya
- Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya terletak pada perkataan
itu sendiri  tetapi kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat
mesti dipelajari sejak awal lagi
 Super Objektive
- Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi
satu-satu babak, satu keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satu-
satu aksi atau apa yang hendak diperlihatkan oleh pelakon.
- Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater
yang hebat.
- Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu
dengan teliti oleh pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga
peristiwa.
- Pelakon harus mempunyai super objektif
- Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif
- Daripadanya objektif akan dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit.
- Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.
 Motivation
- Merupakan dorongan untuk mencungkil perkara tersembunyi.
yang ada pada setiap tingkah laku / kelakuan / gelagat watak-watak
 Obstacle - Halangan
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang
pelakon mencapai tujuan lakonnya yang menghalang tujuan dan
pelaksanaan
 Concentration - Penumpuan
- Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna.
PERSEDIAAN SEORANG PELAKON
- Pergi menonton sebanyak-banyaknya
- Cari kelas teater atau lakon dimana-mana sekolah/bengkel drama atau
teater
- Sertai sekolah/kumpulan improvisasi
- Pergi ke ujibakat yang dianjurkan oleh kumpulan teater
- Menjadi sukarelawan pekerja belakang pentas dan lihat latihan seboleh
mungkin
- Cari kursus-kursus lakonan
- Semak web site teater untuk maklumat terkini mengenai lakonan dant
eater
- Baca banyak skrip teater
UNSUR-UNSUR TEATER
- Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam
kehidupan berteater selain daripada kemahiran asas lakon.
- Unsur-unsur teater terdiri daripada:
 Pelaku
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
 Ruang
 Mesej
 Penonton Kolektif
 Naskhah Lakon
 Gabungan
PELAKU
- Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti
pelakon, penari, penyanyi dan pemuzik.
- Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku
secara terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang
(dalam kehidupan seharian).
- Pelaku terancang sangat penting dalam sesebuah persembahan atau
pementasan.
- Dengan kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi
natural seperti pelaku yang tidak terancang.
- Pelaku terancang terbahagi kepada:
a) Pelaku watak manusia.
- Meliputi perwatakan manusia yang ada di sekeliling kita.
- Contohnya penagih dadah, bapa, emak, nenek, OKU, orang gila,
orang tua dan sebagainya.
b) Pelaku watak bukan manusia
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya
mengikut kreativiti seseorang.
- Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam
khayalan atau fiksyen.
- Contohnya pokok, rebut dan ombak
Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan dalam sesebuah pementasan
bersifat hiperbola mengikut kreativiti pembawaannya.
RUANG
- Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di
pentas
- Pada umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian.
- Bahagian-bahagian ini mempunyai keutamaan dan peranannya yang
tersendiri.
- Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas pentas atau bloking
kerana perkara ini tidak ditetapkan dalam naskhah lakon.
- Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut
a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri
b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang
c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit
e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap
f) Menghadap lebih utama daripada membelakangi
• Sila masukkan gambarajah ruang
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang
mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Seimbang
- Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas.
- Seimbang dari segi letak duduk set dan props seperti alat muzik dan
pemainnya. Bagi mewujudkan keseimbangan, kedudukan pelaku tidak
sesuai dikelompokkan atau dikumpul di satu bahagian pentas sahaja.
b) Utuh
- Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling
menutupi.
- Walau bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip
kerana kreativiti masih diambil kira.
c) Bervariasi
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu
tempat sahaja.
- Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza
dan tingkat atau aras juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan
penonton.
d) Memiliki titik pusat
- Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku.
- Ia penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan
ruang yang ada tidak bercelaru.
e) Wajar
- Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural
dan tidak dibuat-buat atau stereotaip.
- Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di samping
boleh memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak.
MESEJ
- Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan
pengarah.
- Tanpa mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong.
- Mesej biasanya berdasarkan pelbagai isu yang ada disekeliling kita
digarap dalam bentuk persembahan untuk disampaikan semula kepada
masyarakat sama ada melalui perlakuan atau perkataan.
- Perlakuan adalah melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
PENONTON KOLEKTIF
- Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka
yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan secara terus dari
pelaku yang beraksi di pentas.
- Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan
memberikan respons terhadap apa yang disajikan.
- Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan
babak sahaja kerana pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah.
- Penonton kolektif boleh berlaku melalui hubungan mata, bahasa badan,
memek muka dan kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-lebihan.
NASKHAH LAKON.
- Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu
pementasan teater.
- Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi.
- Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan
tenaga produksi tersasar atau menyimpang daripada kehendak cerita
yang cuba diketengahkan.
- Oleh itu naskhah lakon perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam
produksi berkenaan.
- Naskhah lakon bukan hanya merujuk kepada dialog semata-mata tetapi
termasuk semua perkara dalam produksi berkenaan.
GABUNGAN
- Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan
emosi.
- Gabungan kesemua kemahiran ini dapat mewujudkan suatu
persembahan yang mantap.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Selain itu, aspek sinografi juga menjadi satu gabungan penting dalam
sebuah pementasan teater.
- Dalam hal yang demikian, seorang pelaku juga perlu menguasai
kemahiran improvisasi bagi mewujudkan kreativiti dan imaginasi yang
tinggi semasa berlakon.

