3. ISU: BANYAK BERTANYA KEPADA GURU
• Hadis-hadis di dalam tema bertanya adalah sangat banyak dimana
sebahagiannya menunjukkan galakan dan sebahagian lain pula celaan.
• Sebahagian orang menyangka bahawa banyak bertanya itu adalah tanda
kurangnya adab kepada guru lalu berdalilkan dengan beberapa hadis
sehingga ada ungkapan masyhur iaitu "barangsiapa banyak bertanya maka
lemahlah imannya".
• Untuk memahami isu ini kita perlu mengumpulkan keseluruhan hadis-hadis
di bawah tema pertanyaan/persoalan lalu melakukan analisis terhadapnya
berpandukan manhaj ilmi.
5. Pengumpulan Hadith Berdasarkan Tajuk/Tema
1. Persoalan di dalam Bahasa Arab ialah سأل
-
يسأل
–
سؤاال
2. Untuk mencari dan mengumpulkan keseluruhan hadis berdasarkan
kalimah سأل
-
يسأل
–
سؤاال , maka kita manfaatkan Maktabah Syamilah
dengan memasukkan kalimah tadi pada bahagian البحث dengan
filter كتب
السنة . Rujuk gambar pada slides berikut.
3. Rujuk pensyarah bagi menggunakan kemahiran mencari hadis
menggunakan maktabah Syamilah bagi mereka yang tidak pernah
terdedah dengan software ini.
12. Analisis Sanad Hadis
• Analisis sanad adalah kajian terhadap status hadis. Jika didapati ada hadis
yang tersangat dhaif atau palsu, maka ia perlulah disaring kerana ianya
tidak boleh dijadikan sebagai sandaran walaupun di dalam fadhail.
• Hasil pencarian tema persoalan ini, terdapat beberapa hadis palsu yang
ditemui. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan Abi Nu’aim di dalam
Hilyah kata Ali:
يف ُ
رَ
جْ
ؤُي ُهَّني
إَف هللا ُ
مُ
كَْ
ْحْ
رَي اوُلَ
سَف ُ
الَ
ؤُّ
الس اَ
هُ
احَتْ
في
مَ
و ُ
نيائَ
زَ
خ ُ
مْليعْلا
ٌ
ةَ
عَبْ
َرأ ي
يه
:
هلم احملبو ُ
عي
مَتْ
س
ُ
املَ
و ُ
ميلَ
ع
ُ
املَ
و ُ
ليائَّ
الس
• Hadis ini dihukumkan gharib oleh penulis kitab sendiri. Bahkan padanya
perawi yang bernama داود
بن
سليمان
اجلرجاين
الغازي yang dihukum sebagai kazzab
oleh Yahya bin Ma’in seperti dinukilkan oleh al-Zahabi dan disetujui oleh
ibn Hajar di dalam al-lisan.
• Hadis-hadis yang dikumpulkan pada slides yang lalu telahpun disaring
walhamdulillah.
13. Analisis Matan Hadis
• Analisis matan pula adalah dengan memahami teks
hadis berdasarkan kepada manhaj ilmi atau
metodologi memahami hadis yang tekah ditetapkan
oleh para ulama.
• Sebelum melihat kepada syarah para ulama terhadap
hadis, cuba kita asah kemahiran istinbath dengan
menggunakan metodologi berinterkasi dengan hadis
seperti yang telah dipelajari di dalam BAB 1.
• Jika pemahaman kita selari dengan pemahaman
ulama bermakna kaedah istinbath kita benar dan jika
pemahaman kita tidak selari maka pasti ada
kecacatan di dalam metodologi yang kita aplikasikan.
14. Analisis Matan Bagi Tema Persoalan
• Jika dilihat pada hadis yang pertama pada tajuk Hadis-hadis Celaan Banyak
Bertanya (slide 7), ianya adalah umum akan kebencian Allah terhadap banyaknya
bertanya. Boleh juga dipahami maksud كثرة
السؤال dalam hadis ini juga adalah
banyak meminta-minta. Buktinya ialah Imam al-Bukhari juga mengulangkan hadis
ini pada Bab firman Allah {
ال
َ
نوُلَأْ
سَي
َ
َّاسنال
اافاَْ
ْليإ
} bermaksud tidak meminta-minta
kepada manusia secara mendesak.
• Jika dilihat pada hadis kedua pula dapat diketahui akan keburukan banyak
bertanya perincian sesuatu perintah yang menyebabkan seseorang sukar
melakukannya kelak sepertimana disifatkan Yahudi yang banyak bertanya
perincian namun tidak menuruti apa yang djawab oleh Nabi-nabi mereka. Dalam
syarah kita akan dapati contoh pertanyaan Yahudi akan sifat-sifat lembu yang
diperintahkan untuk dikorbankan.
