• Like
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)

  • 32,648 views
Published

Kemahiran berfikir aras tinggi atau higher order thinking skills (HOTS) dan kemahiran menyoal pelajar.

Kemahiran berfikir aras tinggi atau higher order thinking skills (HOTS) dan kemahiran menyoal pelajar.

Published in Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Sebelum ini tertanya apakah yg dinamakan KBat itu. Bila baca slaid ini, baru saya faham. Pandang sepintas lalu seperti KBKK tetapi adaa sedikit penambahan. Saya memang guna kaedah ini serba sedikit semasa dalam kelas terutama ketika PdP subjek PSI dan PQS. Kesimpulannya ia sangat baik utk saya dan anak-anak murid saya
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
32,648
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
42

Actions

Shares
Downloads
1,421
Comments
1
Likes
18

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS) MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR Penghargaan  Bahan ini dibangunkan dan diterjemahkan berdasar nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education, United Kingdom
  • 2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA2 HASIL Dalam bengkel ini, kita akan meneroka ... Soalan, soalan, soalan… Soalan yang berkesan Bagaimana soalan menjanakan pemikiran Bloom’s taxonomy and higher order thinking Taksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi Menggunakan soalan dengan berkesan
  • 3. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA3 • Untuk menilai pengetahuan sedia ada • Untuk menimbulkan minat • Untuk membina pemahaman • Untuk membina sikap dan penghayatan • Untuk mengukuhkan pembelajaran • Untuk merangsang pemikiran kritikal TUJUAN MENYOAL
  • 4. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA4 • Untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid • Untuk menjelaskan pemikiran • Untuk mencari sebab atau penjelasan • Untuk meneroka pandangan alternatif • Untuk menguji implikasi dan akibat TUJUAN MENYOAL
  • 5. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA5 • Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu) • Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan) • Ringkas (dinyatakan dengan beberapa perkataan yang mungkin) • Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindak balas) • Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci) • Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan) • Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza) • Art Costa and Bena Kallick Soalan yang berkesan adalah:
  • 6. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA6 • Pilih soalan yang paling mencabar yang telah ditimbulkan dalam kumpulan anda (4 orang) - dan justifikasikan jawapan anda • Bersedia untuk berkongsi soalan dan pemikiran anda dengan semua
  • 7. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA7 Soalan perlu: • Dirancang • Logik dan berturutan • Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan • Memberi murid masa untuk berfikir • Seimbang antara fakta dan pemikiran • Tidak berulang • Ditanya dalam nada perbualan • Direka untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan AMALAN YANG BAIK UNTUK GURU-GURU
  • 8. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA8 "Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan merangsangkan, kita sebagai guru mesti menggalakkan murid bertanya soalan aras yang lebih tinggi." Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas MEMBINA SOALAN
  • 9. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA9 Kajian menunjukkan bahawa: • Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka • Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan • Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta. Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas MEMBINA SOALAN
  • 10. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA10 “Penyoalan yang berkesan adalah satu aset yang penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik memilih alat yang tepat untuk kerja dan menggunakannya dengan betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap murid dan teknik penyoalan yang baik. " William G Camp Virginia Polytechnic Institute and State University MEMBINA SOALAN
  • 11. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA11 • Aturkan kad mengikut hirarki. • Bersedia untuk berkongsi pemikiran anda untuk menjelaskan hirarki anda. TUGASAN
  • 12. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA12 Oliver Wendell - Holmes Terdapat intelek aras satu, intelek aras dua, dan intelek aras tiga dengan jendela langit ...... •Mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para intelek aras satu •Para intelek aras dua akan membanding beza, menaakul, membuat kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul. •Mereka yang berada di intelek aras ketiga berupaya untuk membuat tanggapan, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit
  • 13. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA13 INTELEK 3 ARAS Terdapat intelektual aras satu, aras dua dan aras tiga dengan jendela langit. Para intelektual aras satu. Soalan jenis mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan Para intelektual aras dua Soalan membanding beza, menaakul, membuat kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul. Para intelektual aras ketiga Soalan membuat tanggapan, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit
  • 14. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA14 O U T P U T MENGAPLIKASI MEMPROSES MENGUMPUL P R O S E S I N P U T Intelek 3 Aras Kaji ketiga-tiga aras, terangkan apa yang dimaksudkan dengan :
  • 15. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA15 MENGAPLIKASI MEMPROSES MENGUMPUL P R O S E S I N P U T O U T P U T menilai, menggeneralisasi, mengimaginasi, mempertimbang, menentukan, membuat spekulasi, sekiranya …. maka, mengaplikasi prinsip, membuat hipotesis, meramal, mencetus idea membanding beza, menerangkan mengapa, memberi sebab, mengelas, mentafsir, menganalis, membuat kesimpulan, membuat turutan, mensintesis, membuat analogi melengkap, mengira, mendefinisi, menggambar, mengenal pasti, menyenarai, menyesuai, menama, memerhati, memilih, melafaz, mengimbas Intelek 3 Aras
  • 16. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA16 • Benjamin Bloom membangunkan taksonomi beliau pada tahun 1950an • Ia adalah suatu hierarki enam peringkat perkembangan pemikiran yang menjadi semakin kompleks dan mencabar. • Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua bidang pembelajaran. • Semasa 1990an Lorin Andersen telah membuat penambahbaikkan pada taksonomi asal. TAKSONOMI BLOOM
  • 17. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA17 Mengaplikasi Menganalisis Menilai MemekarkanPemikiran Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Mencipta Memahami Kefahaman Mengingat Pengetahuan AndersonBloom
  • 18. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA18 Kompleksiti Pemikiran Bahasa Pemikiran Kata Kunci Mengingat Saya boleh ingat maklumat Mengecam, mengulang, menyenaraikan. menggambarkan, mengenal pasti, namakan Memahami Saya boleh ingat dan menjelaskan idea dan konsep Mentafsir, menjelaskan, memberi contoh. meringkaskan, membuat kesimpulan, menunjukkan pemahaman, menterjemah Mengaplikasi Saya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan serupa atau baru Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, gunakan Menganalisis Saya boleh mengekstrak keluar idea-idea penting Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun Menilai Saya boleh membuat beberapa pertimbangan dan keputusan Menyemak, mempertimbang, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesis Mencipta Saya boleh memikirkan idea- idea baru dan cara-cara baru untuk menggunakan maklumat Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil
  • 19. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA19 Siapakah...? Apakah ...? Di manakah ...? Apabila ...? Yang manakah ...? Mengulangi, menamakan, mengingat semula, menyatakan, menyenarai Jawapan fakta, mengingat dan mengiktiraf Mengingat Apakah maknanya? Apakah kegunaannya? Bolehkah anda terangkan ...? Menyatakan semula , menerangkan, mentafsir, menterjemah, meringkas Mengungkap semula dan mentafsir untuk menunjukkan pemahaman Memahami SoalanMudah Apakah contoh-contoh lain yang ada tentang ini? Menunjukkan, menggunakan, mengaplikasi membina, menggambarkan Mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi dan pengalaman baru Mengaplikasi Bagaimana mereka sama / berbeza? Bagaimana ia berfungsi ...? Apakah bukti ...? Membanding beza, mengelas,menyusun, memeriksa, menganalisa Pecahkan kpd bahagian yg lebih kecil utk memeriksa lebih mendalam & memahami perhubungannya Menganalisis Mengapa anda berfikir tentang ? Mengapa anda suka ini ? Apakah yang terbaik ...? Memangkat, menyimpul, menilai , mentaksir, menentukan Membuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulanMenilai Bagaimanakah kita boleh mereka bentuk ...? Bolehkah kita menambah ...? Apa yang akan berlaku jika ...? Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil Gabungkan maklumat tuk mencipta sesuatu yunang baru Mencipta SoalanKompleks Soalan PemulaKata KunciPenerangan Aras pemikiran dan penyoalan Soalan-soalan Yang Membangunkan Tahap Pemikiran Bloom