More Related Content

What's hot

BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAHzerat88
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 

What's hot (20)

kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Jenis jenis pantun
Jenis jenis pantunJenis jenis pantun
Jenis jenis pantun
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAH
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
multimedia interaktif
multimedia interaktifmultimedia interaktif
multimedia interaktif
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 

Similar to TEATER DALAM PENDIDIKAN

Memahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageMemahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageCitra Siskaliana
 
Memahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageMemahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageCitra Siskaliana
 
Merancang naskah adaptasi
Merancang naskah adaptasiMerancang naskah adaptasi
Merancang naskah adaptasishelviaa
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...Amin Upsi
 
Bab 7 meragakan adegan fragmen
Bab 7 meragakan adegan fragmenBab 7 meragakan adegan fragmen
Bab 7 meragakan adegan fragmenSMPK Stella Maris
 
Asas lakonan 1
Asas lakonan 1Asas lakonan 1
Asas lakonan 1Ismail Noh
 
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danKaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danAkid Suhaimi
 
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"alvina ayudha
 
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktifJeya Devi
 
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan DramaB. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan DramaRamadhani Sardiman
 
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan DramaB. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan DramaRamadhani Sardiman
 
Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzikErwan Hamid
 
ebook - Komunikasi efektif dalam Public Speaking
ebook - Komunikasi efektif dalam Public Speakingebook - Komunikasi efektif dalam Public Speaking
ebook - Komunikasi efektif dalam Public SpeakingAhmad Madu
 
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi Efektif
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi EfektifMenjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi Efektif
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi EfektifAhmad Madu
 

Similar to TEATER DALAM PENDIDIKAN (20)

Metode terapan latihan teater
Metode terapan latihan teaterMetode terapan latihan teater
Metode terapan latihan teater
 
Drama
DramaDrama
Drama
 
Memahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageMemahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body language
 
Memahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body languageMemahami seseorang lewat body language
Memahami seseorang lewat body language
 
Merancang naskah adaptasi
Merancang naskah adaptasiMerancang naskah adaptasi
Merancang naskah adaptasi
 
Learning More Effective by Mastering Tone of Voice
Learning More Effective by Mastering Tone of VoiceLearning More Effective by Mastering Tone of Voice
Learning More Effective by Mastering Tone of Voice
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Tingkah laku non verbal dalam komunikasi inte...
 
Bab 7 meragakan adegan fragmen
Bab 7 meragakan adegan fragmenBab 7 meragakan adegan fragmen
Bab 7 meragakan adegan fragmen
 
Asas lakonan 1
Asas lakonan 1Asas lakonan 1
Asas lakonan 1
 
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danKaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
 
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"
Seni budaya kelas 10 "Pemeranan"
 
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif
95565211 sensory-stimulation-theory-untuk-pembelajaran-aktif
 
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan DramaB. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 5.2 Menganalisis Pementasan Drama
 
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan DramaB. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan Drama
B. Indonesia - KD 6.2 Memerankan Tokoh Pementasan Drama
 
