SlideShare a Scribd company logo
1 of 90
BAB 1 
PENJELASAN MASALAH 
Pendahuluan 
1 
Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan 
ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti 
dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti 
seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja. 
Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan 
dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian 
tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang 
berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk 
kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang. 
Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan 
sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, 
keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas
2 
fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan 
terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, sistem ini telah 
terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem 
psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang 
dibuat oleh seseorang kanak-kanak. 
Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang 
serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa. 
Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. 
Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun. 
Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh 
tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut 
mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil 
dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya 
daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran 
terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, 
didikan agama dan gaya hidup ( Ahmad Tarmizi Zakaria, 2008 ). 
Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai 
akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi 
kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi 
kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan 
al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
3 
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta 
kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya, 
kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” 
(An-Nisa’ : ayat 136) 
Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses 
pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali (1974), 
personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja 
terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran 
mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai 
kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses 
pembelajaran. 
Penjelasan Masalah 
Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor penting dalam pembentukan 
personaliti remaja. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan 
ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat 
menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi 
bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. 
Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam 
pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.
4 
Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja 
khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, 
adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan 
perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber 
utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat 
ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang 
tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan 
berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja 
tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi 
personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. 
Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca 
kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. 
Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ 
yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti 
permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. (Goldfarb dalam Wan Azmi, 1987). 
Faktor kedua pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir 
seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding 
dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan 
pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, 
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan 
masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik 
(T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi
5 
perkembangan personaliti remaja. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan 
pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi 
pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas 
atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). 
Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan 
dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap 
perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun 
penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok 
teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi 
pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya 
mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di 
sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Remaja yang berasal daripada 
keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib 
dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan 
anasir-anasir jahat. 
Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan 
personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja 
yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang 
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk 
menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya 
kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan 
remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin
ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, 
mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk 
terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai 
masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh 
membawa kepada masalah sosial ini. 
Tujuan Penyelidikan 
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama: 
1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti 
remaja. 
2. Untuk mengenal pasti tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar. 
3. Untuk mengenal pasti pembentukan personaliti remaja berkait dengan adab-adab 
belajar. 
6
Beberapa Persoalan Yang Akan Dijawab 
7 
1. Apakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti 
remaja? 
2. Adakah terdapat tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar? 
3. Adakah pembentukan personaliti remaja itu berkait rapat dengan adab-adab 
belajar? 
Kepentingan Penyelidikan Ini 
Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat 
berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru dalam menghadapi 
dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan permasalahan-permasalahannya. 
Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah untuk 
menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang 
pentingnya adab-adab belajar ketika menuntut ilmu bagi membentuk personaliti yang 
positif.
8 
Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada 
pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang lebih mendalam 
dalam bidang yang sama. 
Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar dapat 
membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi remaja yang sihat 
dari segi mental, fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan matang dalam pembentukan 
personaliti remaja. 
Batasan Kajian 
Kajian ini menfokuskan kaedah konstruktif dalam pembentukan personaliti remaja 
berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa 
Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks 
pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud 
diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu 
pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan 
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan 
aktif dalam merealisasikan teori ini.
9 
Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian perpustakaan iaitu koleksi jurnal serta 
buku-buku tentang tajuk yang dikemukakan dan maklumat-maklumat yang didapati 
melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan. 
Istilah 
Pembentukan : Perihal perbuatan atau usaha membentuk. 
Personaliti : Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang 
membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu 
merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. 
Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, 
persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, 
kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 
1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep 
personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal 
setiap individu yang menentukan tingkah laku dan 
pemikiran. 
Remaja : Dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada 
perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar” 
atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Ini 
bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan
10 
bukannya jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ialah 
proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan 
yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam 
masyarakat. Secara praktikalnya, zaman remaja dilihat 
sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan 
berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan 
suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak dengan 
zaman dewasa. 
Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman 
‘storm and stress’. Ini kerana remaja akan mengalami 
perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon 
tubuh badan dan perlu disesuaikan dengan harapan dan 
kehendak masyarakat. Oleh itu, remaja akan sentiasa 
menghadapi konflik dalam memenuhi keperluan 
kejantinaan, perkembangan egoistik, tingkah laku tidak 
menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja 
juga bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil 
baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa, 
biasanya pelajar-pelajar ini berumur di antara 12 hingga 17 
tahun.
Berdasarkan : Berasakan, bersandarkan atau berlandaskan. 
Islam : Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 
Kesimpulan 
11 
Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung 
kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan 
yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses 
perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga 
walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah 
satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu 
bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan 
mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. 
Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai 
akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi 
kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi 
kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan 
al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.
12 
Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim. 
Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang 
sunat. Imam Syafi’i r.a. berkata “menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat.” 
Dalam perkembangan yang sama Abu Darda’ pula diriwayatkan berkata “kiranya saya 
dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun 
beribadat sepanjang malam. Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua 
orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain dari keduanya 
adalah sia-sia belaka, tiada berguna sama sekali”.
BAB II 
KAJIAN LAMPAU 
Pendahuluan 
13 
Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung 
kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan 
yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses 
perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga 
walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah 
satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu 
bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan 
mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. 
Tahap remaja merupakan satu jangkamasa yang penuh dengan cabaran di mana di 
peringkat awal, remaja mula belajar meneroka kehidupan sosial secara berdikari 
walaupun masih berada dalam lingkungan kawalan keluarga. Semakin lama remaja 
berada di dalam alam persekolahan semakin luas dunia persekitaran mereka sehingga
14 
melangkaui lingkungan keluarga dan jiran-jiran terdekat. Sesuai dengan tuntutan emosi 
mereka, remaja mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari luar 
kawasan tempat tinggal mereka serta persekitaran yang lebih kompleks (Harre & Lab 
dlm. Iran 1996). 
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang 
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996), 
keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan 
pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam 
alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di Barat telah menunjukkan 
bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup 
remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan 
pencapaian akademik (Fatanah, 1997). 
Proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini 
disebabkan zaman remaja adalah zaman di mana jiwa mereka mudah memberontak, 
mereka sering mengalami keadaan ketidaktentuan emosi, konflik dengan keluarga, 
mengasingkan diri dan bersikap menentang nilai-nilai murni keluarga dan masyarakat 
(Papalia, Old & Feldman 1998). Di peringkat ini juga personaliti remaja terbentuk yang 
kebiasaannya dipengaruhi oleh rakan sebaya dan keluarga. 
Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak 
kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan 
pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
15 
Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah 
mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang 
kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah 
dalam membentuk keperibadian manusia, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. 
Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian 
manusia, membentuk sifat-sifat yang khas dan mengarahkan tingkah lakunya ke satu arah 
tertentu. 
Menurut Imam Al-Ghazali (1083M) dari jiwa terbit semua perbuatan yang senang 
dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul 
perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan 
personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka 
dinamakan personaliti yang buruk. (Al–Ghazali disebut dalam Tajul Ariffin Noordin, 
1990). 
Definisi Personaliti 
Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan dan melahirkan 
personaliti mereka. Oleh sebab itu, bagaimanakah kita hendak mentakrifkan personaliti? 
Kepada orang biasa, konsep personaliti mungkin merupakan satu pertimbangan nilai atau 
huraian yang subjektif. Jika kita suka akan seseorang, ia adalah disebabkan kita 
mengatakan dia mempunyai personaliti yang baik dan begitulah sebaliknya.
I. Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger (1930). 
Menurut beliau, personaliti ialah “apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan 
tentang seseorang”. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan 
fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas. 
II. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren 
& Carmichael (1930). Menurut mereka, personaliti ialah “organisasi dinamik 
dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang 
menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya”. 
Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain 
tentang personaliti. Misalnya, Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima 
puluh definisi. Memandangkan terlalu banyak definisi yang telah dikemukakan maka 
tidak hairanlah sekiranya tidak ada satu definisi personaliti pun yang dipersetujui umum. 
Yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa 
perkara iaitu: 
I. Kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam 
mengkaji personaliti. 
II. Setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. 
16
Aspek Kajian Personaliti 
17 
Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang 
mempengaruhi tingkah laku. Ia juga boleh merujuk kepada individu dan memperhatikan 
tingkah laku mereka, manakala personaliti boleh juga ditakrifkan dari segi ciri yang 
hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak boleh diperhatikan secara 
langsung. Ia juga merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan individu lain. Maka 
yang demikian, beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman 
bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan 
antara individu. 
Adalah jelas bahawa kita boleh memberikan beberapa definisi tentang personaliti. 
Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan 
penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut ada yang 
konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan 
tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi 
sesama mereka. Ia mungkin juga menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan 
secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.
Pembahagian Personaliti 
18 
Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Allport (1961) telah 
membahagikan personaliti kepada tiga bahagian: kesan luaran, struktur dalaman, dan 
pandangan positif. 
I. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan 
topeng. Ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana 
ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia 
juga merujuk kepada kecekapan sosial. Definisi ini tidak mengambil kira ciri-ciri 
dalaman yang terdapat pada seseorang. 
II. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng 
semata-mata, tetapi merangkumi struktur psikologi atau psikofizikal. Pendekatan 
ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Banyak definisi personaliti 
tergolong dalam pendekatan yang kedua ini. Namun, pendekatan ini dikritik 
kerana ciri dalaman tidak boleh diperhati, oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara 
saintifik. 
III. Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar, 
seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti adalah satu 
konstruk dan sistem konstruk yang kompleks. Sebagai satu konstruk, ia ditafsir 
daripada pemerhatian tingkah laku. Pada masa yang sama, ia terdiri daripada 
beberapa bahagian kecil, setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Setiap
19 
satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan 
setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. 
Konsep Personaliti 
Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan 
pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : 
I. Pengertian pertama tentang personaliti merujuk kepada kemahiran sosial. 
Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya 
mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. 
Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang 
lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya, sekiranya 
seorang guru mengatakan dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai 
masalah personaliti dalam kelasnya, ini bermakna pelajar berkenaan tidak 
mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk membolehkannya berhubung 
dengan cara yang memuaskan dengan guru dan juga rakan-rakan dalam kelasnya. 
II. Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan 
oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh sebab itu, seseorang itu 
boleh dikatakan mempunyai “personaliti agresif” atau “personaliti submisif” atau 
“personaliti penakut”. Bagi setiap satu contoh yang diberikan tadi, kita telah 
memberikan atribut atau kualiti untuk menerangkan seseorang. Atribut atau kualiti
20 
tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain. 
Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti, adalah jelas bahawa 
konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang. 
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas. 
Yang dimaksudkan dengan persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yang 
ada pada seseorang. Walau bagaimanapun, maksud ini tidak kekal kerana perkataan 
persona kemudiannya memberikan beberapa pengertian, antaranya termasuklah ciri-ciri 
dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran. 
Perkembangan Personaliti 
Konsep perkembangan memberi implikasi bahawa terdapat perubahan. Oleh itu, 
konsep perkembangan personaliti merujuk kepada perubahan yang berlaku, sama ada 
secara perlahan atau mendadak, dalam kehidupan atau personaliti seseorang. Segala 
perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat atau tahap. Ahli psikologi 
menggunakan konsep tahap apabila membicarakan zaman peralihan dalam kehidupan 
manusia. 
Misalnya, Freud (1949), membahagikan personaliti kanak-kanak kepada tiga 
tahap psikoseksual, iaitu tahap mulut, dubur, dan zakar. Bagi setiap satu tahap tersebut 
akan terdapat pembentukan emosi yang unik.
FREUD 
Tahap Mulut (Oral) Tahap Zakar (Falik) 
Bayi umur 3-6 tahun 
Tahap Dubur (Anal) 
umur 1-3 tahun 
Mengikut Erikson (1962) pula, perkembangan personaliti boleh dibahagikan 
kepada lapan tahap psikososial. Empat tahap pertama dalam model perkembangan 
Erikson berlaku pada zaman bayi dan kanak-kanak; tahap kelima merupakan zaman 
peralihan yang berlaku pada zaman remaja; dan tiga tahap lagi berlaku pada zaman 
dewasa iaitu awal dewasa, umur pertengahan dan umur tua. Setiap satu daripada tahap 
tersebut mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri. 
ERIKSON 
Zaman Bayi & Kanak-Kanak Zaman Dewasa 
Bayi Awal Dewasa (18-35 tahun) 
