SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                           2012/13




                               TUGASAN EDMODO:

ASSIGMENT 1

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai iaitu
kecerdasan visual & ruang, verbal & linguistic, lojikal/matematikal, kinestetik,
musikal/ritma, interpersonal dan intrapersonal. Stail pembelajaran menggunakan
video ini berkemungkinan akan memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai
kecerdasan visual & ruang. Melalui cara ini juga, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan.



ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning.

Seperti yang telah diterangkan tadi, ubiquitous bermaksud sentiasa berada di mana-
mana di beberapa tempat secara serentak. Maka, ubiquitous learning ini pula boleh
dikaitkan dengan pembelajaran yang boleh dilakukan secara serentak di mana-mana
oleh semua pelajar. Bagi perkaitan antara penggunaan video dengan ubiquitous
learning ini, pelajar boleh mengekses video pembelajaran secara online seperti video
di Youtube dan sebagainya. Pelajar boleh memuat turun video tersebut sebagai nota
dan juga boleh menonton terus video tersebut tanpa mengira di mana mereka
berada selagi adanya jaringan internet.
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                       2012/13




iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking
skills).

HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-
aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran
asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Sebelum
menggunakan computer/video, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di
mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga
mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan
program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS
menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta
merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran
yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan.
HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka
secara berkesan. Penggunaan video boleh diterapkan semasa program tersebut
dijalankan di mana guru boleh menyuruh pelajar membuat ulasan ataupun membina
pemikiran baru selepas melihat tayangan video.



iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.

Pada pendangan saya, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) boleh terbahagi kepada dua iaitu penggunaan video sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) di dalam kelas dan juga proses (P&P) dijalankan dengan
menggunakan video conference. Kedua-dua kaedah P&P ini mempunyai kekuatan
dan kelemahannya yang tersendiri. Bagi penggunaan video sebagai BBM dalam P&P,
ia mungkin akan membataskan kemahiran sosial pelajar kerana kurangnya
komunikasi berlaku antara pelajar dengan pelajar dan juga guru dengan pelajar
kerana mereka hanya belajar berpandukan video semata-mata. Namun, kemahiran
sosial pelajar mungkin tidak akan terjejas sekiranya guru menjalankan sesi soal
jawab dan perbincangan selepas tayangan video dijalankan. Bagi proses (P&P)
dijalankan dengan menggunakan video conference pula, kemahiran sosial pelajar
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                          2012/13




juga mungkin akan terjejas kerana guru dan pelajar hanya berkomunikasi secara
maya. Sesi video conference ini boleh dilakukan di mana-mana asalkan terdapatnya
jaringan internet. Aktiviti komunikasi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar tidak akan berlaku melainkan mereka berkomunikasi melalui chatting boxs.
Namun, komunikasi sedemikian juga masih terbatas kerana faktor emosi dalam
komunikasi tidak dapat diketahui melalui komunikasi secara maya berbanding
dengan komunikasi secara bersemuka.



v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.

Seperti yang kita ketahui, melalui tayangan video, pelajar akan dapat melihat
dengan jelas tentang sesuatu kejadian sebenar yang mungkin berlaku sekiranya
guru menayangkan video yang berkaitan dengan kisah sebenar, sebagai contoh,
video tentang tsunami, tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya. Maka, selepas
menonton video tersebut, kesedaran pelajar tentang kejadian alam semulajadi
mungkin akan meningkat. Selain itu, kesedaran pelajar tentang isu-isu semasa juga
mungkin akan meningkat sekiranya mereka menonton video yang berkisar tentang
isu-isu semasa di internet.

ASSIGMENT 2:

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Terdapat banyak kekangan jika kita menggunkan video dalam kelas. Kekangan
tersebut akan dibincangkan dari aspek guru, pelajar dan kemudahan sekolah seperti
berikut:

Guru:

Guru mungkin tidak pandai mengendalikan peralatan yang digunakan untuk
tayangan video seperti komputer, LCD projecter, speaker dan sebagainya. Selain itu,
guru juga mungkin tidak mempunyai masa yang lama untuk tayangan video kerana
perlu menjalankan aktiviti pengajaran yang lain. Guru juga mungkin tidak dapat
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                         2012/13




mengawal kelas semasa video ditayangkan kerana kemungkinan bilangan pelajar
yang ramai dan tempat tayangan yang besar.

Pelajar:

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai kecerdasaan pelbagai.
Tayangan video ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai
kecerdasan dalam visual & spatial. Namun, bagi pelajar yang mempuyai kecerdasan
yang lain, kemungkinan mereka tidak akan mendapat banyak maklumat daripada
tayangan video tersebut dan mereka mungkin tidak akan memberi perhatian semasa
video ditayangkan dan membuat aktivti lain yang boleh mengganggu pelajar lain.

Kemudahan sekolah:

Walaupun aktiviti tayangan video dalam kelas boleh menarik perhatian pelajar,
namun tidak semua sekolah mempunyai kemudahan untuk tayangan video tersebut.
Sesetengah sekolah mungkin tidak mempunyai bekalan elektrik terutamanya sekolah
di pedalaman, maka aktiviti tayangan video ini tidak dapat dijalankan. Selain itu,
sekolah mungkin tidak mempunyai peralatan untuk tayangan video seperti
komputer/laptop, LCD projecter, speaker dan sebagainya.

ASSIGMENT 3:

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum:

Sebelum menggunakan komputer/video di dalam kelas, guru seharusnya telah
menyediakan video yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut dan juga menyediakan peralatan yang berkaitan seperti komputer, LCD dan
sebagainya. Guru juga seharusnya telah merancang apakah aktiviti lain yang harus
dilakukan oleh pelajar supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada video yang
mereka tonton. Selain itu, guru juga seharusnya memberikan arahan yang jelas
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                          2012/13




kepada pelajar tentang apakah yang perlu mereka lakukan sebelum, semasa dan
selepas pelajar menonton video.

Semasa:

Semasa video ditayangkan, guru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk
menonton video tersebut iaitu dengan tidak memberi sebarang arahan semasa video
ditayangkan kerana kemungkinan ia akan mengganggu fokus pelajar. Semasa sesi
tayangan video tersebut, guru boleh memberhentikan tayangan sekejap dan
menyoal pelajar tentang apa yang telah mereka tonton supaya pelajar tidak bosan
dengan hanya menonton video sahaja.