PENEROKAAN,
PENEROKAAN, PENEROKAAN,
PENEROKAAN,
 
GERAK.pptx
GERAK.pptxGERAK.pptx
GERAK.pptx
 
Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzik
 
Dalcroze
DalcrozeDalcroze
Dalcroze
 
ebook - Komunikasi efektif dalam Public Speaking
ebook - Komunikasi efektif dalam Public Speakingebook - Komunikasi efektif dalam Public Speaking
ebook - Komunikasi efektif dalam Public Speaking
 
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi Efektif
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi EfektifMenjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi Efektif
Menjadi Public Speaker Handal dari Komunikasi Efektif
 

More from Ismail Noh

Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiIsmail Noh
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alatIsmail Noh
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiIsmail Noh
 
Teknik vokal dan dinamik suara
Teknik vokal dan dinamik suaraTeknik vokal dan dinamik suara
Teknik vokal dan dinamik suaraIsmail Noh
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaanIsmail Noh
 
Modul teater kanak kanak
Modul teater kanak kanakModul teater kanak kanak
Modul teater kanak kanakIsmail Noh
 
Nota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan DramaNota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan DramaIsmail Noh
 

More from Ismail Noh (9)

Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
 
Teknik vokal dan dinamik suara
Teknik vokal dan dinamik suaraTeknik vokal dan dinamik suara
Teknik vokal dan dinamik suara
 
Olah tubuh
Olah tubuhOlah tubuh
Olah tubuh
 
Slide teater
Slide teaterSlide teater
Slide teater
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaan
 
Modul teater kanak kanak
Modul teater kanak kanakModul teater kanak kanak
Modul teater kanak kanak
 
Nota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan DramaNota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan Drama
 

Recently uploaded

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Recently uploaded (20)