• Ini disokong hadis ketiga dan keempat yang menyatakan bahawa disebabkan
persoalan seseorang maka sesuatu yang asalnya halal menjadi haram bahkan
disifatkan orang ini sebagai kezaliman yang besar. Dipahami juga bahawa ini
adalah pada fatrah wahyu kerana soalan yang ditanya itu diwahyukan Allah
keharamannya melalui Wahyu kepada Rasulullah.
15. Analisis Matan Bagi Tema Persoalan (2)
• Hadis kelima pula berkisar akan banyaknya pertanyaan tentang ciptaan
sesuatu sehingga membawa kepada soalan siapa yang menciptakan Allah?.
Maka difahami banyak bertanya akan perkara yang diluar kemampuan akal
adalah tercela.
• Manakala hadis keenam dan ketujuh pula adalah larangan akan وطاتُلالغ iaitu
soalan yang diluar kemampuan orang yang ditanya sehingga boleh
menyebabkan dia dipandang rendah kerana tidak mampu menjawab
persoalan itu (Al-Khattabi). Bahkan ia disifatkan dengan seburuk manusia
pada hadis ketujuh.
• Hadis kelapan pula adalah athar Umar r.anhu yang menunjukkan bahawa
persoalan yang ditanya haruslah perkara realiti bukanlah yang hanya
bersifat khayalan.
• Hadis kesembilan pula menunjukkan kurangnya adab dengan pertanyaan
yang tidak bermanfaat atau tidak sesuai sepertimana yang ditanyakan
kepada Nabi siapa ibu-bapa mereka, apakah kedudukan mereka di akhirat
samada syurga atau neraka.
16. Analisis Matan Bagi Tema Persoalan (3)
• Manakala hadis pertama di bawah galakan bertanya pula menunjukkan pujian
Ibn Abbas kepada Sahabat-sahabat Nabi yang banyak bertanyakan persoalan
hukum-hakam sehinggakan ayat-ayat Al-Quran telah turun bagi menjawab
persoalan-persoalan ini.
• Begitu juga hadis kedua yang menceritakan perihal sahabat-sahabat Nabi yang
sentiasa bertanya Nabi saw setelah solat Fajar. Antara soalan yang ditanya
adalah berkaitan tafsir al-Quran, faraidh dan juga takwilan mimpi.
• Hadis ketiga pula menunjukkan soalan yang baik itu merupakan sebahagian
daripada ilmu. Bahkan hadis yang keempat yang merupakan athar ibn Sirrin
menyatakan bahawa soalan yang baik itu menambahkan kebijaksanaan akal. Ini
menunjukkan bertanya dengan pertanyaan yang baik adalah kunci kepada ilmu.
17. Analisis Matan Bagi Tema Persoalan (4)
• Hadis kelima adalah galakan Nabi kepada sahabat untuk bertanya kepada baginda
akan perkara yang menjadi keraguan.
• Hadis keenam pula menunjukkan teguran Nabi kepada sebahagian sahabat yang
mentertawakan soalan seorang lelaki berkaitan pakaian di syurga samada ia
diciptakan terus ataupun ia kain yang ditenun. Soalan ini seakan sekali dengar
seakan remeh dan lawak sehingga sebahagaian sahabat tertawa namun padanya
ada bentuk keghairahan terhadap nikmat syurga kelak. Oleh kerana itu mereka
yang tertawa ditegur oleh Nabi saw.
• Hadis ketujuh pula menunjukkan kemarahan Nabi kepada sahabat yang
memandai-mandai memberi pendapat menyatakan perlu mandi junub walaupun
kepala terluka dan tidak ada rukhsah tayammum sehingga menyebabkan
kematian lalu nabi menyatakan jawaban yang salah itu sebab kematian orang itu
lalu di akhir hadis gesaan supaya bertanya kerana ubat daripada kebodohan itu
adalah dengan bertanya.
18. Keputusan Analisis Hadis
NO BENTUK SOALAN YANG DILARANG BENTUK SOALAN YANG DIPERINTAH
1 Perincian sesuatu isu yang didiamkan syara’
sehingga menyukarkan untuk
melaksanakannya.
Pertanyaan berkaitan hukum-hakam amali untuk
diamalkan tanpa perincian jika Syara’ tidak
memperincikannya
2 Banyak bertanya di dalam fatrah penurunan
wahyu.
Banyak bertanya selepas zaman wahyu tidak akan
menukarkan halal kepada haram kerana wahyu sudah
terhenti.
3 Pertanyaan berkaitan perkara yang di luar
kemampuan akal.
Pertanyaan yang berkisar perkara-perkara yang di dalam
ruang lingkup ijtihadi.
4 Pertanyaan sukar yang tidak mampu dijawab
orang yang ditanya agar dia boleh
direndahkan.
Pertanyaan yang menjadi keraguan bukanlah sekadar
untuk menguji orang lain lalu merendahkan keilmuannya.
5 Pertanyaan berkaitan perkara yang belum
pernah terjadi.
Pertanyaan perkara yang sudah berlaku untuk
mengetahui hukum yang benar.
6 Pertanyaan yang tiada manfaat. Pertanyaan yang memberi manfaat.