SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Bahagian A
Menyatupadukan Kemahiran Menakul, Pemikiran Kreatif dan Inovasi dalam
Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Melayu
PENGENALAN
Perkembangan dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi menuntut perubahan
landskap pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan pesat pada abad ke-21.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan
memberi penekanan terhadap kemahiran menaakul di samping kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M).
Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca, menulis dan mengira
(4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting pada abad ke 21.
Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional
yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat membantu murid untuk memahami
proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang
buruk dan memahami sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran
menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan
memproses maklumat. Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru
serta bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan
teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki ciri-ciri murid
berikut:
 kritis, kreatif dan inovatif
 berani dan bijak menyoal
 ingin tahu
 daya berfikir sendiri dan fleksibel
 bekerjasama
 mengambil risiko
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 1
 berpandangan jauh
 membuat perbandingan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan
untukmembangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di
abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin
agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling
bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid:
 suka menyoal dan mencari jawapan,
 membuat hubung kait,
 menjangka peristiwa yang akan berlaku,
 membuat spekulasi tentang kemungkinan,
 meneroka idea,
 berfikir secara lateral, dan
 sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.
KEMAHIRAN MENAAKUL
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik.
Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logic untuk memahami
sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa
membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca,
laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia. Menurut Terry &
Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu
berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk
menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran
menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal.
Ia juga melibatkanpengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami
olehindividu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepadakehidupan.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 2
Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses
mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan
intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk
membuat kesimpulan yang munasabah.
Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam
membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran
menaakul dan strategi berfikir
KEMAHIRAN MENAAKUL DALAM BAHASA MELAYU
Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas ini boleh
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran selain dari teknik
menghafal. Antara teknik yang boleh dilaksanakan termasuklah:
 Teknik Perbincangan dan soal jawab
Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya fikir murid ke
arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan baik. Guru perlu membiasakan
murid dengan soalan-soalan yang member ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan
soalan mengapa dan bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang
memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan perspektif atau sudut pandangan
yang berbeza mengenai peristiwa, masalah atau watak dalam membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah.
Contoh tugasan murid:
Fatimah murid tahun 5 ada latihan bola keranjang di sekolah pada petang itu. Ibu Fatimah tiba-
tiba demam dan meminta Fatimah tolong menjaga adiknya. Fatimahah telah berjanji dengan
gurunya untuk hadir latihan itu. Kini dia perlu membuat pilihan sama ada perlu hadir latihan atau
menolong ibu di rumah.
Minta murid berbincang dan bersoal jawab daripada perspektif diri Fatimah sebagai pelajar dan
Fatimah sebagai anak yang baik dalam menyelesaikan masalah ini.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 3
 Teknik penggunaan pengurusan grafik
Melalui teknik ini, guru boleh melatih murid menggunakan pengurusan grafik dalam
memahami maklumat, menjana idea dan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka.
Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan teknik ini ialah aktiviti yang memerlukan
murid memahami maklumat dan menjana idea atau membuat andaian yang dipersembahkan
dalam pengurusan grafik untuk memudahkan murid menyelesaikan tugasan. Dalam hal ini, guru
dapat menggalakkan murid berfikir dalam mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan
tadi.
Contoh tugasan murid:
Satu malam, Ah Leng lalu di sebuah jalan yang sunyi di pinggir sebuah kampung dan
terserempak dengan sebuah lembaga putih. Dia berhenti dan bersembunyi di belakang sebatang
pokok. Lembaga itu makin menghampirinya. Pada pendapat kamu apakah lembaga itu dan apa
yang berlaku kepada Ah Leng selepas itu?. Tulis cerita ini sehingga selesai.
 Teknik pembelajaran secara koperatif
Guru memberi penekanan kepada murid belajar dalam kumpulan dan menyelesaikan
tugasan secara kumpulan mengambil kira idea semua ahli dan dipersetujui bersama. Aktiviti
permainan memerlukan kerjasama dan kesatuan idea antara semua ahli kumpulan. Contoh
tugasan yang boleh diberi kepada murid untuk diselesaikan secara kumpulan dan bersama-sama.
Murid perlu membentuk kumpulan 10 orang untuk membuat satu projek. Kumpulan bebas
menentukan jumlah lelaki dan perempuan tetapi bilangan tidak melebehi 10 orang. Pecahan
lelaki dan perempuan tidak boleh serupa dengan kumpulan lain. Tentukan dan isi dalam borang
yang disediakan.
 Teknik sumbang saran dalam penyelesaian masalah
Dalam aktiviti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, guru boleh
menggunakan teknik sumbang saran dan akhirnya memilih idea yang palingsesuai daripada
semua idea yang dikemukakan oleh murid. Aktiviti ini membolehkan murid membina kemahiran