Umur 1-3 tahun Usia Pertengahan 
Umur 3-6 tahun (35-60 tahun) 
Umur 6- 12 tahun Umur Tua 
(60 tahun keatas) 
Zaman Remaja 
(12-18 tahun) 
21
Proses Pembentukan Personaliti 
22 
Teori kognitif sosial memberi penekanan kepada dua proses yang berlainan 
daripada teori pembelajaran lain tentang personaliti iaitu pembelajaran dengan cara 
pemerhatian dan pengawalan diri sendiri. Pembelajaran pemerhatian melibatkan 
kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatikan orang lain. Pengawalan 
diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan 
bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Kedua-dua proses ini melibatkan proses 
pemikiran (kognitif), dan kedua-dua proses di pengaruhi oleh dendam dan ganjaran, tetapi 
tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut. 
Membentuk Personaliti Muslim 
Dalam sesebuah masyarakat dan negara yang ingin menjadi aman dan makmur 
adalah penting bagi setiap individu dibentuk berteraskan Islam. Setiap individu Muslim 
perlu dibentuk mengikut ajaran Allah s.w.t. Seorang Muslim akan menjadi mukmin yamg 
menghayati seluruh ajaran Islam dan berusaha menerapkan nilai-nilai hidup Islam dalam 
kehidupan. 
Setakat mengubah nama atau adat resam lahir sahaja tidak mencukupi bagi 
individu Muslim mencapai objektifnya. Yang lebih penting ialah mengubah hati 
nuraninya supaya menjadi benar-benar mengenali dan memahami hakikat Islam. 
Kesedaran itu mesti lahir dari jiwa seseorang supaya Islam dijadikan satu cara hidup yang
menyeluruh. Islam harus dijadikan obor yang dapat menerangi liku-liku dalam hidup dan 
juga sebagai teras kekuatan untuk bertahan terhadap ancaman-ancaman ke atas 
kesejahteraan umat Islam. Islam sebagai cara hidup boleh dijadikan nilai pengukur untuk 
membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik. 
Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk 
daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat 
dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan 
peribadi yang teguh dan lupus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang 
hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudah mengalah kepada sebarang tipu daya di 
dunia ini. 
Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti 
dan kesopanan serta malarang akhlak yang buruk. Iman dalam Islam tidak akan sempurna 
tanpa menghasilkan amal soleh dan akhlak yang mulia. Menurut seorang tokoh Islam, 
Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya khuluq al-Muslim, 
Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan 
diketahui daripada perilaku akhlaknya, kerana iman yang 
kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan 
iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk 
laku, mudah terjerumus pada perbuatan keji yang 
merugikan dirinya sendiri dan orang lain. 
23
Personaliti Mengikut Pandangan Islam 
24 
Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara 
umumnya akhlak. Secara ringkasnya personaliti atau akhlak boleh dibahagikan kepada 
dua, iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Dipetik dalam psikologi 
personaliti, (2006). 
Personaliti mengikut perspektif Islam tidak bertentangan dengan teori 
behaviourisme. Sebagai contoh, Islam mengakui pengaruh alam sekitar ke atas 
perkembangan fitrah, seperti sebuah Hadis yang bermaksud, “Setiap kanak-kanak 
dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, 
Nasrani atau Majusi”. Tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia itu menjadi hamba 
kepada alam sekitar, seperti pendapat pakar-pakar behaviourisme. Tidak dinafikan 
bahawa alam sekitar memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku 
seseorang, tetapi al-Quran tidak menganggapnya sebagai satu faktor sahaja yang 
mempengaruhi tingkah laku . 
Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan 
personaliti individu Islam ialah taubat, takut kepada Allah s.w.t. sabar, syukur, ikhlas, 
tawakal, cinta kepada Allah s.w.t., redha qadak dan qadar Allah dan mengingati mati. 
Sifat-sifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu Islam ialah tamak kepada 
makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil atau kedekut, megah, cinta kepada dunia, 
marah, takbur dan riak atau menunjuk-nunjuk. (Habibah Elias dan Noran Fauziah 
Yaakub, 2006).
25 
Sebagai contoh, sabar ialah satu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh 
individu Muslim. Seorang Muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa 
melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya. 
Menurut kaca mata Islam, orang yang perkasa bukanlah seorang yang mempunyai 
kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Sebaliknya, orang 
yang perkasa ialah orang yang dapat bertindak dengan pertimbangan dan sabar serta 
mampu mengawal nafsunya ketika marah. 
Seorang yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika kusut, 
menguasai diri ketika dalam kesulitan sebenarnya menunjukkan kekuatannya. 
Rasulullah s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat 
marah (Hadis riwayat Bukhari). Seorang Muslim yang sebenar tidaklah marah, sebaliknya 
dia mudah redha. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan balas dendam untuk 
mempertahankan harga dirinya, kecuali terhadap orang yang tidak menghormati hak-hak 
Allah seperti menghalalkan apa-apa yang diharamkanNya. 
Dengan latihan dan didikan yang betul, individu Muslim memperoleh sifat-sifat 
yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat 
terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Anggota 
termasuklah mata, telinga, mulut, perut, kaki dan tangan. Apabila seseorang dapat 
mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat yang baik, dia tidak terdorong untuk 
melakukan sesuatu yang tercela, maka anggota badannya akan mengikut kata hati dan 
lebih berhati-hati supaya tidak sampai melakukan perbuatan yang tercela. Kawalan hati
boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila 
berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain. 
Konsep fitrah dalam Islam memastikan bahawa pendidikan Islam haruslah 
bertujuan menguatkan hubungan yang mengaitkan antara manusia dengan Allah. Walau 
apa pun yang dipelajari oleh kanak-kanak tidak boleh bercanggah dengan prinsip ini. 
Membentuk Personaliti Remaja 
Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’in hingga kurun ketiga 
hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan 
sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi 
benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian. 
Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik 
sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak 
dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang 
teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui 
sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud : 
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai 
akhlak yang sangat terpuji. (Al-Qalam 68 :4) 
26
27 
Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu 
memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu 
dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya 
membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa 
yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian 
ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek 
negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu 
menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka 
terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah. 
Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak 
dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu, 
keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai 
pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini 
bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan 
kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan 
pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati. 
Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan 
mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan 
kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah 
dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka 
mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.
28 
Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka 
belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul 
berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh 
perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap 
diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan 
fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka 
timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara 
berlainan jantina. 
Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga 
dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya 
yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau 
peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang 
penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut 
kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar 
mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama. 
Kejadian Manusia 
Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu 
unsur rohani dan jasmani. Setelah melalui beberapa fasa penciptaan iaitu dari tanah 
lumpur hitam yang diberi bentuk, dan kemudian menjadi tanah kering seperti tembikar, 
Allah kemudian meniup roh kepadanya sehingga tercipta Adam a.s. Rohani dianggap
29 
sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari 
kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran. 
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 
Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". 
Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan 
Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah 
kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya. 
( Shaad 38:71-72) 
Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam 
kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan 
terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai 
alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami 
pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus 
diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang 
sempurna. 
Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan 
seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. 
Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan, 
percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik 
oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali
30 
ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh 
sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman 
dan generasi manusia. 
Kedudukan Akal dan Hati 
Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting 
dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan 
menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak 
berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang 
bermaksud : 
Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang 
memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan 
dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang 
dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu 
sempurna. 
Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh 
mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut 
Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber 
kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkah laku remaja 
dan memainkan peranan penting dalam tingkah laku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. 
yang bermaksud :
Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia 
sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka 
rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu 
adalah hati. 
Iman dan Personaliti 
31 
Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Iman 
menjadi tunjang kepada rahsia memiliki personaliti yang unggul iaitu di mana kedudukan 
dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang. Lukman Thaib dalam 
bukunya Iman dan Keperibadian Muslim, mengungkapkan hubungan saling perlu antara 
iman dan amal (tingkah laku) sebagai dua jentera yang beroperasi bagi memproses 
kesempurnaan peribadi seseorang. (Ahmad Amri Zainal Adnan, 2009) 
Tidak dapat dinafikan, iman memainkan peranan dalam mencatur tingkah laku 
seseorang. Menurut Yusuf Qardhawi (2001), orang yang beriman tiada rasa dengki dan 
khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur dan tidak mementingkan diri. 
Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada 
kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para 
sahabat yang digelar sebagai ‘generasi Quran’. 
Iman mempunyai tiga ciri iaitu keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan 
mengamalkan dengan anggota badan. Iman juga mempunyai beberapa tingkat. Tingkat 
pertama adalah iman Tasdiqi. Peringkat kedua adalah iman Hali. Di peringkat ini, iman
32 
menjadi sebati dalam hati seseorang dan tiada lagi keraguan pada dirinya sebagaimana 
yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 15. 
Keperluan manusia kepada iman umpama tubuh yang memerlukan makanan. Ini 
dibuktikan melalui surah al-A’araf, ayat 172 di mana roh yang akan dimasukkan ke dalam 
janin mengakui Allah adalah tuhan yang patut diimani. Dalam kata lain, beriman kepada 
Allah adalah fitrah manusia. Pastinya, satu masa dalam hidup manusia, akan timbul jua 
keinginan untuk mendalami fitrah ini. 
Bukti iman dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia terlakar dalam 
sejarah dunia apabila masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah dapat 
ditransformasi kepada tamadun Abbasiyyah yang unggul. Tamadun ini dinobatkan 
sebagai yang paling cemerlang dalam sejarah peradaban manusia. 
Iman Merangsang Tingkah Laku Positif 
Abdul Hadi Awang (1985) mengatakan bahawa manusia mempunyai perwatakan 
yang dapat dilihat melalui tindak-tanduknya, sama ada dalam bentuk perkataan ataupun 
perbuatan. Ini adalah kesan penghayatan iman terhadap sikap dan pemikiran individu. Ia 
adalah tanda iman seseorang yang dapat dijadikan ukuran secara fizikal. Sayyid Sabiq 
(1987) pula menyatakan, baik buruknya kehidupan manusia bergantung kepada keimanan 
seseorang.
33 
Iman dapat memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi apa sahaja 
kesulitan. Perasaan takut mereka hanyalah kepada kemurkaan Allah. Justeru, mereka 
tidak gentar menghadapi musuh yang ramai ataupun kekurangan harta benda. 
Iman juga dapat memelihara kesucian hati. Ini disebabkan kerana orang yang 
beriman meyakini Allah sentiasa melihat tingkah lakunya dan mendengar setiap gerak 
hatinya. Dalam surah al-Mujadalah ayat 7, Allah menyatakan Dia Maha Mengetahui apa 
yang ada di langit dan bumi. Percaya bahawa Allah melihat segala gerak-geri juga dapat 
melahirkan sifat amanah dan jujur. Akhirnya, segala kegiatan harian seperti perniagaan, 
pemerhatian dan pergaulan akan ditunjangi akhlak yang baik. 
Antara dorongan iman yang paling besar adalah dorongan untuk beramal. Iman 
dan amal adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Iman menjadi teras kepada 
amal soleh dan amal soleh menjadi penyempurnaan kepada iman. 70 ayat Quran yang 
mengaitkan iman dengan amal adalah bukti perkaitannya. ( Mohd Sulaiman Yasin,1987). 
Dalam buku Iman dan Keperibadian Muslim, Lukman Thaib menyatakan iman 
dan amal adalah dua alat yang sentiasa bergerak bagi memproses kesempurnaan dan 
ketinggian keperibadian seseorang. Tambah Lukman Thaib lagi, keimanan kepada Allah 
dan keesaannya turut memainkan peranan dalam membina jiwa yang mulia kerana ia 
menyedari Allah adalah pemilik hakikat setiap kekuatan yang terdapat dalam alam ini. 
Seorang yang beriman akan bekerja tanpa paksaan dari luar, tetapi didorong oleh 
semangat dari dalam iaitu atas kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi.
34 
Di atas kesungguhan orang yang beriman dalam beramal, mereka memperoleh 
kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan ini tercapai kerana setiap amalannya dilakukan 
dengan sebaik mungkin supaya memperoleh keredaan Allah. Di dalam ayat 105 surah at- 
Taubah, Allah menyeru manusia yang baik itu akan diungkit kembali. 
Hubungan Ilmu Dengan Personaliti 
Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu. 
Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu 
merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku 
dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan 
adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan 
golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan 
dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada 
pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini. 
Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada 
yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang 
dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang 
diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah. 
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali 
dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para pelajar dan yang mengajarkannya. Adab-adab 
dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah
bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di 
antaranya adalah: 
1. Ikhlas kerana Allah. 
Para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas 
bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama 
manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa 
mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, 
namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia 
sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan 
sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai 
satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia 
mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman 
yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: 
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di 
antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan 
beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang 
kamu kerjakan (Al-Mujadalah 58:11). 
35
36 
Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang yang berlapang dada itulah kelaknya 
Allah akan mengangkat iman dan ilmunya sehingga darjatnya bertambah. Orang yang 
patuh dan sudi memberikan tempat kepada orang lain itulah yang akan bertambah 
ilmunya. Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang kebanyakan, 
pertama kerana imannya, kedua kerana ilmunya. Setiap hari pun dapat dilihat pada raut 
wajah , pada sinar mata orang yang beriman dan berilmu. Terdapat tanda-tanda yang 
dapat dibaca oleh orang yang arif bijaksana bahawa seseorang itu ialah seorang yang 
beriman dan berilmu. Iman memberi cahaya pada jiwa, sedangkan ilmu pengetahuan 
memberi sinar pada mata. Iman dan ilmu membuat seseorang itu menjadi lebih mantap 
dan agung. 
Ini amat penting bagi para pelajar adalah mengamalkan ilmu yang telah 
diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun 
muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. 
Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan). 
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk akhirat. 
Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan 
kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang 
seumpamanya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam 
sabdanya:
Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya 
karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk 
mendapatkan harta-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan 
bau syurga pada hari kiamat". (HR: Ahmad, Abu Daud dan 
Ibnu Majah). 
2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain. 
37 
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan 
kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus 
mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan 
tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat 
mengambil faedah dari ilmu kita. 
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. 
Sudah menjadi keharusan bagi para pelajar berniat dalam menuntut ilmu untuk 
membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada 
seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Pelajar harus membela 
agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntutan yang 
diajarkan Rasulullah s.a.w. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang 
yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat. 
38 
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya pelajar menerima perbezaan itu 
dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalan 
aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di 
kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman 
sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita 
menghina orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita. 
5. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka. 
Pelajar harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi 
di kalangan ulama’. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama’ yang kebetulan 
keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk 
dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama’. 
6. Mencari kebenaran dan sabar. 
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang pelajar adalah 
mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita-berita 
yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah 
hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut.
39 
Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi 
mencari makna (pengertian) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus 
sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai 
kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti 
lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang 
kita tuntut. 
