SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
AMALAN SOLAT FARDHU DI KALANGAN PELAJAR PISMP SEMESTER 3 AMBILAN
JANUARI 2012
Oleh :
Mohd Zainal Abidin bin Che Mood
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar PISMP
Semester 3 Ambilan Januari 2012 IPG Kampus Ilmu Khas terhadap pengamalan ibadah solat
dalam kehidupan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada tiga skop iaitu tahap
kefahaman, faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat dan
kepentingan melaksanakan ibadah solat. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada
pelajar muslim dari Semester 3 PISMP Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 30
orang. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Data diproses dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan
peratus dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Sciences
(SPSS) Versi 17.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan
memahami tentang kepentingan solat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam
melaksanakan solat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut
dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap
kesedaran dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat dalam kalangan pelajar.
Kata Kunci : Amalan, Solat Fardhu dan PISMP
1.0 PENGENALAN
Ibadat solat merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Allah telah
menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada-Nya.
Firman Allah:


Maksudnya: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka mengabdi kepada-Ku”.(Az-Zariat, 51:56)
Solat merupakan kewajipan dan syiar pertama dalam Islam kerana ia merupakan
satu bentuk penghambaan diri kepada Allah SWT. Solat juga merupakan ibadat yang paling
agung berbanding dengan ibadat-ibadat lain kerana Allah telah mewahyukan solat kepada
Rasullulah dengan cara yang istimewa iaitu ketika Nabi dimikrajkan. Sedangkan rukun Islam
lain tidak seistimewa ibadat solat. Dalam erti kata yang sebenar solat merupakan amal
ibadat dan tiang kepada agama Islam.
Solat adalah tiang agama yang mana ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah
yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan
makhluk dan penciptanya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Solat itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah menegakkan agama dan barangsiapa yang
2
meninggalkan solat, sesungguhnya dia meruntuhkan agama”. Solat menurut syara’
ditakrifkan sebagai “beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan
disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan”. Solat lima waktu wajib
dilakukan ke atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi
hayat dikandung badan.
Solat juga merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula
sekali dihisab dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Jika solat kita baik dan
sempurna maka seluruh ibadah yang lain akan menjadi sempurna. Sebaliknya jika solatnya
tidak sempurna maka akan dilanjutkan pemeriksaan ibadah-ibadah yang lain iaitu puasa,
zakat, haji dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Dari Abdullah bin Qurt,
ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Yang pertama dihisab dari seorang
hamba di hari kiamat ialah solatnya. Apabila solatnya baik maka baiknya seluruh
amalannya tetapi jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalannya”.
Solat adalah ibadah yang diterima oleh Nabi SAW secara langsung daripada Allah
SWT, ketika Nabi SAW mengadap Allah SWT di “Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Israk
Mikraj, cara pensyariatan ibadah solat berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain seperti
puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat
Jibril sebagai pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah solat itu terlalu
istimewa di sisi Allah SWT (Anisah Ab.Ghani, 2001).
Lantaran solat merupakan ibadah utama sebagaimana yang digariskan di dalam
Rukun Islam maka perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja dalam keadaan sedar
dan waras menggambarkan individu tersebut mempunyai sikap yang tidak menitikberatkan
soal beragama dan cuai terhadap tanggungjawab besar yang telah diamanahkan. Malahan
individu yang tidak melaksanakan ibadah solat dilihat rapuh iman dan taqwanya kerana
tidak terkesan dengan ancaman dahsyat yang banyak dinyatakan terhadap mereka yang
meninggalkan solat.
Oleh itu, umat Islam haruslah saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya
jangan meninggalkan solat lima waktu yang merupakan benteng dan kekuatan ukhuwah
antara hamba dan penciptanya. Justeru itu, marilah kita sama-sama melaksanakan solat
fardhu ini dengan ikhlas dan sempurna.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Ibadah solat merupakan s uatu kewajipan yang ditetapkan ke atas setiap orang Islam.
Solat yang dilakukan dengan sempurna dapat menjauhkan manusia dari segala
perbuatan mungkar. Menurut Mohd Arshad (1999), solat dapat mengukuhkan iman dan
memperisaikan diri dari amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan
sengaja adalah berdosa dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam al-Quran
bahawa barang siapa yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat
balasan azab yang pedih bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti.
Selain daripada isu gejala sosial golongan remaja yang hangat diperkatakan di
media massa pada masa kini seperti dadah, mat rempit, pembuangan bayi dan sebagainya,
generasi muda pada masa kini juga melihat ibadah solat merupakan suatu amalan yang
tidak penting. Sehubungan dengan itu, antara punca masalah-masalah sosial yang berlaku
hari ini kerana kebanyakan remaja meninggalkan ibadah solat dengan sewenang-
3
wenangnya tanpa rasa bersalah kepada Pencipta-Nya. Mereka lebih cenderung ke arah
aktiviti kehidupan keduniaan daripada melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Antara alasan yang diberikan oleh m e r e k a adalah disebabkan kurangnya
kesedaran, motivasi dan kefahaman dalam pelaksanaan solat yang menyebabkan
mereka memandang remeh terhadap amalan solat. Dalam diri mereka juga, tiada sikap
ingin mengetahui serta mendalami secara terperinci tentang kelebihan dan hikmat yang
diperolehi dengan melakukan solat serta balasan yang akan diterima bagi mereka yang
meninggalkannya. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai
kesungguhan untuk menimba ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu keagamaan dan
pengetahuan mengenai Islam. Kejahilan ini yang menyebabkan mereka kurang berminat
untuk melakukan solat. Daripada situasi tersebut, penyelidik cuba untuk mengetahui
kefahaman pelajar tentang ibadah solat.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Antara faktor utama wujudnya masalah ini apabila ramai pelajar muslim yang tidak
menunaikan solat tanpa sebarang alasan yang munasabah. Salah satu punca masalah ini
berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran diri untuk melaksanakan solat dan
menganggap solat itu sebagai perkara yang remeh. Mereka juga mengatakan tiada
dorongan daripada masyarakat sekeliling untuk melaksanakan solat. Malahan ada segelintir