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

TEATER DALAM PENDIDIKAN

  • 1. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH LAKONAN KemAhirAN AsAs LAKON UNsUr-UNsUr TeATer Disediakan oleh: PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH
  • 2. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH TEATER DALAM PENDIDIKAN DEFINISI DRAMA DAN TEATER DRAMA: - Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu (to act), dan untuk menyelesaikan sesuatu (to accomplish). - Berasal dari bahas Yunani “draomai” atau “dran” yang bermaksud berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. - Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. - Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan juga diistilahkan sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII TEATER: - Berasal dari bahasa Yunani tua “theateron” yang bermaksud tempat menonton. - Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan atau gedung pertunjukan atau auditorium. - Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di depan khalayak secara langsung pada masa dan tempat yang terhad. - Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga cuba diketengahkan. - Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat. - Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat.
  • 3. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui proses edit berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali pementasan. - Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan kemahiran asas lakon yang tinggi. - Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal. - Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada seseorang pelaku teater. - Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak semestinya boleh menjadi pelaku teater.
  • 4. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH KEMAHIRAN ASAS LAKON Meliputi 3 perkara utama iaitu • Fizikal • Vokal • Mental dan emosi FIZIKAL - Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama ada dengan dialog atau tidak. - Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati(sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon). - Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut: a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi. - Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-lebihan.
  • 5. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. - Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah. - Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan), kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu). - Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 :  Gerak teaterikal - Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja.  Gerak non teaterikal - Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.  Gerak Halus. - Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat dengan ekspresi.  Gerak Kasar - Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu :
  • 6. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya. b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya membaca surat khabar, menulis, mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan props. c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat dan sebagainya. d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya. LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas, indah dan artistik. - Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian kepala. - Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula daripada bawah hingga kepala. - Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas. - Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya secara berganti. - Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih berfokus kepada mata atau berpandangan. - Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak, diputar dan kemudian dijatuhkan.
  • 7. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut ketua kelompok atau kumpulan. - Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak. Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua kelompok. Tangan jangan sampai terlepas. - Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman: Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi. - Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman. - Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti benar-benar berlaku. VOKAL - Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi. - Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian. - Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. - Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ; a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh. b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi) c) Mesej dialog sampai kepada penonton. d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal - Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan berkesan. - Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah : a) Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut “wah….”, mengumam “mmm…mmm…”, mendesis “sss…”, vocal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan berulang kali.
  • 8. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH b) Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria. d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat, membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan berbagai variasi lain. - Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak sedang terkikis. - Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga merosakkan peti suara. - Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai, sungai dan bukit. - Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup. Artikulasi - Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog. - Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya). - Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi. - Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau, kecil, besar dan sebagainya. Getikulasi - Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan pada kata atau kalimat pada sebuah dialog. - Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza.
  • 9. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, “Tuan kelewatan. Pergi!” Intonasi - Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan membosankan. - Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :  Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan yang dihitamkan dalam frasa di bawah: a. Saya tidak bersalah ! b. Saya tidak bersalah ! c. Saya tidak bersalah !  Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan bukannya seperti biasa.  Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara. Cross Talk - Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih artikulasi dan intonasi vocal. Warna Suara - Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza. - Warna suara juga berbeza mengikut usia. - Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang. - Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
  • 10. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititik beratkan. - Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan: a. Pernafasan dada. - Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan mengeluarkan vocal. - Contohnya dalam latihan humming. - Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan untuk melafazkan dialog kerana boleh menjejaskan lakonan. - Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara yang diserap masuk ke rongga. b. Pernafasan perut. - Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam perut dan melepaskannya. - Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi lakonan. Malah suara yang dikeluarkan daripada perut akan lebih jelas dan bulat. c. Pernafasan lengkap. - Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap minimum. Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika mengeluarkan vocal tanpa banyak pergerakan..