menaakul di samping menganalisis maklumat atau data yang diberi. Mereka dapat menaakul
untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap tugasan yang diberikan.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 4
Contoh tugasan murid:
Amin membeli 40 biji guli dan memberikannya kepada dua orang adiknya. Adik yang
pertama mendapat 25 biji guli. Berapa biji guli yang diperoleh oleh adik kedua? Dalam aktiviti
ini murid terpaksa berfikir untuk menyelesaikan masalah. Dua orang akan menerima sejumlah
guli daripada 40 biji yang ada. Seorang mendapat 25 biji daripada 40 biji dan jumlah yang
diterima oleh seorang lagi ialah lebihan dan baki yang ada.
 Teknik projek
Teknik ini memberi ruang kepada murid untuk berfikiran secara kritis dan kreatif dalam
menghasilkan projek. Dalam menghasilkan sesuatu projek ini, murid juga perlu menaakul untuk
membuat keputusan yang baik.
Contoh tugasan membuat projek salasilah keluarga murid.
Bagi menghasilkan sesuatu projek murid perlu menaakul dalam menentukan kedudukan
yang betul setiap ahli dalam keluarga mereka.
 Teknik Permainan
Melalui permainan, guru boleh mewujudkan situasi untuk murid membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Murid perlu dilatih memahami dan
menentukan strategi yang baik untuk mereka menguasai permainan itu.
Contoh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, permainan lebih menjurus kepada
permainan bahasa seperti mencari perkataan tersembunyi. Dalam mencari perkataan tersembunyi
murid perlu faham pembentukan perkataan yang tersembunyi.
 Teknik Perbahasan
Dalam perbahasan banyak idea yang mesti dikeluarkan dari pelbagai perspektif untuk
dibahaskan dalam membuat keputusan. Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk memupuk motivasi
kepada murid bagi membolehkan mereka menganalisis pendapat dan perspektif yang pelbagai
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 5
mengenai sesuatu isu yang penting. Pendapat yang dibahaskan dan dipertikaikan ini akan
dirumus oleh murid bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang wajar.
Contoh murid membahaskan strategi terbaik dalam permainan bola jarring dalam
pasukan mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti.
 Teknik Inkuiri
Teknik ini merupakan teknik pengajaran untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti
dalam kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia
dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Aktiviti dalam teknik ini memberi latihan
yang sebenar dalam proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat,
menganalisis dan membuat rumusan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam
KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif
berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi amalan dan
budaya dalam kehidupan mereka
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk
membolehkan murid:
 Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
 Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.
 Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.
 Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea.
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 6
Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk
menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh
berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanakmemikirkan sesuatu idea,
walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang
ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.
Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa
Inggerisberasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.
Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi
pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan
sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata.
Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang
lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih.
KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM BAHASA MELAYU
Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), murid:
 Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan,bahasa isyarat dan tulisan.
 Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu
antara idea,pengalaman, teks dan perkataan.
 Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.
 Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni
 bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian.
 Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 7
AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU YANG BOLEH DIJALANKAN
 Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan,
sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan.
 Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat
pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya.
 Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut:
 Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal
 Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang
 Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan
ruang
 Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
CONTOH AKTIVITI YANG MENYATUPADUKAN KEMAHIRAN MENAAKUL,
PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU
Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak
melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad
sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
Guru boleh mengembangkan kemahiran berfikir aras rendah dengan soalan berikut:
 Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?
 Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?
 Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?
Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti
berikut:
 Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?
 Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?
 Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad?
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 8
 Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?
 Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?
 Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan
bagi orang awam melintas jalan yang sesak.
 Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian
harus tidak dibenarkan dibandar".
 Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan
orang awam melintas jalan raya berhampiran rumah anda.
 Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.
Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:
 soal jawab
 sumbang saran
 permainan
 pertandingan
 kuiz
 teka teki
 perbahasan
 projek
