Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Soalan turn in angle rosees lihi

298 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Soalan turn in angle rosees lihi

  1. 1. Soalan 1:Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG?Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?Jawapan:langkah pertama yang akan diambil ialah dengan melakukan SWOT analysis iaitu untuk melihatkelemahan, halangan, kebaikan dan peluang yang boleh diambil bagi memastikan ia berjalan denganlancar. selain itu, aktiviti pengiklanan juga akan dilakukan dengan giat untuk memastikan perniagaansentiasa mendapat sambutan.Soalan 2:MultimodalityApakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instructionJawapan:Teori multi modality merupakan satu set gaya pembelajaran yang melibatkan mod-mod yang menarikseperti visual, teks serta bahan pengajaran yang bersifat elektronik yang dapat menarik minat pelajaratau pembaca. Teori ini juga merupakan satu proses komunikasi yang berlangsung antara penggunadengan media elektronik. Komunikasi ini berjalan dengan baik jika maklumat yang ingin disampaikanoleh tenaga pengajar melalui media dapat diterima dan difahami oleh para pelajar dan pelajar dapatmemberi tindak balas yang tepat kepada maklumat tersebut. Multi modality juga merupakan satuproses di mana guru menyediakan bahan-bahan pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar.Melalui teks yang pelbagai ini, murid-murid berpeluang untuk menggunakan mod-mod linguistik, visualdan audio bagi mendapatkan pengalaman, pengana lisaan maklumat serta mengaplikasikan maklumatyang berguna untuk mereka. Multi modality instruction pula menyediakan assignment dan maklumatyang penting sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan dan senang untuk dilayari. maklumat inimerupakan maklumat yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran pelajar untuk memudahkanpelajar membuat persediaan awal sebelum memulakan pembelajaran.Assignment 1:Sila respon untuk isu ini pulai) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaranii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learningiii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
  2. 2. Jawapan: i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran Akronim untuk learning style VARK iaitu Visual, Aural, Read/Write dan Kinestethic. Dalam pembelajaran ini penggunaan video akan menarik minat pelajar untuk menyertai sesi pembelajaran. selain itu, penggunaan video juga akan menggalakkan interaksi yang aktif di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru untuk membincangkan apa yang mereka telah lihat dan secara tidak langsung pembelajaran secara konstruktivisme dalam dilakukan. Murid-murid akan berbincang dengan guru apa yang mereka lihat melalui video tersebut serta maklumat yang mereka perolehi setelah menonton video tersebut. kaedah pembelajaran menggunakan video ini amat sesuai bagi pelajar2 yang lemah dalam pemahaman tentang sesuatu perkara. ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning Pembelajaran ubiquitous ialah satu pendekatan pembelajaran merentas masa dan tepat. Pembelajaran jenis ini bukan hanya menumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi pelajar2 boleh belajar dari pelbagai lokasi dan pada bila2 masa. Pembelajaran jenis ini biasanya digunakan dalam pembelajaran jarak jauh dalam talian internet yang melibatkan penggunaan video. guru berkomunikasi dengan para pelajar melalui video dan pembelajaran jenis ini telah diamalkan di Negara Republik Korean dengan berpaksikan kemahiran abad ke-21 dalam program ICT In Education. iii)Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS ( higher order thinking skills) Dalam HOTS (higher order thinking skills/ pemikiran tahap tinggi) penggunaan video dapat menggalakkan pemikiran yang kreatif dan kritis dikalangan pelajar terutama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang diwujudkan oleh guru semasa sesi pembelajaran. selain itu, penggunaan video ini juga akan mewujudkan gaya pembelajaran inkuiri dan eksplorasi di kalangan pelajar. Banyak persoalan dapat ditimbulkan melalui tayangan video yang disediakan dan seterusnya perbincangan yang lebih mendalam akan berlaku antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. ini akan menggalakkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar. iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar melalui penggunaan video dalam proses p&p kemahiran komunikasi interpersonal pelajar dapat dipertingkatkan. ini jelas terbukti apabila kaedah pengajaran ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar prasekolah menunjukkan kesan yang positif. selain pelajar prasekolah, pelajar-pelajar peringkat rendah, menengah dan ipta turut mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik jika penggunaan video digunakan dalam sesi p&p. v)Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. melalui penggunaan video dalam sesi p&p, ia dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam diri setiap pelajar kerana tayangan yang dibuat akan memberi gambaran sebenar