  • 20. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA20 Kata Kerja yang boleh digunakan Contoh Soalan Contoh aktiviti dan hasil memberitahu menyenarai menggambar menghubung kait mengesan menulis mencari menyata menama Apakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...? Siapakah itu yang...? Namakan...? Terangkan apa yang berlaku di...? Siapa yang memberitahu...? Beritahu kenapa...? Cari maksud bagi...? Apakah yang...? Yang manakah benar dan salah...? Buat satu senarai tentang peristiwa-peristiwa utama .. Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta. Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini. Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu akrostik Deklamasikan satu puisi. MENGINGAT
  • 21. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA21 MEMAHAMI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menerang mengintepretasi menggariskan membincang mengesan meramal menyatakan semula menterjemah membanding menggambarkan Nyatakan dalam perkataan sendiri ... Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...? Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda. Apakah definisi...? Cari atau lukis gambar yang menerangkan peristiwa. Terangkan pendapat anda tentang idea utama. Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan cerita… Ceritakan semula dalam perkataan sendiri Lukiskan satu aspek yang anda suka Tuliskan ringkasan Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwa Sediakan satu buku mewarna
  • 22. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA22 MENGAPLIKASI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menyelesaikan menunjukkan menggunakan membuat ilustrasi membina meramal melengkapkan menilai mengklasifikasi menggambarkan Tahukah anda peristiwa lain di mana..? Bolehkah perkara ini berlaku ...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...? Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...? Bina sebuah model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bina sebuah diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat. Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan. Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan / tradisional. Lukis mural berdasarkan perkara yang sama. Tulis buku teks tentang …
  • 23. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA23 MENGANALISIS KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL menganalisis membezakan menilai membanding menyiasat mengkategori mengenalpasti menerangkan memisahkan mempromosi Peristiwa manakah akan berlaku..? Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku? Apakah persamaan .. dengan ..? Apakah hasil lain yang mungkin...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Kenapa perubahan ini berlaku? Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang disampaikan. Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..? Apakah persamaan..? Apakah masalah yang mungkin timbul? Apakah motif..? Apakah titik perubahan ...? Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul maklumat Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk Bina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat kritikal Bina sebuah jigsaw Bina sebuah salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan Tuliskan sebuah biografi seseorang Sediaka laporan .. Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan Nilaikan hasil seni – persamaan dan permasalahan
  • 24. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA24 MENILAI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL mengadili memilih memutuskan membenarkan membahas mengesahkan berhujah mengesyorkan menilai membincang mengutamakan memberi kadar menentukan Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... Nilaikan ... Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk? Bagaimana anda akan mengendalikan ...? Apakah yang mengubah ... Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah anda percaya? Adakah anda seorang ... orang? Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...? Apakah pendapat anda tentang ...? Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... menunjukkan. Jalankan perbahasan tentang isu kepentingan khas. Buat buku catatan 5 peraturan anda anggap penting. Menyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah." Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ... Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang ...
  • 25. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL Mencipta Mereka Mengarang Meramal Merancang Membina Mereka bentuk Mengembangkan imaginasi Mengusul Menjana Mencipta formula Adakah anda boleh mencipta……? Mengapa tidak mengarang sebuah lagu……..? Dapatkah anda melihat penyelesaian jika………? Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber , bagaimana anda akan berurusan dengan ...? Mengapa tidak anda merangka………? Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?… Apakah yang berlaku jika….? Berapa banyak carakah anda boleh cipta ..yang baru dan luarbiasa untuk…..? Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang sedap? Bolehkan anda bina kertas kerja untuk.. Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda Cipta sebuah produk baru. Berikan nama dan merancang kempen pemasaran Menulis tentang perasaan anda berhubung dengan.........? Tulis rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim tentang ...? Rekabentuk rekod, buku, atau penutup majalah untuk ...? Jual idea. Merangka satu cara untuk ... ? Reka satu rentak atau meletakkan perkataan baru kepada melodi yang dikenali....? 25 MENCIPTA