  • 11. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan pemanasan vokal. d. Pernafasan diafragma - Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut udara. - Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian. - Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut. LATIHAN PERNAFASAN - Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan tahan. - Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut tadi. - Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat - Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut dengan mendesis, mengumam atau cara-cara lain tanpa melepaskannya terus. MENTAL DAN EMOSI.
  • 12. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan memerlukan kemahiran untuk digunakan secara maksima agar lakonan berkesan. - Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia dan bijak menangani apa jua situasi. - Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan dalaman seseorang. Mental mestilah sentiasa bersedia menerima apa jua situasi dan emosi memainkan peranan untuk menunjukkan sesuatu situasi tersebut misalnya marah, sedih, gembira, benci, bingung, gugup, takut dan sebagainya. - Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud dengan sepenuhnya. - Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri pasti mentalnya tidak dapat berperanan maksimum. - Mental dan emosi juga sentiasa beriringan dengan ekspresi, penghayatan, imaginasi, ilusi dan dalaman seseorang. Imaginasi (khayal cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam membayangkan sesuatu. - Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan mental dan emosi. - Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif. - Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi dari naskhah untuk diterjemahkan kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan mental dan emosi. - Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang perlu: a) Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah b) Melakukan gerak serta dialog c) Menghayati muzik yang bersesuaian untuk mengiringi penghayatan naskhah.
  • 13. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Oleh itu jelas kemahiran asas lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga tidak terkecuali dijana oleh kemahiran mental dan emosi. Persediaan Dan Persiapan Pelakon - Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu yang dipanggil green room. - Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu gilirannya masuk ke pentas. - Pelakon professional selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat. - Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon hanya akan kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon : a. Memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat responsive terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya). b. Mempunyai kemampuan imaginasi (hayal cipta) namun tidak terlepas dari kawalan realiti.
  • 14. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH Asas Utama Seorang Pelakon:  Bakat (Semulajadi)  Latihan (Pembelajaran)  Amalan (Praktis) Etika Seorang Pelakon - Jangan menganggap diri sebagai star, primadona. - Menghormati semua ahli yang terlibat di dalam produksi - Menepati masa - Mengikuti setiap rehearsal - Datang rehearsal dalam keadaan bersedia(warm up,vocal dan prop personal sentiasa bersama) - Memastikan berjalan ke setiap landasan latihan tiada benda-benda yang tajam yang boleh mencederakan. - Jangan makan, minum, merokok apabila di dalam kostum, kecuali mendapat kebenaran dari designer atau pengarah. - Jangan memasang tv atau radio sesuka hati dibelakang pentas. - Jangan menganggu pelakon lain 20minit sebelum bermula persembahan - Jangan bertelagah dengan pengarah atau stage manager secara terbuka - Mempastikan setiap props, kostum dibawah tanggungjawab anda sebelum dan selepas persembahan. Tempatkan mengikut arahan. - Jangan bertindak sebagai pengarah atau memberikan cadangan kepada pelakon lain. Berbincang dengan pengarah terlebih dahulu
  • 15. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Sentiasa ada kertas dan pen sewaktu rehearsal. Membentuk Pelakon - Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah - Berkerjasama dengan pengarah - Bekerja secara berkumpulan - Menyatakan matlamat pengarang - Menggerakkan plot drama - Menentukan tema dan persoalan Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski (1863- 1938). Beliau adalah: - Pelopor lakonan realistic - Pengasas bersama Moscow Art Theatre - Pernah berkerja bersama Anton Chekov - Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai satu proses mencipta sesuatu yang diisi dengan psikologikal dan mental - Untuk mencapai proses tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah yang dikenali sebagai The System. - Kaedah ini diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem Membentuk Aksi Aksi dapat dibentuk daripada tiga proses seperti berikut: - fizikal - Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social, ekonomi, politik. - Spiritual (dapat membentuk transformasi)
  • 16. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH Lakonan yang baik adalah: - Keupayaan mempamir gaya tersendiri seperti imaginasi, kejujuran perasaan dan empati ketika memberi khidmat proses kreatif - Keupayaan memberi fokus dan mendengar - Latihan vokal untuk lebih bertenaga, melahirkan emosi dan kejelasan - Memberi tekanan latihan fizikal mengikut kesesuaian, keseimbangan dan lentur tubuh. - Mempunyai wawasan terhadap psikologi manusia - Bersedia memahami dan mencintai bahasa - Banyak membaca, membuat kajian dan membuat analisis teks. - Kemahiran lain seperti menyanyi, menari dan bermain alat muzik atau pertahanan diri dan gerak fizikal lain seperti pelawak sarkis, acrobatik dan menjugel (juggling), commedia dell’ arte dan mengaplikasi teknik topeng, serta improvisasi juga membantu kualiti lakonan. Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah Stanilavski seperti berikut:  The “magic if” - Keajaiban kalausatu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan membuat soalah demi soalan seperti “bagaimana kalau saya dalam situasi yang begitu?” Contohnya: a. Anda sedang bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke Majlis Khidmat Cemerlang, tiba-tiba lampu padam. b. Tiket penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan semua telah sedia untuk anda bercuti, tiba-tiba anda mendapat
  • 17. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan yang belum diselesaikan. c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting, tiba-tiba di pertengahan perjalanan anda menyedari telah tersilap naik keretapi.  Given Circumstances - Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak diperjelaskan oleh penulis seperti plot, latar sejarah, latar watak dan perwatakan dan latar masyarakat yang diwakili. - Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut: a. Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi b. Interpretasi pengarah dan pelakon c. Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk menghasilkan perwatakan d. Pengaruh persekitaran akan memberikan kesan kepada psikologi dan fizikal watak e. Pelakon perlu dibiasakan dengan persekitaran tersebut f. Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada persekitaran yang dihadapi g. Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di dalam drama akan membolehkan pelakon memilih aksi meletakkan pengalaman dalaman dan emosi