ibubapa pelajar yang tidak pernah menunaikan solat tetapi hanya mengharapkan anak-anak
untuk melaksanakannya. Menurut Rosnah (2007), ibubapa yang kurang memberi
penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan menyebabkan anak-
anak tidak melakukan ibadah solat di rumah. Ia memberi contoh yang kurang baik
kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengamalkannya di rumah. Pengetahuan
m engenai ibadah solat perlu diberi penekanan d a n harus bermula di rumah lagi.
Kegagalan sistem kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk melakukan
solat akan menyukarkan guru untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.
Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa objektif
yang dicadangkan oleh penyelidik agar dapat mengetahui kefahaman pelajar PISMP
Semester 3 Ambilan Januari 2012 mengenai kepentingan dan pengamalan solat fardhu
dalam kehidupan. Ini memandangkan mereka merupakan modal insan yang penting
penyambung generasi akan datang. Jadi sebelum melihat kepada ibadah-ibadah harian
yang lain adalah baiknya terlebih dahulu penyelidik ingin melihat dalam ibadah solat.
4.0 DEFINISI OPERASIONAL
Definisi operasional yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah secara
spesifik yang berkaitan dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa istilah yang perlu
didefinisikan di dalam kajian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.
Antara istilah-istilah tersebut ialah :
4.1 Amalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan
(dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan padanya. Pengamalan
iaitu kekerapan seseorang dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau amalan.
4
4.2 Solat
Kamus Dewan (2007), mentakrifkan s olat sebagai sembahyang dalam agama Islam.
Manakala menurut Ensiklopedia Islam (2005), solat adalah suatu yang terdiri atas ucapan
dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam
dengan syarat tertentu. Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan merujuk kepada solat
fardhu yang wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam ke atas setiap umat Islam yang
berakal dan baligh.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu :
1. Mengenalpasti kefahaman tentang kewajipan pelaksanaan solat fardhu dalam
kalangan pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012.
2. Mengetahui faktor-fator yang mempengaruhi pelajar PISMP semester 3 Ambilan
Januari 2012 untuk melaksanakan ibadah solat.
3. Mengetahui kepentingan ibadah solat dalam kalangan pelajar PISMP Semester 3
Ambilan Januari 2012.
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua umat
Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :
1. Memberi kesedaran kepada pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012 di
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas memandangkan mereka merupakan modal
insan yang penting penyambung generasi akan datang.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012
tentang kepentingan ibadah solat dalam kehidupan seharian umat Islam di samping tugas
menuntut ilmu.
4. Menggalakkan semua pelajar muslim PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012
khususnya untuk melaksanakan solat dalam apa jua keadaan dan situasi.
5. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh IPGM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
dan pensyarah IPGKIK agar dapat membuat perancangan jangka pendek dan jangka
panjang untuk memastikan pelajar-pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 yang
beragama Islam faham dan melaksanakan solat dengan sempurna bagi melahirkan
pelajar IPGyang seimbang antara keperluan dunia dan akhirat.
7.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras yang melibatkan pelajar-pelajar
PISMP Islam Semester 3 Ambilan Januari 2012 yang terdiri daripada pelbagai jabatan.
Seramai 30 orang responden terdiri daripada pelajar yang telah dipilih secara rawak.
5
Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan pelajar
terhadap kepentingan solat, tahap pengamalan solat serta faktor-faktor utama yang
mempengaruhi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 untuk melaksanakan solat
fardhu.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
8.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Menurut Mohd
Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Tujuan penyelidik
menjalankan kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pelajar PISMP semester 3 Ambilan
Januari 2012 terhadap kepentingan ibadah solat. Selain itu penyelidikan ini dijalankan
untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dan faktor-faktor utama yang
mempengaruhi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 untuk menunaikan solat.
Penyelidik cuba untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai perkara di atas melalui
sampel yang diperolehi daripada responden.
8.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi ialah semua ahli dalam kelompok individu yang akan dikaji (Mohd Najib Ghafar,
1999). Manakala menurut Mohd Majid Konting, (2004) pula populasi merujuk kepada satu
set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu
atau objek. Sample dalam kajian ini adalah pelajar muslim PISMP Semester 3 Ambilan
Januari 2012. Responden dalam kajian ini hanya dipilih secara rawak seramai 30 orang
sahaja.
8.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian. Menurut
Mohd Najib Ghafar (1999) instrumen kajian juga menentukan jenis data yang diperoleh
dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik.
Teknik pengumpulan data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan borang soal selidik. Soal selidik adalah kaedah yang paling banyak dan
popular digunakan dalam kajian sains sosial. Menurut Mohd Najib Ghafar (1999),
menyatakan soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan untuk
mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat terutamanya dalam fakta-fakta
kepercayaan, perasaan dan sebagainya.
Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk skala likert yang memerlukan
sampel untuk menjawab persoalan yang diberikan sahaja mengikut kesesuaiannya. Soalan
soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Responden),
Bahagian B(Pengamalan Solat), Bahagian C (Faktor melaksanakan solat) dan Bahagian D
(Kepentingan Solat).
Kelebihan soalan berbentuk ini adalah memudahkan penyelidik untuk memasukkan
data atau jawapan. Manakala bagi pihak respondan pula mereka tidak memerlukan
penulisan yang penuh untuk menjawab sebaliknya hanya menandakan jawapan yang
sesuai dengan masa yang singkat sahaja. Namun terdapat kelemahan yang mana
penyelidik tidak dapat menyediakan ruang jawapan kepada jawapan-jawapan berkaitan
yang ingin disampaikan kepada penyelidik. Respondan mungkin akan menjawab sambil
6
lewa dan tidak menjawab mengikut susunan soalan, kadang-kadang sesetengah
soalan mengandungi unsur untuk menguji kejujuran (Ahmad Sunawari Long, 2005).
9.0 DAPATAN KAJIAN
Penganalisisan data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan ke
atas pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012. Dapatan kajian dilaporkan bermula
