SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Pendekatan Teori
Azizi Yahaya & Mohamad Hasan Omar
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak : Artikel ini menunjukkan pendekatan teori berkenaan sikap pelajar yang
mempengaruhi keputusan akademik pelajar. Penerangan lebin lanjut adalah seperti berikut.
Katakunci : pendekatan teori, teori perkembangan Havighurst, teori behavariorist B.F Skinner,
teori pembelajaran Albert Bandura, teori Trait
Teori Perkembangan Havighurst
Menurut Havighust (1967) perkembangan manusia melalui tiga tahap iaitu tahap kanak-
kanak, remaja dan dewasa. Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri perkembangan psikologi
tersendiri. Bagi kanak-kanak, proses perkembangan merupakan suatu bentuk pengenalan kepada
hidup dan alam sekelilingnya. Pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa
perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan
sekelilingnya. Zaman dewasa pula sering dikaitkan dengan kebolehan untuk bertanggungjawab
dan berdikari. Namun, zaman inilah mereka tetap mengalami pelbagai jenis masalah dan konflik.
Menurut Havinghust tugas-tugas perkembangan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
1. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak
Tugas-tugas diperingkat ini ialah belajar berjalan, makan makanan yang tidak mudah
hancur, bercakap, mengawal pembuangan najis, mengenal perbezaan jantina, membentuk konsep
dan mempelajari bahasa, belajar membaca dan dapat membezakan antara yang benar dan salah.
2. Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak
Tugas-tugas di peringkat ini ialah belajar kemahiran fizikal untuk permainan biasa,
membina sikap yang sihat, menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, belajar peranan jantina yang
sesuai, belajar membaca, menulis dan mengira, membina moral yang baik, mencapai kebebasan
diri dan membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial.
3. Peringkat remaja
Menjalinkan perhubungan baru dengan rakan sebaya, mencapai peranan-peranan bersifat
lelaki atau perempuan, menerima bentuk tubuh badan, mencapai kebebasan emosi daripada ibu
bapa, mencapai kebebasan ekonomi, bersedia untuk pekerjaan, menunjukkan minat untuk
memikul tanggungjawab, membina nilai dan etika serta berkeluarga merupakan tugas-tugas
dalam peringkat ini.
Menurut Havighurst, tugas-tugas ini tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak dan remaja
kerana mereka menghadapi belbagai-bagai masalah dalam mengharungi tugas-tugas tersebut.
Kegagalan seseorang individu mencapai tugas-tugas perkembangan akan menyebabkan
kekecewaan, perasaan rendah diri dan tidak diterima oleh rakan atau masyarakat. Anatara
masalah utama dalam pencapaian tugas-tugas perkembangan ialah seperti berikut:
a) Ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu mempercepatkan tugas-tugas
perkembangan manakala ibu bapa yang bersifat melindungi akan membantutkan tugas-
tugas perkembangan.
b) Kemiskinan dan kebuluran menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Kemiskinan juga menafikan peluang pendidikan bagi seseorang individu.
c) Rumah tangga yang tidak harmoni dan terumbang ambing mengganggu keperluan
psikologi kanak-kanak. Situasi kanak-kanak yang tidak diberi kasih sayang dan perhatian
akan menjejaskan keyakinan diri, rasa kecewa dan membentuk konsep kendiri negatif.
d) Rakan sebaya dan masyarakat sekeliling dapat membantu meningkatkan sosialisasi
kanak-kanak. Kanak-kanak yang suka menyendiri dan tidak mesra melambatkan tugas
perkembangan dari segi mental, jasmani, sosial dan emosi.
Remaja juga sering mengalami tekanan terutama daripada ibu bapa. Tekanan ini
membuatkan mereka lari daripada menghadapi kebenaran. Harapan ibu bapa, adik beradik atau
rakan sebaya boleh memberikan dorongan, namun pengukuhan yang negatif akan mendorong
seseorang mengalami tekanan dan perasaan rendah diri. Jika permasalahan ini tidak difahami