Selepas:

Selepas sesi tayangan video dilakukan, guru boleh menyuruh pelajar melakukan
aktivti seperti membuat rumusan tentang video yang mereka tonton dan
sebagainya. Guru juga boleh membuat ulasan tentang video yang dipertontonkan
supaya semua pelajar faham tentang isi video tersebut. Guru juga haruslah
memastikan semua peralatan yang digunakan masih dalam keadaan asal.

MANIPULATIVES

1. Obtain an example of manipulative that you could use for instruction.
Submit the manipulative and a description on how you would use it,
including an objective.

Satu daripada jenis manipulatif yang akan saya gunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah ialah real objects (objek sebenar). Ini adalah
kerana ia adalah sesuai bagi pembelajaran yang kurang melibatkan pelajar dalam
situasi yang sebenar. Sebagai contoh, pelajar tidak dapat menyelami situasi sebenar
zaman prasejarah dahulu, namun pelajar akan dapat memahami dan merasai
kehidupan pada masa tersebut dengan melihat kepada peninggalan zaman dahulu
seperti artifak, peralatan dan sebagainya. Bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan manipulatif real objects
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                             2012/13




(objek sebenar) ini, lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah seperti
museum dan sebagainya akan diadakan. Objektif pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan manipulatif real objects (objek sebenar) ini adalah untuk
mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar terhadap apa yang telah mereka
pelajari di dalam kelas dan juga menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

2. Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at
least one site on the World Wide Web that could be a place to visit as a
virtual field trip in your lesson.

Salah satu daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang akan
dilakukan ialah aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di mana
pelajar akan melihat sendiri peninggalan sejarah dan kemungkinan boleh
menyentuhnya. Lawatan sambil belajar ini boleh dilakukan samada pada waktu
sekolah ataupun pada waktu cuti sekolah. Beberapa tempat bersejarah yang boleh
dicadangkan untuk aktiviti lawatan sambil belajar ialah seperti di bawah:

   a.    Melaka Bandaraya Bersejarah
        http://www.melaka.gov.my/index.php/bm/tempat-tempat-menarik/nilai-
        sejarah.html

        http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-
        kebudayaan-di-malaysia/3236-bangunan-bersejarah-di-melaka.html

   b. Museum Negeri Sarawak
        http://www.museum.sarawak.gov.my/result.php?root=OTU=&id=&main=&su
        b=&mcat=Mzc=#result

   c.    Museum Negara
        http://www.muziumnegara.gov.my/
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                         2012/13




VIDEO DALAM PENDIDIKAN

1.) Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?

Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
“digunakan” atau melihat video serta untuk menghasilkan video dengan bermakna.

2.) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.

Lima konsep utama menonton video adalah berpandukan kepada soalan-soalan
seperti di berikut:

1)   Siapakah yang mencipta mesej ini?

2)   Apakah teknik yang kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian saya?

3)   Bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini secara berbeza?

4)   Apakah nilai, gaya hidup dan pandangan yang diperlihatkan dan ditinggalkan?

5) Apakah tujuan mesej tersebut?

Lima konsep utama menghasilkan video adalah berpandukan kepada
soalan-soalan seperti berikut:

1) Apakah yang saya karang?

2)Adakah mesej tersebut mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan
teknologi?

3) Adakah mesej saya digunakan dan menarik untuk penonton sasaran saya?

4) Adalah saya telah merangkan nilai, gaya hidup dan pandangan dalam mesej saya
dengan jelas dan konsisten?

5) Adakah saya telah menyampaikan tujuan saya dengan efektif?
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                      2012/13




3.) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan
aplikasi video?

Kepelbagaian ciri-ciri video telah menjadikan ia sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran yang boleh mengembangkan pengetahuan pelajar dalam empat
bidang utama iaitu:

1) Bidang Kognitif:

Bagi bidang kognitif, pelajar akan dapat menghayati rekreasi dramatik tentang
peristiwa bersejarah dan rakaman sebenar tentang peristiwa yang lebih terkini.
Warna, bunyi dan pergerakan akan menghidupkan video tersebut. Video juga boleh
meningkatkan buku teks dengan memperlihatkan proses, perhubungan dan teknik.
Pelajar boleh membaca buku sambil mereka menonton video. Pelajar juga boleh
membaca sebelum menonton video sebagai pengenalan kepada tajuk, atau
menggunakan video untuk menarik minat pelajar membaca tentang tajuk tersebut.

2) Bidang Afektif:

Selalunya video akan mendatangkan kesan sekiranya ia mengandungi elemen emosi
atau keinginan untuk pembelajaran efektif. Peranan model dan mesej dramatik
dalam video dapat mempengaruhi sikap seseorang. Selain itu, kesan emosi yang
yang tinggi pada sesebuah video juga boleh membantu dalam membentuk
personality dan sikap sosialisasi. Program dokumentari selalunya akan memberi
kesan terhadap sikap pelajar. Sebagai contoh, video tentang peperangan pada
zaman dahulu boleh mendedahkan pelajar kepada kehidupan susah pada waktu
tersebut. Maka pelajar akan menghargai keamanan yang mereka kecapi pada masa
ini.

3) Bidang Psikomotor:

Video ialah satu sumber yang berkesan digunakan untuk menunjukkan proses yang
melibatkan penggunaan kemahiran motor. Demontrasi tentang kemahiran motor
selalunya lebih senang menggunakan media seperti video daripada dunia sebenar.
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                            2012/13




Sebagai contoh, sekiranya guru mengajar satu persatu langkah atau proses dalam
pengajaran aktiviti kokurikulum iaitu Silat dengan menggunakan DVD, guru boleh
memperlahankan video tersebut supaya pelajar boleh mengikuti langkah yang
dipertontonkan dan guru juga boleh mempercepatkan video tersebut untuk
membuat ulangan tentang langkah-langkah yang pelajar tidak dapat kuasai. Prestasi
pelajar juga boleh direkod dalam video supaya pelajar boleh melihat keupayan
mereka sendiri dan mendapat komen atau maklum balas daripada rakan-rakan dan
guru.