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 9
KESIMPULAN
Dalam usaha mencapai objektif KSSR yang memfokuskan penguasaan kemahiran
menaakul, pendekatan berpusatkan guru tidak lagi sesuai digunakan oleh guru-guru di sekolah.
Menurut Nik Aziz Nik Pa (1998), secara metafora, pelajar boleh dianggap sebagai pelancong
dalam persekitaran yang belum diketahui dan guru adalah pemandu pelancongnya. Pemikiran
pelajar adalah sebuah penjana untuk diaktifkan, dan bukan sebuah gelas untuk diisikan. Sekolah
pula adalah kehidupan itu sendiri, dan bukan sekadar persediaan untuk kehidupan. Fenomena
seperti ini penting diaplikasikan di sekolah-sekolah. Ketidakupayaan guru-guru untuk
melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran menaakul yang menjadi teras tambahan dalam
kurikulum pendidikan sekolah berasaskan KSSR akan membantutkan usaha KPM untuk
membangunkan generasi pendidik dan pelajar yang mampu menyumbang kepada peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran sains khususnya. Situasi ini penting untuk memperbaiki dan
meningkatkan tahap pencapaian skor Sains dan domain kognitif dalam Indeks TIMSS yang
menunjukkan pencapaian rendah Malaysia.
Selain itu, dengan mengupayakan tahap pencapaian kemahiran menaakul, pelajar-pelajar
pada peringkat pendidikan rendah melalui KSSR ini, mampu mengatasi masalah kelemahan
pengupayaan penaakulan saintifik dalam kalangan pelajar-pelajar sains peringkat pendidikan
menengah seperti yang dijelaskan dalam kajian Syed Anwar (2000) dan Hamidah & Merza
(2001).
Walau bagaimanapun, masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya guru-guru yang terpilih
atau terlibat secara langsung dalam usaha mempertingkatkan kemahiran menaakul ini
mempunyai keterlibatan (engagement), iltizam dan pendedahan langsung dalam setiap aktiviti
atau pengisian mencukupi yang disediakan oleh KPM dalam pelaksanaan Sains KSSR ini.
Tinjauan awal ini merupakan satu usaha ke arah menerokai kajian yang lebih komprehensif
untuk meletakkan satu asas atau garis panduan bagi melaksana dan mempertingkatkan
kemahiran menaakul dalam kalangan pendidik dan pelajar seperti yang disasarkan oleh
pembentukan KSSR oleh KPM.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 10
RUJUKAN
1. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.
Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
5. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran
Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar
dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan
Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
7. Normala Yusoff. (2006). Keberkesanan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran reka cipta Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 11
Bahagian B
Reka bentuk LIMA aktiviti pengajaran Bahasa Melayu yang dapat mencabar minda murid.
1. AKTIVITI MEMINDAHKAN MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR
 Guru mempamerkan slaid power point tentang gambar
 Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berpandukan gambar pada slaid
 Murid memberikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja.
 Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.
 Murid membina 5 ayat yang gramis berdasarkan gambar.
1. ____________________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________________
5. ____________________________________________________________________________
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 12
2. AKTIVITI MENGANALISIS AYAT
 Guru menyuruh murid membaca petikan .Murid dipilih oleh guru.
 Guru menyoal murid tentang apa yang difahami dengan petikan.
 Murid dibahagi kepada 5 kumpulan
 Murid diminta mencari nilai dan pengajaran dalam teks
 Guru memberi latihan kepada murid
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.
Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara
menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan
ceria.Amir rakan sekelas Salina seorang murid yang selalu mengantuk di dalam kelas.Matanya
sentiasa merah dan cengkung.Guru mengesyaki Amir terlibat dengan dadah.Setelah disoal siasat
Amir mengaku menghidu gam.Amir dibawa ke pusat pemulihan.Ibu bapa Amir mengucapkan
terima kasih kepada guru kerana membantu Amir.
NILAI MURNI PENGAJARAN
1. berdisiplin setiap hari Salina akan bangun awal pagi
2.
3.
4
5.
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 13
3. AKTIVITI HIPOTESIS RANCANGAN TELEVISYEN
 Guru mengedarkan satu intisari rancangan TV yang lain kepada setiap murid.
 Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan waktu mula dan akhir sesuatu intisari
rancangan TV berdasarkan jadual yang diberikan.
 Guru menerangkan bahawa tempoh masa adalah perbezaan di antara masa mula dan akhir
berdasarkan contoh daripada intisari rancangan TV yang telah diedarkan.
 Guru mengagihkan murid kepada 5 orang dalam satu kumpulan.
 Setiap kumpulan dikehendaki membina sendiri intisari rancangan TV bagi stesen TV
mereka mengikut rancangan TV yang paling digemari oleh mereka.
 Guru menekankan bahawa setiap kumpulan perlu menghasilkan intisari rancangan TV
yang baru dan tidak boleh sama seperti contoh yang diberikan.
Intisari Rancangan TV Aviva
11.00 pagi - Berita Semasa 11
11.05 pagi - IKS
11.30 pagi - Kampung Boy
12.00 tengahari - Xpresi Kembara
12.30 tengahari - Jelajah (Desaria)
1.00 petang - Berita Nasional
1.30 petang - Info Sukan
1.45 petang - Diva @ 1
2.00 petang - Generasi Y
3.00 petang - Berita Semasa 3
3.05 petang – Filem Bujang Lapok
5.00 petang - Berita Wilayah
6.00 petang - Agrotek
6.30 petang - Hasratun
7.00 malam - National Geographic (Cheetah Family)
8.00 malam - Berita Nasional
8.39 malam - Azan Isyak
9.00 malam - Panggung Seri (Mr Bean)
RANCANGAN
TELEVISYEN
WAKTU
MULA
WAKTU
TAMAT
TEMPOH
MASA
Kampung Boy 11.30 12.00 30 minit
Diva @ 1
Bujang Lapok
Agtotek
Azan Isyak
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 14
4. AKTIVITI PERMAINAN PETA HURUF
 Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi peta huruf kepada murid.
 Guru membimbing murid membaca huruf a hingga z.
 Murid mewarna peta huruf mengikut huruf besar dan huruf kecil
Peta huruf kecil
Peta huruf besar
E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 15
5. AKTIVITI PERMAINAN TANGGA BERGAMBAR
 Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi permaianan
 Murid diminta mengisi kotak kosong yang sesuai dengan gambar agar menjadi perkataan
 Murid membaca kuat perkataan yang telah dibina.
 Murid membina ayat mudah berdasarkan perkataan tersebut