7. Menjauhi Maksiat 
Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan 
suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur 
yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan 
najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu 
kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka 
jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan 
endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan 
kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang 
maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan) 
serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara 
yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya 
dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai 
maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
8. Memilih teman yang soleh 
40 
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah 
hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri 
samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi 
setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama 
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan 
keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama 
orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya 
kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan 
lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang 
tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang 
ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman 
Allah dalam surah Az-Zukhruf 43: 67 yang bermaksud : 
Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya 
menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali 
mereka yang bertaqwa. 
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan 
oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. 
Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
9. Banyakkan Zikrullah. 
41 
Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid 
serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan 
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh 
mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa 
wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak 
berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang 
telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat 
lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. 
Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala 
ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup 
yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan 
makhluk-Nya. 
10. Menjaga Kehormatan. 
Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala 
ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain 
kepada diri kita. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan 
rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. 
Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan 
perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana
42 
doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Firman Allah dalam 
surah Al-Hujuraat 49: 12 yang bermaksud : 
Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan 
perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada 
prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari 
kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu 
mengumpat sebahagian yang lain. 
11. Doa dan Keredhaan Ibu bapa. 
Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati 
mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan 
mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian 
mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai 
kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada 
keredhaan ibu bapa terhadap kita. Firman Allah dalam surah Al-Israa' 17: 23-24 yang 
bermaksud :
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak 
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik 
kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah 
seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah 
lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali 
kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan 
"uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan 
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan 
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh 
kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah 
mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah 
mendidikku semasa kecil". 
12. Menghormati Guru 
43 
Pelajar juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana 
tidak menyalahi kehendak Islam. Pelajar mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau 
pendapat kita berbeza. Pelajar pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi'e walaupun 
berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh ( kena sujud sahwi jika tidak 
melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran 
maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. Guru janganlah dianggap 
sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi pelajar mestilah 
menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti 
dihormati walaupun di mana berada. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud 
antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan 
seharian. Oleh itu pelajar hendaklah membina kembali keutuhan dan mahabbah dengan 
guru agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara 
negatif dalam kehidupan.
Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana 
sesungguhnya pembawa berita kadang-kadang mempunyai maksud yang tidak benar, atau 
barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil. 
Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu 
ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk 
bahagia di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Alaq 96: 
1-4 yang bermaksud : 
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang 
menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari 
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha 
pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan 
Qalam. 
Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran 
memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. 
44
Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya 
45 
Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Imam al-Ghazali begitu memberikan 
penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut 
Imam al-Ghazali diperolehi melalui ilmu. 
(http://sinaronline.tripod.com/Edisi6/Santapan.htm). 
Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali tidak hanya 
bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di 
muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu berilmu. Ulama di 
ibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan 
apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang 
paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki 
sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: 
Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang 
yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan 
tidak menyembunyikannya. 
(Ali Amran - ayat 3) 
Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri 
daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah 
s.a.w. yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar 
dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin
46 
yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka 
lakukan. 
Adab-adab Ketika Belajar 
· Membaca Doa Penerang Hati 
Dalam ajaran Islam telah disyariatkan supaya seseorang itu berdoa 
sebelum memulakan sesuatu urusan. Ini adalah bertujuan untuk memohon 
keredhaan dari Allah s.w.t. Seseorang pelajar juga tidak ketinggalan, ini 
kerana melalui amalan berdoa seseorang pelajar itu dapat membentuk 
personaliti yang terpuji. 
· Sabar ketika belajar 
Sebagai seorang pelajar Islam, bersabar dan bersyukur ketika belajar 
amatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar yang 
memilih sifat personaliti yang terpuji selalu bersyukur, bersabar, reda dan 
bertaubat (insaf) terhadap kesilapan yang telah dilakukan.
· Menghormati guru 
47 
Setiap pelajar harus berbuat baik dan menghormati guru di dalam 
menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari itu diredhai. Guru juga 
merupakan orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang 
penting dalam pembentukan personaliti pelajar . 
Adapun hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : 
“Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang 
samada muslimin dan muslimat”. 
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi 
setiap orang tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairanlah pada 
masa sekarang lelaki dan perempuan sama-sama bersaing di Universiti, di kolej dan 
pusat-pusat pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki 
masing-masing. 
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan 
mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan 
ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaAllah kita akan 
menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan 
hidup di dunia dan akhirat.
Adab-adab Belajar Menurut Pandangan Islam 
Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut mengutarakan beberapa adab belajar 
mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh kerana belajar sebagai salah satu tuntutan 
agama maka ia hendaklah didahului dengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk 
menuntut keredhaan Allah Ta’ala selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. (hadis sahih 
Bukhari dan Muslim) yang bermaksud “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat 
dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan”. Ini bermakna dalam 
mengejar ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai 
tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan, mengatasi kawan-kawan yang 
sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia. Firman Allah dalam surah Asy- 
Syuura 42:20 yang bermaksud : 
Barang siapa yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya 
Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yang 
mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian 
daripadanya dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di 
akhirat nanti. 
48
49 
Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak 
Mempunyai Adab Belajar. 
PERSONALITI PELAJAR YANG 
MEMPUNYAI ADAB BELAJAR 
PERSONALITI PELAJAR YANG 
TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR 
 Belajar mengikut jadual yang 
ditetapkan 
 Belajar hanya dengan mengikut 
mood 
 Menguruskan masa belajar dengan 
baik 
 Tidak pandai menguruskan masa 
belajar dengan baik 
 Menghormati Guru  Tidak menghormati Guru 
 Tidak menangguhkan waktu belajar  Suka belajar disaat akhir 
 Rajin belajar  Malas belajar 
 Bermotivasi  Tidak bermotivasi 
 Mempunyai cita-cita  Tidak mempunyai cita-cita 
 Merancang sistem pembelajaran  Tidak pandai merancang 
Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai 
adab belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan 
begitu jelas sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka
50 
belajar secara bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa 
personaliti pelajar ini cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka 
yang tidak mempunyai adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana 
mereka melakukan sesuatu dengan mengikut kata hati mereka. 
Pembentukan Personaliti Melalui Pemakanan 
Intipati dari Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan 
pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan muslim. Sudah pasti ia boleh 
dijadikan pedoman, baik dalam bab memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, 
jenis makanan dan juga adab makan. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar 
kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman 
yang serba moden ini, kita seringkali dilalaikan dengan memilih makanan yang bertujuan 
hanya untuk pertumbuhan jasmani sahaja yang semata- mata berbentuk luaran tetapi kita 
lupa untuk mencari makanan yang seimbang kesannya dalam pembentukan lahiriah dan 
rohaniah iaitu pembentukan akal cemerlang dan peribadi yang gemilang. 
Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu 
yang semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang 
terakhir ialah otak manusia. Selaras dengan itu, ketiga- tiga unsur penting ini memerlukan 
kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan 
yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk 
digunakan oleh tubuh badan manusia. Disini, jelas menunjukkan bahawa kepentingan
51 
makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan hati, jantung dan 
otak yang merupakan organ penting di dalam jasad manusia dan ia juga diperlukan dalam 
pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang berlandaskan lunas- lunas 
Islam. 
Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi 
badan. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar 
dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi 
dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh 
Imam Bukhari: 
Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang 
apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan 
(jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, 
sesungguhnya ia adalah hati. 
Oleh itu, jelas kepada kita bahawa dari sudut pandangan sains, makanan yang baik 
adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi penting untuk 
tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan-bahan 
beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah , menukarkan 
glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi- fungsi khusus 
lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Manakala dari sudut pandangan 
Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang 
yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah yang terbilang.
52 
Pemakanan amat penting di dalam membentuk personaliti seseorang itu. 
Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pembentukan personaliti seperti hilang minat 
dalam berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Ibu bapa 
bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang seimbang dan secukupnya kepada 
anak-anak. Antara makanan yang paling kerap seorang pelajar mesti amalkan ialah 
kismis, air kacang soya, kurma dan kacang pistachios. Ini adalah bertujuan untuk 
membentuk personaliti yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat 
yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota 
seseorang. 
Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana 
gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam 
menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini 
akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. 
Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani dan sosial perlu dirangkumkan agar ia 
dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara 
menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan 
tanggungjawab masing- masing secara harmoni. 
Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek 
rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang 
itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada 
gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala 
kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan
antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun 
masyarakat umumnya. Gabungan antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap 
individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang 
kini kian menular dalam masyarakat kita. 
Sihatnya manusia itu tidak terlalu bergantung pada zat pemakanan sehari-hari, 
tetapi pengabdiannya kepada Allah. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab. 
Namun begitu, manusia perlu ingat bahawa salah satu sifat Allah adalah maha berkuasa. 
Dia menciptakan hukum, tetapi tidak tertakluk kepada hukum. Dia bebas berbuat apa 
sahaja. Oleh itu, pengetahuan tentang pemakanan yang baik adalah usaha untuk hidup 
sihat. 
Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk kita memelihara kesihatan anugerah 
Allah ini, seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan 
dengan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab. 
Pemakanan yang sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan 
masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang 
dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang 
paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan 
ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh. 
Kepentingan Makanan Kepada Fungsi Otak 
53
Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak 
dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh 
berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, 
vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan. 
Protein 
Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk 
membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari 
protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga 
terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada 
bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein. 
Lemak 
Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel 
(membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak 
adalah penting untuk otak. 
Glukos 
54
55 
Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan 
sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi. 
Garam galian 
Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium 
adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan 
sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim. 
Vitamin 
Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-bahan 
penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting 
untuk fungsi otak. 
( http://blogs.warwick.ac.uk/hassanr/entry/kepentingan_makanan_kepada/) 
Maka disini dapat dikatakan bahawa salah satu bahagian tubuh yang paling 
penting dan sangat berharga dan boleh mengubah dunia adalah otak. Kemampuan otak 
merupakan potensi yang memungkinkan seseorang dalam mengembangkan diri untuk 
menjadi makhluk yang menuju kearah kesempurnaan didunia. Dengan ini pemakanan 
memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang itu agar menjadi
individu yang mempunyai personaliti yang unggul disamping dapat membantu dalam 
pembinaan otak, menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak. 
Kesimpulan 
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja kerana 
bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang dibina seumur 
hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling penting kerana 
peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan kepada pembentukan 
sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi bentuk asuhan yang baik 
akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik 
(Singgah,1982). 
Justeru, bersesuaian dengan sifatnya sebagai tempoh menuju kedewasaan, remaja 
memerlukan persekitaran dan sistem nilai yang baik dalam membentuk identiti diri. 
Keperluan ini harus wujud di dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan 
pendidikan di mana remaja sedang melalui tempoh getir dalam kehidupannya. Biarpun 
begitu, persoalan menyediakan remaja dengan persekitaran dan sistem nilai yang baik 
bukanlah sesuatu yang mudah dan terbentuk secara semulajadi. Penyediaan ini perlu 
melalui proses pendidikan bermatlamat sebagaimana ditegaskan oleh Wheeler (1973) 
iaitu ‘perubahan tingkah laku ke arah yang baik di samping menyediakan individu untuk 
menjadi anggota masyarakat yang baik, mempunyai perasaan dan mengamalkan nilai-nilai 
yang baik, sesuai dengan budaya hidup masyarakatnya’. 
56
57 
Zaman remaja merupakan tempoh manusia keluar dari alam kanak-kanak menuju 
kedewasaannya. Melangkah keluar dari alam kanak-kanak menjadikan remaja lebih 
terdedah kepada aktiviti kemasyarakatan dan merancakkan lagi proses sosialisasinya. 
Sigmund Freud (1971) beranggapan bahawa ‘manusia haruslah melalui proses sosialisasi 
yang telah sedia wujud di dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan 
manusia melalui proses ini, hanya akan menyaksikan kecelaruan yang boleh merosakkan 
peraturan-peraturan dalam pembentukan disiplin diri, institusi kekeluargaan dan 
kemasyarakatan’.
BAB III 
KAEDAH KAJIAN 
Pendahuluan 
Menurut Berenson dan Levine (1987) dan Mohd Sobri Ismail (2000) metodologi 
atau kaedah dalam penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi 
maklumat bagi mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Dalam bab III 
ini akan menerangkan tentang kaedah kajian iaitu bagaimana mendapatkan maklumat 
bagi mencapai objektif penyelidikan ilmiah ini. Antara lain yang akan dijelaskan dalam 
bab ini ialah kaedah, alatan kajian dan kesimpulan bagi bab tiga ini. 
Kaedah 
Kajian ini memerlukan penyelidik mengkaji perincian yang khusus tentan 
pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Penyelidik 
mempunyai pandangan mengenai suatu fenomena sosial dan ingin menjelaskan serta 
memperihalkannya dengan lebih terperinci kepada masyarakat betapa pentingnya 
pembentukan personaliti remaja itu berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. 
Alatan kajian 
58
Penyelidik telah menggunakan beberapa alatan kajian bagi menyiapkan kertas 
projek ilmiah ini seperti buku ilmiah, pendapat ulama’, al-Quran, Hadith Nabi, carian 
internet, akhbar, majalah dan jurnal. 
Penyelidik telah menggunakan kaedah pembacaan yang terdapat di dalam 
Perpustakaan Al-Mukhtar Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA, 
Perpustakaan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Negeri Kelantan. Penyelidik 
