1. Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembentukan insan secara menyeluruh melalui peningkatan daya kreativiti, persepsi, dan estetika murid.
2. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner menyokong pengintegrasian subjek seperti Seni dalam Pendidikan untuk menangani pelbagai gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid.
3. Aktiviti seni membantu pembangunan otak kanan dan kiri mur
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
1. Topik Konsep dan
1 Latar Belakang
Seni dalam
Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni
dalam Pendidikan;
2. Menyatakan matlamat dan objektif mata pelajaran Seni dalam
Pendidikan; dan
3. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
PENGENALAN
Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni
sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan
peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika
dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
2. 2 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1 PENGENALAN KONSEP
Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri
daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan
memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan
daripada tokoh-tokoh:
(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh
pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam
persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai
melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan.
Oleh itu, Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk
membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang
seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai
mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi
penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja.
Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam
matapelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat
menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain
daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran
yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja
pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan
mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai
kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
3. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 3
(c) Hermann (1991) di dalam „Quadrant Concept‰ yang mengkaji
perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
(d) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan
untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-
kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti
kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika,
holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.
(e) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam
Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.
Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya.
Seni dalam Pendidikan akan:
(i) Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah
lebih seronok.
(ii) Membantu anda memahami diri sendiri.
(iii) Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan
masalah.
(iv) Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai
personaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
(v) Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
1.1.1 Matlamat Seni dalam Pendidikan (SDP)
Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada
4. 4 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek akan berlaku. Rajah 1.1 menunjukkan matlamat SDP.
Rajah 1.1: Matlamat Seni dalam Pendidikan
1.1.2 Objektif Seni dalam Pendidikan (SDP)
Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:
(a) Menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
(b) Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses
penghasilan.
(c) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam
bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
(d) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasil kerja.
(e) Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni
yang dibuat.
(f) Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
5. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 5
(g) Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan.
(h) Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya
keguruan.
(i) Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya
dengan keselesaan hidup.
(j) Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
(k) Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui
aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan.
(l) Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM
PENDIDIKAN
Seni dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan
penting dalam kurikulum. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk
mengenali dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu, guru perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan
murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza-beza. Mereka sepatutnya
digalakkan mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta didedahkan
kepada persekitaran yang memberi inspirasi.
(a) Teori Kecerdasan Manusia
Howard Gardner mengetengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek
teori pembelajaran. Hermann (1991) mengutarakan „Quadrant Concept‰
yang menjelaskan peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Einstein
juga sebenarnya mengetengahkan teori yang sama di mana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.
(b) Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengetengahkan teori
pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, masing-
6. 6 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
masing banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid.
Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid
akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara
berperingkat atau „sequential‰.
(c) Seni Pergerakan
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang
dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi.
Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui
proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa
yang kita ingin lakukan. Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif
seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan
seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai. Torrance
(1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan
kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.
(d) Seni Visual
Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan
respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan.
Menerusi kegiatan seni, kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk
membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan
aktiviti yang sedemikian, otak kanan dan otak kirinya difungsikan. Eisner
(1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan
masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan
seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini
terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan
tanggapan dan seterusnya membina konsep. Feldman (1976) mendapati
bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang
berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan
kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya
tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling
mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna, mereka akan berupaya mengembangkan pemikiran yang kritis.
Sila rujuk Rajah 1.2 untuk ringkasannya:
7. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 7
Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas Seni dalam Pendidikan
AKTIVITI 1.1
Mengapa Seni dalam Pendidikan diperlukan?
1.2.1 Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni dalam Pendidikan adalah seperti
berikut:
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta
penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran
8. 8 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.
Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, membuat kajian,
yakin diri dan dapat berinteraksi. Akhirnya, proses inkuiri akan terhasil.
Anda boleh merujuk PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),
Pembelajaran secara konstruktisme.
Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni dalam Pendidikan dan cuba
terapkan dalam proses pembelajaran anda.
Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBrien dan
Brandt (1997), Briner, M. (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme
Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas yang
mengamalkan konstruktivisme.
Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme
Rajah 1.3 berikut menunjukkan implikasi daripada pembelajaran
konstruktivisme.
Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme
9. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 9
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
(a) Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru.
(b) Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran.
(c) Menyokong pembelajaran secara koperatif.
(d) Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
(e) Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia
sebenar.
(f) Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna.
(g) Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
(h) Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari
sesuatu idea.
(i) Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan
membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya
(actively construct knowledge that they find personally meaningful ).
Bagaimana Seni dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan teori
konstruktivisme?
(a) Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada.
(b) Menyusun atur maklumat dan pengetahuan.
(c) Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru.
(d) Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai
cara dan bentuk.
(e) Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan
persembahan.
(f) Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.
10. 10 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Aktiviti-aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat membina konsep
pembelajaran kanak-kanak melalui (sila rujuk Rajah 1.4):
Rajah 1.4: Aspek-aspek yang dapat membina konsep pembelajaran untuk aktiviti SDP
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983). Dengan tajuk „seven ways of knowing, perceiving and
understanding life‰, beliau membuat kajian terhadap pelbagai lapisan
masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah
menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:
(i) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan
sebenar;
(ii) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
(iii) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang
bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:
Verbal-linguistik
Logik-matematik
Visual-ruang
Kinestetik
Muzik
11. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 11
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
Anda boleh rujuk PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi
Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Rajah 1.5 dan Rajah 1.6 menunjukkan teori kecerdasan pelbagai Howard
Gardner dan contoh-contoh kecerdasan pelbagai yang boleh diubahsuai
oleh murid.
Rajah 1.5: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya
„Frames of Mind: Theory of Multiple Intelligence‰
Mengapa teori ini penting dalam Seni dalam Pendidikan?
• Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai.
12. 12 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
• Membentuk kepelbagaian untuk menilai.
• Mewujudkan suasana kolaboratif.
• Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi
penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Meningkatkan kualiti diri dan motivasi diri.
• Meningkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri.
Rajah 1.6: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid
13. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 13
SEMAK KENDIRI 1.1
Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini:
Jenis TKP yang
Bil. Aktiviti Murid
Digunakan
1. Murid mengira dan menjumlahkan buah
kuini yang dikutip di dusunnya.
2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen.
3. Murid bermonolog, merintih kepada
Tuhannya.
4. Murid mengikut sebutan pensyarah ketika
beliau menyebut terminologi dalam sesi
kuliahnya.
5. Murid menggunakan pensel untuk
mendapatkan skema ukuran dalam kerja
melukis perspektif.
6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu
selepas tamat sesi kuliah.
7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni.
8. Murid membuat regangan otot sebelum
mendaki Gunung Arong dalam sesi Bina
Insan Guru.
(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia
berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini
juga menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang
berikut:
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid
meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada
model baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil
sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik
dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan
pengkaryaannya.
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan
merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam sesuatu situasi
14. 14 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya, murid boleh
membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai
lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Amalan meniru ini
dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai
taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini
bermakna murid akan terus-menerus meniru dalam semua situasi.
Contohnya, walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang
ditegah dan tidak bermoral, tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia
akan menjadi satu tabiat dan kelaziman.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus-menerus membuat peniruan kerana
gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan
tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran
dan responsif deria: Murid membuat pemeraman idea dan cuba
mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat
representasi idea yang sedia ada dalam minda murid.
(ii) Memori yang berkekalan: Murid mempunyai penghayatan yang
kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang
menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan
mengekspresikan idea, memori ini membantu murid mendapatkan
idea sebagai hal subjek (subject matter).