More Related Content

What's hot

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)iqbalmahadi
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)hibatullah92
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikCik Niz
 
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)SISC+ PPD Seremban
 
Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013Cikgu Bibi
 
Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hspSmi Zakini
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pjJimmy Siow
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain Eddy Terinisip
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrEwe Beesuan
 
Paper penemuan terbimbing
Paper penemuan terbimbingPaper penemuan terbimbing
Paper penemuan terbimbingDiah Dwi
 

What's hot (16)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
 
Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013Slot 1 refleksi kbat 2013
Slot 1 refleksi kbat 2013
 
Unit 6 kbkk
Unit 6 kbkkUnit 6 kbkk
Unit 6 kbkk
 
Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hsp
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
 
Slaid kbat
Slaid kbatSlaid kbat
Slaid kbat
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
 
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
 
Paper penemuan terbimbing
Paper penemuan terbimbingPaper penemuan terbimbing
Paper penemuan terbimbing
 

Similar to MELAKUKAN PENAAKULAN

Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
Model Pembelajaran Talking stick
Model Pembelajaran Talking stickModel Pembelajaran Talking stick
Model Pembelajaran Talking stickyuli yuliyanti
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Krystie Kriss
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiAnne Gd
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogyNailul Hasibuan
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahMohamed Firdaus
 
Karakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikKarakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikErni Susanti
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Operator Warnet Vast Raha
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...State University of Medan
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggimuhammad
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahNailul Hasibuan
 
KUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATKUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATIzawati Saat
 

Similar to MELAKUKAN PENAAKULAN (20)

I think
I thinkI think
I think
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
P
PP
P
 
Model Pembelajaran Talking stick
Model Pembelajaran Talking stickModel Pembelajaran Talking stick
Model Pembelajaran Talking stick
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogy
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
 
Karakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikKarakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta Didik
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
teacher
teacherteacher
teacher
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
 
KUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATKUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBAT
 