oleh ibu bapa, maka remaja akan mudah terjerumus dalam gejala sosial yang susah dibendung.
Mereka terpengaruh dengan rakan sebaya, persekitaran dan gaya hidup yang mengejar
keseronokan dan hiburan, akibatnya secara tidak langsung mereka terjerumus dalam
permasalahan keluarga, rakan sebaya dan disiplin.
Teori Behavariorist B.F Skinner
Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan negatif yang
membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli keluarga sama ada dalam
bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah laku. Sekolah mengawal kita sama ada
kita berjaya atau sebaliknya.
Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk setiap tingkah laku individu dalam
sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984), corak tingkah laku yang membezakan antara
seorang individu dengan yang lain adalah hasil daripada pengalaman hidup seseorang.
Tingkah laku operan merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh alam
sekeliling. Dalam lain pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang
individu.
Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah voluntari tetapi
masih dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran khususnya akibat sejenis tingkah laku. Rangsangan
yang meningkatkan kadar sejenis tingkah laku diertikan sebagai pengukuhan atau penghargaan
manakala hukuman mengurangkan kadar sejenis tingkah laku.
Tingkah laku akibat pengukuhan atau hukuman berbeza antara seorang individu dengan
individu lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang mengganggu perjalanan kelas,
dihukum oleh guru dan diberi perhatian oleh pelajar lain, kemungkinan pelajar itu akan merasa
kesalan itu pada masa-masa akan datang kerana berlaku pengukuhan dalam kelas.
Teori Pembelajaran Albert Bandura
Bandura telah menunjukkan betapa efisennya dan selalunya berlakunya pembelajaran
pemerhatian pada manusia. Bandura juga telah menujukkan ciri-ciri pembelajaran pemerhatian
yang tidak terdapat bagi pembentukan tingkah laku serta perlaziman instrumental. Bandura telah
banyak membuat penyelidikan biasanya dengan menggunakan kanak-kanak dan daripada
penyelidikan ini, beliau telah merumuskan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi
pembelajaran pemerhatian.
Eksperimen yang biasa dikaji oleh Bandura biasanya melibatkan seorang kanak-kanak
pra-sekolah (iaitu subjek) yang biasanya akan duduk dan melihat orang lain (iaitu model)
melakukan suatu urutan tingkah laku. Kemudian subjek tersebut akan diuji pada keadaan-
keadaan yang tertentu untuk mengetahui sejauh mana tingkah lakunya itu menyerupai tingkah
laku yang telah dibuat oleh model. Perbuatan subjek yang melihat model dibandingkan pula
dengan perbuatan subjek lain yang tidak diberikan peluang melihat urutan tingkah laku model
(Bandura, 1986). Faktor-faktor yang dapat diubahubah dan yang mempengaruhi tingkah laku
adalah seperti berikut:
1. Ciri-ciri rangsangan model
2. Jenis tingkah laku yang dicontohi oleh model
3. Akibat tingkah laku model
4. Motivasi yang diberikan kepada subjek
Senarai faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku tiruan ini hanya merupakan
sedikit daripada kemungkinan–kemungkinan lain yang boleh berlaku. Banyak tingkah laku lain
yang dapat ditiru oleh subjek di dalam keadaan-keadaan tertentu. Tiruan subjek termasuk juga
untuk pembelajaran kebetulan yang biasanya dapat dibuat oleh subjek dengan sangat cepat.
Teori Trait
Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan, kebimbangan, sikap
agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait masing-masing.
Memang trait tidak dapat ditentukan pada diri seseorang tetapi dapat difahami daripada
tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu suka bersosial dan memiliki
ramai kawan, kita simpulkan sebagai mempunyai trait sosial.
Trait personaliti dianggap sebagai stabil dalam tempoh masa yang panjang, dianggap
konsisiten dalam situasi tertentu dan perbezaan personaliti individu adalah hasil daripada
kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959).
Trait dapat dikategorikan kepada tiga iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait secondary
(Allport, 1961,1966). Trait kardinal mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh
orang yang bersikap keakuan memiliki tanda-tanda yang berkaitan dengan traitnya.
Trait berpusat biasanya dapat dilihat pada tingkah laku seseorang. Seseorang individu
yang bersifat agresif akan menunjukkan sikap agresifnya pada situasi yang provokatif sahaja.
Manakala trait secondary tidak menjadi fokus personaliti seseorang tetapi mula menonjol dalam
situasi tertentu.
Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan menunujukkan
tingkah laku yang konsisten dalam apa-apa situasi. Sebab itu seseorang yang agresif akan
menunujukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari semasa ke semasa. Beliau juga percaya
bahawa selain menjelaskan tingkah laku yang sama antara kebanyakan individu, setiap
personaliti individu mempunyai kumpulan trait. Maka seseorang pelajar yang mempunyai trait
keagresifan akan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan di sekolah
seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam pergaduhan
antara pelajar.
Penggunaan Teori Pembelajaran Albert Bandura Sebagai Model Kajian
Menurut Albert Bandura (1977) pengukuhan adalah sangat penting dalam melakukan
sejenis tingkah laku yang dipelajari daripada mengajar tingkah laku itu. Sebagai contoh, seorang
pelajar akan datang ke sekolah tepat pada waktunya kerana melihat rakannya yang dihukum
lewat datang ke sekolah. Menurut Bandura tingkah laku ini dipanggil sebagai akibat vicarious
reinforcement atau punishment.
Selain itu, Bandura juga menekankan akan pengukuhan dalaman dan hukuman. Ini
bererti tingkah laku seseorang itu bukan sahaja ditentukan oleh faktor luaran malah faktor
dalaman. Skema ‘perwakilan abstrak’ yang dipelajari daripada tingkah laku orang lain seperti
yang kita tonton atau mendengar akan menjadi panduan pemikiran, perasaan dan tingkah laku
(Bandura, 1986). Seorang kanak-kanak yang melihat sikap pemurah pada seseorang akan
menghayatinya tetapi akan menunjukkan sikap agresif apabila menonton sikap agresif daripada
idolanya.
Penyelidik memilih teori pembelajaran Albert Bandura disebabkan beberapa perkara
iaitu:
1. Teori Albert Bandura menerangkan tentang pengukuhan tingkah laku. Permasalahan
yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah
disiplin di kalangan pelajar adalah antara permasalahan yang memerlukan pengukuhan
tingkah laku.
2. Matlamat teori ini adalah untuk menggalakkan pengukuhan dalaman dan luaran.
Pengukuhan dalaman dan luaran penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini
seperti mendapat pencapaian akademik yang tidak baik berulang. Oleh itu permasalahan
akademik di kalangan pelajar bumiputera dapat dikenal pasti apabila membuat proses
pengukuhan dalaman dan luaran.
3. Pendekatan yang digunakan mengimbangkan keperluan individu, perkembangan individu
secara optima dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Matlamat utama kehidupan
manusia adalah untuk mencapai kesempurnaan. Oleh yang demikian, seseorang itu akan
berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya melalui tingkah laku yang spesifik
tetapi berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Oleh itu,
permasalahan yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan
masalah disiplin yang telah diambil kira untuk dikaji dalam membentuk gaya hidup
seseorang.
Rujukan
Albert Bandura (1977). Social Learning Theory. Eagle Wood Cliff, New Jersey : Prentice Hall.
Albert Bandura (1986). Social Foundations Of Thoughts and Actions. A Social Cognitive Theory.
Eaglewood Cliff, New Jersey : Prentice Hall.
Havighurst (1967). Adolescent Character and Personality. New York :John Willey & Sons. Inc.
Skinner (1984). About Behaviorism. New York : Knopf.