mendapatkan maklumat dan data dengan lebih terperinci yang melibatkan isu-isu semasa 
daripada akhbar-akhbar tempatan, jurnal-jurnal serta majalah-majalah ilmiah yang 
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Seterusnya penyelidik menganalisis data-data 
dan maklumat-maklumat tersebut bagi mendapatkan hasil carian yang jelas terhadap 
kaedah-kaedah yang disarankan Islam. 
Sumber berdasarkan carian internet digunakan untuk mendapatkan maklumat 
terperinci dan terkini berkaitan dengan hasil-hasil kajian, pandangan pakar dan lain-lain 
maklumat yang bersangkutan dengan kajian ini serta perbincangan tentang kaedah-kaedah 
kajian secara meluas dalam pelbagai bentuk persembahan untuk menyokong dan 
juga mencorakkan isi kajian. 
Kesimpulan 
59
Dalam bab III ini penyelidik telah membincangkan kaedah penyelidikan yang 
digunakan berdasarkan ciri-ciri sebagaimana yang telah dijalankan. Penyelidik juga telah 
membincangkan alatan kajian yang digunakan sepanjang kelangsungan kertas projek 
ilmiah ini. 
Segala dapatan yang diperolehi oleh penyelidik adalah daripada sumber-sumber 
yang diperakui kesahihannya. Penyelidik akan menghuraikan dan menerangkan sumber 
tersebut dalam bab yang seterusnya. 
BAB IV 
60
KEPUTUSAN 
Pendahuluan 
61 
Pendidikan yang kian mencabar seiring dengan era globalisasi, akan memberi 
cabaran yang baru kepada ibu bapa dalam memberi tumpuan sepenuhnya dalam 
pendidikan anak-anak. Ini ternyata dengan masalah yang bertubi-tubi muncul di dada 
akhbar berkaitan dengan masalah remaja yang kian meruncing. 
Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa 
akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang 
berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. 
(eprints.utm.my/.../AziziYahaya_Persekitaran_Keluarga_dan_Kesannya.pdf) 
Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh 
kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya 
meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, 
perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari 
dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik 
salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya 
fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari 
terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda
kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan 
ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah 
itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh 
bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena 
tersebut?. 
Erikson (1962), menegaskan bahawa matlamat remaja ini ialah untuk mencapai 
pengenalan identiti personal berasaskan kematangan fizikal dan seksual. Identiti bukan 
sahaja terhad kepada personal tetapi meliputi konsep kendiri seperti penyatuan kendiri 
personal dan perasaan sosial, identiti masa kini dan identiti masa lalu. Identiti yang cuba 
dibentuk adalah diasaskan kepada konsep kendiri individu yang berkait rapat dengan 
faktor-faktor fizikal dan psikologi remaja. Interaksi remaja dengan persekitaran 
terutamanya dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang 
mempengaruhi pembentukan identiti dan konsep kendiri remaja. Identiti ini juga 
dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya dalam usaha untuk menyesuaikan diri 
dengan realiti hidup. Semasa mencari identiti inilah remaja akan menghadapi konflik atau 
krisis identiti. (http://eprints.utm.my/6578/1/PuspaSuppiahMFP.pdf). 
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Remaja 
Baka 
62
63 
Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti 
telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang 
mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik 
menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan 
trait-trait badan dan tingkah laku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan 
had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran 
yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untuk mengetahui 
apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi 
yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada 
masa ujian diambil. 
Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh 
baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga 
personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran. 
Bentuk Tubuh Badan 
Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak 
langsung. Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat 
dibuat dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua 
peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk 
kumpulan rakan sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu
64 
gemuk akan merasa terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak 
langsung pula, bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan cara menentukan 
perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini akan dipengaruhi 
juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang menunjukkan sikap 
masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu adalah 
bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola personaliti bagi individu yang 
mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Jika seseorang kanak-kanak itu ada 
kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama tinggi dan sama berat tubuh badan, maka 
konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika bentuk tubuh badannya berbeza ia akan 
mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang gemuk akan merasa kesedaran kendiri, 
takut dan malu, lembab dan tidak dapat memegang status yang tinggi di kalangan rakan 
sebayanya. Ia akan bertambah bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk 
personaliti yang tidak matang bagi tahap umurnya. 
Emosi 
Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan 
menjejaskan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Tindak balas seseorang kanak-kanak 
terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada 
pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian 
dirinya. Sesetengah kanak-kanak telah belajar menyatakan emosi mereka serta merta dan 
ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan mengeluarkan 
perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai. Apabila seseorang kanak-kanak itu
65 
meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan sebagai tidak matang oleh orang lain. 
Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa murung dan ini akan 
menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan 
merenung tentang dirinya sendiri. Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu 
merasa gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak 
biasannya lebih mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan 
emosi ketegangan yang menyeluruh. Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola 
emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak 
dan selalu akan melemahkan keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai 
tingkah laku kanak-kanak dengan cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut 
menyekat atau mengawal perasaannya yang meluap. 
(http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf). 
Kecerdasan 
Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu kenyataan. 
Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah sehari-hari dan 
masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan dalam bilik 
darjah akan membentuk personaliti yang meyakinkan. Sebaliknya seseorang yang kurang 
kecerdasan menyebabkan sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik dan sering 
mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan menjadikan seseorang 
itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu.
66 
Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam 
meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. “Melentur buluh hendaklah dari 
rebungnya” perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik. Semakin awal 
kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan 
berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih 
berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang 
diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan 
anak-anak. 
Pengaruh Keluarga 
Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering 
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, 
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan 
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. 
Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi 
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak 
yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi 
ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap 
perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih 
sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
Pengaruh Kebudayaan 
Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola 
personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai 
pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang 
berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti 
yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan 
pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya. 
Pengaruh Kawan 
Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung 
oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu 
mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. 
Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam 
pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak 
yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa iri hati, benci, muram dan marah 
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. 
Pengaruh Sekolah 
67
Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. 
Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak 
itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula 
melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, 
‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi 
penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak. 
Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru 
yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja 
sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan 
memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir. 
Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada 
jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat 
mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan 
serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang 
mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah 
dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan 
sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai 
gagal, bodoh dan tidak berguna. 
Masyarakat 
68
69 
Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi 
seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat 
akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia 
berkorban untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan 
harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat 
kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar 
harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan 
tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan 
mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan 
personaliti individu yang tidak diingini. 
Faktor-faktor Dalam Keluarga Yang Mempengaruhi Pembentukan Personaliti. 
I. . Pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak 
Berbeza mengikut jenis-jenis keluarga 
Datuk mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah 
keluarga luas tetapi sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya 
bertemu sekali sekala. 
Demikian juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan 
terhad jika anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu
tunggal. Ibu bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan 
perhubungan kasih sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai 
pengaruh yang lebih besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear. 
Kata-kata ibu bapa sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak perhatikan 
(perceive) kepada apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak mempengaruhi 
mereka. Di dalam tiga situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur dan komposisi 
yang berbeza dalam sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli keluarganya juga 
berbeza. 
II. Faktor perbezaan individu anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga, 
menentukan pengaruh keluarga keatas mereka. 
Faktor yang menentukan pengaruh keluarga keatas personaliti anak-anak adalah 
perbezaan dari segi baka, pembawaan (temperament), persepsi kognitif dan 
perkembangan tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka. Oleh itu, tidak semua 
anak bertindak balas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan isu yang sama pada 
persekitaran keluarga yang sama. Jika terdapat persamaan pun, tidak pada tingkat atau 
tahap yang sama. Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga yang kucar kacir 
dan konflik, sukar baginya untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang harmoni kelak. 
III. Faktor pengaruh keluarga dari segi kecekapan keibubapaan dan 
persekitaran keluarga. 
70
71 
Tidak semua ibu bapa mampu mewujudkan persekitaran keluarga yang positif dan 
sihat. Terdapat tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti 
perkahwinan yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan 
sosial dan perkembangan kognitif. 
Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti 
Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan 
membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anak-anak. 
Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan 
akan menjadi bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri 
meningkat dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil dari 
kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan 
bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas suami untuk 
bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak semakin meningkat. 
Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-bapa yang berpendidikan yang pernah 
dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak 
mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya mereka memainkan peranan 
melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka. 
Menurut Thorne (1987) personaliti bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang itu 
bertindak, tetapi ia juga mempengaruhi orang lain namun aspek ini masih tidak diberi
72 
perhatian oleh penyelidik. Personaliti anak remaja didapati mempengaruhi penilaian 
mereka terhadap persekitaran keluarga di mana Milikan,Wamboldt et al. (2002) 
mendapati remaja yang tinggi neurotik memberi persepsi negatif terhadap keluarga 
mereka. Kracke (2002) pula mendapati personaliti remaja juga mempengaruhi 
penerokaan kerjaya di mana kajiannya mendapati karakteristik individu yang aktif berkait 
dengan penerokaan kerjaya yang lebih giat. 
Peranan Guru 
Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi 
asas pendidikan dilakukan Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud: 
"Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini 
ialah dengan cara pendidikan." 
Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah: 
- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru 
hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan. 
- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa 
dan tenaga.
- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan 
sebagai 'role model' kepada pelajar. 
- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan 
berakhlak yang sebenar-benarnya. 
- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan 
Rabbani. 
Peranan Rakan Sebaya 
Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam 
kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling 
diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan 
berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah 
menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. 
Peranan Masyarakat 
73
74 
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu 
sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai." 
(Ali Imran 3: 103). 
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang 
mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu 
sama lain." - (Riwayat at-Tabarani). 
Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting 
untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan 
remaja yang sihat. 
Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah: 
- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka 
dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada 
masa akan datang. 
Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan 
masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak 
berfaedah. 
- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah 
melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat
dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi 
anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri berkesan. 
Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial di 
kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan petunjuk daripada 
Allah. 
Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan dan 
kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk 
Islam. Begitu juga Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke 
pangkuan Islam. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat 
memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada 
orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu 
menerima petunjuk”. (Al-Qashah 28: 56). 
Galakan Islam Supaya Ilmu Dituntut 
75
Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan 
dan menggesa orang-orang Islam supaya mencari dan menuntut ilmu, hinggakan hampir 
tidak terhitung banyaknya dan hinggakan Islam itu sendiri seerti dengan ilmu, kerana ia 
merupakan tulang belakang bagi kesempurnaan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. 
Dengan ilmu, dunia akan menjadi elok dan sempurna kerana dengannya akal 
fikiran dapat dikawal, nasab keturunan dapat dipelihara, jiwa dapat dihidupkan dan harta 
benda dapat disubur dan dibersihkan. 
Islam mengutamakan ilmu di atas setiap amal dan setiap amal itu tidak dianggap 
sah, kecuali bila diasaskan di atas ilmu yang sahih. Dari itu Imam Bukhari telah 
mengadakan di bawah ( كتاب العلم ) suatu bab dalam mana beliau menjelaskan apa-apa yang 
berfaedah dari ilmu itu sebelum dari percakapan (kaul) dan amalan. Ibnul Munir telah 
menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari dengan penerangannya itu 
dengan katanya: "Beliau berkehendak menegaskan bahawa ilmu itu adalah menjadi pra 
syarat bagi sahnya sesuatu kaul (ibadat kauli) dan amal. Ianya tidak diiktibarkan 
melainkan dengannya dan ia hendaklah mendahului keduanya ." 
Adab Sopan dan Tingkah Laku Pelajar Dalam Menuntut Ilmu 
76
Para sahabat r.a. adalah merupakan contoh tertinggi dari segi kehalusan tingkah 
laku dan keelokan adab sopan serta budi bahasa terhadap guru-guru mereka, yang mana 
menjadi contoh dan ikutan kepada para penuntut terhadap guru mereka pada setiap masa. 
Dan ketika Al-Quran menegah mereka supaya jangan memperbanyakkan soalan-soalan 
yang remeh temeh kepada Rasulullah s.a.w. mereka terus patuhi. (Mereka sukacita 
bila datang orang Badwi yang berakal mengunjungi Rasulullah s.a.w. lalu bertanya) 
sedang mereka mendengar, kerana orang-orang Badwi itu lebih berani mengemukakan 
soalan, tambahan pula tegahan Al-Quran itu belum sampai kepada mereka. 
Di antara bukti-bukti kehalusan adab dan keelokkan tingkah laku mereka, mereka 
memilih soalan-soalan yang hendak dikemukakan kepada Baginda, kerana mereka 
menyedari bahawa ilmu itu merupakan soal jawab dan sesungguhnya soalan yang elok itu 
merupakan separuh ilmu. 
Sifat tawadhu’ menghiasi kehidupan mereka di bidang ilmiah. Kita telah saksikan 
kisah Nabi Musa dan Khindir dan apa yang terdapat di dalamnya dari iktibar dan 
pengajaran. Para sahabat sangat meminatinya dan mendisiplinkan diri mereka menurut 
petunjuk Al-Quran. Mereka melahirkan ciri tawadhu’ itu dalam setiap tindakan mereka 
dalam kehidupan. 
Kesimpulan 
77
78 
Dalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan rasional 
seseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. 
Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam masyarakat dapat 
dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung melalui kasih sayang 
yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu. Sememangnya terbukti hanya 
ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat menangani masalah anak-anak 
mereka. Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan tidak 
formal kepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh rakan 
mereka. Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada berunsur 
positif atau negatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung kepada 
sikap tersebut. 
Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga 
memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai 
dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran 
keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial 
setiap ahli di dalamnya. 
Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan 
salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan remaja masa kini. 
Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik tolak 
dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi 
keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian-kajian 
yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja
Pembentukan Personaliti Remaja

