SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Bab 7 VIDEO DALAM
                              PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1.    Memahami tentang konsep penggunaan Video dalam Pendidikan.
2.    Menggunakan peralatan video bagi menghasilkan bahan
      pengajaran dan pembelajaran berasaskan video.
3.    Memahami dan menggunakan applikasi video dalam laman web
      untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.




1.1 PENGENALAN
Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini para ahli pendidikan
berusaha untuk meningkatkan mengajar itu menjadi suatu ilmu atau
science.   Melalui   kaedah   mengajar    yang   lebih   berbentuk   ilmiah
diharapkan, proses belajar mengajar itu lebih terjamin keberhasilannya.
Inilah yang sedang diusahakan oleh pakar-pakar dan individu yang terlibat
dengan bidang teknologi pendidikan.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




Teknologi pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk,
melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran
dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran
manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber
manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran.
Dalam teknologi pendidikan itu memberi pendekatan yang sistematis dan
kritis   tentang     proses    belajar    mengajar.     Teknologi    pendidikan
memandangnya sebagai suatu masalah yang harus dihadapi secara
rasional dengan menerapkan Kaedah penyelesaian masalah. Mutu
pendidikan itu banyak bergantung pada mutu guru dalam membimbing
proses    belajar    mengajar.      Disamping   itu   perkembangan    teknologi
pendidikan didukung oleh perkembangan yang pesat dalam media
komunikasi seperti radio, TV, komputer dan lainnya yang dapat
dimanfaatkan bagi tujuan intruksional.


Penggunaan          Video     pembelajaran
merupakan salah satu media yang
dapat      membantu          guru     dalam
menyampaikan         pengajaran.      Video
pembelajaran         boleh     didefinisikan
sebagai gabungan bunyi dan visual
yang direkod ke dalam pita video dan
dimainkan melalui kaca TV (Tomalin,
1986). Televisyen dan pita video telah
berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal.
Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian
membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan
televisyen dan pita video adalah
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN        




lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.


       Pada    pertengahan     tahun   1970an,    Paulson    (1974)    telah
menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika
mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan
kepada beberapa      gambar bergerak       yang melambangkan konsep
kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar
yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen
adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep
kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran
melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu
media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.



1.2 PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

       Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan
satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan
televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali
jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati,
atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang
digambarkan.

       Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan
kepada    pelajar   melalui   video.   Ianya   dapat   membantu       pelajar
membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi
pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di
dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi
sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian
dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat
membantu pelajar dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka. Aksi-
aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat member contoh yang
baik sekiranya disediakan dengan teliti dan sistematik. Video juga
digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika
dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar
pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan
daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula
dapat   membantu     pelajar      mengubah     sikap   untuk   mengurangkan
pengambilan gula dalam diet mereka.



1.3 ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN

        Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan,
video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik.
Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat
menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan
aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam
pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria
penglihatan   dan   pendengaran.      Selain    daripada   itu,   pengukuhan
pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun.
Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN      




        Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah
satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak
mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang.
Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana
peruntukannya          untuk
sesi    pengajaran       dan
pembelajaran          terhad.
Masalah      guru     kurang
berkemahiran           dalam
mengendalikan           video
semasa                proses
pengajaran               dan
pembelajaran             juga
menjadi salah satu isu
aplikasi media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara
efektif untuk
memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video
perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa
dan    selepas      tayangan.   Sebelum   tayangan   bermula,   guru   boleh
berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping
menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan
rancangan.

        Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara
atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton
bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang
sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas
kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran
yang penting.