dengan penerangan subjek kajian diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan
objektif kajian. Data mengenai latar belakang subjek diperolehi berdasarkan soal selidik
yang diedarkan pada akhir tempoh kajian.
9.1 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Jadual 1
Analisis Item Profil Responden Berdasarkan Demografi (N = 30)
Jadual 1 analisis item profil responden berdasarkan demografi menunjukkan bilangan dan
peratus jantina mengikut bilangan pelajar. Responden terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki
(43.33%) dan 17 orang pelajar perempuan (56.67%). Manakala dari segi bangsa, terdapat
25 responden yang berbangsa Melayu mewakil (83.33%), lain-lain seramai 5 responden
(16.67%). Bagi bangsa Cina dan India, tiada responden dari bangsa tersebut yang terlibat
dalam kajian ini. Dari segi umur, keseluruhan umur responden ialah dalam sekitar umur 21
hingga 25 tahun dengan bilangan responden ialah 30 orang (100%).
Bil Perkara Bilangan
Responden
Peratus
Responden (%)
1 Jantina
Lelaki 13 43.33
Perempuan 17 56.67
2 Bangsa
Melayu 25 83.33
Cina 0 0
India 0 0
Lain-lain 5 16.67
3 Umur
20 tahun ke bawah 0 0
21 hingga 25 tahun 30 100
26 hingga 30 tahun 0 0
31 tahun ke atas 0 0
7
Jadual 2
Kefahaman Kewajipan Pelaksanaan Solat Fardhu (N = 30)
Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, KS-Kurang Setuju, S- Setuju, SS- Sangat Setuju
Menerusi soal selidik yang diedarkan kepada pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari
2012 seramai 30 orang, dapatan analisis untuk bahagian Kefahaman Kewajipan
Pelaksanaan Solat Fardhu dapat ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas . Hasil analisis
mendapati purata min bagi keseluruhan item 1 hingga 10 bagi persoalan kajian yang
pertama ialah 3.99. Ini menunjukkan hampir keseluruhan min bagi item tersebut mencatat
paras tinggi. Min yang tertinggi bagi analisis item-item ini ialah diperolehi menerusi item 4
iaitu (min 4.70). Majoriti responden bersetuju dengan kenyataan item 4 di mana mereka
akan mendapat balasan daripada Allah jika ingkar terhadap perintahNya. Diikuti pula
dengan item ke 2 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.57. Ia berkaitan
dengan pernyataan “Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil
yang telah dilakukan”. Manakala bagi Item 8 menunjukkan nilai min paling rendah iaitu
2.11 berkaitan dengan penyataan “Mereka yang melaksanakan solat akan mendapat
kebahagiaan di dunia”. Secara keseluruhannya, kebanyakkan responden memahami dengan
persoalan yang ditanya oleh penyelidik.
ITEM
PERKARA
PERATUS
MinSTS TS KS S SS
1. Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan
keatas orang-orang yang beriman.
7.3 6 10.7 10.7 65.3 4.20
2. Dengan melaksanakan solat ia dapat
menghapuskan dosa.
dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.
- - 6.0 30.7 63.3 4.57
3. Saya mengetahui cara melaksanakan solat
dengan betul.
Betul
- 4.7 8.7 48 38.7 4.20
4. Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap
mereka yang ingkar terhadap perintahNya
yang ingkar terhadap perintahNya.
- 0.7 3.3 21.3 74.7 4.70
5. Saya berasa berdosa kerana tidak menunaikan
solat.
0.7 - 8 24.7 66.7 4.56
6. Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka
yang meninggalkan solat dengan sengaja.
meninggalkan solat dengan sengaja.
- 2.7 14.7 28.7 54 4.34
7. Saya akan mengajak orang yang bersama
dengan saya bermusafir untuk menunaikan solat.
bermusafir untuk berhenti solat seketika.
1.3 20 36.7 35.3 6.7 3.26
8. Saya mengetahui syarat-syarat sah solat. 35.3 37.3 12.7 10 4.7 2.11
9. Saya mengetahui rukun solat secara tersusun 32.8 24.4 23 14 5.8 3.45
10. Saya dapat membaca Surah al-Fatihah
dengan betul.
- 4.2 10 22.3 63.5 4.46
PURATA MIN KESELURUHAN 3.99
8
Jadual 3
Analisis item faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan solat
(N = 30)
ITEM
PERKARA
PERATUS
MINSTS TS KS S SS
1. Saya mencontohi rakan yang sentiasa
melaksanakan solat.
4 6 25.3 34 30.7 3.81
2. Guru banyak membantu saya memperbaiki bacaan
dalam solat.
solat.
- 0.7 9.3 45.3 44.7 4.34
3. Saya telah dididik oleh ibu bapa saya sejak kecil
lagi untuk menunaikan solat.
untuk menunaikan solat.
- 2.7 16.7 40.7 40 4.18
4. Guru mengingati saya untuk menunaikan solat
dengan sempurna.
sempurna disamping tugas menuntut ilmu.
- 1.3 7.3 35.3 56 4.46
5. Rakan selalu mengajak saya untuk menunaikan
solat.
samada di masjid atau di asrama.
- 10.7 36 31.3 22 3.64
6. Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah
di rumah.
6 11.3 28.7 32 22 3.52
7. Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan
sempurna.
- 0.7 11.3 35.3 52.7 4.40
8. Masyarakat sekeliling banyak mempengaruhi saya
untuk menunaikan solat.
menunaikan solat.
1.3 9.3 27.3 31.3 30.7 3.80
9. Saya berasa tidak tenang apabila tidak menunaikan
solat.
3.6 31.3 8 24.7 66.7 4.26
10. Dengan mendirikan solat, badan saya lebih cergas
dan sihat.
- 2.7 14.7 28.7 54 4.34
PURATA MIN KESELURUHAN 4.03
Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, KS-Kurang Setuju, S- Setuju, SS- Sangat
Setuju
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan maklumat keseluruhan bagi item yang berkaitan
dengan faktor-faktor utama yang mempengaruhi responden untuk melaksanakan solat.
Item ke 4 telah mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.46. Ia berkaitan dengan “Guru
mengingati saya untuk menunaikan solat dengan sempurna di samping tugas menuntut
ilmu” di mana majoriti responden mengatakan mereka sangat setuju dengan item tersebut.
Diikuti pula dengan item 7 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.40. Ia berkaitan
dengan “Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna”. Item 6 pula
menunjukkan nilai min paling rendah iaitu 3.52 berkaitan dengan penyataan “Ibu bapa
saya sering melakukan solat berjemaah di rumah”. Purata min keseluruhan bagi bahagian
ini ialah 4.03. Nilai min berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor
utama yang mempengaruhi pelajar melakukan solat berada pada tahap tinggi.
9
Jadual 4
Analisis item kepentingan solat fardhu
ITEM
PERKARA
PERATUS
MINSTS TS KS S SS
1. Solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan para pelajar
2 5 30.3 30 32.7 3.71
2. Dapat mengenali rakan-rakan 3 4 18 36.3 38.7 3.52
3. Solat dapat mencegah saya daripada melakukan
maksiat
4 5.3 18 36.7 36 4.53
4. Solat dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah
dilakukan
- 10.3 23 33.5 33.2 3.63
5. Saya merasa berdosa kerana tidak menunaikan
solat
3 2.9 22 37 35.1 4.56
6. Saya merasa lebih dekat kepada Allah melalui solat 7 5 18.2 35.2 34.6 4.70
7. Melalui solat dapat mendisiplinkan pengurusan masa
saya.
3.5 7 15.3 29.1 45.1 4.57
8. Melalui solat menjadikan diri saya lebih bersistematik
dalam tugasan
- 4 22 33.4 40.6 3.64
9. Solat memberi kesan positif kepada kesihatan saya 4.4 11.5 27.7 24 32.4 3.81
10. Dengan mendirikan solat, badan saya lebih cergas
dan sihat.
2.3 2.9 10.3 35 49.5 3.66
PURATA MIN KESELURUHAN 4.03
Berdasarkan Jadual 4, analisis item kepentingan solat fardhu, peratus tertinggi responden
bersetuju pada pernyataan item 6 “Saya merasa lebih dekat kepada Allah melalui solat”