  3. 3. tentang perkara-perkara yang berlaku di perekitaran kita. selain itu, media elektronik jenis ini sangat mampu mempengaruhi gaya pemikiran seseorang individu, sebagai contoh, tayangan video berkaitan dengan keburukan merokok akan memberi kesedaran yang mendalam kepada para pelajar apabila mereka melihat kesan-kesan merokok ke atas orang yang penghisap rokok.Assignment 2Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?Jawapan:kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas ialah;i) masa proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu jika terdapat masalah semasa tayanganvideo dijalankanii) masalah kekurangan peralatan yang mencukupi terutama bagi sekolah-sekolah luar bandariii) masalah jika berlakunya gangguan2 yang tidak diduga seperti terputus bekalan elektrik semasa videotengah ditayangkaniv)ruang kelas yang tidak sesuai atau terlalu sempitAssignment 3Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas?Jawapan:i)Sebelum;sebelum menggunakan video dalam kelas guru haruslah memastikan bahawa kandungan videoyang ingin ditayangkan adalah bersesuaian dengan topik yang ingin disampaikan pada haritersebut. seterusnya, guru juga haruslah memastikan semua peralatan yang ingin digunakanuntuk membuat tayangan video tersebut dapat berfungsi dengan baik tanpa ada sebaranggangguan. semua kabel haruslah disambung dengan betul dan laptop disediakan lebih awal.Video yang ingin ditayangkan juga haruslah diuji dahulu sebelum kelas bermula. ini bagimengelakkan masa yang diperuntukkan untuk proses p&pterganggu.ii) semasa;Semasa video sedang ditayangkan, pastikan bunyi video terebut cukup kuat dan dapat didengaroleh para pelajar dengan jelas dan terang. Elakkan membuat penerangan semasa videoditayangkan. Biarkan pelajar memberi tumpuan yang penuh kepada sesi tayangan dahulu.Pastikan cahaya tidak terlalu terang sehingga menyukarkan pelajar untuk melihat gambaranvideo dengan baik.iii) selepas;
  4. 4. Selepas tayangan video dibuat, guru akan bersoal jawab dengan pelajar tentang apa yang telahdisaksikan sebentar tadi. Guru kemudian nya menerangkan isi kandungan video tersebut danmengaitkannya dengan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya pelajar diberi peluang untukberkongsi pendapat mereka berkenaan video dan topik pembelajaran pada hari tersebut. Sesirefleksi berkaitan tayangan video juga dilakukan. Setelah sesi p&p tamat, guru akan memastikansemua peralatan tayangan diletakkan di tempat yang sepatutnya. kabel dan suis dipadamkan bagimengelakkan daripada berlakunya kemalangan.Manipulatives merupakan satu idea yang menggunakan pusat pembelajaran sebagai pusatpengajaran. Ia mengkehendaki guru agar memilih bahan, unit dan model pengajaran yangbersesuaian dengan pelajar. Selain itu, bahan yang dipilih hendaklah sepadan dengan keupayaandan stail pembelajaran seseorang pelajar. Guru haruslah memilih kaedah yang bersesuaiandengan topik yang hendak diajar. Ia turut memberi peluang kepada pelajar untuk membuatkeputusan berkaitan pembelajaran mereka. Terdapat tiga jenis manipulatives iaitu penggunaanobjek sebenar, model dan mock up (olok-olok). Objek sebenar adalah seperti duit syiling,binatang, peralatan dan sebagainya. Ia sangat sesuai bagi pelajar merasai pengalaman sebenarpenggunaan objek dalam kehidupan seharian mereka. Ia turut berfungsi untuk membinapengalaman yang konkrit dikalangan pelajar.Model pula merujuk kepada persembahan 3D objek sebenar. ia menyediakan pandangan dasaryang tidak mustahil dengan objek sebenar. Ia boleh membangkitkan semangat dan penemuan disamping membantu menajamkan kemahiran kognitif dan psikomotor seseorang pelajar.Mock up mempersembahkan cara yang komplek. Ia memberi peluang pelajar merasai ataumengalami aspek-aspek penting dalam aktiviti kehidupan yang sebenar tanpa menghadapisebarang risiko.Soalan 1: berikan satu contoh manipulative dan bagaimana anda menggunakannya termasuk denganobjektif anda menggunakan manipulative tersebut.Satu contoh manipulative yang akan saya gunakan dalam pengajaran saya ialah real object (objeksebenar). Tujuan saya memilih real object ialah kerana dengan membawa real object dalam pengajarandi bilik darjah atau luar bilik darjah, para pelajar akan dapat merasai pengalaman sebenar menggunakanobjek tersebut.Soalan 2. buat satu pengajaran yang merangkumi lawatan (secara sebenar atau virtual/maya). berikansatu web yang boleh digunakan untuk lawatan tersebut.