More Related Content

What's hot

Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263018665
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 

What's hot (20)

Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 

Viewers also liked

Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial   pendekatan beberapa teoriPsikologi sosial   pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial pendekatan beberapa teoriFransiska Hapsari
 
Cognitive theory _presentation
Cognitive theory _presentationCognitive theory _presentation
Cognitive theory _presentationDr Shamim Ali
 
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010Egar Fatmala
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembanganarnee mahyudi
 
Teori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptTeori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptRahmah Salsabila
 
Psikologi Perkembangan 1
Psikologi Perkembangan 1Psikologi Perkembangan 1
Psikologi Perkembangan 1Umi Arifah
 
Santrock tls ppt ch06-1
Santrock tls ppt ch06-1Santrock tls ppt ch06-1
Santrock tls ppt ch06-1jhoegh
 
Jean Piaget's Theory of Cognitive Development
Jean Piaget's Theory of Cognitive DevelopmentJean Piaget's Theory of Cognitive Development
Jean Piaget's Theory of Cognitive DevelopmentKelly McGrail
 
Piaget’S Cognitive Development Theory
Piaget’S Cognitive Development TheoryPiaget’S Cognitive Development Theory
Piaget’S Cognitive Development Theorynewkirker
 

Viewers also liked (11)

Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial   pendekatan beberapa teoriPsikologi sosial   pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
 
Cognitive theory _presentation
Cognitive theory _presentationCognitive theory _presentation
Cognitive theory _presentation
 
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010
Tugas power point 1 psikologi kognitif 2010
 
Teori Vygotsky
Teori VygotskyTeori Vygotsky
Teori Vygotsky
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
Teori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptTeori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky ppt
 
Psikologi Perkembangan 1
Psikologi Perkembangan 1Psikologi Perkembangan 1
Psikologi Perkembangan 1
 
Santrock tls ppt ch06-1
Santrock tls ppt ch06-1Santrock tls ppt ch06-1
Santrock tls ppt ch06-1
 
Jean Piaget's Theory of Cognitive Development
Jean Piaget's Theory of Cognitive DevelopmentJean Piaget's Theory of Cognitive Development
Jean Piaget's Theory of Cognitive Development
 
Perkembangan kognitif
Perkembangan kognitifPerkembangan kognitif
Perkembangan kognitif
 
Piaget’S Cognitive Development Theory
Piaget’S Cognitive Development TheoryPiaget’S Cognitive Development Theory
Piaget’S Cognitive Development Theory
 

Similar to 30.9 pendekatan teori psikologi kanak2

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Teori pembelajaran ip
Teori pembelajaran    ipTeori pembelajaran    ip
Teori pembelajaran ipChew Ing
 
Teori pembelajaran ip
Teori pembelajaran    ipTeori pembelajaran    ip
Teori pembelajaran ipChew Ing
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisAfshan Mbo
 
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatifAriffin Jolis
 
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfTEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfAkhina3
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan SosialMuhamad Yogi
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Makalah Perbedaan individu dalam  belajarMakalah Perbedaan individu dalam  belajar
Makalah Perbedaan individu dalam belajarMuhammad Hamdani
 
Teori belajar sosial
Teori belajar sosialTeori belajar sosial
Teori belajar sosialTamami Kece
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakM N Habibah
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptx
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptxDewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptx
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptxAmaliaJuaddy
 
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfTeori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfPuputAlfrianti
 
Social Learning Theory
Social Learning TheorySocial Learning Theory
Social Learning Theorymankoma2013
 

Similar to 30.9 pendekatan teori psikologi kanak2 (20)

ALBERT BANDURA
ALBERT BANDURAALBERT BANDURA
ALBERT BANDURA
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Teori pembelajaran ip
Teori pembelajaran    ipTeori pembelajaran    ip
Teori pembelajaran ip
 
Teori pembelajaran ip
Teori pembelajaran    ipTeori pembelajaran    ip
Teori pembelajaran ip
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif
29.9 teori teori-tingkah_laku_negatif
 
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfTEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan Sosial
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Makalah Perbedaan individu dalam  belajarMakalah Perbedaan individu dalam  belajar
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
 
Teori belajar sosial
Teori belajar sosialTeori belajar sosial
Teori belajar sosial
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
[==
[==[==
[==
 
[==
[==[==
[==
 
Studi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didikStudi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didik
 
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptx
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptxDewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptx
Dewi Julaihah_Tokoh Teori Psikologi Perkembangan.pptx
 
teori bandura
teori bandurateori bandura
teori bandura
 
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfTeori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
 
Social Learning Theory
Social Learning TheorySocial Learning Theory
Social Learning Theory
 

More from wakzar

Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdf
Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdfGaris Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdf
Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdfwakzar
 
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfMANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfwakzar
 
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdf
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdfCPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdf
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdfwakzar
 
Senarai Semak Kecemasan 2022.docx
Senarai Semak  Kecemasan 2022.docxSenarai Semak  Kecemasan 2022.docx
Senarai Semak Kecemasan 2022.docxwakzar
 
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmiwakzar
 
Clinical aspect and management of tuberculosis 2
Clinical aspect and management of tuberculosis 2Clinical aspect and management of tuberculosis 2
Clinical aspect and management of tuberculosis 2wakzar
 
2009 swine flu outbreak
2009 swine flu outbreak2009 swine flu outbreak
2009 swine flu outbreakwakzar
 