1.4 CIRI-CIRI VIDEO YANG BERKESAN DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan secara kreatif dalam
penggunaan video dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui
laman web : http://edutechie.com/2007/01/five-ways-you-could-use-video-
in-education/    kita akan dapati banyak laman-laman web yang
menyediakan kemudahan capaian aplikasi video. Luangkan sedikit masa
untuk melawat laman web berikut bagi melihat pelbagai applikasi web
video. Cth:

http://www.refseek.com/directory/educational_videos.html   Melalui laman
web ini kita akan dibawa untuk melihat contoh-contoh aplikasi video dalam
pendidikan yang disediakan secara percuma dan berbayar.



       nurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat
membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan
aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan
pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah.
Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang
berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian
yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran
yang dapat meningkat lagi kefahaman
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN    




pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh
itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara
bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan
yang berkesan iaitu:

i. Matlamat/ Objektif

       Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa
perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah
mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan
media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media
tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang
berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya
pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain
itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar
belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

       Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan
proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik,
penggunaan animasi dan
penggunaan warna. Sesuatu
media mampu membantu proses
pembelajaran dan mudah dikawal
oleh guru. Latihan yang diberikan
mencukupi dan berkaitan isi
kandungan dalam media yang
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




digunakan.

          Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik
bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan
pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum.
Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan
pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
serta     menyeronokkan.   Seterusnya     menggalakkan      penyertaan   dan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi
proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran
yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media
dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu
konsep yang hendak disampaikan.

iii. Kandungan

          Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh
pelajar     dan   seterusnya   dapat    dijadikan   bahan    rujukan   dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah
difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu
media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari
topik yang senang kepada topik yang sukar.

          Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan
seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN    




Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang
tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian
dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu
mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999),
media    pembelajaran     dapat      menambahkan    dan   memperkayakan
perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan
mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan
konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak-
kehendak isi dan objektif pelajar.

iv. Penggunaan

        Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan
tidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan
latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi
penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media memudahkan pengajaran
dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

        Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahami
isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alat
bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan sama ada oleh guru atau
pelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masa
pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap
suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat.

        Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentari
pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




atau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan video
juga    dapat   disaksikan         berkali-kali   sehingga   sampai   ke   pringkat
penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa
kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang
dirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk
tayangan.

v. Persembahan

          Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video
berupaya menunjukkan konsep
kemahiran       motor        melibatkan
pergerakkan. Menurut Semrau,
P.     Dan   Boyer,     B.A.       (1994),
pelajar      dapat          mempelajari
sesuatu      konsep         dari     video
pembelajaran yang difokuskan
dalam      pelbagai    kesan        bunyi,
penceritaan           dan          muzik.
Penggunaan       video       boleh       menunjukkan    tiap-tiap   langkah   dapat
diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu
menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan
animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna.
Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan
berfikiran kreatif.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN        




vi. Penformatan Skrin

        Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat
pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal
untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik
menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.

vii. Kreativiti

        Integrasi    teks     bermaklumat,     integrasi   grafik   yang   menarik
perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian
dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup
dan    Alwiah       (1999),     penggunaan         video   boleh    menggalakkan
perkembangan kreatif dan kritikal.



viii. Nilai Pendidikan

        Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku
pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap
dengan     lebih    jelas     lagi.   Ia   dapat    mengembangkan      kebolehan
berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara
pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah
relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya
mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar
serta kritis perlu dititik beratkan.

        Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan
dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih
kekal. Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis,
pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dan
sikap positif.

        Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak
dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi
pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil
dari   pendedahan    kepada       suatu   alat   bantu   mengajar.   Misalnya
menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab
soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.

ix. Aspek Motivasi

        Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai
aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif
terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu
media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan
mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video
digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu
media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan
diselitkan penerapan nilai murni sesuai.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN     




x. Menarik Perhatian

       Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna
menarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah
sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video
menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan,
warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai.




xi. Kognitif

       Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan,
pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi
manusia, dan menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar
mengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakan
untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang
berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan
penyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenar

xii. Psikomotor

       Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta
terhadap pelajar mengenai kebolehan
mereka. Guru atau koordinator boleh
menyelaraskan gerakan untuk mengajar
pelajar tentang sesuatu perkara dan
pelajar dapat memahami apabila dapat
melihat dengan jelas setiap peringkat
yang    ditayangkan.     Video      boleh
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




digunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan
atau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan
dengan lebih jelas.




1.5 VIDEO SEBAGAI MEDIUM E-PEMBELAJARAN

          Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu
pendekatan     pengajaran     dan   pembelajaran   yang    mengaplikasikan
infostruktur   ICT    bagi   penyebaran   pengetahuan     dan   pelaksanaan
pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh
diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh
dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program
yang dilaksanakan secara konvensional.


           Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan
atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi
secara dalam talian segerak (synchronous) atau tidak segerak dalam
pendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga,
pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi
sesama mereka atau dengan pensyarah. Pada masa yang sama, pelajar
dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan
melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi
perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran,
terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN       




server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi
e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar,
pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).


            Pelaksanaan konsep e-pembelajaran tidak mengetepikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Konsep ini
dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan
intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, kaedah
perbincangan atau interaksi secara dalam talian dapat diwujudkan melalui
pelaksanaan konsep e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskan
interaksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar dengan
pelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalam
dewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukan
secara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudah
cara,   memberi     peluang   kepada      pelajar   melaksanakan    kaedah
pembelajaran      secara   kolaboratif,    mengikut    kesesuaian    masa
pembelajaran masing-masing.


1.5 CONTOH PENGGUNAAN VIDEO DALAM
PENDIDIKAN MELALUI UCiTV

        University Campus Interactive Television (UCiTV) merupakan satu
wadah media interaktif berasaskan internet bagi tujuan perkongsian
maklumat khususnya dalam bentuk audio dan visual. UCiTV ini
ditubuhkan sejak lebih dua tahun yang lalu dengan memanfaatkan
teknologi ‘streaming' yang sedang berkembang pesat dalam bidang
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




komunikasi dan media dewasa ini. UCiTV memiliki keupayaan dan
kelengkapan canggih bagi melaksanakan operasi rakaman audio dan
visual sama ada di dalam mahupun di luar studio rakaman. Pada ketika ini
UCiTV terlibat dalam membuat liputan untuk hampir kesemua aktiviti atau
acara yang dianjurkan oleh universiti antaranya termasuklah program
syarahan perdana, kolokium, seminar, persidangan dan juga rakaman
sesi pengajaran di dalam kelas.


       Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, UCiTV menggunakan
teknologi ‘mediasite' bagi memastikan imej yang dihasilkan berkualiti
tinggi di mana paparan video boleh dipaparkan bersama persembahan
"power point'. Para pelajar boleh mengakses pelbagai syarahan dan
aktiviti universiti secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman di
samping berpeluang mengulang siar sesi kuliah yang telah dihadiri.


        Hampir kesemua bahan rakaman yang dibuat di muatkan di
dalam laman web khas yang interaktif dan bersepadu. Untuk mengikuti
sesi kuliah atau rakaman aktiviti universiti yang dibuat oleh UCiTV ini, para
pelajar boleh melayari laman web UCiTV di          http://ucitv.uthm.edu.my/
dalam dan di luar universiti.


         Selain daripada itu, UCiTV juga berpengalaman menerbitkan
video korporat universiti, video-video pendek khas untuk majlis-majlis
tertentu seperti konvokesyen dan sebagainya. Dengan wujudnya UCiTV
masyarakat     luar   kampus      berpeluang   untuk   mengikuti    pelbagai
perkembangan di universiti berkenaan.


PERALATAN
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN   




Menu – menu utama dalam aplikasi UCiTV adalah:
      Search Media
      Life Broadcast
      Video on Demand
      E-Learning on Demand (eOS)




   Model persekitaran pembelajaran melalui web dengan bantuan
                       penggunaan aplikasi video
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




PEALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN VIDEO
UciTV



a.      Kamera Digital dan Kamera video
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN   




b.   Aksessori Kamera Video




c.   Tripod
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




d.    DVD / peranti storan




Penggunaan peranti sebagai alternatif perakam video

Kamera video dan kamera digital. Dua peranti berbeza namun mempunyai
fungsi yang hampir serupa. Hakikat inilah yang mencetuskan trend
terbaharu dalam evolusi video digital di mana pengguna tidak lagi
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN      




menggunakan perakam video besar atau kamkoder untuk merakam video.
Sebaliknya kamera digital dijadikan alternatif menarik bagi mengabadikan
kenangan dalam bentuk pergerakan bersuara di samping kualiti yang
mampu bersaing dengan perakam video sedia ada.