More Related Content

What's hot

Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172faizah12
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialmizwarsaputra69
 
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...RAFITA AL QORNY
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Muhammad Najamuddin Jeneponto
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Perkembangan emosi,moral,dan sosial remaja
Perkembangan  emosi,moral,dan sosial remajaPerkembangan  emosi,moral,dan sosial remaja
Perkembangan emosi,moral,dan sosial remajafajar riansyah
 
Model Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaModel Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaAli Murfi
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...Sii AQyuu
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Muhammad Najamuddin Jeneponto
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahNon Formal Education
 
Perkembangan hubungan sosial remaja
Perkembangan hubungan sosial remajaPerkembangan hubungan sosial remaja
Perkembangan hubungan sosial remajaDedi Mukhlas
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Rosdi Ramli
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadian
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadianSosialisasi dan-pembentukan-kepribadian
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadianFathur Marah
 

What's hot (19)

Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosial
 
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...
Karakteristik perkembangan moralitas dan keagamaan remaja serta implikasinya ...
 
Asgmnt group 2
Asgmnt group 2Asgmnt group 2
Asgmnt group 2
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
 
Devian
DevianDevian
Devian
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
 
Modul a
Modul aModul a
Modul a
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Perkembangan emosi,moral,dan sosial remaja
Perkembangan  emosi,moral,dan sosial remajaPerkembangan  emosi,moral,dan sosial remaja
Perkembangan emosi,moral,dan sosial remaja
 
Model Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaModel Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam Keluarga
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
 
Perkembangan hubungan sosial remaja
Perkembangan hubungan sosial remajaPerkembangan hubungan sosial remaja
Perkembangan hubungan sosial remaja
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
 
Ppd
PpdPpd
Ppd
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
 
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadian
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadianSosialisasi dan-pembentukan-kepribadian
Sosialisasi dan-pembentukan-kepribadian
 

Similar to Pembentukan Personaliti Remaja

Pertemuan 9 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 9 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 9 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 9 Perkembangan Peserta DidikmonichaSihombing
 
Tugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaTugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaMiftah Ridho
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan SosialMuhamad Yogi
 
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Nurul Hazanah
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral Remaja
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral RemajaBimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral Remaja
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral RemajaZuraHarahap20
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Rahmat Saputra
 
Memahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaMemahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaBadrus Baedowi Majid
 
perkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxperkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxDeskijulianda
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)Firdasari6
 
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Yeti Rohayati
 

Similar to Pembentukan Personaliti Remaja (20)

Pertemuan 9 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 9 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 9 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 9 Perkembangan Peserta Didik
 
Tugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaTugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remaja
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
bilangan aljabar
bilangan aljabarbilangan aljabar
bilangan aljabar
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan Sosial
 
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
 
Asigment
AsigmentAsigment
Asigment
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral Remaja
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral RemajaBimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral Remaja
Bimbingan Konseling Untuk Optimalisasi Perkembangan Moral Remaja
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Study case sem_3
Study case sem_3Study case sem_3
Study case sem_3
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Memahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaMemahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluarga
 
perkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptxperkembangan kepribadian.pptx
perkembangan kepribadian.pptx
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
 
Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5
 
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
 
Naskah publikasi
Naskah publikasi Naskah publikasi
Naskah publikasi
 

More from Afshan Mbo

Paparan tugasan LK
Paparan tugasan LKPaparan tugasan LK
Paparan tugasan LKAfshan Mbo
 
Soalan pm bulanan
Soalan pm bulananSoalan pm bulanan
Soalan pm bulananAfshan Mbo
 
Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Afshan Mbo
 
Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Afshan Mbo
 
Contoh soalan esei induksi
Contoh soalan esei induksiContoh soalan esei induksi
Contoh soalan esei induksiAfshan Mbo
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islamAfshan Mbo
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Afshan Mbo
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Afshan Mbo
 
Ithink Terkini
Ithink TerkiniIthink Terkini
Ithink TerkiniAfshan Mbo
 
Borang deklarasi
Borang deklarasiBorang deklarasi
Borang deklarasiAfshan Mbo
 
Alatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAlatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAfshan Mbo
 
Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Afshan Mbo
 
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Afshan Mbo
 
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Afshan Mbo
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalTakwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalAfshan Mbo
 

More from Afshan Mbo (20)

Paparan tugasan LK
Paparan tugasan LKPaparan tugasan LK
Paparan tugasan LK
 
Soalan pm bulanan
Soalan pm bulananSoalan pm bulanan
Soalan pm bulanan
 
Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1
 
Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3
 
Contoh soalan esei induksi
Contoh soalan esei induksiContoh soalan esei induksi
Contoh soalan esei induksi
 
Panduan doa
Panduan doaPanduan doa
Panduan doa
 
smkpg
smkpgsmkpg
smkpg
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islam
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011
 
Ithink Terkini
Ithink TerkiniIthink Terkini
Ithink Terkini
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Jenis litar 2
Jenis litar 2Jenis litar 2
Jenis litar 2
 
Borang deklarasi
Borang deklarasiBorang deklarasi
Borang deklarasi
 
Alatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAlatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plag
 
Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)
 
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
 
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalTakwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
 
Akidah islam
Akidah islam Akidah islam
Akidah islam
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 