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai: Apabila
sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu
prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka
panjang.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman
(1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan memerlukan
penyuburan untuk membentuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan
dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu
dipupuk dan dipotensikan mengikut tumbesarannya. Teori ini menyatakan
bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian, pendidikan
secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang secukupnya untuk
menghindari gejala vandalisme di kalangan murid. Pemupukan kecerdasan
otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran
di sekolah. Pokok persoalannya, adakah mata pelajaran yang diajar di
15. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 15
sekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak seseorang murid? Rajah
1.7 menunjukkan peranan otak kanan dan otak kiri:
Rajah 1.7: Peranan otak kanan (hoka) dan otak kiri (hoki)
(e) Teori Pemprosesan Maklumat
Robert M. Gagne (1975) mengemukakan teori tentang bagaimana manusia
memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori ini, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini
akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor
ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman baru. Ini untuk memudahkan proses pembelajaran baru
berlaku. Untuk itu, Gagne telah mengenal pasti lapan fasa biasa yang
dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa
kefahaman, fasa penyimpanan, fasa pemahaman, fasa ingatan kembali, fasa
16. 16 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Rajah 1.8 menunjukkan
teori pemprosesan maklumat:
Rajah 1.8: Teori pemprosesan maklumat
Apabila aktiviti-aktiviti Seni dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran
kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti
di atas akan memberikan peluang untuk kanak-kanak:
(a) Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil.
(b) Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau
penyampaian.
(c) Mendapat maklum balas dari orang lain.
(d) Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya.
(e) Mengelak perlakuan yang tidak diingini.
(f) Mengekalkan perlakuan yang diingini.
1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan
Pembelajaran
Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan
bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian
diproses ke dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang
bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan.
17. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 17
Tindakan mengamal dari pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi
dalam proses pembelajaran boleh diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku
manusia.
Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap
sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi yang sesuai sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha
memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila
perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat
dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada
penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan
konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi.
Setiap fasa dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun
luaran yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya, di antaranya
kesediaan, motivasi, pengamatan, penanggapan, ingatan, lupaan dan
pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
(a) Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang
bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru.
Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek,
psikomotor, emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya
menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan.
Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk mempelajari sesuatu
sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan
ini tidak akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.
(b) Pengamatan
Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses
pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-
organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Rangsangan yang
dikesan kemudiannya menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui
sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak
mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang
berkaitan, ia akan menginterpretasi dan membentuk makna, bayangan,
gambaran atau konsep rangsangan tersebut.
18. 18 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
(c) Jenis-jenis Organisasi Pengamatan
(i) Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi.
Contohnya, persepsi ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar
yang sifatnya rata (flat) atau mendatar. Ruang seperti ini bersifat ilusi
iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk gambar. Manakala ruang tiga
dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang bersifat konkrit. Ia
merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh disentuh
dan dilihat dengan mata kita.
(ii) Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak di
mana pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contohnya,
kapal terbang yang bergerak di udara, burung terbang, kereta api
bergerak dan lain-lain lagi.
(iii) Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau
apa yang dirasai. Contohnya, masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu
umur sudah menjangkau 50 tahun. Kerana seronok menjawab soalan
peperiksaan, terasa masa berjalan begitu cepat. Menunggu itu suatu
penyeksaan ketika menunggu kekasih yang tidak kunjung sampai.
Rajah 1.9 menunjukkan proses pembelajaran yang berlaku secara berperingkat-
peringkat:
Rajah 1.9: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat
19. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 19
1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan
Pembelajaran
Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan
bersifat dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan
dan kecekapan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran
sedia ada ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi
baru.
Proses mengkategori, generalisasi dan gangguan proaktif merupakan
pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan
pembelajaran yang baru berlaku dikenali sebagai pemindahan pembelajaran atau
pemindahan latihan.
Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif.
Pemindahan pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A
dapat membawa kepada pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini
menunjukkan bahawa penerimaan berlaku tanpa kongkongan. Contohnya,
kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan kertas dan cat air
dapat dipindahkan ketika menggunakan kanvas dan cat minyak.
Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contohnya, Mukhtar telah
menghasilkan catan air dan kemudian mencuci berusnya dengan air. Mukhtar
membuat kesilapan apabila beliau menghasilkan catan minyak dan
kemudiannya menggunakan air untuk mencuci berusnya.
Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:
(a) Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dipelajari
sebelum dia boleh menggunakannya dalam situasi baru.
(b) Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep
yang dipelajari perlu mempunyai persamaan.
(c) Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia
memindahkannya kepada situasi baru.
(d) Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran
dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada
situasi lain.
20. 20 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan
(a) Penyerapan tiga dalam satu
Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini telah wujud
mata pelajaran Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani sebagai
satu subjek. Mengapa sekarang ini ketiga-tiga mata pelajaran ini
digabungkan? Apakah selama ini ketiga-tiga mata pelajaran ini telah
mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnya lahir satu integrasi
ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-tiga
subjek ini, tentulah mereka menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi
ngeri semata-mata.
(b) Penerimaan Seni dalam Pendidikan di sekolah
Konsep pembelajaran di sekolah hari ini berkait rapat dengan peperiksaan
rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini sekadar pelengkap atau
suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan
penerimaannya secara total. Jika ia diajar di tahun enam, subjek ini
mungkin digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan
kerana pihak sekolah inginkan pencapaian UPSR yang cemerlang.
(c) Perlaksanaan di sekolah
Sebagai subjek yang diintegrasikan, guru cenderung untuk mengajar
kepakaran seni sahaja. Contohnya, jika cikgu Habsah adalah guru Seni
Visual, pengajarannya tentulah cenderung kepada Seni Visual. Bagaimana
dengan Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga
guru seni tadi dalam satu masa tentunya agak sukar. Kalau ada pun,
keselarasan menjadi suatu persoalan.
(d) Kekaburan matlamat dan objektif
Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia masih dalam pemerhatian,
tilikan dan renungan. Secara beransur-ansur, penelitian matlamat dan
objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir.
Terminologi dan laras bahasa Seni dalam Pendidikan masih dalam konteks
„ingat-ingat lupa‰.
(e) Pertindihan subjek seni yang sedia ada
Pada masa ini, kita telah maklum bahawa Seni Visual, Seni Muzik dan
Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni dalam Pendidikan
seolah-olah membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar.
Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.
21. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 21
(f) Masa interaksi guru bertambah
Bebanan kerja adalah suatu fobia kepada guru. Bukanlah guru hendak
mengelak kerja, tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat tambahan
waktu mengajar sedangkan mereka sudah pun mempunyai jumlah
interaksi mengajar yang maksimum. Ini lebih kritikal dalam kes sekolah
kurang murid (SKM) di mana guru selalunya mengambil satu standard
untuk setiap tahap dalam pengajaran dan pembelajaran.
(g) Mata pelajaran yang rileks
Mata pelajaran yang tiada peperiksaan. Guru menganggap bahawa mata
pelajaran bukan peperiksaan adalah mata pelajaran tidak penting sehingga
boleh dijadikan mata pelajaran rileks. Kepada guru yang mengajar dalam
jumlah interaksi maksimum, dia mahukan subjek ini untuk waktu
rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya negatif.
1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh
(a) Fox and Diffily (2000)
Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-
emosi-psikomotor dan perkembangan kognitif. Seni Kreatif, Seni Muzik,
Drama, Seni Pergerakan dan Seni Visual adalah penting sebagai penyemai
perkembangan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
(b) Gibson, Rex (1996)
Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian
idea-idea dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan
perasaan dan emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti
perasaan bahagia dan tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk
merangsang minda untuk mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh
ada makna suatu yang mempengaruhi kita.
(c) John Dewey
Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang
seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses
untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi
kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual
iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni.
(d) Walter Gropius
Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah, bukan sahaja untuk tujuan
menyatakan hasrat diri, tetapi juga kepada kehidupan seharian. Gropius
telah memberi kepentingan prinsip asas reka bentuk ke barangan seharian
22. 22 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan
teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke barangan
seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan,
bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap
bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni
komersial dan seni dalam kehidupan seharian.