dengan nilai min 4.70. Ini menunjukkan responden tahu dan sedar sekiranya mereka
meninggalkan solat, Allah akan memberi balasan kepadanya samada di dunia mahupun di
akhirat. Balasan di dunia Allah akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan
rezekinya. Selain itu, Allah juga akan mencabut nur bagi orang-orang mukmin daripada
wajahnya. Manakala balasan di akhirat menurut Md Hashim Yahaya, mereka akan
merasa susah untuk menjawab terhadap pertanyaan dari malaikat Munkar dan Nakir
yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi gelap dan sempit
sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya
mereka akan diseksa dengan binatang-binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking dan
lipan.
Seterusnya dengan nilai min sebanyak 4.57, item 7 “Melalui solat dapat
mendisiplinkan pengurusan masa saya” mencatatkan min kedua tertinggi. Hasil dapatan
ini dilihat sebagai suatu fenomena sihat yang menunjukkan bahawa dalam diri para
pelajar ada dorongan untuk memperbaiki diri apabila mereka sentiasa berusaha
Kesedaran terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan usaha untuk mempertingkatkan
diri agar sentiasa berdis iplin melalui ibadah solat adalah satu motivasi beribadah
yang baik bagi seseorang hamba kerana matlamat utama dalam kehidupan adalah untuk
mencapai keredhaan Allah.
Min ketiga tertinggi iaitu 4.56, item 5 “Saya merasa berdosa kerana tidak
menunaikan solat”, peratusan pelajar yang merasa berdosa apabila meninggalkan solat
adalah tinggi iaitu seramai 20 orang (66.7%). Perasaan berdosa meninggalkan solat
10
menunjukkan bahawa pelajar masih boleh dibentuk kerana perasaan tanggungjawab
sebagai seorang muslim masih menebal di kalangan mereka. Malah perasaan ini
menggambarkan bahawa mereka masih mempunyai iman dan taqwa. Walau
bagaimanapun, ia perlu dibangunkan kerana berada pada tahap yang sederhana.
Perasaan bersalah kerana meninggalkan suruhan agama ini dapat mencetuskan
kesedaran menyeluruh yang akan membawa individu tersebut kembali di atas landasan
agama yang benar.
Min keempat tertinggi iaitu 4.34, item 6 “Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap
mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja”. Manakala min kelima tertinggi iaitu
4.20, item 1 dan item 3. Item 1 “Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan ke atas
orang-orang yang beriman”. Ma n a k a l a item 3 p u l a i a l a h “Saya mengetahui
cara melaksanakan solat dengan betul”.
Dapatan bagi item 6, item 1 dan item 3 dapat dirumuskan bahawa para pelajar
secara umum mengetahui dan faham akan perintah kewajipan solat dan akibat
mengabaikannya namun mereka masih belum ada kesedaran untuk melaksanakan
ibadah ini dan tidak mampu menghayati peranan seorang hamba kepada
penciptaNya. Seringkali kita dapat melihat seseorang individu menguasai sesuatu ilmu
dan boleh dikatakan arif namun tidak mampu melaksanakan ilmu tersebut. Terlalu
banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku termasuk kekangan dan halangan
samada dari segi fizikal atau sosio budaya yang mempengaruhi individu tersebut.
Namun hal ini seringkali juga dikaitkan akibat kemampuan intelligent quotient dan
sripitual quotient yang berbeza tahapnya. Sebagai contoh kita melihat faktor kegagalan
ibubapa untuk memotivasi anak-anak untuk melaksanakan ibadah solat sejak kecil
seringkali menyebabkan para pelajar terbiasa sehingga mereka tidak sensitif terhadap
amaran dan ancaman hukuman bagi orang-orang yang meninggalkan solat walaupun
mereka didedahkan dengan ilmu tersebut apabila memasuki alam persekolahan. Perkara
ini tentu saja berlanjutan sehingga para pelajar ini meningkat dewasa dan memasuki
peringkat pengajian tinggi.
10.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN
1. Memperbanyakkan bahan-bahan bacaan dan rujukan agama di perpustakaan IPG
Kam pus Ilm u Khas dan jabatan masing-masing bagi memudahkan pelajar membuat
rujukan dan peminjaman buku.
2. Kursus pemantapan dan penghayatan solat perlu diadakan setiap semester bagi
meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap kepentingan ibadah solat.
3. Memperbanyakkan program keagamaan di kampus. Contohnya program nilai- nilai
murni, soal jawab agama, kelas bimbingan fardhu ain dan forum agama.
4. Menyedi akan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran (PDP) dengan mengambil
perhatian tentang masa rehat dan solat yang sepatutnya kepada pelajar.
5. Para pensyarah memainkan peranan yang penting dengan memberi bimbingan dan
nasihat secara berterusan kepada pelajar.
11
11.0 KESIMPULAN
Amalan solat merupakan suatu amalan yang mulia disisi Allah s.w.t. Solat dapat
mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan untuk mengangkat
darjat dan martabat manusia yang sering mengamalkannya serta mencegah kita dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut,
solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas di hati serta dengan
penuh kecintaan terhadap Allah S.W.T.
Penglibatan pelajar dalam solat tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam
bentuk penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman dan
juga penghayatan. Dapatan kajian ini menunjukkan pengamalan solat fardhu dalam
kalangan pelajar PISMP masih kurang memuaskan. Walau bagaimanapun para pelajar
mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan ibadah solat dan penguasaan ilmu dalam
bidang ini. Cuma ia perlu diperkaya dan diperkukuhkan lagi samada secara tidak langsung
atau melalui program-program yang dirangka khas untuk tujuan ini. Kaedah pendidikan
kerohanian perlu dikaji semula dan diberi penekanan agar ianya seiring dengan
kecemerlangan akademik. Tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan
seharusnya dipikul bersama demi membentuk generasi yang memahami tujuan
kewujudan mereka di muka bumi ini.
12
RUJUKAN
Anisah Ab.Ghani ( 2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publishers.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Fakulti Pendidikan
Universiti Teknogi Malaysia.
Ahmad Sunawari Long (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar
Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. UTM.
Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh (2001). Pengabaian Solat di Kalangan Remaja: Kajian di
Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tesis Sarjana. Kuala
Lumpur : Universiti Malaya.
Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007). Amalan Solat Di Kalangan Pelajar : Kajian Di Pusat
Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (Ciast), Shah Alam, Selangor. Tesis
Sarjana Muda. Bangi : UKM.
Norlyana Binti Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat:
Satu Kajian Di Kolej 11. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Napisah Hj. Humni et.al (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru
Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5.
Kuching Sarawak.
Md Hashim Yahaya (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Muhammad Abdul Latif (2001). Solat Kesannya Ke Atas Iman dan Nafs. Kuala Lumpur:
Penerbit Darul Nu’man.
Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah.
Penulisan Ilmiah.