  • 26. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA26
  • 27. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA27 • Rancang soalan anda • Bersedia untuk bertanyakan soalan lanjutan • Tentukan sama ada soalan itu ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individu. • Berikan pelajar masa untuk berfikir. • Adakah soalan anda seimbang antara fakta dan pemikiran? • Bertanya dalam nada perbualan • Rekabentuk soalan yang akan mendapat maklum balas yang berterusan Membangunkan kemahiran menyoal guru
  • 28. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA28 • Berhenti bertanyakan banyak soalan secara sendiri! • Berharap murid untuk menimbulkan lebih banyak soalan jenis lisan dan bertulis • Galakkan murid untuk menyoal murid lain semasa perbincangan • Terima soalan apabila ditujukan. • Berikan masa untuk membuat susulan kepada soalan murid • Mengumpul, membincangkan, mengkategorikan dan membangunkan soalan murid Membangunkan kemahiran menyoal guru
  • 29. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA29  Menggunakan nota, pilih dua soalan daripada setiap kotak dan kenal pasti bila anda telah menggunakannya dengan berfaedah dalam sesuatu pengajaran anda baru-baru ini
  • 30. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA30 • Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ...? • Apakah yang kamu maksudkan dengan...? • Bolehkah anda memberi saya satu contoh ...? • Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain? • Bolehkah anda menunjukkan saya ...? Soalan-soalan Yang Menerangkan Pemikiran
  • 31. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA31 • Mengapa anda berfikir bahawa ...? • Bagaimana kita tahu bahawa ...? • Apakah sebab-sebab anda ...? • Apakah bukti yang kita ada untuk...? • Kenapa anda mengatakan sedemikian? Soalan-soalan Untuk Mencari Sebab dan Penjelasan
  • 32. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA32 • Bolehkah anda meletakkannya dalam cara yang lain? • Adakah terdapat pandangan yang lain...? • Sekiranya ada orang yang memberikan cadangan bahawa ....? • Apa yang kita perlu tahu sekiranya ...? Soalan-soalan Yang Meneroka Pandangan Alternatif
  • 33. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA33 Soalan-soalan Yang Menguji Implikasi dan Akibat • Apakah yang akan menyusul pendapat anda? • Adakah yang selaras dengan yang dinyatakan sebelum ini? • Apakah akibatnya sekira …? • Adakah terdapat panduan umum untuk …? • Bagaimanakah anda dapat menguji …sama ada benar atau tidak?
  • 34. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA34 Tindakbalas Terhadap Soalan-Soalan Murid Menganalisis soalan – Apakah yang anda maksudkan dengan ...? Menyusun semula soalan – Adakah anda cuba menyatakan bahawa ...? Menyoal murid semula – Apakah pendapat anda ..? Tanya soalan sokongan – Bolehkah...sekiranya...? Beri senarai kemungkinan – Mungkinkah kita boleh ..?
  • 35. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA35 MASA MENUNGGU ATAU MASA BERFIKIR Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk memikirkan jawapan mereka Berapa lama?
  • 36. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA36 MASA MENUNGGU Masa menunggu amat penting untuk perkembangan proses pemikiran aras tinggi apabila murid diminta menjawab soalan Ia adalah tempoh masa di antara masa guru bertanya soalan dan masa meminta pelajar menjawab Purata masa menunggu guru adalah 1 saat
  • 37. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA37 IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU Murid Jumlah soalan murid tanya meningkat Murid dapat menjawab dengan ayat lengkap Jawapan murid lebih panjang Murid akan berfikir secara spekulasi, “Mungkin ia akan ...”
  • 38. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA38 IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU GURU Guru mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir tentang respon murid Jangkaan guru terhadap respon murid berubah Guru dapat memberi variasi teknik penyoalan mereka Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemikiran berasas tinggi
  • 39. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA39 MEMBINA SOALAN “Soalan yang baik tidak ada jawapan. Ia bukan satu bolt yang perlu diketatkan tetapi benih yang perlu disemai yang akan terus berkembang ke arah menghijaukan landskap idea.” John Anthony Ciardi (1916 – 1986)