  • 18. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH  Subtext - Makna disebalik perkataan - Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan dialog yang dilontar yang ada kena mengena dengan sebalik kehidupan watak. - Manusia amat sukar untuk mencari perkataan yang sesuai dengan ekspresinya - Subtext akan membentuk perkataan dengan menjadi unik - Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang berlainan bergantung kepada individu yang mengucapnya - Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya terletak pada perkataan itu sendiri tetapi kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat mesti dipelajari sejak awal lagi  Super Objektive - Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi satu-satu babak, satu keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satu- satu aksi atau apa yang hendak diperlihatkan oleh pelakon. - Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater yang hebat. - Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu dengan teliti oleh pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga peristiwa. - Pelakon harus mempunyai super objektif - Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif - Daripadanya objektif akan dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit. - Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.  Motivation - Merupakan dorongan untuk mencungkil perkara tersembunyi. yang ada pada setiap tingkah laku / kelakuan / gelagat watak-watak  Obstacle - Halangan
  • 19. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang pelakon mencapai tujuan lakonnya yang menghalang tujuan dan pelaksanaan  Concentration - Penumpuan - Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna. PERSEDIAAN SEORANG PELAKON - Pergi menonton sebanyak-banyaknya - Cari kelas teater atau lakon dimana-mana sekolah/bengkel drama atau teater - Sertai sekolah/kumpulan improvisasi - Pergi ke ujibakat yang dianjurkan oleh kumpulan teater - Menjadi sukarelawan pekerja belakang pentas dan lihat latihan seboleh mungkin - Cari kursus-kursus lakonan - Semak web site teater untuk maklumat terkini mengenai lakonan dant eater - Baca banyak skrip teater UNSUR-UNSUR TEATER - Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam kehidupan berteater selain daripada kemahiran asas lakon. - Unsur-unsur teater terdiri daripada:  Pelaku
  • 20. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH  Ruang  Mesej  Penonton Kolektif  Naskhah Lakon  Gabungan PELAKU - Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti pelakon, penari, penyanyi dan pemuzik. - Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku secara terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang (dalam kehidupan seharian). - Pelaku terancang sangat penting dalam sesebuah persembahan atau pementasan. - Dengan kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi natural seperti pelaku yang tidak terancang. - Pelaku terancang terbahagi kepada: a) Pelaku watak manusia. - Meliputi perwatakan manusia yang ada di sekeliling kita. - Contohnya penagih dadah, bapa, emak, nenek, OKU, orang gila, orang tua dan sebagainya. b) Pelaku watak bukan manusia
  • 21. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya mengikut kreativiti seseorang. - Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam khayalan atau fiksyen. - Contohnya pokok, rebut dan ombak Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan dalam sesebuah pementasan bersifat hiperbola mengikut kreativiti pembawaannya. RUANG - Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di pentas - Pada umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian. - Bahagian-bahagian ini mempunyai keutamaan dan peranannya yang tersendiri. - Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas pentas atau bloking kerana perkara ini tidak ditetapkan dalam naskhah lakon. - Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap f) Menghadap lebih utama daripada membelakangi • Sila masukkan gambarajah ruang
  • 22. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang mempunyai ciri-ciri berikut: a) Seimbang - Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas. - Seimbang dari segi letak duduk set dan props seperti alat muzik dan pemainnya. Bagi mewujudkan keseimbangan, kedudukan pelaku tidak sesuai dikelompokkan atau dikumpul di satu bahagian pentas sahaja. b) Utuh - Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling menutupi. - Walau bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip kerana kreativiti masih diambil kira. c) Bervariasi
  • 23. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu tempat sahaja. - Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza dan tingkat atau aras juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan penonton. d) Memiliki titik pusat - Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku. - Ia penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan ruang yang ada tidak bercelaru. e) Wajar - Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural dan tidak dibuat-buat atau stereotaip. - Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di samping boleh memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak. MESEJ - Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan pengarah. - Tanpa mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong. - Mesej biasanya berdasarkan pelbagai isu yang ada disekeliling kita digarap dalam bentuk persembahan untuk disampaikan semula kepada masyarakat sama ada melalui perlakuan atau perkataan. - Perlakuan adalah melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
  • 24. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH PENONTON KOLEKTIF - Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan secara terus dari pelaku yang beraksi di pentas. - Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan memberikan respons terhadap apa yang disajikan. - Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan babak sahaja kerana pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah. - Penonton kolektif boleh berlaku melalui hubungan mata, bahasa badan, memek muka dan kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-lebihan. NASKHAH LAKON. - Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu pementasan teater. - Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi. - Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan tenaga produksi tersasar atau menyimpang daripada kehendak cerita yang cuba diketengahkan. - Oleh itu naskhah lakon perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam produksi berkenaan. - Naskhah lakon bukan hanya merujuk kepada dialog semata-mata tetapi termasuk semua perkara dalam produksi berkenaan. GABUNGAN - Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan emosi. - Gabungan kesemua kemahiran ini dapat mewujudkan suatu persembahan yang mantap.
  • 25. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Selain itu, aspek sinografi juga menjadi satu gabungan penting dalam sebuah pementasan teater. - Dalam hal yang demikian, seorang pelaku juga perlu menguasai kemahiran improvisasi bagi mewujudkan kreativiti dan imaginasi yang tinggi semasa berlakon.