Recently uploaded

Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 

MELAKUKAN PENAAKULAN

  • 1. Bahagian A Menyatupadukan Kemahiran Menakul, Pemikiran Kreatif dan Inovasi dalam Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Melayu PENGENALAN Perkembangan dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi menuntut perubahan landskap pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan pesat pada abad ke-21. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan memberi penekanan terhadap kemahiran menaakul di samping kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca, menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses maklumat. Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki ciri-ciri murid berikut:  kritis, kreatif dan inovatif  berani dan bijak menyoal  ingin tahu  daya berfikir sendiri dan fleksibel  bekerjasama  mengambil risiko
  • 2. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 1  berpandangan jauh  membuat perbandingan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untukmembangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid:  suka menyoal dan mencari jawapan,  membuat hubung kait,  menjangka peristiwa yang akan berlaku,  membuat spekulasi tentang kemungkinan,  meneroka idea,  berfikir secara lateral, dan  sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil. KEMAHIRAN MENAAKUL Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logic untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia. Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkanpengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami olehindividu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepadakehidupan.
  • 3. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 2 Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah. Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir KEMAHIRAN MENAAKUL DALAM BAHASA MELAYU Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas ini boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran selain dari teknik menghafal. Antara teknik yang boleh dilaksanakan termasuklah:  Teknik Perbincangan dan soal jawab Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya fikir murid ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan baik. Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang member ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan soalan mengapa dan bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan perspektif atau sudut pandangan yang berbeza mengenai peristiwa, masalah atau watak dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Contoh tugasan murid: Fatimah murid tahun 5 ada latihan bola keranjang di sekolah pada petang itu. Ibu Fatimah tiba- tiba demam dan meminta Fatimah tolong menjaga adiknya. Fatimahah telah berjanji dengan gurunya untuk hadir latihan itu. Kini dia perlu membuat pilihan sama ada perlu hadir latihan atau menolong ibu di rumah. Minta murid berbincang dan bersoal jawab daripada perspektif diri Fatimah sebagai pelajar dan Fatimah sebagai anak yang baik dalam menyelesaikan masalah ini.
  • 4. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 3  Teknik penggunaan pengurusan grafik Melalui teknik ini, guru boleh melatih murid menggunakan pengurusan grafik dalam memahami maklumat, menjana idea dan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan teknik ini ialah aktiviti yang memerlukan murid memahami maklumat dan menjana idea atau membuat andaian yang dipersembahkan dalam pengurusan grafik untuk memudahkan murid menyelesaikan tugasan. Dalam hal ini, guru dapat menggalakkan murid berfikir dalam mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan tadi. Contoh tugasan murid: Satu malam, Ah Leng lalu di sebuah jalan yang sunyi di pinggir sebuah kampung dan terserempak dengan sebuah lembaga putih. Dia berhenti dan bersembunyi di belakang sebatang pokok. Lembaga itu makin menghampirinya. Pada pendapat kamu apakah lembaga itu dan apa yang berlaku kepada Ah Leng selepas itu?. Tulis cerita ini sehingga selesai.  Teknik pembelajaran secara koperatif Guru memberi penekanan kepada murid belajar dalam kumpulan dan menyelesaikan tugasan secara kumpulan mengambil kira idea semua ahli dan dipersetujui bersama. Aktiviti permainan memerlukan kerjasama dan kesatuan idea antara semua ahli kumpulan. Contoh tugasan yang boleh diberi kepada murid untuk diselesaikan secara kumpulan dan bersama-sama. Murid perlu membentuk kumpulan 10 orang untuk membuat satu projek. Kumpulan bebas menentukan jumlah lelaki dan perempuan tetapi bilangan tidak melebehi 10 orang. Pecahan lelaki dan perempuan tidak boleh serupa dengan kumpulan lain. Tentukan dan isi dalam borang yang disediakan.  Teknik sumbang saran dalam penyelesaian masalah Dalam aktiviti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, guru boleh menggunakan teknik sumbang saran dan akhirnya memilih idea yang palingsesuai daripada semua idea yang dikemukakan oleh murid. Aktiviti ini membolehkan murid membina kemahiran menaakul di samping menganalisis maklumat atau data yang diberi. Mereka dapat menaakul untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap tugasan yang diberikan.
