[Ringkasan]
Dokumen tersebut membincangkan tentang penilaian Fardu Ain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Ia menyenaraikan prinsip-prinsip utama penilaian Fardu Ain, kod-kod yang dinilai mengikut tahun persekolahan, dan jadual pelaksanaan ujian Fardu Ain pada tahun 2014.
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
Manual&pelan tindakan
1.
2. Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam,yang
ingin dipastikan benar-benar
diketahui,difahami,diamalkan dan dihayati oleh
setiap murid dengan betul dan sempurna
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Syarak
3. 1) Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman
dan amalan PAFA,kemudian membimbing sehingga
mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkannya dengan betul dan sempurna.
2) Memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA
,dengan perkataan lain,menentukan kejayaan 100%.
3) Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan
kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam
amalan kehidupan harian.
4) Merangsang tanggongjawab guru untuk memastikan
murid menguasai dan menghayati PAFA secara
berterusan.
4. 1) Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid yang
beragama Islam.
2) Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1
hingga Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 1 hingga Tingkatan
3 (PMR) dan Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 (SPM).
3) Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya
oleh sekolah.
4) Penilaian dijalankan sendiri oleh Guru Pendidikan Islam
mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai proses
penilaian biasa yang bersifat formatif dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
5. 5) Penilaian dijalankan secara Lisan dan Amali
mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.
Apabila murid-murid telah menguasai kod-kod
yang telah ditetapkan, dia boleh dinilai dengan
kod-kod Tahun/Tingkatan seterusnya.
Bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula
untuk pengukuhan.
6) Soalan dan jawapan penilai tidaklah rahsia
sebagaimana yang dicadangkan dalam buku
panduan ini. Apabila ujian dibuat secara formal
murid akan diberitahu lebih awal.
6. 7) Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi
masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya
untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan
kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka
sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu
kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna.
8) Pencapaian murid dikemas kini dari semasa ke semasa
dalam borang Pencapaian Individu dan Berkelompok.
Catatan tersebut merupakan rekod bagi proses dan
keputusan yang dicapai oleh murid.
7. 9) Pemantauan proses perlaksanaan penilaian
PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan
oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke
semasa.
10) Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai
sesuatu tajuk, manakala dalam hal ibadah ,
dapat mengamalkan sesuatu kemahiran
sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan
yang paling minimum yang dikira sah dari segi
syarak.
8. 11) Murid diperakui lulus dalam keseluruhan Penilaian
PAFA apabila mereka berjaya memahami dan
mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah
ditetapkan.
12) Borang Pencapaian Individu (dalam simpanan guru)
hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan
pelajar ke sekolah lain.
13) Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan
penilaian di peringkat sekolah mengguna format
Penyata Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu
diserahkan kepada Bahagian/Unit Peperiksaan,
Jabatan Pendidikan Negeri menurut prosedur yang
ditetapkan.
9. TAHUN KOD DINILAI TAJUK
1
01
02
03
04
Mengucap Dua Kalimah Syhadat
Rukun Islam
Rukun Iman
Beristinjak
2
06
10
Cara Berwuduk
Solat Fardu: Lafazniat, Takbiratul Ihram, Rukun Fi’li dan Surah Al Fatihah
3
10
13
Solat fardu : rukun Fi’li dan Rukun Qauli
Adab Terhadap Ibu Bapa
4
05
08
10
16
Memnersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
Cara mandi wajib
Solat fardu : Rukun Solat dan Sunat Ab’ad dan Hai’at
Kewajipan menutup aurat
5
07
09
10
Tayamum
Azan, Iqamat, jawapan dan doa selepasnya
Solat fardu : Rukun Solat danSunat Ab’ad dan Hai’at dan dua surah pilihan
6
10
12
15
Solat fardu : Rukun Solat danSunat Ab’ad dan Hai’at dan dua surah pilihan
Puasa
Ihsan
10. JADUAL TINDAKAN PELAKSANAAN UJIAN PAFA, 2014
BIL TINDAKAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV CATATAN
1
.
Memastikan murid memiliki
Buku Panduan Penilaian
PAFA
√ √
2
.
Penyediaan fail PAFA
(Borang Pencapaian
Individu dan Borang
Kelompok(
√ √
3
.
Pelaksanaan PAFA
3.1Tahun 1
3.2Tahun 2 – 5
3.3Tahun 6 / UPSR
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
4
.
Mengemaskini Borang
Berkelompok PAFA
√ √
5
.
Menghantar keputusan
penuh PAFA / disket ke Unit
/ Bahagian Peperiksaan
JPN/PPD
√
6
.
Mengemaskini Rekod
Pencapaian Individu murid
yang akan berpindah ke
sekolah baru (sekiranya
ada(
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
7
.
Penyertaan daripada pihak
kementerian/JPN/ Bahagian/
Daerah
Mengikut takwim pihak berkenaan