More Related Content

What's hot

Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiMohamad Khairi
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanPensil Dan Pemadam
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimAmira Dolce Farhana
 
Projek: Penyataan Masalah
Projek: Penyataan MasalahProjek: Penyataan Masalah
Projek: Penyataan Masalahruhiyah
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinQaseh Nur Husna
 
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukumBab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukumNUR
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islamguest42e8c4
 

What's hot (20)

Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasan
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
Projek: Penyataan Masalah
Projek: Penyataan MasalahProjek: Penyataan Masalah
Projek: Penyataan Masalah
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukumBab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 

Viewers also liked

Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahNur Paşa
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Learn qur'an terminology worksheet
Learn qur'an terminology worksheetLearn qur'an terminology worksheet
Learn qur'an terminology worksheetDina Aboubasha
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1Ustajah ILa AzieLa
 
Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projektrick765
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaAMira LIzza
 
Pengelolaan & Pengurusan
Pengelolaan & PengurusanPengelolaan & Pengurusan
Pengelolaan & PengurusanmiZs Rieya
 

Viewers also liked (20)

Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Learn qur'an terminology worksheet
Learn qur'an terminology worksheetLearn qur'an terminology worksheet
Learn qur'an terminology worksheet
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Inovasi Dalam Islam
Inovasi Dalam IslamInovasi Dalam Islam
Inovasi Dalam Islam
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1
 
Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projek
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjaya
 
Pengelolaan & Pengurusan
Pengelolaan & PengurusanPengelolaan & Pengurusan
Pengelolaan & Pengurusan
 

Similar to Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3

Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdf
Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdfMakalah sholat misbah XI TBSM A.pdf
Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdfMisbakhulTampiNagarj
 
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalanganMuhd Fariz
 
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docx
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docxeki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docx
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docxFlyToHeaven
 
IBADAH
IBADAHIBADAH
IBADAHdewi2B
 
Doa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahDoa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahFaiz Muhamad
 
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8Makalah fiqih kelompok 6 materi 8
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8NavenAbsurd
 
Ibadah makalah
Ibadah makalahIbadah makalah
Ibadah makalahMeyLiontin
 
Kertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatKertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatnawal HUDA
 
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxSYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxAyubSantoso
 
Makalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agamaMakalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agamafidya19
 

Similar to Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3 (20)

Ueeee
UeeeeUeeee
Ueeee
 
Ueeee
UeeeeUeeee
Ueeee
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdf
Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdfMakalah sholat misbah XI TBSM A.pdf
Makalah sholat misbah XI TBSM A.pdf
 
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan
2009 pelaksanaan ibadat_solat_di_kalangan
 
Himpunan doa
Himpunan doaHimpunan doa
Himpunan doa
 
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docx
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docxeki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docx
eki agamshdhdhdhdhdhdbdbdbdshdhdhda.docx
 
Presentasi4.pptx
Presentasi4.pptxPresentasi4.pptx
Presentasi4.pptx
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
IBADAH
IBADAHIBADAH
IBADAH
 
Doa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahDoa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedah
 
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8Makalah fiqih kelompok 6 materi 8
Makalah fiqih kelompok 6 materi 8
 
Ibadah makalah
Ibadah makalahIbadah makalah
Ibadah makalah
 
Kertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatKertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solat
 
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxSYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
 
Shalat dan Agama.pptx
Shalat dan Agama.pptxShalat dan Agama.pptx
Shalat dan Agama.pptx
 
makna ilmu.docx
makna ilmu.docxmakna ilmu.docx
makna ilmu.docx
 
Makalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agamaMakalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agama
 
Makalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agamaMakalah pendidikan agama
Makalah pendidikan agama
 
ppt Ibadah
ppt Ibadah ppt Ibadah
ppt Ibadah
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 

Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3

  • 1. 1 AMALAN SOLAT FARDHU DI KALANGAN PELAJAR PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2012 Oleh : Mohd Zainal Abidin bin Che Mood Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 IPG Kampus Ilmu Khas terhadap pengamalan ibadah solat dalam kehidupan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada tiga skop iaitu tahap kefahaman, faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat dan kepentingan melaksanakan ibadah solat. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar muslim dari Semester 3 PISMP Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 30 orang. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan peratus dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 17.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang kepentingan solat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat dalam kalangan pelajar. Kata Kunci : Amalan, Solat Fardhu dan PISMP 1.0 PENGENALAN Ibadat solat merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Allah telah menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada-Nya. Firman Allah:   Maksudnya: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.(Az-Zariat, 51:56) Solat merupakan kewajipan dan syiar pertama dalam Islam kerana ia merupakan satu bentuk penghambaan diri kepada Allah SWT. Solat juga merupakan ibadat yang paling agung berbanding dengan ibadat-ibadat lain kerana Allah telah mewahyukan solat kepada Rasullulah dengan cara yang istimewa iaitu ketika Nabi dimikrajkan. Sedangkan rukun Islam lain tidak seistimewa ibadat solat. Dalam erti kata yang sebenar solat merupakan amal ibadat dan tiang kepada agama Islam. Solat adalah tiang agama yang mana ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan makhluk dan penciptanya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah menegakkan agama dan barangsiapa yang
  • 2. 2 meninggalkan solat, sesungguhnya dia meruntuhkan agama”. Solat menurut syara’ ditakrifkan sebagai “beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan”. Solat lima waktu wajib dilakukan ke atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dikandung badan. Solat juga merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula sekali dihisab dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Jika solat kita baik dan sempurna maka seluruh ibadah yang lain akan menjadi sempurna. Sebaliknya jika solatnya tidak sempurna maka akan dilanjutkan pemeriksaan ibadah-ibadah yang lain iaitu puasa, zakat, haji dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Dari Abdullah bin Qurt, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Yang pertama dihisab dari seorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Apabila solatnya baik maka baiknya seluruh amalannya tetapi jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalannya”. Solat adalah ibadah yang diterima oleh Nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika Nabi SAW mengadap Allah SWT di “Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Israk Mikraj, cara pensyariatan ibadah solat berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah solat itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT (Anisah Ab.Ghani, 2001). Lantaran solat merupakan ibadah utama sebagaimana yang digariskan di dalam Rukun Islam maka perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja dalam keadaan sedar dan waras menggambarkan individu tersebut mempunyai sikap yang tidak menitikberatkan soal beragama dan cuai terhadap tanggungjawab besar yang telah diamanahkan. Malahan individu yang tidak melaksanakan ibadah solat dilihat rapuh iman dan taqwanya kerana tidak terkesan dengan ancaman dahsyat yang banyak dinyatakan terhadap mereka yang meninggalkan solat. Oleh itu, umat Islam haruslah saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya jangan meninggalkan solat lima waktu yang merupakan benteng dan kekuatan ukhuwah antara hamba dan penciptanya. Justeru itu, marilah kita sama-sama melaksanakan solat fardhu ini dengan ikhlas dan sempurna. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Ibadah solat merupakan s uatu kewajipan yang ditetapkan ke atas setiap orang Islam. Solat yang dilakukan dengan sempurna dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar. Menurut Mohd Arshad (1999), solat dapat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah berdosa dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam al-Quran bahawa barang siapa yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat balasan azab yang pedih bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Selain daripada isu gejala sosial golongan remaja yang hangat diperkatakan di media massa pada masa kini seperti dadah, mat rempit, pembuangan bayi dan sebagainya, generasi muda pada masa kini juga melihat ibadah solat merupakan suatu amalan yang tidak penting. Sehubungan dengan itu, antara punca masalah-masalah sosial yang berlaku hari ini kerana kebanyakan remaja meninggalkan ibadah solat dengan sewenang-
  • 3. 3 wenangnya tanpa rasa bersalah kepada Pencipta-Nya. Mereka lebih cenderung ke arah aktiviti kehidupan keduniaan daripada melakukan ibadat kepada Allah SWT. Antara alasan yang diberikan oleh m e r e k a adalah disebabkan kurangnya kesedaran, motivasi dan kefahaman dalam pelaksanaan solat yang menyebabkan mereka memandang remeh terhadap amalan solat. Dalam diri mereka juga, tiada sikap ingin mengetahui serta mendalami secara terperinci tentang kelebihan dan hikmat yang diperolehi dengan melakukan solat serta balasan yang akan diterima bagi mereka yang meninggalkannya. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai kesungguhan untuk menimba ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu keagamaan dan pengetahuan mengenai Islam. Kejahilan ini yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk melakukan solat. Daripada situasi tersebut, penyelidik cuba untuk mengetahui kefahaman pelajar tentang ibadah solat. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Antara faktor utama wujudnya masalah ini apabila ramai pelajar muslim yang tidak menunaikan solat tanpa sebarang alasan yang munasabah. Salah satu punca masalah ini berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran diri untuk melaksanakan solat dan menganggap solat itu sebagai perkara yang remeh. Mereka juga mengatakan tiada dorongan daripada masyarakat sekeliling untuk melaksanakan solat. Malahan ada segelintir ibubapa pelajar yang tidak pernah menunaikan solat tetapi hanya mengharapkan anak-anak untuk melaksanakannya. Menurut Rosnah (2007), ibubapa yang kurang memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan menyebabkan anak- anak tidak melakukan ibadah solat di rumah. Ia memberi contoh yang kurang baik kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengamalkannya di rumah. Pengetahuan m engenai ibadah solat perlu diberi penekanan d a n harus bermula di rumah lagi. Kegagalan sistem kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk melakukan solat akan menyukarkan guru untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa objektif yang dicadangkan oleh penyelidik agar dapat mengetahui kefahaman pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 mengenai kepentingan dan pengamalan solat fardhu dalam kehidupan. Ini memandangkan mereka merupakan modal insan yang penting penyambung generasi akan datang. Jadi sebelum melihat kepada ibadah-ibadah harian yang lain adalah baiknya terlebih dahulu penyelidik ingin melihat dalam ibadah solat. 4.0 DEFINISI OPERASIONAL Definisi operasional yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah secara spesifik yang berkaitan dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan di dalam kajian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Antara istilah-istilah tersebut ialah : 4.1 Amalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan padanya. Pengamalan iaitu kekerapan seseorang dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau amalan.