4) Bidang Interpersonal:

Bagi bidang interpersonal pula, dengan menonton program video bersama-sama,
kumpulan pelajar yang ramai akan dapat membina pengalaman asas sebagai
pemangkin        untuk   perbincangan.   Apabila   pelajar   mempelajari   kemahiran
interpersonal, seperti berhadapan dengan penyelesaian konflik atau hubungan rakan
sebaya, mereka akan memerhati tingkah laku orang lain dalam video untuk
demonstrasi dan analisis. Pelajar boleh diminta untuk mempraktikkan kemahiran
interpersonal mereka di depan kamera, dan kemudian mereka boleh menonton
kebolehan mereka sendiri dan juga menerima tindak balas daripada rakan-rakan dan
guru. Maka, pelajar akan dapat mempertingkatkan kemahiran interpersonal mereka
daripada aktiviti yang telah mereka buat.

4.) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam
  pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

Terdapat empat jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran
pelajar iaitu:

1) Dokumentari

Video ialah medium pertama untuk mendokumentasikan peristiwa sebenar ataupun
peristiwa yang dilakonkan semula dan membawa mereka ke dalam bilik darjah.
Dokumentari adalah berkaitan dengan fakta dan bukan fiksyen. Dokumentari cuba
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                             2012/13




untuk menggambarkan situasi cerita yang betul tentang situasi dan orang yang
sebenar.   Rancangan   seperti   National Geographic memaparkan khas untuk
dokumentasi tentang sains, budaya dan alam semulajadi yang mana boleh ditonton
secara percuma di internet. Maka, dokumentasi sebegini akan membantu pelajar
untuk mengembangkan pengetahuan mereka berkaitan dengan sains, budaya, alam
semulajadi dan sebagainya.

2) Lakonan

Video yang mengandungi lakonan kesusteraan klasik seperti video yang dihasilkan
pada zaman dahulu boleh meningkatkan peluang pembelajaran pelajar kerana
mereka boleh membandingkan perbezaan diantara teks dan video. Lakonan tentang
fiksyen sejarah pula menggunakan kombinasi antara fiksyen dan fakta untuk
mendramakan peristiwa bersejarah. Lakonan juga merupakan satu tempat yang
berjaya untuk membina ciri-ciri dan sikap pelajar yang positif dalam pelbagai bidang
seperti kepelbagaian budaya, kurang upaya, harga diri dan bekerjasama.

3) Penceritaan melalui video

Cerita boleh diterapkan ke dalam pengajaran melalui video. Penceritaan juga
merupakan kemahiran penting untuk dikembangkan dalam diri pelajar pada semua
peringkat umur. Penceritaan akan memupuk pelajar untuk menjadi seorang yang
kreatif dan juga meningkatkan kemahiran menulis, literasi visual dan kemahiran
menghasilkan video. Tujuan utama penceritaan melalui video ini adalah mengajar
pelajar untuk memperlihatkan idea mereka melalui cerita. Dalam proses penceritaan
tersebut, pelajar akan dapat mengajar dan belajar daripada satu sama lain.

4) Lawatan lapangan secara maya

Video boleh membawa pelajar ke tempat dimana mereka tidak mungkin akan dapat
pergi ke sana. Sebagai contoh, apabila pelajar menonton tayangan video mengenai
Amazon, mereka akan merasakan bahawa diri mereka berada di sana kerana
mereka dapat melihat situasi di Amazon pada video tersebut. Video akan dapat
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                         2012/13




memperkayakan dan membina pengetahuan pelajar yang telah mereka perolehi
daripada pembacaan buku teks, penerangan internet ataupun penerangan daripada
guru mahupun pensyarah.

5.) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan
  video dalam bilik darjah.

  1) Proses memilih video.

  Dalam pendidikan, guru perlu akses kepada video pendidikan yang pelbagai
  daripada mana-mana sumber. Seperti yang diketahui, perpustakaan menyediakan
  banyak sumber pendidikan secara online. Bukan itu sahaja , internet juga
  menawarkan pilihan video pendidikan yang banyak secara percuma untuk
  keperluan pembelajaran dalam kelas. Pakar media adalah sumber utama untuk
  mencari video yang dimiliki oleh pihak sekolah, daerah, atau pusat sumber
  serantau. Mereka membantu dengan mencari pembekal lain untuk menaja video
  .Syarikat swasta, persatuan dan agensi-agensi kerajaan menaja video untuk
  pelbagai sebab. Syarikat swasta boleh membuat video untuk menggalakkan
  produk atau untuk meningkatkan imej awam mereka. Persatuan dan agensi-
  agensi kerajaan menaja video untuk mempromosikan sesuatu, seperti tabiat
  kesihatan yang lebih baik, pemuliharaan sumber asli dan penggunaan taman yang
  betul dan kawasan rekreasi .Banyak video yang ditaja adalah bahan pengajaran
  yang berbaloi serta mempunyai kelebihan dan murah. Perlu untuk sentiasa
  berhati-hati dalam menggunakan video yang ditaja dalam pengajaran. Terdapat
  beberapa bahan yang dihasilkan secara persendirian mungkin mengandungi
  kandungan yang tidak sesuai atau dengan produk-produk yang kurang sesuai.
  Contohnya pembuatan rokok atau minuman beralkohol. Bahan daripada pihak
  persatuan dan kerajaan yang ditaja mungkin mengandungi unsur propaganda.
  Oleh itu perlu untuk ditapis bahan-bahan yang ditaja. Pemilihan bahan yang betul
  dan sesuai boleh menjadi tambahan yang berharga untuk pengajaran bilik darjah.
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                         2012/13




2) Proses menilai video.

Selepas memilih beberapa video yang berpotensi, gunakan alat-alat penilaian untuk
menyesuaikannya dengan pengajaran. Sesetengah laman web sekolah dan guru
menyediakan borang penilaian yang standard daripada penilaian teliti yang
melibatkan pelbagai faktor. Penilaian yang bagus adalah ringkas tetapi cukup
lengkap untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan
pembelajaran pelajar. Dalam sesetengah kes, keputusan penilaian akan dapat
membantu guru dalam membuat keputusan untuk membeli atau menyewa video
khusus untuk pembelajaran. Dalam membuat penilaian video, guru akan mempunyai
peluang membuat nota untuk perbincangan kelas tentang tajuk utama mahupun
tajuk-tajuk yang memerlukan penerangan yang lebih lanjut bagi mempertingkatkan
pembelajaran pelajar.

DESIGN OF VISUAL

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual.

