1. STRATEGI PENGAJARAN UNTUK
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN
PENYOALAN UNTUK PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
(QUESTIONING FOR CRITICAL AND CREATIVE THINKING)
2. NAMA AHLI KUMPULAN
1. NUR ADIBAH BINTI MD AZMAN L20112007352
2. NORAZLINA BINTI KAMBALI L20112007358
3. SYAZANA AKMA BINTI KARIM L20112007366
4. NORDIANA BINTI NOR AINI L20112007365
5. SHAIDAH BINTI MAZLAN L20112007383
6. NUR AZIDA BINTI ZAHID L20112007364
7. RABI’ATUL ‘ADAWIAH BINTI IBRAHIM L20112007362
3. SOALAN DAN PENYOALAN
1. Pengenalan soalan & penyoalan
2. Kepentingan penyoalan dalam P & P
3. Prinsip menyedia dan menggunakan soalan
4. Objektif penyoalan
5. Teknik penyoalan guru
6. Komponen kemahiran penyoalan
7. Jenis soalan
8. Aras penyoalan
9. Soalan kritis dan kreatif
4. PENGENALAN
Soalan penyoalan membantu kita berfikir
secara mendalam dan meluas.
Membolehkan kita membentuk soalan dan
menggunakannya secara berkesan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran.
Soalan yang baik harus mengambil kira
semua aspek iaitu aras , skop dan fokus.
5. KEPENTINGAN PENYOALAN DALAM P & P
Penyoalan
Penglibatan sebagai aktiviti
dan interaksi mengembangkan
murid yang dan meningkatkan
pemikiran &
aktif kefahaman murid
Maklum balas
dan
peneguhan
berlaku
Pengembangan
daya kemahiran
kritis dan kreatif.
6. PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN
SOALAN
Aras soalan harus sesuai dengan latar belakang
murid- peringkat umur kebolehan dan pengalaman
Soalan harus dirancang sebelum mengajar
Perkataan, istilah dan intonasi harus mudah
difahami oleh murid
Pelbagaikan soalan dari semasa ke semasa bagi
menarik minat
Soalan harus boleh mendorongi murid berfikir
Soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.
7. SAMBUNGAN…
• Mengikut prosedur iaitu guru mengemukakan soalan,
berhenti sebentar utk memberi masa murid berfikir, guru
menyebut nama murid untuk menjawab.
• Tujukan soalan kepada seluruh kelas dengan jelas dan
lantang (bukan segelintir murid cerdas) dan pastikan
semua murid mendengar dan memahami kehendak
soalan. Kemudian tujukan soalan kepada seseorang
murid.
• Guru boleh mengulangi soalan jika ada murid yang
tidak faham/kurang jelas
• Guru boleh meminta murid lain menambah jawapan
atau membetulkan jawapan yang salah atau kurang
tepat.
8. SAMBUNGAN…
• Sebut nama murid ketika menyoal. Jangan
menyoal secara umum.
• Elakkan jawapan yang diberi secara beramai-
ramai.
• Beri pujian jika jawapan betul dan bernas dan
betulkan jawapan yang salah/kurang tepat.
9. OBJEKTIF PENYOALAN
Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.
Merangsang dan mencungkil fikiran murid.
Membimbing murid menggunakan kaedah bagi membuat
kesimpulan atau menyelesaikan masalah.
Menarik perhatian murid terhadap aktivit pengajaran guru
atau kepada sesuatu penekanan.
Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian
objektif P&P
Menjalin hubungan yang baik di antara guru dengan murid.
Membantu murid memperkukuhkan konsep dan kefahaman.
10. SAMBUNGAN…
Membantu murid mengulang kaji pelajaran
sebagai persediaan kepada ujian
Menimbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan
yang mencabar dan menarik
Berkongsi idea dan pengalaman
Memberi keyakinan diri, mengurangkan perasaan
segan dan takut di kalangan murid
Menambahkan minat dan tumpuan murid
terhadap pelajaran
11. TEKNIK PENYOALAN GURU
Mengikut pelbagai aras kognitif – berdasarkan taksonomi Bloom
(daripada mudah kepada sukar)
Soalan bertumpu dan bercapah.
Soalan yang jelas maksudnya atau boleh difahami
Menyebarkan soalan ke seluruh kelas.
Memberi masa untuk murid berfikir
Mencungkil jawapan daripada murid
Mengalih arah soalan kepada murid-murid lain
Memberi respon yang sesuai terhadap jawapan murid.
12. KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN
• Pembentukan soalan
jelas, tepat dan ringkas
• Fokus
Fokus Tunggal: Tumpu satu idea - konvergen
Fokus pelbagai: Tumpu lebih drpd. satu idea - divergen
• Sebaran
soalan disebarkan ke seluruh kelas
• Hentian
memberi masa kpd.murid mendengar, memahami dan
memikirkan jawapan sebelum menjawab soalan
13. SAMBUNGAN…
• Melayani Jawapan
Memberi pujian,
Melengkapkan jawapan,
Memperbaiki jawapan.