  • 4. 4 4.2 Solat Kamus Dewan (2007), mentakrifkan s olat sebagai sembahyang dalam agama Islam. Manakala menurut Ensiklopedia Islam (2005), solat adalah suatu yang terdiri atas ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat tertentu. Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan merujuk kepada solat fardhu yang wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu : 1. Mengenalpasti kefahaman tentang kewajipan pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012. 2. Mengetahui faktor-fator yang mempengaruhi pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012 untuk melaksanakan ibadah solat. 3. Mengetahui kepentingan ibadah solat dalam kalangan pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012. 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu : 1. Memberi kesedaran kepada pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas memandangkan mereka merupakan modal insan yang penting penyambung generasi akan datang. 2. Memberi pendedahan kepada pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 tentang kepentingan ibadah solat dalam kehidupan seharian umat Islam di samping tugas menuntut ilmu. 4. Menggalakkan semua pelajar muslim PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 khususnya untuk melaksanakan solat dalam apa jua keadaan dan situasi. 5. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh IPGM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pensyarah IPGKIK agar dapat membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan pelajar-pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 yang beragama Islam faham dan melaksanakan solat dengan sempurna bagi melahirkan pelajar IPGyang seimbang antara keperluan dunia dan akhirat. 7.0 SKOP KAJIAN Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras yang melibatkan pelajar-pelajar PISMP Islam Semester 3 Ambilan Januari 2012 yang terdiri daripada pelbagai jabatan. Seramai 30 orang responden terdiri daripada pelajar yang telah dipilih secara rawak.
  • 5. 5 Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan solat, tahap pengamalan solat serta faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 untuk melaksanakan solat fardhu. 8.0 METODOLOGI KAJIAN 8.1 Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012 terhadap kepentingan ibadah solat. Selain itu penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 untuk menunaikan solat. Penyelidik cuba untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai perkara di atas melalui sampel yang diperolehi daripada responden. 8.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi ialah semua ahli dalam kelompok individu yang akan dikaji (Mohd Najib Ghafar, 1999). Manakala menurut Mohd Majid Konting, (2004) pula populasi merujuk kepada satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Sample dalam kajian ini adalah pelajar muslim PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012. Responden dalam kajian ini hanya dipilih secara rawak seramai 30 orang sahaja. 8.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian. Menurut Mohd Najib Ghafar (1999) instrumen kajian juga menentukan jenis data yang diperoleh dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik. Teknik pengumpulan data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Soal selidik adalah kaedah yang paling banyak dan popular digunakan dalam kajian sains sosial. Menurut Mohd Najib Ghafar (1999), menyatakan soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat terutamanya dalam fakta-fakta kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk skala likert yang memerlukan sampel untuk menjawab persoalan yang diberikan sahaja mengikut kesesuaiannya. Soalan soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Responden), Bahagian B(Pengamalan Solat), Bahagian C (Faktor melaksanakan solat) dan Bahagian D (Kepentingan Solat). Kelebihan soalan berbentuk ini adalah memudahkan penyelidik untuk memasukkan data atau jawapan. Manakala bagi pihak respondan pula mereka tidak memerlukan penulisan yang penuh untuk menjawab sebaliknya hanya menandakan jawapan yang sesuai dengan masa yang singkat sahaja. Namun terdapat kelemahan yang mana penyelidik tidak dapat menyediakan ruang jawapan kepada jawapan-jawapan berkaitan yang ingin disampaikan kepada penyelidik. Respondan mungkin akan menjawab sambil
  • 6. 6 lewa dan tidak menjawab mengikut susunan soalan, kadang-kadang sesetengah soalan mengandungi unsur untuk menguji kejujuran (Ahmad Sunawari Long, 2005). 9.0 DAPATAN KAJIAN Penganalisisan data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012. Dapatan kajian dilaporkan bermula dengan penerangan subjek kajian diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan objektif kajian. Data mengenai latar belakang subjek diperolehi berdasarkan soal selidik yang diedarkan pada akhir tempoh kajian. 9.1 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN Jadual 1 Analisis Item Profil Responden Berdasarkan Demografi (N = 30) Jadual 1 analisis item profil responden berdasarkan demografi menunjukkan bilangan dan peratus jantina mengikut bilangan pelajar. Responden terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki (43.33%) dan 17 orang pelajar perempuan (56.67%). Manakala dari segi bangsa, terdapat 25 responden yang berbangsa Melayu mewakil (83.33%), lain-lain seramai 5 responden (16.67%). Bagi bangsa Cina dan India, tiada responden dari bangsa tersebut yang terlibat dalam kajian ini. Dari segi umur, keseluruhan umur responden ialah dalam sekitar umur 21 hingga 25 tahun dengan bilangan responden ialah 30 orang (100%). Bil Perkara Bilangan Responden Peratus Responden (%) 1 Jantina Lelaki 13 43.33 Perempuan 17 56.67 2 Bangsa Melayu 25 83.33 Cina 0 0 India 0 0 Lain-lain 5 16.67 3 Umur 20 tahun ke bawah 0 0 21 hingga 25 tahun 30 100 26 hingga 30 tahun 0 0 31 tahun ke atas 0 0
  • 7. 7 Jadual 2 Kefahaman Kewajipan Pelaksanaan Solat Fardhu (N = 30) Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, KS-Kurang Setuju, S- Setuju, SS- Sangat Setuju Menerusi soal selidik yang diedarkan kepada pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 seramai 30 orang, dapatan analisis untuk bahagian Kefahaman Kewajipan Pelaksanaan Solat Fardhu dapat ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas . Hasil analisis mendapati purata min bagi keseluruhan item 1 hingga 10 bagi persoalan kajian yang pertama ialah 3.99. Ini menunjukkan hampir keseluruhan min bagi item tersebut mencatat paras tinggi. Min yang tertinggi bagi analisis item-item ini ialah diperolehi menerusi item 4 iaitu (min 4.70). Majoriti responden bersetuju dengan kenyataan item 4 di mana mereka akan mendapat balasan daripada Allah jika ingkar terhadap perintahNya. Diikuti pula dengan item ke 2 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.57. Ia berkaitan dengan pernyataan “Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan”. Manakala bagi Item 8 menunjukkan nilai min paling rendah iaitu 2.11 berkaitan dengan penyataan “Mereka yang melaksanakan solat akan mendapat kebahagiaan di dunia”. Secara keseluruhannya, kebanyakkan responden memahami dengan persoalan yang ditanya oleh penyelidik. ITEM PERKARA PERATUS MinSTS TS KS S SS 1. Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan keatas orang-orang yang beriman. 7.3 6 10.7 10.7 65.3 4.20 2. Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan dosa. dosa-dosa kecil yang telah dilakukan. - - 6.0 30.7 63.3 4.57 3. Saya mengetahui cara melaksanakan solat dengan betul. Betul - 4.7 8.7 48 38.7 4.20 4. Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap mereka yang ingkar terhadap perintahNya yang ingkar terhadap perintahNya. - 0.7 3.3 21.3 74.7 4.70 5. Saya berasa berdosa kerana tidak menunaikan solat. 0.7 - 8 24.7 66.7 4.56 6. Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja. meninggalkan solat dengan sengaja. - 2.7 14.7 28.7 54 4.34 7. Saya akan mengajak orang yang bersama dengan saya bermusafir untuk menunaikan solat. bermusafir untuk berhenti solat seketika. 1.3 20 36.7 35.3 6.7 3.26 8. Saya mengetahui syarat-syarat sah solat. 35.3 37.3 12.7 10 4.7 2.11 9. Saya mengetahui rukun solat secara tersusun 32.8 24.4 23 14 5.8 3.45 10. Saya dapat membaca Surah al-Fatihah dengan betul. - 4.2 10 22.3 63.5 4.46 PURATA MIN KESELURUHAN 3.99
  • 8. 8 Jadual 3 Analisis item faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan solat (N = 30) ITEM PERKARA PERATUS MINSTS TS KS S SS 1. Saya mencontohi rakan yang sentiasa melaksanakan solat. 4 6 25.3 34 30.7 3.81 2. Guru banyak membantu saya memperbaiki bacaan dalam solat. solat. - 0.7 9.3 45.3 44.7 4.34 3. Saya telah dididik oleh ibu bapa saya sejak kecil lagi untuk menunaikan solat. untuk menunaikan solat. - 2.7 16.7 40.7 40 4.18 4. Guru mengingati saya untuk menunaikan solat dengan sempurna. sempurna disamping tugas menuntut ilmu. - 1.3 7.3 35.3 56 4.46 5. Rakan selalu mengajak saya untuk menunaikan solat. samada di masjid atau di asrama. - 10.7 36 31.3 22 3.64 6. Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah di rumah. 6 11.3 28.7 32 22 3.52 7. Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna. - 0.7 11.3 35.3 52.7 4.40 8. Masyarakat sekeliling banyak mempengaruhi saya untuk menunaikan solat. menunaikan solat. 1.3 9.3 27.3 31.3 30.7 3.80 9. Saya berasa tidak tenang apabila tidak menunaikan solat. 3.6 31.3 8 24.7 66.7 4.26 10. Dengan mendirikan solat, badan saya lebih cergas dan sihat. - 2.7 14.7 28.7 54 4.34 PURATA MIN KESELURUHAN 4.03 Nota: STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, KS-Kurang Setuju, S- Setuju, SS- Sangat Setuju Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan maklumat keseluruhan bagi item yang berkaitan dengan faktor-faktor utama yang mempengaruhi responden untuk melaksanakan solat. Item ke 4 telah mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.46. Ia berkaitan dengan “Guru mengingati saya untuk menunaikan solat dengan sempurna di samping tugas menuntut ilmu” di mana majoriti responden mengatakan mereka sangat setuju dengan item tersebut. Diikuti pula dengan item 7 telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.40. Ia berkaitan dengan “Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna”. Item 6 pula menunjukkan nilai min paling rendah iaitu 3.52 berkaitan dengan penyataan “Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah di rumah”. Purata min keseluruhan bagi bahagian ini ialah 4.03. Nilai min berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melakukan solat berada pada tahap tinggi.
