Proposal teks perutusan guru besar

8,901 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,901
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
156
Actions
Shares
0
Downloads
362
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proposal teks perutusan guru besar

  1. 1. 1 PROPOSAL TEKS PERUTUSAN GURU BESAR MESYUARAT AGUNG PIBG, SK TAMAN SERI GOMBAK 2 Dewan Tun Teja, SKTSG2 16 FEBRUARI 2013Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam 1MalaysiaYang Berbahagia, Dato Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Penyelaras BN Parlimen GombakYang Berusaha, Encik Amaluddin bin Abdul Manaf,……………………………………………………………selaku Bapa Angkat SK Taman Seri Gombak 2.Yang Dimuliakan, Encik Abdul Hamid bin Mohamned Yusof, YDP PIBG, SK Taman Seri Gombak 2Yang Dihormati barisan pentadbir, para ibu bapa dan warga guru SK Taman Seri Gombak 2.Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Seri Gombak tahun 2013. Pertama-tamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato MegatZulkarnain bin Tan Sri Omardin ke Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini. Setinggi-tinggipenghargaan dan jutaan terima kasih dititipkan khusus kepada Yang Berbahagia Dato yang telahbegitu sudi menerima undangan kami pada pagi ini. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di ujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra berimbuh sepanjang zaman Gunungan terima kasih saya ungkapkan kepada Encik Amaluddin bin Abdul Manaf, BapaAngkat SKTSG2 yang telah melapangkan diri untuk bersama-sama kita hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kesemua ibu bapa yang telah berusaha untuk hadirbagi menjayakan dan memaknakan Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan puan jadi sanjungan. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat utama dan penting bagimembolehkan kita merangka usaha dan cara untuk melonjakkan pencapaian anak-anak dalam sisiakademik akademik dan koakademik serta memastikan kemenjadian mereka sepanjang pengalamanmereka berada di SKTSG2 ini. Sebenarnya, PIBG ini merupakan pentas dan wahana bagi pihaksekolah dan para ibu bapa untuk berkolaborasi dalam menjayakan program yang pelbagai demikepentingan anak-anak kita di sekolah ini. Malah jalinan dan jaringan hubungan ibarat isi dengan kukuserta umpama aur dengan tebing antara ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan resipi tanpa rahsiakejayaan gemilang sesebuah sekolah. Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyemai dan mencanai generasimuda ini untuk menjadikan anak-anak berpotensi membentuk kelompok remaja dan dewasa sepertiyang diaspirasikan oleh ibu bapa sendiri, pihak sekolah, pihak komuniti setempat dan Negara. Kelakjiwa-jiwa kecil ini diacuankan untuk tegak berdikari berhati waja sebagai pemimpin besar hari esok.Insya-Allah.
  2. 2. 2Tuan-tuan dan Puan-puan yang dimuliakan, Sebagai makluman tuan-tuan dan puan-puan, enrolmen guru dan murid di SKTSG2 bagi tahun2013 adalah seperti yang berikutnya:- Guru - orang Murid sesi pagi - orang Murid sesi petang - orang Bilangan kelas :- Arus Perdana - PPKI - Prasekolah - 1 Dengan bilangan murid yang ramai ini, Insya-Allah, pihak sekolah amat yakin dan percayabahawa kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG SKTSG2 tahun 2013 akan memastikan prasaranadi sekolah ini kondusiif lagi selesa untuk anak-anak SKTSG2. Keberadaan mereka selama 6/7 tahun disekolah ini akan diasuh dengan iklim pengalaman persekolahan yang menyeronokkan. Hal ini telah terbukti apabila SKTSG2 sudah berhasil mencapai lonjakan saujana dalamkeputusan UPSR 2012. Sebenarnya sasaran asal pihak sekolah bagi tahun 2012 ialah hanya 73%.Yang amat membanggakan adalah kerana keputusan sebenarnya ialah 80.09% yakni mencatatpeningkatan 10.2% sekali gus mengatasi