Pembentukan Personaliti Remaja

  • 1. BAB 1 PENJELASAN MASALAH Pendahuluan 1 Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja. Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas
  • 2. 2 fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, sistem ini telah terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang kanak-kanak. Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa. Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun. Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup ( Ahmad Tarmizi Zakaria, 2008 ). Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
  • 3. 3 “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’ : ayat 136) Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali (1974), personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses pembelajaran. Penjelasan Masalah Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor penting dalam pembentukan personaliti remaja. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.
  • 4. 4 Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. (Goldfarb dalam Wan Azmi, 1987). Faktor kedua pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi
  • 5. 5 perkembangan personaliti remaja. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin
  • 6. ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial ini. Tujuan Penyelidikan Kajian ini mempunyai tiga objektif utama: 1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. 2. Untuk mengenal pasti tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar. 3. Untuk mengenal pasti pembentukan personaliti remaja berkait dengan adab-adab belajar. 6
  • 7. Beberapa Persoalan Yang Akan Dijawab 7 1. Apakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti remaja? 2. Adakah terdapat tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar? 3. Adakah pembentukan personaliti remaja itu berkait rapat dengan adab-adab belajar? Kepentingan Penyelidikan Ini Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru dalam menghadapi dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan permasalahan-permasalahannya. Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya adab-adab belajar ketika menuntut ilmu bagi membentuk personaliti yang positif.
  • 8. 8 Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang lebih mendalam dalam bidang yang sama. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar dapat membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi remaja yang sihat dari segi mental, fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan matang dalam pembentukan personaliti remaja. Batasan Kajian Kajian ini menfokuskan kaedah konstruktif dalam pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini.
  • 9. 9 Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian perpustakaan iaitu koleksi jurnal serta buku-buku tentang tajuk yang dikemukakan dan maklumat-maklumat yang didapati melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan. Istilah Pembentukan : Perihal perbuatan atau usaha membentuk. Personaliti : Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran. Remaja : Dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan
  • 10. 10 bukannya jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Secara praktikalnya, zaman remaja dilihat sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman ‘storm and stress’. Ini kerana remaja akan mengalami perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon tubuh badan dan perlu disesuaikan dengan harapan dan kehendak masyarakat. Oleh itu, remaja akan sentiasa menghadapi konflik dalam memenuhi keperluan kejantinaan, perkembangan egoistik, tingkah laku tidak menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja juga bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa, biasanya pelajar-pelajar ini berumur di antara 12 hingga 17 tahun.
  • 11. Berdasarkan : Berasakan, bersandarkan atau berlandaskan. Islam : Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kesimpulan 11 Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.
  • 12. 12 Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim. Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang sunat. Imam Syafi’i r.a. berkata “menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat.” Dalam perkembangan yang sama Abu Darda’ pula diriwayatkan berkata “kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun beribadat sepanjang malam. Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain dari keduanya adalah sia-sia belaka, tiada berguna sama sekali”.
  • 13. BAB II KAJIAN LAMPAU Pendahuluan 13 Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Tahap remaja merupakan satu jangkamasa yang penuh dengan cabaran di mana di peringkat awal, remaja mula belajar meneroka kehidupan sosial secara berdikari walaupun masih berada dalam lingkungan kawalan keluarga. Semakin lama remaja berada di dalam alam persekolahan semakin luas dunia persekitaran mereka sehingga
  • 14. 14 melangkaui lingkungan keluarga dan jiran-jiran terdekat. Sesuai dengan tuntutan emosi mereka, remaja mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari luar kawasan tempat tinggal mereka serta persekitaran yang lebih kompleks (Harre & Lab dlm. Iran 1996). Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di Barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997). Proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini disebabkan zaman remaja adalah zaman di mana jiwa mereka mudah memberontak, mereka sering mengalami keadaan ketidaktentuan emosi, konflik dengan keluarga, mengasingkan diri dan bersikap menentang nilai-nilai murni keluarga dan masyarakat (Papalia, Old & Feldman 1998). Di peringkat ini juga personaliti remaja terbentuk yang kebiasaannya dipengaruhi oleh rakan sebaya dan keluarga. Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
  • 15. 15 Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian manusia, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian manusia, membentuk sifat-sifat yang khas dan mengarahkan tingkah lakunya ke satu arah tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali (1083M) dari jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka dinamakan personaliti yang buruk. (Al–Ghazali disebut dalam Tajul Ariffin Noordin, 1990). Definisi Personaliti Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan dan melahirkan personaliti mereka. Oleh sebab itu, bagaimanakah kita hendak mentakrifkan personaliti? Kepada orang biasa, konsep personaliti mungkin merupakan satu pertimbangan nilai atau huraian yang subjektif. Jika kita suka akan seseorang, ia adalah disebabkan kita mengatakan dia mempunyai personaliti yang baik dan begitulah sebaliknya.
  • 16. I. Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger (1930). Menurut beliau, personaliti ialah “apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang”. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas. II. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren & Carmichael (1930). Menurut mereka, personaliti ialah “organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya”. Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang personaliti. Misalnya, Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima puluh definisi. Memandangkan terlalu banyak definisi yang telah dikemukakan maka tidak hairanlah sekiranya tidak ada satu definisi personaliti pun yang dipersetujui umum. Yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara iaitu: I. Kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. II. Setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. 16
  • 17. Aspek Kajian Personaliti 17 Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Ia juga boleh merujuk kepada individu dan memperhatikan tingkah laku mereka, manakala personaliti boleh juga ditakrifkan dari segi ciri yang hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak boleh diperhatikan secara langsung. Ia juga merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan individu lain. Maka yang demikian, beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Adalah jelas bahawa kita boleh memberikan beberapa definisi tentang personaliti. Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut ada yang konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka. Ia mungkin juga menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.
  • 18. Pembahagian Personaliti 18 Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Allport (1961) telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian: kesan luaran, struktur dalaman, dan pandangan positif. I. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng. Ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia juga merujuk kepada kecekapan sosial. Definisi ini tidak mengambil kira ciri-ciri dalaman yang terdapat pada seseorang. II. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng semata-mata, tetapi merangkumi struktur psikologi atau psikofizikal. Pendekatan ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Banyak definisi personaliti tergolong dalam pendekatan yang kedua ini. Namun, pendekatan ini dikritik kerana ciri dalaman tidak boleh diperhati, oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik. III. Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar, seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti adalah satu konstruk dan sistem konstruk yang kompleks. Sebagai satu konstruk, ia ditafsir daripada pemerhatian tingkah laku. Pada masa yang sama, ia terdiri daripada beberapa bahagian kecil, setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Setiap
  • 19. 19 satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Konsep Personaliti Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : I. Pengertian pertama tentang personaliti merujuk kepada kemahiran sosial. Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya, sekiranya seorang guru mengatakan dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah personaliti dalam kelasnya, ini bermakna pelajar berkenaan tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk membolehkannya berhubung dengan cara yang memuaskan dengan guru dan juga rakan-rakan dalam kelasnya. II. Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh sebab itu, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai “personaliti agresif” atau “personaliti submisif” atau “personaliti penakut”. Bagi setiap satu contoh yang diberikan tadi, kita telah memberikan atribut atau kualiti untuk menerangkan seseorang. Atribut atau kualiti
  • 20. 20 tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain. Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti, adalah jelas bahawa konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang. Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas. Yang dimaksudkan dengan persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang. Walau bagaimanapun, maksud ini tidak kekal kerana perkataan persona kemudiannya memberikan beberapa pengertian, antaranya termasuklah ciri-ciri dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran. Perkembangan Personaliti Konsep perkembangan memberi implikasi bahawa terdapat perubahan. Oleh itu, konsep perkembangan personaliti merujuk kepada perubahan yang berlaku, sama ada secara perlahan atau mendadak, dalam kehidupan atau personaliti seseorang. Segala perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat atau tahap. Ahli psikologi menggunakan konsep tahap apabila membicarakan zaman peralihan dalam kehidupan manusia. Misalnya, Freud (1949), membahagikan personaliti kanak-kanak kepada tiga tahap psikoseksual, iaitu tahap mulut, dubur, dan zakar. Bagi setiap satu tahap tersebut akan terdapat pembentukan emosi yang unik.
  • 21. FREUD Tahap Mulut (Oral) Tahap Zakar (Falik) Bayi umur 3-6 tahun Tahap Dubur (Anal) umur 1-3 tahun Mengikut Erikson (1962) pula, perkembangan personaliti boleh dibahagikan kepada lapan tahap psikososial. Empat tahap pertama dalam model perkembangan Erikson berlaku pada zaman bayi dan kanak-kanak; tahap kelima merupakan zaman peralihan yang berlaku pada zaman remaja; dan tiga tahap lagi berlaku pada zaman dewasa iaitu awal dewasa, umur pertengahan dan umur tua. Setiap satu daripada tahap tersebut mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri. ERIKSON Zaman Bayi & Kanak-Kanak Zaman Dewasa Bayi Awal Dewasa (18-35 tahun) Umur 1-3 tahun Usia Pertengahan Umur 3-6 tahun (35-60 tahun) Umur 6- 12 tahun Umur Tua (60 tahun keatas) Zaman Remaja (12-18 tahun) 21
  • 22. Proses Pembentukan Personaliti 22 Teori kognitif sosial memberi penekanan kepada dua proses yang berlainan daripada teori pembelajaran lain tentang personaliti iaitu pembelajaran dengan cara pemerhatian dan pengawalan diri sendiri. Pembelajaran pemerhatian melibatkan kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatikan orang lain. Pengawalan diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Kedua-dua proses ini melibatkan proses pemikiran (kognitif), dan kedua-dua proses di pengaruhi oleh dendam dan ganjaran, tetapi tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut. Membentuk Personaliti Muslim Dalam sesebuah masyarakat dan negara yang ingin menjadi aman dan makmur adalah penting bagi setiap individu dibentuk berteraskan Islam. Setiap individu Muslim perlu dibentuk mengikut ajaran Allah s.w.t. Seorang Muslim akan menjadi mukmin yamg menghayati seluruh ajaran Islam dan berusaha menerapkan nilai-nilai hidup Islam dalam kehidupan. Setakat mengubah nama atau adat resam lahir sahaja tidak mencukupi bagi individu Muslim mencapai objektifnya. Yang lebih penting ialah mengubah hati nuraninya supaya menjadi benar-benar mengenali dan memahami hakikat Islam. Kesedaran itu mesti lahir dari jiwa seseorang supaya Islam dijadikan satu cara hidup yang
  • 23. menyeluruh. Islam harus dijadikan obor yang dapat menerangi liku-liku dalam hidup dan juga sebagai teras kekuatan untuk bertahan terhadap ancaman-ancaman ke atas kesejahteraan umat Islam. Islam sebagai cara hidup boleh dijadikan nilai pengukur untuk membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik. Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan peribadi yang teguh dan lupus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudah mengalah kepada sebarang tipu daya di dunia ini. Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti dan kesopanan serta malarang akhlak yang buruk. Iman dalam Islam tidak akan sempurna tanpa menghasilkan amal soleh dan akhlak yang mulia. Menurut seorang tokoh Islam, Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya khuluq al-Muslim, Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya, kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terjerumus pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain. 23
  • 24. Personaliti Mengikut Pandangan Islam 24 Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Secara ringkasnya personaliti atau akhlak boleh dibahagikan kepada dua, iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Dipetik dalam psikologi personaliti, (2006). Personaliti mengikut perspektif Islam tidak bertentangan dengan teori behaviourisme. Sebagai contoh, Islam mengakui pengaruh alam sekitar ke atas perkembangan fitrah, seperti sebuah Hadis yang bermaksud, “Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia itu menjadi hamba kepada alam sekitar, seperti pendapat pakar-pakar behaviourisme. Tidak dinafikan bahawa alam sekitar memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku seseorang, tetapi al-Quran tidak menganggapnya sebagai satu faktor sahaja yang mempengaruhi tingkah laku . Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan personaliti individu Islam ialah taubat, takut kepada Allah s.w.t. sabar, syukur, ikhlas, tawakal, cinta kepada Allah s.w.t., redha qadak dan qadar Allah dan mengingati mati. Sifat-sifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu Islam ialah tamak kepada makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil atau kedekut, megah, cinta kepada dunia, marah, takbur dan riak atau menunjuk-nunjuk. (Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub, 2006).
  • 25. 25 Sebagai contoh, sabar ialah satu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh individu Muslim. Seorang Muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya. Menurut kaca mata Islam, orang yang perkasa bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Sebaliknya, orang yang perkasa ialah orang yang dapat bertindak dengan pertimbangan dan sabar serta mampu mengawal nafsunya ketika marah. Seorang yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika kusut, menguasai diri ketika dalam kesulitan sebenarnya menunjukkan kekuatannya. Rasulullah s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat marah (Hadis riwayat Bukhari). Seorang Muslim yang sebenar tidaklah marah, sebaliknya dia mudah redha. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan balas dendam untuk mempertahankan harga dirinya, kecuali terhadap orang yang tidak menghormati hak-hak Allah seperti menghalalkan apa-apa yang diharamkanNya. Dengan latihan dan didikan yang betul, individu Muslim memperoleh sifat-sifat yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Anggota termasuklah mata, telinga, mulut, perut, kaki dan tangan. Apabila seseorang dapat mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat yang baik, dia tidak terdorong untuk melakukan sesuatu yang tercela, maka anggota badannya akan mengikut kata hati dan lebih berhati-hati supaya tidak sampai melakukan perbuatan yang tercela. Kawalan hati
  • 26. boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain. Konsep fitrah dalam Islam memastikan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan menguatkan hubungan yang mengaitkan antara manusia dengan Allah. Walau apa pun yang dipelajari oleh kanak-kanak tidak boleh bercanggah dengan prinsip ini. Membentuk Personaliti Remaja Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’in hingga kurun ketiga hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian. Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji. (Al-Qalam 68 :4) 26