Visual menjadi bahan yang penting dalam menyampaikan maklumat dalam pelbagai
bidang dalam dunia pendidikan. Visual membawa peranan yang amat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dalam menarik perhatian atau
minat pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana visual
merupakan alat penerangan, pendorong dan pemberitahuan guru dalam membantu
mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan, kritis dan kreatif.

Reka cipta visual bermula dengan pengumpulan atau penghasilan gambar dan
unsur-unsur teks yang mungkin akan digunakan. Keperluan dan kepentingan pelajar
haruslah dikenalpasti terlebih dahulu berkenaan dengan tajuk dan mencadangkan
apakah objektif yang ingin dicapai melalui visual yang sedang dirancang. Garis
panduan berikut boleh digunapakai untuk skrin komputer, program multimedia,
bahan bercetak, papan putih, pameran, slaid powerpoint dan papan bulletin. Berikut
merupakan proses dan ciri-ciri reka cipta visual:
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                        2012/13




(a.) Susunan (Arrangement)

Langkah pertama yang perlu diambil dalam reka cipta visual ini ialah menentukan
apakah unsur-unsur yang perlu dimasukkan dalam susunan visual kita. Ini kerana
susunan corak visual yang menarik akan menentukan bagaimana ia menarik
perhatian seseorang pelajar terhadap slaid yang kita paparkan.

(b.) Keseimbangan Visual (Balance)

Psikologi keseimbangan atau keseimbangan dicapai apabila „keberatan‟ unsur-unsur
dalam visual adalah disebarkan secara sama rata pada setiap sisi paksi, samada
secara melintang atau menegak atau kedua-duanya. Apabila reka bentuk diulangi di
kedua-dua sisi, keseimbangannya dapat dicapai.

(c.) Warna (Color)

Untuk menjadikan reka bentuk visual yang menarik, kita hendaklah mengaplikasikan
ton warna yang harmoni seperti yang terdapat dalam ton roda warna. Mana-mana
dua warna yang terletak secara langsung bertentangan antara satu sama lain pada
roda warna dipanggil pelengkap warna contohnya merah dan hijau atau kuning dan
ungu. Manakala warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda
warna dipanggil warna analogi.

Kombinasi skim warna yang betul dalam visual seperti slaid “power point” akan
memberikan implikasi latar belakang slaid dan gambar yang menarik. Warna yang
sesuai akan dapat menimbulkan gambar tersebut.

(d.) Dapat dilihat (Legibility)

Visual yang dibuat hendaklah boleh dilihat dan dibaca oleh audien/pelajar. Kita
hendaklah menfokuskan supaya setiap pelajar kita dapat melihat dan membaca
visual kita dengan jelas walaupun mereka pada jarak/ruang yang jauh. Oleh itu
sebagai penceramah/guru, kita hendaklah membesarkan saiz imej, huruf, kontrakan
setiap objek, penggunaan warna yang menarik dalam keseluruhan visual yang kita
Dancy Jimmy UMS DPLI
                                                                         2012/13




paparkan. Apabila pelajar kita dapat memahami penerangan kita berdasarkan
pemerhatian visual yang berkesan, maka matlamat yang ingin kitai capai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar dapat tercapai.

(e.) Appeal

Visual anda tidak mempunyai peluang untuk mempunyai kesan melainkan jika ia
dapat menarik perhatian penonton. Beberapa teknik appeal: gaya, kejutan, tekstur
dan interaksi.

Pelajar/peserta yang berbeza dan tetapan perbezaan memerlukan gaya reka bentuk
yang berbeza. Penonton yang berbeza akan menyebabkan visual yang dibuat adalah
berbeza contohnya program televisyen kanak-kanak berbeza dengan program
televisyen orang dewasa.

Kebanyakan visual adalah dua dimensi. Walau bagaimanapun, anda boleh
menambah satu dimensi ketiga dengan tekstur atau bahan sebenar. Sebagai ciri tiga
dimensi objek dan bahan-bahan, tekstur boleh menyampaikan gambaran yang lebih
jelas tentang mata pelajaran kepada penonton dengan melibatkan rasa sentuh
contohnya, guru menyuruh pelajar menyentuh bijirin.

Penonton boleh diminta untuk memberi tindak balas terhadap visual yang
dipaparkan dengan memanipulasi bahan-bahan yang dimasukkan, mungkin untuk
menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dalam paparan.

(f.) Reka bentuk sejagat (Universal Design)

Dalam mereka bentuk visual, guru hendaklah menggunakan prinsip reka bentuk
sejagat untuk membantu mereka dalam mencipta visual yang berguna untuk
sebanyak mungkin pelajar tanpa mengira tahap umur, kebolehan dan bidang
pembelajaran. Reka bentuk sejagat menyediakan pelajar dengan pelbagai tahap
pembelajaran, termasuk kurang upaya dan bakat istimewa. Prinsip-prinsip ini
menggalakkan penggunaan visual yang mudah, intuitif, saksama, dan fleksibel.

More Related Content

What's hot

Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneMohd Kasman
 
Makalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMakalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMuhammad Idris
 
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)wulanyogi
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo030212
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobileIzzah Zahh
 
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0   youtube slide share docstoc scribdWeb 2.0   youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribdZainal Osman
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.syakhira husna
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah baratravelptik
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 
Perisian&Internet
Perisian&InternetPerisian&Internet
Perisian&Internetdr2200s
 
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learning
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learningSim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learning
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learningElsyJ57
 
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2Talithafatin
 

What's hot (18)

Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonne
 
E-Learning
E-LearningE-Learning
E-Learning
 
Makalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arabMakalah pengajaran bhs arab
Makalah pengajaran bhs arab
 
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)
VIDEO PEMBELAJARAN (STAND ALONE AND STREAMING)
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobile
 
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0   youtube slide share docstoc scribdWeb 2.0   youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah barat
 
Youtube
YoutubeYoutube
Youtube
 
Telesidang
TelesidangTelesidang
Telesidang
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 
Ict
IctIct
Ict
 
Perisian&Internet
Perisian&InternetPerisian&Internet
Perisian&Internet
 
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learning
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learningSim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learning
Sim, elsy juliani, hapzi ali, pengenalan e learning
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2
Makalah Pembelajaran Berbasis Komputer Kelompok 2
 
Pertemuan 2
Pertemuan 2Pertemuan 2
Pertemuan 2
 

Similar to Tugasan individu edmodo

Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu teknoSkeleton Pyan
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pembelajaran berbasis tv dan video
Pembelajaran berbasis tv dan videoPembelajaran berbasis tv dan video
Pembelajaran berbasis tv dan videoambarlestari
 