sasaran bukan sahaja pada tahun 2012 malah hingga ketahun 2015, iaitu SKTSG2 telah menjadi antara 10 sekolah terbaik di daerah Gombak. Tahniah dansyabas saya ucapkan kepada warga guru SKTSG2 yang semestinya telah mendapat sokongan paduberterusan dan kerjasama erat daripada ibu bapa semua, khasnya melalui PIBG, SKTSG2 Sebagai pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pencapaian SKTSG2 dalam UPSR 2012adalah seperti yang berikutnya:- Perbandingan Keputusan UPSR Tahun 2011 dan 2012 Perkara Tahun Status 2011 2012 Pencapaian Peratus Lulus 70.7% 80.09% +10.2% 5A 27 orang 37 orang +10 orang GPS 2.26 2.06 -0.20 Peningkatan SKTSG2 dalam peratus lulus dan bilangan murid mendapat 5A serta penurunanperatus GPS ternyata membuktikan bahawa formula kejayaan anak-anak ini sebenarnya bergantungkepada usaha tekun para guru dengan sokongan jitu ibu bapa. Selain itu, sepanjang tahun 2012, SKTSG2 juga menempah kejayaan cemerlang dalam bidangkoakademik. Pencapaian Koakademik SKTSG2 Tahun 2012 Bil Tarikh Aktiviti Pencapaian 1 21.3.2012 Bola sepak peringkat daerah Ke-3 2 22 -23.2.2012 Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Zon Gombak : a. Lompat jauh Johan b. Lompat tinggi Naib Johan c. 80 m lari berpagar Ke-3
  3. 3. 3 3 4.4.2012 Pertandingan Kawad Kaki TKRS Naib Johan Peringkat Daerah 4 23.5.2012 Pertandingan Nasyid, Hafazan Johan Hafazan dan Bercerita Peringkat Daerah 5 23.6.2012 Pertandingan Kawad Kaki Unit Johan Pengakap Peringkat Daerah 6 27.6.2012 Pertandingan Kawad Kaki Unit Naib Johan Beruniform Peringkat Daerah 7 14.7.2012 Seminar Kesedaran Johan Aktiviti Keselamatan Elektrik Tenaga Membina Nasional Berhad Peringkat Menara Negeri Selangor Pasukan Nasyid PPKI telah mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Nasyid PeringkatDaerah pada tahun 2012.. Syabas dan tahniah Unit Kokurikulum atas pencapaian tahun 2012. Walaubagaimanapun, kita belum boleh berada dalam zon selesa meskipun telah mencapaikejayaan lonjakan saujana tahun lepas. Kejayaan gemilang 2012 seharusnya menjadi pemangkin sertapenandaarasan untuk mencipta peningkatan berterusan dalam UPSR tahun ini dan tahun-tahun akandatang. Begitu juga dengan pencapaian dalam bidang koakademik tahun ini. Hal ini diyakini akantercapai dengan kerjasama 100% daripada ibu bapa. Insya-Allah. Langkah awal kerjasama daripadaibu bapa telah tercapai pada hari pertemuan dengan ibu bapa tahun 6 pada 2 Februari 2013. Ketikapertemuan ini, ibu bapa tahun 6 telah sebulat suara bersetuju menyumbang RM200 bagi menjayakanprogram peningkatan prestasi UPSR 2013. Tahniah dan syabas khasnya kepada kesemua ibu bapaanak tahun 6. Dengan sumbangan dana ini, program kecemerlangan anak-anak tahun 6 akan dapatdilaksanakan demi lonjakan pencapaian UPSR tahun ini.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kajian mencatatkan bahawa kejayaan anak-anak sangat-sangat bergantung bukan sahajakepada para guru malah harus ada sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa. Sokongan 100%daripada ibu bapa ini menjelma dalam pelbagai bentuk seperti sokongan spiritual, emosi, kasih sayang,penjagaan kesihatan, pemakanan untuk fizikal dan minda cerdas, motivasi dan yang lebih utama ialahpemantauan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak semasa di rumah. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mampu menjadi fasilitator atau pembimbing/mentor mereka ketika mengulang kajipelajaran dan menyiapkan kerja sekolah maka itulah yang terbaiknya. Sekiranya tidak, keberadaantuan-tuan dan puan-puan di sisi mereka semasa mereka belajar di rumah sudah pun memberipengertian tersirat bahawa pelajaran mereka sangat diutamakan oleh ibu bapa. Oleh itu, carilah ruangdan peluang untuk berada di sebelah anak-anak setiap kali mereka menelaah dan menyiapkantugasan sekolah. Sejajarnya dengan usaha ini, KPM melalui dasar Transformasi Pendidikan, iaitu dalam PelanPembangunan Pendidikan Malaysia, Sarana Ibu Bapa ada menggariskan panduan penglibatan ibubapa untuk membantu pihak sekolah dalam strategi peningkatan prestasi anak-anak. Berdasarkansarana ini ada enam peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak di rumah yakni menjadi jurulatih,mentor, Penyokong, sentiasa bermaklumat, menjadualkan kehidupan dan sahabat kepada anak. Sayayakin jika ibu bapa memainkan enam peranan tersebut secara total, Insya-Allah kemenjadian sertakecemerlangan anak-anak di rumah dan di sekolah akan selari serta mudah tercapai. Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak di Tahun Satu hingga Tahun 3, untukpengetahuan semua, mereka kini sedang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) yangmula dilaksanakan pada tahun 2011. Mulai tahun 2016 KSSR akan menggantikan Kurikulum
  4. 4. 4Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya. KSSR merupakan satu bentuk KurikulumTransformasi yang memberi penekanan terhadap pembentukan insan seimbang melalui pemikirankritis dan kreatif serta inovatif. Kurikulum ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagimemastikan murid-murid ini memiliki kemahiran yang diperlukan di peringkat global. Penilaiaanterhadap murid tahun enam pada tahun 2016 tidak lagi berdasarkan keputusan UPSR semata-matakerana akan digabungkan dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan secara menyeluruh apabila KSSRdimulakan sejak tahun 2011. PBS merupakan pentaksiran PdP yang dijalankan secara berterusanuntuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini bersifatautentik dan holistik. Terdapat dua komponen PBS, iaitu Komponen Akademik bagi PentaksiranSekolah dan Pentaksiran Pusat manakala Komponen Bukan Akademik bagi Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.Tujuan PBS dilaksanakan adalah untukmengurangkan peperiksaan yang juga akan memberi peluang kepada para guru dan murid untukmenumpukan perhatian kepada peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kaedah pelaksanaannyamerujuk kepada Standard Prestasi yang menerangkan tentang pencapaian seseorang murid yangtelah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran melalui satu penanda aras yang dikenal pasti sertamerujuk standard yang telah ditetapkan. Murid-murid semestinya akan dinilai secara adil dan saksamaberdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat. Kemahiran dan potensi tanpa dibandingkan denganindividu lain. Sebenarnya murid-murid perlu menguasai 6 peringkat penguasaan kemahiran mengikutStandard Prestasi, iaitu dari Band 1 (paling asas-Tahu) hingga Band 6 (paling tinggi -berupayamenzahir idea kreatif dan inovatif). Penguasaan Band 1 hingga Band 6 ini dinilai bagi tahun semasabagi semua subjek yang dipelajari. Memandangkan Transformasi Pendidikan mulai dijayakan tahun 2013 maka kita perlumelakukan anjakan paradigma untuk menerima segala perubahan dengan minda terbuka dan lapangdada serta keterlibatan bersepadu kita dalam kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak akandirasai. Oleh itu, marilah kita bersama-sama sederap dan selangkah menggalas amanah dan memikultanggungjwab untuk melahirkan anak-anak SKTSG2 yang cemerlang secara menyeluruh. Kelakmereka inilah generasi pemimpin alaf transformasi yang diaspirasikan memacukan Negara di pentasglobal.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sebelum menyudahi ucapan saya ini, sekali lagi saya merakamkan mengangkasapenghargaan dan bilionan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang berbahagia Dato MegatZulkarnain, Encik Amaluddin, Bapa Angkat SKTSG2 dan kesemua ibu bapa yang hadir pagi ini.Selamat bermesyuarat agung PIBG nanti. Sekian, terima kasih.

×