Perisian mengedit video
         Movie Maker
         Apple iMovie
         Avid FreeDV
         WAX
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




Kebaikan Dan Keburukan Ucitv


          Kebaikan


   -   UCITV membolehkan para pelajar menonton rakaman video secara
       streaming melalui system e-pembelajaran
   -   Menjimatkan kos dan masa
   -   Memudahkan memberitahu berita terkini dengan cepat.
   -   Pembelajaran , pemikiran yang kritis dan kreatif boleh berlaku
       dengan berkesan.
   -   Pelajar dapat membina pengetahuan baru mengenai sesuatu
       konsep dan kefahamannya.


Keburukan


   -   Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah, ia
       akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa yang dipaparkan
       dalam UCiTV.
   -   Kos menyediakan UCiTV adalah tinggi.
   -   Menjadikan para pelajar kurang berminat untuk menghadirkan diri
       pada sesuatu acara yang melibatkan para pelajar kerana ia boleh
       diperolehi melalui laman web UCiTV.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN        




1.6 KESIMPULAN

Dalam    proses    pengajaran    dan   pembelajaran     yang    merangkumi
penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan
menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan
pengajaran seperti television, radio, filem, komputer dan internet.
Kepentingan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan
seluruh dunia hari ini. Ia memberi pendedahan kepada para pelajar dalam
pendekatan baru tentang pembelajaran berasaskan video pada masa kini.
Kemampuan guru-guru dalam menerapkan kemahiran dan kreativiti
menjadi penentu kepada kejayaan sesuaatu bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk dihasilkan. Oleh yang demikian adalah
mustahak guru-guru menimba ilmu yang berkaitan dengan penggunaan
teknologi video bagi memenuhi kehendak dan perubahan dalam
pendekatan pembelajaran masa kini.




1.6 TUGASAN

English version
Your work in creating a digital video is intended to give you experience in
video production including preparation, working with audio, filming, and
video editing. You will be able to use video again in your project so this is
your chance to practice. Points are assigned for completing the movie
based on the requirements listed below. You should work to create
something you like and are proud of, but, since most of you will be doing
this for the first time, your score will not be based on the quality of your
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




acting, editing, or other production skills. For questions about how points
are assigned in your section, talk to your instructor.

Here are the video requirements:
   1. Credits (Including, but not limited to, names of group members
       and anybody else appearing in your movie and the names of any
       music that you might use.)
   2. At least two transition
   3. At least one visual effect
   4. Some audio (live audio, voice over narration, or background
       music)
   5. All videos must be free of objectionable material including, but not
       limited to, language, images, nuances, double entendres, and
       political or religious opinions. I should be able to show these to
       other lecturer from this faculty of the university.
   6. You will be posting this video to the Internet, so if you have people
       in this video besides yourself make sure you tell them that and that
       they are ok with you posting them on the Internet. If they are not,
       don't use them in your video. As you learn to create video you
       should be thinking about ways that you could use it as a student
       learning tool in your classroom.

Aktiviti projek:
   1. Binakan satu klip video dalam mana-mana subjek teknikal dan
       vokasional (Lebih kurang 1.5 minit).
   2. Matlamatnya adalah untuk menerangkan mana-mana satu topik
       yang sukar difahami oleh pelajar. Gunakan konsep “How to.........”
   3. Pelajar boleh tonton dan komen hasil video anda.
   4. Uji video sama ada berkesan atau sebaliknya.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN        




   5. Nyatakan rasional mengapa anda perlu sediakan video tersebut.
   6. Upload video anda ke Youtube atau mana-mana platform website
      yang menyediakan kemudahan untuk dilihat oleh pelayar internet.
   7. Selamat mencuba.