2005 03 25_1100_tb control rural setting
2005 03 25_1100_tb control rural setting2005 03 25_1100_tb control rural setting
2005 03 25_1100_tb control rural settingwakzar
 
Motivasi pengekalan diri
Motivasi pengekalan diriMotivasi pengekalan diri
Motivasi pengekalan diriwakzar
 
Management of mental health in primary care
Management of mental health in primary careManagement of mental health in primary care
Management of mental health in primary carewakzar
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalwakzar
 

More from wakzar (11)

Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdf
Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdfGaris Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdf
Garis Panduan Di Fasiliti Kesihatan Primer.pdf
 
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfMANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
 
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdf
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdfCPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdf
CPG-_Management_of_Tuberculosis_(4th_Edition).pdf
 
Senarai Semak Kecemasan 2022.docx
Senarai Semak  Kecemasan 2022.docxSenarai Semak  Kecemasan 2022.docx
Senarai Semak Kecemasan 2022.docx
 
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
 
Clinical aspect and management of tuberculosis 2
Clinical aspect and management of tuberculosis 2Clinical aspect and management of tuberculosis 2
Clinical aspect and management of tuberculosis 2
 
2009 swine flu outbreak
2009 swine flu outbreak2009 swine flu outbreak
2009 swine flu outbreak
 
2005 03 25_1100_tb control rural setting
2005 03 25_1100_tb control rural setting2005 03 25_1100_tb control rural setting
2005 03 25_1100_tb control rural setting
 
Motivasi pengekalan diri
Motivasi pengekalan diriMotivasi pengekalan diri
Motivasi pengekalan diri
 
Management of mental health in primary care
Management of mental health in primary careManagement of mental health in primary care
Management of mental health in primary care
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 