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxsitiulpa
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Pembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaPembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaambarlestari
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranRahmaikaJulaika
 
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauh
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauhInteraksi dan mengelola belajar jarak jauh
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauhHeriyanto
 
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedArtikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedFardika Sihiyantoro
 
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...Riyandi11
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdfIndraAgustian7
 
Makalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMakalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMuhammad Idris
 
Buku Saku Media Pembelajaran.pdf
Buku Saku Media Pembelajaran.pdfBuku Saku Media Pembelajaran.pdf
Buku Saku Media Pembelajaran.pdfRahayanaDjaila2
 
Laporan media pembelajaran kel 6
Laporan media pembelajaran kel 6Laporan media pembelajaran kel 6
Laporan media pembelajaran kel 6elmayanafradila95
 
Materi dan media pembelajaran
Materi dan media pembelajaranMateri dan media pembelajaran
Materi dan media pembelajaranE MS
 
Media pembelajaran berbasis lingkungan
Media pembelajaran berbasis lingkunganMedia pembelajaran berbasis lingkungan
Media pembelajaran berbasis lingkungannita junita
 
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)irlindarahma
 

Similar to Tugasan individu edmodo (20)

Tugasan individu tekno
Tugasan individu teknoTugasan individu tekno
Tugasan individu tekno
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Pembelajaran berbasis tv dan video
Pembelajaran berbasis tv dan videoPembelajaran berbasis tv dan video
Pembelajaran berbasis tv dan video
 
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Pembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaPembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan media
 
Asirah
AsirahAsirah
Asirah
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaran
 
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauh
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauhInteraksi dan mengelola belajar jarak jauh
Interaksi dan mengelola belajar jarak jauh
 
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedArtikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
 
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
 
Makalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arabMakalah pengajaran bahasa arab
Makalah pengajaran bahasa arab
 
Buku Saku Media Pembelajaran.pdf
Buku Saku Media Pembelajaran.pdfBuku Saku Media Pembelajaran.pdf
Buku Saku Media Pembelajaran.pdf
 
Laporan media pembelajaran kel 6
Laporan media pembelajaran kel 6Laporan media pembelajaran kel 6
Laporan media pembelajaran kel 6
 
Karya andi hatijah
Karya andi hatijahKarya andi hatijah
Karya andi hatijah
 
Materi dan media pembelajaran
Materi dan media pembelajaranMateri dan media pembelajaran
Materi dan media pembelajaran
 
Media pembelajaran berbasis lingkungan
Media pembelajaran berbasis lingkunganMedia pembelajaran berbasis lingkungan
Media pembelajaran berbasis lingkungan
 
Homework
HomeworkHomework
Homework
 
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)
Makalah Video Pembelajaran (Stand Alone and Streaming)
 