  • 27. 27 Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah. Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu, keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati. Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.
  • 28. 28 Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara berlainan jantina. Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama. Kejadian Manusia Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur rohani dan jasmani. Setelah melalui beberapa fasa penciptaan iaitu dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk, dan kemudian menjadi tanah kering seperti tembikar, Allah kemudian meniup roh kepadanya sehingga tercipta Adam a.s. Rohani dianggap
  • 29. 29 sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran. (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya. ( Shaad 38:71-72) Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang sempurna. Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan, percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali
  • 30. 30 ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman dan generasi manusia. Kedudukan Akal dan Hati Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna. Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkah laku remaja dan memainkan peranan penting dalam tingkah laku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
  • 31. Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati. Iman dan Personaliti 31 Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Iman menjadi tunjang kepada rahsia memiliki personaliti yang unggul iaitu di mana kedudukan dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang. Lukman Thaib dalam bukunya Iman dan Keperibadian Muslim, mengungkapkan hubungan saling perlu antara iman dan amal (tingkah laku) sebagai dua jentera yang beroperasi bagi memproses kesempurnaan peribadi seseorang. (Ahmad Amri Zainal Adnan, 2009) Tidak dapat dinafikan, iman memainkan peranan dalam mencatur tingkah laku seseorang. Menurut Yusuf Qardhawi (2001), orang yang beriman tiada rasa dengki dan khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur dan tidak mementingkan diri. Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para sahabat yang digelar sebagai ‘generasi Quran’. Iman mempunyai tiga ciri iaitu keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan. Iman juga mempunyai beberapa tingkat. Tingkat pertama adalah iman Tasdiqi. Peringkat kedua adalah iman Hali. Di peringkat ini, iman
  • 32. 32 menjadi sebati dalam hati seseorang dan tiada lagi keraguan pada dirinya sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 15. Keperluan manusia kepada iman umpama tubuh yang memerlukan makanan. Ini dibuktikan melalui surah al-A’araf, ayat 172 di mana roh yang akan dimasukkan ke dalam janin mengakui Allah adalah tuhan yang patut diimani. Dalam kata lain, beriman kepada Allah adalah fitrah manusia. Pastinya, satu masa dalam hidup manusia, akan timbul jua keinginan untuk mendalami fitrah ini. Bukti iman dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia terlakar dalam sejarah dunia apabila masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah dapat ditransformasi kepada tamadun Abbasiyyah yang unggul. Tamadun ini dinobatkan sebagai yang paling cemerlang dalam sejarah peradaban manusia. Iman Merangsang Tingkah Laku Positif Abdul Hadi Awang (1985) mengatakan bahawa manusia mempunyai perwatakan yang dapat dilihat melalui tindak-tanduknya, sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan. Ini adalah kesan penghayatan iman terhadap sikap dan pemikiran individu. Ia adalah tanda iman seseorang yang dapat dijadikan ukuran secara fizikal. Sayyid Sabiq (1987) pula menyatakan, baik buruknya kehidupan manusia bergantung kepada keimanan seseorang.
  • 33. 33 Iman dapat memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi apa sahaja kesulitan. Perasaan takut mereka hanyalah kepada kemurkaan Allah. Justeru, mereka tidak gentar menghadapi musuh yang ramai ataupun kekurangan harta benda. Iman juga dapat memelihara kesucian hati. Ini disebabkan kerana orang yang beriman meyakini Allah sentiasa melihat tingkah lakunya dan mendengar setiap gerak hatinya. Dalam surah al-Mujadalah ayat 7, Allah menyatakan Dia Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan bumi. Percaya bahawa Allah melihat segala gerak-geri juga dapat melahirkan sifat amanah dan jujur. Akhirnya, segala kegiatan harian seperti perniagaan, pemerhatian dan pergaulan akan ditunjangi akhlak yang baik. Antara dorongan iman yang paling besar adalah dorongan untuk beramal. Iman dan amal adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Iman menjadi teras kepada amal soleh dan amal soleh menjadi penyempurnaan kepada iman. 70 ayat Quran yang mengaitkan iman dengan amal adalah bukti perkaitannya. ( Mohd Sulaiman Yasin,1987). Dalam buku Iman dan Keperibadian Muslim, Lukman Thaib menyatakan iman dan amal adalah dua alat yang sentiasa bergerak bagi memproses kesempurnaan dan ketinggian keperibadian seseorang. Tambah Lukman Thaib lagi, keimanan kepada Allah dan keesaannya turut memainkan peranan dalam membina jiwa yang mulia kerana ia menyedari Allah adalah pemilik hakikat setiap kekuatan yang terdapat dalam alam ini. Seorang yang beriman akan bekerja tanpa paksaan dari luar, tetapi didorong oleh semangat dari dalam iaitu atas kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi.
  • 34. 34 Di atas kesungguhan orang yang beriman dalam beramal, mereka memperoleh kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan ini tercapai kerana setiap amalannya dilakukan dengan sebaik mungkin supaya memperoleh keredaan Allah. Di dalam ayat 105 surah at- Taubah, Allah menyeru manusia yang baik itu akan diungkit kembali. Hubungan Ilmu Dengan Personaliti Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu. Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini. Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah. Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para pelajar dan yang mengajarkannya. Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah
  • 35. bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah: 1. Ikhlas kerana Allah. Para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al-Mujadalah 58:11). 35
  • 36. 36 Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang yang berlapang dada itulah kelaknya Allah akan mengangkat iman dan ilmunya sehingga darjatnya bertambah. Orang yang patuh dan sudi memberikan tempat kepada orang lain itulah yang akan bertambah ilmunya. Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang kebanyakan, pertama kerana imannya, kedua kerana ilmunya. Setiap hari pun dapat dilihat pada raut wajah , pada sinar mata orang yang beriman dan berilmu. Terdapat tanda-tanda yang dapat dibaca oleh orang yang arif bijaksana bahawa seseorang itu ialah seorang yang beriman dan berilmu. Iman memberi cahaya pada jiwa, sedangkan ilmu pengetahuan memberi sinar pada mata. Iman dan ilmu membuat seseorang itu menjadi lebih mantap dan agung. Ini amat penting bagi para pelajar adalah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan). Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang seumpamanya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya:
  • 37. Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat". (HR: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah). 2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain. 37 Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita. 3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Sudah menjadi keharusan bagi para pelajar berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Pelajar harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntutan yang diajarkan Rasulullah s.a.w. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
  • 38. 4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat. 38 Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya pelajar menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalan aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita menghina orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita. 5. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka. Pelajar harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama’. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama’ yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama’. 6. Mencari kebenaran dan sabar. Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang pelajar adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita-berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut.
  • 39. 39 Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut. 7. Menjauhi Maksiat Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
  • 40. 8. Memilih teman yang soleh 40 Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Az-Zukhruf 43: 67 yang bermaksud : Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
  • 41. 9. Banyakkan Zikrullah. 41 Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya. 10. Menjaga Kehormatan. Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana
  • 42. 42 doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat 49: 12 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. 11. Doa dan Keredhaan Ibu bapa. Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Firman Allah dalam surah Al-Israa' 17: 23-24 yang bermaksud :
  • 43. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil". 12. Menghormati Guru 43 Pelajar juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Pelajar mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Pelajar pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh ( kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi pelajar mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelajar hendaklah membina kembali keutuhan dan mahabbah dengan guru agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
  • 44. Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadang-kadang mempunyai maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil. Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Alaq 96: 1-4 yang bermaksud : Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam. Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. 44
  • 45. Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya 45 Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Imam al-Ghazali begitu memberikan penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut Imam al-Ghazali diperolehi melalui ilmu. (http://sinaronline.tripod.com/Edisi6/Santapan.htm). Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali tidak hanya bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu berilmu. Ulama di ibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan tidak menyembunyikannya. (Ali Amran - ayat 3) Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin
  • 46. 46 yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka lakukan. Adab-adab Ketika Belajar · Membaca Doa Penerang Hati Dalam ajaran Islam telah disyariatkan supaya seseorang itu berdoa sebelum memulakan sesuatu urusan. Ini adalah bertujuan untuk memohon keredhaan dari Allah s.w.t. Seseorang pelajar juga tidak ketinggalan, ini kerana melalui amalan berdoa seseorang pelajar itu dapat membentuk personaliti yang terpuji. · Sabar ketika belajar Sebagai seorang pelajar Islam, bersabar dan bersyukur ketika belajar amatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar yang memilih sifat personaliti yang terpuji selalu bersyukur, bersabar, reda dan bertaubat (insaf) terhadap kesilapan yang telah dilakukan.
  • 47. · Menghormati guru 47 Setiap pelajar harus berbuat baik dan menghormati guru di dalam menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari itu diredhai. Guru juga merupakan orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti pelajar . Adapun hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat”. Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi setiap orang tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairanlah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama-sama bersaing di Universiti, di kolej dan pusat-pusat pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing-masing. Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaAllah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
  • 48. Adab-adab Belajar Menurut Pandangan Islam Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut mengutarakan beberapa adab belajar mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh kerana belajar sebagai salah satu tuntutan agama maka ia hendaklah didahului dengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah Ta’ala selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. (hadis sahih Bukhari dan Muslim) yang bermaksud “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan”. Ini bermakna dalam mengejar ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan, mengatasi kawan-kawan yang sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia. Firman Allah dalam surah Asy- Syuura 42:20 yang bermaksud : Barang siapa yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yang mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian daripadanya dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti. 48
  • 49. 49 Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak Mempunyai Adab Belajar. PERSONALITI PELAJAR YANG MEMPUNYAI ADAB BELAJAR PERSONALITI PELAJAR YANG TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR  Belajar mengikut jadual yang ditetapkan  Belajar hanya dengan mengikut mood  Menguruskan masa belajar dengan baik  Tidak pandai menguruskan masa belajar dengan baik  Menghormati Guru  Tidak menghormati Guru  Tidak menangguhkan waktu belajar  Suka belajar disaat akhir  Rajin belajar  Malas belajar  Bermotivasi  Tidak bermotivasi  Mempunyai cita-cita  Tidak mempunyai cita-cita  Merancang sistem pembelajaran  Tidak pandai merancang Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai adab belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka
  • 50. 50 belajar secara bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa personaliti pelajar ini cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana mereka melakukan sesuatu dengan mengikut kata hati mereka. Pembentukan Personaliti Melalui Pemakanan Intipati dari Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan muslim. Sudah pasti ia boleh dijadikan pedoman, baik dalam bab memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman yang serba moden ini, kita seringkali dilalaikan dengan memilih makanan yang bertujuan hanya untuk pertumbuhan jasmani sahaja yang semata- mata berbentuk luaran tetapi kita lupa untuk mencari makanan yang seimbang kesannya dalam pembentukan lahiriah dan rohaniah iaitu pembentukan akal cemerlang dan peribadi yang gemilang. Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu yang semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang terakhir ialah otak manusia. Selaras dengan itu, ketiga- tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk digunakan oleh tubuh badan manusia. Disini, jelas menunjukkan bahawa kepentingan
  • 51. 51 makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan hati, jantung dan otak yang merupakan organ penting di dalam jasad manusia dan ia juga diperlukan dalam pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang berlandaskan lunas- lunas Islam. Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati. Oleh itu, jelas kepada kita bahawa dari sudut pandangan sains, makanan yang baik adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi penting untuk tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan-bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah , menukarkan glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi- fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Manakala dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah yang terbilang.
  • 52. 52 Pemakanan amat penting di dalam membentuk personaliti seseorang itu. Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pembentukan personaliti seperti hilang minat dalam berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Ibu bapa bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang seimbang dan secukupnya kepada anak-anak. Antara makanan yang paling kerap seorang pelajar mesti amalkan ialah kismis, air kacang soya, kurma dan kacang pistachios. Ini adalah bertujuan untuk membentuk personaliti yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan
  • 53. antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungan antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. Sihatnya manusia itu tidak terlalu bergantung pada zat pemakanan sehari-hari, tetapi pengabdiannya kepada Allah. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab. Namun begitu, manusia perlu ingat bahawa salah satu sifat Allah adalah maha berkuasa. Dia menciptakan hukum, tetapi tidak tertakluk kepada hukum. Dia bebas berbuat apa sahaja. Oleh itu, pengetahuan tentang pemakanan yang baik adalah usaha untuk hidup sihat. Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk kita memelihara kesihatan anugerah Allah ini, seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan dengan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab. Pemakanan yang sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh. Kepentingan Makanan Kepada Fungsi Otak 53
  • 54. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan. Protein Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein. Lemak Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel (membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak. Glukos 54