  5. 5. Due : Nov, 20, 2012Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?Literasi video merupakan sebarang format media elektronik yang menggunakan “picture motion” untukmenyampaikan pesanan atau pengajaran yang boleh dirujuk sebagai video.2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.Lima konsep utama semasa menonton video ialah; 1. pengarang membina/membentuk mesej 2. mesej yang disampaikan perlu menggunakan format, kreativiti dan teknologi yang unik. 3. setiap penonton mentafsirkan mesej secara berbeza. 4. Setiap mesej mempunyai nilai dan pandangan yang berbeza. 5. Kebanyakan mesej yang dibina bertujuan untuk mempromosikan Sesuatu tujuan yang spesifik.3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepadasebilangan pelajar. Aplikasi video dalam pendidikan dapat membantu pelajar merasai seolah-olahmereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses pembuatankertas dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar memahamibagaimana sebatang kayu kertas diproses untuk menghasilkan kertas yang mereka gunakan dalamkehidupan seharian di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Selain itu,pengaplikasian video dalam pembelajaran juga dapat membantu pelajar mengubah sikap mereka.Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, juga dapat merangsang deria penglihatan danpendengaran. Di samping itu pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melalui ’gerak perlahan’ danpegun. Seterusnya penggunaan video dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihatdari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar.4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaranpelajar?
  6. 6. DokumentariVideo dokumentari merupakan medium utama untuk melihat dokumentasi yang pernah berlaku secarasebenar untuk dibawa ke dalam kelas. Ianya dibuat berdasarkan fakta. Mengisahkan kisah benarmengenai orang dan tempat. Contohnya persembahan dokumentari ialah National Geographic yangbanyak menayangkan tentang pembelajaran subjek geografi, alam sekitar, budaya, sains dan pelbagailagi yang boleh dilihat.DramatizationVideo dapat membawa pelajar terpesona dengan tayangan dipaprkan. Ia juga merupakan tempat yangsangat baik untuk membina sahsiah pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya,harga diri, dan bekerjasama.Video Storytelling(Bercerita)Bercerita merupakan kemahiran yang penting untuk membentuk pelajar dari semua peringkat umur. Iamembolehkan pelajar menjadi kreatif semasa membentuk penulisan mereka, literasi visual dankemahiran penghasilan video. Matlamat utama ialah untuk mengajar pelajar agar mereka boleh mengajardan belajar daripada satu sama lain.Virtual Fields TripsIa boleh membawa pelajar ke tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia membina danmeningkatkan pengetahuan yang di perolehi daripada buku teks bacaan, penerangan internet ataumendengar ceramah-ceramah. Pelajar dapat membayangkan keadaan sebenar yang berlaku setelahmelihat tayangan ini.5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.Terdapat dua langkah utama dalam proses memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilikdarjah ialah; a) Integrasi sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang akan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda. b) Menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat anda dan memenuhi keperluan pelajar anda.

×