• Memberi petunjuk jawapan
Membantu murid dengan clue
Memberi petua/petunjuk
• Mencungkil Fikiran
mencetus, menjana, mengembang
Mengemukakan satu ciri soalan untuk mencungkil fikiran.
14. JENIS SOALAN
• Terdapat 2 jenis:
• Soalan bertumpu (konvergen)
• Soalan bercapah (divergen)
• Soalan bertumpu :memerlukan jawapan
yang tepat, aras rendah (pengetahuan
dan kefahaman dan tinggi (aplikasi ke atas)
• Soalan bercapah – memerlukan pelbagai
jawapan; aras rendah dan tinggi
15. SOALAN BERTUMPU
• Pemikiran konvergen (Guilford 1967) adalah daya
berfikir yang menggunakan integrasi logik bagi
mengasilkan sesuatu penyelesaian terhadap
sesuatu masalah yang lazim berpandukan kepada
prinsip, teori, hukum dan pengalaman sedia ada.
• Sering dilabel sebagai pemikiran -penaakulan, kritis,
analitis
16. SOALAN BERTUMPU
(CONTOH)
Apakah
tema Hari
Guru
tahun ini?
(satu
jawapan)
17. SOALAN BERCAPAH
• Pemikiran terbuka yang tidak terkongkong dengan
teori, hukum atau pengalaman sedia ada
seseorang bagi mendapatkan pelbagai alternatif
penyelesaian bagi sesuatu masalah.
• Pemikiran jenis ini sering disebut pemikiran lateral,
mendorong kepada daya kreativiti yang
memerlukan keterbukaan minda, imaginasi, intuisi,
dsbnya.
18. SOALAN BERCAPAH (CONTOH)
Apakah pendapat
anda terhadap
terhadap sekolah
kluster? (pelbagai
jawapan)
Buktikan Hang Tuah Apakah pandangan anda
adalah seorang perwira terhadap perwatakan
yang taat? (pemikiran Hang Jebat?
penaakulan) (terbuka/luas)
Apakah akan
terjadi kepada
murid jika
peperiksaan
UPSR dan PMR
dimansuhkan?
(subjektif)
19. ARAS PENYOALAN
• Berlandaskan Objektif Taksonomi Bloom,
terdapat enam aras:
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian
20. ARAS PENGETAHUAN
• Mengingat kembali fakta, istilah, erti hukum,
tempat, nama tarikh dsbnya seperti
perkataan – namakan, nyatakan,
senaraikan, siapa, dimana, bila
• Namakan tiga jenis nutrien utama dalam pembajaan?
• Siapakah mencipta kapal terbang?
21. ARAS KEFAHAMAN
• Kebolehan menterjemah,
menginterpretasikan fakta, prinsip, hukum
dsbnya spt perkataan – terangkan,
huraikan, ringkaskan, jelaskan
• Terangkan maksud diet seimbang?
• Huraikan pengertian pembiakan secara aseks?
22. ARAS APLIKASI
• Kebolehan mengguna pakai konsep, prinsip
dsbnya ke situasi yang lain bagi
penyelesaian masalah selesaikan, kirakan,
anggarkan, bagaimanakah. Contoh
• Kira berapa banyakkah baja NPK diperlukan untuk
tanaman sehekta jagung?
• Bagaimanakah guru mengendalikan kelas yang terdapat
murid pelbagai tahap kebolehan?
23. ARAS ANALISIS
• Kebolehan menceraikan kepada
komponen kecil berlandaskan kepada
prinsip, hukum spt bezakan, bandingkan,
pilih, asingkan, pilih, buat urutan, buat
andaian. Contoh
• Bezakan maksud kain dan tekstil?
• Pilih baja yang terbaik untuk pengakaran tanaman?
24. ARAS SINTESIS
• Kebolehan menggabungkan,
mencantumkan serta mentafsir dan
merumuskan apa yang dianalisa spt
merancang, mereka cipta, merangka,
mengkonsepsikan. Contoh
• Rancangkan satu pelan induk program ini
• Rekakan satu pakaian khas untuk majlis persandingan
bakal pengantin ini
• Rancangkan satu kurikulum untuk murid pendidikan khas?
25. ARAS PENILAIAN
• Kebolehan menilai, membuktikan,
mengesahkan, memberi hujah atau komen
spt mengkritik, mengesan, menyokong,
menaksir. Contoh
• Beri komen anda terhadap jalan cerita drama ini?
• Mengapakah anda menyokong cadangan itu?
• Bagaimanakah anda dapat mengesan bakteria yang
menyerang penyakit pokok itu?
26. SOALAN KRITIS DAN KREATIF
• Kritis – Pemikiran secara reflektif, produktif dan
menilai bukti-bukti untuk memperoleh dapatan
yang logik dan tepat.
• Kreatif – suatu keadaan di mana seseorang individu
atau sekelompok manusia atau sesebuah
organisasi memahami, mengetahui dan mampu
mengaplikasikan daya kreativiti serta membentuk
sesuatu yang baru.