  • 5. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 4 Contoh tugasan murid: Amin membeli 40 biji guli dan memberikannya kepada dua orang adiknya. Adik yang pertama mendapat 25 biji guli. Berapa biji guli yang diperoleh oleh adik kedua? Dalam aktiviti ini murid terpaksa berfikir untuk menyelesaikan masalah. Dua orang akan menerima sejumlah guli daripada 40 biji yang ada. Seorang mendapat 25 biji daripada 40 biji dan jumlah yang diterima oleh seorang lagi ialah lebihan dan baki yang ada.  Teknik projek Teknik ini memberi ruang kepada murid untuk berfikiran secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan projek. Dalam menghasilkan sesuatu projek ini, murid juga perlu menaakul untuk membuat keputusan yang baik. Contoh tugasan membuat projek salasilah keluarga murid. Bagi menghasilkan sesuatu projek murid perlu menaakul dalam menentukan kedudukan yang betul setiap ahli dalam keluarga mereka.  Teknik Permainan Melalui permainan, guru boleh mewujudkan situasi untuk murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Murid perlu dilatih memahami dan menentukan strategi yang baik untuk mereka menguasai permainan itu. Contoh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, permainan lebih menjurus kepada permainan bahasa seperti mencari perkataan tersembunyi. Dalam mencari perkataan tersembunyi murid perlu faham pembentukan perkataan yang tersembunyi.  Teknik Perbahasan Dalam perbahasan banyak idea yang mesti dikeluarkan dari pelbagai perspektif untuk dibahaskan dalam membuat keputusan. Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk memupuk motivasi kepada murid bagi membolehkan mereka menganalisis pendapat dan perspektif yang pelbagai
  • 6. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 5 mengenai sesuatu isu yang penting. Pendapat yang dibahaskan dan dipertikaikan ini akan dirumus oleh murid bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang wajar. Contoh murid membahaskan strategi terbaik dalam permainan bola jarring dalam pasukan mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti.  Teknik Inkuiri Teknik ini merupakan teknik pengajaran untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Aktiviti dalam teknik ini memberi latihan yang sebenar dalam proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat rumusan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid:  Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.  Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.  Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.  Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea.  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian
  • 7. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 6 Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanakmemikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggerisberasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM BAHASA MELAYU Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), murid:  Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan,bahasa isyarat dan tulisan.  Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea,pengalaman, teks dan perkataan.  Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.  Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni  bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian.  Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
  • 8. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 7 AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU YANG BOLEH DIJALANKAN  Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan.  Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya.  Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut:  Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal  Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang  Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang  Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik. CONTOH AKTIVITI YANG MENYATUPADUKAN KEMAHIRAN MENAAKUL, PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan. Guru boleh mengembangkan kemahiran berfikir aras rendah dengan soalan berikut:  Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?  Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?  Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan? Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut:  Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?  Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?  Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad?
  • 9. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 8  Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?  Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?  Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak.  Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar".  Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumah anda.  Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan. Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:  soal jawab  sumbang saran  permainan  pertandingan  kuiz  teka teki  perbahasan  projek