Tugasan individu edmodo

  • 1. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 TUGASAN EDMODO: ASSIGMENT 1 i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran. Seperti yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai iaitu kecerdasan visual & ruang, verbal & linguistic, lojikal/matematikal, kinestetik, musikal/ritma, interpersonal dan intrapersonal. Stail pembelajaran menggunakan video ini berkemungkinan akan memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan visual & ruang. Melalui cara ini juga, proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan. ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning. Seperti yang telah diterangkan tadi, ubiquitous bermaksud sentiasa berada di mana- mana di beberapa tempat secara serentak. Maka, ubiquitous learning ini pula boleh dikaitkan dengan pembelajaran yang boleh dilakukan secara serentak di mana-mana oleh semua pelajar. Bagi perkaitan antara penggunaan video dengan ubiquitous learning ini, pelajar boleh mengekses video pembelajaran secara online seperti video di Youtube dan sebagainya. Pelajar boleh memuat turun video tersebut sebagai nota dan juga boleh menonton terus video tersebut tanpa mengira di mana mereka berada selagi adanya jaringan internet.
  • 2. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills). HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti- aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Sebelum menggunakan computer/video, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan. Penggunaan video boleh diterapkan semasa program tersebut dijalankan di mana guru boleh menyuruh pelajar membuat ulasan ataupun membina pemikiran baru selepas melihat tayangan video. iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. Pada pendangan saya, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh terbahagi kepada dua iaitu penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas dan juga proses (P&P) dijalankan dengan menggunakan video conference. Kedua-dua kaedah P&P ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Bagi penggunaan video sebagai BBM dalam P&P, ia mungkin akan membataskan kemahiran sosial pelajar kerana kurangnya komunikasi berlaku antara pelajar dengan pelajar dan juga guru dengan pelajar kerana mereka hanya belajar berpandukan video semata-mata. Namun, kemahiran sosial pelajar mungkin tidak akan terjejas sekiranya guru menjalankan sesi soal jawab dan perbincangan selepas tayangan video dijalankan. Bagi proses (P&P) dijalankan dengan menggunakan video conference pula, kemahiran sosial pelajar
  • 3. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 juga mungkin akan terjejas kerana guru dan pelajar hanya berkomunikasi secara maya. Sesi video conference ini boleh dilakukan di mana-mana asalkan terdapatnya jaringan internet. Aktiviti komunikasi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar tidak akan berlaku melainkan mereka berkomunikasi melalui chatting boxs. Namun, komunikasi sedemikian juga masih terbatas kerana faktor emosi dalam komunikasi tidak dapat diketahui melalui komunikasi secara maya berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. Seperti yang kita ketahui, melalui tayangan video, pelajar akan dapat melihat dengan jelas tentang sesuatu kejadian sebenar yang mungkin berlaku sekiranya guru menayangkan video yang berkaitan dengan kisah sebenar, sebagai contoh, video tentang tsunami, tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya. Maka, selepas menonton video tersebut, kesedaran pelajar tentang kejadian alam semulajadi mungkin akan meningkat. Selain itu, kesedaran pelajar tentang isu-isu semasa juga mungkin akan meningkat sekiranya mereka menonton video yang berkisar tentang isu-isu semasa di internet. ASSIGMENT 2: Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? Terdapat banyak kekangan jika kita menggunkan video dalam kelas. Kekangan tersebut akan dibincangkan dari aspek guru, pelajar dan kemudahan sekolah seperti berikut: Guru: Guru mungkin tidak pandai mengendalikan peralatan yang digunakan untuk tayangan video seperti komputer, LCD projecter, speaker dan sebagainya. Selain itu, guru juga mungkin tidak mempunyai masa yang lama untuk tayangan video kerana perlu menjalankan aktiviti pengajaran yang lain. Guru juga mungkin tidak dapat
  • 4. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 mengawal kelas semasa video ditayangkan kerana kemungkinan bilangan pelajar yang ramai dan tempat tayangan yang besar. Pelajar: Seperti yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai kecerdasaan pelbagai. Tayangan video ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan dalam visual & spatial. Namun, bagi pelajar yang mempuyai kecerdasan yang lain, kemungkinan mereka tidak akan mendapat banyak maklumat daripada tayangan video tersebut dan mereka mungkin tidak akan memberi perhatian semasa video ditayangkan dan membuat aktivti lain yang boleh mengganggu pelajar lain. Kemudahan sekolah: Walaupun aktiviti tayangan video dalam kelas boleh menarik perhatian pelajar, namun tidak semua sekolah mempunyai kemudahan untuk tayangan video tersebut. Sesetengah sekolah mungkin tidak mempunyai bekalan elektrik terutamanya sekolah di pedalaman, maka aktiviti tayangan video ini tidak dapat dijalankan. Selain itu, sekolah mungkin tidak mempunyai peralatan untuk tayangan video seperti komputer/laptop, LCD projecter, speaker dan sebagainya. ASSIGMENT 3: Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas. Sebelum: Sebelum menggunakan komputer/video di dalam kelas, guru seharusnya telah menyediakan video yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dan juga menyediakan peralatan yang berkaitan seperti komputer, LCD dan sebagainya. Guru juga seharusnya telah merancang apakah aktiviti lain yang harus dilakukan oleh pelajar supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada video yang mereka tonton. Selain itu, guru juga seharusnya memberikan arahan yang jelas
  • 5. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 kepada pelajar tentang apakah yang perlu mereka lakukan sebelum, semasa dan selepas pelajar menonton video. Semasa: Semasa video ditayangkan, guru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video tersebut iaitu dengan tidak memberi sebarang arahan semasa video ditayangkan kerana kemungkinan ia akan mengganggu fokus pelajar. Semasa sesi tayangan video tersebut, guru boleh memberhentikan tayangan sekejap dan menyoal pelajar tentang apa yang telah mereka tonton supaya pelajar tidak bosan dengan hanya menonton video sahaja. Selepas: Selepas sesi tayangan video dilakukan, guru boleh menyuruh pelajar melakukan aktivti seperti membuat rumusan tentang video yang mereka tonton dan sebagainya. Guru juga boleh membuat ulasan tentang video yang dipertontonkan supaya semua pelajar faham tentang isi video tersebut. Guru juga haruslah memastikan semua peralatan yang digunakan masih dalam keadaan asal. MANIPULATIVES 1. Obtain an example of manipulative that you could use for instruction. Submit the manipulative and a description on how you would use it, including an objective. Satu daripada jenis manipulatif yang akan saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ialah real objects (objek sebenar). Ini adalah kerana ia adalah sesuai bagi pembelajaran yang kurang melibatkan pelajar dalam situasi yang sebenar. Sebagai contoh, pelajar tidak dapat menyelami situasi sebenar zaman prasejarah dahulu, namun pelajar akan dapat memahami dan merasai kehidupan pada masa tersebut dengan melihat kepada peninggalan zaman dahulu seperti artifak, peralatan dan sebagainya. Bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan manipulatif real objects