1.7 RINGKASAN
            AC
Pada amalan biasa, pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai
    TIVI
hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran
    Berdasarka
seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah
    n kajian-
terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses
    kajian yang
pembelajaran. Modul ini telah mengupas mengenai peranan video dalam
    telah
pendidikan, isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah
    dibuat,
yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran
    penggunaa
dan pembelajaran dan peranan UciTV dalam membantu melaksanakan
    n video
P&P berasaskan video di UTHM. Sebagai kesimpulan, modul ini
    dalam
menekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping
    pendidikan
beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran
    dapat
dapat dicapai. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penggunaan
    membantu
video dalam pendidikan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
    pelajar
prestasi mereka. Selain daripada itu, penggunaan video juga dapat
    untuk
membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Para guru
    meningkatk
haruslah peka terhadap perkembangan teknologi agar pendidikan di
    an prestasi
Malaysia bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata
    mereka.
malah memperkayakan pelajar dengan pengalaman kehidupan sebenar.
    Selain
Berikut adalah senarai laman web yang boleh membantu untuk
    daripada
memahami tentang penggunaan video dalam pendidikan:
    itu,
   penggunaa
   1. Digital video in education http://edtech.guhsd.net/video.html
   n video
   juga dapat
   membantu
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




    2. Educational video websites
       http://desktopvideo.about.com/od/educationalvideosonline/Educatio
       nal_Videos_Online.htm

    3. Powerful Teaching and Learning - High School Social Studies
       http://www.youtube.com/watch?v=WuNJTeIN79Y

    4. http://www.businessballs.com/clips_for_teaching_and_training.htm

    5. How to use video in T & L
       http://www.jiscdigitalmedia.ac.uk/movingimages/advice/using-video-
       in-teaching-and-learning/

    6. Why use video http://teaching.uncc.edu/articles-books-/best-
       practice-articles/using-video-your-course/why-use-video

    7. Teaching your child with video
       http://www.youtube.com/watch?v=ADkm4qkXAj8

            Bahan modul ini hendaklah digunakan bersama bahan
            powerpoint yang disertakan.


Just for fun :

http://www.youtube.com/watch?v=wx7uuzXVEF0

*****************************************************************************************
                                     Penghargaan

        Bahan modul ini telah di adaptasi dari artikel:-
    1. Ciri-Ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam
        Pendidikan oleh Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid , Fakulti
        Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia
    2. Artikel Peranan UciTV dalam Pendidikan oleh Norfarahshima Binti
        Juraimi & Nur Akmal Binti Rahim pelajar INSEP kohort 2011
    3. Nota-nota Kuliah MBE10503 yang disediakan oleh pelajar dan
        Pensyarah.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN   

More Related Content

What's hot

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanSiti Zulaikha
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kouninNURAIN RABANIA HASBI
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 

What's hot (20)

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 

Similar to Bab7 video dalam pendidikan

Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxsitiulpa
 
Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu teknoSkeleton Pyan
 
Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu teknoSkeleton Pyan
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihieida naufal
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyahkhamdiyah
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranMustapa Alba
 
Makalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMakalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMuhammad Idris
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdfIndraAgustian7
 
Makalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMakalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMuhammad Idris
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo030212
 
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TP
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TPMedia Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TP
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TPTrisnaSonjaya
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetSiti Hany
 
PPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptxPPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptxMTsALFALAH8
 
Tugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoTugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoDancy Jimmy
 

Similar to Bab7 video dalam pendidikan (20)

Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
 
Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu tekno
 
Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu tekno
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihi
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Asirah
AsirahAsirah
Asirah
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
5650
56505650
5650
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
Makalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMakalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arab
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
 
PPT Proposal.pptx
PPT Proposal.pptxPPT Proposal.pptx
PPT Proposal.pptx
 
Makalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMakalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arab
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo
 
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TP
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TPMedia Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TP
Media Pembelajaran Berbasis Komputer dalam kawasan TP
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvet
 
Fix proposal
Fix proposalFix proposal
Fix proposal
 
PPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptxPPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptx
 
Tugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoTugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodo
 
Tes skripsi lia
Tes skripsi liaTes skripsi lia
Tes skripsi lia
 

More from Siti Zulaikha

Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranSiti Zulaikha
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranSiti Zulaikha
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSiti Zulaikha
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangSiti Zulaikha
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 

More from Siti Zulaikha (16)

Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaran
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaran
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikan
 
Komputer dalam p&p
Komputer dalam p&pKomputer dalam p&p
Komputer dalam p&p
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merah
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Falsafah Realisme
Falsafah RealismeFalsafah Realisme
Falsafah Realisme
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 