  • 10. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 9 KESIMPULAN Dalam usaha mencapai objektif KSSR yang memfokuskan penguasaan kemahiran menaakul, pendekatan berpusatkan guru tidak lagi sesuai digunakan oleh guru-guru di sekolah. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1998), secara metafora, pelajar boleh dianggap sebagai pelancong dalam persekitaran yang belum diketahui dan guru adalah pemandu pelancongnya. Pemikiran pelajar adalah sebuah penjana untuk diaktifkan, dan bukan sebuah gelas untuk diisikan. Sekolah pula adalah kehidupan itu sendiri, dan bukan sekadar persediaan untuk kehidupan. Fenomena seperti ini penting diaplikasikan di sekolah-sekolah. Ketidakupayaan guru-guru untuk melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran menaakul yang menjadi teras tambahan dalam kurikulum pendidikan sekolah berasaskan KSSR akan membantutkan usaha KPM untuk membangunkan generasi pendidik dan pelajar yang mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains khususnya. Situasi ini penting untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap pencapaian skor Sains dan domain kognitif dalam Indeks TIMSS yang menunjukkan pencapaian rendah Malaysia. Selain itu, dengan mengupayakan tahap pencapaian kemahiran menaakul, pelajar-pelajar pada peringkat pendidikan rendah melalui KSSR ini, mampu mengatasi masalah kelemahan pengupayaan penaakulan saintifik dalam kalangan pelajar-pelajar sains peringkat pendidikan menengah seperti yang dijelaskan dalam kajian Syed Anwar (2000) dan Hamidah & Merza (2001). Walau bagaimanapun, masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya guru-guru yang terpilih atau terlibat secara langsung dalam usaha mempertingkatkan kemahiran menaakul ini mempunyai keterlibatan (engagement), iltizam dan pendedahan langsung dalam setiap aktiviti atau pengisian mencukupi yang disediakan oleh KPM dalam pelaksanaan Sains KSSR ini. Tinjauan awal ini merupakan satu usaha ke arah menerokai kajian yang lebih komprehensif untuk meletakkan satu asas atau garis panduan bagi melaksana dan mempertingkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan pendidik dan pelajar seperti yang disasarkan oleh pembentukan KSSR oleh KPM.
  • 11. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 10 RUJUKAN 1. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 7. Normala Yusoff. (2006). Keberkesanan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran reka cipta Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
  • 12. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 11 Bahagian B Reka bentuk LIMA aktiviti pengajaran Bahasa Melayu yang dapat mencabar minda murid. 1. AKTIVITI MEMINDAHKAN MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR  Guru mempamerkan slaid power point tentang gambar  Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berpandukan gambar pada slaid  Murid memberikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja.  Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.  Murid membina 5 ayat yang gramis berdasarkan gambar. 1. ____________________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________________________
  • 13. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 12 2. AKTIVITI MENGANALISIS AYAT  Guru menyuruh murid membaca petikan .Murid dipilih oleh guru.  Guru menyoal murid tentang apa yang difahami dengan petikan.  Murid dibahagi kepada 5 kumpulan  Murid diminta mencari nilai dan pengajaran dalam teks  Guru memberi latihan kepada murid Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.Amir rakan sekelas Salina seorang murid yang selalu mengantuk di dalam kelas.Matanya sentiasa merah dan cengkung.Guru mengesyaki Amir terlibat dengan dadah.Setelah disoal siasat Amir mengaku menghidu gam.Amir dibawa ke pusat pemulihan.Ibu bapa Amir mengucapkan terima kasih kepada guru kerana membantu Amir. NILAI MURNI PENGAJARAN 1. berdisiplin setiap hari Salina akan bangun awal pagi 2. 3. 4 5.
  • 14. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 13 3. AKTIVITI HIPOTESIS RANCANGAN TELEVISYEN  Guru mengedarkan satu intisari rancangan TV yang lain kepada setiap murid.  Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan waktu mula dan akhir sesuatu intisari rancangan TV berdasarkan jadual yang diberikan.  Guru menerangkan bahawa tempoh masa adalah perbezaan di antara masa mula dan akhir berdasarkan contoh daripada intisari rancangan TV yang telah diedarkan.  Guru mengagihkan murid kepada 5 orang dalam satu kumpulan.  Setiap kumpulan dikehendaki membina sendiri intisari rancangan TV bagi stesen TV mereka mengikut rancangan TV yang paling digemari oleh mereka.  Guru menekankan bahawa setiap kumpulan perlu menghasilkan intisari rancangan TV yang baru dan tidak boleh sama seperti contoh yang diberikan. Intisari Rancangan TV Aviva 11.00 pagi - Berita Semasa 11 11.05 pagi - IKS 11.30 pagi - Kampung Boy 12.00 tengahari - Xpresi Kembara 12.30 tengahari - Jelajah (Desaria) 1.00 petang - Berita Nasional 1.30 petang - Info Sukan 1.45 petang - Diva @ 1 2.00 petang - Generasi Y 3.00 petang - Berita Semasa 3 3.05 petang – Filem Bujang Lapok 5.00 petang - Berita Wilayah 6.00 petang - Agrotek 6.30 petang - Hasratun 7.00 malam - National Geographic (Cheetah Family) 8.00 malam - Berita Nasional 8.39 malam - Azan Isyak 9.00 malam - Panggung Seri (Mr Bean) RANCANGAN TELEVISYEN WAKTU MULA WAKTU TAMAT TEMPOH MASA Kampung Boy 11.30 12.00 30 minit Diva @ 1 Bujang Lapok Agtotek Azan Isyak
  • 15. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 14 4. AKTIVITI PERMAINAN PETA HURUF  Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi peta huruf kepada murid.  Guru membimbing murid membaca huruf a hingga z.  Murid mewarna peta huruf mengikut huruf besar dan huruf kecil Peta huruf kecil Peta huruf besar
  • 16. E K M 3 3 1 K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H | 15 5. AKTIVITI PERMAINAN TANGGA BERGAMBAR  Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi permaianan  Murid diminta mengisi kotak kosong yang sesuai dengan gambar agar menjadi perkataan  Murid membaca kuat perkataan yang telah dibina.  Murid membina ayat mudah berdasarkan perkataan tersebut