  • 9. 9 Jadual 4 Analisis item kepentingan solat fardhu ITEM PERKARA PERATUS MINSTS TS KS S SS 1. Solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan para pelajar 2 5 30.3 30 32.7 3.71 2. Dapat mengenali rakan-rakan 3 4 18 36.3 38.7 3.52 3. Solat dapat mencegah saya daripada melakukan maksiat 4 5.3 18 36.7 36 4.53 4. Solat dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan - 10.3 23 33.5 33.2 3.63 5. Saya merasa berdosa kerana tidak menunaikan solat 3 2.9 22 37 35.1 4.56 6. Saya merasa lebih dekat kepada Allah melalui solat 7 5 18.2 35.2 34.6 4.70 7. Melalui solat dapat mendisiplinkan pengurusan masa saya. 3.5 7 15.3 29.1 45.1 4.57 8. Melalui solat menjadikan diri saya lebih bersistematik dalam tugasan - 4 22 33.4 40.6 3.64 9. Solat memberi kesan positif kepada kesihatan saya 4.4 11.5 27.7 24 32.4 3.81 10. Dengan mendirikan solat, badan saya lebih cergas dan sihat. 2.3 2.9 10.3 35 49.5 3.66 PURATA MIN KESELURUHAN 4.03 Berdasarkan Jadual 4, analisis item kepentingan solat fardhu, peratus tertinggi responden bersetuju pada pernyataan item 6 “Saya merasa lebih dekat kepada Allah melalui solat” dengan nilai min 4.70. Ini menunjukkan responden tahu dan sedar sekiranya mereka meninggalkan solat, Allah akan memberi balasan kepadanya samada di dunia mahupun di akhirat. Balasan di dunia Allah akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan rezekinya. Selain itu, Allah juga akan mencabut nur bagi orang-orang mukmin daripada wajahnya. Manakala balasan di akhirat menurut Md Hashim Yahaya, mereka akan merasa susah untuk menjawab terhadap pertanyaan dari malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi gelap dan sempit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya mereka akan diseksa dengan binatang-binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan. Seterusnya dengan nilai min sebanyak 4.57, item 7 “Melalui solat dapat mendisiplinkan pengurusan masa saya” mencatatkan min kedua tertinggi. Hasil dapatan ini dilihat sebagai suatu fenomena sihat yang menunjukkan bahawa dalam diri para pelajar ada dorongan untuk memperbaiki diri apabila mereka sentiasa berusaha Kesedaran terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan usaha untuk mempertingkatkan diri agar sentiasa berdis iplin melalui ibadah solat adalah satu motivasi beribadah yang baik bagi seseorang hamba kerana matlamat utama dalam kehidupan adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Min ketiga tertinggi iaitu 4.56, item 5 “Saya merasa berdosa kerana tidak menunaikan solat”, peratusan pelajar yang merasa berdosa apabila meninggalkan solat adalah tinggi iaitu seramai 20 orang (66.7%). Perasaan berdosa meninggalkan solat
  • 10. 10 menunjukkan bahawa pelajar masih boleh dibentuk kerana perasaan tanggungjawab sebagai seorang muslim masih menebal di kalangan mereka. Malah perasaan ini menggambarkan bahawa mereka masih mempunyai iman dan taqwa. Walau bagaimanapun, ia perlu dibangunkan kerana berada pada tahap yang sederhana. Perasaan bersalah kerana meninggalkan suruhan agama ini dapat mencetuskan kesedaran menyeluruh yang akan membawa individu tersebut kembali di atas landasan agama yang benar. Min keempat tertinggi iaitu 4.34, item 6 “Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja”. Manakala min kelima tertinggi iaitu 4.20, item 1 dan item 3. Item 1 “Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan ke atas orang-orang yang beriman”. Ma n a k a l a item 3 p u l a i a l a h “Saya mengetahui cara melaksanakan solat dengan betul”. Dapatan bagi item 6, item 1 dan item 3 dapat dirumuskan bahawa para pelajar secara umum mengetahui dan faham akan perintah kewajipan solat dan akibat mengabaikannya namun mereka masih belum ada kesedaran untuk melaksanakan ibadah ini dan tidak mampu menghayati peranan seorang hamba kepada penciptaNya. Seringkali kita dapat melihat seseorang individu menguasai sesuatu ilmu dan boleh dikatakan arif namun tidak mampu melaksanakan ilmu tersebut. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku termasuk kekangan dan halangan samada dari segi fizikal atau sosio budaya yang mempengaruhi individu tersebut. Namun hal ini seringkali juga dikaitkan akibat kemampuan intelligent quotient dan sripitual quotient yang berbeza tahapnya. Sebagai contoh kita melihat faktor kegagalan ibubapa untuk memotivasi anak-anak untuk melaksanakan ibadah solat sejak kecil seringkali menyebabkan para pelajar terbiasa sehingga mereka tidak sensitif terhadap amaran dan ancaman hukuman bagi orang-orang yang meninggalkan solat walaupun mereka didedahkan dengan ilmu tersebut apabila memasuki alam persekolahan. Perkara ini tentu saja berlanjutan sehingga para pelajar ini meningkat dewasa dan memasuki peringkat pengajian tinggi. 10.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN 1. Memperbanyakkan bahan-bahan bacaan dan rujukan agama di perpustakaan IPG Kam pus Ilm u Khas dan jabatan masing-masing bagi memudahkan pelajar membuat rujukan dan peminjaman buku. 2. Kursus pemantapan dan penghayatan solat perlu diadakan setiap semester bagi meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap kepentingan ibadah solat. 3. Memperbanyakkan program keagamaan di kampus. Contohnya program nilai- nilai murni, soal jawab agama, kelas bimbingan fardhu ain dan forum agama. 4. Menyedi akan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran (PDP) dengan mengambil perhatian tentang masa rehat dan solat yang sepatutnya kepada pelajar. 5. Para pensyarah memainkan peranan yang penting dengan memberi bimbingan dan nasihat secara berterusan kepada pelajar.
  • 11. 11 11.0 KESIMPULAN Amalan solat merupakan suatu amalan yang mulia disisi Allah s.w.t. Solat dapat mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan untuk mengangkat darjat dan martabat manusia yang sering mengamalkannya serta mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut, solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas di hati serta dengan penuh kecintaan terhadap Allah S.W.T. Penglibatan pelajar dalam solat tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman dan juga penghayatan. Dapatan kajian ini menunjukkan pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar PISMP masih kurang memuaskan. Walau bagaimanapun para pelajar mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan ibadah solat dan penguasaan ilmu dalam bidang ini. Cuma ia perlu diperkaya dan diperkukuhkan lagi samada secara tidak langsung atau melalui program-program yang dirangka khas untuk tujuan ini. Kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula dan diberi penekanan agar ianya seiring dengan kecemerlangan akademik. Tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan seharusnya dipikul bersama demi membentuk generasi yang memahami tujuan kewujudan mereka di muka bumi ini.
  • 12. 12 RUJUKAN Anisah Ab.Ghani ( 2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers. Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Fakulti Pendidikan Universiti Teknogi Malaysia. Ahmad Sunawari Long (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. UTM. Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh (2001). Pengabaian Solat di Kalangan Remaja: Kajian di Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007). Amalan Solat Di Kalangan Pelajar : Kajian Di Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (Ciast), Shah Alam, Selangor. Tesis Sarjana Muda. Bangi : UKM. Norlyana Binti Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat: Satu Kajian Di Kolej 11. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Napisah Hj. Humni et.al (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. Kuching Sarawak. Md Hashim Yahaya (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Muhammad Abdul Latif (2001). Solat Kesannya Ke Atas Iman dan Nafs. Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man. Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah. Penulisan Ilmiah.