Recently uploaded

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 

Recently uploaded (20)

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 

Bab7 video dalam pendidikan

  • 1. Bab 7 VIDEO DALAM PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Memahami tentang konsep penggunaan Video dalam Pendidikan. 2. Menggunakan peralatan video bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan video. 3. Memahami dan menggunakan applikasi video dalam laman web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 1.1 PENGENALAN Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini para ahli pendidikan berusaha untuk meningkatkan mengajar itu menjadi suatu ilmu atau science. Melalui kaedah mengajar yang lebih berbentuk ilmiah diharapkan, proses belajar mengajar itu lebih terjamin keberhasilannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh pakar-pakar dan individu yang terlibat dengan bidang teknologi pendidikan.
  • 2. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Teknologi pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran. Dalam teknologi pendidikan itu memberi pendekatan yang sistematis dan kritis tentang proses belajar mengajar. Teknologi pendidikan memandangnya sebagai suatu masalah yang harus dihadapi secara rasional dengan menerapkan Kaedah penyelesaian masalah. Mutu pendidikan itu banyak bergantung pada mutu guru dalam membimbing proses belajar mengajar. Disamping itu perkembangan teknologi pendidikan didukung oleh perkembangan yang pesat dalam media komunikasi seperti radio, TV, komputer dan lainnya yang dapat dimanfaatkan bagi tujuan intruksional. Penggunaan Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah
  • 3. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar. 1.2 PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media
  • 4. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat membantu pelajar dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka. Aksi- aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat member contoh yang baik sekiranya disediakan dengan teliti dan sistematik. Video juga digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. 1.3 ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas.
  • 5. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang
  • 6. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting. 1.4 CIRI-CIRI VIDEO YANG BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan secara kreatif dalam penggunaan video dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui laman web : http://edutechie.com/2007/01/five-ways-you-could-use-video- in-education/ kita akan dapati banyak laman-laman web yang menyediakan kemudahan capaian aplikasi video. Luangkan sedikit masa untuk melawat laman web berikut bagi melihat pelbagai applikasi web video. Cth: http://www.refseek.com/directory/educational_videos.html Melalui laman web ini kita akan dibawa untuk melihat contoh-contoh aplikasi video dalam pendidikan yang disediakan secara percuma dan berbayar. nurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman
  • 7. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu: i. Matlamat/ Objektif Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai. ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang
  • 8. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN digunakan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. iii. Kandungan Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai.
  • 9. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar. iv. Penggunaan Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan sama ada oleh guru atau pelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM
  • 10. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN atau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan video juga dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke pringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk tayangan. v. Persembahan Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakkan. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.
  • 11. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  vi. Penformatan Skrin Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen. vii. Kreativiti Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. viii. Nilai Pendidikan Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan
  • 12. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dan sikap positif. Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut. ix. Aspek Motivasi Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.
  • 13. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  x. Menarik Perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai. xi. Kognitif Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi manusia, dan menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar mengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan penyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenar xii. Psikomotor Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap pelajar mengenai kebolehan mereka. Guru atau koordinator boleh menyelaraskan gerakan untuk mengajar pelajar tentang sesuatu perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh
  • 14. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN digunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan dengan lebih jelas. 1.5 VIDEO SEBAGAI MEDIUM E-PEMBELAJARAN Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi secara dalam talian segerak (synchronous) atau tidak segerak dalam pendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pada masa yang sama, pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem
  • 15. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal). Pelaksanaan konsep e-pembelajaran tidak mengetepikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Konsep ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, kaedah perbincangan atau interaksi secara dalam talian dapat diwujudkan melalui pelaksanaan konsep e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskan interaksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar dengan pelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukan secara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudah cara, memberi peluang kepada pelajar melaksanakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif, mengikut kesesuaian masa pembelajaran masing-masing. 1.5 CONTOH PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN MELALUI UCiTV University Campus Interactive Television (UCiTV) merupakan satu wadah media interaktif berasaskan internet bagi tujuan perkongsian maklumat khususnya dalam bentuk audio dan visual. UCiTV ini ditubuhkan sejak lebih dua tahun yang lalu dengan memanfaatkan teknologi ‘streaming' yang sedang berkembang pesat dalam bidang
  • 16. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN komunikasi dan media dewasa ini. UCiTV memiliki keupayaan dan kelengkapan canggih bagi melaksanakan operasi rakaman audio dan visual sama ada di dalam mahupun di luar studio rakaman. Pada ketika ini UCiTV terlibat dalam membuat liputan untuk hampir kesemua aktiviti atau acara yang dianjurkan oleh universiti antaranya termasuklah program syarahan perdana, kolokium, seminar, persidangan dan juga rakaman sesi pengajaran di dalam kelas. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, UCiTV menggunakan teknologi ‘mediasite' bagi memastikan imej yang dihasilkan berkualiti tinggi di mana paparan video boleh dipaparkan bersama persembahan "power point'. Para pelajar boleh mengakses pelbagai syarahan dan aktiviti universiti secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman di samping berpeluang mengulang siar sesi kuliah yang telah dihadiri. Hampir kesemua bahan rakaman yang dibuat di muatkan di dalam laman web khas yang interaktif dan bersepadu. Untuk mengikuti sesi kuliah atau rakaman aktiviti universiti yang dibuat oleh UCiTV ini, para pelajar boleh melayari laman web UCiTV di http://ucitv.uthm.edu.my/ dalam dan di luar universiti. Selain daripada itu, UCiTV juga berpengalaman menerbitkan video korporat universiti, video-video pendek khas untuk majlis-majlis tertentu seperti konvokesyen dan sebagainya. Dengan wujudnya UCiTV masyarakat luar kampus berpeluang untuk mengikuti pelbagai perkembangan di universiti berkenaan. PERALATAN
  • 17. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Menu – menu utama dalam aplikasi UCiTV adalah: Search Media Life Broadcast Video on Demand E-Learning on Demand (eOS) Model persekitaran pembelajaran melalui web dengan bantuan penggunaan aplikasi video
  • 18. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN PEALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN VIDEO UciTV a. Kamera Digital dan Kamera video
  • 19. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  b. Aksessori Kamera Video c. Tripod
  • 20. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN d. DVD / peranti storan Penggunaan peranti sebagai alternatif perakam video Kamera video dan kamera digital. Dua peranti berbeza namun mempunyai fungsi yang hampir serupa. Hakikat inilah yang mencetuskan trend terbaharu dalam evolusi video digital di mana pengguna tidak lagi
  • 21. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  menggunakan perakam video besar atau kamkoder untuk merakam video. Sebaliknya kamera digital dijadikan alternatif menarik bagi mengabadikan kenangan dalam bentuk pergerakan bersuara di samping kualiti yang mampu bersaing dengan perakam video sedia ada. Perisian mengedit video Movie Maker Apple iMovie Avid FreeDV WAX
  • 22. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Kebaikan Dan Keburukan Ucitv Kebaikan - UCITV membolehkan para pelajar menonton rakaman video secara streaming melalui system e-pembelajaran - Menjimatkan kos dan masa - Memudahkan memberitahu berita terkini dengan cepat. - Pembelajaran , pemikiran yang kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. - Pelajar dapat membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahamannya. Keburukan - Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah, ia akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa yang dipaparkan dalam UCiTV. - Kos menyediakan UCiTV adalah tinggi. - Menjadikan para pelajar kurang berminat untuk menghadirkan diri pada sesuatu acara yang melibatkan para pelajar kerana ia boleh diperolehi melalui laman web UCiTV.