  • 6. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 (objek sebenar) ini, lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah seperti museum dan sebagainya akan diadakan. Objektif pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan manipulatif real objects (objek sebenar) ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar terhadap apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas dan juga menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar. 2. Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be a place to visit as a virtual field trip in your lesson. Salah satu daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang akan dilakukan ialah aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di mana pelajar akan melihat sendiri peninggalan sejarah dan kemungkinan boleh menyentuhnya. Lawatan sambil belajar ini boleh dilakukan samada pada waktu sekolah ataupun pada waktu cuti sekolah. Beberapa tempat bersejarah yang boleh dicadangkan untuk aktiviti lawatan sambil belajar ialah seperti di bawah: a. Melaka Bandaraya Bersejarah http://www.melaka.gov.my/index.php/bm/tempat-tempat-menarik/nilai- sejarah.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322- kebudayaan-di-malaysia/3236-bangunan-bersejarah-di-melaka.html b. Museum Negeri Sarawak http://www.museum.sarawak.gov.my/result.php?root=OTU=&id=&main=&su b=&mcat=Mzc=#result c. Museum Negara http://www.muziumnegara.gov.my/
  • 7. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 VIDEO DALAM PENDIDIKAN 1.) Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video? Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk “digunakan” atau melihat video serta untuk menghasilkan video dengan bermakna. 2.) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. Lima konsep utama menonton video adalah berpandukan kepada soalan-soalan seperti di berikut: 1) Siapakah yang mencipta mesej ini? 2) Apakah teknik yang kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian saya? 3) Bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini secara berbeza? 4) Apakah nilai, gaya hidup dan pandangan yang diperlihatkan dan ditinggalkan? 5) Apakah tujuan mesej tersebut? Lima konsep utama menghasilkan video adalah berpandukan kepada soalan-soalan seperti berikut: 1) Apakah yang saya karang? 2)Adakah mesej tersebut mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi? 3) Adakah mesej saya digunakan dan menarik untuk penonton sasaran saya? 4) Adalah saya telah merangkan nilai, gaya hidup dan pandangan dalam mesej saya dengan jelas dan konsisten? 5) Adakah saya telah menyampaikan tujuan saya dengan efektif?
  • 8. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 3.) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Kepelbagaian ciri-ciri video telah menjadikan ia sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh mengembangkan pengetahuan pelajar dalam empat bidang utama iaitu: 1) Bidang Kognitif: Bagi bidang kognitif, pelajar akan dapat menghayati rekreasi dramatik tentang peristiwa bersejarah dan rakaman sebenar tentang peristiwa yang lebih terkini. Warna, bunyi dan pergerakan akan menghidupkan video tersebut. Video juga boleh meningkatkan buku teks dengan memperlihatkan proses, perhubungan dan teknik. Pelajar boleh membaca buku sambil mereka menonton video. Pelajar juga boleh membaca sebelum menonton video sebagai pengenalan kepada tajuk, atau menggunakan video untuk menarik minat pelajar membaca tentang tajuk tersebut. 2) Bidang Afektif: Selalunya video akan mendatangkan kesan sekiranya ia mengandungi elemen emosi atau keinginan untuk pembelajaran efektif. Peranan model dan mesej dramatik dalam video dapat mempengaruhi sikap seseorang. Selain itu, kesan emosi yang yang tinggi pada sesebuah video juga boleh membantu dalam membentuk personality dan sikap sosialisasi. Program dokumentari selalunya akan memberi kesan terhadap sikap pelajar. Sebagai contoh, video tentang peperangan pada zaman dahulu boleh mendedahkan pelajar kepada kehidupan susah pada waktu tersebut. Maka pelajar akan menghargai keamanan yang mereka kecapi pada masa ini. 3) Bidang Psikomotor: Video ialah satu sumber yang berkesan digunakan untuk menunjukkan proses yang melibatkan penggunaan kemahiran motor. Demontrasi tentang kemahiran motor selalunya lebih senang menggunakan media seperti video daripada dunia sebenar.
  • 9. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 Sebagai contoh, sekiranya guru mengajar satu persatu langkah atau proses dalam pengajaran aktiviti kokurikulum iaitu Silat dengan menggunakan DVD, guru boleh memperlahankan video tersebut supaya pelajar boleh mengikuti langkah yang dipertontonkan dan guru juga boleh mempercepatkan video tersebut untuk membuat ulangan tentang langkah-langkah yang pelajar tidak dapat kuasai. Prestasi pelajar juga boleh direkod dalam video supaya pelajar boleh melihat keupayan mereka sendiri dan mendapat komen atau maklum balas daripada rakan-rakan dan guru. 4) Bidang Interpersonal: Bagi bidang interpersonal pula, dengan menonton program video bersama-sama, kumpulan pelajar yang ramai akan dapat membina pengalaman asas sebagai pemangkin untuk perbincangan. Apabila pelajar mempelajari kemahiran interpersonal, seperti berhadapan dengan penyelesaian konflik atau hubungan rakan sebaya, mereka akan memerhati tingkah laku orang lain dalam video untuk demonstrasi dan analisis. Pelajar boleh diminta untuk mempraktikkan kemahiran interpersonal mereka di depan kamera, dan kemudian mereka boleh menonton kebolehan mereka sendiri dan juga menerima tindak balas daripada rakan-rakan dan guru. Maka, pelajar akan dapat mempertingkatkan kemahiran interpersonal mereka daripada aktiviti yang telah mereka buat. 4.) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? Terdapat empat jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran pelajar iaitu: 1) Dokumentari Video ialah medium pertama untuk mendokumentasikan peristiwa sebenar ataupun peristiwa yang dilakonkan semula dan membawa mereka ke dalam bilik darjah. Dokumentari adalah berkaitan dengan fakta dan bukan fiksyen. Dokumentari cuba
  • 10. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 untuk menggambarkan situasi cerita yang betul tentang situasi dan orang yang sebenar. Rancangan seperti National Geographic memaparkan khas untuk dokumentasi tentang sains, budaya dan alam semulajadi yang mana boleh ditonton secara percuma di internet. Maka, dokumentasi sebegini akan membantu pelajar untuk mengembangkan pengetahuan mereka berkaitan dengan sains, budaya, alam semulajadi dan sebagainya. 2) Lakonan Video yang mengandungi lakonan kesusteraan klasik seperti video yang dihasilkan pada zaman dahulu boleh meningkatkan peluang pembelajaran pelajar kerana mereka boleh membandingkan perbezaan diantara teks dan video. Lakonan tentang fiksyen sejarah pula menggunakan kombinasi antara fiksyen dan fakta untuk mendramakan peristiwa bersejarah. Lakonan juga merupakan satu tempat yang berjaya untuk membina ciri-ciri dan sikap pelajar yang positif dalam pelbagai bidang seperti kepelbagaian budaya, kurang upaya, harga diri dan bekerjasama. 3) Penceritaan melalui video Cerita boleh diterapkan ke dalam pengajaran melalui video. Penceritaan juga merupakan kemahiran penting untuk dikembangkan dalam diri pelajar pada semua peringkat umur. Penceritaan akan memupuk pelajar untuk menjadi seorang yang kreatif dan juga meningkatkan kemahiran menulis, literasi visual dan kemahiran menghasilkan video. Tujuan utama penceritaan melalui video ini adalah mengajar pelajar untuk memperlihatkan idea mereka melalui cerita. Dalam proses penceritaan tersebut, pelajar akan dapat mengajar dan belajar daripada satu sama lain. 4) Lawatan lapangan secara maya Video boleh membawa pelajar ke tempat dimana mereka tidak mungkin akan dapat pergi ke sana. Sebagai contoh, apabila pelajar menonton tayangan video mengenai Amazon, mereka akan merasakan bahawa diri mereka berada di sana kerana mereka dapat melihat situasi di Amazon pada video tersebut. Video akan dapat