Recently uploaded

MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

30.9 pendekatan teori psikologi kanak2

  • 1. Pendekatan Teori Azizi Yahaya & Mohamad Hasan Omar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Artikel ini menunjukkan pendekatan teori berkenaan sikap pelajar yang mempengaruhi keputusan akademik pelajar. Penerangan lebin lanjut adalah seperti berikut. Katakunci : pendekatan teori, teori perkembangan Havighurst, teori behavariorist B.F Skinner, teori pembelajaran Albert Bandura, teori Trait Teori Perkembangan Havighurst Menurut Havighust (1967) perkembangan manusia melalui tiga tahap iaitu tahap kanak- kanak, remaja dan dewasa. Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri perkembangan psikologi tersendiri. Bagi kanak-kanak, proses perkembangan merupakan suatu bentuk pengenalan kepada hidup dan alam sekelilingnya. Pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Zaman dewasa pula sering dikaitkan dengan kebolehan untuk bertanggungjawab dan berdikari. Namun, zaman inilah mereka tetap mengalami pelbagai jenis masalah dan konflik. Menurut Havinghust tugas-tugas perkembangan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: 1. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak Tugas-tugas diperingkat ini ialah belajar berjalan, makan makanan yang tidak mudah hancur, bercakap, mengawal pembuangan najis, mengenal perbezaan jantina, membentuk konsep dan mempelajari bahasa, belajar membaca dan dapat membezakan antara yang benar dan salah. 2. Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak Tugas-tugas di peringkat ini ialah belajar kemahiran fizikal untuk permainan biasa, membina sikap yang sihat, menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, belajar peranan jantina yang sesuai, belajar membaca, menulis dan mengira, membina moral yang baik, mencapai kebebasan diri dan membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial. 3. Peringkat remaja Menjalinkan perhubungan baru dengan rakan sebaya, mencapai peranan-peranan bersifat lelaki atau perempuan, menerima bentuk tubuh badan, mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa, mencapai kebebasan ekonomi, bersedia untuk pekerjaan, menunjukkan minat untuk memikul tanggungjawab, membina nilai dan etika serta berkeluarga merupakan tugas-tugas dalam peringkat ini.
  • 2. Menurut Havighurst, tugas-tugas ini tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak dan remaja kerana mereka menghadapi belbagai-bagai masalah dalam mengharungi tugas-tugas tersebut. Kegagalan seseorang individu mencapai tugas-tugas perkembangan akan menyebabkan kekecewaan, perasaan rendah diri dan tidak diterima oleh rakan atau masyarakat. Anatara masalah utama dalam pencapaian tugas-tugas perkembangan ialah seperti berikut: a) Ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu mempercepatkan tugas-tugas perkembangan manakala ibu bapa yang bersifat melindungi akan membantutkan tugas- tugas perkembangan. b) Kemiskinan dan kebuluran menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kemiskinan juga menafikan peluang pendidikan bagi seseorang individu. c) Rumah tangga yang tidak harmoni dan terumbang ambing mengganggu keperluan psikologi kanak-kanak. Situasi kanak-kanak yang tidak diberi kasih sayang dan perhatian akan menjejaskan keyakinan diri, rasa kecewa dan membentuk konsep kendiri negatif. d) Rakan sebaya dan masyarakat sekeliling dapat membantu meningkatkan sosialisasi kanak-kanak. Kanak-kanak yang suka menyendiri dan tidak mesra melambatkan tugas perkembangan dari segi mental, jasmani, sosial dan emosi. Remaja juga sering mengalami tekanan terutama daripada ibu bapa. Tekanan ini membuatkan mereka lari daripada menghadapi kebenaran. Harapan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya boleh memberikan dorongan, namun pengukuhan yang negatif akan mendorong seseorang mengalami tekanan dan perasaan rendah diri. Jika permasalahan ini tidak difahami oleh ibu bapa, maka remaja akan mudah terjerumus dalam gejala sosial yang susah dibendung. Mereka terpengaruh dengan rakan sebaya, persekitaran dan gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, akibatnya secara tidak langsung mereka terjerumus dalam permasalahan keluarga, rakan sebaya dan disiplin. Teori Behavariorist B.F Skinner Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan negatif yang membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli keluarga sama ada dalam bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah laku. Sekolah mengawal kita sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk setiap tingkah laku individu dalam sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984), corak tingkah laku yang membezakan antara seorang individu dengan yang lain adalah hasil daripada pengalaman hidup seseorang. Tingkah laku operan merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh alam sekeliling. Dalam lain pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang individu.
  • 3. Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah voluntari tetapi masih dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran khususnya akibat sejenis tingkah laku. Rangsangan yang meningkatkan kadar sejenis tingkah laku diertikan sebagai pengukuhan atau penghargaan manakala hukuman mengurangkan kadar sejenis tingkah laku. Tingkah laku akibat pengukuhan atau hukuman berbeza antara seorang individu dengan individu lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang mengganggu perjalanan kelas, dihukum oleh guru dan diberi perhatian oleh pelajar lain, kemungkinan pelajar itu akan merasa kesalan itu pada masa-masa akan datang kerana berlaku pengukuhan dalam kelas. Teori Pembelajaran Albert Bandura Bandura telah menunjukkan betapa efisennya dan selalunya berlakunya pembelajaran pemerhatian pada manusia. Bandura juga telah menujukkan ciri-ciri pembelajaran pemerhatian yang tidak terdapat bagi pembentukan tingkah laku serta perlaziman instrumental. Bandura telah banyak membuat penyelidikan biasanya dengan menggunakan kanak-kanak dan daripada penyelidikan ini, beliau telah merumuskan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi pembelajaran pemerhatian. Eksperimen yang biasa dikaji oleh Bandura biasanya melibatkan seorang kanak-kanak pra-sekolah (iaitu subjek) yang biasanya akan duduk dan melihat orang lain (iaitu model) melakukan suatu urutan tingkah laku. Kemudian subjek tersebut akan diuji pada keadaan- keadaan yang tertentu untuk mengetahui sejauh mana tingkah lakunya itu menyerupai tingkah laku yang telah dibuat oleh model. Perbuatan subjek yang melihat model dibandingkan pula dengan perbuatan subjek lain yang tidak diberikan peluang melihat urutan tingkah laku model (Bandura, 1986). Faktor-faktor yang dapat diubahubah dan yang mempengaruhi tingkah laku adalah seperti berikut: 1. Ciri-ciri rangsangan model 2. Jenis tingkah laku yang dicontohi oleh model 3. Akibat tingkah laku model 4. Motivasi yang diberikan kepada subjek Senarai faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku tiruan ini hanya merupakan sedikit daripada kemungkinan–kemungkinan lain yang boleh berlaku. Banyak tingkah laku lain yang dapat ditiru oleh subjek di dalam keadaan-keadaan tertentu. Tiruan subjek termasuk juga untuk pembelajaran kebetulan yang biasanya dapat dibuat oleh subjek dengan sangat cepat.
  • 4. Teori Trait Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan, kebimbangan, sikap agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait masing-masing. Memang trait tidak dapat ditentukan pada diri seseorang tetapi dapat difahami daripada tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu suka bersosial dan memiliki ramai kawan, kita simpulkan sebagai mempunyai trait sosial. Trait personaliti dianggap sebagai stabil dalam tempoh masa yang panjang, dianggap konsisiten dalam situasi tertentu dan perbezaan personaliti individu adalah hasil daripada kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959). Trait dapat dikategorikan kepada tiga iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait secondary (Allport, 1961,1966). Trait kardinal mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh orang yang bersikap keakuan memiliki tanda-tanda yang berkaitan dengan traitnya. Trait berpusat biasanya dapat dilihat pada tingkah laku seseorang. Seseorang individu yang bersifat agresif akan menunjukkan sikap agresifnya pada situasi yang provokatif sahaja. Manakala trait secondary tidak menjadi fokus personaliti seseorang tetapi mula menonjol dalam situasi tertentu. Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan menunujukkan tingkah laku yang konsisten dalam apa-apa situasi. Sebab itu seseorang yang agresif akan menunujukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari semasa ke semasa. Beliau juga percaya bahawa selain menjelaskan tingkah laku yang sama antara kebanyakan individu, setiap personaliti individu mempunyai kumpulan trait. Maka seseorang pelajar yang mempunyai trait keagresifan akan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan di sekolah seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam pergaduhan antara pelajar. Penggunaan Teori Pembelajaran Albert Bandura Sebagai Model Kajian Menurut Albert Bandura (1977) pengukuhan adalah sangat penting dalam melakukan sejenis tingkah laku yang dipelajari daripada mengajar tingkah laku itu. Sebagai contoh, seorang pelajar akan datang ke sekolah tepat pada waktunya kerana melihat rakannya yang dihukum lewat datang ke sekolah. Menurut Bandura tingkah laku ini dipanggil sebagai akibat vicarious reinforcement atau punishment. Selain itu, Bandura juga menekankan akan pengukuhan dalaman dan hukuman. Ini bererti tingkah laku seseorang itu bukan sahaja ditentukan oleh faktor luaran malah faktor
  • 5. dalaman. Skema ‘perwakilan abstrak’ yang dipelajari daripada tingkah laku orang lain seperti yang kita tonton atau mendengar akan menjadi panduan pemikiran, perasaan dan tingkah laku (Bandura, 1986). Seorang kanak-kanak yang melihat sikap pemurah pada seseorang akan menghayatinya tetapi akan menunjukkan sikap agresif apabila menonton sikap agresif daripada idolanya. Penyelidik memilih teori pembelajaran Albert Bandura disebabkan beberapa perkara iaitu: 1. Teori Albert Bandura menerangkan tentang pengukuhan tingkah laku. Permasalahan yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin di kalangan pelajar adalah antara permasalahan yang memerlukan pengukuhan tingkah laku. 2. Matlamat teori ini adalah untuk menggalakkan pengukuhan dalaman dan luaran. Pengukuhan dalaman dan luaran penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti mendapat pencapaian akademik yang tidak baik berulang. Oleh itu permasalahan akademik di kalangan pelajar bumiputera dapat dikenal pasti apabila membuat proses pengukuhan dalaman dan luaran. 3. Pendekatan yang digunakan mengimbangkan keperluan individu, perkembangan individu secara optima dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Matlamat utama kehidupan manusia adalah untuk mencapai kesempurnaan. Oleh yang demikian, seseorang itu akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya melalui tingkah laku yang spesifik tetapi berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Oleh itu, permasalahan yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin yang telah diambil kira untuk dikaji dalam membentuk gaya hidup seseorang. Rujukan Albert Bandura (1977). Social Learning Theory. Eagle Wood Cliff, New Jersey : Prentice Hall. Albert Bandura (1986). Social Foundations Of Thoughts and Actions. A Social Cognitive Theory. Eaglewood Cliff, New Jersey : Prentice Hall. Havighurst (1967). Adolescent Character and Personality. New York :John Willey & Sons. Inc. Skinner (1984). About Behaviorism. New York : Knopf.