  • 23. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  1.6 KESIMPULAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti television, radio, filem, komputer dan internet. Kepentingan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Ia memberi pendedahan kepada para pelajar dalam pendekatan baru tentang pembelajaran berasaskan video pada masa kini. Kemampuan guru-guru dalam menerapkan kemahiran dan kreativiti menjadi penentu kepada kejayaan sesuaatu bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk dihasilkan. Oleh yang demikian adalah mustahak guru-guru menimba ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi video bagi memenuhi kehendak dan perubahan dalam pendekatan pembelajaran masa kini. 1.6 TUGASAN English version Your work in creating a digital video is intended to give you experience in video production including preparation, working with audio, filming, and video editing. You will be able to use video again in your project so this is your chance to practice. Points are assigned for completing the movie based on the requirements listed below. You should work to create something you like and are proud of, but, since most of you will be doing this for the first time, your score will not be based on the quality of your
  • 24. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN acting, editing, or other production skills. For questions about how points are assigned in your section, talk to your instructor. Here are the video requirements: 1. Credits (Including, but not limited to, names of group members and anybody else appearing in your movie and the names of any music that you might use.) 2. At least two transition 3. At least one visual effect 4. Some audio (live audio, voice over narration, or background music) 5. All videos must be free of objectionable material including, but not limited to, language, images, nuances, double entendres, and political or religious opinions. I should be able to show these to other lecturer from this faculty of the university. 6. You will be posting this video to the Internet, so if you have people in this video besides yourself make sure you tell them that and that they are ok with you posting them on the Internet. If they are not, don't use them in your video. As you learn to create video you should be thinking about ways that you could use it as a student learning tool in your classroom. Aktiviti projek: 1. Binakan satu klip video dalam mana-mana subjek teknikal dan vokasional (Lebih kurang 1.5 minit). 2. Matlamatnya adalah untuk menerangkan mana-mana satu topik yang sukar difahami oleh pelajar. Gunakan konsep “How to.........” 3. Pelajar boleh tonton dan komen hasil video anda. 4. Uji video sama ada berkesan atau sebaliknya.
  • 25. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  5. Nyatakan rasional mengapa anda perlu sediakan video tersebut. 6. Upload video anda ke Youtube atau mana-mana platform website yang menyediakan kemudahan untuk dilihat oleh pelayar internet. 7. Selamat mencuba. 1.7 RINGKASAN AC Pada amalan biasa, pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai TIVI hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran Berdasarka seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah n kajian- terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses kajian yang pembelajaran. Modul ini telah mengupas mengenai peranan video dalam telah pendidikan, isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah dibuat, yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran penggunaa dan pembelajaran dan peranan UciTV dalam membantu melaksanakan n video P&P berasaskan video di UTHM. Sebagai kesimpulan, modul ini dalam menekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping pendidikan beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapat dapat dicapai. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penggunaan membantu video dalam pendidikan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pelajar prestasi mereka. Selain daripada itu, penggunaan video juga dapat untuk membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Para guru meningkatk haruslah peka terhadap perkembangan teknologi agar pendidikan di an prestasi Malaysia bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata mereka. malah memperkayakan pelajar dengan pengalaman kehidupan sebenar. Selain Berikut adalah senarai laman web yang boleh membantu untuk daripada memahami tentang penggunaan video dalam pendidikan: itu, penggunaa 1. Digital video in education http://edtech.guhsd.net/video.html n video juga dapat membantu
  • 26. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2. Educational video websites http://desktopvideo.about.com/od/educationalvideosonline/Educatio nal_Videos_Online.htm 3. Powerful Teaching and Learning - High School Social Studies http://www.youtube.com/watch?v=WuNJTeIN79Y 4. http://www.businessballs.com/clips_for_teaching_and_training.htm 5. How to use video in T & L http://www.jiscdigitalmedia.ac.uk/movingimages/advice/using-video- in-teaching-and-learning/ 6. Why use video http://teaching.uncc.edu/articles-books-/best- practice-articles/using-video-your-course/why-use-video 7. Teaching your child with video http://www.youtube.com/watch?v=ADkm4qkXAj8 Bahan modul ini hendaklah digunakan bersama bahan powerpoint yang disertakan. Just for fun : http://www.youtube.com/watch?v=wx7uuzXVEF0 ***************************************************************************************** Penghargaan Bahan modul ini telah di adaptasi dari artikel:- 1. Ciri-Ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan oleh Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid , Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia 2. Artikel Peranan UciTV dalam Pendidikan oleh Norfarahshima Binti Juraimi & Nur Akmal Binti Rahim pelajar INSEP kohort 2011 3. Nota-nota Kuliah MBE10503 yang disediakan oleh pelajar dan Pensyarah.
  • 27. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 