  • 11. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 memperkayakan dan membina pengetahuan pelajar yang telah mereka perolehi daripada pembacaan buku teks, penerangan internet ataupun penerangan daripada guru mahupun pensyarah. 5.) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 1) Proses memilih video. Dalam pendidikan, guru perlu akses kepada video pendidikan yang pelbagai daripada mana-mana sumber. Seperti yang diketahui, perpustakaan menyediakan banyak sumber pendidikan secara online. Bukan itu sahaja , internet juga menawarkan pilihan video pendidikan yang banyak secara percuma untuk keperluan pembelajaran dalam kelas. Pakar media adalah sumber utama untuk mencari video yang dimiliki oleh pihak sekolah, daerah, atau pusat sumber serantau. Mereka membantu dengan mencari pembekal lain untuk menaja video .Syarikat swasta, persatuan dan agensi-agensi kerajaan menaja video untuk pelbagai sebab. Syarikat swasta boleh membuat video untuk menggalakkan produk atau untuk meningkatkan imej awam mereka. Persatuan dan agensi- agensi kerajaan menaja video untuk mempromosikan sesuatu, seperti tabiat kesihatan yang lebih baik, pemuliharaan sumber asli dan penggunaan taman yang betul dan kawasan rekreasi .Banyak video yang ditaja adalah bahan pengajaran yang berbaloi serta mempunyai kelebihan dan murah. Perlu untuk sentiasa berhati-hati dalam menggunakan video yang ditaja dalam pengajaran. Terdapat beberapa bahan yang dihasilkan secara persendirian mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai atau dengan produk-produk yang kurang sesuai. Contohnya pembuatan rokok atau minuman beralkohol. Bahan daripada pihak persatuan dan kerajaan yang ditaja mungkin mengandungi unsur propaganda. Oleh itu perlu untuk ditapis bahan-bahan yang ditaja. Pemilihan bahan yang betul dan sesuai boleh menjadi tambahan yang berharga untuk pengajaran bilik darjah.
  • 12. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 2) Proses menilai video. Selepas memilih beberapa video yang berpotensi, gunakan alat-alat penilaian untuk menyesuaikannya dengan pengajaran. Sesetengah laman web sekolah dan guru menyediakan borang penilaian yang standard daripada penilaian teliti yang melibatkan pelbagai faktor. Penilaian yang bagus adalah ringkas tetapi cukup lengkap untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan pembelajaran pelajar. Dalam sesetengah kes, keputusan penilaian akan dapat membantu guru dalam membuat keputusan untuk membeli atau menyewa video khusus untuk pembelajaran. Dalam membuat penilaian video, guru akan mempunyai peluang membuat nota untuk perbincangan kelas tentang tajuk utama mahupun tajuk-tajuk yang memerlukan penerangan yang lebih lanjut bagi mempertingkatkan pembelajaran pelajar. DESIGN OF VISUAL Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual. Visual menjadi bahan yang penting dalam menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang dalam dunia pendidikan. Visual membawa peranan yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dalam menarik perhatian atau minat pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana visual merupakan alat penerangan, pendorong dan pemberitahuan guru dalam membantu mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan, kritis dan kreatif. Reka cipta visual bermula dengan pengumpulan atau penghasilan gambar dan unsur-unsur teks yang mungkin akan digunakan. Keperluan dan kepentingan pelajar haruslah dikenalpasti terlebih dahulu berkenaan dengan tajuk dan mencadangkan apakah objektif yang ingin dicapai melalui visual yang sedang dirancang. Garis panduan berikut boleh digunapakai untuk skrin komputer, program multimedia, bahan bercetak, papan putih, pameran, slaid powerpoint dan papan bulletin. Berikut merupakan proses dan ciri-ciri reka cipta visual:
  • 13. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 (a.) Susunan (Arrangement) Langkah pertama yang perlu diambil dalam reka cipta visual ini ialah menentukan apakah unsur-unsur yang perlu dimasukkan dalam susunan visual kita. Ini kerana susunan corak visual yang menarik akan menentukan bagaimana ia menarik perhatian seseorang pelajar terhadap slaid yang kita paparkan. (b.) Keseimbangan Visual (Balance) Psikologi keseimbangan atau keseimbangan dicapai apabila „keberatan‟ unsur-unsur dalam visual adalah disebarkan secara sama rata pada setiap sisi paksi, samada secara melintang atau menegak atau kedua-duanya. Apabila reka bentuk diulangi di kedua-dua sisi, keseimbangannya dapat dicapai. (c.) Warna (Color) Untuk menjadikan reka bentuk visual yang menarik, kita hendaklah mengaplikasikan ton warna yang harmoni seperti yang terdapat dalam ton roda warna. Mana-mana dua warna yang terletak secara langsung bertentangan antara satu sama lain pada roda warna dipanggil pelengkap warna contohnya merah dan hijau atau kuning dan ungu. Manakala warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda warna dipanggil warna analogi. Kombinasi skim warna yang betul dalam visual seperti slaid “power point” akan memberikan implikasi latar belakang slaid dan gambar yang menarik. Warna yang sesuai akan dapat menimbulkan gambar tersebut. (d.) Dapat dilihat (Legibility) Visual yang dibuat hendaklah boleh dilihat dan dibaca oleh audien/pelajar. Kita hendaklah menfokuskan supaya setiap pelajar kita dapat melihat dan membaca visual kita dengan jelas walaupun mereka pada jarak/ruang yang jauh. Oleh itu sebagai penceramah/guru, kita hendaklah membesarkan saiz imej, huruf, kontrakan setiap objek, penggunaan warna yang menarik dalam keseluruhan visual yang kita
  • 14. Dancy Jimmy UMS DPLI 2012/13 paparkan. Apabila pelajar kita dapat memahami penerangan kita berdasarkan pemerhatian visual yang berkesan, maka matlamat yang ingin kitai capai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar dapat tercapai. (e.) Appeal Visual anda tidak mempunyai peluang untuk mempunyai kesan melainkan jika ia dapat menarik perhatian penonton. Beberapa teknik appeal: gaya, kejutan, tekstur dan interaksi. Pelajar/peserta yang berbeza dan tetapan perbezaan memerlukan gaya reka bentuk yang berbeza. Penonton yang berbeza akan menyebabkan visual yang dibuat adalah berbeza contohnya program televisyen kanak-kanak berbeza dengan program televisyen orang dewasa. Kebanyakan visual adalah dua dimensi. Walau bagaimanapun, anda boleh menambah satu dimensi ketiga dengan tekstur atau bahan sebenar. Sebagai ciri tiga dimensi objek dan bahan-bahan, tekstur boleh menyampaikan gambaran yang lebih jelas tentang mata pelajaran kepada penonton dengan melibatkan rasa sentuh contohnya, guru menyuruh pelajar menyentuh bijirin. Penonton boleh diminta untuk memberi tindak balas terhadap visual yang dipaparkan dengan memanipulasi bahan-bahan yang dimasukkan, mungkin untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dalam paparan. (f.) Reka bentuk sejagat (Universal Design) Dalam mereka bentuk visual, guru hendaklah menggunakan prinsip reka bentuk sejagat untuk membantu mereka dalam mencipta visual yang berguna untuk sebanyak mungkin pelajar tanpa mengira tahap umur, kebolehan dan bidang pembelajaran. Reka bentuk sejagat menyediakan pelajar dengan pelbagai tahap pembelajaran, termasuk kurang upaya dan bakat istimewa. Prinsip-prinsip ini menggalakkan penggunaan visual yang mudah, intuitif, saksama, dan fleksibel.