(e) Plato
Seni dan pendidikan perlu berpandukan kebenaran, kebaikan,
kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dan dikaitkan
dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan.
Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan
meningkatkan perpaduan.
(f) Aristotle
Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur
bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak
mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai katarsis dengan struktur
bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi
memberi struktur yang universal kepada pokok. Dengan struktur bentuk
universal itu, kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik.
Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan
mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk
membina budaya yang baik.
1.3 KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni dalam Pendidikan melibatkan ekspresi, emosi dan imaginasi.
(a) Peranan Ekspresi
Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan,
pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam
Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan
menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai
estetik. Rajah 1.10 menunjukkan beberapa bentuk ekspresi yang berkaitan
dengan SDP:
23. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 23
Rajah 1.10: Bentuk ekspresi
Rajah 1.11 pula menunjukkan peranan ekspresi dalam SDP:
Rajah 1.11: Peranan ekspresi
(b) Peranan Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut
dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada
dua jenis iaitu:
(i) Seronok dan tenang; dan
(ii) Kurang seronok dan cemas.
24. 24 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang
dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan
psikologi.
Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang itu memiliki IQ (Intelligence
Quotient) yang tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang
tinggi juga, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan dan
merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.
(i) Kecerdasan Emosi
• Konsep IQ dan EQ
Intelligence Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan
proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan
menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon
memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sehingga
sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua
yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan
pesat dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa
emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).
Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa
depan seseorang. Menurut Coleman (pakar sains otak dan
psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20%
kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor
lain.
„intelligence tests really assess skill in assimilating new information in
solving new problems. This bias toward crystallized rather than fluid
knowledge can have astounding consequences and individuals can lose
his entire frontal lobes, in the process becoming a radically different
person unable to display any initiative or to solve new problems and yet
may continue to exhibit an IQ close to genius level .... Edward Gardner
(1983)
(ii) Membina Emosi yang Sihat
Guru yang penyayang dan ceria.
Tahap EQ guru yang membina EQ murid.
Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen,
benar dan sihat.
25. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 25
Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan
ujian atau peperiksaan.
Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah
laku.
Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari
gejala sosial.
Mereka lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan
berempati.
Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.
(iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid.
Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru
murid.
Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi
pengurusan.
Menguasai kemahiran mengajar EQ.
Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan
perasaan.
Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan.
Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.
Ada unsur kecindan.
Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan.
Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap
interaksi.
(c) Peranan Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan
26. 26 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap
pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama.
Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep „lebah‰.
Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut
irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak
menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep
tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri
dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka.
Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada
pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang
mereka gunakan.
AKTIVITI 1.2
Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?
(b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?
• Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada
pengenalan Seni dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung
kaitnya dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga
penting sebagai persiapan bakal guru yang mengajar mata pelajaran ini.
• Di samping itu, anda juga didedahkan kepada beberapa teori pembelajaran
yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global.
• Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi,
imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk
pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.
27. TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 27
Ekspresi Inventif
Emosi Isme
Estetik Persepsi
Imaginasi Representatif
Intuisi
Al-Hurwitz, & Michael Day. (2001). Children and their art. USA: Harcourt
College Publishers.
Anderson, W. M., & Lawrence, J. E. (1991). Integrating music into the classroom.
Belmont, California: Wadsworth Publishing Co.
Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Seni dalam pendidikan untuk LPBS.
Putrajaya.
Fogarty, R. (1991). How to integrate the curricula. Illinois: IRI/Skylight
Publishing Inc.
Howard Gardner. (1997). Multiple intelligences as a partner in school
improvement. New York, USA: University of Illinois Press.
Isabel, R. T., & Raines, S. C. (2003). Creativity and the arts with young chidren.
USA: Thomson Learning Inc.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Teori kecerdasan pelbagai. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Read, H. (1977) Meaning of arts. London: Faber & Faber.