  • 55. 55 Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi. Garam galian Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim. Vitamin Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting untuk fungsi otak. ( http://blogs.warwick.ac.uk/hassanr/entry/kepentingan_makanan_kepada/) Maka disini dapat dikatakan bahawa salah satu bahagian tubuh yang paling penting dan sangat berharga dan boleh mengubah dunia adalah otak. Kemampuan otak merupakan potensi yang memungkinkan seseorang dalam mengembangkan diri untuk menjadi makhluk yang menuju kearah kesempurnaan didunia. Dengan ini pemakanan memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang itu agar menjadi
  • 56. individu yang mempunyai personaliti yang unggul disamping dapat membantu dalam pembinaan otak, menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak. Kesimpulan Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja kerana bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang dibina seumur hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling penting kerana peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan kepada pembentukan sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi bentuk asuhan yang baik akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik (Singgah,1982). Justeru, bersesuaian dengan sifatnya sebagai tempoh menuju kedewasaan, remaja memerlukan persekitaran dan sistem nilai yang baik dalam membentuk identiti diri. Keperluan ini harus wujud di dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan pendidikan di mana remaja sedang melalui tempoh getir dalam kehidupannya. Biarpun begitu, persoalan menyediakan remaja dengan persekitaran dan sistem nilai yang baik bukanlah sesuatu yang mudah dan terbentuk secara semulajadi. Penyediaan ini perlu melalui proses pendidikan bermatlamat sebagaimana ditegaskan oleh Wheeler (1973) iaitu ‘perubahan tingkah laku ke arah yang baik di samping menyediakan individu untuk menjadi anggota masyarakat yang baik, mempunyai perasaan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik, sesuai dengan budaya hidup masyarakatnya’. 56
  • 57. 57 Zaman remaja merupakan tempoh manusia keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaannya. Melangkah keluar dari alam kanak-kanak menjadikan remaja lebih terdedah kepada aktiviti kemasyarakatan dan merancakkan lagi proses sosialisasinya. Sigmund Freud (1971) beranggapan bahawa ‘manusia haruslah melalui proses sosialisasi yang telah sedia wujud di dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan manusia melalui proses ini, hanya akan menyaksikan kecelaruan yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam pembentukan disiplin diri, institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan’.
  • 58. BAB III KAEDAH KAJIAN Pendahuluan Menurut Berenson dan Levine (1987) dan Mohd Sobri Ismail (2000) metodologi atau kaedah dalam penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi maklumat bagi mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Dalam bab III ini akan menerangkan tentang kaedah kajian iaitu bagaimana mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif penyelidikan ilmiah ini. Antara lain yang akan dijelaskan dalam bab ini ialah kaedah, alatan kajian dan kesimpulan bagi bab tiga ini. Kaedah Kajian ini memerlukan penyelidik mengkaji perincian yang khusus tentan pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Penyelidik mempunyai pandangan mengenai suatu fenomena sosial dan ingin menjelaskan serta memperihalkannya dengan lebih terperinci kepada masyarakat betapa pentingnya pembentukan personaliti remaja itu berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Alatan kajian 58
  • 59. Penyelidik telah menggunakan beberapa alatan kajian bagi menyiapkan kertas projek ilmiah ini seperti buku ilmiah, pendapat ulama’, al-Quran, Hadith Nabi, carian internet, akhbar, majalah dan jurnal. Penyelidik telah menggunakan kaedah pembacaan yang terdapat di dalam Perpustakaan Al-Mukhtar Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA, Perpustakaan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Negeri Kelantan. Penyelidik mendapatkan maklumat dan data dengan lebih terperinci yang melibatkan isu-isu semasa daripada akhbar-akhbar tempatan, jurnal-jurnal serta majalah-majalah ilmiah yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Seterusnya penyelidik menganalisis data-data dan maklumat-maklumat tersebut bagi mendapatkan hasil carian yang jelas terhadap kaedah-kaedah yang disarankan Islam. Sumber berdasarkan carian internet digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini berkaitan dengan hasil-hasil kajian, pandangan pakar dan lain-lain maklumat yang bersangkutan dengan kajian ini serta perbincangan tentang kaedah-kaedah kajian secara meluas dalam pelbagai bentuk persembahan untuk menyokong dan juga mencorakkan isi kajian. Kesimpulan 59
  • 60. Dalam bab III ini penyelidik telah membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan berdasarkan ciri-ciri sebagaimana yang telah dijalankan. Penyelidik juga telah membincangkan alatan kajian yang digunakan sepanjang kelangsungan kertas projek ilmiah ini. Segala dapatan yang diperolehi oleh penyelidik adalah daripada sumber-sumber yang diperakui kesahihannya. Penyelidik akan menghuraikan dan menerangkan sumber tersebut dalam bab yang seterusnya. BAB IV 60
  • 61. KEPUTUSAN Pendahuluan 61 Pendidikan yang kian mencabar seiring dengan era globalisasi, akan memberi cabaran yang baru kepada ibu bapa dalam memberi tumpuan sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak. Ini ternyata dengan masalah yang bertubi-tubi muncul di dada akhbar berkaitan dengan masalah remaja yang kian meruncing. Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. (eprints.utm.my/.../AziziYahaya_Persekitaran_Keluarga_dan_Kesannya.pdf) Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda
  • 62. kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena tersebut?. Erikson (1962), menegaskan bahawa matlamat remaja ini ialah untuk mencapai pengenalan identiti personal berasaskan kematangan fizikal dan seksual. Identiti bukan sahaja terhad kepada personal tetapi meliputi konsep kendiri seperti penyatuan kendiri personal dan perasaan sosial, identiti masa kini dan identiti masa lalu. Identiti yang cuba dibentuk adalah diasaskan kepada konsep kendiri individu yang berkait rapat dengan faktor-faktor fizikal dan psikologi remaja. Interaksi remaja dengan persekitaran terutamanya dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang mempengaruhi pembentukan identiti dan konsep kendiri remaja. Identiti ini juga dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan realiti hidup. Semasa mencari identiti inilah remaja akan menghadapi konflik atau krisis identiti. (http://eprints.utm.my/6578/1/PuspaSuppiahMFP.pdf). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Remaja Baka 62
  • 63. 63 Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan tingkah laku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untuk mengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada masa ujian diambil. Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Bentuk Tubuh Badan Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan rakan sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu
  • 64. 64 gemuk akan merasa terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak langsung pula, bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan cara menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini akan dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang menunjukkan sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola personaliti bagi individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Jika seseorang kanak-kanak itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama tinggi dan sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika bentuk tubuh badannya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang gemuk akan merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat memegang status yang tinggi di kalangan rakan sebayanya. Ia akan bertambah bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi tahap umurnya. Emosi Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Tindak balas seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian dirinya. Sesetengah kanak-kanak telah belajar menyatakan emosi mereka serta merta dan ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan mengeluarkan perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai. Apabila seseorang kanak-kanak itu
  • 65. 65 meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan merenung tentang dirinya sendiri. Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh. Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkah laku kanak-kanak dengan cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya yang meluap. (http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf). Kecerdasan Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu kenyataan. Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah sehari-hari dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan dalam bilik darjah akan membentuk personaliti yang meyakinkan. Sebaliknya seseorang yang kurang kecerdasan menyebabkan sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan menjadikan seseorang itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu.
  • 66. 66 Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya” perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik. Semakin awal kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan anak-anak. Pengaruh Keluarga Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
  • 67. Pengaruh Kebudayaan Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya. Pengaruh Kawan Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Pengaruh Sekolah 67
  • 68. Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, ‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir. Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna. Masyarakat 68
  • 69. 69 Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti individu yang tidak diingini. Faktor-faktor Dalam Keluarga Yang Mempengaruhi Pembentukan Personaliti. I. . Pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak Berbeza mengikut jenis-jenis keluarga Datuk mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah keluarga luas tetapi sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya bertemu sekali sekala. Demikian juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan terhad jika anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu
  • 70. tunggal. Ibu bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan perhubungan kasih sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai pengaruh yang lebih besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear. Kata-kata ibu bapa sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak perhatikan (perceive) kepada apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak mempengaruhi mereka. Di dalam tiga situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur dan komposisi yang berbeza dalam sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli keluarganya juga berbeza. II. Faktor perbezaan individu anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga, menentukan pengaruh keluarga keatas mereka. Faktor yang menentukan pengaruh keluarga keatas personaliti anak-anak adalah perbezaan dari segi baka, pembawaan (temperament), persepsi kognitif dan perkembangan tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka. Oleh itu, tidak semua anak bertindak balas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan isu yang sama pada persekitaran keluarga yang sama. Jika terdapat persamaan pun, tidak pada tingkat atau tahap yang sama. Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga yang kucar kacir dan konflik, sukar baginya untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang harmoni kelak. III. Faktor pengaruh keluarga dari segi kecekapan keibubapaan dan persekitaran keluarga. 70
  • 71. 71 Tidak semua ibu bapa mampu mewujudkan persekitaran keluarga yang positif dan sihat. Terdapat tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti perkahwinan yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan sosial dan perkembangan kognitif. Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anak-anak. Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan akan menjadi bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri meningkat dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil dari kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas suami untuk bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak semakin meningkat. Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-bapa yang berpendidikan yang pernah dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya mereka memainkan peranan melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka. Menurut Thorne (1987) personaliti bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang itu bertindak, tetapi ia juga mempengaruhi orang lain namun aspek ini masih tidak diberi
  • 72. 72 perhatian oleh penyelidik. Personaliti anak remaja didapati mempengaruhi penilaian mereka terhadap persekitaran keluarga di mana Milikan,Wamboldt et al. (2002) mendapati remaja yang tinggi neurotik memberi persepsi negatif terhadap keluarga mereka. Kracke (2002) pula mendapati personaliti remaja juga mempengaruhi penerokaan kerjaya di mana kajiannya mendapati karakteristik individu yang aktif berkait dengan penerokaan kerjaya yang lebih giat. Peranan Guru Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan." Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah: - Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan. - Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga.
  • 73. - Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar. - Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya. - Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan Rabbani. Peranan Rakan Sebaya Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Peranan Masyarakat 73
  • 74. 74 Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai." (Ali Imran 3: 103). Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." - (Riwayat at-Tabarani). Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan remaja yang sihat. Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah: - Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang. Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. - Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat
  • 75. dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri berkesan. Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah. Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke pangkuan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. (Al-Qashah 28: 56). Galakan Islam Supaya Ilmu Dituntut 75
  • 76. Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan dan menggesa orang-orang Islam supaya mencari dan menuntut ilmu, hinggakan hampir tidak terhitung banyaknya dan hinggakan Islam itu sendiri seerti dengan ilmu, kerana ia merupakan tulang belakang bagi kesempurnaan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Dengan ilmu, dunia akan menjadi elok dan sempurna kerana dengannya akal fikiran dapat dikawal, nasab keturunan dapat dipelihara, jiwa dapat dihidupkan dan harta benda dapat disubur dan dibersihkan. Islam mengutamakan ilmu di atas setiap amal dan setiap amal itu tidak dianggap sah, kecuali bila diasaskan di atas ilmu yang sahih. Dari itu Imam Bukhari telah mengadakan di bawah ( كتاب العلم ) suatu bab dalam mana beliau menjelaskan apa-apa yang berfaedah dari ilmu itu sebelum dari percakapan (kaul) dan amalan. Ibnul Munir telah menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari dengan penerangannya itu dengan katanya: "Beliau berkehendak menegaskan bahawa ilmu itu adalah menjadi pra syarat bagi sahnya sesuatu kaul (ibadat kauli) dan amal. Ianya tidak diiktibarkan melainkan dengannya dan ia hendaklah mendahului keduanya ." Adab Sopan dan Tingkah Laku Pelajar Dalam Menuntut Ilmu 76
  • 77. Para sahabat r.a. adalah merupakan contoh tertinggi dari segi kehalusan tingkah laku dan keelokan adab sopan serta budi bahasa terhadap guru-guru mereka, yang mana menjadi contoh dan ikutan kepada para penuntut terhadap guru mereka pada setiap masa. Dan ketika Al-Quran menegah mereka supaya jangan memperbanyakkan soalan-soalan yang remeh temeh kepada Rasulullah s.a.w. mereka terus patuhi. (Mereka sukacita bila datang orang Badwi yang berakal mengunjungi Rasulullah s.a.w. lalu bertanya) sedang mereka mendengar, kerana orang-orang Badwi itu lebih berani mengemukakan soalan, tambahan pula tegahan Al-Quran itu belum sampai kepada mereka. Di antara bukti-bukti kehalusan adab dan keelokkan tingkah laku mereka, mereka memilih soalan-soalan yang hendak dikemukakan kepada Baginda, kerana mereka menyedari bahawa ilmu itu merupakan soal jawab dan sesungguhnya soalan yang elok itu merupakan separuh ilmu. Sifat tawadhu’ menghiasi kehidupan mereka di bidang ilmiah. Kita telah saksikan kisah Nabi Musa dan Khindir dan apa yang terdapat di dalamnya dari iktibar dan pengajaran. Para sahabat sangat meminatinya dan mendisiplinkan diri mereka menurut petunjuk Al-Quran. Mereka melahirkan ciri tawadhu’ itu dalam setiap tindakan mereka dalam kehidupan. Kesimpulan 77
  • 78. 78 Dalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan rasional seseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam masyarakat dapat dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung melalui kasih sayang yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu. Sememangnya terbukti hanya ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat menangani masalah anak-anak mereka. Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan tidak formal kepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh rakan mereka. Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada berunsur positif atau negatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung kepada sikap tersebut. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah